Sunday, December 5, 2010

Umno gagal pecahkan PAS-DAP



















KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Hubungan kerjasama yang bertambah erat antara PAS dan DAP hari ini berjaya memecahkan tembok yang sekian lama dibina Umno-BN untuk memisahkan kelompok utama bangsa Melayu dan Cina di negara ini. Ini kerana, sejak 50 tahun yang lalu Umno-BN lah yang telah membina tembok itu untuk memisahkan kedua-dua kaum tersebut

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, apa yang berlaku sekarang, hubungan intim PAS-DAP sangat dicemburui bahkan ditakuti oleh Umno BN sehingga mereka cuba menanam sentimen dan menakut-nakutkan kaum Melayu.

"Inilah yang menjadi ketakutan Umno-BN terhadap hubungan PAS dan DAP yang berjaya memenangi orang bukan Islam. Orang Melayu dan Cina bergabung memecahkan tembok yang dibina oleh Umno sekian lama," katanya ketika dihubungi Harakah.

Jelas Mahfuz, apabila Umno-BN berdepan dengan orang Melayu mereka akan mencanangkan DAP akan mengetui Pakatan Rakyat jika parti itu berjaya memerintah dan begitulah sebaliknya.

"Umno-BN jadikan DAP seperti 'lembaga hitam' untuk menimbulkan ketakutan orang Melayu, sekali gus menjejaskan masa depan kaum itu.

"Apabila Umno pergi kepada orang Cina, mereka akan kata yang akan 'lead' kerajaan adalah PAS yang dikatakan radikal dan ekstrem Islam 'potong sana potong sini'," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Tegasnya, politik Umno-BN inilah yang harus disedari rakyat pelbagai kaum khususnya masyarakat Melayu, agar mereka tidak terjebak dengan dakyah kononnya negara akan 'terjual' jika DAP berkuasa.

"Saya anggap bahawa lagu ini adalah lagu lama dan senikata yang cuba diperbaharui tidak berjaya untuk memancing undi orang Melayu yang sudah meluat kepada Umno," ujarnya.

Justeru kata Mahfuz, inilah hakikat yang menunjukkan bagaimana orang Melayu perlu ada kesedaran dengan tipu muslihat Umno-BN kerana selama-lamanya parti kebangsaan Melayu itu cukup cemas jika DAP boleh bekerjasama erat dengan PAS.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Dana pendidikan bela Institusi pendidikan Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGtuHHVJ-lh9bN6eWdCwTQzjjKyEYFuIaRWCkhFNcEpSKm-b_vi96PSjTTYUK7QsIGxBrIBdGXowhVM9aIv-7QO0Z7ZIoZ2G4FO2hdbENniDvAmoRrLSK4LNiaG_ucVqUzJTWqnoMj-GtN/s1600/52.JPG

KUALA LUMPUR, 6 Dis. : PAS menubuhkan Dana Pendidikan PAS dengan menyasarkan RM1 juta untuk membela institusi pendidikan Islam yang dipinggirkan oleh kerajaan Pusat.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, pelancaran dana secara rasmi akan dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 29 Januari depan.

“Dasar pembiayaan pendidikan di kalangan orang terpilih (iaitu) lebih untuk melahirkan profesional dan (pelajar-pelajar) dalam bidang-bidang kritikal dengan cara pinjaman (seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

“(Dasar kerajaan) ini tak boleh nak menampung Sekolah Agama Rakyat, pekerja-pekerja pendidikan yang terus membangunkan modal pendidikan Islam di Malaysia yang dipinggirkan.

“Tanggungjawab untuk memajukan pendidikan Islam mesti diambil komitmen oleh parti kita... gejala sosial sangat banyak di mana anak muda, kita kemungkinan akan hilang jati diri Islam kita,” kata Abu Bakar hari ini.

Menurut Abu Bakar, dana tersebut turut bertujuan membantu pembiayaan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi selain membela kebajikan guru-guru sekolah agama rakyat.

