Thursday, December 16, 2010

Speaker tak boleh gantung tugas Ahli Parlimen, hanya boleh gantung hadiri parlimen































PETALING JAYA, 17 Dis. : Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata penggantungan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk beliau yang diputuskan semalam adalah tidak sah.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, usul yang diluluskan itu melarang beliau dan tiga Ahli Parlimen lain daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau menegaskan, Parlimen hanya boleh menggantung daripada menghadiri sidang Parlimen, bukannya menggantung tugas sebagai Ahli Parlimen.

“Kami digantung daripada menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen. Tugas kami tidak terhad di Parlimen sahaja.

“Ini akan jadi perkara utama. Ini adalah satu pencabulan hak kami sebagai Ahli Parlimen yang mana telah termaktub dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal, R. Sivarasa (Subang) dan Azmin Ali (Gombak) daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.

Dalam usul itu, jelas mengatakan Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung daripada tugasnya sebagai Ahli Parlimen manakala Anwar digantung tugas dari jawatan Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Sementara Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.

“Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

“Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan,” kata Karpal.

Karpal turut berkata, Pakatan Rakyat sudah membuat keputusan untuk menyaman Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau juga mengaitkan penggantungannya dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir yang mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan membawa perkara itu ke mahkamah.

“Sebagai contoh, dalam kes Zamri keputusan boleh dicabar. Selagi kita yakin, kes ini akan dibawa ke mahkamah dan kita serius tentang perkara ini,” katanya.

Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat akan membawa kes itu ke mahkamah dalam masa terdekat.

“Hujung minggu ini saya akan sediakan dokumen-dokumen, kita akan bawa kes ini dalam masa terdekat,” katanya.

Pada sidang media itu, Anwar yang juga Penasihat PKR menimbulkan persoalan kenapa APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan Israel tidak boleh “disentuh.”

“Siapa APCO ini? Dewa kayangankah sampai tidak boleh disentuh? Mengapa APCO ini dianggap begitu berkuasa?


“APCO kata mereka badan profesional bebas tapi kenapa terlibat dalam kempen politik Malaysia? Kita minta APCO hentikan kempen politik ini.

“Sebab APCO, Ahli Parlimen digantung tanpa ikut peraturan,” katanya.-TheMalaysianInsider

Sistem demokrasi Malaysia “sudah simpang-siur”




















KUALA LUMPUR, 17 Dis. : Keputusan digantung enam bulan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat lain menunjukkan sistem demokrasi Malaysia “sudah simpang-siur”, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.

“Penggantungan ini menunjukkan sistem demokrasi kita sudah simpang-siur, sekejap boleh (gantung) dan sekejap tidak.

“Sekarang Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) pula bakal dibawa ke mahkamah apabila semangat demokrasi di Dewan Rakyat serta dahulu di DUN Perak tidak dihormati dan dilanggar oleh wakil rakyat yang tidak faham undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, soal Aziz (gambar), memandangkan Anwar bersedia mendedahkan mengenai bukti-bukti dakwaannya sebelum ini mengapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak membenarnya membuat penjelasan.

“Mengapa terus digantung selama enam bulan sedangkan tindakkan itu tidak memberi kebaikan kepada sebuah Dewan yang mementingkan demokrasi,” kata beliau.

Oleh itu katanya lagi, adakah Umno hendak menggunakan Parlimen untuk melarikan diri daripada isu APCO dan konsep 1 Malaysia, yang kebanyakan orang awam mengaitkannya dengan slogan One Israel kerana itulah anggapan yang terus cuba dinafikan di Dewan Rakyat.

Malah menurut Aziz, walaupun ada ketetapan untuk seseorang Speaker Dewan Rakyat menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi Ketua Pembangkang di Parlimen tarafnya harus dilihat seperti “ketua kerajaan”, yang bertindak sebagai semak dan imbang serta melaksanakan prinsip demokrasi.

“Apakah semangat ini mahu dibunuh dalam Dewan Rakyat juga,” katanya.

“Persoalannya sekarang, mengapa di Dewan Rakyat hari ini, seseorang wakil rakyat boleh terus digantung oleh seorang Speaker sedangkan di Perak sebelum ini tidak boleh.

“Tetapi dibawa ke mahkamah walaupun tidak harus sebenarnya satu-satu urusan di DUN atau Dewan Rakyat diputuskan semula di mahkamah,” katanya lagi.

Semalam, sejurus selepas mereka dikenakan hukuman digantung dari Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz berkata, cadangan tindakan mahkamah oleh pakatan pembangkang terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak akan berjaya.

Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai “kekuasaan” yang tersendiri.

“Saya beri jaminan, jika mereka membawa perkara ini ke mahkamah, ia akan ditolak. Karpal belajar undang-undang apa? Peguam kelas ketiga.

“Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengenai kekuasaan Parlimen,” katanya.

Karpal yang juga peguam terkenal memberitahu cadangan pihaknya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Pandikar Amin berhubung perkara itu.

Selain Anwar, turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang iaitu Karpal, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Nazri berkata gaji serta elaun empat anggota Parlimen yang digantung itu masih berjalan dan tidak akan dihentikan.

“Gaji dia tetap ada. Keempat-empat MP masih mendapat elaun mereka kerana kami mengikut perintah mahkamah selepas (Anggota Parlimen Puchong) Gobind (Singh Deo) membawa perkara itu ke mahkamah.

“Memandangkan keputusan mahkamah ia tidak mengikut perlembagaan kita ikut. Sebenarnya pakatan pembangkanglah yang tidak mengikut perintah mahkamah,” katanya.

Nazri berkata Barisan Nasional hanya mempunyai 137 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak cukup untuk meminda sesuatu perlembagaan.

