Friday, May 14, 2010

Umno sebati dengan perkauman

SIBU, 14 Mei ; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan Barisan Nasional adalah sebuah parti yang mengamalkan politik perkauman di negara ini malah menyokong badan bukan kerajaan yang memperjuangkan sentimen agama dan kaum.

"Rakyat kena tahu gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional hanyalah sandiwara semata-mata, pada hakikatnya tidak. Ini dapat dibuktikan dengan rancangan perhimpunan 'Bangkit Melayu' sempena 13 Mei di Kuala Terengganu.

"Perhimpunan untuk membangkitkan semangat orang Melayu itu dilihat telah bercanggah dengan keharmonian negara ini. Lagi satu kita kena telitikan kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan tersebut sedangkan bila kita anjur perhimpun pelbagai amaran diberikan malah kita juga ditangkap.

"Umno-BN selain mengamalkan politik perkauman, mereka juga mengamalkan kekerasan kepada rakyat.

Jadi di sini perlu ada perubahan jangan biarkan mereka senang lenang mengamalkan politik perkauman dan kekerasan," dalam ucapannya di pentas DAP di Rejang Park semalam.

Dr Hatta berkata lagi Pakatan Rakyat mahukan politik kesejahteraan rakyat bukan politik perkauman.

"Politik Pakatan dengan BN jauh berbeza, kita mengamalkan politik kesejahteraan rakyat bukan politik kotor Umno-BN. Lihat bagaimana mereka mainkan isu negara Islam di sini dengan harapan masyarakat Cina takut untuk mengundi DAP.

"Isu negara Islam telah lama tidak digunakan, tetapi BN mengambil kesempatan ini bagi menakutkan pengundi Cina di Sibu. Masyarakat Cina di sini kena faham betul-betul apa yang mereka katakan itu semuanya tipu, kita dapat duduk bersama DAP dalam membincangkan segala hal demi kesejahteraan rakyat negara ini.

"Pengundi di sini perlu tolak sepenuhnya politik kotor BN jangan bagi bagi mereka terus menjajah negara yang kita cintai ini. Saya datang ke sini bagi membantu calon kita dari DAP untuk menang. Kerusi ini amat penting bagi rakyat Malaysia dan juga Sibu kerana suara dari DAP dapat menentang segala keputusan BN di dalam parlimen," jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan perubahan besar yang bakal berlaku di Sibu adalah amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tahu rakyat Sibu sudah muak dengan pemerintahannya.

"Kemenangan calon DAP ini dapat memberi tanda kepada Najib bahawa rakyat Sarawak khususnya di Sibu telah muak dengan pemerintahan Najib dan BN. Rakyat sekarang sudah bangkit dan akan menghalau BN dari tanah Sarawak pada pilihan raya negeri nanti," kata Dr Hatta lagi.

Kedudukan universiti awam merudum lagi

SIBU, 14 Mei : Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Malaysia kini telah menjadi orang sakit Asia Tenggara atau "sick man of South East Asia" kerana kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengangkat martabat negara dalam segala bidang sehingga dilihat sebagai sebagai negara semakin merudum prestasinya.

Bukti terkini kata Kit Siang terserlah daripada kejatuhan kedudukan universiti awam tempatan yang tersenarai dalam laporan terbaru QS Asian University Rankings 2010.

Menurut laporan itu Universiti Malaya jatuh dua tangga lagi tahun ini daripada 39 kepada 41 sementara Universiti Sains Malaysia yang mencapai status universiti apex pada 2008 hanya mampu bertahan pada tangga 69 sepertimana juga Universiti Teknologi Malaysia di tempat ke-82.

Universiti Kebangsaan Malaysia pula jatuh ke tangga 58 daripada 51 manakala universiti Putra Malaysia menokok daripada tangga 90 ke 77.

"Kejatuhan berterusan kedudukan universiti di Malaysia di kalangan universiti di Asia adalah sekelumit daripada masalah yang lebih besar menjangkiti negara ini yang kini menjadikannya sebagai 'sick man of South East Asia' yang seterusnya menjurus kepada pembekuan ekonomi dan penurunan prestasi negara sejak sedekad lalu.

