Monday, May 31, 2010

PBB , OIC kena bertindak segera

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.

Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.

"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.

PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.

"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika.

Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut.

"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel," katanya.hrkh

Kenduri rakyat di Tambun


IPOH, 30 Mei : Setelah gotong royong menghapuskan Aedes berjaya dilaksanakan, Dewan Pemuda PAS Perak bersama-sama Dewan Pemuda PAS Tambun selaku tuan rumah telah mengadakan jamuan kenduri bersama rakyat setempat.

Kenduri makan tengahari dengan hidangan nasi putih, kari daging serta jelatah itu turut diserikan lagi dengan kahadiran tetamu istimewa iaitu Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin serta isteri yang sejak pagi lagi telah mengikuti program PAS For All di Chemor.
YDP PAS Tambun, Dr Khairuddin (tengah)

Sdr Azlan Bin Mat yang menerima sumbangan daripada
PAS Tambun

Bacaan doa

Gotong royong pemuda PAS

IPOH, 30 Mei : Gotong royong untuk menghapuskan Aedes yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Perak telah memilih untuk Jalan Juara, Kg Manjoi sebagai lokasi aktiviti mereka pada hari ini.

Kebanyakan penduduk di situ terdiri daripada warga tua yang rata-ratanya begitu gembira dengan kedatangan kami, apatah lagi dengan pertolongan yang kami berikan seperti membersihkan longkang, membuang tong-tong kosong dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dikawasan rumah mereka.

Risalah mengenai penjagaan kebersihan dan fakta mengenai nyamuk Aedes juga diedarkan kepada mereka. Abate (racun pembiakan nyamuk) turut dibekalkan kepada penghuni-penghuni rumah disana.ajijoi

Gembira sungguh warga emas ini apabila diberi perhatian
oleh Pemuda Pas Perak

Longkang-longkang di sini kebanyakannya
telah tersumbat dan tersekat

Unit Amal juga turut membantu menghapuskan tempat
takungan air

Botol-botol kosong perlu dibuang agar tiada air yang bertakung
di dalamnya dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

Rumah pakcik ini memang sudah sedia bersih, namun beliau
tetap gembira dengan kunjungan kami hari ini

Dua aktivis bukan Islam PAS Parit Buntar terima anugerah

CIMG39851.jpg picture by paspb 











PARIT BUNTAR, 31 Mei :  Kesetiaan dalam usaha menjadikan PAS sebagai satu perjuangan bersama masyarakat bukan Islam mendapat perhatian daripada Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat untuk menganugerahkan dua orang aktivis bukan Islam PAS sebagai penerima Anugerah Jasamu Dikenang sempena majlis perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diadakan di Klang baru-baru ini.
 
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim berkata, PAS Parit Buntar berasa bangga di atas penganugerahan kepada dua orang aktivis bukan Islam yang begitu setia bersama PAS.

“ Mereka adalah Ong Choi Ee dan Ang Teik Hock dari kawasan Kuala Kurau. Apa yang membanggakan adalah mereka merupakan dua daripada empat penerima anugerah ini di peringkat kebangsaan.
 
“ Kriteria dipilih berdasarkan komitmen serta kesetiaan tanpa berbelah bagi gerak kerja pilihanraya serta menambahkan sokongan bukan Islam khususnya masyarakat Cina kepada PAS. Lebih membanggakan anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang” katanya
 
Beliau bersyukur di atas penganugerahan PAS Pusat kepada aktivis bukan Islam PAS Parit Buntar. Kedua-dua aktivis PAS ini sudah lebih 10 tahun bersama-sama melalui kesusahan, perit jerih bersama PAS dari zaman pilihanraya umum ke-10, ketika itu Dato' Dr Hasan Ali sebagai wakil rakyat hinggalah kini.
 
“ Walaupun kita tewas dalam Pilihanraya Umum pada 2004, namun mereka tetap setia malah sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit demi memenangkan PAS dalam Pilihanraya Umum, Mac 2008 yang lalu.
 
"Mereka sanggup bersusah payah bersama kita dan saya berasakan memang wajar dan selayaknya saudara Ong Choi Ee dan Ang Teik Hock diberikan penghargaan sedemikian. 

"Kerana mereka jugalah orang-orang Cina mula berminat dengan PAS dan penyokong bukan Islam bertambah untuk bersama-sama dengan PAS." katanya 

Bagi Ong Choi Ee, 60, beliau tidak menyangka PAS boleh memberikannya anugerah yang begitu berprestij ini. Beliau berterima kasih di atas penganugerahan tersebut. 