“Pada sebarang masa untuk meminda perlembagaan, kamu mesti mempunyai 148 anggota Parlimen bagi menyokong di dalam dewan. Jika tidak, ia tidak boleh dipinda,” katanya.-TheMalaysianInsider

Peguam tak da kelas jadi menteri Umno

Nazri Peguam Tiada Kelas Kata Karpal



















PETALING JAYA ,17 Dis. : Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai peguam tiada kelas jika dibandingkan dirinya yang digelar peguam kelas ketiga oleh menteri itu.

Nazri semalam melabelkan Karpal sebagai peguam kelas ketiga kerana mahu membawa kes penggantungan Ketua Pembangkang ke mahkamah kerana tidak ada keadilan diberikan kepada Ketua Pembangkang itu.

Namun menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Kenyataan Nazri itu disanggah oleh Karpal hari ini.

" Perkara ini pastinya akan dibawa ke mahkamah. Sudah ada kes sama seperti ini dahulu di Perak dan dalam kes Gobind. Saya mengakui memang saya membuat komen tertentu terhadap beliau tapi bukan itu persoalannya. Persoalannya saya tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri,"ujar Karpal yang turut digantung selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide.

Karpal juga menjelaskan tindakan akan diambil ke atas Speaker Pandikar Amin Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya.

" Tindakan ke atas Speaker akan difailkan kemudian. Saya terkejut bila Nazri kata keputusan ini tidak boleh diadili di mahkamah. Ini keutamaan pada masa ini," ujar Karpal lagi.

Nazri semalam turut didakwa mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanpa perdebatan.

Beliau turut melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Sah! Yahudi Apco penasihat Umno

Bukti Apco Nasihat PM
















PETALING JAYA, 17 Dis. : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan berkenaan kekecohan di Parlimen semalam apabila usul meminta Speaker menarik diri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu yang dibangkitkan.

"Tapi operasi mereka sebelum itu adalah Myteam. Malaysian Insider beri keterangan jelas wakil Apco menasihat Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian," kata Anwar.

Turut Hadir ialah Karpal Singh, Datuk Mahfuz Omar, Dr Syed Husin Ali, Dr Lo'Lo Ghazali, Tian Chua, R Sivarasa, Yusmadi Yusuf dan Datuk Johari Abdul.

"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit.

Jelas Anwar, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dihukum kerana sentuh surat Apco.

" Dia tidak menyiarkannya pun. Apa apco ini? Dewata raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa," kata Anwar.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlime digantung tanpa proses yang wajar," kata Anwar.

Ahmad Said 'bapak penipu dan penipu besar'

DUN Kecoh: MB Terengganu Label ADUN Pembangkang Pembohong Bersiri
























KUALA TERENGGANU, 17 Dis.: Sesi penggulungan Bajet Persidangan Dewan Undangan Negeri Terenggganu Kali ke 12 semalam panas dengan pertikaman lidah antara wakil pembangkang dan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Keadaan menjadi panas apabila Ahmad menggelarkan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) sebagai pembohong bersiri berikutan beberapa isu yang dibangkitkan dalam dewan termasuk mengenai penempatan semula penduduk Kampung Tok Perah, Ladang di Pangsapuri Ladang Gemilang adalah tidak tepat.

Ahmad berkata memorandum yang dihantar kepada beliau semalam yang didakwa oleh 170 penduduk kawasan berkenaan kerana tidak berpuashati mengenai soal pengambilalihan tanah sebenarnya tidak benar kerana hanya mempunyai nama tanpa tandatangan.

"Saya rasa kecewa kerana Adun Batu Burok lulusan hebat, tetapi tak menggambarkan kebijaksanaannya...Minta maaf kalau saya anggap wakil Batu Burok ni pembohong bersiri.

"Mereka sengaja menggunakan nama 170 orang tanpa dapat restu penduduk yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang dan ini dilakukan oleh enam orang PAS yang tidak akan berpuas hati walaupun gunung kita berikan," katanya.

Beliau berkata pembohongan kedua dilakukan oleh Syed Azman ialah mendakwa projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat telah ditolak oleh Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Syed Azman meminta Ahmad menarik balik perkataan itu tetapi apabila Ahmad terus menggelarkannya dengan panggilan itu, Syed Azman turut melemparkan beberapa perkataan seperti 'bapak penipu dan penipu besar' kepada Menteri Besar.

Dewan kemudian meluluskan usul Bajet dan persidangan dewan ditangguh hingga ke suatu masa yang ditetapkan.

Undang-undang Islam ada tak mahu guna

Pakar Gesa Kaji Undang-undang Syariah Untuk Atasi Zina












KUALA LUMPUR, 17 Dis. : Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Paizah Ismail mengesa agar undang-undang syariah di negara dikaji semula agar sistem kehakiman itu mempunyai kuasa menyeluruh sebagai pencegah gejala zina dan pembuangan bayi yang terus meningkat.

Jelasnya, undang-undang jenayah Syariah yang diamalkan bukan undang-undang bertujuan untuk merealisasikan syariat Islam sepenuhnya. Sebaliknya,ia merupakan undang-undang yang berperanan untuk menampung kekurangan yang ada pada undang-undang konvensional dalam hal keagamaan.

“Kerana itulah peruntukan-peruntukan dalamnya lebih bersifat untuk menjaga kepentingan keagamaan bagi umat Islam di negara ini dan bukan melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Muzakarah Fatwa “Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.

Tambahnya, melihat kepada kes zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa, Paizah berkata undang-undang jenayah Syariah gagal untuk berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menangai gejala itu.

“Mungkin agak janggal untuk mengatakan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sekarang tidak cukup mampu berperanan sebagai satu faktor pencegah gejala perzinaan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

“Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut.

“Tambahan pula rakyat Malaysia termasuk orang Islam masih prejudis terhadap keadilan syariat Islam, realiti ini telah meletakkan undang-undang jenayah Syariah di tempat yang salah,” katanya.

Beliau juga berkata, dengan sedikit bidang kuasa dan tradisi mahkamah yang kurang mantap, undang-undang jenayah Syariah tidak boleh menyumbang ke arah menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi.