"Sebab itu pakar ekonomi yang mendraf Model Ekonomi baru memberi amaran kita perlu bertindak segera sebelum kedudukan negara dalam semua segi merudum lebih dahsyat," kata Kit Siang yang membaca kenyataan beliau pada sidang media di Pusat Media Pakatan Rakyat pagi tadi.

Jelas beliau lagi, pada 2004 Malaysia ditempatkan pada tangga 89 dalam Times Higjher Education Supplement-QS Top 200 Universities Ranking.

Kedudukan Univerisiti Malaya yang ketika itu berada pada tangga 10 universiti paling berprestasi di Asia telah menurun dalam masa enam tahun oleh 30 universiti lain.

"Semasa zaman persekolahan saya, pelajar Malaysia tidak terfikir untuk pergi ke universiti luar negara kecuali keluarga mereka kaya. ini kerana Universiti Malaya yang telah berpisah daripada kampusnya di Singapura untuk menjadi entiti yang berasingan diiktiraf sebagai salah sebuag universiti bertarap antarabangsa yang disegani.

"Hari ini opsyen pertama pelajar Malaysia iala universiti di luar negara dan universiti tempatan menjadi pilihan terakhir kerana kejatuhan mutu dan standard.

"Inilah kemerosotan yang di bawa oleh Umno-Barisan Nasional kepada pendidikan negara selama 50 tahun pentadbiran mereka," tambah Kit Siang.

Nama jolokan yang serupa pernah diberikan oleh Tsar Nicholas I dari Rusia kepada Empayar Ottoman pada pertengahan kurun ke-19 yang pernah diberikan kepada Turki apabila ekonomi negara Islam itu dilihat semakin berada di bawah penguasaan Eropah serta kehilangan wilayahnya dalam beberapa siri peperangan.

Ahli Parlimen ipoh Timur itu menekan sudah tiba masanya rakyat Malaysia menukar kerajaan Umno-BN yang semakin gagal mengurus negara ini dengan baik bermula dengan pilihan raya kecil P212 Parlimen Bandar Sibu 16 Mei ini.

"Perdana Menteri dan parti dalam BN tidak berani berhadapan dan mejelaskan kepada rakyat mengenai krisis negara sekarang. Adakah Malaysia akan menjadi bankrap seperti Greece dan kalau ini berlaku adakah Sarawak akan selamat?," tanya Kit Siang.

Husam sedia dedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWiENigJhWtbSBKalBrXULmGFhSNK9Y1sZOf8fGe8tLG3qUspGgzLH-RvVJD4TIFDFPuRz_sToVfVm0IpV1n6vGuSnsKdX9XjI4bZFZmjP8eTfesWx4OO1Pdakw925a1XCPtjWA4Tk_OA/s320/HUSAM+MUSA+SMALL.jpg

KOTA BHARU , 14 Mei : Kerajaan Negeri Kelantan sedia menyahut desakan Pemuda UMNO Negeri dengan mendedahkan butiran mengenai penerima konsesi balak di negeri ini.

Bagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pergerakan tersebut juga dalam masa yang sama perlu menyatakan pendirian terhadap isu lesen judi bola sepak yang sebelum ini diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

“Tiada masalah (untuk dedahkan) berapa helai hendak siarkan di akhbar, tetapi saya nak juga tanya apakan pendirian Pemuda UMNO Kelantan dan Kerajaan Pusat mengenai isu judi,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Negeri, Anuar Safian mendesak Husam mendedahkan sumber wang yang diperolehi untuk membiayai membiayai pengurusan dan aktiviti Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang didakwa lebih RM4 juta.

Anuar mempersoalkan dari mana datangnya wang tersebut sekiranya tidak daripada hasil dan konsesi pembalakan sejak memerintah negeri ini yang dikatakan banyak dikaitkan dengan syarikat dan individu tertentu.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak supaya kerajaan PAS yang dikatakan mengamalkan ketelusan yang tinggi supaya mendedahkan nama-nama syarikat yang terlibat dalam mendapatkan kontrak dan konsesi balak di negeri ini.

