Sunday, February 20, 2011

Senarai Ketua AMK negeri baru

Rombakan Kepimpinan : AMK umum ketua negeri untuk hadapi p'raya

http://umno-reform2.com/front/images/stories/shamsul%20iskandar.jpgAngkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan barisan kepimpinan AMK di peringkat negeri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman mengenai pelantikan ketua-ketua AMK negeri itu dibuat melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangannya, Lee Khai Loon hari ini.

Menurutnya, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pelantikan tersebut selepas memberi pertimbangan serta perbincangan menyeluruh dengan ahli dan pimpinan Cabang di setiap negeri.

"Kesemua ketua-ketua AMK negeri yang dilantik telah diberi amanah untuk memimpin AMK negeri.

"Semua ketua AMK negeri perlu melaksanakan gerak kerja parti di peringkat negeri serta mempersiap sedia untuk pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," katanya.

Menurutnya lagi, AMK merupakan tunggak parti dalam menarik lebih ramai orang muda untuk menyertai serta mendokong perjuangannya.

"Dengan adanya ketua-ketua AMK negeri, usaha untuk mempertingkatkan kesedaran politik orang muda yang berjalan dengan lebih lancar," tambah Lee.

Berikut adalah senarai ketua AMK negeri:

Perlis: Tg Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin

Kedah: Azman Nasrudin

Pulau Pinang: Amir Md Ghazali

Perak: Meor Ahmad Isharra Ishak

Selangor: Irwan Ismail

Wilayah Persekutuan: Mohammad Hamidi Mohd Said

Negeri Sembilan: Mohd Nazree Mohd Yunus

Melaka: Law Bing Haw

Johor: Mohamad Nazri Ismail

Pahang: Ahmad Sani Abd Ghani

Terengganu: Muzafeq Affyulzaifuzan Mamat

Kelantan: Mohammd Azihan Che Seman

Sabah: Jafery Jomion

Sarawak:
Ahmad Nazib Johari

Misteri hilang Masturah, adakah ini pun kerja puak-puak Songkok Tiga Jengkal ?

Masih Misteri : 'Masturah tak sedar apa berlaku ketika hilang'

Punca kehilangan calon umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar terus menjadi misteri apabila dia tidak mahu menjawab soalan wartawan mengenai apa yang telah berlaku terhadapnya ketika dia dilaporkan hilang kelmarin.

Sebaliknya, dia hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia tidak mengulas apa-apa mengenai kejadian itu.

Menurut ibunya - Mariam Abdul Rashid - anaknya ada memberitahunya yang dia tidak sedar apa yang berlaku.

Kelmarin, rakannya telah membuat laporan polis selepas Masturah hilang ketika berkempen untuk pilihan raya kampus UM.

Dia bagaimanapun ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Mariam memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu, UM mulai jam 2.20 petang tadi. Masturah hanya berdiam diri sepanjang sidang akhbar tersebut.

Hadir sama ialah bapanya - Abu Bakar Din - serta empat sepupunya yang bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi pengawalnya.

Menurut ibunya, kehilangan Masturah merupakan satu perkara yang tragis kepada keluarganya.

"Saya tidak menyangka kerana anak saya ini, adalah seorang yang baik sejak kecil hingga sekarang.

"Saya harap kehilangannya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," katanya.

Ditanya mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kehilangannya anaknya itu, Mariam berkata:

"Kita tidak mengesyaki sesiapa, saya bercakap secara umum dan kebetulan ia berlaku dalam suasana kempen pilihan raya kampus.

"Saya tidak tuduh mana-mana pihak kerana ia berlaku dalam kesibukan kempen pilihan raya kampus," katanya.

Mariam bagaimanapun, kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak universiti.

Bagaimanapun, katanya, timbalan naib canselor UM ada menghubunginya,.

Ditanya sama ada anaknya ada menceritakan apa yang telah Mariam berkata, Masturah ada memberitahunya yang dia tidak sedar mengenai apa yang berlaku.

"Suasana masih baru, jadi saya bagi tempoh kepadanya untuk berehat. Dalam tempoh yang baik, mungkin akan ada maklumat (mengenainya).

"Kita serah kepada polis (untuk mengambil tindakan) terhadap sesiapa yang bertanggungjawab melakuknya," katanya.

Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.

Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.

Kenapa tak kutuk Zambry, BN memang jenis talam dua muka

Portfolio bukan Muslim: Guan Eng selar BN hipokrit

PENANG, 21 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang bersifat hipokrit dan bermain api perkauman atas usaha kerajaan negerinya menubuhkan portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam.