“Kesan pelaksanaan mungkin ada tetapi sedikit sekali, hasilnya tidak lebih daripada rutin yang tidak mampu mempengaruhi perkembangan masyarakat.

“Justeru dalam menghadapi realiti yang serius seperti soal perzinaan dan pembuangan bayi, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan kerana syarat ini tidak dapat dipenuhi undang-undang jenayah syariah sekarang.

“Peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mampu memberi kejutan kepada remaja dan penuntut terlibat supaya lebih berhati-hati agar tidak akan berhadapan dengan hukuman berat yang sukar dipikul,” katanya.

Rakyat menonton kelakuan melampau Umno

Umno BN pertonton kerakusan kuasa


















KUALA LUMPUR, 17 Dis: Kerajaan Umno Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau, kata Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, tindakan Dewan Rakyat semalam menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan beliau sendiri selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada rule of law.

Katanya, prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan di mana hak mereka berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan tersebut di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2010, telah menyatakan:

“…Bahawa Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010...

Bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis…”

“Namun begitu, saya tidak menyentuh kandungan surat daripada APCO Worldwide yang dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010 dalam pemberitahu surat saya kepada Yang Di-Pertua bertarikh 16 Disember 2010 tersebut ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan,” ujarnya.

Dalam pemberitahu surat tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), beliau telah mohon mencadangkan:

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Jumaat, 3 Disember 2010 yang membuat keputusan menafikan hak Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut dan mempertahankan dirinya daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.”

Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Nazri yang mencadangkan untuk menggantung beliau daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat APCO tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Katanya, isu APCO telah berkali-kali dibangkitkan di dalam parlimen yang membawa implikasi kepada kepentingan dan keselamatan negara.

“Apa salahnya sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya membangkitkan urusan yang berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan negara?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, keputusan Dewan Rakyat untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan beliau tidak mempunyai asas sama sekali serta tidak menurut prosedur Parlimen.

“Justeru itu, saya dan rakan-rakan di dalam PKR dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan,” ujarnya lagi.

Ini, tambahnya merupakan tamparan kepada pembangunan demokrasi dan keluhuran undang-undang di dalam negara.

Baginya, demokrasi terancam dalam negara akibat pemerintah yang tidak punya hasrat untuk berubah dan tidak mahu mengangkat keadilan serta kebenaran.

“Saya cukup yakin rakyat mampu menilai bahawa Umno BN dengan pemusatan kuasa, tidak menghormati integriti institusi Parlimen dan keangkuhan pemerintah yang korup itu akan menyebabkan Kerajaan Umno BN tumbang pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang,” tegasnya yhang juga Ketua Whip PKR.

SPR memang pembekal talian hayat Umno

Bantah senarai pemilih: SPR terus membisu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5ut_D7PivOVkiUVzfNQKSMDRA4jR2lLKUGHBxQAItTWGGQfcZFb9cB-yy93ohLL7BuF3T3ldd664SsdMvH4SAVVa5ePvf7BY2Xl0YQ3aKKrVAR4WTi3qTxoDip09BQFrQpkk6DIk3A9Q/s1600/azizan1.jpg

ALOR SETAR, 17 Dis: Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan.

Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut.

"Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau.

Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera.

Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru.

Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek.

Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos.

Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos.

Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR.

Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri.

Pemimpin Umno pengecut

Gantung: Pemimpin Umno panas pendedahan PR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhki2PdCo5s3jRQtkqVjPtbOik2TWU4imamnHEXN6Y_XIknUyoJOzv7Ma0cH528WaX8trPpQh6tY0qChgSUwUbw4qZMA3KCZoNxYpn5WvqwFLJtGWJ10NngYr8fU8XV0z_yOLcLPYjHP0pF/s1600/Anwar_Ibrahim_speaking.jpg

BUKIT KATIL, 17 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan menggantung beliau dan beberapa orang lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menyelamatkan pemimpin Umno yang terlibat dengan penyelewengan, salah laku dan rasuah.

“Pemimpin BN khasnya Umno takut kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat pada sidang parlimen menyebabkan mereka tidak senang duduk dan kepanasan.

“Sebagai contoh kita telah dedahkan terdapatkan seorang yang rapat dengan bekas Menteri Pertahanan yang mendapat kontrak dari kementerian tersebut berjumlah berbilion ringgit, kita ada nama orang itu, nama syarikat, berapa jumlah kontrak secara lengkap, perkara seperti inilah yang amat digeruni oleh pemimpin BN,” katanya.

Tambahnya, bagi mengelakkan pendedahan itu, beliau dan tiga lagi Ahli Parlimen iaitu Azmin Ali, Karpal Singh dan R.Sivarasa digantung enam bulan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di Pejabat PAS Paya Dalam, Kawasan Bukit Katil malam tadi.

Hampir 10,000 rakyat negeri Melaka hadir pada program tersebut yang turut menampilkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharom, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menyentuh isu WikiLeaks, Anwar berkata, isu itu sengaja dibesarkan bagi menutup isu-isu lain sedangkan laporan WikiLeaks tentang pembunuhan Altantuya tidak disiarkan.

“Mana dia laporan WikiLeaks tentang pembunuhan Altantuya, mengapa media menutup cerita ini?

“Mengapa mereka takut untuk mendedahkan isu pembunuhan Altantuya, ini semua tidak lain adalah untuk menyelamatkan Najib?” soalnya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan berani untuk berhadapan dengan semua isu berkenaan dan akan menyaman beberapa akhbar arus perdana serta Dr Mahathir kerana kenyataan mereka yang mengelirukan serta bersifat fitnah merujuk kepada pendedahan oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Tragedi hitam parlimen : PR semakin kukuh, rakyat kembali menyokong PR membenci BN




Analisa Semasa:
Hari ini menjadi sejarah baru bagi Dewan Rakyat di dalam menghadapi keributan kepartian yang melampau apabila masing-masing menunjukkan kuasa dengan akhirnya pihak pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) mengenakan hukuman gantung enam bulan kepada empat orang ahli Parlimennya dari Pakatan Rakyat(PR). Keputusan diambil atas dasar demokrasi menggunakan undian siapa lagi ramai sama ada BN atau PR untuk berbuat demikian.

