Wednesday, August 31, 2011

BARUA BRITISH dapat merdeka 'atas angin'


Berikut ialah penjelasan M S Ibrahim Al-Malbar mengenai sejarah tanahair yang digelapkan oleh Umno di bawah berita Malaysiakini 31/8/11 bertajuk "Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah":

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam.


Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."


Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia.


PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu.


PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno.


18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.


Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu


1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British


2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling


3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka.


Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC). Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah....


Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan Umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.


Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu) termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong.


Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termasuk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka' dengan mengatakan "..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka” inilah ejekkan umno terhadap PKMM.


Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu.


Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan.


20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.


Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi Umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa Umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar Umno ialah Umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh Umno, semoga Laknat Allah atas umno dari dulu hingga kini yang masih kekalkan sistem kufar itu.


Orang Melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah kuli batak, barua, balaci dan bolehlah dianugerahkan sebagai `binatang ternak’ British maka Umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney di beberapa tempat di negara ini.


Celaka Umno Laknatullah, kamu telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengwujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi `binatang ternak’ British dan `binatang ternak’ setan, Umno adalah `thoghut’ dulu dan kini...JALAN PULANG

Tok Jangut bunuh polis, jika ikut pandangan UMNO maka Tok Janggut juga pengkianat

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif
ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diamb
il alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang be
rlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Pe
nasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.


(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.

Merosot populariti , hadiah merdeka buat Najib


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kemerosotan tahap kepuasan hati rakyat terjadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan tanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Anwar akur Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat luar bandar yang masih di bawah pengaruh UMNO Barisan Nasional.


"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda Kerajaan.


Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.


Beliau mengulas Kajian Merdeka Center yang melaporkan kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan Jun tahun lalu.


Kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.


Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.


Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihanraya oleh Bersih 2.0.


Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk Ambiga memberi kesan kepada rakyat.


Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong Pilihan Raya adil?"


Anwar turut memberi amaran bahawa sebarang perubahan polisi Najib sebagai terlewat kerana jelas beliau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.


"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan Pilihan Raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.


Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar

Sejarah bukan milik UMNO ! Hormat ketelusan maklumat

Sambutan Kemerdekaan Tanahair ke 54 secara berkembar dengan Hariraya Idul Fitri digoncang dengan lontaran pandangan kotroversi oleh Tuan Haji Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang rumusan pandangan, bahawa pendapat klisye bahawa yang memperjuangkan kemerdekaan adalah semata-mata oleh Umno perlu dinilai kembali.

Bahawa ada pejuang-pejuang kemerdekaan sejati mendahului tokoh-tokoh Umno yang lebih terlibat dan komited dengan perjuangan kemerdekaan yang perlu diberi tempat sewajarnya dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air.


Lantaran sedemikian amatlah tidak adil saban tahun dan masa diulang-ulang bahawa tokoh pejuang kemerdekaan adalah Dato` Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahmana sahaja ! Tunku Abdul Rahman lebih bersifat penerima kemerdekaan dari British, sedang yang berjuang dari awal terutama melalui Pesatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) seperti Dr. Burhanuddin Hilmy, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Khadijah Sidek, Musa Muhammad, Rashid Maidin dan sebagainya. Mereka berada digaris hadapan perjungan kemerdekaan.



Tetapi di bawah tekanan British ada yang ditahan British seperti Dr. Burhanuddin Hilmy, Khadijah Sidek terselamat dan mengikut aliran perdana dan kemudian Pas, manakala pejuang seperti Shamsiah Fakeh, Musa Muhammad dan Rashid Maidin memilih gerakan kiri memasuki hutan, berjuang bersenjata bagi memerdekakan tanahair dari Penjajahan British. Mereka dicop dengan istilah kontroversi sebagai Komunis !

Kononnya bertentang dengan agama Islam, sedang pada hakikatnya tokoh seperti Shamsiah Fakeh, Musa Muhammad dan Rashid Maidin adalah mereka yang patuh pada agama Islam.
Fakta jelas bahawa mereka adalah berjuang demi kemerdekaan tanah air. Di dalam hal ini kata Shamsiah Fakeh,

``Penubuhan PKMM sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Aku anggap lahirnya PKMM di bumi Malaysia merupakan mercu sinar bangsa kita untuk bergerak menyusun tenaga rakyat menitis jalan menuju kemerdekaan (Memoir Shamsiah Fakeh, Penerbit UKM, 2004: 13). Menurut Penerbit bahawa,
``Shamsiah and her fellow communists made mistakes, but they contributed to the fight for independence … that cannot be denied (Chong Ton Sin, The Sunday Star, 25 May 2008: SM5). Kata Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, ``, Today, Shamsiah is hardly mentioned in the History books, and when she is discussed, it is often in a bad light. That does not do justice to her sacrifice (The Sunday Star, 25 May, 2008: SM6).