Dengan merujuk kepada portfolio yang sama di dalam kerajaan Barisan Nasional di Perak, Guan Eng menyifatkan kebisuan pemimpin Barisan Nasional terhadap kerajaan Perak yang dipimpin Menteri Besar Zambry Abdul Kadir sebagai satu sikap talam dua muka hipokrit.


“Negeri Perak wujudkan portfolio bukan Islam yang sama dan diteruskan oleh Menteri Besar Zambry, mengapa Umno tidak mengutuk Zambry? Barisan Nasional talam dua muka bermain dengan api,” selar Guan Eng di Twitter.


Di Perak, Zambry masih meneruskan portfolio untuk bukan Islam yang diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum rampasan kuasa Barisan Nasional pada Februari 2009 dengan memberikan tanggungjawab tersebut kepada Mah Hang Soon dari MCA.


Sejak pengumuman penubuhan portfolio bukan Islam, Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang diserang tanpa henti oleh para pemimpin BN, termasuk bekas Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam hanya untuk mencari publisiti.


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia seperti biasa memainkan peranannya dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dengan mendakwa bahawa portfolio bukan Islam tersebut bakal dijadikan alat oleh DAP untuk mengancam kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.


“Portfolio bukan Islam Penang tidak menyoal kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Barisan Nasional sedang bermain api dengan pembantahan seolah-olah orang bukan Islam tidak mempunyak hak untuk menyelesaikan masalah sendiri,” tegas Guan Eng dalam menjawab tuduhan tersebut.


Tiada masalah - Mujahid


Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa menyokong penuh kewujudan portfolio itu sambil berkata ia adalah langkah yang wajar diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengelakkan fitnah-fitnah agama yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.


“Bagi saya portfolio ini adalah satu tindakan yang tidak bertentangan dengan pentadbiran negara, yang mana kita ada portfolio menjaga hal ehwal agama Islam, jadi tiada masalah untuk wujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang,” kata Mujahid yang dipetik oleh The Malaysian Insider.


Dalam pada itu, Perdana Menteri Najib Razak mengingatkan umat Islam negara ini tentang soal pluralisme agama dengan mengatakan bahawa ia adalah bertentangan dengan kepercayaan Islam bahawa semua agama sama di depan Allah.


Dalam satu langkah yang disifatkan berbaur politik dari kaca mata penganalisa politik, Tan Sri Koh Tsu Koon telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mentafsir kenyataan Najib.


“Saya fikir beliau merujuk dari sudut pandang teologi dan apa yang kita (kerajaan) telah lakukan adalah mempromosikan pemahaman yang lebih baik (melalui panel antara agama)," kata Koh di samping menegaskan kerajaan masih komited terhadap fungsi panel antara agama walaupun umum mengetahui sekian lama tidak menampakkan apa-apa hasil.

Video : Kenapa Bob Lokman sertai PAS



KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

Kerajaan P.Pinang bantu 318 pelajar pulang ke Mesir

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjf9MvBXsVxkaaktFv4oIvpwVENAk6j-rh3bu-4K3Mb3UoSrDv5gvWaLnE7inOliqdQQRorCQ7EYhQp0APdQKbmHbW5EE5_tBxYKMZsn8ZUCfpC6pGBkVpUltze_vFaow1IGmuDPRZI4ME/s400/penanti+mansor-may30.jpg

SEBERANG JAYA, 21 Feb: Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab serta prihatin terhadap nasib para pelajar yang akan meneruskan pengajian di Mesir, maka kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghulurkan bantuan kepada 318 pelajar negeri ini sebanyak RM2000 setiap orang.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr.Mansor Othman ketika ditemui selepas majlis ceramah 'ubah sekarang' di Seberang Jaya kelmarin.

Menurut beliau lagi, sumbangan yang diberikan ini adalah bagi memudahkan para pelajar yang terlibat untuk kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka di sana.

"Bagi memudahkan mereka, sebanyak RM1000 telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri, manakala RM1000 lagi dikeluarkan oleh Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kita adalah sebuah kerajaan negeri yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat. Apabila mereka dibawa pulang, sudah pasti perlu kembali untuk meneruskan pengajian. Ramai dikalangan mereka adalah terdiri dari mereka yang memerlukan sokongan untuk meneruskan pengajian.

"Oleh kerana itu, sebagai pemerintah, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membantu melalui dana yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan juga PUZ, " ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, turut menyeru rakyat supaya menilai kembali sikap yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat.

Katanya lagi, sepatutnya para pelajar tidak dibebankan dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka sendiri untuk pulang ke Mesir.

Mansor juga menyeru masyarakat supaya menilai kembali sikap yang dipamerkan oleh Kerajaan Pusat jika dibezakan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam memberi pembelaan kepada mereka.