 Baginya anugerah tersebut sebagai satu pengiktirafan kepada bukan Islam yang memberikan komitmen kepada PAS.

 "Saya tidak pernah bercita-cita untuk mendapat apa-apa anugerah dari PAS, kerana bagi saya perjuangan menjadikan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara lebih penting dan saya akan terus berusaha agar ia menjadi kenyataan." katanya.

Puteri Umno pemuas nafsu


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR, 31 Mei : Berikut dipetik kata kata beberapa pemimpin Puteri UMNO mengenai isu keganasan sex segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk  melepaskan nafsu....

"Kata exco puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....
 
"Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti"
 
"kata penolong setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah" 
 
Puteri UMNO ditubuhkan oleh mahadir.Puteri UMNO dijadikan tempat yang utama untuk mencari tubuh badan yang mengiurkan bagi pemimpin pemimpin UMNO sejak dari mula ianya ditubuhkan.
 
Kini Puteri UMNO menjadi makanan yang melazatkan bagi malaun malaun dalam UMNO.

Yang menyedihkan Puteri UMNO terdiri dari gadis gadis melayu beragama Islam.Puteri puteri UMNO mungkin menjadi sebahagian yang sudah melahirkan anak luar nikah hasil kerja terkutuk pemimpin UMNO malah mungkin juga sudah menjadi sebahagian yang membuang bayi merata rata.Siapa tahu, kerana tidak ada bancian yang dibuat sehingga kini.

Tambah pelik apabila pemimpin pemimpin Puteri UMNO hanya mengeluarkan kenyataan beramaran sahaja.Kenapa mereka tidak menyelamatkan puteri yang jumlahnya masih ramai dengan membawa mereka keluar dari UMNO?
 
Untuk apa parti yang diberikan keutamaan sedangkan maruah anak bangsa dicerobohi oleh pemimpin pemimpin sendiri?

Untuk apa budaya politik sex ditangani sedangkan puteri UMNO sebagai pemudi harapan bangsa harus dibawa lari dari penggila sex sebegini.UMNO bukan lagi parti yang boleh disandarkan harapan untuk orang orang melayu kerana terbukti ianya hanyalah sebuah parti yang merosakkan anak bangsa sendiri.
 
Jadi untuk apa perlu dipertahankan puteri UMNO dari kerakusan puak puak gila sex ini?

Bawalah mereka lari jauh dan selamatkan mereka anak bangsa sendiri.Kini kita semua bangsa melayu yang beragama Islam punyai satu lagi alasan untuk menentang dan menolak UMNO iaitu untuk menyelamatkan anak anak bangsa sendiri dari dirosakkan oleh UMNO.
 
Insaflah wahai semua orang melayu beragama Islam bahawa perjuangan ini punyai maknanya yang jauh lebih besar dari melayu itu sendiri........

Tranungkite.

Judi bola di negeri BN sahaja


 












KOTA BHARU, 31 Mei: Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.

Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Jika mana-mana premis menjalankan urusan judi itu, pihak berkuasa tempatan yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan bertindak dan antaranya menyita premis itu.


Pengumuman itu dibuat Khalid ketika membuat ucapan penggulungan di Kongres PKR ke 6 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) petang semalam.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin berkata, kerajaan akan mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan bola sepak piala dunia tidak lama lagi.

Seorang lagi timbalan Mneteri Kewangan,Datuk Chor Chee Heung mengumumkan, Menteri Kewangan telah mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat arahan yang sama. Beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai agar jangan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.


Langkah yang sama telah dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan Kelantan yang mana menteri besar kedua-dua negeri itu adalah dari PAS iaitu masing-masing Datuk Seri Azizan Razak dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Dengan tindakan para pemimpin Pakatan Rakyat ini bermakna kira-kira 30 peratus bakal pelanggan judi bola ini tidak akan dapat berbuat demikian kerana lesen premis tidak dikeluarkan oleh PBT di empat negeri Pakatan tersebut.

Sementara itu, Chor Chee Heung dalam kenyataan kepada media semalam memberikan amaran kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan dan tindakan boleh diambil ke atas mereka.

Oleh kerana judi bola sepak telah dihalalkan (legalise) oleh kerajaan persekutuan, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyekat dari berjalan di negeri berkenaan satu tindakan yang tidak betul dan bertentangan dengan undang-undang, kata Chor kepada media.