Berhubung dengan perjuangan kemerdekaan, kata Rashid Maidin,

``Saya telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun (1941-45) saya bergerak melawan pendudukan tersebut setakat yang saya mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada tahun 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, saya menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan (Memoir Rashid Maidin, Penerbit SIRD, 2005: 1).

Keterlibatan Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Musa Muhammad, Ibrahim Chik bahkan Cheng Peng, Dato` Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Dr. Burhanuddin Hilmy, Ahmad Boestamam, Khadijah Sidek dan ramai lagi tokoh,tokoh pejuang kemerdekaan adalah fakta-fakta nyata, tidak diragu dan tak boleh dinafikan.

Di dalam disiplin sejarah fakta yang wujud, mungkin diberi tafsiran berlainan. Contoh Sejarah Negara sebelum kemerdekaan dipengaruhi European/British Centric, bila merdeka diubah sejarawan tempatan kepada Malaysian Centric. Begitu juga Sejarah Kemerdekaan terpulang kepada pendekatan dan interpretasi pengkaji selagi dia mampu menunjukkan kemampuan ilmiah dan akademik dari segi kajian dan huraian. Adalah tidak ilmiah Umno yang menguasai politik selama ini mau memaksa pula pendirian sejarahnya kepada orang lain.

Ini bercanggah dengan dasar kebebasan maklumat dan interpretasi ilmiah. Adalah tidak demokratik dan bercanggah dengan kebebasan maklumat dan ilmiah misalnya apabila Penerbit UKM dikecam mengeluarkan buku-buku kajian berhubung dengan tokoh-tokoh seperti Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Ibrahim Chik dan lain-lainm semata-mata mereka ini tidak sealiran dengan pihak pemerintah, pada hal mereka ini adalah fakta-fakta yang menjadi sebahagian dari sejarah perjuangan kemerdekaan Negara, Sedangkan tokoh-tokoh lain, khususnya dari Umno begitu banyak diberi kajian.

Semua pihak berada di dalam fakta sejarah dan semua pihak harus terbuka untuk dikaji dan diberi tempat di dalam sejarah kemerdekaan tanahair menurut kedudukan dan kesesuaian. Satu pihak tidak seharusnya memaksa pandangannya ke atas orang lain. Pada akhirnya kajian yang bersifat ilmiah akan lebih diterima tanpa mengira dari pihak mana mereka. Berilah peluang pihak yang terlibat dalam sejarah perjuangan kemerdekjaan untuk dikaji.

Adalah tidak akademik dan ilmiah bila satu pihak menuduh pihak yang lain `Buta Sejarah` sedang sejarah `Secara Celik` tidak dibentangkan secara akademik dan ilmiah. Apa yang mendukacitakan, apabila timbul cadangan-cadangan yang anti ilmiah, supaya menyiasat, menangkap dan menggunakan ISA terhadap mereka yang tidak mengikut pandangan klisye dan konservatif Umno terhadap sejarah kemerdekaan Negara ini.

Umno tidak mampu menyekat kajian akademik yang akan menjelaskan secara akademik tentang sejarah kemerdekaan tanahair, sebagaimana Umno juga tidak akan mampu mengekalkan dirinya memerintah Negara apabila perubahan demi perubahan berlaku dan majority rakyat maukan perubahan terhadap pemerintahan yang didominasi Umno-Bn selama ini !

Sekian.

Dipetik dari http://drshafie.blogspot.com

Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.

“Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.


“Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.



“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.

Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.

Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.

Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).

Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan

“Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah,” ujarnya lagi.

Harakahdaily

Tuesday, August 30, 2011

Berita Harian pun pengkianat juga sebab iktiraf perjuangan Mat Indera

Mat Sabu dikatakan menghina Pejuang oleh Lidah Rasmi UMNO bilamana beliau menganggap Mat Indera yang telah mengetuai Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.