Pilihanraya tidak adil di Malaysia, jangan sampai rakyat hilang sabar

P’raya tidak telus, sampai bila rakyat boleh sabar

KOTA BHARU, 21 Feb: Walaupun berlaku ketidaktelusan dalam perjalanan piihan raya di Malaysia, namun hingga kini dilihat rakyat masih boleh bersabar.

Bagaimana pun, sekiranya rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan gagal melakukan perubahan melalui cara demokrasi, pilihan rakyat mungkin sama dengan apa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika bercakap kepada media selepas bertemu dengan para pelajar Kelantan dan keluarga mereka, yang baru pulang dari Mesir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri berkata, peristiwa yang berlaku di Mesir dan di Tunisia itu satu peringatan besar kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Jadi ini satu peringatan yang besar terutama kepada kepimpinan BN di Malaysia.

“Di Malaysia, ketidaktelusan berlaku dalam perjalanan pilihan raya, tetapi sekarang ini boleh jadi rakyat boleh sabar lagi, namun kita tidak tahu pada masa akan datang.

“Kalau rakyat merasa kecewa dengan sistem yang ada dan tidak boleh membuat perubahan melalui cara demokrasi, mungkin akan rakyat pilih sama dengan di Mesir dan Tunisia itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada media pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam.

Majlis dihadiri lebih 3,000 orang termasuk pelajar Kelantan Mesir dan keluarga itu anjuran Gerakan Membantu Pelajar Mesir (GETIR) Alumni Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dengan kerjasama pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Mengulas amanah kepimpinan, Mohd Amar berkata pemimpin sepatutnya berkhidmat kepada rakyat di dalam konteks agama, mesti melaksanakan tuntutan agama dalam kepimpinan dan dalam kerjaan.

Ini kerana apabila amanah tidak dilakukan khususnya dalam menjalankan kebajikan rakyat, sekiranya jalan yang biasa tidak ada untuk menukar kerajaan itu maka berlakulah peristiwa luar biasa di mana rakyat turun ke jalan raya dan sebagainya.

Keadaan itu berlaku, katanya kerana rakyat sudah hilang kepercayaan dengan sistem “pilihan raya”.

“Di Mesir ada juga pilihan raya, tetapi pilihan raya itu sendiri terlalu banyak tipu helah dan tipu daya sehingga dalam Pilihan Raya Presiden, Hosni Mubarak mendapat 98 peratus undi, bersekali dengan undi pos. Suatu benda tidak masuk akal.

“Di Mesir itu penipuan dah melampau sehingga akhirnya rakyat tidak ada pilihan lain, hendak buat pertukaran cara biasa tidak boleh, akhirnya rakyat turun ke jalan raya,” dakwanya.

Mengulas cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika Pakatan Rakyat berhasrat memerintah negara, pakatan itu hendaklah memperlihatkan ‘bayangan kabinet’ kepada rakyat, Mohd Amar berkata keupayaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang apabila memerintah empat negeri, Pakatan menunjukkan kemampuan sebuah kerajaan.

“Negeri-negeri diperintah PR terutama di Selangor dan Pulau Pinang, dipuji sebagi sebuah Kerajaan yang telus, sebuah kerajaan yang bersih, sebuah kerajaan yang berjaya menyusun ekonomi.

“Dan Kedah sudah pun berjaya meningkatkan hasilnya di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan.

“Di Kelantan pemerintahan sehingga 21 tahun, kita telah menunjukkan perubahan yang menjadi ikutan kepada orang lain.

“Oleh itu tidak perlu kepada ‘kabinet bayangan’, sebab apa yang sudah ada cukup. Kita telah menunjukkan satu perubahan, ini belum sampai satu penggal lagi.

“Jadi kempinan Najib cuba hendak menafikan perkara yang sudah nyata, tidak timbul persoalan kita perlu ada ‘kabinet bayangan’ atau tidak, tetapi bukti itu sudah ada di depan mata,” katanya.

Najib semasa berucap di majlis sempena Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau baru-baru ini mendakwa di Malaysia cuma ada cabinet kerajaan saja dan pembangkang tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka.

Masturah hanya sedar ketika berada di masjid



KUALA LUMPUR, 21 Feb: Cara kehilangan calon Umum Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar yang ditemui malam tadi masih menjadi misteri apabila beliau tidak dapat mengingati apa yang berlaku sebelum beliau hilang.

Masturah, 22, sebaliknya hanya berada dalam keadaan sedar ketika berada di sebuah masjid di Bangi malam tadi.

Masturah terus meminjam telefon bimbit seorang jemaah masjid dan menghubungi ibunya.

Setelah mendapat penggilan berkenaan, ibu dan bapanya terus bergegas ke masjid berkenaan untuk menjemput Masturah.