Beliau berharap golongan profesional serta syarikat korporat boleh memberi sumbangan demi mereputasi semula pendidikan sekolah agama rakyat dan pondok sendiri.

Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Dana Pendidikan PAS turut mengumumkan ketetapan PAS pusat melantik Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjadi Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah tersebut.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Betul-betul dakwa bukan main sandiwara


















SHAH ALAM, 6 Dis. : Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mahu setiap organisasi yang bertanggungjawab dalam kes rasuah melibatkan Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo menjalankan tanggungjawab dengan amanah, tidak hanya seperti melepaskan batuk di tangga.

Bercakap kepada Tv Selangor, Faekah berkata,adalah penting kepada semua pihak komited dengan tugas yang diamanahkan dan bersikap profesional walaupun ia melibatkan orang kenamaan.

" Kalau Khir Toyo kita katakan dia tidak amanah sebelum ini, mereka kena jalankan tanggungjawab mereka.Jangan pula pegawai yang mendakwa tidak amanah pula dalam menjalankan tugas kita. Biar semua orang menjalankan tugas dengan profesional dan amanah," kata Faekah, ketika dihubungi melalui telefon sebentar tadi.

Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Khir didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah 'istana ala Bali' di Seksyen 7, Shah Alam.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan oleh hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan oleh hakim, Khir pada 29 Mei 2007 lalu di kediaman rasmi menteri besar bersama isterinya, Zahrah Kechik telah mendapatkan dua lot tanah dan sebuah rumah dari syarikat Ditamas Sdn Bhd dengan harga RM3.5 juta sedangkan harga hartanah tersebut dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir boleh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Manakala Shamsuddin pula, pada tarikh sama dituduh bersubahat dengan kesalahan yang dilakukan oleh Khir dalam pembelian hartanah dan rumah mewah tersebut.

Ia berlaku dalam keadaan Khir mengetahui Shamsuddin ada kaitan dengan kerja-kerja rasminya dan kesalahan tersebut dilakukan hasil dari persubahatan Shamsuddin. Justeru, Shamsuddin telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 109 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjarakan sehingga tempoh dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Namun ujar Faekah, selagi seseorang tidak dibuktikan bersalah, maka mereka tidak boleh dituduh bersalah.

Maka Ketua Pembangkang Selangor itu juga diharap boleh mendapatkan hak pembelaan yang sewajarnya untuk diri beliau.

" Apa yang kita mahu ialah Khir Toyo diberi kesempatan kalau dia tidak bersalah, dia perlu mendapat hak membela diri dan saya yakin pihak-pihak seperti SPRM, DPP,polis yang menyiasat dan pegawai-pegawai terlibat, menjadi profesional," tambah Faekah lagi.

Tanpa menolak pelbagai spekulasi kedengaran berhubung penahanan Khir di pejabatnya pagi tadi, Faekah bagaimanapun optimis sekiranya ia langkah awal kerajaan
menunjukkan kesungguhan dalam memerangi rasuah.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran, jika ia hanya untuk mempersendakan rakyat, ia pasti tidak akan berhasil untuk jangka masa panjang.

" Kita tidak boleh salahkan anggapan masyarakat umum terutama pemimpin-pemimpin dari parti bukan pemerintah sebab itu telah menjadi trend. Macam satu tradisi
pemimpin kerajaan.

" Rakyat pada hari ini bijak dan pandai menilai. Kalau kamu bersandiwara, akhirnya pada suatu hari nanti kamu akan dihukum," katanya.

Bahkan ujar Faekah, kerajaan negeri Selangor sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika organisasi itu memerlukan sebarang dokumen berhubung pembelian tanah tersebut.