Di antara keempat-empat mereka itu adalah ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman di atas pendedahan beliau mengenai APCO Worldwide yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan dipengaruhi oleh faktor ’Yahudi’ dan Zionis.

Selain Anwar, Ahli Parlimen R. Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) turut digantung selama enam bulan berhubung kesalahan menghina Dewan Rakyat dengan mendedahkan prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendengar kes Anwar-APCO.

Usuk-usul berkaitan penggantungan itu telah dikemukakan di Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan semua ahli parlimen pembangkang telah bertindak memulaukannya dengan dengan keluar dewan selepas usul pertama menggantung Anwar diluluskan Dewan Rakyat.

Kemudian usul kedua adalah untuk menggantung ketiga-tiga mereka telah dibahaskan dan seperti dijangkakan terus mendapat sokongan penuh oleh ahli-ahli parlimen BN dan wakil-wakil Bebas dari Semenanjung Malaysia. Mereka yang digantung itu didapati tidak berada di Dewan Rakyat ketika usul menggantung ketiga-tiga mereka dibahaskan oleh sebelah pihak sahaja.

Ibrahim Ali (ahli Parlimen Bebas-Pasir Mas) yang terlibat di dalam perbahasan usul itu pula mahu media memainkan peranan untuk memperjelaskan apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini sebaik mungkin bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap Anwar dan pakatan pembangkang.

Walaupun Ibrahim yang juga Presiden Perkasa dikatakan tidak memihak sesiapapun tetapi menurut seorang penganalisa politik, Ibrahim dikatakan semakin terdesak untuk berbuat ’baik’ dengan Barisan Nasional terutamanya Umno kerana beliau dilihat seperti berharap untuk kembali sebagai calon BN jika masih ada ihsan dari pucuk pimpinan UMNO jika ingin bertanding semula di Pasir Mas nanti andai benar pilihanraya umum ke-13 sudah bakal menjelma.

Namun begitu, Ibrahim dilihat juga cuba mengenengahkan hak Anwar untuk membela diri beliau atas dakwaan yang dibuat ke atas Najib supaya perbicaraan yang adil dan telus diberikan kepada Anwar.

Beberapa penganalisa politik yang dihubungi mengenai kejadian terbaru di Dewan Rakyat itu, rata-ratanya kesal dengan jentera kerajaan pemerintah yang disifatkan sebagai ’tersilap langkah’ di saat-saat mereka kini semakin kuat dan kembali diterima rakyat. Kejadian ini sebenarnya memberi peluang kepada PR untuk ’memanaskan’ semula perjuangan rakyat yang bakal memberi tenaga semula kepada sokongan ke atas PR daripada rakyat dengan mengenengah penggunaan kuasa yang ada pada BN untuk membalas ’dendam’ kepada PR dan lupa akan tanggungjawab mereka kepada rakyat sebagai pemerintah yang adil.



Mereka memberitahu bahawa dalam masa beberapa bulan lalu, sokongan ke atas PR dilihat semakin lemah ekoran masalah dalaman PKR dan pentadbiran negeri-negeri di bawah PR seperti majlis tempatan, banjir dan air. Justeru, sokongan ke atas Najib dilihat meningkat semula dengan penambahbaikan program transformasi ekonomi dan sosial.

Namun kini para penganalisa melihat tahap sokongan kembali kepada BN nampaknya akan terjejas kerana kini PR mempunyai sebab dan isu untuk dipanaskan terutamanya di dalam mengembalikan sentimen rakyat bagi melihat salah guna dan ketidaktelusan kerajaan BN hari ini yang lebih suka mempergunakan kuasa untuk dendam dan bukannya menyelesaikan masalah rakyat sebelum membawa negara menghadapi pilihanraya umum yang baru.

Dalam lain perkataan, keadaan sentimen dan senario rakyat mungkin akan kembali seperti tahap Pilihanraya Umum ke -12 pada tahun 2008 selepas episod hitam di Dewan Rakyat hari ini. Dan yang pastinya senjata PR kini ialah memainkan sentimen dan perasaan rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu bahawa Najib mengikut telunjuk Yahudi dan APCO pasti mampu meningkatkan semula sokongan dan simpati orang Melayu pada tahap semasa PRK Bukit Gantang beberapa bulan BN merampas negeri Perak.

Nampaknya PR sudah kembali dalam permainan dan Najib perlu resah tersilap langkah. Mungkinkah PRU13 tidak pada tahun depan tetapi tahun 2013 bagi perbaiki semula kesalahan Najib hari ini laksana ’setitik nila habis susu sebelanga’?

JAIS serbu Markas Syiah


SEBAHAGIAN pengikut kumpulan yang diserbu JAIS di Taman Sri Gombak malam kelmarin.


GOMBAK - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.

Antara ajaran kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa.

Pengikut ajaran tersebut juga percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.

Ajaran yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu dikatakan lebih berbahaya daripada ajaran Al-Aqram (pertubuhan haram) kerana pengikutnya menganggap darah orang Islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh dianggap sebagai jihad.

Dalam serbuan pukul 10.15 malam di premis kedai empat tingkat di Taman Sri Gombak itu, seramai 200 pengikut kumpulan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak warga tempatan sedang taksub mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iran oleh seorang penceramah jemputan dari negara itu.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah seorang lelaki yang merupakan penterjemah.

Lebih mengejutkan, ada di kalangan pengikut ajaran tersebut terdiri daripada kakitangan awam serta pensyarah.

