Saturday, February 5, 2011

Ikhwan sedia berunding

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/mdbadie.jpgIkhwanul Muslimin menyatakan kesediaan untuk menyertai perundingan dengan kerajaan dalam usaha menamatkan pergolakan politik negara itu yang berlarutan hampir dua minggu.

Pertubuhan itu melahirkan pendirian itu ketika kepimpinan negara itu, diketuai Naib Presidennya Omar Suleiman, memulakan siri perundingan dengan pelbagai pihak sejak dua hari lalu.

Kumpulan Islam itu memberitahu Reuters, perundingan akan bermula hari ini dan mereka akan menilai sejauh mana kerajaan bersedia untuk “menerima tuntutan rakyat” — yang mahukan perubahan kepimpinan dengan Presiden Hosni Mubarak berundur.

Ikhwanul Muslimin, yang ditubuhkan pada 1928 dan pernah diharamkan oleh kerajaan tetapi memperluaskan pengaruhnya dalam pilihan raya negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan rejim Hosni.

Tahun lalu Ikhwan berpendirian, tidak akan menyertai sebarang perundingan dengan rejim, telah mengubah pendiriannya ketika menghadapi krisis kini.

Manakala Hosni Mubarak masih menolak desakan penunjuk perasaan agar beliau berundur sekarang.

Kata Hosni, beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya buat penggal keenam pada pemilihan presiden September ini tetapi penunjuk perasaan mahukan pendirian sebaliknya dengan meninggalkan jawatan itu segera.

“Kami sudah memutuskan untuk menyertai satu pusingan dialog untuk menilai keseriusan pegawai kerajaan ke arah memenuhi permintaan rakyat dan kesediaan mereka memberikan respons kepada tuntutan itu,” kata seorang jurucakap Ikhwanul Muslimin kepada agensi berita Reuters.

Ikhwanul Muslimin yang dilihat paling berpengaruh dan mempunyai struktur lebih tersusun sebagai barisan pembangkang, tetap kekal sebagai pertubuhan yang dilarang secara rasmi dalam arus perdana politik negara itu.

Ia berhadapan dengan tekanan kerajaan pada 1980-an dan terus berusaha untuk menyertai politik arus perdana.

Pada 1984, ia membentuk pakatan dengan parti Wafd dan kemudian berganding dengan parti Buruh dan Liberal tiga tahun kemudian untuk menjadi pembangkang utama.

Pada 2000 Ikhwanul memenangi 17 kerusi Parlimen dan lima tahun kemudian 20 peratus kerusi yang ditawarkan.

Hosni, yang memegang jawatan presiden sejak 1981, mempersalahkan Ikhwanul Muslimin berhubung kebangkitan rakyat yang disaksikan sekarang di mana tunjuk perasaan masuk hari yang ke-13.

Ikhwanul Muslimin pula menafikan dakwaan bahawa ia mahu mewujudkan negara Islam di Mesir.

Pengerusi Ikhwanul Muslimin Dr Mohamed Badie (gambar) telah menyatakan protes yang bermula pada 25 Januari telah menanamkan rasa kebanggaan yang luar biasa di kalangan rakyat Mesir.

Katanya, dunia menjadi saksi bangkitnya orang Mesir menyuarakan rasa mereka tanpa rasa takut menentang kezaliman rejim diktator selama 30 tahun.

Beliau melalui laman ikhwanweb menyambut dan menyokong dialog yang konstruktif bersama seluruh pembangkang Mesir.

Dengan menghormati semua mazhab, menuntut kesamarataan bahawa kepada semua pihak, ikhwan akan menghormati tanpa syarat tuntutan mereka mestilah dipenuhi.

Beliau menyatakan, sejak penubuhannya, Ikhwan telah bekerja untuk mencapai reformasi menyeluruh di semua bidang pembangunan politik, ekonomi dan sosial dan berusaha untuk mengembalikan kedaulatan rakyat dan hak-hak melalui strategi damai.

Oleh kerana itu, Ikhwan menyambut dialog terbuka dengan syarat bahawa itu adalah benar-benar demi kepentingan terbaik negara dan sesuai dengan kehendak massa.

Difahamkan Barat khususnya Amerika Syarikat juga sudah mula menunjukkan kesediaan menerima Ikhwanul Muslimin dalam arus perdana politik Mesir.

Perkembangan terkini pelajar Malaysia di Mesir

Pelajar Malaysia : Berkawal 24 Jam Elak Asrama Diceroboh


SEPANG 6 Feb. : Berkawal selama 24 jam secara bergilir dengan dibantu jiran berbangsa Arab telah dapat menyelamatkan pelajar Malaysia daripada kejadian menceroboh yang dilakukan oleh rakyat Mesir berikutan keadaan kucar-kacir di negara berkenaan.

Pelajar tahun lima jurusan perubatan Universiti Zargazig, Aizuddin Hidrus,23, dari Kota Kinabalu, Sabah menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang lima tahun berada di Mesir.

Katanya mereka perlu berkawal dengan senjata seperti parang dan kayu sejakhari kedua kejadian rusuhan itu berikutan di kawasan asrama mereka iaitu Rumah Sabah, terdapat 10 orang penduduk yang cuba melakukan rompakan.

"Ini kerana keadaan yang berbahaya berikutan terdapat penduduk yangmengambil peluang untuk melakukan rompakan, maka kami perlu bersedia bersama senjata seperti parang," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Aizuddin, pemimpin pelajar bagi kumpulan pertama pelajar Sabah seramai 49 orang, termasuk tiga dari Sarawak, merupakan kumpulan yang ditanggung kerajaan negeri Sabah untuk dibawa pulang berikutan krisis di Mesir.

Mereka tiba pada 8.40 pagi tadi dengan pesawat Qatar Airways dan transit di KLIA sebelum berlepas pulang ke Kota Kinabalu, secara berperingkat dengan penerbangan pertama pada 12 tengahari ini.


SHAH ALAM 6 Feb. : Meskipun kini ramai pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berkampung di Pusat Transit Madinatul Hujaj, namun masih ada sebilangan yang berada di bumi bergolak tersebut.Operasi memindahkan mereka untuk ditempatkan di pusat transit Madinatul Hujaj di Jeddah dijangka berakhir hari ini.

Menurut pegawai operasi bilik gerakan Pertubuhan Sukarela Briged Amal Selangor Ustaz Mohd Firdaus Misnan, kumpulan pertama penerbangan dari Jeddah, Arab Saudi telahpun sampai di KLIA tengah hari tadi, termasuk pelajar dari Selangor.

"Alhamdulillah tadi dah selamat sampai penerbangan Malaysia Airlines daripada kerajaan,kemudian ada tiga keluarga dari Selangor, dan Alhamdulillah kita dah jumpa ketiga-tiga keluarga tersebut termasuk seorang yang retak kakinya" jelas Mohd Firdaus.

Beliau juga memaklumkan, penerbangan seterusnya dari Jeddah dijangka berlepas pada esok (Isnin) hari.

"Perkembangan seterusnya, kita diberitahu oleh pihak Jeddah, penerbangan kecemasan dari Jeddah yang akan datang ini pada esok hari " ujarnya lagi.

Namun setakat ini, jumlah bilangan pelajar yang belum dikeluarkan dari Mesir belum dapat dipastikan.

" Bilangannya kita tak dapat pastikan, tetapi ahli biasa semuanya dah bertolak ke Jeddah, Cuma tinggal lagi ahli jawatankuasa bertindak. Yang itu dikhabarkan akan
bertolak ke Jeddah hari ini. Bila masanya tak dapat dipastikan lagi." Jelasnya mengakhiri perbualan.

