Wednesday, April 14, 2010

Kula akan buat laporan polis diugut Tajuddin













KUALA LUMPUR, 14 April :
A
hli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap ugutan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman minggu lalu.

Tajuddin didakwa mengugut untuk menghantar orang memukul Kulasegaran kerana mengkritik beliau di luar Parlimen.

Di dalam Dewan Rakyat hari ini Tajuddin bangun mempersoalkan keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran keras kepada beliau pada isnin lalu berhubung insiden tersebut.

Kulasegaran ketika di lobi Parlimen berkata beliau terkejut dengan tindakan Tajuddin yang mempertikaikan amaran Speaker kerana ia dibuat berasaskan kepada Peraturan Mesyuarat 99(a).

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata sikap Tajuddin dianggap keterlaluan dan mencemarkan imej Parlimen serta mencadangkan agar Ahli Parlimen Barisan Nasional itu dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan P arlimen.

"Selain kes Kula, beliau membuat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin DAP di Pulau Pinang umpamanya lawatan ke Singapura dan Hong Kong untuk menjual rahsia kerajaan kepada bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew. Nizar pula dituduh sebagai Menteri Besar yang menjual tanah secara haram kepada Singapura," kata Kit Siang.GB

PAS paling awal sampai

BATU GAJAH, 14 April : PAS Kawasan Batu Gajah adalah yang paling awal mengunjungi mangsa ribut petir di Kampung Ara Payung Batu Gajah. Kejadian ribut petir itu berlaku pada petang tadi yang telah mengakibatkan kerosakan lebih 40 buah rumah dan pokok tumbang.

PAS yang diketuai oleh bekas calon PAS di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon, YDP PAS Kawasan Batu Gajah Haji Ismail Ariffin dan Ketua DPPK Batu Gajah Sdr Rosdy Abdullah. Kunjungan ini juga telah disertai oleh Unit Amal Batu Gajah.

PAS telah menyumbang sumbangan 'kilat' kepada mangsa banjir. Mangsa ribut ternyata gembira kerana PAS telah memberi bantuan secepat yang mungkin walaupun tidak banyak jumlahnya. Ada yang sampai mengalirkan air mata kerana terharu di atas kedatangan dan sumbangan daripada PaAS Kawasan Batu Gajah.

PAS juga telah menilai kerugian dan berusaha untuk memperbaiki rumah yang rosak teruk.

Untuk pengetahuan, pihak UMNO/BN langsung tidak melawat rumah mangsa- mangsa ribut taufan. Mereka hanya memanggil mangsa ke dewan. UMNO/BN tidak memberi bantuan segera.

PAS Kawasan Batu Gajah telah melawat ke rumah - rumah mangsa ribut hingga jam 12.30 pagi.

Pada hari esok yakni Rabu, Lajnah kebajikan PAS Negeri Perak akan melawat mangsa- mangsa ribut tersebut.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada PAS batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan Batu Gajah.BatuGajahdaily


ujian ALLAH






kaum India turut dibantu




pemimpin berjiwa rakyat


mendengar masalah

Imej baru lebih menarik

DSCF7010.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 14 April : Unit Amal Parit Buntar tampil dengan imej yang lebih kemas, ceria dan mesra apabila memakai baju keselamatan terbaru.

Penyelaras Unit Amal Zainuddin Osman ketika ditemui memberitahu, seramai 30 anggota Unit Amal Parit Buntar kini mempunyai baju keselamatan yang ditempah khas sebagai langkah keselamatan kepada anggota Unit Amal yang bertugas.

“ Baju lutsinar ini menampilkan imej Unit Amal yang lebih menarik. Ramai yang memuji anggota Unit Amal kerana nampak lebih segak semasa bertugas.

“ Baju ini adalah hasil sumbangan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan beberapa orang penderma, disamping anggota Unit Amal sendiri’’ katanya

Zainuddin berkata, anggota Unit Amal Parit Buntar akan meneruskan khidmat sebagai sukarelawan terutama khidmat berbentuk kebajikan sesuai dengan objektif penubuhannya.

“Setakat ini kami banyak memberi khidmat sebagai petugas keselamatan dan parkir setiap kali program yang melibatkan jumlah kehadiran yang besar.

“ Terbaru, kami diminta bertugas memastikan kelancaran jalanraya dan parkir semasa ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Tanjung Piandang. Jumlah yang hadir lebih 5000 orang , jadi bayangkanlah kesesakan yang akan berlaku jika tiada petugas Unit Amal ” katanya.

Zainuddin seterusnya berkata, memandangkan tugas unit tersebut begitu mencabar serta memerlukan kepakaran, latihan dan kemahiran amat diperlukan oleh anggota Unit Amal.

“ Kami akan cuba mendapatkan latihan dan kemahiran dari Unit Amal Perak yang mempunyai jurulatih dan modul latihan Unit Amal mengikut tahap”katanya

“ Saya berharap Unit Amal dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta dapat menarik lebih ramai golongan muda bersama dengan Unit Amal” katanya

PAS Perak bantah perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah tidak ikut peraturan


PAS Perak membantah keras Kerajaan BN melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak tanpa mengikut peraturan dan tatacara perlantikan yang betul. PAS membantah dan mempersoalkan perlantikan tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut :-

1. Mengapa surat perlantikan PPMD ditandatangani oleh CEO Majlis Agama Islam Perak(MAIAMPk) ? Sedangkan PPMD adalah jawatan yang dibiayai peruntukannya oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) . Manakala perlantikannya diperingkat negeri adalah di bawah urusetia Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM) di tempat di situ. Penempatannya pula di di Pejabat-pejabat Agama Daerah bukan di MAIAMPk atau Baitul Mal Daerah, pemantauan atau penyelian tugas di bawah pentadbiran Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala elaun atau gaji mereka terus daripada JAKIM (tidak melalui MAIAMPk).

2. Lazimnya proses perlantikan PPMD adalah melalui Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan Orang Besar Jajahan (OBJ) bagai daerah berkenaan. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid untuk proses pemilihan melalui temuduga oleh pihak JAKIM dan JAIP. Malangnya prosedur ini tidak dipatuhi, campurtangam politik UMNO BNlah yang menentukan proses perlantikan ini, sebahagiannya pula dicalonkan tanpa pengetahuan awal mereka hinggalah diberi tahu tentang perlantikan itu dan diarahkan untuk menerima Surat Perlantikan di Majlis Menghafaz Al Quran Negeri Perak dan Pentauliahan Imam-Imam Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada 5.4.2010.

Jelas kerajaan BN menafikan hak pemohon-pemohon yang berminat melalui prosedur yang telah disarankan Mesyuarat MAJLIS dengan syarat kelulusan yang munasabah melalui saluran OBJ dan JAIPk. Mereka yang mempunyai kelayakan tidak dipanggil temuduga.

3. PAS Perak menyedari bahawa adalah elemen dan unsur-unsur menpergunakan nama Tuanku bagi melantik hanya orang-orang UMNO sahaja yang layak memegang jawatan tersebut tanpa melalui proses temuduga.

4. PAS Perak juga mempersoalkan mengapa Timbalan Pengarah JAIP yang mengeluar dan menandatangani surat sembah maklum kepada Tuanku, di mana Pengarah JAIP?

Sehubungan dengan itu, PAS Perak membantah sekeras-kerasnya tatacara perlantikan PPMD yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini.

PAS Perak menuntut Surat Perlantikan ditarik balek dan dibuka permohonan sekali lagi bagi membolehkan perlantikan dibuat semula melalui proses temuduga.

PESURUHJAYA PAS PERAK
UST ABU BAKAR HUSEIN.

MIC Hulu Selangor mahu Palanivel jadi calon

hulu selangor 020410 hulu selangor mic information chief s  muniandy alias raily muniandy













HULU SELANGOR, 14 April : Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

azlanTindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.

“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”Malaysiakini

Pesan Tok Guru dari Madinah

KOTA BHARU, 14 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik sebarang calon yang ditentukan oleh Pakatan Rakyat yang bakal bertanding di Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.

Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof, ketika dihubungi memberitahu, atas semangat setia kawan dan prinsip dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru yang ketika ini menunaikan umrah menerima sesiapa sahaja calon yang bakal bertanding.

Katanya lagi, setiap calon yang dipilih tentunya telah dinilai dari pelbagai sudut dan bakal berjuang untuk rakyat. “Apa lagi kerusi berkenaan (Hulu Selangor) adalah milik Parti Keadilan Rakyat dan kita tetap akan menyokongnya,” ujarnya lagi.

Ketika diminta mengulas perkembangan Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS sewaktu di sana, beliau memberitahu Menteri Besar itu berada dalam keadaan yang sihat.

“Kalau dinilai dari segi suaranya, cara percakapannya yang ceria, membuktikan beliau sihat sepanjang berada di sana.. Sewaktu itu beliau berada di Madinah,” ujarnya lagi ketika menghubungi Tuan Guru kelmarin.

Sambung Wan Nik, sebagai seorang Menteri Besar, beliau turut bertanyakan tentang perkembangan kerajaan sepanjang peninggalannya termasuk rakyat seluruhnya. Selain itu juga beliau turut bertanyakan tentang perkembangan politik semasa sama ada di Kelantan atau peringkat negara.

Pada 5 April lalu, Tuan Guru dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Menurut Wan Nik lagi, mengikut jadual asal Tuan Guru dijangka pulang ke tanah suci pada sebelah petang.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim malam tadi diisytiharkan sebagai calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah, Hulu Selangor. (AK)

Tajudin tuduh tanpa bukti


KUALA LUMPUR, 14 April : Pemimpin Pakatan Rakyat mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mengemukakan bukti terhadap tuduhannya yang mengaitkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Lim Guan Eng menjual pasir kepada Singapura.

Tajuddin juga turut dicabar membuat tuduhan yang sama di luar dewan agar tindakan boleh diambil terhadapnya, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Nizar Jamaluddin.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang turut mencabar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu kerana menurutnya, ia satu tuduhan yang serius.

”Saya juga dituduh bukan sahaja menjual tanah pasir kepada Singapura malah turut dituduh jual tanah kepada kaum Cina di Perak.

”Buktikan mana tanah yang saya jual kepada Singapura, mana dia tanah yang saya jual kepada tauke Cina. Sampai sekarang mereka tidak juga memberi bukti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Nizar berkata, beliau seolah-olah dijadikan mangsa oleh Ahli Parlimen Pasir Salak apabila sewaktu beliau tiada di dewan baru-baru ini,

Tajuddin dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) diketuai Nizar sewaktu menerajui Kerajaan Negeri telah terlibat dalam operasi menjual tanah dan pasir kepada Singapura dan kepada tauke-tauke Cina di negeri itu.

Oleh kerana Nizar tiada dalam dewan ketika itu, wakil DAP dari Beruas, Ngeh Koo Ham dan wakil DAP dari Taiping, Nga Ror Ming bangun menafikan dakwaan itu.

Justeru, Nizar berkata, Ahli Parlimen PR ingin menuntut keadilan di atas tuduhan yang serius itu.SH

Kerja mudah YBK, dapat tanah gadai


SHAH ALAM , 14 April : Kerajaan Negeri mengedarkan laporan audit terperinci mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang mendedahkan yayasan itu menggadaikan 16 lot tanah bernilai RM102 juta kepada beberapa pihak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan laporan itu, Kerajaan Negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

“YBK dan anak syarikatnya subsidiari berhutang sebanyak 7.6 juta tunggakan cukai tanah dengan Kerajaan Negeri.

“Anak syarikat YBK iaitu Permodalan YBK Sdn Bhd terlibat dengan 5 gadaian yang berjumlah 102 juta dan gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga,” katanya.

Abdul Khalid berkata, YBK juga telah dianugerahkan tanah untuk aktiviti membasmi kemiskinan tetapi antara tanah yang diberikan itu dibangunkan untuk projek komersil, salah satunya tanah seluas 8.5 ekar yang dikenal pasti untuk projek penempatan rakyat termiskin daerah Gombak.

Bagaimanapun katanya, projek tersebut dibatalkan dan akhirnya sebanyak 410 unit pembangunan bercampur yang melibatkan rumah kedai, pangsapuri, kos rendah dan sederhana.

“Pengurusan buruk terhadap projek perumahan untuk rakyat miskin yang mana antara unit yang diduduki oleh mereka yang bukan dari golongan miskin.,” katanya.

Selain itu, terdapat keraguan pembinaan universiti kerana YBK tidak membuat permohonan secara rasmi kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

“Laporan kewangan YBK yang dipaparkan di laman web YBK tidak memperincikan aktiviti-aktiviti seperti aktiviti syarikat subsidiari termasuk cagaran ke atas tanah seperti yang tersebut di atas.

Beliau berkata, pasukan siasatan daripada bahagian audit Negeri Selangor telah dihalang masuk ke premis YBK walaupun yayasan tersebut memberitahu bahawa mereka tidak akan menghalang usaha pengauditan.

Selain itu, Abdul Khalid berkata, semua fail yang berkaitan dengan YBK di daerah Hulu Selangor telah dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari 2010.

“Berikutan laporan ini, Kerajaan Selangor berpendapat aktiviti YBK perlu dipantau bagi memastikan tanah yang diberikan diuruskan secara terus dan bertanggungjawab.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh membiarkan harta rakyat dimanipulasikan untuk keuntungan sesetengah pihak atas nama membasmi kemiskinan.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas yang akan dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International bakal ditubuhkan selepas 24 April ini.

“Dan Kerajaan Negeri akan membuat satu jawatankuasa untuk mengkaji laporan audit ini dan untuk membuat beberapa cadangan yang perlu untuk menentukan tidak ada lagi perkara pemberian tanah kepada yayasan yang difikirkan untuk memberi kebajikan tidak menjalankan tugas yang sepatutnya,” katanya.SH

Gegar buat laporan polis


KOTA BHARU, 14 April : Gerakan Bertindak Kembalikan Ro-yalti Rakyat (Gegar) membuat laporan polis terhadap pengagihan wang ihsan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat di Sekolah Menegah Kebangsaan Hamzah Machang, 3 April lepas.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat adakah penyaluran wang itu bertentangan dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Pengerusinya, Dr Abdul Halim Yusof berkata, siasatan terperinci perlu dibuat memandangkan kerajaan mengatakan wang ihsan yang diberikan adalah diambil dari sumber penggerudian petroleum dari kawasan perairan Kelantan.

“Oleh itu, siasatan itu perlu bagi melihat bagaimana pengagihan dan penggunaan wang ihsan dilakukan termasuk cara pengagihan melalui agensi Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri seperti maksud dalam akta tersebut,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkenaan, di sini, semalam.

Turut hadir memberi sokongan Ketua Pemuda PAS negeri, Abd Latif Abd Rahman

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat kunjungan sehari Kelantan 3 April lalu menyerahkan agihan wang royalti kepada pelajar sekolah rendah yang layak menerima bantuan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Abdul Halim berkata, sekiranya wang tersebut tiada kaitan dengan penghasilan petroleum, adalah perlu polis menyiasat dari mana peruntukan RM25 juta wang tersebut diambil.

“Adakah ia diambil dari bajet yang diluluskan melalui Akta Bekalan? Saya mengharapkan penyiasatan dibuat untuk memastikan ketelusan dan tiada penyelewengan dalam penggunaan harta rakyat,” katanya

Katanya, laporan itu perlu dibuat bagi menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui apa yang dilakukan Kerajaan Pusat dengan bertentangan dengan undang-undang yang termaktub.

Dalam pada itu, Abd Latif berkata, Pemuda PAS akan terus menyokong tuntutan yang dibuat oleh mana-mana badan dan organisasi yang menyokong tuntutan royalti.

“Sokongan ini diberikan kepada semua pihak yang menyokong tuntutan. Kita tidak boleh menerima cara yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang jelas melanggar hak rakyat Kelantan,” katanya.SH