Saturday, July 17, 2010

Kerajaan BN gagal , rakyat perlu ubah



PARIT BUNTAR, 18 Julai : Kenaikan harga barang berikutan pemotongan subsidi daripada kerajaan memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat keseluruhannya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, kenaikan harga gula, petrol dan diesel menunjukkan bahawa kerajaan sudah tidak mampu menangani perbelanjaan negara.

" Subsidi
boleh diberikan kepada gula dan petrol sebelum ini menunjukkan kerajaan mempunyai dana bagi menjaga kebajikan rakyat.

"Akan tetapi apabila subsidi sudah dipotong ini bermakna kerajaan sudah terputus dana bagi menjaga kebajikan rakyat. Rakyat pula terpaksa menanggung beban subsidi tersebut" katanya

Hairul Nizam berkata, apabila harga barang naik maka sudah tentulah kos sara hidup akan naik. Apatah lagi gula yang naik sehingga 25 sen sememangnya begitu tinggi.

' Walaupun kerajaan mengesyorkan rakyat kurangkan penggunaan gula dalam kegunaan harian, tidak semestinya subsidi gula ini dipotong. Saya yakin harga kuih dan minuman akan naik" katanya

Menurutnya, Perdana Menteri berkata kononnya ia bertujuan untuk menjimatkan wang kerajaan dan pemotongan subsidi tersebut memberi dana kepada negara berjumlah RM 750 juta untuk tujuan pembangunan lain.

" Sekiranya kerajaan hendak berjimat cermat mengapa rakyat yang terpaksa menanggungnya. Kerajaan perlu mengawasi perbelanjaan negara sebelum ini yang dilihat berada di luar kawalan.

"Namun begitu apa yang jelas rakyat didahulukan untuk menanggung beban subsidi tersebut" katanya

Beliau berkata rakyat perlu buat perubahan, pentadbiran perlu ditukar kerana kerajaan BN sudah gagal mengawal kewangan negara.

"Jangan sampai negara sudah muflis baru hendak melakukan perubahan" katanya

PR perintah Malaysia, hapus cukai 5 tahun















KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).hrkh

Mufti celaru













IPOH, 18 Julai: Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dahulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim menyifatkan Tan Sri Harussani Zakaria sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan Umno yang ‘sesat’.

“Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

“Nampaknya dia semakin bercelaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar,” ujar Khalil di dalam blognya.

Harussani sebagai dipetik dalam Malaysiakini: "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Menurut Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, satu perkara yang mengejutkan apabila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangannya berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

“Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahaya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh beliau dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya,” katanya lagi.

Katanya, Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya, kata Khalil kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polemik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, kalau mufti itu berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Naib Presiden Umno, Mohd Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat.

“Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang Melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei,” ujarnya.hrkh

Rakyat tak terima alasan kenaikan



PARIT BUNTAR, 18 Julai : Rakyat yang berpendapatan rendah akan menangung kesan paling teruk berikutan kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas LPG .

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 5 sen manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi . Harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, walaupun Perdana Menteri memberi alasan kenaikan ini adalah demi mengelakkan pengaliran subsidi kepada sasaran yang salah, namun akhirnya beban akan ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah.

“ Kerajaan perlu menjelaskan secara tepat bagaimana penjimatan dari subsidi ini akan dibelanjakan untuk faedah golongan berpendapatan rendah.

“ Masih kita ingat ketika kenaikan harga petrol dan diesel secara besar-besaran beberapa tahun dahulu, dijanjikan wang penjimatan akan digunakan untuk memajukan pengangkutan awam tapi janji tinggal janji” katanya yang menyokong pandangan seorang pemimpin PAS Terengganu

Fakhrurrazi berkata, kali ini rakyat dijanjikan pula penjimatan subsidi akan diagihkan kepada bidang pelajaran dan kesihatan.

“ Rakyat tidak akan menerima lagi janji kerajaan kerana semua sudah maklum peningkatan kos pendidikan dan belanja untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan.