Menurut wakil calon, Rohayu Rosli yang turut menziarahi Masturah di rumahnya (gambar) setelah dibawa pulang, Masturah kelihatan lemah dan tidak mampu bercakap banyak.

Beliau juga tidak dapat mengingati bagaimana beliau boleh berada di masjid tersebut dan apa yang berlaku selepas beliau membeli kredit tambahan telefon bimbitnya di sebuah kedai di Pangsapuri Pantai Permai, tempat beliau hilang.

"Keadaan dia memang lemah, nampak letih. Kami sampai rumah dia, tengok mak dia tengah suapkan makan.

"Masturah dapat mengingati kami dan saya tanya dia ingat tak apa yang berlaku. Dia kata tak ingat. Yang dia ingat dia beli top up, lepas tu bila terjaga dia dah ada di masjid," ceritanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Rohayu, ibu bapa Masturah berada di pangsapuri Pantai Permai untuk menemui seorang uztaz, bagi meminta pertolongannya mencari Masturah sewaktu menerima panggilan Masturah.

Sebelum itu, ibu bapa Masturah bersama-sama Pro-M mengadakan solat hajat di dataran hadapan Dewan Tunku Canselor.

Rohayu berkata, keadaan Masturah sewaktu ditemui sama seperti sebelum beliau hilang iaitu berbaju kurang batik, tudung merah jambu dan kot labuh.

Masturah hadir ke UM tengah hari ini

Sementara itu, menurut Rohayu, Masturah akan pergi ke kampus UM bersama-sama ibu bapanya untuk bersama-sama menyaksikan proses pembuangan undi hari ini.

"Tengah hari ini Masturah akan datang ke kampus tapi bersama ibu bapanya sebab mak dia memang sangat risau keselamatan dia sekarang ni, takut apa-apa berlaku lagi," katanya.

Tambahan pula ujarnya, hari ini merupakan hari kemuncak kepada pilihan raya kampus.

Merlimau : Apabila hanya 30 orang hadir ceramah Umno , polis diguna halang ceramah PAS yang dihadiri 5000 orang

UMNO TAKUT : Program Ceramah PAS Merlimau Dihadiri 5000 Orang Sekalipun Cuba Dibatalkan

Program ceramah Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang dan Sdra. Mohd Sabu di Merlimau Utara berjaya juga diadakan sekalipun ianya cuba disekat oleh pihak polis yang pada awalnya telah mengarahkan supaya program tersebut dipindahkan atau dibatalkan

Beberapa pimpinan PAS telah berhujjah dengan Ketua Polis Daerah Jasin yang kemudiannya mengizinkan ceramah diteruskan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

GB telah turut bersama berhujjah kepada pihak polis berkenaan dan bertanyasamada kedatangan mereka untuk menyekat program ceramah PAS tersebut adalah sebenarnya datang dari "arahan pihak tertentu,"

ketua polis tersebut sekadar tersenyum dan mengakuinya dengan menyatakan "saya tidak perlu ulas dan tak perlulah bagitahu siapa yang mengarahkannya."


Program ceramah diteruskan dengan kehadiran lebih dari 5 ribu orang rakyat tempatan dimulai dengan ucapan Sdra Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari yang melahirkan rasa kesal dengan tindakan UMNO memperalatkan pihak polis bagi menganggu program PAS.

"Sedangkan mereka menggunakan kemudahan awam seperti bangunan Politeknik tanpa sebarang sekatan," ujarnya.

Mohd Sabu di dalam ceramahnya pula meminta rakyat Merlimau untuk menolak UMNO di dalam pilihanraya kecil 6 hb Mac ini supaya seorang pembangkang dari PAS dapat bersuara di dalam dewan undangan negeri Melaka.

Beliau menegaskan bahawa apabila demokrasi cuba disekat, maka tragedi Mesir, Tunisia, Bahrain dan lain-lain akan berlaku dan sepastinya ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Beliau juga membidas pihak UMNO yang menuduh kononnya PAS kuda tunggangan DAP untuk disebarkan di kalangan orang Melayu, sedangkan dalamasa yang sama pihak MCA menuduh DAP kuda tungangan PAS di kalangan orang bukan Melayu.

Bekas Pengerusi GERAK yang juga Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus turut berceramah dengan mengajak pengundi di Merlimau supaya membuat pilihan yang betul di hari pengundian nanti. Beliau menjelaskan bahawa tiada rasuah mega di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Yang ada ialah sekeping kek yang dihadiahkan kepada TG Nik Abdul Aziz dianggapkan rasuah oleh Pemuda UMNO yang ketandusan modal dan dilaporkan kepada pihak SPRM.

Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis berkenaan menyatakan bahawa PAS berbeza dengan UMNO dimana UMNO tidak memperhitungkan nilai pahala dan dosa di dalam kehidupan berpolitik.