"Kerajaan negeri Pakatan, khasnya Pulau Pinang kena faham bahawa judi bola sepak tidak lagi kegiatan haram (di Malaysia)," kata Chor sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berucap di ceramah khas sempena kongres PKR itu di sini berkata, beliau sedia ke mahkamah lagi bagi mempertahankan tindakannya itu.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Chor yang disiarkan akhbar Cina itu.

Lim Guan Eng pernah diseret ke mahkamah dan kemudiannya dipenjarakan ekoran tindakan beliau membela seorang gadis bawah umur yang didakwa dirogol oleh seorang bekas ketua menteri.

Kompleks PAS: Komitmen besar bagi muslimat


 













KUALA LUMPUR, 31 Mei: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata, bagi menjayakan projek Kompleks PAS sudah tentu komitmen dan kerjasama daripada muslimat amatlah diperlu dan dialu-alukan.

“Kami merasa amat bersyukur dan gembira di atas pelaksanaan satu lagi perkembangan pesat yang positif yang dapat dijalankan oleh PAS.

“PAS maju setapak lagi dengan izin Allah SWT. Kami juga berdoa semoga hasrat suci ini akan menempah kejayaan dan benar-benar menjadi satu kenyataan serta dipermudahkan dari sebarang halangan oleh Allah SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak seluruh warga muslimat PAS dan para penyokong PAS dari kalangan wanita termasuk Dewan Himpunun Penyokong PAS (DHPP) yang baru mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saf Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS, Datuk Husam Musa serta seluruh ahli jawatankuasanya di atas kejayaan menggerakkan projek pembangunan tersebut.

Tambahnya, syabas diucapkan juga dengan kejayaan majlis pecah tanah dan pelancaran dana yang telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

“Besarlah harapan kita agar kompleks ini akan menjadi markaz pembinaan modal insan bagi jemaah kita serta madrasah yang akan membina hamba-hamba Allah yang cintakan Allah, RasulNya dan perjuangan menegakkan Islam serta menyebarkan kebaktikan sesama insan dan keadilan untuk semua.

“Sempena 50 tahun muslimat menjadi tiang seri perjuangan PAS, kita menyeru semua pihak terutama warga muslimat tampil kehadapan bersama-sama memberikan sumbangan dalam menjayakan projek ini,” ujarnya.
Dalam usaha-usaha pengumpulan dana itu, katanya sudah terbukti sejak dulu bahawa para wanita mampu melaksanakan dengan jayanya.

Tambahnya lagi, di samping para isteri berusaha menambah sumber kewangan keluarga bagi membantu suami mereka beliau yakin muslimat akan bersungguh-sungguh melaksanakan sebarang aktiviti-aktiviti yang selaras dengan Islam bagi mengutip sumbangan dan mengumpul dana untuk maksud itu.

“Dengan kesungguhan muslimat menjayakan komitmen ini kita juga berharap projek ini akan dapat disiapkan segera dalam masa yang tidak panjang,” katanya lagi.hrkh

Umno Perak dibidas

IPOH, 31 Mei : DAP Perak mencabar kerajaan Negeri Perak khususnya pemimpin Umno bagi menyatakan pendirian rasmi terhadap pengeluaran lesen judi bola yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menegaskan sikap Umno yang meluluskan aktiviti perjudian bola terbukti jelas UMNO kini sudah menjadi sebuah parti politik yang hipokrit dan tidak berprinsip.

“UMNO kononnya mendokong Islam, tetapi menggalakkan judi bola, sudah tiba masa masyarakat insaf dan menilai semula parti sedemikian," kata beliau.

Beliau yang mewakili DAP mengecam sikap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih membisu seribu bahasa dalam isu ini walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.





Nga Kor Ming dalam pada itu menegaskan bahawa empat negeri kerajaan Pakatan Rakyat(PR), iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor telah membuat keputusan muktamad menghalang aktiviti perjudian bola yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan rapat dengan Berjaya Corporation.

Kerajaan Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga telah memutuskan supaya tidak akan membenarkan sebarang lesen dikeluarkan kepada mana-mana pihak untuk bangunan mereka dijadikan pusat judi bola.

Nga menjangka jika perjudian bola dihalalkan, jumlah wang judi yang akan dikutip adalah dianggarkan sebanyak RM9 billion setiap tahun, kegiatan sedemikian akan memberi impak negetif yang besar kepada masyarakat dan membawa kesan sampingan yang buruk kepada keluarga khususnya kepada generasi remaja yang merupakan harapan Negara.