“Rakyat di bawah semakin tidak selesa dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang akan menyebabkan kos barangan lain meningkat,"katanya

Menurutnya, alasan kerajaan bahawa kenaikan ini supaya penyeludupan tidak berlaku juga tidak boleh diterima.

“Apa jaminan selepas kenaikan ini penyeludupan tidak akan berlaku lagi? Kalau penyeludupan masih berlaku, apakah harga akan dinaikkan lagi?

“ Yang pasti rakyat bawahan dipaksa memikul beban ekoran ketidakmampuan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dan membendung panyeludupan” katanya

Fakhrurrazzi berkata, petrol dan diesel yang diisi ke dalam kenderaan adalah berdasarkan perjalanan dan keperluan.

“ alasan supaya rakyat tidak menggunakannya secara berlebihan seolah-olah menuduh rakyat secara suka-suka membazirkan petrol dan gas. Murah sangatkah harga bahan bakar di Malaysia sehingga dibazirkan sewenangnya oleh rakyat? .

“ Tak pernah kita dengar kerajaan menjalankan kempen jimatkan penggunaan petrol dan gas . Yang kita dengar kempen jimatkan elektrik dan air “ katanya

Umno amal politik babi

























KUALA LUMPUR, 18 Julai :
Umno-BN telah mempolitikkan isu kandang Babi di Hulu Langat, Selangor. Dengan mengadakan demo.

Seramai 200 orang berkumpul di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menempatkan pejabat Menteri Besar pagi Rabu bagi membantah tindakan kerajaan Selangor yang meluluskan projek ladang ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta. Ia telah memenuhi media-massa nak mengambarkan Umno juara menentang ladang babi.

Tup-tup. Didapati Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu telah meluluskan projek ternak babi itu.

Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, hanya meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.

"Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi dan tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.

MB Selangor, Datuk Khalid Ibrahim juga menjelaskan pelaburan berjumlah RM100 juta termasuk kos pengambilan tanah, disediakan oleh pelabur tanpa melibatkan wang kerajaan negeri manakala babi yang diternak pula hanya untuk keperluan di Selangor dan bukan dieksport.

Yang menjadi bangangnya UMNO Selangor apabila didapati projek ladang babi itu sebenarnya diperolehi oleh kroni Umno bangsa melayu.

Apabila gambar pemimpin Umno Selangor selaku Adun Tanjung Sepat Dr Karim Mansor and the geng bergambar tersengih dalam kandang babi dengan menunjukkan ‘tanda best’ di Jerman akhirnya telah meredakan isu tersebut.

Alih-alih pecah berita Negeri Sembilan telah siap projek kandang babi moden Negeri pimpinan UMNO-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Hassan. Ladang babi moden yang disiapkan di Bukit Pelanduk yang heboh dengan kematian akibat J.E dulu telah siap dengan fasiliti moden.

Timbalan Menteri Pertanian dan asas Tani,Chua Tee Yong (Anak pengerusi MCA, Chua Soi Lek) mengharapkan ladang tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran babi yang lebih banyak. Beliau meninjau ladang babi tersebut yang keluasan 480 ekar yang mampu menampung pengeluaran 250-300k ekor dalam satu masa.

Macamana puak-puak UMNO. . Orang dok sibuk demo anti judi. Bila lak nak demo anti ladang babi macam yang dibuat di Selangor dulu.

Takkan tak boleh kerah UMNO negeri Sembilan untuk berarak ke Port Dickson. Ke Babi di Negeri Sembilan tu dah jadi kambing? Takkanlah pemuda UMNO Malaysia di Rembau tengok saje je.?
Ustaz Saiful Bahri

Pelbagai istilah BN untuk tipu rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita29/tarbawidungun%20023.jpg

















KUALA TERENGGANU
- PAS Terengganu menyifatkan pemakaian istilah 'pengurangan subsidi', 'penyelarasan subsidi' dan 'rasionalisasi subsidi' oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menaikkan harga barangan merupakan satu tindakan 'politik' bagi tujuan menyembunyikan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan.

"Mereka cuba mempolitikkan istilah dan (dengan itu mereka berharap) tindakan-tindakan yang dilakukan dapat diterima oleh rakyat, mereka cuba menyembunyikan penyelewengan-penyelwengan yang ada,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Menurutnya, disebalik pemberian subsidi kepada rakyat, kerajaan BN telah nmemberikan subsidi yang lebih besar kepada syarikat-syarikat kroni.

Beliau juga menyelar tindakan kerajaan mengaut semula subsidi tersebut dari rakyat sedangkan pada masa yang sama katanya, pembaziran wang rakyat terus berlaku dan kerajaan terus mengutip cukai dari rakyat.

"Ingin membatalkan subsidi, sepatutnya kerajaan tidak perlu ambil dari rakyat, kalau subsidi ditarik, cukai diambil, boleh...tetapi kerajaan perlu meningkatkan kos buruh (iaitu) kadar gaji (yang ada) masih rendah,"ujarnya ditemui selepas Ijtimak Tarbawi PAS Dungun semalam.

Mengulas lanjut, katanya, ucapan-ucapan pemimpin Umno yang membandingkan harga minyak dan barangan lain diantara negara Malaysia dengan negara lain umpamanya Singapura adalah merupakan ucapan yang memperbodohkan rakyat.

Menurutnya, negara-negara tersebut tidak mempunyai sumber yang banyak berbanding negara kita.

Beliau mempertikaikan tindakan kerajaan menaikkan harga gas yang turut didakwa turut diberi subsidi, sedangkan menurutnya gas adalah barangan keluaran tempatan dan tidak diimpot dari negara lain.

Oleh itu, beliau menyimpulkan tindakan kerajaan menaikkan harga dan mengutip hasil dengan menguatkuasakan peraturan keatas rakyat merupakan strategi Umno dan BN mengumpul dana menghadapi pilihanraya.

Namun, beliau kesal kerana menurutnya, kerajaan BN mendakwa tujuan menarik balik subsidi adalah tujuan berjimat cermat, sedang apabila tioba pilihanraya samada kecil atau umum, tidak ada konsep jimat cermat.

"yang kita hairan bila berlaku pilihanraya kecil atau sebagainya, tidak ada konsep jimat cermat, pemimpin-pemimpin (Umno/BN) menabur dana awam, sumber kerajaan, menggunakan pelbagai dana GLC dan sebagainya untuk kepentingan pilihanraya Umno,"jelasnya.

Justeru, PAS Terengganu akan menggerakkan seluruh jentera bagi menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat dengan siri-siri ceramah dan penyebaran maklumat

"Seluruh organisasi parti perlu digerakkan untuk memberikan maklumat dan menjelaskan pengistilahan-pengistilahan yang digunakan Umno/Bn untuk menipu rakyat,"tambahnya.

DAP dahului PAS dan PKR





























PUTRAJAYA, 18 Julai : Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

‘Kek’ dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).

PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,631 dan 13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

Di Semenanjung, MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

Dalam usaha mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar, yang dianggarkan 4.4 juta orang setakat ini, SPR menggunakan program ‘outreach’, kemudahan kaunter statik pejabat pilihan raya, penolong pendaftar melibatkan parti-parti politik dan wakil jabatan dan kaunter pejabat pos.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.
Misalnya sepanjang bulan Mei tahun ini sahaja seramai 28,604 atau 55 peratus daripada 51,358 pendaftaran baru adalah datang daripada khidmat penolong pendaftar.

Analisis perangkaan itu juga menunjukkan meskipun pilihan raya umum Sarawak disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bilangan pendaftaran pemilih baru di negeri itu masih kecil berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, daripada 4.4 juta yang belum setakat suku pertama tahun ini seramai 33.7 peratus dan 26 peratus masing-masing merupakan penduduk Sarawak dan Sabah.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.
Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini.

Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

ADUN Tronoh turun padang daftar pengundi


















BATU GAJAH, 18 Julai: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dengan kerjasama DAP Cawangan Kampung Baru Nalla telah menganjurkan satu program semakan daftar pengundi di tapak pasar malam bersebelahan dengan pasar awam Tronoh, kelmarin.

Program yang dimulakan pada pukul 6.30 petang itu mendapat sambutan sangat menggalakkan di mana ramai yang berminat untuk mengetahui taraf mereka sebagai pengundi.

Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, didapati seramai 13 orang mahu menukar alamat mengundi mereka mengikut alamat kad pengenalan namun penukaran hanya boleh dilakukan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos besar.

“Ini adalah satu amalan birokrasi yang menyusahkan para pengundi,” katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru SPR supaya mengkaji semula polisi yang membebankan itu.

Katanya, bagi mereka yang sudah menukar alamat kad pengenalan adalah wajar untuk Penolong Pendaftar Pengundi yang dilantik oleh SPR membuat pertukaran alamat pengundi tersebut, yakni para pengundi tersebut tidak perlu pergi ke pejabatb SPR atau pejabat pos.

Beliau menjangka beribu-ribu pengundi di seluruh negara tidak mengubah alamat mengundi mereka walaupun telah menukar alamat di kad pengenalan.

Justeru, Sivakumar menyeru agar orang ramai yang layak mengundi memeriksa kedudukan mereka sebagai pengundi.

“Sesiapa yang ingin menyemak status mengundi boleh berbuat demikian dengan mengakses laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my,” ujarnya.hrkh

PR bersiap hadapi pilihanraya Sarawak




















KUALA LUMPUR, 18 Julai : Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan menyelesaikan pelbagai aspek persiapan menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak termasuk mengenal pasti calon berpotensi dan formula pengagihan kerusi menjelang akhir September ini.

Kepimpinan PR yang mengadakan mesyuarat Rabu lalu telah menubuhkan jawatankuasa induk persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.


Mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat pimpinan PR telah membincangkan isu berkaitan dengan usaha menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil komponen PR dari Sarawak.

“Kami yakin jawatankuasa ini akan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan kerusi ditandingi, mengenal pasti bakal-bakal calon dan lain-lain yang berkaitan sebelum akhir September ini,” kata beliau ketika dihubungi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu menambah, syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut akan disahkan oleh kepimpinan pusat PR.

“Pandangan jawatankuasa ini akan dibawa ke perhatian kepimpinan tertinggi Pakatan untuk pengesahan,” kata beliau.

Dalam pada itu, PR Sarawak akan mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuching malam ini.

Timbalan Pengerusi DAP Sarawak Chiew Chiu Sing memberitahu The Malaysian Insider bahawa kesemua pemimpin peringkat nasional komponen PR juga akan hadir untuk memuktamadkan keanggotaan majlis kepimpinan PR Sarawak.

“Saya merasakan ini masanya bagi kami menyelesaikan perundingan mengenai pengagihan kerusi,” kata Adun Kidurong ini.

DAP dan PKR, antara dua komponen PR negeri sedang terlibat dalam perundingan mendalam berhubung lima kerusi di kawasan bandar yang dilihat sebagai kubu kuat pembangkang negeri.
Kedua-duanya telah menemui tiga kali sejak awal tahun ini berhubung isu pertindihan kerusi, tetapi belum mencapai kata putus.

PKR juga mengadakan perbincangan berasingan dengan PAS dan Parti Nasional Sarawakl (Snap) berhubung kerusi-kerusi di kawasan luar bandar.

“Yang paling besar melibatkan kami dan DAP, jadi terdapat perselisihan besar dan saya merasakan tiada masalah besar untuk mencapai penyelesaian,” kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

Pemimpin-pemimpin PR nasional yang dijangka hadir sama pada pertemuam malam ini ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan rakan sejawatannya dari PAS Nasharudin Mat Isa.