Semepena sambutan Maulidir-Rasul, kita sepatutnya mengambil pelajaran dari kehidupan Rasulullah supaya membina cara hidup yang diredhai Allah s.w.t.

Islam yang berkembang di Malaysia yang bermula di Melaka adalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

Perjuangan menentang penjajah di Melaka pada tahun 1511, kemudian kebangkitan rakyat menentang penjajah Belanda dan Inggeris selepas menentang Portugis membuktikan "rakyat" telah menentang penjajah lebih awal dari UMNO yang hanya memulakan penentangannya kepada Inggeris pada 1946.

Program ceramah PAS di Merlimau tersebut sekali lagi cuba diganggu oleh UMNO yang juga mengadakan program ceramahnya selang beberapa meter dari program PAS. Program tersebut lansung tidak diganggu oleh polis dan ianya hanya dihadiri sekitar 30-40 orang.



Beberapa pimpinan PAS termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Sdra Adly Zahari berhujjah dengan OCPD Jasin

Sdra Adly memulakan majlis ceramah

Mohd Sabu menyampaikan ceramahnya

Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang
Mohd Nazree Mohd Yunus
Antara hadirin yang mendengar /

Azizulhasni muncul juara keirin Piala Dunia di Manchester

Tahniah : Azizulhasni juara Piala Dunia walaupun cedera.....


SEORANG petugas wanita membantu Mohd. Azizulhasni yang cedera akibat tertusuk kayu ketika berlumba di Manchester, England semalam.

MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.

Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.

Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini.

Video : Cerita Ro$mah semasa menjadi isteri TPM


http://img91.imageshack.us/img91/589/rosmah.pngLokman telah men'dedah'kan cerita sensasi bahawa DS Wan Azizah semasa menjadi isteri TPM memakai baju mahal. Isi ceramah Lokman sejak keluar dari KeAdilan, tidak ada isu lain isu ini sahaja diulang-ulang.

Kali ini ulangan isi ceramah Lokman mendapat liputan Utusan Meloya tambah meloyalah cerita itu. Di atas video cerita RO$MAH semasa menjadi isteri TPM. Kenapa Lokman tidak berani dedah? dedahlah

Pemuda PAS Parit Buntar mampu himpun pemuda

Himpunan 30 Ribu Pemuda



PARIT BUNTAR, 20 Feb. : Pemuda PAS Parit Buntar telah menghantar 100 orang pemuda bagi menghadiri Himpunan 30,000 Pemuda PAS yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Pusat yang bertempat di Kompleks PAS Kedah, Simpang Empat Alor Setar. Sebanyak 2 buah bas dan beberapa buah kereta telah bersama-sama menuju ke destinasi tersebut.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, rombongan daripada Pemuda PAS Parit Buntar ini dihimpunkan daripada beberapa cawangan di sini.

"Mereka yang pergi ke program Himpunan 30,000 ini merupakan petugas yang akan bekerja untuk menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

" Justeru kami ingin semarakkan semangat mereka dengan hadir ke program ini" katanya lagi.

Pemuda Parit Buntar begitu bersemangat melihat puluhan ribu Pemuda PAS dari seluruh negara yang hadir.

Program bermula dengan ucapan pimpinan bekas ketua pemuda pusat seperti Mohammad Sabu, Salahudin Ayub, Abu Bakar Chik dan lain-lain lagi.

Program yang bermula pagi hingga petang itu turut menampilkan persembahan daripada Bob Lokman, Radhi Melissa, Pak Long dan ramai lagi.

'Insya Allah semarak kebangkitan program tersebut akan kami bawa ke Parit Buntar sebagai mempersiapkan jentera pilihanraya PAS.

"Selepas ini kita akan merancang akan mengadakan program yang besar di Parit Buntar bagi menghimpunkan seramai mungkin pemuda PAS di Parit Buntar. Kita sasarkan 1000 pemuda untuk sedia bertugas dengan PAS pada pilihanraya yang semakin hampir ini." katanya lagi.



Kerdau: PAS putus calon Selasa, naib presiden antara pilihan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9vGcqdrOmFpBh_NwD0izx_bwB6uKwwsrzt4eKfiQOv8vGCIeFpEeXbKy63j1A7X0iGwDmSYKjIX5q07pvSdnfj6ICIeD-07T0Je2KcCBHD7KK01BlDO4RJ9ZgA8zCQ_Ilg0-EuurGWzlg/s400/amanat+tuan+ibrahim.jpgKUALA LUMPUR — PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

“PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla Tuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau.

Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, “biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini.”

Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau.

Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka.

Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.

Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.

“Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau,” katanya lagi.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini.

“Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya,” kata Adnan.

Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.

Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.

“Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.

“Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi,” katanya.