Sementara itu seramai 4,733 rakyat serta penuntutMalaysia telah berjaya dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir yang sedangbergolak ke Jeddah menerusi Ops Piramid.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun memberitahu Bernama, setakat pukul 10 pagi tadi, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat C-130 berjaya memindahkan 1,808 orang,tiga pesawat MAS (1,791) dan dua pesawat Air Asia (1,134).

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.


Lompat parti buktikan kebenaran Pajudin tidak cukup wibawa

Anwar : Bantahan 18 Cabang, Mungkin Punca Pajuddin Keluar Parti


KUCHING 6 Feb. : Tindakan Ketua Perhubungan Negeri PKR Sabah, Pajuddin Nordin melepaskan jawatan yang baru disandangnya tidak sampai sebulan, mungkin kerana rasa tertampar dengan bantahan 18 daripada 25 ketua cabang yang mahu Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menimbang semula keputusan yang dibuat bulan lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun peringkat pusat telah mencadangkan Pajuddin untuk mengetuai parti itu di Sabah, namun suara 18 cabang pihak yang tidak bersetuju harus diambil kira.

Namun belum pun sempat mengadakan perbincangan bersama Pajuddin, beliau yang mungkin rasa terpukul dengan bantahan dalaman terhadapnya, bertindak mengumumkan keluar parti.

" Kita hargai khidmat Pajuddin walapun beliau bukan ketua cabang tetapi kita fikir dia mungkin boleh membantu tetapi mungkin dia anggap ini satu tamparan kepada dia, jadi sebelum Azizah sampai pagi tadi, dia lompat dulu lah. Tapi i'm not giving excuses, it's not something we welcome but the fact must be clear," kata Anwar di sini hari ini.

Pajuddin semalam difahamkan telah mengemukakan surat perletakan jawatannya melalui faks, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dan e-mel ke pejabat PKR pusat.

Perlantikan Pajuddin sebagai ketua PKR Sabah tidak mendapat restu daripada cabang-cabang di Sabah kerana beranggapan beliau tidak berkelayakan untuk memegang jawatan terbabit.

Lantaran itu 18 ketua mengemukakan cadangan supaya jawatan itu disandang sementara oleh Presiden PKR, Datuk Seri Azizah Ismail.

" Kehadiran Azizah di Sabah untuk menemui semua pimpinan cabang di Sabah kerana Presiden telah mencadangkan Pajuddin sebagai ketua di Sabah bulan lalu tetapi apabila cadangan itu dikemukakan, 3/4 daripada cabang membantah. Mereka merayu kepada Presiden untuk menimbang semula kerana bagi mereka Pajudin itu tidak cukup wibawa," katanya.

Sebelum ini perlantikan Pajuddin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Januari lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu. Pajuddin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.

Siap sedia hadapi pilihanraya Sarawak

Anwar : Rapatkan Saf, Perkukuh Perjuangan




KUCHING 6 Feb. : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh pimpinan parti di negeri ini supaya merapatkan saf perjuangan dan bekerja kuat untuk menghadapi pilihanraya negeri yang bakal diadakan.

Menurut beliau, sebelum membicarakan kerusi mana yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat, adalah lebih mustahak, semua pihak dalam parti bekerja dengan lebih tekun untuk memastikan program dan perancangan Pakatan Rakyat disampaikan secara meluas.

" Kita bergerak dengan keyakinan bahawa rakyat akan membuat pilihan yang baik. Beberapa pemilihan kerusi, berapa yang kita boleh menang, itu kita kena kerja dulu.
" Usaha kita adalah untuk bekerja sekuat mungkin, membuktikan bahawa kita ada program yang lebih baik, sebab itu kita kemukakan Buku Jingga," ujar Anwar pada sidang media yang diadakan di Hotel Grand Continental, di sini, hari ini .

Anwar dalam program jelajah dan Sambutan Tahun Baru Cina di negeri ini bermula semalam, turut bermesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, yang antara lain membincangkan berhubung pilihanraya negeri yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Tambah Anwar, apa yang perlu dilakukan pada masa ini ialah memperkasakan jentera parti, menyebar luas dasar yang dibawa, sementara selebihnya, terpulang kepada rakyat.

Namun katanya, beliau berkeyakinan, rakyat Sarawak yang sudah muak dengan politik Barisan Nasional akan membuat pilihan bijak seraya mengenepikan pimpinan rakus yang menzalimi rakyat sejak sekian lama.

" Bagi saya, melihat kepada suasana politik ekonomi di Sarawak, tidak ada pilihan. 50 tahun Barisan Nasional, begitu keadaannya, malap,lembab, suara keangkuhan, media dikuasai oleh mereka, tanah dirampas, tidak ada jalan keluar.

" Apa (berlaku pada) orang Iban, Ulu, Bidayuh, Melayu, Melanau dan Cina yang miskin di bandar ini? Mereka ini kelas apa? Kelas dua. Adakah 1 Malaysia itu untuk kelas atas? Mereka tidak ada pilihan," tambah Anwar lagi.

Seruan anak muda Palestin melalui facebook semakin kuat mendesak Abbas berundur

http://photos.upi.com/topics-Mahmoud-Abbas/4952a14c4a584c33f26ef72a1af2fdb0/Mahmoud-Abbas_1.jpg

RAMALLAH : Revulusi Mesir yang sedang terjadi dan sebelumnya di Tunisia mendorong ribuan pemuda Palestin melayari facebook berkempen menuntut pengunduran Presiden Abbas di Tepi Barat.

Dalam salah satu kampenya bertema “Revolusi Palestin Untuk Turunkan Abbas” yang mula diterbitkan pertama kali pada 31/1/2011, sebelumnya bertemakan, “Penjelaan Pertama tentang gerakan rakyat untuk perubahan”.

Dalam jaringan ini, sejumlah facebooker menuntut Abbas bersama pegawainya segera turun dari jabatanya dan menyingkirkan mereka dari politik Palestin serta tidak bergantung pada pihak luar.

“Hari ini kami keluar untuk pertama kalinya, melalui jaringan sosial ini menyeru perubahan damai di Palestin sebagai respon terhadap keinginan jutaan rakyat Palestin untuk membentuk para pemimpin Palestin yang mempunyai sikap nasionalisme dan berdiri di atas kepentingan rakyatnya serta mendahulukan kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi maupun kelompoknya”, ungkap salah satu seruan dalam facebook tersebut.

Namun mereka menegaskan, tidak boleh menggunakan cara-cara kekerasan di lapangan. Pada masa yang sama kami menyeru Abbas untuk tidak menganggap enteng tuntutan rakyat.

Selain itu, dalam kampennya mereka menyeru untuk menggugurkan Abbas dan kroninya di Ramallah.

Mereka mengecam kerja sama keamanan bersama Israel dan konspirasi terhadap penentangan, disamping menjual tanah Palestin serta lari dari prinsif Palestin. (asy)

Tetap berhimpun sokong ADUN Sri Muda

PR tidak berganjak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAf0VYHPjVvKWvG-jPyVvOaxf_kLK57J1jGSZvtBV4go9uFiGJo1cIKUboP72p2FIbAO4dffny1aRK4RuqJEadDxpKn4hyphenhyphenY94Yjx_KX2EoLgYw-Z4rILXcRunNn1w1mHm5S7EqbAt8mYm2/s187/Jun+10+-+Khairul.jpgSHAH ALAM, 6 Feb.: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) tetap berhimpun di depan Mahkamah Sesyen, di sini, Isnin ini, bagi menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, pihaknya tetap akan berkumpul walaupun polis telah melarang untuk berbuat demikian.

“Mahkamah merupakan tempat awam, sesiapa sahaja berhak untuk berkumpul di situ.

“Kami tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kekecohan dan tindakan kami bukannya untuk melanggar undang-undang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah meminta semua pihak supaya menghormati undang-undang dengan tidak menyertai perhimpunan haram tersebut.