Adun Tenang meninggal dunia, buka laluan pilihan raya kecil di kubu kuat Umno

azlan















































ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.
Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

NONEMenurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.Malaysiakini

Waran tangkap Mat Sabu tanpa tarikh dan nama majistret

Saksi mengaku pohon saman, dapat waran tangkap




















BU
TTERWORTH, 16 Dis: Saksi kes dakwaan menghalang pejawat awam menjalankan tugas terhadap Haji Mohamad Sabu mengaku di mahkamah majistret hari ini bahawa waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu bukan yang dipohonnya.

Pegawai penyiasat kes perhimpunan Bersih, ASP Idris Rejab berkata, beliau memohon mahkamah majistret mengeluarkan saman untuk satu kes jenayah kepada Mohamad Sabu namun yang dikeluarkan oleh majistret adalah waran tangkap.

Waran tangkap itu pula, katanya, tanpa tarikh dan nama majistret yang mengeluarkannya.

Idris memberikan keterangan di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang sebagai saksi pihak pendakwa terhadap Mohamas Sabu dan sembilan yang lain atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam.

Mereka didakwa berbuat demikian pada 7 Disember 2007 di Tol Bukit Tambun, Pulau Pinang ketika Mohamad sabu dan keluarganya dalam perjalanan pulang di majlis perkahwinan anaknya.

Ketika itu, polis dikatakan mahu menyerahkan waran tangkap kepada Mohamad Sabu kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur namun Mohamad enggan bekerjasama sehingga pintu keretanya dipecahkan.

Dalam keterangan di mahkamah hari ini, ASP Idris Idrus mengaku kesilapan itu bermakna penyerahan dan tangkapan pada 7 Disember 2007 itu menghadapi risiko tidak sah kerana ia bukan berdasarkan waran tangkap yang sah.

Waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu pada 7 Disember itu adalah waran tangkap yang lain, bukan waran tangkap yang diperolehi oleh ASP Idris kerana salinan asalnya kekal bersama beliau.

Waran tangkap itu bertarikh 4 Disember sedangkan waran tangkap yang dipohon beliau adalah tanpa tarikh dan tanpa nama majistret yang mengeluarkan waran itu.

Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di dakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang pejawat awam menjalankan tugasnya.

Beliau dan sembilan yang lain diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama Amirudin Zulkifli dan Yusnita Yusof manakala pendakwaan dibuat oleh ketua pendakwa Pulau Pinang.

Ia dibicara didepan Majistret Mohd Izham Ali.

ADUN Tenang meninggal dunia






































ADUN Tenang dari BN (UMNO) Datuk Sulaiman Taha telah kembali ke rahmatullah

Allahyarham adalah Ketua UMNO Bahagian Labis

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah buat keluarga Datuk ... Alfatihah

mimpisenja

Semua hancur di bawah Najib

Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara















KUALA LUMPUR, 16 Dis. : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak harus dipertanggungjawabkan kerana menghancurkan sistem Parlimen Negara.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng mengatakan beliau tidak pernah melihat tonggak legislatif negara dilacurkan seperti yang disaksikannya hari ini.

"Sistem Parlimen di bawah Speakar telah gagal. Parlimen yang gagal. Sistem legislatif yang gagal,"kata Jui Meng, mengulas situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Jui Meng, beliau tidak pernah melihat keadaan seteruk ini apabila prinsip demokrasi dicabul dengan sewenang-wenangnya.

"Dua puluh dua tahun di dalam Dewan Rakyat, saya tak pernah nampak peristiwa yang begitu hodoh dan bodoh.

" Hodoh kerana telah mencemarkan prinsip demokrasi dan keadilan, di mana sesiapa yang dituduh harus diberi peluang untuk pertahankan diri," kata Jui Meng, ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pemimpin veteran politik tanahair itu juga menambah, rakyat adalah sebaik-baik hakim apabila sistem negara tidak lagi memihak kepada mereka yang menuntut kepada keadilan.

" Sekarang kita tahu kalau pergi mahkamah tiada harapan. Kalau pergi Parlimen lebih teruk dari kehakiman. Mana lagi? Kepada rakyat," kata Jui Meng.

Hari ini menyaksikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Anwar membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.

Jangan ubah laluan Lebuhraya Bestari

Lebuhraya Bestari : Shaziman Diingatkan Tidak Mungkir Janji


























SHAH ALAM, 16 Dis. : Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor diingatkan supaya tidak mengubah laluan pembinaan Lebuhraya Bestari di Pandan Indah seperti yang dipersetujui ketika mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 25 November lalu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan media hari ini berkata, kementerian sebelum ini telah bersetuju dengan cadangan alternatif supaya tidak ada perubohan rumah dilakukan untuk membina lebuhraya tersebut.

" Saya difahamkan Menteri Kerja Raya akan melawat Taman Bakti esok maka oleh itu saya hendak mengingatkan beliau agar tidak akan mengubah laluan lebuhraya yang telah dipersetujui di antara kerajaan negeri sekarang dan LLM pada mesyuarat MTES itu.

" Kerajaan Negeri Selangor tidak akan bersetuju sebarang cadangan baru untuk merobohkan 80 buah rumah di Taman Bakti, Ampang bagi membina Lebuhraya Besraya yang baru dari Sungai Besi ke Pandan Indah," jelas Iskandar dalam kenyataan medianya.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam mesyuarat bersama MTES sebelum ini membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah dan dipersetujui oleh kerajaan negeri.

" Sebelum itu saya dan penduduk tempatan telah membantah cadangan asal yang melibatkan perobohan rumah.

" Cadangan asal itu telah dibuat ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di Selangor. Walau bagaimanapun, kerajaan sekarang telah mengarahkan LLM membentangkan cadangan alternatif kepada MTES," jelasnya lagi.

Justeru beliau sekali lagi mengingatkan agar persetujuan yang dicapai di antara LLM dan kerajaan negeri itu akan dipatuhi.