Pentadbiran UM kena ambil tanggungjawab

Calon Hilang: Pro-M mahu pentadbiran UM bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) hari ini menuntut pihak pentadbiran universiti bertanggungjawab di atas kehilangan seorang calon kerusi umum Pro-M, Masturah Abu Bakar.

Masturah dilaporkan hilang oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di pangsapuri Pantai Permai, kira-kira jam 4.15 petang semalam.


Berikutan kehilangan itu, Nurhanis membuat laporan polis di balai polis Pantai, jan 12.20 malam tadi, selepas enam jam kehilangannya.


Menurut laporan Nurhanis, Masturah bersama beberapa orang wakil calonnya menziarahi rakannya di pangsapuri berkenaan jam 3.15 petang semalam untuk meminta rakan-rakannya di luar kampus turun mengundi esok.


Sepanjang tempoh ziarah tersebut, mangsa dan beberapa orang rakannya menyedari mereka telah diekori oleh beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dari jarak yang jauh.


Hanis menceritakan bahawa Masturah turun untuk membeli kredit telefon bimbitnya di kedai berhampiran blok D dan mangsa menyuruhnya menunggu di blok E.


"Setelah kira-kira 10 minit menunggu, saya mendapati Masturah tidak juga kelihatan dan telefon bimbitnya gagal dihubungi," ceritanya.


Manakala satu lagi laporan polis dibuat oleh seorang lagi wakil calon, Rohayu Rosli berhubung panggilan telefon berbau ugutan yang diterimanya jam 11.15 pagi hari ini.


Individu yang membuat pangilan berkenaan mengugut Rohayu supaya tidak melaporkan kes tersebut kepada polis sekiranya mahu mangsa selamat.


200 berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor


Sementara itu, sekumpulan Pro-M berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor (DTC) petang tadi bagi menyerahkan memorandum menuntut pihak universiti bertanggungjawab di atas kehilangan itu.


Memorandum berkenaan juga membantah tempoh kempen yang diadakan pada waktu cuti, ketika kebanyakan pelajar tiada di kolej kediaman.


Perhimpunan dan serahan memorandum tesebut diketuai Pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah.

Mari baca perangai sawan Umno yang semakin terdesak

Presiden Pas diserang di Felda... UMNO Dungun naik sawan!



Di perhimpunan Warga Felda Terengganu yang diadakan di Gugusan Felda, Kerteh Satu, Ketengah Jaya, Paka, Terengganu mencatatkan sejarah keaiban tersendiri.

Program yang diadakan selepas solat jumaat itu yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu dibawah Lajnah Peneroka & Tanah Wilayah Terengganu dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) pada peringkat awalnya berjalan dengan baik tanpa ganguan.

Program bermula dengan sessi perasmian dengan ucapan YB Datuk Tengku Hassan selaku Tim. Lujnah Peneroka & Tanah wilayah Pas Terengganu, diikuti dengan ucapan Pengerusi ANAK, saudara Mazlan Aliman dan perasmian oleh Tim. Pesuruhjaya Pas Terengganu.

Program yang dihadiri oleh lebih 500 orang peserta dari peneroka gugusan Felda berdekatan berjalan dengan baik. Sessi pembentangan diadakan oleh Pengerusi Lajnah Peneroka & Orang Asal PKR Pusat iaitu Tuan Haji Suhaimie Said.

Berdasarkan pengalaman beliau dan pembentangan yang jelas member semangat baru kepada peneroka dalam memahami dan menuntut hak-hak mereka sebagai peneroka.

Kertas pembentangan beliau itu diulas oleh Sdr Abdul Rahman, selaku wakil peneroka dari Felda Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Penyalaras saman Felda.

Mazlian Aliman selaku Pengerusi ANAK
Sessi Pembentangan di petang Jumaat

Peserta khusyuk mengikuti pembentangan
Selepas dialog selesai, seramai 135 orang warga Felda Gugusan Kerteh 1-6 akan memfailkan Saman kepada pihak Felda diatas kegagalan Pihak Felda untuk menyerahkan kembali duit caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 yang gagal dipulangkan semula oleh pihak Felda.

Seramai 26 orang pula dari Felda Kerteh dua akan memfailkan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan geran hak milik mereka yang hingga kini masih belum dikeluarkan meskipun mereka telah lama melangsaikan hutang mereka.

Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh Pihak Felda dan pihak UMNO didalam gugusan Felda tersebut. Bagi UMNO, Felda merupakan talian hayat politik mereka.

Mereka cuba sedaya upaya agar rakyat tidak mendengar penjelasan dan penerangan dari Pas. Sehari sebelum Konvensyen Himpunan Warga Felda itu diadakan, mereka sudah menyebarkan pelbagai risalah fitnah terhadap Pas dan khususnya terhadap Mazlan Aliman yang dilabelkan sebagai “ Pengkhianat Negara”.

