Friday, February 4, 2011

“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia"

Belajar kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya

KOTA BHARU, 5 Feb: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak yang mahu menutup mulutnya (dari terus memperkatakan Islam) supaya mengambil iktibar dari peristiwa ulama yang ditutup mulut mereka oleh pemerintah Mesir.

Beliau yang juga Menteri Besar mahu peristiwa yang berlaku ke atas Presiden Hosni Mubarak diambil ingatan oleh pihak berkenaan.

“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia (dalam isu revolusi Mesir yang mahukan Hosni Mubaratk berundur),” katanya pada Kuliah Mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Terdahulu dari itu beliau mengimamkan solat hajat untukkesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir. (gambar)

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz.

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS itu pada sidang media di Kampung Redong sempena kempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mendakwa pengundi yang tidak menyokong calon PAS sebagai orang jahiliah.

Mengulas dakwaan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris yang mendakwa Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan bercanggah dengan syarak, justeru mahukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS itu, Nik Aziz berkata beliau amat bersetuju kalau ada pihak mahu berdialog dengannya mengenai Islam.

“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik’.

“Berdebat dan berdialog adalah ajaran agama, bukan hanya ajaran demokrasi.

“Saya bersetuju kalau orang berdialog dengan saya (dan hendaklah) ‘pegang Al-Quran’.

“Untuk majlis dialog itu, orang tengahnya ialah Al-Quran, tetapi kalau berdialog tidak ada panduan, mana boleh,” katanya.

Beliau turut meminta pemimpin negara ini ambil iktibar dari peristiwa revolusi Mesir yang hangat kini.

Beliau menyifatkan rakyat dan pemimpin Negara adalah sama.

“Namun rakyat mudah mendengar nasihat, tetapi yang payahnya pemimpin, ini kerana mereka merasakan mereka itu pemimpin yang cerdik berbanding orang lain.

“Tahu-tahu, dia kena guling, barulah dia reti,” katanya sinis.

Beliau menegaskan umat Islam mukmin wajib menolak ideology lain termasuk ideologi Melayu atau nasionalis.

“Kerana apa, kerana Al-Quran adalah lebih dari segala-galanya.

“Di Malaysia sendiri, Allah swt beri kepada orang Melayu agama (Islam), namun ada di kalangan orang Melayu sendiri menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasar perjuangan partinya). Ini menyebabkan timbulnya kecelaruan,” dakwanya.

Rakyat Sarawak kena halang Taib Mahmud sambung kuasa

Rakyat Sarawak Perlu Tukar Kerajaan- Anwar


KUCHING 5 Feb.: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Sarawak segera menukar kepimpinan negeri Tan Sri Taib Mahmud itu yang sudah lebih 30 tahun memerintah negeri itu.

Katanya, rakyat Sarawak perlu segera menuntut perubahan dengan cara yang berhemah iaitu melalui pilihanraya yang bersih jika mahu kehidupan yang lebih baik.

Tambah Anwar, tidak perlu menjadi seperti Mesir sehingga rakyatnya bangkit di jalanan menuntut keadilan tetapi cukuplah dengan menggunakan medan pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Sarawak (Taib Mahmud) mesti turun.

"Siapa yang perintah 30 tahun, jangan jadi macam Mesir," katanya kepada kira-kira 200 tetamu yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan Pejabat PKR, cabang Stampin, di sini, dekat sini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat tidak perlu memberikan janji-janji politik yang melampau kerana rakyat Sarawak sedia maklum akan perubahan yang dibawa oleh Pakatan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Di Pulau Pinang, sewaktu kita ambil alih, defisit lebih RM1 bilion tapi dua tahun di bawah Lim Guan Eng, kita bukan rugi tetapi untung pula," jelas Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Mereka juga melaungkan "Hidup Pakatan Rakyat".

"Kita sudah buat, ini bukan lagi janji.

"Sebab apa kita boleh buat? Sebab kita tidak curi balak, tanah atau saham. Kalau ada menteri besar, ambil tanah, bagi saham pada anak bini, memang tidak boleh jaga negeri," kata Anwar lagi merujuk kepada bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir Selangor sehingga rakyat di negeri itu berjaya menikmati pelbagai kemudahan seperti air percuma, khairiat kematian dan kemudahan anak masuk universiti.

Anwar berada di Sarawak untuk program jelajahnya dan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak di sini.

Umno sayang kroni daripada pengundi

Subsidi Gas Kepada IPP Perlu Dihentikan- Rafizi


KUALA LUMPUR 5 FEB. : PKR menegaskan isu subsidi gas tahunan RM19 bilion kepada penjana tenaga bebas (IPP) perlu dihentikan atas alasan pembiayaan itu satu kehilangan hasil negara.

Perkara ini dinyatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli meskipun pakar strategi kerajaan menganggapnya sebagai membantu menjana peluang pekerjaan, Beliau berkata demikian semasa program temubual Bicara Rakyat di RTM malam tadi.

Menurut Rafizi lagi, kajian Prof Jeff Rector dari Universiti Stanford pada 2005 menunjukkan 81 peratus subsidi gas pergi kepada industri dan bisnes manakala hanya 19 peratus kesannya dirasai rakyat.

"Persoalan subsidi gas adalah persoalan yang central, kerana daripada RM19 bilion ini pada jangkaan kami boleh membiayai program-program, betul RM19 bilion adalah subsidi gas yang ditanggung oleh Petronas maksudnya jika gas tidak diberi pada kadar yang murah kepada TNB dan IPP, kerajaan di Putrajaya akan dapat RM19 bilion tiap-tiap tahun untuk dibelanjakan.

"Kalau kita merujuk kepada satu kajian yang dijalankan oleh Standford University, semua yang kaji pasal IPP pernah membaca kajian ini, kajian pada 2005 pada kapasiti penjanaan elektrik dan penggunaan RM19 bilion gas subsidi itu, 80 peratusnya adalah untuk industri dan perniagaan maknanya RM19 bilion itu yang sampai kepada rakyat kalau betullah hanya 19 peratus sahaja, rakyat keseluruhannya hanya menggunakan 19 peratus," katanya.

Bagaimanapun menurut Rafizi, pemansuhan subsidi gas akan membantu usaha pembaharuan sistem yang ada sekarang.

"Kalau kita tarik subsidi ini maka harga akan naik dan bebanan akan meningkat itu pun kena berhati-hati kerana apabila 81 peratus daripada penggunaan elektrik ini perginya kepada industri dan juga perniagaan maknanya sebahagiannya berorientasikan eksport, barangannya untuk dieksport keluar jadi kelebihan itu tidak sampai kepada rakyat.

"Tetapi dieksport keluar dan sebab itu saya nak tunjukkan bila kita bercakap berkenaan NEM dan hendak menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pergantungan kepada subsidi gas ini untuk menyediakan satu kos struktur yang murah itu perlu dihentikan kerana kita mewujudkan persaingan yang artificial,orang kata kos melabur di Malaysia murah, tetapi kita tiris RM19 bilion subsidi," katanya.

Syarikat minyak nasional Petronas yang terpaksa memikul subsidi menerusi harga gas yang kekal pada November lalu berkata ia mahukan kajian semula harga gas.

Pada tahun kewangan 2009, kos subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion ataupun sembilan peratus keseluruhan pendapatannya dan ia meningkat kepada RM10.1 bilion pada separuh tahun pertama tahun kewangan 2010.

Isu subsidi gas juga satu kontroversi selama ini memandangkan pihak utama mendapat manfaat daripadanya ialah pengeluar tenaga bebas (IPP), yang mana kebanyakannya memperoleh keuntungan tinggi dan dilihat dimiliki oleh pihak-pihak memihak parti pemerintah.

Kerajaan diwakili oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan. Seorang lagi anggota panel forum ialah ketua eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Datuk Mahani Zainal Abidin.

Mahani, salah seorang penggubal Model Baru Ekonomi (MBE) pentadbiran Najib bagaimanapun mengakui bahawa subsidi gas adalah sesuatu yang tidak diingini dalam jangka panjang tetapi bukan sesuatu yang boleh diubah dengan serta-merta.

Risalah terbitan kerajaan BN "menghina orang Melayu" - Kata ADUN BN


Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu.

"ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'.

"ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini).


"Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan.

Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri."

"Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia
terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.

Tuan Guru Nik Aziz sahut cabaran ulama Umno berdebat

Nik Aziz sahut cabaran ulama UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6O6IHMSpwo55imgiKcQCaAHEGGOwjnqe8BShw9EUWpLFr4JwjxrMNS0pVq0oyqSgtguIQH-MxxcYuxzVkDgoPI9P3s7XeaUbTl5J969j_h6QcpU_8UaQdax-P4B3MO6vayqr3x6Sj0jk/s400/Tuan+Guru+Nik+Aziz+39.JPGKOTA BHARU , 5 Feb. : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd Noor Deris untuk berdebat berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecahbelahkan umat Islam.

Nik Aziz berkata, debat adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kekusutan sekali gus memberi kefahaman kepada umat Islam.

“Saya setuju kerana apabila berlaku kekusutan, kita diminta berdebat dengan cara baik bagi mencari jalan penyelesaian.

“Boleh (berdebat), tidak menjadi masalah asalkan kita menjadikan al-Quran sebagai ‘orang tengah’,” katanya selepas mengimami solat hajat pada Program Solat Hajat Selamatkan Siswa dan Rakyat Mesir Bersama Tok Guru di Medan Ilmu di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkara yang berlaku perlu dirujuk kepada Allah SWT yang menurunkan al-Quran serta mengirimkan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan disiarkan media kelmarin, Mohd Noor yang juga bekas ahli Pas menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji beberapa kenyataan Nik Aziz yang dilihat bercanggah dengan syarak selain menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Antara lain, Menteri Besar Kelantan itu didakwa pernah mengeluarkan kenyataan sesiapa yang mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan sebagai jahiliah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor baru-baru ini.

Bagi Mohd Noor, kenyataan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan ramai orang mati kerana murtad atau keluar dari Islam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

Menurutnya, Nik Aziz kerap kali melakukan fitnah antaranya dengan mengatakan Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.
SH

Polis ludah dan tengking warga tua

Warga tua diludah ketika polis surai perhimpunan aman

KUALA LUMPUR: Seorang warga tua ditengking dan diludah anggota polis di mukanya ketika pihak berkuasa itu menyuraikan perarakan dan perhimpunan solidariti rakyat Mesir, kata Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

“Warga tua itu hanya bertanya polis, mengapa anaknya ditahan tetapi polis memarahi dan meludah mukanya. Sedangkan, mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang,” katanya kepada KeadilanDaily.com.

Beliau berkata, polis juga memukul dan mengheret anak warga tua itu yang sedang membeli minuman di hadapan bangunan Tabung Haji.


“Selepas ditahan, mereka dibiarkan selama berjam-jam di dalam trak polis dan tidak dibenarkan untuk bertemu keluarga dan peguam.

“Tahanan mengadu, proses soal siasat dibuat dalam keadaan mereka duduk di lantai, seolah-olah mereka ini penjenayah besar. Mereka juga ditanya soalan-soalan yang tidak masuk akal,” kata Latheefa.

Beliau berkata, beberapa peserta perarakan juga bercadang untuk membuat laporan kerana tindakan ganas polis itu manakala keluarga tahanan sedang memikirkan tindakan lanjut.
Kata Latheefa, ramai peserta perarakan dipukul, ditendang dan digari secara kasar oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika menyuraikan peserta perarakan.

Dalam perarakan solidariti terhadap rakyat Mesir semalam, 7 peserta ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kesemua mereka diibebaskan dengan jaminan lisan kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Latheefa bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka akan didakwa di mahkamah.

Siasat polis tidak professional

AMK : KPN Perlu Siasat Kekerasan Lerai Demo Anti-Mubarak


KUALA LUMPUR 5 Feb.: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendesak Ketua Polis Negara untuk menyiasat pihak polis yang bertindak secara tidak professional menggunakan kekerasan dalam meleraikan Perhimpunan Anti-Mubarak, yang berarak daripada Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika semalam,kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin.

AMK dalam satu kenyataan medianya kecewa terhadap tindakan yang diambil oleh pihak polis. Penahanan tujuh orang demonstran anti-Mubarak semalam adalah tidak professional.

"Kekasaran dan penahanan ini memperlihatkan bahawa kerajaan kita pada hari ini mengambil pendirian Pro-Mubarak. Sikap tidak professional ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di Mesir," tegas Shamsul.

Oleh yang sedemikian, AMK Malaysia berpendirian bahawa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia khususnya pihak polis dalam demonstrasi Anti-Mubarak.

"Kerajaan sama sekali tidak menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir," kata Shamsul.

Khalid Nordin digesa tarik kenyataan

Menteri Pengajian Tinggi Digesa Tarik Balik Kenyataan


KOTA BHARU 5 Feb. : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin disifatkan menghina pelajar agama di Mesir apabila berkata pihak kementerian menghadapi kesulitan menghubungi pelajar bidang agama di Mesir disebabkan tidak berdaftar dengan kementerian ,kata Setiausaha Alumni Kesatuan Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Md. Asri Mat Daud dalam satu Kenyataan mereka hari ini.

Kenyataan itu yang disiarkan dalam Akhbar semalam bertajuk "Tiada Pilih Kasih Bawa Pulang Pelajar Dari Mesir" yang boleh disifatkan sebagai tidak benar dan berniat memburuk-burukkan pelajar pengajian bidang agama di Mesir.

Menurut beliau, Kenyataan Khalid adalah tidak benar sama sekali kerana semua pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka tidak boleh belajar sekiranya dokumen mereka tidak diuruskan oleh pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Tambahan pula, semua nama pelajar-pelajar yang berada di Mesir adalah di bawah pengetahuan persatuan pelajar di setiap negeri dan pihak mereka telah menghantar nama-nama tersebut kepada JPMK.

Pelajar Malaysia pula mestilah memiliki kad pelajar daripada pihak JPMK setiap kali ingin berurusan dengan Jabatan Penuntut.

Oleh itu, tidak timbul isu mereka yang tidak berdaftar tetapi apa yang pasti kesulitan yang dihadapi adalah kegagalan pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir melaksanakan tugas dengan baik dan mengabaikan urusan kebajikan pelajar sehinggalah keadaan menjadi kelam kabut apabila situasi getir seperti sekarang berlaku.

Pihak Alumni KPKM mendesak agar menteri berkenaan tidak sewenang-wenang melemparkan tuduhan dan menjadikan perkara tersebut sebagai alasan yang boleh mengesahkan lagi diskriminasi terhadap pelajar agama yang telah lama wujud.

Sementara itu, Gerakan membantu pelajar Mesir (GETIR) Alumni KPKM terus memberikan bantuan kepada pelajar di Mesir.

"Terkini, pengerusi GETIR Ustaz Zulkifli Yusuf telah berlepas dari lapangan terbang Kota Bharu menuju ke Mesir dengan kapal terbang Singapore Airlines untuk menyampaikan sumbangan ibu bapa kepada pelajar di sana khususnya yang berasal daripada Kelantan.

"Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM 120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari yang lepas," katanya .

PAS tidak ada masalah berhadapan dengan Majlis Fatwa

PAS Setuju Nik Aziz Dialog Dengan Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR 5 Feb.: PAS menyokong penuh kesediaan Mursyidul Am PAS Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekiranya majlis itu mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini,kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

"Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," katanya yang dipetik Harakah Daily.

Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.

Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran.

"PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.

"Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris.

Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik.

PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang.

Israel sangat bimbang Islam berkuasa di Mesir



Pemimpin Israel memperingatkan terhadap kemungkinan munculnya pemerintahan Islam di Mesir. Kemungkinan ini rupanya menjadi ketakutan Israel jika kekuasaan Hosni Mubarak benar-benar terancam.

Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, memperingatkan situasi akan seperti di Iran, jika kelompok Islam menggantikan Mubarak.

Shimon Peres, Presiden Israel juga memperingatkan bahwa "ekstremis", demikian ia menyebutk kelompok Islam, bisa mengambil keuntungan dari protes yang populer di Mesir untuk mencoba merebut kekuasaan, seolah menutupi kekejaman rezim Mubarak dalam mendholimi aktivis Islam di negeri itu.

Di kutip sebuah koran Israel, Peres, telah bertemu dengan Kanselir Jerman, Angela Merkel, yang sedang membicarakan kemungkinan dampak perubahan Mesir. Menurut media Israel, tercermin ketakutan Israel bahwa Pemilu yang demokratis di Mesir bisa mendorong naiknya kekuatan kelompok-kelompok Islam yang ramah terhadap Hamas dan organisasi lainnya yang berujung pada permusuhan dengan Israel .

“Dunia sebaiknya belajar dari apa yang terjadi di Gaza, ujar Peres kepada Merkel. Referensi kemenangan Hamass atas kelompok sekuler Fatah dalam pemilihan legislatif Palestina pada 2006.

Kelompok ini kemudian dimasukkan ke dalam pemerintah koalisi dengan Fatah, namun setahun kemudian, Hamas mengusir pasukan Fatah dari Gaza dan sejak itu menguasai daerah-daerah yang dikendalikan. Pengambilalihan mendesak presiden Palestina dan Fatah pemimpin, Mahmoud Abbas, untuk melarutkan persekutuan. Ketegangan antara kedua kelompok sejak meningkat.

“Dunia melihat apa yang terjadi di Gaza ketika pemilihan demokratis terjadi di mana demokrasi yang diberikan Hamas justru tak memberi nilai apapun, “ demikian tuduh Perez, sebagaimana dikutip laman www.thenational.ae.

Sebelumnya Netanyahu bahkan terang-terangan kekhawatiran kelompok Islam berkuasa.

"Di tengah kekacauan, sebuah kelompok Islam terorganisir dapat mengambil alih negara. Itu terjadi di Iran dan juga di tempat lain," kata Netanyahu dalam sebuah konferensi pers pada hari Senin (31/1).

"Perdamaian antara Israel dan Mesir telah ada selama lebih dari tiga dekade dan tujuan Zionis adalah "untuk memastikan bahwa hubungan itu tetap eksis," tambah Netanyahu.

Senada dengan Netanyahu, dalam pernyataannya hari Ahad (30/1), Menteri Luar Negeri AS Hillary Clinton telah menunjukkan ketidaksukaan jika Islam yang menang pasca Mubarak.

"Yang tidak kami inginkan adalah ideologi radikal mengambil alih negara yang sangat besar dan penting di wilayah Timur Tengah ini," kata Hillary Clinton sebagaimana dikuti AP.

Israel (termasuk Amerika) tentu prihatin tentang kemungkinan perubahan rezim di Mesir yang dapat membahayakan perjanjian damai yang ditandatangani antara kedua belah pihak pada tahun 1979. Bagaimanapun, semasa Mubarak, Mesir menjadi sahabat dekat Israel.

Jika kelompok Islam menang, situasi akan berubah. Termasuk merubah peta hubungan antara Mesir dan Palestina. Hal inilah yang kemungkinan tak akan diinginkan Zionis dan Amerika. Hidayatullah.com--

Krisis Mesir menjadikan masa depan Israel suram

Memasuki hari keenam aksi protes membahana di seantero Mesir, mereka meneriakkan yel-yel, "No Sulaeman, No Shafiq". Mereka menolak Wapres Jenderal Sulaimen dan Perdana Menteri Ahmed Shafiq, yang baru diambil sumpahnya ole Mubarak.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan tegas melarang anggota pemerintahannya untuk tidak memberikan komentar apapun tentang krisis politik yang terjadi di Mesir. Karena, Israel masih belum melihat jelas kemana arah perubahan politik di Mesir nantinya.

Mesir di bawah Presiden Hosni Mubarak mengikat perjanjian 1979, yang merupakan warisan pendahulunya Anwar Sadat, yang tewas saat mengikuti parade militer Oktober 1978. Rakyat Mesir marah terhadap Sadat yang membuat perjanjian perdamaian dengan Israel, dan kemudian dibunuh, bersamaan dengan hari ulang tahun militer Mesir.

Sunguh, Mesir dibawah Mubarak ikut melakukan blokade terhadap Hamas. Mesir membangun tembok baja, di sepanjang perbatasan antaras Mesir - Gaza, di Rafah. Bukan hanya tembok baja, tetapi juga Mesir menggali parit yang dalam di sepanjang tembok, diairi dan dialirkan aliran listrik. Sehingga tidak mungkin rakyat Palestina di Gaza dapat membuat terowongan lagi dari Mesir. Mesir terang-terangan membantu Israel memberikan informasi penting kepada Israel, saat sebelum berlangsungnya invasi militer Israel ke Gaza.

Di bawah Mubarak bagaimana Mesir memainkan peranannya sesuai dengan keinginan untuk menghadapi Iran, dan terus melakukan tekanan terhadap Iran, agar tidak mengembangkan senjata nuklirsnya. Mubarak benar-benar menjadi pecundangnya Israel. Mubarak memasok 40 persen gas kepada Israel dan dengan harga yang murah. Israel dengan keberadaan rezim Mubarak seperti mendapatkan mukjizat dan berkah. Mesir menjadi tulang-punggung Israel untuk mengeliminasi semua kekuatan yang menjadi ancaman Israel di dunia Arab.

Tentu yang lebih paling lagi, bagi negara kecil, seperti kecil dengan perjanjian perdamaian dengan Mesir itu, kiranya negera Yahudi itu dapat mengurangi resiko ancaman keamanan. Menurut para analis dengan postur Mesir yang berpenduduk terbesar di kawasan Arab itu, Mubarak bertugas menjaga kepentingan keamanan Israel dari ancaman negara-negara Arab. Tak ada lagi ancaman militer yang berarti sejak Mesir menandatangani perjanjian dengan Israel. Langkah Mubarak ini sangatlah tidak populer dimata rakyatnya yang berjumlah 80 juta itu. Umumnya rakyat Mesir mempunyai sikap yang negatif terhadap Israel. Tetapi, Mubarak benar-benar telah menjadi 'anjing penjaga' Israel.

Sungguh sangat ironis. Pernyataan mantan Dubes Israel di Cairo, yang mengatakan, "Siapapun pemerintah baru mungkin akan muncul dari demonstrasi yang bersejarah di Mesir - yag sangat populis, baik Islam atau persatuan nasional - "tidak ada keraguan bahwa rezim baru akan berusaha untuk kesepakatan perdamaian dengan Israel ," ujar Eli Shaked, mantan duta besar Israel ke Mesir. Lebih lanjut Eli Shaked yang menulis di harian Yedioth Ahronoth, menambahkan, "Satu-satunya orang di Mesir yang berkomitmen untuk perdamaian adalah orang-orang di lingkaran dalam Mubarak", tambahnya. Pernyataan Eli Sahked itu menggambarkan rezim Mubarak adalah peliharaan Israel.

Israel sangat antusias dan respek atas penunjukan kepala intelijen Mesir Omar Sulieman oleh Mubarak, sebagai wakil presiden, danm ini pertamakalinya dalam sejarah pemerintahannya selama 30 tahun. Kepala intelijen yang berkumis adalah tokoh intelijen yang secara ajek mengunjungi Israel. Di mana Omar Sulaeman melakukan konsultasi dengan menteri pertahanan Israel dan pejabat intelijen, yang membahas banyak isu kedua negara yang berlangsung selama tiga dekade.

"Mesir dan Israel memiliki kepentingan strategis bersama. Mesir menjadi sekutu Israel, dan telah membuat komitmen untuk tidak saling menyerang ", kata Shlomo Avineri, seorang ilmuwan politik di Universitas Ibrani. "Ini adalah negara Arab utama, dan tidak ada negara Arab lainnya akan melakukan perang dengan Israel, tanpa Mesir. Jadi ada kepentingan strategis bersama", tambahnya.

Avineri, yang memegang posisi senior di kementerian luar negeri di masa zamannya Perdana Menteri Yitzhak Rabin, menjelaskan dua kemungkinan, pertama ada camur tangan militer Militer, atau tanpa Mubarak sebagai "boneka," atau "kekacauan dan disintegrasi" yang berakhir dengan pemerintahan Islam, ujarnya. Israel paling takut kemungkinan Ikhwanul Muslimin, oposisi politik yang paling terorganisir di Mesir, yang akan mengambil alih kekuasaan di Mesir. Menurut Avineri, menilai, bahwa Ikhwan telah berhasil mengubah masyarakat Arab berubah lebih religius dan konservatif dalam beberapa dekade terakhir, tutur Avineri.

"Apa yang tidak akan terjadi adalah Israel akan memiliki tetangga yang menganut sistem demokrasi, karena demokrasi tidak muncul dalam semalam," kata Avineri. "Lihatlah Rusia anda membutuhkan masyarakat sipil.. Anda perlu tradisi politik, pluralisme, toleransi, adanya pihak yang efektif." Ini khas pandangan para pemimpin Zionis Israel, demokrasi itu identik dengan menerima kehadiran Israle yang menjajah tanah-tanah Arab.

Media Israel melaporkan terjadinya kepanikan yang sangat luar biasa dikalangan pejabat tinggi Israel, akibat krisis politik yang terjadi di Mesir saat sekarang ini. Angkatan Bersenjata Israel (IDF), yang sebagian besar terkonsentrasi di perbatasan Libanon dan Gaza, sekarang mulai digerakkan ke arah selatan. Di mana Israel telah empat kali berperang dengan Mesir. Kabel diplomatik Amerika yang diterbitkan oleh Wikileaks tahun lalu, menunjukkan adanya keluhan diplomat Israel, bahwa militer Mesir terus menganggap Israel sebagai musuh utama, dan siap untuk perang di Gurun Sinai.

"Saya tidak ragu bahwa pembentukan seluruh pertahanan sekarang akan meminta anggaran yang lebih besar", kata Oded. " Nah, kita harus menyesuaikan diri dengan situasi, di mana Mesir bukan mitra kami lagi, '"kata Oded Aren, Direktur Institute for National Security Studies, sebuah lembaga think tank di Tel Aviv, yang anggota adalah para pensiunan jenderal. "Mesir adalah semacam suar atau penanda untuk ketegangan keamanan, untuk bahaya dengan dunia Arab."

Perspektif Israel, yang penuh dengan sikap paranoid itu, di mana Al Jazeera menyiarkan wawancara dengan Tentara Islam militan, ketika terjadi kekacauan beberapa hari terakhir ini, telah berhasil meloloskan dari penjara Kairo dan kembali ke Gaza, di mana mereka berjanji untuk melanjutkan serangan terhadap Israel. Kata seorang anggota militan Islam, ribuan melarikan diri dari penjara Cairo.

"Ya, kami sangat, sangat khawatir tentang situasi ini," kata seorang Jenderal Israel. Krisis yang sekarang terjadi di Mesir, membuat nyali Israel menjadi mengkeret, dan saatnya negara Zionis itu harus musnah, karena menjadi kanker di dunia Arab.(Eramuslim)

Aktivis Palestin terlepas dari penjara Mesir selamat pulang

Aktivis Palestina yang dipenjara di Mesir dapat berkumpul kembali dengan keluarga mereka setelah pembebasan dari penjara, di tengah protes anti-pemerintah di seluruh negeri Afrika Utara tersebut.

Para aktivis yang dipenjara oleh rezim Mubarak berhasil melarikan diri penjara Abu Zaabal di pinggiran ibukota Mesir, Kairo, selama dua hari terakhir dan mencapai Jalur Gaza melalui terowongan bawah tanah antara Gaza dan Mesir, seorang koresponden Press TV melaporkan.

Motasem al-Goga, salah satu tahanan, menghabiskan tujuh tahun di penjara tanpa pengadilan. Dia ditangkap atas tuduhan menjadi anggota sayap militer Hamas.

"Saya bisa melarikan diri dari penjara Abu Zaabal dengan delapan kawan saya, tahanan politik Palestina, ketika ipenjara itu dibakar," kata Mohammed Abdel-Hadi, tahanan lain Palestina.

"Sejauh ini, enam tahanan politik yang berhasil melarikan diri dari penjara Mesir telah tiba di Jalur Gaza," ia melanjutkan.

Para tahanan melarikan diri ketika ribuan tahanan lainnya kabur dari penjara di Mesir di tengah-tengah protes nasional yang dipicu 30 tahun pemerintahan Presiden Hosni Mubarak Selasa lalu.

Mesir menutup perusahaan persimpangan dengan Jalur Gaza pada hari Minggu setelah protes menyebar ke daerah perbatasan.

Sebanyak 1,5 juta penduduk Gaza khawatir peristiwa di Mesir, dapat memberi dampak ekonomi yang lebih lanjut jika perbatasan tetap tertutup untuk waktu yang lama.
muslimdaily

Ketua Penerangan UMNO Merbok dipecat kerana lawan tokey ?

Datuk Zubir di tengah

UMNO Merbok nampaknya bergolak teruk. DS Najib baru sahaja menasihat supaya elakkan perbalahan dalaman jika BN ingin menguasai Kedah kembali semasa lawatan kerja beliau baru-baru ini.

Belum pun sempat dakwat kering perbalahan sudah tercetus apabila Ketua Penerangan Bahagian Ybhg Datuk Zubir Saad dipecat dari jawatannya kerana dikatakan melawan tauke.


Kekerapan Datuk Zubir turun padang berjumpa ketua-ketua cawangan dan JKKP dilihat satu ancaman kepada Ketua Bahagian.


Populariti Datuk Zubir ternyata mengatasi populariti Ketua Bahagian kerana Datuk Zubir dikira seorang hartawan yang dermawan tidak lokek untuk menyumbangkan apa-apa sumbangan yang dipohon oleh ketua-ketua cawangan.


Tindakan Ketua Bahagian yang tidak berapa cerdik ini adalah salah satu usaha cantas mencantas seperti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir.


Datuk Zubir adalah mangsa kedua selepas Tuan Syed Osman dicantas sebagai AJK Bahagian kerana terlalu menonjol atas platform Perkasa.


Menurut sumber beberapa lagi individu-individu di dalam barisan UMNO Bahagian akan menerima padah yang sama di dalam usaha memertabatkan Ketua Bahagian sebagai hanya tokoh tunggal yang layak menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang.


Nampaknya Merbok tidak berubah walaupun di dalam kalah.Merbok Times

Polis Malaysia dapat arahan Umno untuk halang demo anti Mubarak?

Polis Melampau Tahan Penunjuk Perasaan

KUALA LUMPUR 4 Feb.: Penangkapan tujuh lelaki dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir disifatkan tindakkan melampau polis ke atas perhimpunan rakyat oleh Peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah berkata, selain menangkap tujuh orang berkenaan selepas perhimpunan, polis juga dilaporkan bertindak memukul dan meludah ke arah peserta perhimpunan ini.

"Tindakkan polis ini memang salah disisi undang-undang, kerana peserta-peserta perhimpunan telah pun bersurai pada ketika itu, Polis kemudian datang dan membelasah beberapa orang, kita dapat maklumat ada beberapa saksi melihat ada polis yang membelasah dan meludah ke arah mereka yang bersurai ini, di tangkap dan ada yang dipukul sebelum di muatkan ke dalam trak.

"Di mana polis memang bertindak diluar kawalan, tidak langsung mengikut undang-undang dan tidak memastikan hak-hak mereka yang berhimpun ini dijaga," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan tersebut berlangsung aman dan peserta perhimpunan bersurai setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.

Namun pihaknya kecewa dan tidak faham kenapa polis bertindak ganas sedangkan kesemua peserta sedang bersurai.

"Semua sedang bersurai dan saya sendiri ada dalam perhimpunan tadi, dan semasa saya bersurai itu, tiba-tiba polis datang dan membelasah peserta-peserta perhimpunan, kita pun tidak faham kenapa pihak polis perlu bertindak macam itu," katanya.

Kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, peserta perhimpunan kemudiannya mengambil keputusan bersurai.

Mengulas situasi yang berlaku, Fadiah berkata beliau juga nyaris ditangkap polis ketika dalam cubaan berjumpa Ketua Polis bertugas bagi mendapatkan butiran anak guamnya yang ditahan.

"Ketika saya pergi ke trak polis bersama dengan ahli keluarga mangsa yang ditangkap untuk berjumpa OCPD bagi mendapatkan butiran anak guam saya, di hadapan FRU itu juga dia menjerit supaya saya sendiri ditangkap, walaupun saya sebagai peguam," katanya.

Subur dah jadi bubur

Kelantan beri beras percuma, Subur tak menjadi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicfgtsssWF3nEkyojLxk-GxLpuYNKW3sYA09COiA7DrLDE8yL439xXnGCO9saqpIk2D-1Bav3Sl9QXTfMeMoV3VsgQ-xnN7QC6-xqGOEtz7cDwR_jOgpcDz3pOLJxQht9XquerUDrOTAs/s320/subur1.bmpTUMPAT : Mungkin ramai tidak lupa program Subsidi Beras Untuk Rakyat Miskin (Subur) yang diuar-uarkan kerajaan pusat pada 2009. Sekarang apa dah jadi dengan program itu.

Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) bercadang mengagih 6,000 metrik tan beras sebulan kepada penduduk berpendapatan kurang RM1,740 sebulan.

Ada menteri bercakap pembahagian beras super special tempatan akan dilaksanakan melalui pembahagian kupon bermula 1 Disember 2009.

Hari ini tanggal 27 Januari 2011. Ini bermakna sudah hampir 14 bulan berlalu tidak kedengaran pun program itu menjadi kenyataan.

Sebaliknya di Kelantan program serupa sudah berjalan sejak pertengahan tahun lepas. Ia dikendalikan Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Dun Wakaf Bharu (Taksir).

Biar pun tidak dihebah secara besar-besaran melalui media massa, namun kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan. Benarlah kata orang Kelantan negeri berkebajikan.

Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu mendapat sebanyak 10 kg beras percuma setiap seorang pada setiap bulan yang dikendalikan Taksir.

Dana bagi mengendalikan bantuan beras itu diambil daripada elaun wakil rakyat Dun Wakaf Bharu seperti dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum ke-12 lalu.

Selepas program itu berjaya dilaksanakan di Dun berkenaan, kerajaan negeri mulai tahun ini memperluaskan skim bantuan beras percuma ke seluruh Dun di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dalam belanjawan tahun ini untuk mengendalikan skim bantuan beras percuma.

Katanya, seramai 100 penduduk miskin di setiap kawasan Dun akan menerima beras sebanyak 10 kilogram setiap seorang.

”Ini bermakna seramai 4,500 penduduk miskin akan mendapat kemudahan tersebut setiap bulan bermula Febuari 2011. Penduduk yang akan mendapat kemudahan tersebut dipilih dari senarai E-Tegar di bawah kerajaan negeri,” katanya di sini.

Che Abdullah berkata, program itu dicetus kerajaan negeri selepas kejayaan pelaksanaan skim beras percuma dikendalikan di Dun Wakaf Bharu sejak Jun 2010.

Difahamkan pelancaran program berkenaan yang dikenali sebagai Skim Al Itt’aam akan diadakan pada awal Febuari ini.

Al Itt’aam bermaksud menyediakan bantuan makanan ruji berupa beras kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.

”Biar pun program ini sudah lama dirancang kerajaan pusat namun sehingga sekarang tidak nampak ia dilaksanakan,” kata Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu.