“Sekarang judi bolasepak, mungkin nanti judi badminton, judi hoki, judi tenis. Semua boleh judi, bayangkanlah akibatnya,” kata beliau lagi.

Nga Kor Ming berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri Perak.

Turut hadir adalah Pengerusi DAP PERAK, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengarah Biro Guaman Negeri, Nga Hock Cheh, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak termasuk ADUN kawasan Menglembu, Lim Pek Ha, ADUN Tronoh, V Sivakumar, ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam, ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, ADUN kawasan Canning, Wong Kah Woh dan ADUN Keranji, Chen Fock Chye.

Nga berkata, kerajaan persekutuan memberi alasan pengeluaran lesen judi bola bertujuan untuk mengawal kegiatan judi haram dan ia bertujuan menambah hasil cukai kerajaan RM500 juta setahun.

Bagi beliau alasan sedemikian jelas meleset.

"Kita lihat kegiatan judi nombor empat ekor, setelah dihalalkan, adakah ia kini berjaya menghapuskan sindiket perjudian bawah tanah? Adakah kerajaan BN kini sudah hampir muflis dan oleh itu terpaksa bergantung kepada hasil cukai judi untuk membangunkan Negara?” soal beliau.

Bagi beliau, masyarakat yang ketagih judi adalah masyarakat yang tidak mempunyai daya saing dan produktiviti dan ia juga menjejaskan falsafah pendidikan Negara yang bertujuan mendidik modal insan yang bermoral.

DAP terus mencabar Datuk Seri Zamry menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri Perak atas soal judi bola dalam tempoh terdekat kerana sikap membisu seribu bahasa menampakkan sikap Zamry yang tidak bertanggungjawab dan jelas terbukti pimpinan tanpa hala tuju.

Letak jawatan atau lompat

 
ALOR SETAR , 31 Mei : Sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengosongkan kerusi (meletak jawatan ADUN) atau melompat parti, akan diketahui selewat-lewatnya petang ini.

Ini kerana, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu dijangka akan membuat pengumuman pada hari ini, seperti apa yang beliau janjikan sebelum ini.


Ketika dihubungi petang semalam, Syed Sobri mengingatkan wartawan supaya menunggu pengumuman yang akan dibuat.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi sekarang. Makin banyak saya bercakap, semakin jadi kelam kabut. Tunggulah pengumuman yang akan saya buat,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan sudah dibuat, Syed Sobri berkata, segala-galanya akan terjawab.

Agak aneh apabila Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika ditanya sama ada beliau sudah mendapatkan penjelasan Syed Sobri berhubung isu itu, berkata beliau masih tidak dapat menghubungi wakil rakyat berkenaan.

Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula meminta semua pihak bersabar dan menunggu kenyataan Syed Sobri sendiri.

“Buat masa ini, elok saya diam daripada membuat kenyataan berhubung khabar angin Syed Sobri akan letak jawatan. Kita tunggu esok (hari ini) sahaja,” katanya.

Menurut sumber terdekat wakil rakyat itu, Syed Sobri diyakini akan keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai PAS kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.

“Ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu sebelum Syed Sobri membuat pengumuman itu. Biasalah, perlu melalui beberapa proses seperti menghantar borang keahlian sebelum dipersetujui Jawatankuasa PAS Negeri, dan perlu menepati syarat-syarat ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada Syed Sobri akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN, sumber itu memberitahu, ia belum pasti.

“Sama ada beliau akan melepaskan kerusi yang disandang, atau membawa sekali kerusi bersama-samanya dalam Pas, masih samar,” katanya.

Sekiranya Syed Sobri membuat keputusan menyertai PAS, tindakannya itu akan meningkatkan kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam DUN Kedah kepada 21 sekali gus mengurangkan kerusi BN daripada 13 kepada 12. Bebas diwakili dua ADUN.

Ini bukan kali pertama ADUN Kuala Nerang itu dikaitkan dengan isu letak jawatan. Pada awal 2009, beliau pernah berada dalam situasi yang sama sehingga Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat kenyataan mengumumkan Syed Sobri tidak akan melepaskan jawatan setelah mereka berbincang hati ke hati pada 28 April 2009. 

Pada 3 November 2008, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis berikutan kegagalan wakil rakyat itu menjelaskan hutang RM150,000. Namun pada 15 November tahun yang sama, Syed Sobri mengumumkan telahpun menjelaskan hutang berkenaan dan peguamnya telah pun mengesahkan beliau tidak lagi diisytiharkan muflis.SH