Para peneroka diugut agar tidak menghadiri program anjuran Pas tersebut. Nampak sangat gelabah dan rasa takut mereka dengan perkembangan kebangkitan peneroka yang sudah memahami hak-hak mereka.

Pada malam tersebut satu Ceramah Umum sempena Himpunan Warga Felda itu diadakan ditapak Konvensyen tersebut. Ceramah yang membariskan penceramah dan pimpinan seperti Pengerusi Dun Paka, Mazlan Aliman, Cikgu Normala Sudirman, Saifuddin Nasution dan Ucapan utama oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Banguna Dewan Sekolah di Belakang menjadi tempat serangan & ganguan UMNO
Tetapi amat malang dan memalukan, apabila pihak UMNO memperalatkan FELDA dengan tergesa-gesa menganjurkan Forum Maulidurrasul di Dewan Sekolah Felda Kerteh satu yang bersebelahan dari tapak ceramah Pas.

Bermula jam 9.30 malam maka pertembungan pembesar suara dari kedua belah pihak sehingga ke 12 malam. Mereka mensabotaj dan menyerang kepimpinan Pas dan memuji UMNO sepanjang forum tersebut.

Walaupun program mereka didalam dewan dan dihadiri oleh sebilangan kecil peserta dikalangan wanita dan kanak-kanak termasuk veteran UMNO tetapi mereka menghalakan 4 horn speaker kearah pentas Pas.

Banyak tempat dalam gugusan Felda itu kenapa dipilih berdekatan dengan program Pas. Banyak hari yang ada untuk forum Maulidurrasul, kenapa dipilih malam yang sama.

Pihak Polis sendiri membantah tetapi pihak UMNO masih lagi keras kepala untuk mengadakan disitu. Program itu turut sama dihadiri oleh Ahli Parlimen Matulidi.

Ia menggambarkan betapa pimpinan UMNO dah naik sawan akibat kebangkitan semula rakyat untuk member sokongan kepada Pas dan merampas kembali Terengganu daru tangan UMNO dalam pilihanaraya ke 13 nanti.

Bahkan ramai dari kalangan UMNO sendiri terasa malu apabila sikap sombong, angkuh dan keras kepala pimpinan mereka yang nak berlawan dengan program PAS.

Walau bagaimanapun program Pas tersebut berjalan lancar dengan kehadiran melebihi 6 ribu pendengar yang ingin mendengar penjelasn dan penerangan dari pimpinan Pas secara live. Semoga ianya menambahkan lagi gerakan PGU (Pas Ganti UMNO) di Terengganu.-/ Oleh Ust Saiful Bahri

Sepakat tumbangkan BN

NGO di Malaysia sepakat bersama PR jatuhkan BN dalam pilihanraya akan datang

Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan. -HRKH

Kisah sedih rakyat Sarawak dibelasah samseng belaan

Sarawak Di Perintah Oleh Samseng, Ini Buktinya..

Minggat yang dibelasah oleh pembalak

PEMERINTAHAN PENYANGAK DI BUMI SARAWAK

Gambar-gambar Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat yang sungguh memilukan umum di seluruh dunia telah menceritakan sendiri tentang masalah-masalah di Sarawak.

Kedua-dua anak beranak ini telah dicederakan dengan teruknya pada malam 14 Februari 2011 oleh para pembalak, yang telah
mencerobohi hutan di tanah hak adat mereka.

Minggat telah ditinggalka nyawa-nyawa ikan di anak-anak tangga pejabat pengurus syarikat dan kini menunggu masa untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan beliau menceritakan kejadian yang menimpanya, manakala anaknya pula berjaya merangkak untuk melarikan diri di dalam malam yang gelap, untuk mendaptkan bantuan kaum keluarganya di rumah panjang.

Nasib masih menyebelahi mereka kerana kedua-dua mangsa berkenaan sedang dirawat di hospital di bawah kawalan rapi polis, kerana mereka direman atas kejadian itu.

Sementara itu, tiada sebarang siasatan atau tangkapan dilakukan ke atas para penyerang mereka, walaupun ibu pejabat mereka di Sungai Rusa dikenali ramai.

Sebelum itu, Minggat dan keluarganya pernah membuat banyak laporan polis beberapa tahun yang lalu mengenai pembalakan haram yang dijalankan di kawasan mereka tetapi polis tetap berdiam diri.