Kata beliau juga skim berkenaan mengambil kira pendekatan yang digunakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan menekankan aspek keagamaan pada program yang diadakan.

Beliau juga berkata, kupon beras yang akan diberi kepada penduduk miskin boleh ditunaikan di pejabat Majlis Tindakan Dun berdekatan.

Skim terbabit sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara maju termasuk Amerika Syarikat bagi membantu penduduk miskin.

Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir seru rakyat Malaysia hulur bantuan

Rakyat Malaysia Diseru Hulur Bantuan Bantu Pelajar di Mesir


SHAH ALAM 4 Feb.: Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir menyeru agar semua pihak khusnya rakyat Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan bagi memastikan keseluruhan rakyat Selangor selamat pulang ke tanah air.

Situasi ini berlaku akibat lambatnya tindakan pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkara ini.

Bendahari Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam), Mohd Fauzan Mazlan menjelaskan bantuan dalam bentuk kewangan amat diperlukan.

“Kita cuba memastikan dalam tempoh dua tiga hari ni untuk kita menghantar dan dapatkan bantuan kemanusiaan segera mungkin untuk kita hantar delegasi kita ke Jeddah dan ke Mesir.

“Walaupun kita terpaksa berhadapan dengan birokrasi Wisma Putra, tapi kita yakin kita akan cuba menghantar wakil-wakil dari NGO dan Lembaga Zakat Selangor," katanya.

Fauzan berkata, bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam setiap hari itu kini dijadikan one-stop center bagi ahli keluarga mengetahui perkembangan rakyat Selangor yang masih berada di Mesir. Jelas beliau, bilik gerakan tersebut akan sentiasa mengemaskini keadaan pelajar setiap satu jam.

“Kita ada maklumat seluruh pelajar-pelajar Mesir khususnya rakyat Selangor dan kita juga mendapat maklumat di sana, kita juga membuka bilik gerakan di Mesir dan di setiap negeri-negeri di Mesir ni kita ada 10 cawangan bilik gerakan di mana kita dapat pantauan setiap satu jam.

Dalam pada itu, beliau turut memuji sikap prihatin dan tulus kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan pelajar agar sentiasa teratur dan mencukupi.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Ketua penyelaras Operasi Bilik Gerakan Pelajar Selangor, Mohd Faryzan Subhi, setakat ini keseluruhan 1280 pelajar dilaporkan berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan atau masalah kesihatan serius.

Jelas beliau, setakat ini 52 pelajar dilaporkan selamat tiba di Jeddah jam 6.30 petang tadi dengan menaiki pesawat, manakala 160 pelajar wanita kini sedang menunggu penerbangan pulang yang dijangka berlepas kira-kira jam 1.45 pagi waktu Malaysia.

Faryzan turut berkata, setakat ini proses pemindahan pelajar berlaku dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Mereka yang ingin menghubungi bilik gerakan ini bolehlah menghubungi talian 03-55143520, 03-55143538, 03-55123439, 03-55143534 atau 03-55143576 untuk mendapatkan maklumat terkini.

Ramai rakyat Malaysia terkandas di Mesir

Harap Misi Menyelamat Disegerakan, Wakil Pelajar Di Mesir


SHAH ALAM 4 Feb.: Pelajar Malaysia yang masih terkandas di Mesir mengharap misi menyelamat disegerakan oleh kerajaan Malaysia ekoran mereka kini berdepan dengan pelbagai ancaman yang saban hari semakin meruncing.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut bekenaan keadaan di sana, Tv Selangor menghubungi sekumpulan pelajar Malaysia yang menginap di Subra di Jalan Warsyah.

Menurut wakil pelajar ini Mohamad Zihni, pelajar tahun empat jurusan Bahasa Arab yang menginap Subra, ketika dihubungi berharap mereka dapat dikeluarkan segera dari bumi Mesir dalam keadaan segera kerana khuatir nasib dan keselamatan mereka yang tersepit dalam pertempuranantara kumpulan pro dan anti Hosni Mubarak.

"Kami berharap kami segera dibawa pulang atau dikeluarkan dari Mesir ini, di sini hari Jumaat akan ada pertempuran antara pro dan juga anti-Hosni jadi kami khuatir terjadi sebarang impak besar terhadap kami, kami berharap secepat mungkin kami dikeluarkan.

"Kawasan di sini ada berlaku sedikit kekecohan walaupun kami dekat dengan balai polis, tetapi kami tidak mampu berbuat apa-apa, hanya duduk di dalam rumah sahaja," katanya.

Menurut Zihni, rata-rata mereka yang terkandas kini dalam keadaan kerisauan dengan krisis yang kian meruncing ini selain terpaksa hidup dalam keadaan darurat.

"Tentang pemakanan, kami masih dalam perintah berkurung malam, kami beli bekalan makanan dalam jumlah yang banyak, bagaimanapun kami berjaga-jaga dengan makan jamah-jamah seorang sedikit, yang kami risaukan kini ialah tentang kelambatan," jelasnya.

Melihat kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah, memberi seribu harapan kepada pelajar yang lain untuk turut dibawa keluar.

Namun, berita tersebut tidak banyak mengubah perasaan 200 pelajar Malaysia yang masih terkandas di Subra, kerana perjumpaan mereka dengan wakil kedutaan Malaysia semalam hanya sekadar taklimat dan penyerahan butiran peribadi sahaja.

Menurut Zihni, perjumpaan tersebut hanya untuk memberi butiran peribadi dan bantuan mengeluarkan pelajar Malaysia hanya tertumpu kepada pelajar perempuan sahaja.

"Semalam kami dalam pukul 12 tengahari, pelajar-pelajar di Subra hampir 200 pelajar diberi taklimat, kami hanya sekadar mengisi borang untuk pelan evakuasi.

"Yang akan dihantar dahulu adalah pelajar perempuan, dan lelaki dikemudiankan, tetapi memandangkan kawasan Subra ini adalah kawasan terdekat dengan tempat kejadian jadi ia merbahaya," katanya.

Kumpulan pertama yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi berjaya dibawa keluar dari Kaherah semalam menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS) jam 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Pegawai keamanan Mesir belasah wartawan

Berita Terkini Dari Mesir via Twitter

Ini Dia Laporan Terkini Para Wartawan via Twitter

Dipukul semasa membuat liputan berita..

KAIRO 4 Feb 11: Tindakan represif yang dilakukan pegawai keamanan Mesir pada wartawan membuat mereka semakin hati-hati. Atribut pers mereka simpan, dan sedapat mungkin menghindari kegiatan memotret atau merakam aktivitas di tahrir Square.

Gantinya, mereka masing-masing melaporkan secara langsung via kaun Twitter. Berikut ini beberapa di antaranya:

Satu: Wartawan Aljazeera Ayman Mohyeldin (@AymanM): Teriakan "keluar" , "invalid", dan "pergilah" membahana lebih kuat daripada sebelumnya. Satu jam menjelang shalat Jumaat.

Dua: Anderson Cooper (CNN): Kekerasan oleh penjahat di keramaian pro-Mubarak .. ditinju dan ditendang berulang kali. Waktunya untuk melarikan diri. Selamatkan sekarang ... Terima kasih untuk tweets penuh perhatian .. badan dan kepalaku sakit, tapi tak apa-apa... Neil dan Mary Anne juga memar tapi ok juga. Terima kasih.

Tiga: Brian Hartman (ABC) Melarikan diri setelah di pos pemeriksaan dikepung dan mereka mengancam akan memenggal kepala kita. Satu orang bersumpah untuk membunuh kami mengenakan seragam polis.

Empat: Katie Couric (CBS): Di luar lapangan demonstran pro Mubarak menunjukkan sikap sangat bermusuhan ... tidak mengizinkan kami merekam video, melarang memotret. Hal ini cukup menakutkan, tapi kami menjadi sangat berhati-hati. "

Lima: Dan Nolan (Al-Jazeera): Dua kubu berhadapan untuk 15mi nit. Maaf untuk mematikan radio, guys! telah menjadi lebih buruk dalam 24 jam lalu untuk media bahkan lebih lagi untuk Al Jazeera!

Enam: Jonathan Rugman (Independent Television News) kini penjahat menjadi polis rahasia bagi wartawan. keselamatan kami terancam.. satu wartawan dipukul wajahnya, yang lain ditikam kakinya di Kairo pagi ini.. Dalam perjalanan ke rumah sakit sekarang ...

Tujuh: Sandmonkey (blogger Mesir): tolong jangan tanggapi telefon atau BBM saya. Itu bukan dari saya. telefon saya disita oleh penjahat, dan seorang petugas menghina orang-orang yang ada di telefon saya."

Lapan: Anna-Lisa Fuglesang (Al-Jazeera): aku berada di tempat yang orang sebut sebagai zone perang. Banyak wartawan dengan perban di kepala mereka, saya di sisi lain mendapat infeksi mata Isnin kami dapat keluar memfilemkan orang di jalan. Suasana berbalik hari ini, kita tidak dapat tinggalkan hotel kita .. Semua jurnalis (dia menulisnya journos) duduk di lobi hotel telah dipindahkan jauh dari pintu masuk. Batu-batu sedang dilemparkan ke pintu depan hotel.