Calon MB Kelantan sudah ada

PAS Tidak Tangguh Muktamar


















KOTA BAHARU, 16 Dis.: PAS tidak bercadang menangguhkan muktamar agung parti itu tahun hadapan walaupun pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak ada sebab PAS hendak berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika dtemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat sini hari ini.

Beliau ditanya kemungkinan PAS menangguhkan pemilihan pada muktamar agung parti itu tahun depan, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh
terdekat ini.

Umno sebelum ini mengumumkan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual tahun depan.

Dilapor Bernama, Nik Aziz juga berkata beliau tidak bercadang untuk meletak jawatan walaupun dilihat sentiasa uzur kerana baginya memegang jawatan menteri besar bukan memerlukan tenaga fizikal tetapi akal fikiran.

Bagaimanapun, katanya, jika parti tidak lagi mahu beliau memegang jawatan itu beliau boleh berundur bila-bila masa.

"Kalau parti suruh saya behenti, hari ini juga saya boleh berhenti," katanya.

Ditanya sama ada sudah ada pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau berundur nanti, Nik Aziz berkata calonnya sudah ada.

"Calonnya ada banyak, kalau dulu pemimpin PAS kita nampak terdiri daripada orang pondok, tetapi sekarang sudah banyak yang mempunyai kebolehan kerana mempunyai kepakaran dalam segenap bidang," katanya.

Mengenai kesihatannya, Nik Aziz berkata, beliau dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan tidak melakukan gerakan melibatkan pergerakan tulang belakangnya dan beliau akan membuat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian esok.

Nik Aziz dimasukkan ke hospital itu Ahad lalu selama tiga hari kerana masalah sakit belakang.

SPRM dah akui Kelantan bersih rasuah

MB bebas rasuah tanda keterbukaan pentadbiran negeri

http://sulteambo.files.wordpress.com/2010/10/nik-aziz-pas4.jpg

KOTA BHARU, 17 Dis: Keterbukaan kerajaan negeri dalam memerangi rasuah telah disalah anggap oleh sesetengah pihak sehingga sanggup mengheret Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ke dalam siasatan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM), seolah-olah beliau dan menantunya telah dihukum oleh mereka ini, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan hari ini.

Muhammad Fadzli berkata ketelusan sikap Nik Aziz tersebut terbukti apabila pihak SPRM telah menutup fail keatas kes yang dianggap salah oleh pihak-pihak tertentu terutamanya dari pihak umno-BN.

“Saya mengucapkan syabas kepada SPRM kerana telah mempercepatkan siasatan terhadap Tok Guru (Nik Aziz) dan menantunya dan terbukti mereka tidak melakukan kesalahan”ujar beliau.

Beliau juga berharap pihak SPRM mencari satu mekanisma untuk mengambil tindakan kepada mereka yang sengaja membuka ruang untuk membuat fitnah terutamanya dalam kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa kerana apabila seseorang itu diheret ke SPRM seolah-olah mereka ini telah melakukan kesalahan sehinggakan boleh menjatuhkan imej mereka.

“Kita sedar sepanjang PAS mentadbir Kelantan ini, terlalu banyak pihak di sebelah sana bersedia untuk menyerang pimpinan kerajaan, malah sikap bersih dari rasuah di negeri ini juga telah diakui sendiri oleh pihak SPRM dimana hanya kes yang melibatkan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan negeri juga amat kecil” ujar beliau lagi.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz telah disiasat atas dorongan untuk menerima tawaran menunaikan fardhu haji tahun lepas dengan melibatkan kos RM65 ribu dan isu pelantikan menantu beliau Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai ketua eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Semalam pihak SPRM telah membuat kenyataan bahawa kes dakwaan tersebut telah ditutup.

Jeffrey belum keluar PKR, tapi lancar platform baru

Jeffrey Kitingan lancar Barisan Bersatu Borneo

NONE











Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.


Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.

Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

- Bernama

Dah tak da apa nak bohong,Umno bohong pasai tanah kubur pula

Tanah Kubur Elok, Dakwaan Berita Harian Tidak Berasas




























SHAH ALAM, 16 Dis. : Dakwaan akhbar Berita Harian bahawa kegiatan curi pasir yang kononnya dilakukan di tanah rezab perkubururan Islam Bukit Enggang seluas 72 ekar adalah tidak berasas sama sekali.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Shah Alam petang tadi, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sentiasa memantau dan tahun ini sahaja, sebanyak 30 operasi pemantauan dan intipan dibuat di kawasan tersebut.

"Tanah yang dilaporkan ini bukan tanah kubur yang sedang dipohon oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Dia kata curi pasir tersebut adalah dijalankan bukan berlaku di tanah kerajaan tetapi berlaku di tanah milik persendirian, maknanya bukan tanah yang dipohon untuk kubur tapi tanah milik persendirian. Maknanya laporan (Berita Harian) ini tidak tepat," kata beliau kepada media.

Beliau menjelaskan lot-lot tanah persendirian yang telah dikenalpasti berlakunya kegiatan curi pasir adalah di Lot 3506 (GM110), Lot 3507 (GM5030), Lot 5343 (PT11352), Lot 5380 dan Lot 3505 di mana kesemuanya terletak di Ulu Sungai Long, Hulu Langat.

"Maknanya, apa yang dlaporkan oleh Berita Harian tadi tak tepat, yang diceroboh tu adalah tanah milik persendirian, sedangkan tanah yang dipohon untuk kubur adalah tanah kerajaan," kata beliau lagi.

Yaakob seterusnya menjelaskan kerajaan Selangor melalui Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTDHL) aktif membuat pemantauan di kawasan yang dikenalpsti dan tahun ini sahaja, dua mesin pengaut (excavator) dan dua biji bateri lori telah dirampas dari kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafie yang turut bersama dalam sidang media menjelaskan bahawa tanggungjawab menjaga tanah persendirian terletak pada pemilik tanah tersebut dan pemilik yang menjalankan kegiatan mencuri pasir selalunya memagar tanah mereka dan menghalang PTDHL membuat tinjauan.

Beliau seterusnya menjelaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk merampas tanah walaupun milikan persendirian sekiranya didapati kegiatan mencuri pasir dijalankan seperti termaktub dibawah Akta Kanun Tanah Negara.

"Untuk tanah (dari kedalaman) enam kaki ke atas memang dibawah kuasa tuan punya tanah tetapi di bawah itu addalah, kalau diambil, dikorek adalah menyalahi Akta Kanun Tanah Negara 426, di mana kerajaan negeri berhak mengeluarkan, bermula dengan Borang 5A, kemudian 7A, 7B dan ahkir sekali Borang 8A, iaitu untuk rampas tanah," jelas beliau.

Beliau seterusnya menjelaskan walaupun kerajaan negeri mempunyai hak merampas tanah tersebut tetapi tidak boleh dirampas begitu sahaja dan perlu memberikan notis kepada pemilik tanah mengikut peruntukan undang-undang untuk memulihkan tanah tersebut.

Katanya lagi, hanya apabila pemilik tanah gagal menjalankan pemulihan terhadap tanah tersebut, proses merampas tanah akan dimulakan oleh kerajaan negeri.

ADUN Tenang, Umno tak tenang

ADUN Tenang Dirawat Di Hospital Ampang Puteri
























LABIS, 16 Dis. : Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Datuk Sulaiman Taha, yang dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.

Setiausaha Umno Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata wakil rakyat itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 24 Nov lepas, perlu menjalani rawatan lanjut.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadarkandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas.-Bernama

Menteri putar belit, Speaker pelik

Speaker 'Hukum' Ketua Pembangkang 'Lepas' Menteri

















KUALA LUMPUR, 16 Dis. : Tan Sri Pandikar Amin hari ini sekali lagi memperlihatkan tindakan memihak kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dengan membela Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor berhubung isu Hospital Shah Alam yang terbengkalai.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menberi kenyataan pada sidang media berkata, Speaker Dewan Rakyat itu, bertindak melepaskan Shaziman walaupun jelas surat dan kenyataan beliau mengelirukan dewan.

Sebaliknya menghukum ahli parlimen pembangkang tanpa memanggil tertuduh membela diri.

"Apa yang berlaku dalam parlimen Malaysia ini, 'kangaroo court' ini, Ketua Pembangkang dikenakan Peraturan Mesyuarat 36(12), tapi menteri dilepaskan. Sedangkan jelas menteri memberi kenyataan mengelirukan dewan, memberi gambaran tidak boleh disiapkan projek itu pada masa yang ditetapkan sedangkan ia boleh.

"Kerana dia mahu panggil tender baru. Walaupun ia akan menyebabkan projek tergendala dan melibatkan kos bertambah. Di sini yang kita pertikaikan," ujar beliau kepada media petang tadi.

Sebelum ini Khalid bertanya kepada menteri itu tentang status pelaksanaan projek pembinaan Hospital Shah Alam setelah kontraktor utama gagal melaksanakannya.

Namun menurut Shaziman, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses membuka tender baru bagi melantik kontraktor untuk menyambung kerja-kerja pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai.

Tambahnya lagi, berdasarkan perancangan, pembinaan hospital itu dijangka mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan dari tarikh milik tapak oleh kontraktor yang baru.

Khalid yang berang dengan jawapan itu menuntut penjelasan Shaziman kerana khuatir projek tersebut akan tertangguh lebih lama.

"Akhirnya saya menerima surat ini pada Selasa di mana Speaker membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran sedangkan sebelum itu dia sendiri mendengar penghujahan saya dan mengarahkan menteri membuat penjelasan.

Pembinaan Hospital Shah Alam yang bermula dari tahun 2008 telah lengkap 27 peratus.

Menurut beliau, pembelian alatan hospital telahpun meliputi 40 peratus pergerakan projek justeru hanya tinggal 33 peratus daripada jumlah 73 peratus pembinaan yang masih tertunggak.

"Tetapi dalam surat ini dia mengatakan bahawa sistem pemantauan skala JKR tidak membezakan prestasi kemajuan projek yang melibatkan pelbagai peringkat.

Iaitu sebagai contoh proses perlaksanaan. proses awalan dan pembinaan struktur termasuk pembelian alatan.

Ini menunjukkan bahawa menteri mengesahkan apa yang saya sebut dan surat ini hendak cuba elak cadangan yang kita cuba bawa di mana dia mengatakan, oleh yang demikian kementerian ini tidak berkeyakinan kontraktor utama dapat menyiapkan baki kerja," jelas beliau lagi.

Sebelum ini Khalid mencadangkan agar JKR mengambil alih kerja pembinaan setelah kontraktor utama gagal dengan bekerjasama dengan subkontraktor utama bagi menyelesaikan kerja.

Menurutnya, menteri cuba mengelirukan dewan dalam ucapannya yang lalu selain surat yang diterima beliau tidak meyakinkan.

"Jadi kita nampak Tan Sri, kalau isu melibatkan menteri, dia seolah-olah membela dan menghalang menteri memberi penjelasan dalam dewan atau dirujuk pada jawatankuasa hak dan beri keutamaan dan kebebasan kepada mereka," jelas beliau.

Tambah Khalid lagi, menteri lebih layak untuk dirujuk kepada jawatankuasa kerana mempunyai pelbagai maklumat untuk dirujuk berbanding dengan pembangkang namun menteri mengambil jalan mudah menggunakan Speaker untuk mengelak daripada disoal balas pembangkang.

"Kita mahu dalam parlimen menteri bertanggungjawab atas jawapan yang diberi. Tapi kalau ada Speaker macam ini, menteri boleh dilepaskan begitu sahaja. Seperti yang dia pernah sebut, tidak jawab pun adalah satu jawapan," katanya.

Umno la sapa lagi

Teluk Kumbar : Melayu Bakal Terpinggir lagi?



Siapa sebenarnya yang mahukan rumah-rumah penduduk Kampung Teluk Kumbar di Pulau Pinang ini dirobohkan disebalik KL Metro Land Development Sdn Bhd ?

Tindakan mereka untuk dilihat begitu tergesa-gesa mahu meroboh rumah di Kampung Teluk Kumbar itu tanpa perundingan susulan dengan penduduk kampong terbabit .

Pihak pemaju itu juga dikatakan memaksa, mengancam dan mengugut penduduk terbabit supaya berpindah keluar dari kampung tersebut tanpa meneruskan jalan perbincangan yang baik.

Kenapa mereka begitu tergesa-gesa sedangkan kelulusan bagi projek mereka itu masih belum diberikan oleh pihak MPPP?


Adakah ini agenda bagi menimbulkan isu “Melayu Pulau Pinang” terpinggir lagi di Pulau Mutiara ini ??


Berikut adalah teks ucapan Guan Eng dalam Mesyuarat Dengan 50 Penduduk Kampung Teluk Kumbar Di Komtar, George Town Pada jam 9 Malam 15 Disember 2010.

Kerajaan negeri memandang serius dan berat usaha pemilik tanah Kampung Teluk Kumbar, KL Metro Land Development Sdn Bhd berdegil untuk memaksa pindah penduduk tanpa meneruskan perbincangan dengan penduduk dalam suasana elok tanpa ancaman dan ugutan.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri hairan mengapa syarikat tersebut bertindak begitu berani dengan tidak mahu mengambilkira pandangan kerajaan negeri.

Sekiranya syarikat ini mahu teruskan pembangunan, maka ia harus dapat pelan kebenaran merancang dan adalah jelas bahawa tidak ada sebarang pelan kebenaran merancang diluluskan oleh MPPP.

Syarikat itu telah mengumumkan hendak bina hotel dan telah buat permohonan kepada MPPP pada tahun lepas.

Tidak ada sebarang kelulusan diberikan oleh MPPP. Tidakkah syarikat ini bimbang bahawa permohonan mereka berkemungkinan tidak akan diluluskan sekiranya ia terus berdegil tidak pedulikan kerajaan negeri?

Sungguhpun pemilik tanah telah perolehi perintah mahkamah, ia mesti mendapat restu MPPP sekiranya mereka mahu jalankan tindakan roboh rumah.

MPPP pun telah sampaikan kepada syarikat tersebut bahawa selagi pelan kebenaran merancang tidak diluluskan maka syarikat tidak boleh ambil sebarang tindakan roboh.

Usaha meroboh rumah Kampung Teluk Kumbar oleh pemilik tanah KL Metro Land Development Sdn Bhd menimbulkan soalan samada ia adalah syarikat pemaju yang tulin dan bukannya bermotif lain untuk sengaja susahkan rakyat dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Akan tetapi, syarikat pemaju masih beriak-riak nak teruskan tindakan dan menakutkan penduduk akan datang minggu depan. Adakah ini tingkah-laku seorang peniaga yang waras?

Biasanya pemaju bukan sahaja tidak mahu menyusahkan malah menyakitkan hati kerajaan negeri pun tidak.

Akan tetapi syarikat pemaju ini bertindak begitu berani sehingga menimbulkan tanda-tanya di sebalik niat dia berniaga atau motif lain kerana penuh dengan Datuk-datuk di belakang syarikat ini memandangkan bahawa ia bukannya syarikat Pulau Pinang tetapi daripada KL.

Kerajaan negeri telah menghalang pemaju daripada jalankan tindakan roboh sebelum ini, dan selagi pelan kebenaran merancang tidak diluluskan oleh MPPP, akan terus menghalang daripadanya menjalankan tindakan roboh.

Kerajaan negeri bersedia menunggu Pengerusi KL Metro Land Development Sdn Bhd, Dato’ Haji Mat Hassan Esa untuk datang berjumpa dan membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri.


LIM GUAN ENG

Najib cakap ja tapi tak buat

Datuk Najib Mesti Beramal, Bukan Bercakap Sahaja

Parti Islam Semalaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga mesti bercakap serupa dengan bikin. Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat.

Sebagaimana firman Allah SWT ‘Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan”.( Assaf 61:2)

Ketika beliau berucap merasmikan masjid Saiyyidina Ali di Bukit Katil Melaka, dengan sinis mengatakan usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan “Membangun Bersama Islam” semata-mata, kerana tidak akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

PAS ingin memperingatkan kepada Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno dengan slogan inilah PAS boleh memerintah sampai 20 tahun di Kelantan walaupun dengan sekatan dan diskriminasi politik kuno umno kepada kerajaan rakyat yang sah.

PAS boleh buktikan banyak perkara yang PAS lakukan melalui slogan Membangun Bersama Islam, kemudian ditiru pula oleh kerajaan pusat. Contohnya pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan, bantuan kifalah untuk warga emas, rumah tiga bilik, cuti dua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, kaunter berasingan, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam sahaja, pajak gadai Islam, menunjukkan slogan yang PAS gunakan seiring dnegan amalan.

PAS pun mengharapkan Datuk Seri Najib boleh memulakan kehidupan dan amalan yang serasi dengan kehendak Islam sesuai dengan ucapan beliau yang mengatakan tidak cukup dengan slogan sahaja.

Tinggalkan sikap pramatis yang mengikut suasana dan tidak mengikut prinsip agama. Jangan sewaktu merasmi masjid bicara hal agama dan mengajak pendengar ikut suruhan agama, dalam masa meraikan festival fesyen Islam di Monticalo Islam yang diucapkan entah ke mana.

Pendekatan seperti ini mengelirukan orang bukan Islam di negara ini untuk berjinak dengan Islam.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat