Thursday, December 30, 2010

Pakaian sukan Teo dikatakan seksi, kenapa pakaian sukan Rosmah tak seksi

Nasrudin sokong Teo, tegur isteri pemimpin negara

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRXy7NtnpW1LFXQwkP_Dtk4wQyFKKA3pqNDeeavMLEdgNJ00Ijko4mtNnSJhnjMiEF8ZLb2JtlF4-olfnZaQnRtg3Vkt2eq2jdpfPtimuMqxXz0LbHpFZ8EYhHchVbwj-1uKd875QA0Y70/s400/Rosmah+Mansor+Sihat+Fitness+First.jpg

KUALA LUMPUR, 31 Dis:
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menyokong pendirian Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang mahu meneruskan amalan melawat masjid biarpun dikritik hebat media Umno BN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasrudin memberitahu bahawa beliau yakin, pendirian Teo itu dibuat kerana telah mula tertambat hati dengan rumah Allah di kala sebahagian umat Islam sendiri ada yang tidak lagi berminat ke masjid atau surau.

"Saya mengalu-alukan ikrar sedemikian...Mudah-mudahan ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam.

"Wajarlah kita bersyukur kepada Allah SWT. Saya mengucapkan selamat datang kepada beliau," katanya.

Ikrar sedemikian dinyatakan Teo ekoran kntroversi kedua menimpanya ekoran didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.

Sebelum ini, kontroversi sama menimpa Teo ekoran memasuki masjid di Kajang Ramadan lalu untuk menyampaikan bantuan membina pagar masjid.

Bagaimanapun menurut Nasrudin lagi, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau.

"Namun begitu suka saya tegaskan bahawa Teo Nie Ching pula wajarlah diberitahu beberapa perkara berkaitan adab dan akhlak atau moral yang perlu dipelihara sewaktu beliau melawat atau mengunjungi masjid.

"Kerana mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah dan tempat suci ummat Islam tentunya berbeza dengan lawatan beliau ke pasar atau rumah-rumah kediaman biasa," tambahnya lagi.

Kepada pemimpin negara yang beragama islam pula, beliau mahu mereka menunjukkan contoh yang betul khususnya dalam tatacara berpakaian agar tidak mengelirukan orang lain khususnya bukan Islam.

"Saya juga mahu menegur pemimpin-pemimpin ummat Islam, tidak kira dari mana parti dia wakili, agar tidak mendedahkan aurat atau menjaga isteri dan anak-anak mereka tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar.

"Barulah ia menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan orang ramai seperti Teo Nie Ching . Kalau isteri pemimpin negara sendiri tidak menutup aurat, maka bagaimanalah pemimpin itu mahu menegur Teo Nie Ching? tentu ia suatu yang sangat memalukan," katanya.

Blogger Umno gagal : Umno serah kepada polis sekat media baru

PDRM, cukup-cukuplah usaha memperbodohkan Rakyat

Mengapa polis hanya mahu menyalahkan media internet sahaja. Ini bermakna Polis akan menyekat maklumat dari blog atau laman web yang pro Pakatan Rakyat. Adakah selama ini maklumat dari media arus perdana seperti TV1, TV3, Utusan Meloya dan yang sepusat dan sepusing dengannya adalah benar dan tepat?

Sudah banyak kali mereka disaman kerana memfitnah. Media arus perdana yang jelas menghasut dan mengamalkan pelaporan berita putar-belit, dibiarkan begitu sahaja seolah-olah kita ini hidup dalam masyarakat yang buta huruf dan tidak berpendidikan.

Pihak yang berkuasa merasakan seolah-olah mereka berhadapan dengan masyarakat yang tiada pegangan agama, yang tidak tahu membezakan antara yang makruf dan yang mungkar, dosa dan pahala.

Polis wajib bertindak adil bukannya menjadi pencacai angkat najis najib rosmah. Ramai polis yang menjalankan tugas mereka dengan profesional tetapi kebanyakkan Ketua Polis akan menjadi alat dan pencacai najib rosmah sahaja. Sebagai contoh, usung tilam sahaja boleh jadi Ketua Polis Negara.Sharp Shooter

Polis cari inisiatif baru bagi Sekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru

IPOH 30 Dis. : Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan teknologi maklumat (IT) untuk kepentingan sendiri perlu disekat.

"Kita bimbang sekiranya tidak ditangani, ia akan menyebabkan penyebaran fakta-fakta salah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.

"Oleh itu, polis harus ada mekanisme atau struktur prosedur operasi standard (SOP) kerja baru untuk mengatasi ancaman ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak yang ke-18 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan dokumen serta tongkat kuasa daripada pemangku, Datuk Zakaria Yusof kepada Ketua Polis negeri yang baru, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.-

Wali band di Kelantan

Wali Band bersyukur dibenar buat persembahan di Kelantan

KOTA BHARU, 31 Dis:

Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di Negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.

Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan.

“Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.

Petang semalam anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di sini sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.

Petang ini Wali Band akan bersama para peminat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

PAS ada harapan menang DUN Tenang

Tenang: PAS bersiap untuk menang

LABIS, 31 Dis: Boleh ke Pakatan Rakyat melalui PAS menang dalam pilihan raya kecil Tenang? Inilah rata-rata soalan yang dikemukakan apabila diberitahu, "saya baru balik dari Tenang."

Agak sukar tetapi persiapan yang dibuat oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini nampaknya untuk menang. Walaupun pilihan raya kecil itu sebulan lagi, namun PAS sudah mempersiapkan semua keperluan asas yang diperlukan.

(Gambar: Bilik gerakan PAS dan Gerakan yang bersebelahan di pekan Labis)

Bilik operasi utama, bilik penerangan, bilik operasi dewan-dewan dalam PAS hatta bilik media juga sudah dipersiapkan dengan keperluan asas untuk wartawan bekerja sudah dipersiapkan oleh PAS.


"Memang agak sukar untuk menang, tetapi kita yakin jika kena caranya, kita boleh menang," kata Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang Timbalan Pengarah I jentera pilihan raya kecil ini.


Dalam pilihan raya ini, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Johor, Dzulkefli Ahmad telah diberikan amanah untuk memimpin jentera PAS iaitu selaku pengarah operasi pilihan raya ini.


Dengan mempunyai enam cawangan, PAS bergerak agak pantas dalam pilihan raya kecil ini. Mungkin semangat petugasnya tinggi memandangkan ini adalah pilihan raya kecil yang pertama di Johor selepas pilihan raya umum 2008 lalu.


Dalam pilihan raya ini, kata Mazlan, PAS akan mengambil pendekatan lembut dan tidak provokatif dalam kempennya.

"Kita akan pastikan semua pemilih yang layak mengundi keluar mengundi dengan selamat dalam pilihanraya ini. Kita akan elakkan tekanan atau kekecohan namun yang kita bimbang adalah provokasi dari lawan kita," kata Mazlan.

(Gambar: Penduduk Felda Tenang mendapat jalan baru apabila pilihan raya kecil hendak diadakan di kawasan mereka)

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian Adunnya, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini. SPR telah menetapkan 30 Januari hari mengundi manakala 22 Januari hari penamaan calon.


Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan akan ditandingi oleh calon PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat. Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di kawasan Cina iaitu mendapat undi antara 50% hingga 67% undi.


Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.


Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.


Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 48 % Melayu, 39 % Cina, 12 % India dan selebihnya lain-lain bangsa.


Pengundi Cina terletak di sekitar pekan Labis manakala pengundi Melayu terletak di tiga buah Felda iaitu Chempera, Chempera Barat dan Tenang. Pengundi Melayu juga terletak di kampung tradisi Melayu di sekeling Labis itu.

"PAS akan memberikan tumpuan kepada tiga buah Felda dan kampung tradisi Melayu dan kita harap DAP dan PKR boleh memberikan tumpuan kepada pengundi Cina dan India di kawasan pekan," kata Mazlan yang juga mengendalikan unit penerangan kempen ini.

(Gambar: Batu tanda jalan masuk ke Felda Tenang yang bakal tidak tenang menjelang 30 Januari nanti)

Ketiga-tiga Felda yang ada di Dun Tenang ini kelihatan mundur berbanding dengan kawasan Felda yang lain hatta jika dibandingkan dengan kawasan Felda di Johor sendiri. Rumah-rumah yang diberikan oleh Felda kepada peneroka hampir 50 tahun dahulu ketika kawasan ini dibuka masih teguh berdiri.


