Friday, May 7, 2010

Raja Nazrin perkenan menerima menghadap Pakatan

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/ceramahnizar%20022.jpg














MARANG
, 8 Mei : Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Razak telah memberikan projek besar pertahanan kepada sebuah lagi syarikat yahudi, APCO International.
Projek tersebut yang bernilai lebih RM900,000,000 adalah untuk membangunkan satu kawasan tanah lebih 1000 ekar di Sungkai, Perak Darul Ridzwan, dianugerahkan Najib kepada syarikat tersebut ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah di perkarangan masjid Rusila disini semalam.

Beliau juga memaklumkan, Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah telah memperkenankan permohonan ADUN Pakatan Rakyat untuk menghadap baginda. - BO

Rosmah derhaka, mana Perkasa?

SHAH ALAM, 8 Mei : Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Zura
idah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidal lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada. Malaysiakini

Tiga penjuru di Sibu

http://media1.malaysiakini.com/258/15ce6a730d3f02ca0e30180bbaee93a2.jpg

SIBU, 8 Mei : Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional(BN), DAP dan Bebas.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan ditentang calon DAP Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan calon Bebas Narawi Harun.

Senarai calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng, yang juga Pegawai Daerah Sibu di Dewan Suarah di sini pada 11.25 pagi.

See Meng menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon berikutan tiada isu dibangkitkan sepanjang tempoh bantahan selama satu jam.

Hui Yew merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi diikuti Wong pada 9.03 pagi dan Narawi pada 9.25 pagi.

Ribuan penyokong bagi calon BN dan DAP, termasuk kira-kira 5,000 dari BN, berhimpun di bandar ini sejak awal pagi ini, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan yang menuju ke pusat penamaan calon.

Mereka melaungkan slogan parti masing-masing tetapi keadaan adalah terkawal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon sepanjang kira-kira 2 kilometer dari Estet Delta.

Kem DAP pula diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail manakala Narawi hanya diiringi dua individu - pencadang dan penyokong pencalonannya.

Kawalan keselamatan oleh anggota polis di sekitar pusat penamaan calon dipertingkatkan bagi mengawal lalu lintas dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.- BERNAMA