Hak-hak Orang Asal tidak dihiraukan oleh pihak-pihak yang berwibawa

Ketidakadilan yang dialami oleh Minggat dan keluarganya adalah perlakuan pihak-pihak yang memerintah. Isteri Minggat, Jelembai, yang mengatakan bahawa suaminya mempunyai peluang yang tipis untuk pulih sepenuhnya, telah memberikan keterangan kepada Radio Free Sarawak dalam temubual eksklusif: “Semua orang kini gentar menghadapi samseng-samseng ini”

Menurut Jelembai, suaminya pernah beberapa kali membuat laporan mengenai pembalakan haram itu kepada pihak-pihak polis, Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Kerja Raya, dan sehingga bulan Disember tahun lalu, di mana dia mengadu bahawa kawasan-kawasan huma dan denai-denai ke dusun mereka dirosakkan oleh para penceroboh itu.

Namun, pihak-pihak tempat mereka mengadu itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas samseng-samseng yang mengasari dan juga mencerobohi kawasan komuniti Iban itu.

Setelah tidak tahan lagi dengan pencerobohan yang berterusan ke atas tanah NCR mereka di Sungai Rusa dan Sungai Kuba (Kiba), kedua-dua beranak berkenaan telah memutuskan untuk berjumpa pihak pengurusan syarikat pembalakan pada petang 14 Februari.

Mereka berharap dapat merundingkan sebarang pampasan-pampasan dari pihak syarikat. Namun tujuan mereka ke pejabat syarikat berkenaan telah mendedahkan mereka kepada serangan.

Kegagalan pihak polis

Jika pihak polis ingin memelihara keamanan, mereka seharusnya telah bertindak dan mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke kem pembalakan berkenaan, dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat.

Namun, memandangkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu komuniti, kedua-dua Minggat dan anaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi para pembalak itu.

Serangan yang telah dikenakan ke atas kedua-dua Minggat dan Juan telah menunjukkan betapa yakinnya syarikat-syarikat pembalakan bahawa kegiatan pembalakan haram mereka tidak dapat dihentikan oleh sesiapa.

Para samseng ini merupakan penguatkuasa kepada dasar Taib untuk merampas hak-hak orang tempatan, dan pihak polis dan pihak-pihak berwibawa yang lain kini tahu bahawa pemeliharaan undang-undang bukanlah tanggunjawab mereka lagi.

Pemerintahan gerombolan penyangak

Sarawak Report kini telah percaya bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan.

Samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, dan BN tidak boleh berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa.

Hanya pada hujung minggu lalu sebuah kejadian yang menakutkan telah dialami oleh penduduk-penduduk Rumah Ranggong, di mana terdapat segerombolan samseng yang diangkut menggunakan dua buah bas telah diletakkan dalam keadaan berkawal di hadapan rumah-rumah panjang berkenaan.

Para penduduk percaya bahawa samseng-samseng itu telah diupah oleh syarikat Niamas Istimewa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat BLD Resources, yang membalak di kawasan berkenaan untuk menakut-nakutkan para penduduk di situ.

Pada kejadian ini pihak polis telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian, dan kedua-dua pihak telah berada jauh di antara satu sama lain.

Tetapi kenapakah samseng-samseng yang bersenjata itu tidak dihantar balik ke Sibu, dan syarikat pembalakan penaung mereka tidak disiasat?

Ini kerana selama bertahun-tahun lamanya orang-orang seperti ini telah digunakan oleh Taib Mahmud untuk melakukan kerja-kerja kotor di seluruh bumi Sarawak.

Misi mereka hanyalah untuk menimbulkan rasa takut di kalangan orang-orang tempatan dan empunya tanah-tanah NCR supaya kroni-kroni Taib dapat membalak dan menjual kayu-kayu bernilai tinggi untuk membolehkannya dan juga keluarganya bertambah kaya.

Kini kekerasan yang mereka lakukan telahpun dirakamkan, dan taktik-taktik sedemikian tidak dapat mereka lakukan secara tersembunyi.

Akhirnya mereka membalas serangan

Pada bulan lepas sebuah perkampungan telah diberikan amaran menerusi telefon bimbit bahawa segerombolan samseng 20 orang telah dihantar untuk menakut-nakutkan komuniti di situ, dan dengan panggilan-panggilan telefon komuniti di situ berjaya mendapat sokongan seramai 500 orang kampung untuk mengelilingi dan menangkap para penceroboh mereka itu.

Kes-kes seperti inilah yang ditentang hebat di mahkamah dengan bantuan ketua pembangkang PKR, peguam hak asasi orang asal Baru Bian dan rakan-rakan peguam hak asasi kemanusiaannya.

Dan pada hari juga sebuah lagi kes tanah NCR telah yang menang menentang Kerajaan Negeri di mahkamah Kuching dan jumlah pampasan yang besar dijangka akan dituntut daripada syarikat pembalakan yang terbabit. Masa berlalu begitu pantas untuk Abdul Taib Mahmud./Sarawak Report