“Saya memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan dan terbabit dalam perhimpunan haram di depan mahkamah.

“Pihak kami akan bertindak tegas dan tidak teragak-agak untuk bertindak jika berlaku sebarang kekecohan,” katanya.

Khamis lalu, Shuhaimi ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan dalam blognya yang dikatakan menghina dan menghasut orang ramai supaya menentang institusi raja.

Shuhaimi akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini mengikut Seksyen 4 (1) (c) akta tersebut.

Sokong kerajaan Selangor bantu ADUN Sri Muda

Pendirian Selangor bantu ADUN Sri Muda wajar

http://1.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TG438uQCQNI/AAAAAAAABJU/MwG_8sWsWnc/s1600/Iskandar+Puasa+2010.jpgSHAH ALAM, 6 Feb.: Tindakan Kerajaan Negeri membiayai kos perundangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dipersetujui pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan Kerajaan Negeri itu wajar kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai ADUN.

“Provokasi daripada pihak pembangkang (Barisan Nasional) menjadikan isu ini (pembiayaan kos perundangan Shuhaimi) salah di mata masyarakat.

:“Pembangkang mempertikaikan tindakan kami semacam wujud satu ‘double standard’ antara tindakan kami dan pembangkang,” katanya yang juga ADUN Cempaka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, keadilan dan kebenaran harus diutamakan dalam kes tersebut.

“Isu seumpama ini, tidak seharusnya dipolitikkan sehingga sanggup mengubah fakta demi memenuhi tuntutan peribadi pihak yang terlibat.

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi kerana tahu beliau di pihak yang benar.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalah tafsirkan maksud sebenar beliau, menjadikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shuhami seakan menghina sultan.

“Bukan niatnya untuk mengeluarkan kenyataan tersebut," katanya.SH

Umno minat warna merah DAP pula

Fuhh..Inilah Gelombang "Hampehh" Yang Di Takuti Pembangkang..??


Kalau dulu di Trengganu Umno gunakan Gelombang Biru yang haru biru,kini Kelantan pulak dengan Gelombang Merahyang beserta dengan nafsu serakah mereka untuk menawan kembali Kelantan.

Hanya dengan melihat kemenangan penuh rasuah dan tipu muslihat serta ugutan di dua DUN iaitu Manik Urai dan Galas telah menjadikan puak Umno perasan bahawa itu adalah suara sebenar rakyat Kelantan untuk kembali menyokong BN dalam PRU-13 ini.

Lu orang kena ingat bagaimana DUN Ijok yang pembangkang kalah dalam PRK tetapi disapu kembali pada PRU-12 hinggakan Umno terlopong dan ternganga.

Rakyat sudah cerdik dan pandai,bukan macam penyokong Umno yang selayaknya di gelar "Pencacai" yang memikirkan perut dan bawah perut saja untuk hidup.PRK adalah masa di mana rakyat akan mendapat segala kemudahan dan bantuan yang selama ini diperlukan oleh mereka tetapi tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno dan BN.

Jadi..PRK inilah masanya untuk mereka memberikan undi "Sementara" bagi menyedapkan hati para pimpinan Umno yang terGILAkan kuasa sementelah menunggu PRU-13 di mana para pengundi akan kembali kepada pembangkang lalu "Menunjukkan Jalan Keluar" bagi Umno/BN semula,terutamanya di PERAK.

Kalau semua dah ada Gelombang sendiri,bagaimana pulak dengan Perak..Wa rasa MB Zambry akan melancarkan gelombang yang akan menggelapkan masa depan Umno/Bn di Perak iaitu "Gelombang Hitam" yang memang sinonim dengan MB Haram ini.

PR akan gempur Sarawak habis-habisan

Anak Muda Sarawak Siap Sedia Gempur Pastikan Kemenangan PR


PETRAJAYA 6 Feb. : Anak muda Sarawak bersiap sedia untuk menggempur pada pilihan raya negeri itu dan memastikan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibolosi ADUN-ADUN pembangkang, jika pun tidak berjaya untuk merampas secara keseluruhannya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, pembangkang akan menjadi mata dan telinga rakyat untuk semak dan imbang apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional Sarawak, agar harta rakyat tidak akan dirompak lagi.

" Tuan-tuan dan puan-puan kena sedar bahawa parti Keadilan Rakyat akan memastikan Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai calon-calon kita dari pembangkang untuk memastikan segala polisi yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional Sarawak dibantah dan disanggah di kala ia menzalimi rakyat," katanya kepada kira-kira 1,000 hadirin di Taman Sukma,malam tadi.

Malah katanya, Pakatan Rakyat akan memastikan BN bertemu buku dan ruas apabila gagasan itu dalam permuafakatannya bakal menurunkan calon yang berkaliber sama ada dari PAS, PKR, DAP mahupun Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang telah bergabung di bawah Pakatan Rakyat.

" Kali ini kita akan gempur habis-habisan dengan Barisan Nasional di mana kita (Pakatan Rakyat) telah sepakat, kalau Taib Mahmud bubar DUN, kita akan lawan satu lawan satu dengan Barisan Nasional," tambahnya lagi.

Sebagai barisan pelapis masa akan datang, Nazib memberikan jaminan rakyat Sarawak bakal menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

" Kita hendak pastikan segala perkara yang melibatkan pembohongan di Dewan Undangan Negeri sampai ke pengetahuan rakyat dari atas hingga ke bawah, kita hendak pastikan pemimpin-pemimpin kita adalah pemimpin yang bersih. Kita hendak pastikan keadaan di Sarawak tidak diselubungi rasuah, salah guna kuasa, kecurian dan rompakan harta rakyat Sarawak," tambahnya lagi.

Ujar beliau, era penjajahan Taib Mahmud sudah tamat. Statistik hampir 70 peratus rakyat di kawasan pedalaman negeri itu yang tidak menikmati bekalan air dan elektrik akan berubah di bawah Pakatan Rakyat.

Tiada lagi ceritera tentang rundingan terus tender-tender besar sehingga mengakibatkan wang rakyat sebanyak RM70 juta lesap entah ke mana seperti yang berlalu sewaktu pembinaan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Maka dengan itu katanya, beliau menyeru seluruh rakyat Sarawak, segera melakukan perubahan pada pilihan raya negeri itu yang akan diadakan tidak lama lagi.

Implikasi serantau Revolusi Mesir



Artikel : Pemimpin Perancis, Napolean Bonaparte pernah berkata, "Mesir ialah negara paling penting di dunia," menjelaskan kepentingan negara Arab itu kepada kuasa-kuasa dunia semasa era empayar satu masa dulu.

Apapun yang mendasari pandangan Bonaparte itu, kepentingan Mesir di dunia dapat diperhatikan dan dirasakan pada masa ini, ketika negara itu sedang dalam proses melalui satu perubahan besar.

Kuasa-kuasa Israel, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Eropah, Turki dan Iran semuanya bakal terkesan sekiranya dan apabilaperubahan yang benar-benar mengubah dasar negara Mesir berlaku.

Israel jelas sekali merupakan kuasa yang akan paling terkesan, disebabkan sempadan dan sejarah yang mengikat kedua-dua pemain penting Asia Barat itu.

Mesir kekal sebagai satu-satunya negara yang mampu berperang secara terus dengan Israel, seperti yang telah ditunjukkan oleh sejarah.

Apapun keputusan peperangan masa silam, faktor ini tetap dipandang berat oleh rejim Zionis itu.

Pada masa ini, Mesir yang masih di bawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak yang semakin terhakis keabsahannya, ialah faktor paling penting yang menjayakan kepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin.

Sempadan kecil Gaza dengan Mesir yang menjadi talian hayat rakyat Gaza dikawal oleh pihak berkuasa Mesir, menjadikan Kaherah sebagai satu kuasa yang berperanan besar dalam memberi kesan kepada situasi dan kondisi diGaza.

Kaherah juga pada masa kini berada di pihak Barat melibatkan rundingan diwakili Fatah dengan Israel, satu peranan yang menjadi faktor penting sokongan AS.

Sejak sekurang-kurangnya 2009, dalam tempoh menuju pilihan raya parlimen dan pilihan raya presiden yang dinantikan di Mesir, pemerintahan Hosni menunjukkan tindakan-tindakan yang keras terhadap Gaza dan pembangkang terutama gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin.

Tindakan-tindakan pemerintah Mesir itu dibaca penentangnya sebagai usaha meminta sokonga daripada kuasa Barat, dengan menunjukkan kepentingannya memerangi gerakan Islam yang didakwa militan dan teroris, satu lagi kepentingan yang menjadi sebab penting dukungan kuasa-kuasa Barat selama ini.

Seperti rejim-rejim Arab lain, pemerintahan Hosni disokong kerana peranannya melawan kumpulan-kumpulan Islam yang didakwa ekstremis dan teroris (dengan isu hak asasi manusia dan demokrasi menjadi kurang penting berbanding memerangi "teroris.")

Hal tersebut menjelaskan satu bahagian besar sokongan kuasa-kuasa asing terhadap rejim Hosni, yang dibenarkan memerintah dengan kuku besi selama 30 tahun kini.

Di kedua-dua Tunisia dan Mesir, kebimbangan yang dilihat pada pihak Barat ialah kemungkinan gerakan Islam menjadi pemain penting dalam negara tersebut dalam era selepas revolusi.

Kenyataan William Hague, menteri luar Inggeris tentang kebimbangan "ekstremis mengambil alih" di Mesir memberi satu gambaran sentimen dunia Barat.

Seluruh dunia Barat bakal terkesan oleh perubahan fundamental Mesir, yang salah satunya ialah menjadikannya lebih bebas daripada rejim Hosni sekarang yang terhutang dengan kuasa asing.

Kuasa terbabit juga masih mempunyai ruang dan peluang untuk mengatur dan melaksana tindakan, dalam tempoh berlaku perubahan dan tempoh peralihan termasuk pilihan raya baharu dan pembentukan kerajaan selepas itu, tempoh yang paling kritikal untuk melihat perubahan bermakna terlaksana.

Bergantung kepada sikap pemerintah baharu, perubahan fundamental Mesir juga mampu mengubah kedudukan negara itu dalam dunia Arab.

Sekiranya peranan Mesir dalam politik serantau merosot, pakatan Kaherah-Riyadh akan terjejas, dan berkemungkinan meningkatkan pengaruh kuasa pesaing lain.

Perubahan ini sememangnya telah dirasakan dan dibimbangi oleh kedua-dua pusat kuasa dunia Arab itu.

Mesir mencapai puncak prestijnya dalam dunia Arab di bawah Presiden Jamal Abdel Nasser yang membawa fahaman penyatuan Arab atau pan-Arabisme.

Pada masa kini, Mesir bersama Arab Saudi dan juga Jordan berperanan sebagai pemimpin dan suara dunia Arab, dan pada tahap tertentu, mewakili dunia Islam.

Mesir dan Arab Saudi terutamanya merupakan negara dominan dalam Liga Arab dan seluruh politik Asia Barat.

Salah satu medan persaingan kuasa-kuasa tersebut ialah Lubnan, yang menyaksikan pakatan Syria-Iran mengukuhkan pengaruhnya.

Aliansi Damsyik-Tehran, yang paling berjaya dan paling bertahan dalam politik serantau Asia Barat ini berdepan pelbagai cabaran dalaman dan luaran tetapi masih bertahan sehingga kini, walaupun sekadar pada sebab-sebab pragmatik.

Sekiranya Mesir tidak lagi bersama Arab Saudi dalam aliansi menguasai dunia Arab, peningkatan pengaruh Syria dan Iranboleh dijangkakan, terutama melibatkan Lubnan.

Ini ditambah lagi dengan dasar luar baharu Turki yang mengukuhkan pengaruhnya melalui usaha-usaha diplomasi, dan pada masa sama meningkatkan hubungan baik dengan Iran dan negara-negara Arab.

Banyak tindakan kerajaan Turki kebelakangan ini - paling utama melibatkan Israel - juga menjadikannya popular di dunia Arab dan Islam, memberikan Ankara aset untuk menjadi kuasa serantau disegani.

Sekiranya perubahan besar yang mengubah haluan fundamental negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi berlaku, politik serantau dunia Arab bakal muncul dengan bentuk yang jauh berbeza.

Pusat kuasa dunia Arab yang berpaksi pada Mesir dan Arab Saudi mampu untuk beralih kepada kuasa lain iaitu Turki dan Iran bersama Syria, dengan dua yang dominan bukan kuasa Arab di Asia Barat.

Memandangkan perubahan-perubahan yang berpotensi tercetus akibat perkembangan di dunia Arab hari ini, boleh dijangka tentangan terhadap perubahan itu tidak akan memberi laluan mudah untuk kemungkinan itu berlaku.

Hal ini juga menunjukkan kuasa-kuasa serantau dan dunia mempunyai saham untuk memberi kesan kepada perubahan-perubahan itu, menjelaskan lagi apa yang pernah diucapkan oleh Bonaparte tentang kepentingan Mesir

Skandal seks Puteri Umno

Kantoi lagi : Skandal Seks Puteri Umno


Artikel : Jika benar dakwaan Abbas Ahmad yang mengatakan bahawa Pemangku Penolong Pegawai Daerah Semporna, Nursih Nusuri menjalinkan ‘Cinta Terlarang’ dengan Ketua Puteri UMNO Semporna, merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Haji Kalipunya; saya mencabar agar Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin agar memecat Zakiah yang telah menconteng arang ke muka Puteri UMNO.

Sebagai Ahli Puteri UMNO Semporna, saya dihujani dengan pelbagai soalan kerana Ketua Puteri kami terjebak dengan Skandal Seks dengan suami orang sedangkan beliau adalah Pegawai Insolvensi dan pasangannya seorang Pegawai Kerajaan, ekoran isu ini dibicarakan secara terbuka di laman web sosial, facebook.


Sehubungan itu, kami mencabar Zakiah Kalipunya, agar menyaman Abbas Ahmad dan Sabahkini.net jika berita yang dipaparkan langsung tidak berasas; namun jika benar, beliau hendaklah meletakkan jawatan.

Betapa malunya Ahli Puteri UMNO Sabah yang beragama Islam tetapi berkelakuan seperti haiwan kerana sebelum ini ada yang menggugurkan kandungan sehingga meninggal dunia di Jakarta; ada yang berskandal dengan Adun dan Pembantu Menteri; ada yang menggoda suami orang sehingga suami terpaksa menceraikan isterinya untuk bernikah dengan Ketua Puteri UMNO; malah ada Mantan Ketua Puteri UMNO terjebak dengan Skandal Seks sejenis.

Zakiah ‘California’ iaitu gelaran untuk bapanya, ‘Kalipunya’, tidak lagi layak memimpin Puteri UMNO Semporna dan UMNO Sabah kerana telah mencemar imej Puteri UMNO dan menjadi perosak rumah tangga orang!

Sabahkini

Dah menang apa nak hirau pengundi lagi, tunggu pilihanraya pula

Padan muka! ADUN Tenang tak nampak muka selepas banjir

Apa nak diucap melainkan 'Padan Muka!' kepada para pengundi khususnya peneroka jahiliyah Felda yang telah memangkah parti Tok Ai. Selesai PRK, banjir pun surut tapi ADUN yang baru dipangkah telah dihanyutkan banjir entah ke mana. Tinggallah segala sampah-sarap, kerosakan di sana-sini.

Musibah yang diturunkan Allah tidak mengira siapa. Kita bersimpati kepada mereka-mereka yang sanggup keluar meranduk dan meredah banjir untuk mengundi Cikgu Mala, walaupun beliau tidak menang.

Namun, di segi semangat untuk membantu dan menghulur tenaga empat kerat membantu mangsa-mangsa banjir, Cikgu Mala telah menewaskan Tok Ai.. Ohhh di mana Tok Ai???

Menurut laporan Al-Banjari: TenangSOCKS - Tok Ai sibuk main golf, rakyat cuci lumpur lepas banjir... biar betul???

Pengundi BN luah rasa kesal dan kecewa kerana wakil rakyat yg baru dipangkah mereka tidak nampak muka. Rumah berlumpur kerana banjir teruk di Kg. Tenang dapat dilihat di foto dibawah.

Tok Ai sekadar datang 3 hari sebelum hari mengundi sambil bawa ole-ole. Ketika dan selepas banjir, jangankan Tok Ai, tukul pun tak datang yang kata Umno prihatin rakyat. Poorah !!



Keadaan selepas banjir. Lokasi di Kg. Tenang. Jentera PAS Pontian bergotong royong bantu penduduk. Rumah ini ketika banjir air paras dada. Bukan dada Tok Ai, kalau ikut dada calon BN tu, tenggelam dia. Dia kan katek pendek..!


Jalan turut rosak.Walhal jalan ini baru di turap semasa PRK Tenang belaku..Tar jalan pun masih jelas nampak baru dan hitam.


Kesemua perabot mengalami kerosakan. Ribuan ringgit kerugian yang perlu di tanggung. Mana Tok Ai ?


Kelihatan sukarelawan PAS dari PAS Pontian hadir membantu penduduk termasuk pengundi berdarah biru Umno, tiada kelibat puteri dan Wanita, jauh sekali kelibat Tok Ai..! Woi..hangpa nak cari dia, pi carik kat Padang Golf laa ...dia kan suka main golf, apa barang nak mai cuci2 rumah rakyat yg kotor macam tu..dia kan geli nak pegang lumpur. (foto fb saiful Amri Samm's)

Baca dulu Buku Jingga

Tanah Melayu : Mahathir Perlu Baca Buku Jingga- Anwar


GEORGE TOWN 5 Feb.: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad membaca 'buku jingga' bagi memahamkan kenyataan bahawa Tanah Melayu bukan bermakna memusnahkan sistem kehakiman, dan bukan untuk memiskinkan majoriti rakyat Melayu.

Selasa lalu dalam program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata, nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

"Tanah Melayu bukan bermakna memusnahkan sistem kehakiman, bukan bermakna untuk memiskinkan majoriti rakyat Melayu. Atas nama tanah Melayu yang mendapat faedah besar tu adalah keluarga mereka. Bukan saja yang lalu tapi berterusan. Contoh kontrak yang petronas berikan berbilion untuk memperkayakan keluarga mereka," katanya.

Anwar juga menyifatkan pandangan dan kenyataan Dr Mahathir dalam membangkitkan persoalan mempertahankan tanah Melayu sebagai tidak lagi relevan.

"Saya lihat percubaan ini ialah percubaan akhir untuk menarik perhatian orang-orang Melayu yang mulai sedar bahawa dasar Umno itu lebih memperkayakan. Kalau tidak minta Dr Mahathir untuk faham kenyataan sekarang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Naib presiden MCA Senator Gan Ping Seiu berkata, bekas perdana menteri itu seharusnya menggunakan status negarawan yang beliau miliki untuk menyatukan negara ini, bukannya bertindak sebaliknya.

"Sebagai seorang negarawan, rakyat mengharapkan Tun bertindak sebagai seorang bapa dan kenyataan-kenyataan beliau seharusnya bersifat membawa penyatuan dan konstruktif.

"Sebarang kenyataan bersifat selektif dan tidak berproduktif hanya akan memecahbelahkan rakyat," kata timbalan menteri belia dan sukan ini.

Dr Mahathir sebelum ini menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang disebut sebagai 'Islam Nik Aziz' adalah lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

Apa akan terjadi kepada Mesir ?

3 Kemungkinan Yang Bakal Terjadi Pada Mesir

Para analisis politik antarabangsa mencongak nasib kerajaan Mesir dengan apa yang berlaku sekarang ini.

1. Ikut macam Iran


  • Hosni Mubarak dengan Shah Mohammad Reza Pahlavi ada kesamaan. Keduanya rapat bersekongkol dengan Amerika. Keduanya digunakan Amerika bagi mengukuhkan kedudukan mereka di Asia barat. Keduanya juga amat progressive dan berfahaman sekular totok.
  • Kebangkitan golongan muda, pelajar dan juga golongan sederhana merupakan kejadian yang sama dengan apa yang telah berlaku pada Iran dan Mesir.
  • Kalau di Iran, kebangkitan dihijack oleh pemimpin buangan Ayatollah Ruhollah Khomenei. Di mesir pula tak ada individu seumpama itu.
  • Sebaliknya di mesir ada Ikhwanul Muslimin yang lebih sederhana walaupun diharamkan. Ada kemungkinan mereka mengambil alih kuasa ditakuti oleh pihak barat terutamanya Amerika. Barat yakin jika Ikhwan ambil alih, mereka tidak akan melepaskannya sampai bila-bila. Kenyataan dari pimpinan Ikhwan memberi jaminan mereka masih tetap percaya pada penguatkuasaan syariat, tetapi ianya akan diserapkan secara beransur-ansur.
  • Para pakar mengandaikan cuma terdapat sekitar 100,000 penyokong tegar Ikhwan di Mesir. Ianya tak cukup untuk menguasai jumlah penduduk yang mencecah 80 juta di Mesir.
  • Kesimpulannya tak mungkin Mesir akan jadi macam Iran.
2. Ikut macam Indonesia
  • 32 tahun cengkaman Suharto rebah ke bumi setelah rakyat bangun. Kejatuhan Suharto kasi kecut perut Amerika yang sudah akrab dengan Suharto sekian lama. namun akhirnya petukaran kepimpinan mengekalkan Indonesia sebagai rakan karib Amerika juga.
  • Banyak penganalisis setuju Mesir ada banyak persamaan dengan Indonesia walaupun agak lebih rumit. Ia sama dari segi pihak tentera yang mempunyai pengaruh dan kuat, kebangkitan pemuda dan orang awam. Keduanya juga mengamalkan budaya sekular yang kuat. Pihak tentera setakat ini masih agak lembut dengan pendemo.
  • Kelonggaran Mesir untuk lebih berdemokrasi akan membantu perubahan Mesir jika tentera membantu memulihkan keamanan. Politik sederhana akan lebih menonjol jika ini berlaku. Ini akan membawa perubahan yang lebih mirip Indonesia.
3. Ikut macam Rumania
  • Revolusi Romania menghumban jatuh Nicolae Ceausescu pada tahun 1989 dan membunuhnya. malangnya dalam masa sebulan saja. Para elite tentera merangka dengan cantik peralihan kuasa kepada geng sama bulu dengan Ceausescu. Memanipulasi pilihan raya dan menbelasah 85% daripada undian pada 1990.
  • Mesir mempunyai kekuatan tentera lebih 1 juta orang (jauh melebihi Ikhwan). Banyak kemungkminan mereka akan buat perubahan kosmetik, tolak ke tepi dengan perlahan-lahan pimpinan pemberontakan dan menggantikan pimpinan yang sama saja dengan Mubarak. Mereka mampu memanipulasikan pilihan raya dengan mudah untuk menang. Jika begini prubahan akhirnya tak akan berlaku juga.
  • Cuma yang menyelamatkan rakyat Romania adalah kerana keinginan kerajaan mereka pada masa itu untuk menyertai NATO dan juga kesatuan Eropah. Ini memaksa sistem yang lebih demokratik muncul juga di sana. malangnya rakyat Mesir, keperluan seperti Romania tidak ada. Ia tidak akan menjanjikan perubahan sampai bila-bila atau sekurangnya tidak dalam masa terdekat ini.
Kita nantikan senario macam mana yang bakal terjadi di Mesir. Mereka merancang, Allah merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Wallahu'alam

Sapa nak berdebat dengan Mohd Noor Deris , ulama Umno yang tak ada kelas



HAJAT untuk menyaksikan perdebatan di antara Ulamak Veteren Umno Kelantan iaitu Mohd Noor Deris dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya tidak kesampaian. Ini adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz mahu agar tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai peranan penting di dalam kerajaan atau Umno untuk berdebat dengannya.