Dalam pada itu, ditanya bila Kerajaan Negeri akan mendedahkan senarai tersebut, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata, Pemuda UMNO boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui pertanyaan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jika mereka mahu, mereka boleh memberikan soalan tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Husam menempelak sikap Kerajaan Pusat yang meluluskan lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri pernah menerima permohonan yang sama dari syarikat tersebut untuk membuka pusat perjudian di negeri ini, namun pihaknya tidak meluluskan permohonan tersebut.

“Mereka pernah menghantar surat melalui alamat Tok Guru, tetapi saya simpan, yang jelas kita tidak membenarkan. Jika kita boleh buat, kenapa Kerajaan Pusat tidak boleh,” katanya.

Umno kian lemah









IPOH, 14 Mei : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan terima kasih di atas pelawaan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk masuk menjadi Ahli Umno terbukti menunjukkan Umno sudah mula di tolak oleh generasi muda yang kini bersama dengan PAS untuk menegakkan keadilan sebenar.

Sudah tentu generasi muda akan terus menolak Umno yang disifatkan sebagai kekotoran yang masih tidak dapat dibersihkan.

Pertamanya, pelawaan ini juga membuktikan ketidakmampuan kepimpinan Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak di bawah ketuanya Maslin Sham Razman yang di tolak hampir 18Pemuda Umno Bahagian seluruh Negeri Perak yang memaksa Datuk Seri Zambry untuk mengambil alih tugas Maslin sekarang ini. Keduanya, pelawaan ini menunjukkan Umno ketandusan pengaruh golongan orang muda dan terpaksa menjadikannya kempen kemasukkan keahlian baru di dalam Umno.

DPPN Pk juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak menyiasat tawaran tersebut kerana ianya sebagai tawaran politik. Selepas daripada ini akan kedengaran bahawa Ahli Pemuda PAS akan memohon untuk menjadi keahlian Pemuda Umno tidak lama lagi, kaedah strategi dan tektik ini sudah menjadi kebiasaan dengan cara Umno sebenarnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Agensi dan jabatan kerajaan tidak berfungsi : Zambry diminta letak jawatan







IPOH, 14 Mei :
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Dato. Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengesahkan bahawa Agensi dan juga Jabatan Kerajaan tidak berfungsi dengan baik sehingga terpaksa diserahkan tugas kepada MCA Bahagian seluruh Negeri Perak dan memperolehi peruntukan RM50 ribu untuk setiap MCA Bahagian.

DPPN Pk merasakan dakwaan tersebut amat berat terhadap Agensi dan Jabatan Kerajaan yang ditugaskan dengan pelbagai permasalahan rakyat tanpa mengira bangsa.

Persoalannya, mengapakah perlu ada orang kedua yang menjadi rujukan pertama dan bukannya diuruskan terus oleh Agensi atau Jabatan Kerajaan tersebut?

DPPN Pk mendesak Zambry telus di dalam isu ini kerana ianya membabitkan kewangan rakyat yang besar. Zambry juga perlu menafikan bahawa Agensi atau Jabatan Kerajaan di bawah pentadbirannya lemah atau tidak membuat kerja-kerja mereka.

Sudah tentu perkara ini membuatkan kemarahan semua kakitangan kerajaan yang terbabit kerana mengatakan mereka tidak melakukan kerja. DPPN Pk juga amat kecewa jika itu yang berlaku menggambarkan seolah-oleh Agensi atau Jabatan Kerajaan terlalu lemah di bawah kepimpinan Zambry yang terlalu banyak politiknya.

Zambry akan cuba mempolitikkan apa sahaja untuk kepentingan Umno / Barisan Nasional (BN) demi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Maka dengan ketidak cekapan kerajaan Negeri perak dibawah Menteri Besar yang ada sekarang amat wajar Zambry meletakkan jawatannya kerana ternyata gagal dalam mengurus tadbir kerajaan negeri berbanding 11 bulan pentadbiran kerajaan

Pakatan Rakyat (PR) dibawah Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu. Amat memalukan kenyataan tersebut boleh keluar dari seorang Menteri Besar yang mendakwa bijak urus kerajaan negeri. DPPN Pk juga khuatir dengan fenomena ini, pelaburan ke negeri akan terus merudum dan mengecil.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.