Tarikh serangan telah dilakukan ialah pada 23 Februari 1950, iaitu tujuh tahun sebelum Malaysia Merdeka.. faham betul-betul.. TUJUH tahun sebelum Merdeka bukannya selepas Malaysia merdeka iaitu pada tahun 1957 lebih lanjut korang baca di SINI.

Kerana kenyataannya itu satu kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina pasukan polis.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Jika Mohamad Sabu dikatakan menghina Pejuang yang Berkhidmat untuj penjajah British dengan menganggap Mat Indera sebagai Hero sebenar… Apakah pula tindakan yang akan dikenakan terhadap Berita Harian kerana pada 13 Disember 2010, Berita Harian telah menyiarkan satu artikel dengan tajuk ”Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera”.


Dalam artikel yang disiarkan oleh Berita Harian ini (sila baca di bawah) Mat Indera dianggap sebagai Pejuang oleh masyarakat Jawa Ponorogo dan dilabel sebagai petualang oleh Kerajaan Inggeris.


Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya.


Dan kenyataan diatas yang dipetik dari artikel yang disiarkan oleh Berita Harian juga menafikan komen yang ditinggalkan oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai “pasjuga’ sebelum ini iaitu:

MEREKA2 (ORANG ISLAM) YANG MENYERTAI KOMUNIS ADALAH ORANG2 YG TELAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM, INI ADALAH KERANA AJARAN UTAMA KOMUNIS IALAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, KEDUA KOMUNIS BERKETUAKAN CHIN PENG SEORANG KAFIR, KETIGA KOMUNIS BANYAK MELAKUKAN PEMBUNUHAN KEATAS ORANG2 ISLAM TERUTAMA POLIS, TENTERA BAIK SEBELUM ATAU SELEPAS MERDEKA. STATUS AGAMA MEREKA2 YG MENJADI KOMUNIS JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA APABILA MENJADI ANGGOTA KOMUNIS MAKA SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA TELAH MENERIMA IDEOLOGI KOMUNIS IAITU TIDAK PERCAYAKAN TUHAN.- sepenuhnya sila baca di SINI

Sila baca artikel dari Berita Harian (Lidah Rasmi UMNO jugak ni..) ini….

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera


2010/12/13


NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.


Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu
mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap.


Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.


Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.


Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.


Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.


Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.


Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.


Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.


Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.


“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.


“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak”
katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

Siapa yang menentang British untuk merdeka, siapa yang bersama British untuk merdeka?

Bayangkan saudara saudari sekelian. Orang seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Kapten Hussein Onn dsbnya adalah mereka yang bekerja dengan penjajah British. Setiap bulan British memberi mereka gaji di samping elaun dan kelebihan2 yang lain i.e. kereta bersupir, perkhidmatan kesihatan percuma, quaters kerajaan dalam bentuk rumah banglo dan sebagainya.

Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang.

Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka.

Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat.

Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka.

Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka.

Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak.

Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British. - sumber

Pembodek Najib tak percaya populariti Najib merudum

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengetepikan kajian terbaru menunjukkan populariti Datuk Seri Najib Razak mengalami penurunan berterusan, sebaliknya yakin Perdana Menteri keenam itu terus menikmati keyakinan rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) berkata beliau tidak percaya yang sokongan akar umbi ke atas perikatan itu dan pengerusinya terjejas teruk memandagkan sokongan kuat terus diperlihatkan oleh rakyat.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).Shafie berkata sementara inflasi merupakan isu utama yang perlu ditangani, Perdana Menteri juga telah menunjukkan bahawa beliau komited untuk menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyediakan program Kedai Rakyat 1Malaysia dan inisaitif-inisiatif yang bertujuan mengurangkan beban kewangan.

“Tidak ragu bahawa harga barangan tinggi di sesetengah kawasan, tetapi murah di sesetengah kawasan yang lain. Perdana Menteri melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah rakyat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.Anggota Kabinet ini menambah, mereka yang mempunyai pandangan negatif mengenai kepimpinan Najib lebih risau tentang isu-isu kaum dan agama berbanding kos sara hidup.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Donald Lim berkata mereka yang ditemui kelihatan respons kepada perkembangan sejak kebelakangan ini seperti langkah pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0, selain ketegangan antara agama, tetapi menuding ke atas pembangkang yang mempolitikkan isu-isu itu.

“Pembangkang khususnya DAP telah memutar belit isu yang wujud. Malah, isu Jais (Jabatan Agama Islam Selangor), ia menyalahkan BN,” katanya lagi.

Timbalan Menteri Kewangan ini berkata inflasi adalah fenomena global yang diakibatkan oleh kenaikan harga barang dan hutang di Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi inflasi di Malaysia masih rendah iaitu sekitar 3.4 peratus berbanding lima peratus di Singapura.

Bekas setiausaha agung MIC Datuk T Rajagopalu berkata, tidak sesiapa pun boleh mempersoalkan kerja keras Najib, yang secara terus-menerus berusaha memastikan rancangan pembaharuan demi kebaikan rakyat.

“Setiap hari Perdana Menteri menjalankan kerja beliau... beliau menggerakkan langkah beliau,” katanya lagi.

Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan mengetepikan hasil kajian terbaru yang diumumkan hari ini sambil menegaskan, rakyat masih yakin dengan keupayaan dan kepimpinan Najib.

Timbalan menteri ini mendakwa kaedah kajian yang digunakan kemungkinan ada kecacatan, hanya menemu bual 20 peratus penduduk yang begitu kritikal dengan Najib dan dasar-dasarnya.

“Saya tidak percaya (hasil) kajian,” kata Ahli Parlimen Tapah ini.

Monday, August 29, 2011

Cincin Ro$mah, Utusan kantoi bodohkan rakyat!

UTUSAN Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin sudah diketahui umum menjadi alat propaganda United Malays No Otak. Pelbagai cara digunakan untuk menaikkan imej United Malays No Otak dan Lady Gajah.

Semalam [29 Ogos 2011] Utusan Malaysia dikesan menyiarkan kenyataan tidak benar dari Anuar Shaari berhubung isu cincin Rosmah untuk menipu rakyat terutama orang kampung yang tiada akses internet. Rujuk berita di bawah.


Sepatutnya tidak timbul isu Chegubard harus membuat laporan kepada pihak Polis, kerana ia tidak membabitkan kes Lady Gajah merompak cincin milik Kak Limah.

Selain itu, dengan menggunakan kenyataan tidak benar "si bodoh" Anuar Shaari, Utusan membayangkan kepada pembacanya seolah-olah Chegubard tidak berani membuat laporan kepada SPRM.

Fakta yang sebenarnya, Chegubard melalui Soladiriti Anak Muda Malaysia, SAMM yang dipengerusikan olehnya telah membuat satu laporan kepada SPRM berhubung isu cincin Lady Gajah ini pada 13 Julai lalu [Keadilandaily].


Mustahil wartawan Utusan tak tahu Chegubard dah buat laporan kepada SPRM berhubung isu cincin Lady Gajah ini. Tapi Utusan tetap juga nak siarkan kenyataan "si bodoh" Anuar Ashaari.

Lihatlah berapa banyak orang kampung berjaya ditipu oleh Utusan Malaysia? Dengan taktik penipuan ini, imej Lady Gajah akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan jumlah kandungan lemak tepu dalam badannya.

ReJaM© "Salinan Laporan SAMM kepada SPRM akan cuba didapatkan dan didedahkan..."

VIDEO!!! UMNO BUKAN Pejuang Kemerdekaan sebenarnya

http://mindaahad.files.wordpress.com/2010/09/39828_445963902188_345034017188_6149804_332235_n.jpg?w=500&h=244UMNO sebenarnya adalah BARUA British, yang telah menangkap dan menekan perjuangan rakyat.

Pejuang kemerdekaan yang sebenarnya bukan UMNO yang pada masa itu slogannya ialah “Hidup Melayu” tetapi PKMM, MDU dan lain-lain di dalam PUTERA-AMCJA dengan pemimpin-pemimpin mereka seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Lim Kean Chye dan lain-lain berslogankan “Merdeka”.

Ramai yang merengkok di alam penjara dan ramai juga yang telah dibuang negeri.

Ikuti Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan di bawah :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglSq9f4XsPiU7CxDswDrxG8PjjfXH8dq3oU-pnLUYCHjf2m03cIx1ltuQCxdlZ7gaMMFUhiPk1ZbFyODp6VhXnj7zD5GUNFxFdy8Fqn40AYQsBjBpJ9C8TY8YuJWmAlEPLzOXdlVW1IQ38/s320/320px-Portugis.jpgPengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPTdan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat

24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis.

Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah.

Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka.

http://fc06.deviantart.net/fs45/i/2009/273/a/1/Kota_A_Famosa_2008_by_since1993.jpg1641 - Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda.

1784 - Peristiwa sedih di Teluk Ketapang, Melaka. Raja Ali Haji terkorban bersama pengikutnya di tangan Belanda. Melaka tetap belum merdeka.

1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda, bumi Melaka ternoda lagi, bangsa Eropah membahagi Gugusan Kepulauan Melayu, satu untuk engkau, satu untuk aku. Begitu mudah sekali seolah-olah Kepulauan Melayu kepunyaan datuk nenek mereka. Inilah padah kuasa di tangan penjajah. Mereka memecahkan peta rumpun Melayu nusantara.

Setelah Sultan Abdullah, Sultan Kedah ditipu dan dihina Francis Light untuk mengambil Pulau Pinang pada 1786, kemudian Sultan Husein, Sultan Johor diperdaya Stamford Raffles untuk mengambil Singapura pada 1819, kini bangsa Inggeris mendapat habuan Melaka dari perjanjian ciptaan mereka, adilkah?.

1874 - Kekayaan bahan mentah membuka mata penjajah. Bijih timah dan minyak adalah kekayaan tidak terkira nilainya. Inggeris mula mencipta alasan campurtangan di negeri-negeri Melayu, seumpama Amerika mencipta alasan untuk menyerang Iraq.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFkS7Iwca51RLj3nRsbctvHjnUp55h__ocKNTZtNjxrNXwBSGnRV6VT9lPzCkigHZq7TP9pqx9mfgqhlrdeVJqnqMASw-MS9IfDgXWLEacaKpz_XMKF9s5F9m-NCQATLkN_iDXRAKPmsw/s400/pangkor-treaty.jpgBermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 hingga 1895. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi mangsa kerakusan Inggeris untuk menjadi kaya.

Bermula dari Perjanjian Burney pada 1826 hingga Perjanjian Bangkok pada 1909, Siam diugut dan menjadi mangsa tipu helah Inggeris mendapatkan negeri-negeri bunga emas Siam. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipaksa tunduk kepada Inggeris.

1914 - Hanya Johor kekal merdeka. Inggeris kehilangan alasan, ketiadaan punca. Paduka Sultan Ibrahim mula diperdaya menyingkirkan Dato’ Abd Rahman Andak, penghalang utama Inggeris berkuasa diJohor. Johor negeri terakhir ditakluk Inggeris.

Sejak pengambilan Pulau Pinang pada1786 hinggalah Johor pada 1914, semangat mendapatkan kemerdekaan terus membara di hati orang-orang Melayu.

Mereka sanggup mati, sanggup dipenjara, sanggup diseksa dan sanggup dibuang negeri, namun undur tidak sekali. Lawan tetap lawan, perjuangan tetap diteruskan.

Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor mati di tali gantung Inggeris di Matang, Perak.

Tok Janggut dibunuh dengan buluh runcing. Mayatnya diseksa, diarak dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah mengelilingi Pasir Putih, Kelantan.

Haji Abdul Rahman Limbong, 'Peguambela' rakyat Terengganu yang ditindas, dibuang negeri ke Mekah.

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau diburu Inggeris dari Pahang sehingga ke Patani, Siam dan terpaksa menetap di sana.

Mereka ini adalah pejuang agama, pejuang bangsa dan pejuang tanahair. Mereka juga tokoh kemerdekaan. Namun darah mereka yang mengalir masih belum mampu membebaskan negeri-negeri Melayu dari belenggu penjajah.

Awal kurun ke–20 - Kesedaran untuk mendapatkan kemerdekaan dicetus kembali. Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Taha lulusan Al-Azhar, Mesir mencetuskan idea pembaharuan Islam melalui Kaum Muda.

http://arkib.gov.my/image/image_gallery?uuid=f4c17b7e-34eb-4175-a3bb-e33a6b29c406&groupId=20994&t=1251444659418Dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) lahir Ibrahim Haji Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). Tuntutan kemerdekaan yang berani menjadi sebab Ibrahim Haji Yaakub dipenjara Inggeris Oktober1941, tetapi dibebaskan bila Jepun menjajah Tanah Melayu.

Desakan dan tuntutan janji kemerdekaan dari Jepun oleh Ibrahim Haji Yaakub menyebabkan Jepun mengotakan janji mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYFnpDJ0aH18iLNOWvlIFusOZWwO-QhNUtx8oyKit70hVyoI5pA1UScoDUaBZzTJw5TRS26zlVCiFVb-ogU7vk83ZVlHBr-ct4CgW99AKFx9n4nyorPKeF-_oq6X7h7tjHnTX1HxCiFrsU/s400/jepunberbasikal.jpgIbrahim Haji Yaakub bersama Sukarno dari Indonesia ke Jepun bagi merundingkan kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu dengan nama Negara Melayu Raya.

Sukarno pulang dan mengisytiharkan kemerdekaan oleh Jepun. Kemerdekaan sudah hampir kepada Tanah Melayu, namun bom atom Amerika ke atas Nagasaki dan Hiroshima memusnahkan segalanya. Ibrahim Haji Yaakub tidak sempat mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

1946 - Malayan Union diperkenalkan. Peluang Dato’ Onn mencetuskan kebangkitan orang-orang Melayu. Kongres Melayu SeMalaya mengumpulkan semua persatuan Melayu melahirkan umno. Tentangan orang-orang Melayu menguburkan Malayan Union.

April 1947 - PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock gabungan parti-parti politik Melayu dan Cina mengemukakan Perlembagaan Rakyat bagi mengantikan Malayan Union tetapi ditolak Inggeris kerana menjejaskan kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.

Jun 1948 - Pengisytiharan darurat. Inggeris menggunakan kesempatan ini untuk menangkap pemimpin Melayu yang tidak disenangi Inggeris Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak HajiMuhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ust. Abu Bakar al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara di bawah undang-undang kejam Inggeris.

Kini hanya umno 'anak didik British' satu-satunya parti Melayu menjadi tempat pergantunggan orang-orang Melayu selepas banyak parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu seperti PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin diharamkan dan ramai pemimpin Melayu ditangkap.

1955 - Pilihanraya umum pertama di Tanah Melayu, Perikatan gabungan umno, MCA dan MIC menang besar dalam pilihanraya ini. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pengganti Dato’ Onn yang meletak jawatan, memimpin umno dan menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

1 Jun 1956 - Tunku dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura menaiki kapal hingga Karachi dan kemudiannya menaiki kapal terbang ke London.

8 Feb 1957 - Tuntutan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani di Lancester House, London antara Tunku dan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lennox Boyd, bagi pihak Inggeris. Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan baru dibentuk.

21 Feb 1957 - Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dengan disambut puluhan ribu rakyat yang menunggu pengumumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

9 Mei 1957 - Tunku sekali lagi pergi ke London untuk meneliti persiapan akhir kemerdekaan.

31 Ogos 1957 - 12.01 dinihari di Padang Kelab Selangor bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Inggeris Union Jack diturunkan buat kali terakhir dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu disaksikan ribuan penduduk.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiS4v5dZZqBOk2YTJhl-1OlczI3b6Y3kgU5qHTAf4P2bwXKSN77OmlgKy6pnf5_dYQ_V7TuXhQ-9VRFtVfM0o2SDylokdsXgjUuGoF9fcdF3Y3Byzae78XaVuQs7X_t8M2eT-_zbUHLwAc/s400/KL07_280207_KELAB+SULAIMAN.jpg8.00 pagi di Stadium Merdeka. Tunku sebagai Perdana Menteri Malaya di hadapan wakil Ratu Elezabeth, Duke Of Glouster, Pesuruhjaya Tinggi Inggeris terakhir Donald Mac Gillivray, raja-raja Melayu dan orang kenamaan serta puluhan ribu rakyat mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu yang berdaulat.Tulahan

Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar bersama pihak swasta santuni orang miskin

PARIT BUNTAR, 29 Ogos : Ramadhan Al Mubarak bukan sahaja bulan untuk berpuasa tetapi ianya juga adalah bulan untuk berkasih sayang sesama insan.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian sumbangan anjuran bersama Syarikat Jauhar Enterprise dan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

“ Kewajipan mengeluarkan zakat fitrah dan galakan bersedekah serta menyantuni orang miskin dan anak-anak yatim adalah ibadat kemasyarakatan yang tinggi nilainya.

“ Semoga khidmat bakti mereka yang menyumbang diberkati oleh Allah dan akan berusaha lebih gigih lagi untuk membantu masyarakat yang memerlukannya secara berterusan” katanya

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Jauhar Enterprise yang bekerjasama memberi sumbangan kepada penduduk di Parit Buntar.

“ Seramai 46 keluarga dari beberapa kampung telah dipilih menerima sumbangan berupa barangan keperluan.

“Sumbangan yang diberikan sungguh bererti bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka di bulan Ramadhan ini.

Hamdan berkata, majlis berkenaan mendapat kerjasama wakil penduduk yang membantu menjejaki keluarga yang perlu diberi bantuan.

“ Majlis ini telah memberi peluang kepada kita menyedari bahawa di sekitar kita ini masih ramai lagi insan yang dhaif yang memerlukan bantuan.

" Saya menyeru pihak swasta agar lebih ramai yang dapat bersama tampil menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin “ katanya



Dr. Mujahid sedang menyampaikan sumbangan




Penerima sumbangan sedang mendengar ucapan

Populariti Najib menjunam, populariti Ro$mah tak dapat dikesan

http://media1.malaysiakini.com/309/fa1164eafb031fc4efc5ffb09c8c2c7b.gifIndeks persepsi Perdana Menteri Malaysia, Najib Altantuya makin merudum.

Terbaru, dalam satu kaji selidik yang dikeluarkan Merdeka Center sebentar tadi memberitahu, prestasi semasa kepuasan rakyat adalah hanya 59 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu.


Penurunan sebanyak 6 peratus ini didorong oleh ketidak puasan hati rakyat Malaysia berkenaan harga barang keperluan yang semakin mahal di samping mahukan perubahan dalam sistem pilihanraya dan cara KERAjaan menangani demonstran ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu.


Bagaimanapun, dalam kajian tersebut, orang Melayu dan India memberi skor markah sebanyak 69 peratus manakala Cina hanya memuji langkah transformasi Najib Altantuya sebanyak 38 peratus sahaja.


Dalam isu BERSIH 2.0, 49 peratus responden yang ditemu bual memahami tuntutan pergerakan 62 NGO itu manakala hanya 39 peratus sahaja yang menyokong tindakan KERAjaan menangani perhimpunan BERSIH 2.0 berbanding 49 peratus yang tidak menyokong.


LAPORAN PENUH KLIK DI SINI


JALAN PULANG


Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib (gambar) pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 — lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.


“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.


Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.


Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.


Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).


Dari segi pecahan kaum, katanya, kajian menunjukkan 69 peratus responden masing-masing orang Melayu dan India dan 38 peratus kaum Cina melahirkan rasa puas hati dengan prestasi Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu.



News Release

August 29, 2011


PM’s approval rating declines to 59%


BANGI
– The prime minister’s approval rating has taken a dip as found in the opinion poll released by Merdeka Center for Opinion Research today.

59% of the Malaysians polled said that they were satisfied with Prime Minister Najib Tun Razak’s performance in this survey which is 6% lower compared to 65% recorded in May 2011.


Broken down into ethnic groups, the survey found 69% of Malays, 38% of Chinese and 69% of Indian respondents expressed satisfaction.


From the survey, we note that the significantly reduced approval rating may be due to the increased concerns over cost of living related matters as ordinary citizens begin to feel the impact of hikes in the price of fuel and electricity.


Besides pocket book issues, the poll result also suggests some linkage with adverse public perception of how the government handled events and public discourse arising from the BERSIH 2.0 rally and other related events.


One half of Malaysians say country headed in the right direction


At the same time, the survey found that 51% of the electorate felt that the country was headed in the right direction down slightly from 54% in May 2011.


With respect to issues, the survey found that the public’s topmost concern remained the economy mentioned by an aggregate comprising 38% of respondents, followed by concerns over social problems at 10%.


Worries over political related matters ranked third at 9% of the public

mindscape, while concerns over public safety and crime stood at 7%.

Majority welcome electoral reform proposals


Close to half (49%) of the respondents claimed they understood about the demands of BERSIH 2.0, the banned coalition of non-government organizations demanding for free and fair election in Malaysia.


39% of respondents expressed satisfaction with the way government handled the issues regarding BERSIH, while 48% of the respondents were dissatisfied.