Sebelum ini akhbar Sinar melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdebat dengan Ulamak Umno yang mencabarnya itu. Tetapi laporan akhbar itu disangkal oleh Pejabat MB Kelantan, di antara lain sebab yang diberikan adalah seperti berikut:

" Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan." "Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti." (Kenyataan Media Pej MB Kelantan)

Tuan Guru Nik Aziz berani menyahut cabaran Mohd Noor yang mahu agar dirinya disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau bersedia untuk berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tentunya lebih berwibawa daripada Mohd Noor Deris. Sekaligus, Mursyidul Am PAS tersebut memberikan tamparan memalukan kepada Mohd Noor Deris. Ulamak Veteren Umno Kelantan tersebut boleh mengukur baju di badannya sendiri kerana kesangupan Tuan guru Nik Aziz berhadapan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bukan seorang atau dua ahli, tentunya meletakkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin yang berani kerana benar.

Namun demikian, Mohd Noor boleh berusaha untuk berdebat dengan anak murid Tuan guru Nik Aziz yang setaraf dengannya. Beliau perlu akur bahawa beliau tidak layak menggantikan PM, TPM atau Menteri seperti Jamil Khir untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka semua itu lah sepatutnya yang bersesuaian untuk berdebat dengan MB Kelantan, bukan Mohd Noor Ulamak yang digelar `ulamak terompah kayu' di Kelantan.

Sekali lagi, tahniah buat Tuan Guru Nik Aziz yang telah memilih berhadapan dengan `dua tiga ekor harimau' daripada berhadapan dengan seekor kucing. /wfauzdin.blogspot.com

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid - Al-Qaradhawi

Al- Qaradhawi: Peserta Demonstrasi Yang Terbunuh Mati Syahid!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMBeea-I_T3XrmC2Uz2ughUaEYDfheaFjuGtKs-LQLSe2ZwZqptTsQ9-oeAgHNkb6zld4cooHiZ-USOWOurzfH2qOydMZ14ic8DnXyqgSh11AOGILnG01XAFTv2IKHcyX-AqbcvOWI2HwH/s320/Al-Qaradawi2.jpg
Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau menyifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.


Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan. (telah berlalu -GB)

Perhimpunan tersebut yang diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber : onislam.net & iumsonline.net

Hosni Mubarak lebih kaya daripada Bill Gates

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?



KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.


Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah
Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.


Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.


Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.


ANAK kedua Hosni, Gamal Mubarak dan isterinya, Khadija El-Gamal.


Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Takut kedutaan diserbu, Israel turunkan bendera kebangaan yahudi

Pada masa tunjuk perasaan rakyat menuntut pengusiran segera Presiden Mesir Hosni Mubarak dari kekuasaannya melanda seluruh Mesir, Kedutaan Israel di Kaherah telah menurunkan bendera negara mereka.

Saksi mengatakan kepada Quds Press bahawa pada masa mereka mendekati jembatan Universiti Kairo mereka melihat bendera Israel yang biasanya melambai di atas kedutaan tersebut pada masa itu benar-benar telah diturunkan dan hanya meninggalkan tiang kosong di sana.

Tentera Mesir telah memperketat kawalan mereka di kedutaan Israel, menurut Jurucakap Quds Press

Pasukan bersenjata juga telah mengawal seluruh kedutaan besar di Mesir sebaik sahaja berlakunya tunjuk perasaan besar-besaran yang telah membunuh dan mencederakan ratusan orang dan mendorong polis keluar dari jalan. Quds Press

Rakyat Tunisia menuntut tegaknya syariat Islam dan negara Islam

TUNIS (Arrahmah.com) - Untuk pertama kalinya dalam 23 tahun, pemuda Muslim melaksanakan sholat berjamaah di jalan-jalan di kota Tunisia. Hal ini menjadi mungkin setelah digulingkannya pemerintahan diktator Zine El Abidine Ben Ali.

Sebelumnya, Menteri Pembangunan Daerah, Silvan Shalom menyatakan keprihatinan tentang penggulingan penguasa diktator Ben Ali, karena "langkah ini akan memfasilitasi pergerakan Islam di negeri ini".

Shalom, mantan penduduk asli komunitas Yahudi di Tunisia, mengakui bahwa Barat memang buta tentang pelanggaran HAM oleh Ben Ali.

"Sekarang, setelah jatuhnya rezim ini, ada kekhawatiran bahwa pergerakan Islam yang telah dilarang, tidak hanya akan datang kembali namun akan merebut kekuasaan," keluh bajingan Zionis ini.

Selama kerusuhan, kepolisian Tunisia menangkap sejumlah orang asing bersenjata, termasuk satu dengan paspor Jerman, yang diduga mengorganisir serangan dan penembakan.

Perlu diingat bahwa Zionis sering menggunakan paspor palsu dari negaranegara lain dan mengirimkan kelompok terorisnya untuk melakukan pembunuhan dan serangan teroris.

Sementara itu, rakyat Tunisia yang tidak puas dengan hasil kudeta terhadap pemerintah negara itu, menyerukan perubahan radikal dalam politik.

Pada 15 Januari, rakyat Tunisia melakukan aksi massa menuntut pembebasan tahanan politik dari penjara diktator. Demonstrasi dilakukan dengan dama dan didukung oleh militer dan polisi Tunisia.

Aksi yang menarik ribuan orang, secara terbuka menyeru untuk mendirikan negara Islam dan menegakkan syariah Islam dan untuk memastikan konsolidasi negerinegeri Muslim.

Selain itu, para demonstran menuntut laporan dari pemerintah terkait hubungan mereka dengan Amerika dan negara yang menyebut diri "Israel".

Para pemrotes Tunisia meneriakkan : "tidak ada jalan lain, tidak ada jalan lain, Islam satu-satunya solusi!" "Dengan jiwa kami, dengan darah kami, kami akan berkorban untuk Anda, wahai Islam!"

Berdiri di hadapan tentara Tunisia, mereka mengalamatkan kalimat ini untuk : "Kalian di Palestina, kalian di Irak, jatuhkan rantai penguasa dari leher kalian dan penuhi tugas Anda!" "Wahai tentara Muslim, kami siap bersama Anda, dengan darah kita, dengan jiwa kita, dan anak-anak kita! gulingkan rezim yang menindas!" Demonstrasi tersebut berlangsung tanpa kekerasan dan pertumpahan darah. (haninmazaya/arrahmah.com)

Tendang Mubarak, Rumah Putih sokong Omar Suleiman

Tendang Mubarak, Gedung Putih Dukung Omar Suleiman


Omar Suleiman mantan pimpinan tertinggi inteligen Mesir yang kini diangkat Hosni Mubarak sebagai wakil presiden

WASHINGTON-- Pemerintah Barack Obama sedang berunding dengan pegawai-pegawai Mesir mengenai satu usulan bagi pengunduran diri segera Presiden Hosni Mubarak , kata The New York Times, Khamis.

Berdasarkan cadangan itu, Mubarak akan menyerahkan kekuasaan kepada satu kerajaan peralihan yang dipimpin Wakil Presiden Omar Suleiman dengan sokongan tentera Mesir, kata akhbar itu, mengutip pegawai pemerintah dan diplomat Arab.

Juga dicadangkan kerajaan peralihan agar menyertakan satu kelompok-kelompok pembangkang termasuk Ikhwanul Muslimin yang diharamkan , untuk mula menyusun satu sistem pemilihan negara itu dalam usaha mengadakan pilihanraya yang bebas dan telus September, kata akhbar itu.

Turun memberi komen ialah juru bicara Pejabat Luar Negeri AS P.J Crowley mengatakan,

"Presiden, Melalui Hilalary Clinton dan para pegawai lainnya telah mendorong pemerintah Mesir memulakan satu peraihan yang tertib."

Pegawai-pegawai senior Obama mengatakan usul itu adalah salah satu dari beberapa opsyen yang sedang dibincangkan dengan pegawai tinggi Mesir pemerintah Mubarak, sungguhpun tidak secara langsung dengan dia, dalam usaha untuk meyakinkan dia mengundurkan diri sekarang,kata akhbar itu.

Dekat dengan CIA
Omar Suleiman, calon presiden pengganti Mubarak, diberitakan pernah mengatur interogasi brutal terhadap terdakwa pengganas yang diculik oleh CIA.

Suleiman juga diberitakan sempat menjadi operator yang sangat sibuk untuk melakukan perbincangan gencatan senjata yang sensitif dengan Israel dan Palestin dan juga pembicaraan di antara faksi-faksi yang bermusuhan di Palestin.

Suleiman merupakan produk dari hubungan AS-Mesir yang mendapat latihan pada tahun 1980-an di Sekolah dan Pusat Militer Khusus John F. Kennedy di Fort Bragg di North Carolina.

Setelah invasi AS ke Irak pada 2003, CIA bergantung pada Suleiman untuk menerima penghantaran tahanan yang bernama Ibn Sheikh al-Libi yang oleh pegawai AS diharapkan dapat membuktikan adanya kaitan antara regim Saddam Hussein di Irak dengan Al-Qaida.

Dalam buku "Ghost Plane" yang menulis mengenai program pengiriman tahanan itu, wartawan Stephen Grey menulis bahawa Mesir menghadapi kritikan awam dari parlimen mengenai catatan HAM-nya.

"Namun secara rahsia, lelaki seperti Omar Suleiman, inteligen paling kuat sekaligus polisi rahsia melakukan pekerjaan kami, pekerjaan yang bagi negara barat tidak ingin mereka kerjakan sendiri," tulisnya.voa-Islam

Pemimpin UMNO dikatakan berzina dengan isteri orang

Artikel : Gempar. Kes zina dalam UMNO ini terus panas ketika ini. Jika semalam ada pendedahan tentang kes zina libatkan pemimpin UMNO melalui email. Pada hari ini, kes bertambah panas apabila bro bujangsusah uploadkan gambar pelaku zina itu. Seperti entri ini

Kepada Blogger, Berikut saya lampir salinan report polis dan beberapa gambar. Pembetulan, Rosli Alias adalah Timbalan Ketua Cawangan UMNO Pangsa Perdana. Saya sertakan gambar kereta beliau. Hingga kini beliau masih tinggal bersama walaupun telah ditangkap.

Saya kurang arif dengan pangkat Rosli dalam UMNO, kerana kurang terjebak dalam aktiviti UMNO berbanding dengan isteri saya. Saya telah beritahu berkali-kali dengan isteri supaya tumpukan hal ehwal rumahtangga,tetapi tidak pernah di pedulinya, Saya mengakui tersilap pilih jodoh.

Sebenarnya, Rosli suka mencabar Jais, tak tau apa sebabnya. Jadi tanda tanya, sejurus ketika ditangkap, beliau memberi amaran kepada anak perempuan saya 18 tahun,yang beliau telah bayar kepada seorang inspektor di Balai Polis Bukit Puchong. "Aku dah bayar kat inspektor Bukit Puchong". Saya tidak faham apa yang dimadsudkannya. Bagi tahu pembaca hati hati dengan Pengerusi Rukun tetangga, kerana mereka sepatutnya menjaga ketemteraman awam, tetapi telah rosakkan rumahtangga orang yang telah dibina berpuluh tahun Siarkan gambar kereta dengan nombor sekali supaya masyarakat boleh memantau.

Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com

Dan kes zina turut diakui oleh blogger UMNO. Blogger ini telah hubungi suami kepada isteri yang kononnya berzina dengan pemimpin UMNO itu, iaitu Alang Aziz Sham

Ini kata Alang Aziz Sham :

1 - Mengikut kata Alang Aziz Sham, dia dan Rosli Bin Alias adalah jiran tetangga dan beliau telah pun bercerai dengan isterinya.

2 - Alang Aziz Sham kata, dia akan bagi nama imam yang terlibat dalam penangkapan tersebut.Tetapi beliau tidak mendedahkan dalam perbualan telefon. Katanya akan diberikan sedikit masa lagi.

Apapun isu ini masih diperingkat siasatan. Kita tak boleh tuduh wujud zina lagi, sekiranya tiada 4 saksi lelaki yang adil dan juga keterangan yang relevan. Kalau tak mereka yang tuduh orang berzina, pasti akan kena hukuman Qazaf.

Justeru itu cukuplah kita minta agar pihak jabatan agama menyiasat perkara ini.

Kalau benarlah kes zina ini, sudah pasti satu malaya akan meletup. Apa jua sekalipun, kebenaran pasti terserlah tak lama lagi..Justice For All

Encik datang dari Umno bahagian mana?

SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

“Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

“Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar,” katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

“Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

“Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

“Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. “Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576,” katanya.

Kelantan, Selangor Kedah buka bilik operasi Mesir

SHAH ALAM, 5 Feb: Kerajaan Negeri Selangor tetap mengambil berat semua kepentingan seluruh pelajar negeri itu yang sedang berada di bumi Mesir, tegas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

"Setakat ini, yang saya tahu, hanya Kelantan, Kedah dan Selangor sahaja yang membuka bilik operasi seperti ini, negeri lain belum dengar berita lagi," jelasnya.

Menurutnya, dalam hal membantu dan menjaga kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri mengutamakan semua pelajar dan sama sekali tidak menilai mengikut kategori pelajar itu sama ada tajaan kerajaan atau swasta.

Dr Hasan berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai kegelisahan ibu bapa yang hadir dalam Dialog Isu Pelajar Selangor di Mesir yang diadakan malam tadi di Masjid Negeri, dekat sini.

Solat hajat diadakan dua kali selepas Solat Maghrib dan selepas Solat Isyak untuk memohon ke Hadrat Allah SWT agar memberikan Rahmat-Nya dengan menguat dan menyelamatkan bakal-bakal ulamak yang pulang nanti akan berjuang menegakkan islam di negara ini.

Setelah solat hajat pertama, semua hadirin mendengar kupasan sirah dan huraian sejarah khusus tentang pembukaan dan perjuangan rakyat Negara Mesir dari dahulu dan iktibarnya untuk masa kini.

Kuliah tersebut disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut berucap dalam dialog adalah Penasihat Sekretariat Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir, Ustaz Farizan Subhi dan Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia, Ustaz Farhan Mazlan dengan Ustazah Fitri Nur Ain Nordin sebagai moderator.

Dalam majlis itu, pihak sekretariat memberi jaminan akan menguruskan isu ini sebaik mungkin dengan memberikan maklumat terperinci kepada semua waris yang memerlukan termasuk bila dan nombor penerbangan anak-anak mereka.

Untuk ibu bapa, terdapat dua kaedah aduan iaitu dengan menghubungi nombor hotline berikut: 03-5514 3520, 03-5514 3534, 03-5514 3538, 03-5514 3539 atau 03-5514 3576, mereka juga boleh melayari laman http://ilmam-prihatin.blogspot.com

Kaedah kedua, mereka boleh datang terus bertemu pegawai bertugas 24 jam di Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir yang terletak di Bangunan JAIS, dekat sini dengan menyatakan butir peribadi termasuk nombor pelajar di Mesir dan universiti berkaitan.

Menurut Ustaz Farihan, kebanyakan maklumat tentang keselamatan 1,285 pelajar Selangor di sana sudah berada dalam kumpulan data mereka dan mempunyai hubungan rapat dan segera dengan Wisma Putra, kedutaan dan PMRAM.

Malam tadi, sebelum dan sebaik tamat majlis, ibu bapa dan waris pelajar terus mendapatkan status anak-anak mereka yang disediakan oleh pihak sekretariat dan kebanyakan mereka berasa lega dengan tindakan segera kerjasama pihak Kerajaan Negeri.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Hasan menyanjung tinggi usaha dan kesanggupan sekretariat bertungkus lumus menyumbangkan tenaga 24 jam sejak beberapa hari lalu bagi mengatasi kegelisahan perasaan semua pihak terbabit.

Pelajar cerita detik cemas



SHAH ALAM 5 Feb.: Perkembangan terkini di Mesir menyaksikan kumpulan pelajar Malaysia berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir ke sini telahpun dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat bermula kelmarin.

Pegawai operasi bilik gerakan Pertubuhan Sukarela Briged Amal Selangor Ustaz Mohd Firdaus Misnan berkata sebanyak dua penerbangan akan dilakukan setiap hari bermula Khamis lalu sehinggalah kesemua pelajar Selangor yang berada disana dibawa pulang.

"Penerbangan yang pertama pada hari Jumaat, semalam 4 Februari, jumlah pelajarnya 37 orang, bertolak 7.50 malam waktu Mesir kemudian tiba di Jeddah pada pukul 11.10 malam waktu Mesir, kemudian penerbangan kedua, jumlah pelajar 125 orang bertolak pada pukul 3.50 pagi waktu Mesir dan baru tiba pada pukul 6 pagi waktu Mesir," katanya.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya membawa keluar lebih 200 pelajar ke Jeddah dan hari ini merupakan hari terakhir membawa keluar pelajar-pelajar ini dari Mesir.

Sementara itu, Tv Selangor berjaya menghubungi Kamarudin Ismail, salah seorang pelajar Malaysia yang berada disana sempat berkongsikan pengalamannya ketika mengharungi saat genting di Mesir sebelum dikeluarkan ke Jeddah.

"Keadaan masih terkawal cumanya masa peringkat mula-mula rusuhan itu berlaku hari Jumaat , rumah saya pada hari Sabtu tu di masuki perompak tetapi dia menyamar sebagai polis, dia ada dua orang jadi kami pun akurlah kerana dia kata nak buat spot-check , jadi macam-macam yang dia minta, dia check semua barang, dia geledah satu rumah, dia minta duit , nak hand phone, lepas tu dia minta VISA.

"Kita ingat dia nak VISA passport rupa-rupanya dia nak VISA card," jelasnya.

Pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi keadaan juga tidak lagi berfungsi dan menjejaskan keselamatan pelajar.

"Kami cuba nak hubungi polis tapi waktu tu polis mula dah takde. Akhirnya kami berjaya keluar dari rumah dan dikejar. Waktu itu, dia (perompak) pegang sahabat saya dan dia keluarkan pisau dan saya hampir ditikam ketika itu," ceritanya lanjut.

Tambahnya, pelajar-pelajar ini juga menghadapi kesukaran untuk ke lapangan terbang kerana dihalang oleh penunjuk-penunjuk perasaan pro kerajaan.

" Semalam dalam perjalanan untuk ke airport dalam pukul 10 pagi kami, kami ditahan oleh sekumpulan penyokong-penyokong Hosni Mubarak kerana tempat yang kami tinggal ialah tempat kelahiran Hosni Mubarak," katanya.

Ketika dihubungi tadi, Kamarudin masih berada di Lapangan Terbang Cairo dan masih menunggu sebelum dapat berlepas ke Jeddah. Juga difahamkan lapan lagi pelajar Selangor terkandas sebelum dapat dibawa ke Kaherah.

Antara Badwi, FRU & APCO


Pemerhati Timur Tengah, Hadi Majidi, menyatakan bahwa 1,500 pasukan komando Zionis Israel dan 5 ribu badwi yang dibayar dikerahkan untuk membubarkan para pendemo anti-rejim Hosni Mubarak.

Menurut keterangan Majidi, sebagian pasukan komando didikan Zionis Israel itu berbahasa Arab. Selain itu, pasukan komando itu disertai sekelompok badwi yang jumlah mereka mencapai 5 ribu orang. Para badwi dibayar dengan upah yang cukup tinggi untuk menghadapi para pendemo. Mereka dilengkapi dengan senjata tajam seperti pisau, parang dan belantan.

Majidi dalam wawancaranya Berita Farsnews mengatakan, "Tak diragukan lagi, pergolakan yang terjadi di Mesir akan memberi kesan serius. Untuk itu, Barat, khususnya AS dan Zionis Israel berusaha mengarahkan pergolakan di Mesir ke arah yang tidak mengganggu kepentingan mereka."

Zionis Israel telah mengirim tiga pesawat khusus pengangkut senjata tentera ke Cairo. The International Network for Rights and Development melaporkan , tiga pesawat Zionis Israel mendarat di Lapangan Terbang Internasional Mina di Cairo pada hari Sabtu lalu.

Pesawat-pesawat itu selain membawa logistik ketenteraan yang akan digunakan pasukan-pasukan khusus untuk menghadapi para pendemo, juga bersama mereka alat senjata sejenis granat yang berisikan gas terlarang.

Nampaknya Israel-APCO memainkan peranan besar bagi menghalang kemenangan rakyat terhadap Hosni Mubarak. Apatah lagi dibimbangi ianya membawa kemenangan kepada Ikhwan Muslimin yang sudah pasti menukar corak jihad dan politik di Gaza, Palestine dan bahkan membimbangkan keselamatan Israel sendiri.

Pihak pemerintah zalim ini dan sama disemua Negara termasuk Malaysia akan sentiasa memperalatkan kuasa polis dan Fru maupun ketenteraan terhadap rakyatnya sendiri demi mengekalkan kekuasaan mereka. Golongan Badwi diluar Bandar diperalatkan dengan dibayar upah untuk nyawa politik mereka.

Macam kat Malaysia jugalah. Kekalahan Pas masih lagi berlegar dikalangan golongan buta-politik yang boleh diperalatkan dan dikelirukan pemikiran mereka seperti masyarakat luar-bandar, peneroka, golongan miskin seperti perkampungan tradisional dan nelayan serta golongan setinggan. Golongan inilah masih lagi ‘makan’ dengan politik wang demi mengekalkan kuasa politik golongan zalim ini. Apakah mereka macam badwi juga??? Nak harapkan Pak Lah Badawi... susah 3X. Dalam masa sama mereka akan memperalatkan dan menggunakan tipu-helah yang pelbagai… siapa akan bersama mereka??? FRU? Polis? SPRM? SPR? PEKIDA??

Apapun sampai bila golongan ini boleh diperalatkan??? Sampai masanya pimpinan UMNO mesti memilih samada turun dari tampuk kuasa atau memilih keranda!!!
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/