Sembilan: Christiane Amanpour (ABC): "Mencoba mengambil gambar di jembatan ke kota, mereka mengelilingi kami, mengejar kami ke mobil berteriak bahawa mereka membenci Amerika - menendang pintu & memecah kaca depan ... Pada jam-jam sebelum subuh, ada penembakan ke tunjuk perasaan dan ke dalam kota, di mana perempuan & anak-anak juga ada di sana sepanjang malam. "

Sepuluh: Jon Williams (BBC): ". Situasi keamanan di Kairo memburuk Satu tim BBC ditahan oleh pengawal presiden, yang lain mengasarinya.

Sebelas: Qaris Tajudin (Tempo, Indonesia): akhirnya pemuda sendirian di Tahrir. Setelah Partai Wafd dan Tajammu, kini Al-Ikhwan Al-Muslimun mengatakan akan ikut berdialog dengan pemerintah.

Sekian. (Sumber CNN)

AS tidak boleh ketepikan Ikhwanul Muslimin Mesir

Mesir: Tidak Boleh Ketepikan I/Muslimin -Jon Alterman.


Kaherah (IH) 4 Feb 11: Mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir, 'AS tidak boleh ketepikan Ikhwanul Muslimin hanya kerana mereka sebuah kumpulan Islam'. Begitu, menurut Pengarah Program Asia Barat Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Jon Alterman.

“White House juga ada pandangan bahawa politik Mesir perlu menggambarkan masyarakat Mesir,” kata Alterman lagi. “(Perlu diterima bahawa) tindakan mengutamakan rejim sekular autoritarian tidak akan memenuhi kepentingan AS dalam jangka panjang, dan juga tidak akan memenuhi kepentingan Mesir sendiri,” kata beliau.

Di sebalik kemungkinan Presiden Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat semakin jadi kenyataan, pentadbiran Obama dilaporkan mengadakan pertemuan secara kerap yang mungkin bagi membincangkan keadaan negara Afrika utara itu. Antara lain mengenai bentuk kerajaan baru yang bakal lahir di Mesir.

Salah satu kumpulan yang kemungkinan mengambil bahagian dalam proses politik pada era pasca-Hosni ialah Ikhwanul Muslimin. Bagaimanapun persoalannya ialah sejauh mana pentadbiran Obama akan berurusan dengan kumpulan Islam ini jika ia menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan baru. Di sebalik perkembangan itu, dipetik msnbc, pakar strategi kumpulan Islam ini mahu Hosni dan orang kanannya ditanggungjawabkan atas “perbuatan jenayah” mereka terhadap rakyat Mesir selama ini.

“Hosni macam ‘drakula’,” kata Youssef Nada yang pernah bertindak sebagai ‘menteri luar’ pertubuhan itu dan kekal sebagai penasihat berpengaruh sehingga ke hari ini.

“Dia diktator tanpa belas kasihan dan telah membunuh ramai orang.

“Dia mesti dibicara dan perlu ditanggungjawabkan,” kata beliau lagi.

Ikhwanul Muslimin, barisan pembangkang yang lebih tersusun di Mesir, menjadi sebahagian daripada arus perdana sosial negara itu sejak lewat 1920-an. Tetapi ia diharamkan oleh rejim Hosni. Ia diasaskan oleh Hassan al-Banna pada 1928. Disebabkan pengharaman itu, Amerika Syarikat (AS) hanya mengadakan kontak dalam skala terhad dengan Ikhwanul Muslimin, demikian msnbc, menurut Pengarah Program Asia Barat Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Jon Alterman.

Semalam, Naib Presiden Mesir Omar Suleiman berkata Ikhwanul Muslimin telah dipelawa untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan baru sebahagian daripada dialog kebangsaan dengan semua parti. Alterman adalah antara sekumpulan penganalisis Asia Barat meminta White House awal minggu ini agar membincangkan keadaan di Mesir yang melalui perkembangan pantas sejak 10 hari lalu.

“White House tidak memberi perhatian dalam soal Ikhwanul Muslimin yang kelihatan terbuka dan sebahagian daripada politik Mesir,” kata Alterman. “Tiada kebimbangan bahawa sebarang penyertaan Ikhwanul Muslimin (dalam politik arus perdana) akan mengakhiri kepentingan AS di Mesir,” katanya.

Sebaliknya, ada pandangan yang mengatakan kepentingan AS di Mesir mahukan kumpulan Islam itu memainkan peranan dalam politik yang vibran bersama pihak-pihak lain. Alterman juga berkata, pentadbiran Obama juga faham yang rakyat Mesir turut berpandangan agama harus memainkan peranan dalam kehidupan rakyat sama ada mereka terikat dengan Ikhwanul Muslimin ataupun sebaliknya.

Skala dan kepentingan detik-detik yang mekar di Mesir mengingatkan Revolusi Iran 1979, yang dibawa dalam rejim Islam. Samer Shehata, seorang penolong profesor politik Arab di Universiti Georgetown berkata, banyak pihak membuat rumusan yang selari dengan era itu.

“Terlalu ramai di Kongres, dan sudah tentu juga di kalangan rakyat jelata, apabila mendengar politik Islam atau Ikhwanul Muslimin dan sebagainya, tiada fahaman (yang tepat).

“Mereka dengan cepat menganggap (ia sebagai badan yang ada kaitan) Al-Qaeda atau Hamas, malah Hizbullah. Dari segi fundamental, kumpulan ini jauh berbeza,” kata Samer. Katanya, berbanding Hamas Ikhwanul Muslimin tiada sayap tentera ataupun memiliki senjata dan mengecam keganasan sejak enam dekad lalu.

Bagaimanapun Leslie Gelb, presiden Majlis Hubungan Luar berkata tiada siapa yang boleh memastikan sama ada keadaan itu akan berubah jika pengharaman ke atas Ikhwanul Muslimin ditarik balik. Ikhwanul Muslimin menekankan ia menyokong demokrasi dan kebebasan bersuara, tetapi ia juga anti-Israel dan menentang perjanjian damai Mesir-Israel.

“Kita tahu rekod dasar luar mereka,” kata Gelb kata beliau dipetik media Barat.

Ikhwanul Muslimin pernah memainkan peranan menyokong bekas presiden Anwar Sadat yang ditembak mati ketika perarakan hari kemerdekaan dan beliau digantikan oleh Hosni pada 1981. Dengan berslogankan “Islam Adalah Penyelesaian”, Ikhwanul Muslimin mahu mewujudkan sebuah negara berlandaskan undang-undang Islam.

Sebelum menyokong kepimpinan Anwar, pada 1966 kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin utama Sayyid Qutb yang memberi tenaga baru kepada kumpulan ini dan ketika 1980-an, Ikhwanul Muslimin berusaha untuk menyertai politik arus perdana. Pada pilihan raya 2000, Ikhwanul Muslimin memenangi 17 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat dan lima tahun kemudian menguasai 20 peratus kerusi yang ditandingkan, sekali gus mengejutkan Hosni.

Pada tahun lalu, usaha pemimpin-pemimpin Parti Demokratik Kebangsaan diterajui Hosni memulakan tindakan mengurangkan pengaruh pembangkang dalam pilihan raya Parlimen 2010 termasuklah kumpulan Islam ini. Kesannya dikatakan berkait rapat dengan kebangkitan rakyat yang disaksikan hari ini. Dan, mereka menghitung hari-hari terakhir Hosni dan dunia negara maju termasuk termasuk AS tiada pilihan melainkan untuk berurusan dengan Ikhwanul Muslimin. (IH)

Mari dengar keluhan rakyat kerana harga barang naik, namun pengundi Umno tidak mengeluh

Harga Barang Terus Meningkat, Peniaga, Pengguna Mengeluh


SHAH ALAM 4 Feb. : Harga barang yang melambung berikutan kenaikan harga minyak sejak 1 Februari lalu jelas menunjukkan kerajaan tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Tinjauan Tv Selangor ke Pasar Seksyen 6, Shah Alam mendapati, rata-rata peniaga dan pengguna mengeluh berikutan kenaikan harga barang sehingga menjejaskan perbelanjaan harian.

M Suhaimi seorang peniaga runcit lebih 22 tahun berkata, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana perbelanjaan harian meningkat sekali ganda dari kebiasaan sehingga modal perniagaan mencecah RM4500.00 sehari.

"Perayaan memang kita rasa sangat harga terlalu tinggi. Hari biasa jauh kadar perbelanjaan. Hari ini saya pergi ke Pasar Borong Klang, harga daun bawang, sepanjang 22 tahun saya berniaga di sini, harga bawang menjadi RM25.00 sekilo. Biasanya paling tinggi dalam lingkungan RM10.00. Keadaan ini seolah-olah tiada siapa yang ambil peduli," katanya.