Ketika kunjungan di buat ke Felda Tenang yang terletak kira-kira 10 km dari pekan Labis, kerja-kerja menurap jalan masuk ke kawasan perumahan Felda ini giat dijalankan. Kalau dalam pilihanraya sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah memberikan jaminan tidak akan ada projek mee segera menjelang pilihan raya kecil berkenaan, penduduk Felda Tenang sudah menikmati projek mee segera ini hampir sebulan sebelum hari pilihan raya.


Mungkin projek ini adalah sumbangan awal BN untuk pengundi kawasan Felda ini. Tidak dapat disahkan apakah Felda Chempera dan Chempera Barat juga mendapat jalan baru sebagaimana rakan-rakan mereka di Tenang.


Jentera PAS mensasarkan kenaikan undi sehingga 10 peratus untuk kawasan Felda jika mereka mahu menang dalam pilihan raya kecil ini.


Bagaimana ia hendak dicapai tidak diketahui. Yang pasti, hampir semua rumah ada tv dan setengahnya Astro tetapi nampaknya jarang rumah-rumah kawasan Felda ini ada internet. Yang ada hanya pusat cyber komuniti yang dibina oleh Felda dan juga cyber cafe yang dibina oleh ahli-ahli perniagaan.


Memandangkan Felda ini sudah lama dibuka (awal tahun 1960an), para penerokanya sudah lanjut usia iaitu lebih dari 70 tahun umur mereka. Jenerasi kedua Felda ini berumur lebih 50 tahun. Ini bermakna, di sini sudah ada jenerasi ketiga atau ke empat.


Sebab itu, apabila harga komoditi iaitu kelapa sawit dan getah naik, tidak semua warga Felda menerimanya. Yang menerima secara langsung adalah peneroka itu sendiri namun untuk jenerasi kedua dan ketiga, mereka tidak semestinya turut menikmati hasil itu.


"Tumpuan kami adalah jenerasi kedua dan ketiga Felda ini," kata Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).


Salah satu strategi PAS dalam pilihan raya ini adalah menyerahkan tugasan menjaga kawasan Felda kepada petugas pilihan raya dari negeri-negeri yang agak maju dari segi politiknya.

PAS Terengganu diamanahkan menjaga Felda Chempela, Pahang (Felda Tenang) dan Perak (Felda Chempelak Barat) manakala PAS Kelantan di serahkan menjaga kampung tradisi Melayu.

(Gambar: Mengejutkan, selepas hampir 50 tahun dibuka, ada lagi peserta Felda yang mempunyai rumah semacam ini)

Berdasarkan berita angin yang ada, PAS mempunyai lima calon yang berpotensi untuk bertanding dalam pilihan raya ini iaitu Mazlan sendiri, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfoz Mohamad, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat serta seorang calon wanita.


Di pihak BN pula, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labis adalah calon paling popular disamping mendapat sokongan penuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Calon-calon lain adalah Naib Ketua Umno Bahagian dan Ketua Wanita Umno Bahagian.

Khusrin tidak boleh jalan tugas SUK selagi belum mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar

SUK mula tugas angkat sumpah depan MB

SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.

Mahasiswa turun malam tahun baru

XPDC dakwah Gamis sambut 2011

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menjemput seluruh mahasiswa dan anak muda Malaysia bersama-sama menyertai XPDC Dakwah tahun baru 2011 di sekitar KLCC pada hari ini.

“XPDC ini adalah sebagai salah satu usaha mahasiswa Islam yang sayangkan masysrakat Malaysia terutama golongan muda yang banyak terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan gejala sosial ketika meraikan sambutan tahun baru seperti seks bebas, minum arak dan berpakaian tidak senonoh,” ujar timbalan pengarah program, Syahirah Zulkifli.

Katanya, Gamis melalui Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional telah menjadikan XPDC itu sebagai acara tahunan mahasiswa sebagai usaha memberi khidmat kaunseling secara terus dari mahasiswa ke masyarakat dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan masalah buang bayi dan seks bebas.

Dengan itu, pihaknya menjemput seluruh mahasiswa Malaysia sebagai mahasiswa yang prihatin untuk turun bersama-sama dalam program tersebut.

Tambahnya, antara agenda utama pada malam nanti adalah solat hajat di Masjid As-Syakirin KLCC, mengedarkan risalah, ucapan umum mahasiswa, forum dan khidmat kaunseling.

Mahasiswa, ujatnya diminta berkumpul di Masjid KLCC sekitar jam 6.30 petang untuk mengelakkan kesesakan untuk sampai di sana, diteruskan dengan solat Maghrib, solat hajat berjemaah sempena tahun baru, solat Isyak dan diteruskan dengan forum di masjid KLCC dan yang terakhir mengedarkan risalah.

Untuk memudahkan mahasiswa ke sana, boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan LRT dan terus ke KLCC.

Tambahnya, untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk di blog rasmi Gamis di www.mygamis.blogspot.com

Tahun 211 : Beri peluang kepada Pakatan Rakyat

2011 : Janji PR 100 Hari Bawa Malaysia Yang Dinamik


SHAH ALAM 31 Dis. : Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa warga Malaysia memilih kerajaan lebih adil dan sentiasa menjunjung tinggi prinsip perlembagaan demokrasi bagi menawarkan kehidupan lebih produktif dan saksama.

Penguasaan kerajaan Pakatan Rakyat ke atas empat buah negeri sejak tahun 2008 membuktikan peningkatan dalam sektor ekonomi melalui pengurusan cekap dan telus seraya menawarkan rakyat lebih nilai.

Ketua Wanita Keadilan, Zurida Kamaruddin dalam kenyataan media berkata, Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya menjadi iltizam untuk terus menjana momentum menawarkan suatu perubahan yang pastinya terarah kepada pembentukan sebuah Malaysia baru yang dinamik.

Justeru kata beliau lagi, rakyat harus terus menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional yang sering membebani rakyat melalui kenaikan harga barang selain memanipulasi sistem negara untuk kepentingan politik.

Tambahnnya Ahli Parlimen Ampang itu lagi, 53 tahun pemerintahan penuh konflik dan pembaziran wang rakyat oleh Umno-Barisan Nasional merupakan alasan kukuh untuk rakyat menolak kerajaan itu pada Pilihnaraya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Tahun 2011 yang bakal menjelma memberi inspirasi baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk terus membela masib seluruh warganegara Malaysia seterusnya memegang tonggak pemerintahan negara menerusi janji kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia.

Umno rampas kuasa rakyat

SUK Yang Dipilih Harus Mampu Bekerjasama


SHAH ALAM 31 Dis. : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Dalam pada itu , Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menuntut keadilan dalam pemerintahan memohon pekenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempertimbangkan calon pilihan kerajaan itu untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Ramli.

Sehubungan itu, satu majlis khas solat hajat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi memohon agar kesejahteraan negeri Selangor.

Dalam ucapan ringkasnya, Khalid berkata setiausaha yang dipilih harus mampu bekerjasama secara berpasukan demi memperjuangkan agenda kerajaan PR.

"Untuk pilih seorang itu, kita perlu ambil kira kemesraan, keinginan dan visi mereka memperjuangkan rakyat," kata beliau.

Justeru jelasnya, kepercayaan oleh rakyat harus diterjemahkan melalui kepimpinan yang mampu mengurus pentadbiran negeri dengan baik.

"Dalam pengurusan kalau tidak ada kerjasama berpasukan, ia susah. Kalau tidak tahu pengurusan maka akan jadi huru hara.

"Kita mahu satu perubahan berlaku di negeri Selangor supaya kepimpinan dapat jalankan kerja dengan telus supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Bercakap dihadapan 200 jemaah yang hadir, Khalid menjelaskan sebuah panel khas telah ditubuhkan bagi memilih calon yang layak menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Panel terdiri daripada Speaker Selangor, Tan Chang Khim, Exco Datuk Dr Hassan Ali dan Dr Xavier Jayakumar telah menyenarai pendekkan tiga calon iaitu Datuk Nordin, Datuk Mazlan dan Datuk Adnan.

Namun menurut beliau calon tersebut ditolak Sultan Selangor atas alasan lambat menghantar nama.

"Saya tidak tahu pula kena berlumba hantar nama," kata beliau disambut gelak tawa jemaah.

Khalid turut mengumumkan perletakan jawatan Datuk Ramli sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa Mac 2011.

Sehubungan itu katanya lagi, Datuk Khusrin Munawi yang dilantik kerajaan pusat tidak termasuk dalam senarai justeru menuntut DYMM Sultan Selangor untuk membantu mewujudkan keadilan di negeri itu.

"Saya ambil masa sebab mahu cari calon yang paling layak. Kita lihat Datuk Khusrin tidak ada dalam calon. Saya berharap tuanku sultan lembutkan hati bantu mencari calon terbaik bagi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor," ujar Khalid.

Menurutnya lagi negeri Selangor menjadi tumpuan banyak pihak kerana menyumbangkan hasil ekonomi tertinggi negara.Justeru jelasnya, tidak hairan ada pihak yang mahu menyuntik usaha jahat dalam pentadbiran kerajaan PR di Selangor.

"Pembangunan negeri selangor akan tentukan pembangunan negara. Sebab itu ramai yang mahu "tangkap" Selangor,"

Turut hadir ke majlis Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Lelaki gay seronok baca berita ini

KP Jakim : Jakim Tiada Kuasa Bertindak Lelaki Mengaku Gay


KUALA LUMPUR, 31 Dis.: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan pihaknya tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki Melayu beragama Islam yang membuat pendedahan berani dalam laman YouTube bahawa dirinya seorang "gay".

Lelaki tersebut, berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Azwan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis, dalam pengakuannya mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka seumpama itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain.

Lapor portal The Malaysian Insider ,Wan Mohamad berkata Jakim hanya boleh mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membendung budaya "gay" dan tidak mempunyai kuasa mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap lelaki itu.

Sebaliknya, Wan Mohamad berkata agensi-agensi penguat kuasa lain mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.

"Untuk ambil tindakan undang-undang Jakim tiada kuasa, yang boleh ambil tindakan undang-undang adalah agensi penguatkuasaan seperti pihak berkuasa agama negeri dan juga polis.

"Jakim bukan agensi penguat kuasa dalam kes ini, kita hanya boleh ambil langkah untuk menyekat budaya ini dengan bekerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan agensi-agensi lain yang berkaitan," katanya.

Baru-baru laporan media tempatan menyebut Jakim akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan ekoran pengakuannya.

Bagaimanapun Wan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan menyusun langkah bagi membendung budaya "gay" yang didakwa semakin berleluasa.

"Tindakan yang kita nak ambil tidak semestinya tindakan undang-undang, kita akan ambil langkah untuk menyekat budaya 'gay' di negara ini.

"Kita juga mengambil langkah lain dengan menyediakan program pemulihan kepada mereka yang terjebak dengan budaya 'gay' ini," katanya.

Dalam video klip sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan.

Pengakuan lelaki itu turut boleh dilawati melalui pautan laman sesawang "ohbulan" yang turut menyebut jurutera itu terpilih sebagai seorang daripada peserta kempen Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan pergerakan It's Get Better Project.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan itu yang melanggar norma manusia dan ajaran Islam.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengarahkan Jakim memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat turut menggesa semua pihak berkuasa agama setiap negeri supaya memantau kegiatan "gay" secara keseluruhan kegiatannya yang didakwa semakin berleluasa.

Umno Terengganu tak mampu hadapi PAS, panggil penceramah luar

Umno sudah tidak layak menerajui kerajaan Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/yapasgantiumno.gifKUALA TERENGGANU - Seluruh jentera, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat di negeri Terengganu akan bergerak serentak dan seiringan bagi meyemarakkan kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) hingga ke pilihanraya umum yang ke-13.

Sebaik kempen PGU dilancarkan pada Jumaat 24 Disember lalu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pun merasa bahangnya dan cuba mempertahankan diri dengan pelbagai alasan dan dalil rekaan.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata, Umno dan BN Terengganu tidak mampu membela diri dan terpaksa memanggil penceramah 'upahan' dari luar Terengganu.

"Umno dan BN Terengganu 'dok rok' (tidak upaya) untuk menolak kenyataan bahawa PAS akan menggantikan Umno sebagai teras kerajaan negeri Terengganu, sebab itu mereka 'mengupah' penceramah luar,"ujarnya ketika ditemui semalam

Beliau berkata demikian dengan merujuk program ceramah Umno/BN yang diadakan di Pekan Manir baru-baru ini, dimana Umno terpaksa menggunakan penceramah bukan orang Terengganu.

Sehubungan itu, Pengarah Jabataan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah agak hairan kerana beliau difahamkan penceramah yang berasal dari negeri Kedah itu juga adalah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said.

"Bagaimana MB boleh melantik orang luar? Apakah tidak ada orang-orang Umno rakyat Terengganu? Atau tidak ada lagi yang layak di kalangan ahli Umno Terengganu untuk menjadi penasihat MB?,

"ini membuktikan bahawa Umno Terengganu sudah tidak layak lagi untuk mentadbir negeri ini,"tegasnya.

Wan Sukairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu menyeru semua orang-orang muda di negeri ini menolak kepimpinan Ahmad Said kerana beliau tidak layak memimpin umat Islam dinegeri ini.


Katanya, Ahmad Said yang beragama Islam sepatutnya tahu selok belok dan hukum hakam agama untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada orang-orang muda.

"Tidak perlu MB melantik seorang penasihat agama sekiranya beliau seorang yang faham dan tahu tentang agama Islam,"tambahnya.BO

PR mampu laksana janji

Janji RM500 buat BN 'menggelabah'

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/chaihing.jpgPemimpin Barisan Nasional (BN) jelas kelihatan hilang arah dan gelabah apabila Pakatan Rakyat (PR) berjanji untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika PR menerajui negara, seperti yang diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pengerusi DAP Negeri, Ng Chai Heng berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa negara akan muflis sekiranya ia dilaksanakan, menunjukkan BN takut dengan tawaran yang diberikan oleh PR.

Menurutnya, dakwaan negara muflis itu sangat mengarut dan bertujuan menakut-nakutkan rakyat.

“Kenaikan itu langsung tidak akan menyebabkan negara muflis, sebaliknya akan terus memperkasakan bidang pendidikan kerana kebajikan guru kita bela dan hargai. Mereka tidak sedar bahawa negara yang kini diterajui BN lah yang sedang membawa negara ke arah muflis.

“Terlalu banyak rasuah dan penyelewengan yang berlaku yang tidak menguntungkan rakyat. Itu belum termasuk projek yang membazirkan duit rakyat seperti menara 100 tingkat yang menelan belanja kira-kira RM1 bilion. Itu yang menyebabkan negara hampir muflis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut beliau, setiap tahun negara ‘hilang’ RM28 billion disebabkan ketirisan, menyebabkan rakyat terus menderita kerana pembaziran yang tidak sewajarnya.

Katanya, ia berbeza dengan PR yang berjaya mengurangkan pe-nyelewengan dan mengamalkan penjimatan dalam pentadbiran.

“Kita boleh lihat bagaimana Pas masih lagi mendapat kepercayaan rakyat setelah 20 tahun, walaupun pelbagai ‘serangan’ yang dilakukan, tetapi mereka berjaya membangunkan Kelantan dengan cukup cemerlang dan gemilang.

“Mulai 1 Disember lalu juga, Kerajaan Pulau Pinang memberikan bonus sebanyak RM800 kepada kakitangan Kerajaan Negeri, hasil daripada penjimatan dan masalah rasuah yang berjaya dikurangkan. Ini menunjukkan kemampuan PR dan kita tidak bercakap sahaja, tetapi turut membuktikannya,” katanya.

Menurutnya, kenaikan pelbagai jenis barangan baru-baru ini juga menunjukkan bagaimana BN tidak mampu mengawal keadaan dan memperlihatkan siapa yang lebih efektif dalam menguruskan hal ekonomi dan kewangan.

Katanya, rakyat perlu memberi kepercayaan kepada PR untuk membuktikannya dan sekiranya jelas PR tidak mampu, barulah rakyat beralih kerajaan lain. - chaihing.blogspot.com

Kerjasama Najib dan Rosmah berjaya atasi prestasi Pak Lah

Perdana Menteri paling boros


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pernah menyatakan bahawa pada tahun 2006, jumlah keseluruhan perbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009. Pada tahun 2006 peruntukan untuk JPM hanyalah sebanyak RM4.3 bilion.

Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini.


Rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, dimana sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai Rosmah, di mana pada bulan Mei lalu beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Adalah duipercayai peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tahun 2011 kini dinaikkan dua kali ganda daripada peruntukan tahun 2010 - daripada RM10.2 bilion kepada RM18.14 bilion.


Bolehkah Perdana Menteri menjustifikasikan peningkatan sebanyak 422 peratus atau RM14 bilion dalam tempoh 5 tahun?.


Atau apakah ini satu lagi bukti Perdana Menteri menganggap duit rakyat sebagai kepunyaan emak bapaknya?