" Pendekatan kita ialah kita bersedia bekerjasama walaupun yang dituduh itu orang kita dan sebagainya. Malah kita memberi kerjasama yang baik misalnya apabila pegawai Yayasan Selangor disiasat," tambah Faekah lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim sebelum ini berkata,istana milik Khir beserta tanah mencecah harga RM24 juta.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas DUN Mengenai Tanah sebelum ini meminta rakyat Selangor dan SPRM menilai dan menjalankan siasatan dengan telus berhubung isu tersebut.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Najib 'gelabah biawak'

















KUALA LUMPUR, 6 Dis.: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghentam parti-parti Pakatan Rakyat (PR) sewaktu berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN) semalam adalah bukti pengerusi BN itu 'gelabah' dengan kekuatan PR.

Mengulas ucapan Najib itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Najib sudah tidak mampu lagi menyembunyikan ketakutannya berdepan sokongan kuat rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Kita melihat ucapan itu menunjukkan kegelabahan BN dalam menghadapi perkembangan terkini Pakatan Rakyat.

"Malah mereka sebenarnya agak terkebelakang mengadakan konvensyen daripada kita Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau membandingkan dengan Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan kali kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Selain menuduh Pakatan Rakyat anti nasional, Najib semalam turut menuduh PKR sebagai nepotisme manakala PAS dituduh menjalin kerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara.

"Dia tak tahu tentang dalaman Pakatan, strategi kita, hasrat kita, langkah kita.

"Dia tak perlu cakap kalau dia tak tahu," kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut sependapat dengan pandangan itu.

Ketika sidang media bersama Ketua Umum PKR di parlimen pagi tadi, Mahfuz berkata, Najib telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat satu-satunya pihak paling relevan menggantikan Umno.

"Saya ucap tahniah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan lagi rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kerana secara tak langsung serangan kepada PKR dan Pakatan Rakyat itu memberi mesej jelas kepada rakyat, bahawa PR adalah gabungan masa depan untuk Malaysia," katanya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Gani Patail jadi Ketua Pendakwaan : Khir Toyo mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM, 6 Dis. : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.

Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008. -Bernama

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Kerajaan Selangor diminta buat tawaran semula beli konsesi air

























KUALA LUMPUR, 5 Dis. : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid berkata, pihaknya akan membuat tawaran semula untuk membeli aset empat syarikat konsesi air Selangor pada harga kira-kira RM6 bilion dengn persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Khalid, kerajaan Persekutuan semalam meminta kerajaan negeri membuat tawaran semula kepada Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abbas untuk membeli aset mereka.

"Saya telah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, semalam telah bersetuju membenarkan kerajaan negeri membuat tawaran tentang penyusunan semula air.

" Saya akan membuat dokumen penawaran pembelian tersebut yang bernilai melebihi RM6,000 juta kepada konsesi-konsesi air ini.Saya turut berterima kasih kepada Istana Negara dalam usaha memanjangkan hasrat rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku," ujar Khalid lagi, selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini, hari ini.

Lebih 15,000 rakyat berpakaian baju merah membanjiri ibu kota bagi menyertai himpunan aman 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' anjuran kerajaan negeri.

Himpunan tersebut bagi menyampaikan bantahan mengenai kenaikan harga air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan restu kerajaan persekutuan Umno- Barisan Nasional.

Ia juga untuk menyampaikan hasrat rakyat yang mahukan kerajaan negeri dan bukan syarikat kroni menguruskan bekalan air di Selangor.

Kerajaan negeri sebelum ini membuat tawaran untuk membeli aset air di Selangor dengan nilai RM5.7 bilion untuk kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abbas.

Adalah difahamkan kerajaan pusat tidak bersetuju dengan tawaran itu dan mahukan pampasan hampir RM10 bilion ringgit untuk empat syarikat berkenaan.


Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan persetujuan kerajaan persekutuan untuk kerajaan negeri membuat tawaran semula kepada syarikat konsessi sebagai perkembangan baik untuk menyelesaikan kemelut pengurusan air Selangor.

" Dari satu sudut, ya (ia baik) kerana memandangkan kerajaan pusat memang mahu membawa kita ke meja perundingan dan kita juga bersedia untuk berunding.

" Jika mereka benar-benar mahu kita berunding, bagus kerana kita memang bersedia untuk membeli (syarikat berkenaan), maka ini satu perkembangan positif.

" Ini merupakan satu petanda bagus apabila kerajaan pusat minta kerajaan negeri untuk berunding dengan syarikat konsesi, kerana isu ini telah tertangguh untuk tempoh yang agak lama,"tambahnya lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

PAS ucap tahniah kepada anak muda











KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan medianya berkata walaupun himpunan berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera.

"Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang," katanya.

Menurut Idris lagi,generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu,mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini.

"Kenapakah pihak polis tidak menggunakan akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang."katanya.

"Air dan gas yang mereka gunakan adalah wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat," katanya lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Seperti biasa permohonan Anwar ditolak















KUALA LUMPUR , 6 Dis. : Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan supaya beliau berundur daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa beliau tidak bertindak secara berat sebelah kepada pendakwaraya.

Peguambela Anwar mengesahkan akan merayu keputusan Zabidin itu.

Dalam memberi keputusannya itu, Zabidin menafikan tuduhan bahawa beliau telah bertindak secara intimidasi dengan mengugut untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas peguambela Karpal Singh.

Beberapa keputusan hakim yang menafikan hak Anwar untuk mendapatkan bahan dokumen dan kenyataan bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tuntas, turut dibangkitkan oleh peguambela sebelum ini.

"Beliau (Zabidin) sepatutnya berhenti jika timbul keraguan dari orang ramai tentang keputusan-keputusan penghakimannya," tegas Karpal kepada pemberita selepas Zabidin berkata beliau akan terus mengadili kes itu.

Pemerhati dan pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin dunia berulang kali menggesa supaya Anwar diberi perbicaraan yang adil setelah beberapa keputusan hakim dilihat sebagai membelakangkan asas-asas perundangan.

Pasukan pembelaan Anwar pada 24 November lalu telah membuat permohonan untuk menggugurkan hakim Mohamad Zabidin.

Dalam afidavit bertulis berserta notis usul, Anwar memohon Zabidin berundur dari kes itu, setelah Karpal memberi peringatan bahawa hakim tidak boleh bertindak di luar batas undang-undang.

Anwar berkata walaupun hakim telah menarik balik kenyataan yang dilihat sebagai memberi tekanan kepada Karpal, tindakan intimidasi itu menunjukkan Zabidin mempunyai kecenderungan untuk bertindak secara berat sebelah yang menghalang Anwar daripada menerima perbicaraan adil.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

PRU 13 dah dekat : Khir Toyo ditahan akan dibawa ke Mahkamah Seksyen



KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk 'Istana Khir' iaitu rumahnya yang ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.-Bernama

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Songkok Tiga Jengkal Umno tidak dapat tutup bau hapak kepala Umno

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg

PUTRAJAYA, 6 Dis. : Ini fakta menunjukkan tembelang puak-puak yang menyanjung ketuanan melayu membandingkan harga minyak negara dengan negara bukan pengeluar minyak.

Umno menutup rapat perbandingan harga minyak negara dengan negara pengeluar minyak. Lihatlah sendiri, putar belit media Umno membohongi rakyat kononnya harga minyak negara lebih rendah berbanding negara dunia yang lain. Lihatlah harga minyak di negara pengeluar minyak :


10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter
Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.Berita Semasa

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

BN seksa rakyat bawahan

Bahrain












PARIT BUNTAR , 5 Dis : Kenaikan harga petrolRON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil kira kesusahan rakyat bawahan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Abdul Bahrain Desa berkata, rakyat bawahan paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna yang menggunakan petrol RON95.

Menurutnya, kenaikan harga petrol RON95, diesel dan gas LPG sebanyak 5 sen menjadikan harga masing-masing meningkat kepada RM1.90 seliter, RM1.80 seliter dan RM1.90 sekilogram.

“Kenaikan ini sudah pasti menjejaskan kehidupan rakyat kerana peniaga akan menaikkan harga barang perniagaan mereka.

“Selain itu, hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel selain setiap makanan yang memerlukan gula,” katanya.

Bahrain berkata, pihaknya hairan dengan sikap pemimpin Barisan Nasional yang memberi pelbagai alasan dan tidak dapat diterima rakyat.

“Kononnya, kerajaan mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka harga gula perlu dinaikkan.

“Ada juga alasan dikaitkan dengan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan,” katanya.

Katanya, kerajaan menyatakan tidak mampu menampung subsidi rakyat dengan harga lama, maka harga petrol dan barang keperluan terpaksa dinaikkan.

“Kenaikan harga ini seolah-olah adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah diambil bagi membela rakyat.

“Sedangkan kerajaan banyak membuat pembaziran untuk projek yang hanya menguntungkan pihak tertentu dan berakhir dengan kehilangan wang rakyat seperti projek PKFZ,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji semula perjanjian yang dibuat dengan syarikat konsesi penjana tenaga bebas (IPP) dan menghentikan ketirisan wang sebelum mengambil tindakan mengurangkan subsidi rakyat.

“IPP dapat subsidi Petronas sebanyak RM15.1 bilion berbanding rakyat yang hanya terima subsidi sebanyak RM11 bilion, sedangkan IPP adalah syarikat besar yang sentiasa bertujuan mengaut keuntungan.

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM5 billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan,” katanya

Katanya, pemimpin kerajaan boleh menyatakan bahawa kenaikan itu tidak membebankan rakyat kerana pemimpin kerajaan tidak merasai kesusahan dialami akibat kenaikan ini.

“Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja mencari sesuap rezeki menampung kehidupan.

“Rakyat kini bukan sekadar terbeban dengan kenaikan harga barang, tetapi juga menanggung beban hutang negara yang semakin besar akibat pemborosan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Gerakkan Geramm bantah kenaikan harga bahan api



















KUALA LUMPUR, 6 Dis. :
Angkatan Muda Keadilan (AMK) bercadang untuk menggerakkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) bagi membantah kenaikan harga bahan api — RON95, diesel dan gas, dan gula yang berkuat kuasa semalam.


Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya mahu kerajaan khususnya Perdana Menteri memberi justifikasi yang jelas dan bertindak untuk mengawal kenaikan harga barangan ini pada kadar yang segera.

"AMK juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk kembali menghidupkan Geramm dalam gelombang yang lebih besar demi menunjukkan perit jerih rakyat di sebalik kenaikan harga ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Shamsul Iskandar, sayap Pemuda PKR ini menolak sebarang bentuk justifikasi yang diberikan oleh kerajaan pusat berhubung dengan ‘pakej’ kenaikan harga barangan.

"Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak lima sen seliter, kenaikan harga gas LPG sebanyak lima sen sekilogram dan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram jelas sekali membebankan rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Kenaikan ini, meskipun telah dijangka selepas kenaikan harga petrol RON97 sebanyak dua kali pada November dan beberapa hari lepas, adalah sesuatu yang mengejutkan kerana melibatkan empat barangan utama yang digunakan secara konsisten oleh rakyat dalam kehidupan seharian," kata beliau.

Shamsul Iskandar juga berkata, kerajaan pusat sepatutnya menggunakan apa jua frasa sama ada pengurangan subsidi, penstrukturan semula subsidi ataupun rasionalisasi subsidi, realitinya ia membawa satu konotasi sahaja iaitu "kenaikan harga barang secara domino."

"Pakej kenaikan harga ini pastinya mengesani harga-harga barangan mentah dan makanan lainnya.

"Kos sara hidup rakyat akan terus meninggi, yang tertindas kekal rakyat golongan pertengahan dan bawahan.

"Adalah sangat mengecewakan apabila kerajaan pusat masih lagi ‘menari’ dengan hujah yang sama saban waktu harga barangan di Malaysia masih terendah di kalangan negara pengeluar," kata beliau sambil mendakwa ia sebagai hujah dangkal yang sewajarnya tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan kerajaan sekalipun.

"AMK berpendapat di sebalik pelbagai program awangan Perdana Menteri seperti GTP, ETP, MBE dan pelbagai lagi akronim-akronim ciptaan Pemandu sehingga hari ini tidak ada satu pun impak nyata dan positif yang boleh dirasai oleh majoriti rakyat.

"Malah, kenaikan harga barang pula yang dihadiahkan kepada rakyat atas nama penstrukturan semula subsidi," kata beliau.

Harga petrol RON95 mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram mulai semalam - kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib.

Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.

Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter.

Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair kepada RM1.90 kilogram iaitu naik lima sen berbanding sekarang.

Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.

Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.

Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.

Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala berkata, pelarasan subsidi diperlukan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

"Kami melakukan yang ini (pelarasan subsidi) untuk memastikan defisit kita dapat dikurangkan. Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

"Kami akan memastikan kita hidup dalam lingkungan keupayaan (kita)," kata beliau pada majlis taklimat pengumuman pelarasan subsidi di pejabatnya petang tadi.

Kata beliau, walaupun ada kenaikan lima sen, harga jualan RON95 dan juga LPG serta diesel dan gula masih rendah berbanding di Indonesia.

"Lebih rendah berbanding Singapura dan Thailand," katanya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Peserta protes SYABAS dibebaskan

selangor protest against syabas 20101205 police arrest 03


















KUALA LUMPUR, 6 Dis:
Kira-kira 50 peserta himpunan 'Kembalikan Hak Air Selangor', yang mahu berarak menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara yang ditahan polis telah dibebaskan sekitar jam 6.00 petang semalam.

Penangkapan bermula seawal lima minit perarakan dimulakan dari masjid negara- tempat peserta berkumpul- menuju ke jalan utama di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.


Kekecohan berlaku apabila peserta bertembung dengan pihak polis yang membuat sekatan bagi menghalang pergerakan peserta himpunan ke Istana Negara.


Pada perhimpunan di Masjid Negara sebelum itu, para peserta difahamkan polis akan mengawal perarakan hari ini sihingga sampai ke Istana, bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila sekumpulan polis mengadakan benteng dihadapan stesen keretapi.


Tidak cukup dengan itu, beberapa trak water cannon juga sudah bersedia manakala pasukan FRU pula berbaris dengan senapang gas pemedih mata.


Tidak berpuas hati dengan sekatan itu, para peserta himpunan mula merempuh halangan pihak polis dan berjaya melepasinya.


Biarpun berjaya, pasukan FRU yang menunggu di hadapan himpunan mula melepaskan gas pemedih mata ke udara, manaka wate cannon mula membuat semburan.


Ekoran itu, peserta mula mencari perlindungan dengan sebahagian masuk ke dalam stesen keretapi manakala sebahagian lagi berjaya meneruskan perjalanan.


Polis dan FRU bagaimanapun bertindak segera menghalang semua jalan ke istana sehingga peserta himpunan yang dapat melepasi halangan polis tadi terpaksa kembali semula ke kawasan Masjid Negara.


Sekembalinya ke masjid negara, polis memulakan operasi tangkap terhadap peserta khususnya yang berpakaian merah termasuk anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS yang mengawal keselamatan peserta.


Operasi menangkap peserta himpunan aman di masjid itu bermula kira-kira jam 2.50 petang.


Sehingga kini, difahamkan lebih 50 orang telah dibawa dengan trak ke balai polis tetapi lokasinya masih tidak dapat dipastikan.


Keadaan kelam kabut itu memaksa pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan pihak keselamatan.


Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad kemudiannya bertemu pihak polis bagi meredakan keadaan.


Polis kemudian memberi jaminan tidak akan membuat tangkapan dengan syarat peserta disuraikan dengan aman serta-merta.


Ekoran persetujuan itu, semua peserta diarah bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Bukti Menteri Umno penipu

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs825.snc4/68527_173071952713350_100000316393198_477943_7371284_n.jpg

TIPU RAKYAT MACAM TU JA, TAK SAMPAI PUN SEBULAN

KUALA TERENGGANU, 5 Dis : Rakyat mesti bersatu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang. Ini terbukti pada Disember 2008, harga minyak turun mendadak kerana kerajaan ingin mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata demi-kian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula.

"Ini sahaja caranya (tumbangkan BN) untuk rakyat kembali menekan kerajaan yang berterusan menikam rakyat.

"Kenaikan harga barang tersebut yang dianggap kesan daripada rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan, menunjukkan sikap sebenar BN," katanya.

Katanya, tindakan kerajaan itu juga membuktikan BN sinonim dengan Barang Naik (BN) seperti dilaungkan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, apa yang dikesalkannya ialah, ia menunjukkan satu lagi pembohongan kerajaan yang sebelum ini berjanji tidak akan menaikkan harga dalam masa terdekat, pada tahun ini.

Bagaimanapun katanya, kenaikan kali ini menunjukkan kerajaan sekali lagi membohongi rakyat.

“Apa yang menjadi kekesalan ialah, kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara jiran, sedangkan mereka sepatutnya membandingkannya dengan harga negara pengeluar minyak seperti Brunei, Qatar dan UAE.

“Alasan yang diberikan juga tidak kukuh sebab mereka berjanji bermacam-macam tetapi tidak kotakannya. Itu yang membangkitkan kemarahan rakyat sebenarnya, yang terkesan dengan pelbagai kenaikan demi kenaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Nor, Dewan Pemuda PAS Terengganu akan memperjelaskan isu itu kepada rakyat bagi menyedarkan mereka yang selama ini semakin menderita dengan pelbagai kenaikan, terutamanya barangan keperluan harian.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Harga minyak, gas, gula naik kerana BN rasa kuat menang di Galas dan Batu Sapi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrJ9eODlhHXVbik0I0umeOP2s1xAbY1hXHXBPqfk2VvujhUSrzMLIR_Z-94K5a8D5pdOJ3uF0AWWgA7Rx3TSAhRsEwjqbS5XRLbr5EVz_5IDLxjIqE6TZIVmoc9MWObcwTvZ6vO-aGmtNe/s400/logo+barang+naik.jpg

BAYAN BARU , 5 Dis. : Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dikatakan menjadi punca Kerajaan Pusat yakin untuk menaikkan harga barang sekali gus mengurangkan subsidi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat dakwaan demikian berkata, apa yang berlaku bukan kebetulan kerana apabila BN kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, harga barang dan harga minyak tidak pula dinaikkan.

“Apabila menang, mereka yakin mereka kuat, rakyat sokong mereka dan tak kisah untuk buat keputusan naikkan harga barang,” katanya.

Selain itu, kata Guan Eng, gejala rasuah yang semakin berleluasa dalam pentadbiran juga menyebabkan hutang negara meningkat secara mendadak dari setahun ke setahun.

Menurutnya, pada 2007, negara menanggung hutang RM267 bilion dan meningkat kepada RM285 bilion pada tahun berikutnya.

“Pada 2009, hutang itu meningkat kepada RM362 bilion dan terus meningkat kepada RM408 bilion pada tahun ini. Saya rasa Kerajaan Pusat mungkin tiada pilihan sehingga terpaksa menaikan harga barang-barang serta mengurangkan subsidi kerana hutang negara naik dengan begitu mendadak,” katanya.

Persoalannya, kata Guan Eng, mengapa hutang negara boleh naik begitu sekali sedangkan kita mempunyai hasil minyak yang banyak dan Petronas meraih keuntungan RM70 bilion hingga RM80 bilion setahun.

Menurutnya, apabila amalan rasuah tidak mampu dibendung dengan berkesan, rakyat yang terpaksa menanggung akibat apabila harga barang dan keperluan seperti bahan api terpaksa dinaikkan kerajaan.