Beliau menambah, memandangkan kenaikan harga minyak menjadi punca peningkatan harga barang, beliau menyarankan kerajaan perlu bertindak dengan menurunkan harga minyak dengan kadar segera.

"Oleh kerana kenaikan minyak menjadi punca semua harga barang naik. Jadi pada saya kalau boleh turunkan semula harga minyak. Malaysia mengeluarkan minyak. Walaupun minyak dunia dikatakan mahal, saya rasa kita jual balik minyak kita dan kita peroleh keuntungan berlipat ganda. Mengapa kita perlu ikut harga dunia? ” katanya.

Bagi peniaga ikan, Isabella berkata, hampir setiap hari menerima rungutan orang ramai lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga barang ditambah dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

"Modal abang tinggi dan pembeli mula merungut. Abang pun tidak boleh buat apa-apa sebab abang beli pun mahal. Dari segi nak dapatkan stok pun pening. Terpaksa berkejar-kejar sehingga pergi ke Sekinchan dan Perak untuk mendapatkan stok ikan," katanya.

Tekanan sudah pastinya dirasakan pengguna berikutan kenaikan harga barang sehingga menjejaskan perbelanjaan bulanan dan mengambil langkah berjimat cermat.

Menurut Asri Osman, beliau terpaksa memperuntukkan hampir RM 800 sebulan untuk perbelanjaan harian berikutan kesan kenaikan harga barang.

"Ternyata memberikan kesan kepada saya dari segi perbelanjaan di pasar raya. Kesan terhadap sumber pendapatan lebih-lebih lagi sebagai pekerja biasa memang terjejas. Biasa sebulan dalam RM500 hingga RM600 untuk perbelanjaan harian. Sejak kenaikan harga barang hampir RM700 hingga RM800 diperuntukan untuk perbelanjaan.

"Agak tertekan sedikit dari segi ekonomi dan terpaksa berjimat cermat dan terpaksa berbelanja lebih sedikit daripada yang biasa," katanya.

Bagi Halim, selain langkah berjimat cermat, beliau merasakan perbandingan harga perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dalam menentukan pembelian.

"Saya terpaksa membuat banyak perbandingan dan memilih serta memerhati sebelum membuat belian. Saya terpaksa pergi ke pelabuhan Klang untuk mencari ikan segar dengan harga yang murah dan terpaksa bersaing dengan yang lain. Kita terpaksa berkorban masa sedikit dan tak ramai orang yang sanggup buat," katanya.

Bagi peniaga bahan mentah, Ibrahim berkata, kenaikan harga barang mentah bukan sahaja berpunca daripada kenaikan harga minyak semata-mata, tetapi berpunca daripada peraih yang meletakkan harga yang tinggi kepada pengusaha.

"Saya terpaksa menaikkan sedikit harga sebab saya tiada pilihan. Walau bagaimanapun saya terpaksa kawal harga namun tetap memberikan kesan kepada peniaga.

"Biasa dulu saya jual ikan kembung dalam harga RM8.00 sekilo, saya terpaksa naikkan sehingga RM9.00. Kadang-kadangbukan saya naikkan harga tetapi peraih. Walaupun nelayan tempatan mendapat subsidi, tetapi harga dikawal oleh peraih," katanya.

Polis halang demo anti Mubarak, adalah Umno akan adakan demo sokong Mubarak ?

7 Ditahan Polis Demo Desak Mubarak Undur, Kenaikan RON97


KUALA LUMPUR 4 Feb. : Dalam perkembangan terkini, tujuh ditahan polis dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, mereka yang ditahan kesemuanya lelaki kerana tidak mahu bersurai dari perhimpunan.

Antara mereka yang ditahan ketika itu berada di dalam bangunan Kompleks Tabung Haji.

Sebelum itu difahamkan, tiga telah ditahan dalam himpunan berkenaan yang bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Hari ini, kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.

Turut serta di barisan hadapan ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Himpunan hari ini selain daripada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, ia disertai kira-kira 50 NGO di negara ini.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, mereka kemudiannya mengambil keputusan berundur.

Sebelum itu, kira-kira 30 anggota polis simpanan Persekutuan (FRU) berbaris di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.

FRU yang lengkap dengan meriam kemudiannya mengepong ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun untuk memperjuangkan hak rakyat Mesir dan Malaysia.

Difahamkan empat orang ditahan dalam himpunan tersebut.

Tiga desakan yang dibuat ialah menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Himpunan besar-besaran ini pada masa sama juga mengutuk kerajaan Malaysia yang menaikkan harga petrol RON97 tanpa memikirkan keadaan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Isu Robengah: Mengapa Amizuddin bukan Ahirudin?

Sebenarnya, jika kita membaca apa yang telah disiarkan oleh Amizuddin Ahmat didalam blognya iaitu sharpshooterblogger.blogspot.com di bawah tajuk “Hei Pak Menteri.. mana mau lari” kita akan dapati artikel tersebut bukanlah dari tulisan beliau, ianya adalah artikel yang telah disiarkan oleh Harakahdaily sepertimana yang tertera di akhir artikel jadi mengapa Amizuddin yang dikenakan perintah mahkamah itu?

Pada 2 Februari yang lalu Mahkamah Tinggi telah membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.
Permohonan ex-parte bagi menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. telah dibenarkan oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof.

Itu laporan dari The Malaysian Insider, manakala mStar Online pula telah melaporkan


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan seorang penulis membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya,
sharpshooterblogger.blogspot.com.
Timbul persoalan disini, mengapa Azimuddin bukannya Ahirudin?

Nasihat dari siapa yang telah diterima oleh Rais Yatim ini untuk menyemarakkan kembali isu ‘Menteri Rogol Amah’ di arena blog, Nampak sedikit kurang cerdik kerana isu ini telah semakin padam tetapi ianya ditimbulkan semula.


Biarpun ada beberapa individu yang mengatakan isu perintah mahkamah yang dikenakan terhadap Amizuddin ini mungkin kerana isu peribadi antara beliau dan Rais Yatim sendiri.


Sebenarnya, jika kita membaca apa yang telah disiarkan oleh Amizuddin Ahmat didalam blognya iaitu sharpshooterblogger.blogspot.com dibawah tajuk “ Hei Pak Menteri.. mana mau lari” kita akan dapati artikel tersebut bukanlah dari tulisan beliau, ianya adalah artikel yang telah disiarkan oleh Harakahdaily sepertimana yang tertera diakhir artikel. Tajuknya ‘Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan’ baca artikel asal di (
SINI)

Berpandukan sumber didalam artikel tersebut Harakahdaily lah yang sepatutnya menerima perintah mahkamah itu, kerana artikel itu asalnya dari Harakahdaily.


Isu Menteri Rogol Amah ini telah dimulakan oleh blogger Pro-UMNO yang juga pengarang kepada Malay Mail iaitu Datuk Ahirudin Atan menerusi blog miliknya iaitu Rocky Bru.


Tulisnya dalam blog ‘Rocky’s Bru’ itu (sila baca di
SINI) kononnya WikiLeaks telah mendedahkan bahawa pada sekitar tahun 2007 bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menerima laporan bahawa seorang Menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila rombakan kabinet dibuat.


Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol yang berlaku pada tahun 2007 oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.


Biarpun sebenarnya tiada pendedahan oleh WikiLeaks mengenai kejadian itu, beberapa hari kemudiannya sebuah lagi Blog Pro-UMNO iaitu BigDogDotCom telah menyokong dakwaan Rocky’ Bru dengan menyiarkan pula salinan laporan tentang kejadian menteri rogol amah itu.


BigDogDotCom telah meminta pihak polis menyiasat dokumen yang didedahkannya itu (lihat di
SINI)

Manakala sebuah lagi blog Pro-UMNO pula iaitu The Unspinners pula telah mendesak Menteri berkaitan meletak jawatan.


Nama menteri yang didakwa telah merogol amah dalam laporan oleh Migrant Care yang beribu pejabat di Indonesia itu telah dihitamkan atas alasan yang tidak dinyatakan.


Namun begitu nama menteri itu mula tersebar setelah sebuah lagi blog yang menyokong Pakatan Rakyat pula menyiarkan sebuah artikel yang berjudul 'Nah!!... Nama Menteri itu terpapar dalam laporan ini' yang mengandungi keratan dari dokumen asal yang telah dibesarkan, nama menteri yang didakwa merogol amah itu jelas kelihatan bayangnya dalam dokumen yang telah dibesarkan itu.


Dan ianya telah disemarakkan lagi apabila Malaysia Today pula turut menyiarkan artikel dari blog Pro-Pakatan Rakyat itu.


Jika jejaki punca atau pendedahan awal isu ini ianya telah dimulakan oleh blog Pro-UMNO sendiri iaitu ‘Rocky’s Bru’ dan bukannya blog Pro-Pakatan Rakyat sharpshooterblogger.blogspot.com.


Agak menghairankan disini kenapa Amizuddin Ahmat (sharpshooterblogger) yang dikenakan perintah mahkamah bukannya Datuk Ahirudin Atan (Rocky’s Bru)?


Tindakan yang diambil oleh Rais Yatim disini jauh berbeza dengan apa yang telah dilakukannya apabila anaknya dikatakan difitnah telah mendapat tender yang melibatkan projek komunikasi berharga kira-kira RM1Billion.


Rais Yatim telah bertindak memfailkan saman terhadap Datuk Ahirudin Atan (Rocky’s Bru) kerana telah menyiarkan artikel yang dikatakan fitnah itu..


Dalam isu Menteri Rogol Amah ini pula, Rais Yatim tidak bertindak memfailkan saman terhadap Datuk Ahirudin Atan yang telah memulakan apa yang dikatakan fitnah terhadapnya itu malangnya Amizuddin Ahmat pula yang mendapat perintah mahkamah yang menghalang beliau dari mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.


Agak menghairankan bukan??


Adakah tindakan Rais Yatim itu bertujuan hanya untuk menakut-nakutkan blogger-blogger Pro-Pakatan Rakyat yang lantas menghalang mereka dari menyiarkan sebarang pendedahan salah laku pemimpim-pemimpin UMNO?


Atau tindakan Rais itu adalah untuk memberikan tekanan terhadap Amizuddin Ahmat (Sharpshooter) agar keluar dari PKR dan mempengaruhi Chegu Bard untuk keluar dari PKR juga?


Ini kerana ramai yang tahu bahawa Amizuddin Ahmat itu merupakan penyokong kuat kepada Chegu Bard..


Dengan keluarnya Chegu Bard dari PKR, implikasi terhadap PKR khasnya Angkatan Muda Keadilan bukanlah kecil.. dan sedikit sebanyak ianya akan mencalarkan lagi imej PKR..


Jadi.. fikirkan.. mengapa Amizuddin bukannya Ahirudin?


Buat Sharpshooter anggaplah ini sebagai badai yang memukul rumah ditepi pantai..

Pelan Amerika turunkan Mubarak kekalkan kuasa regim

Amerika, Mesir Bincang Pelan 'Paksa' Mubarak Undur Segera


WASHINGTON 4 Feb. : Pentadbiran Obama telah memulakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Mesir berhubung satu pelan membolehkan Presiden Hosni Mubarak berundur segera — bukannya pada September ini — dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada kerajaan peralihan diketuai naib presiden Omar Suleiman dengan sokongan pihak tentera.

Laporan The New York Times hari ini memetik pegawai-pegawai pentadbiran Mesir dan diplomat Arab berkata, meskipun Mubarak masih menunjukkan keberatan untuk berundur sekarang, pegawai-pegawai kerajaan sudah pun meneruskan perbincangan mengenai peralihan kuasa.

Ia disertai oleh Suleiman dengan disokong Ketua Angkatan Tentera Mesir Lt-Jen Sami Enan dan Fil Marsyal Mohamed Tantawi dan menteri pertahanan — memulakan langkah segera untuk mengadakan reformasi perlembagaan.

Pelan cadangan itu, termasuk perbincangan mengenai memperbaiki sistem pilihan raya bagi mengadakan pilihan raya bebas dan adil September ini, mahukan penyertaan pelbagai kumpulan politik termasuk Ikhwanul Muslimin.

Semalam, Suleiman telah mempelawa kumpulan Islam berusia lapan dekad itu supaya mengadakan perbincangan dengan kerajaan.

Pegawai-pegawai kanan pentadbiran berkata, cadangan itu antara beberapa opsyen yang dibincangkan dengan pegawai-pegawai kanan Mubarak dalam usaha memujuk beliau berundur segera.

Hasil perbincangan itu bergantung pada beberapa faktor, antaranya protokol perlembagaan Mesir sendiri dan juga perasaan penunjuk perasaan yang terlibat dalam kebangkitan buat hari ke-11 hari ini di Kaherah dan beberapa bandar lain negara itu.

Beberapa pegawai pula mengakui tiada sebarang petunjuk sama ada Suleiman ataupun pihak tentera Mesir sudah bersedia untuk mengetepikan Mubarak, yang berkuasa sejak 1981, sama sekali dalam usaha mereka itu.

Malah pentadbiran Obama juga menghantar mesej tegas dalam siri perbincangan sulit dengan pegawai-pegawai Mesir bahawa Mubarak mesti berundur sekarang, demikian menurut pegawai-pegawai Mesir dan Amerika Syarikat.

Mubarak masih bertegas mahu kekal sebagai presiden sehingga September ini dan tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam.

Penyokong-penyokong Mubarak menolak pendirian Amerika Syarikat itu atas alasan White House mencampuri urusan Mesir.

“Apa yang mereka minta tidak boleh dilakukan,” kata seorang pegawai kanan Mesir dengan merujuk kepada perlembagaan Mesir yang tidak membolekan naib presiden memangku jawatan presiden.

Mubarak melantik naib presiden baru itu awal minggu ini di tengah kebangkitan rakyat mahukan perubahan dalam kerajaan.

Di bawah perlembagaan negara itu, speaker Parlimen sahaja boleh mengisi kekosongan yang wujud buat sementara waktu.

“Ini jawapan teknikal saya,” kata pegawai itu.

“Jawapan politik saya ialah mereka harus menjaga urusan mereka sendiri,” katanya lagi.

Tindakan Mubarak kekal dalam kuasa akan diuji lagi hari ini di mana penunjuk perasaan menyifatkannya sebagai “hari berangkat keluar” bagi presiden itu.

Mereka bercadang untuk berarak ke istana presiden hari ini.-The Malaysian Insider

Mahathir diguna untuk pertahan kuasa Umno

Guna Mahathir Untuk Perdaya Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1PkxqtfeTXnmxcekKfJqcY8qLozXZhU-p9OXOUwGU9UtpvLOGTQi102kAnLzU73TMMTd_osyqqhSYTlXPtgPBJJZHgdBvYzjYOVbZKG99WkK8UnmGD0np1FCg84mRbMeRmrYN3bmERzQ/s400/tun+dr+mahathir.jpgSHAH ALAM 4 Feb. :Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah termakan mainan politik Umno-Barisan Nasional(BN) dalam usaha meneruskan cengkaman kuasanya di negara ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, modus operandi yang digunakan kerajaan Umno-BN masih sama walaupun pucuk pimpinannya bertukar tangan.

Watak yang dimainkan masih sama sehinggakan tidak sukar untuk membaca sandiwara yang ditonjolkan, kata Nik Nazmi, mengulas komentar sinis yang dilemparkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Beliau berkata demikian dalam majlis wacana anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Selasa lalu.

Menurut Nik Nazmi, tindakan Tun Dr Mahathir yang secara terus-terusan membakar sentimen Melayu walaupun di akhir karier politiknya, membawa petanda jelas, ada agenda yang dibawakan oleh pemimpin veteran itu.

Tun Dr Mahathir secara konsisten lewat kebelakangan ini mempertikai dan menuduh pihak-pihak tertentu cuba memecah-belahkan Melayu.

"Saya rasa dari awal lagi apabila Tun Mahathir bersama Perkasa dan memberikan komen-komen (yang) selama ini pun jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri lebih menumpukan untuk memainkan sentimen Melayu. Jadi ini memang sebahagian daripada taktik biasa Barisan Nasional," tambah Nik Nazmi.

"Tun Mahathir rekodnya jelas. Ada sumbangan dia tetapi banyak juga yang dilakukan kepada masyarakat, jurang antara Melayu miskin dan kaya, skandal-skandal yang berlaku pada zamannya, semua perkara itu boleh kita imbas semula tetapi yang pentingnya rakyat Malaysia perlu bergerak ke depan. Kita jangan terperangkap dengan mainan mereka," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perbezaan pendapat dan haluan yang ditampilkan dalam Umno-BN adalah untuk memastikan setiap watak berjaya mengumpulkan penyokongnya yang tersendiri namun akhirnya disatukan di bawah gagasan yang sama.

"Ada seorang yang akan membawa penderian sebegini dan akan mendapat sokongan daripada kumpulan sebegini, ada yang akan membawa pendirian begitu dan akan mendapat sokongan daripada kumpulan yang sebegitu. Dengan cara begitu, kumpulan yang kononnya moderat dan yang ektrem Melayu seperti Perkasa dapat bersatu," kata Khalid.

Namun ujarnya, taktik lama itu yang turut dimainkan oleh Tun Dr Mahathir, tidak lagi berbekas di hati rakyat yang sudah lama dahagakan perubahan.

" Mereka sedang memainkan peranan yang telah dipersetujui antara mereka dan perkara pokok yang ingin saya sebutkan ialah, perkara yang mereka cakapkan tidak boleh dipakai. Yang mana yang ekstrem Melayu pun satu lakonan, yang moderat hendakkan 1Malaysia juga satu lakonan. Dua-dua berlakon untuk kekalkan kuasa," jelas Khalid samad lagi.