Guan Eng berkata, jika Kerajaan BN dapat memastikan urus tadbir berjalan dengan baik, pasti ia tidak akan membebankan rakyat malah akan membantu rakyat.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng mmencadangkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengikut langkah Polis Diraja Malaysia potongan sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang mahu menjelaskan saman mereka dalam tempoh dua minggu.

Guan Eng berkata, PDRM seharusnya meneruskan tawaran kadar munasabah sehingga 50 peratus bagi saman trafik setiap masa bukan hanya dalam tempoh dua minggu sahaja kerana ia amat menyusahkan dan membuang masa orang ramai untuk beratur panjang bagi membayar saman.

“JPJ harus mengikut jejak langkah ini dan saya merayu kepada kawan baik saya, Datuk Seri Kong Cho Ha supaya mempertimbangkan semula perkara ini untuk kesenangan rakyat.

“Kepada PDRM, Kalau mahu tolong, tolong sampai habis dan jangan dua minggu sahaja,”katanya.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Mai tengok pula kenapa Songkok Tiga Jengkal Umno nampak baru tapi bau busuk

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg


PUTRAJAYA, 5 Dis. :
Ini fakta menunjukkan tembelang puak-puak yang menyanjung ketuanan melayu tetapi hakikatnya depalah yang membuang kuasa Raja-Raja Melayu. Depalah Si Kitol yang bermuka-muka di hadapan Raja, kononnya mereka mempertahankan
institusi Raja-Raja.

1. Kelantan:

Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob, MB Kelantan, pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke KL apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Annuar Musa ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak, telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan untuk menggantikan Sultan Ismail Petra hanya kerana baginda (Sultan Ismail Petra) tidak sehaluan dengan Umno.

Mahathir pula cuba memalukan Tuanku dengan penyiaran berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablo dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu

2. Negeri Sembilan:

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor:

MB Selangor, Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan Puteri Tuanku (Ku Yah).

Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang perkara berkaitan dengan MBnya ketika itu, Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda pada Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

3. Pahang:

Walaupun Tuanku diketahui ramai adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau & membazir kerana Baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga pada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

4. Perak:

Sultan Azlan Shah, Sultan yang tercerdik & terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan Baginda. Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.

Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku. Akhirnya Tuanku mengaku kalah tunduk pada Mahathir.

(Apakah cara jahat itu.... hehehe... ISA nama gua...)

5. Johor:

Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno. Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai Sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Mahathir tentang Baginda. Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku, Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa. Memang ia satu kesalahan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu, adakah kisah itu akan disebarkan? atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

6. Terengganu:

Almarhum Tuanku Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali. Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa Sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan, kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu. Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja, ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan Sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.

Demi untuk mencapai maksud itu, maka Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. - petikan dari Blog PemudaSarawak.


Bila dah tak boleh berbahas isu ketuanan Melayu, dah rasa kalah, dah rasa tak boleh pi, dah kena atas batang hidung Umno sendiri.

Dah tak tahan dok kena, maka larilah menyorok di belakang punggong ISA

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Rakyat Selangor merayu kepada Yang Dipertuan Agong














SHAH ALAM, 5 Dis. : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Badul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata, memorandum yang disokong oleh 150,000 rakyat Selangor telah berjaya diserahkan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.

Memorandum tersebut berjaya diserahkan pada jam 2.15 petang.

Memorandum tersebut antara lain memohon Yang di-Pertuan Agong agar:

1. Menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2. Mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik untuk mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

3. Menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

4. Mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam isu berkaitan perkhidmatan air kerana perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan.

5. Mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme kerana teah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya.

Khalid turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan ini dan menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha Kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

“ Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air. Mereka sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi sedangkan kebajikan dan kepentingan rakyat terus dilupakan,” ujar Khalid.

Sementara itu, Khalid kesal dengan tindakan polis yang tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman sehingga berlaku tangkapan.

“ Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat,” tambahnya lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT