Friday, March 18, 2011

Anak pemimpin Umno Perlis dituduh miliki dadah

MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kangar semalam.
Anak Exco kena dakwa miliki dadah

KANGAR – Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu.

Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Faizal Nazaruddin

Bendul sungguh blogger Umno, Rolls Royce Taib Mahmud dikatakan sama harga dengan Kancil 2nd hand

AKIBAT TERLEBIH AMPU,BLOGGER BN ANGGAP ROLLS ROYCE TAIB SEMAHAL KANCIL 2ND HAND

Tatkala Pilihanraya Negeri Sarawak semakin menghampiri tarikhnya,kerajaan PBB Sarawak dilihat berhadapan dengan pelbagai pembongkaran berterusan mengenai kekayaan demi kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri,Pehin Seri Taib Mahmud yang sering dilaporkan oleh Sarawak Report kebelakangan ini.

Petanda jelas yang menakutkan Taib semestinya kekalahan sekutu PBB di Sarawak iaitu SUPP yang tewas di tangan DAP dalam Pilihanraya Kecil Sibu tahun lalu.Penulis tidaklah mahu mengulas lanjut mengenai kekayaan melampau Taib,memandangkan pemahaman penulis dalam isu ini hanyalah sama dengan para pembaca lain, sekadar membaca dan memerhati laporan-laporan yang datang daripada sebelah Malaysia Timur.Malah, kurangnya para bloggers Pakatan Rakyat di Sarawak berbanding bloggers BN mungkin menjadi faktor penting mengapa isu-isu setempat di Sarawak tidak dapat disampaikan dengan baik kepada rakyat.


Apapun,satu perkara yang menarik perhatian penulis mengenai blogger Barisan Nasional di Sarawak adalah mengenai satu tulisan yang dianggap bersifat mengampu ke atas Taib Mahmud oleh Blogger The Real Sarawak,yang dipromosikan oleh blogger pemfitnah terulung Papa Gomo dalam blognya.Dan dari situlah penulis dapat membaca ampu dan bodek blogger Sarawak tersebut terhadap Taib Mahmud.


Menggunakan tajuk yang agak sensasi, "
Rahsia Sebenar Kereta Rolls Royce Ketua Menteri Sarawak", berikut penulis paparkan kembali penulisan blogger tersebut:


Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah hampir. Belum pun sidang DUN Sarawak dibubarkan oleh Ketua Menteri, pihak pembangkang yang ghairah mahu menawan Sarawak sudah menyerang Barisan Nasional Sarawak bertalu-talu, terutamanya Pehin Seri Taib Mahmud sendiri.
Pembangkang mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud yang didakwa memiliki puluhan buah kereta mewah berjenama Rolls Royce. Beliau dilihat mewah memandu Rolls Royce setiap hari. Selain itu, bermacam-macam lagi tohmahan yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadapnya.
Persoalannya, mengapakah pihak pembangkang menjadikan Taib Mahmud sebagai “subjek” untuk diserang? Benarkah beliau memiliki begitu banyak kereta Rolls Royce? Benarkah baru-baru ini beliau ada membeli kereta Rolls Royce baru?
“Biar kamek madah apa yang benar..Siapa sik kenal ya Taib Mahmudnya tek. Nya Ketua Menteri Sarawak yang paling lama memerintah di siya. Ramei orang madahnya kaya raya. Benar kah kedak ya? Biar kamek madah kebenaran ya..jawapan ya...Sik!”
Sebenarnya, Taib Mahmud tidak memiliki puluhan kereta mewah. Benar dia memiliki Rolls Royce. Namun keretanya itu lebih layak diletakkan di muzium sahaja. Kereta Rolls Royce terbaru yang dimilikinya dibeli pada 1993, di mana kereta tersebut sudah uzur dan tua. Tombol untuk membuka pintu kereta tersebut pun sudah rosak. Ianya merupakan kereta “second hand” yang dibeli setelah kereta itu tersadai lama tidak digunakan.
Itu faktanya. Jika tidak percaya, pergilah selidik sendiri di rumah Pehin Seri Taib Mahmud. Sebuah lagi kereta Rolls Royce yang dimiliki dibeli berusia pada 1945. Sebuah lagi kereta yang patut diletakkan di muzium negeri Sarawak. Berapa harga kereta tersebut di zaman ini?
Penulis fikir, ianya tidak lebih dari harga sebuah kereta kancil “second hand”! Dakwaan yang mengatakan beliau ada membeli kereta baru Rolls Royce terbaru baru-baru ini adalah “bulak” semata-mata!
Sebenarnya, Pehin Seri Taib Mahmud terpaksa menggunakan kereta-kereta tuanya itu setiap hari untuk mengekalkan “maintenance” kenderaan tersebut. Kereta baru pun, jika tidak digunakan, pastinya baterinya akan “mati”, “oil pump”nya pun akan tersumbat dan rosak. Apatah lagi kereta tua yang susah mendapat alat ganti itu? Oleh itu, mahu tidak mahu, Taib terpaksa menggunakan kereta Rolls Royce tersebut. Itu faktanya.
Untuk maklumat tambahan pembaca, Taib Mahmud tidak pernah memperuntukkan sebuah kereta pun untuk kegunaan rasminya sebagai Ketua Menteri. Ketika mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Kelantan dan Kedah hebat menikmati kereta mewah yang baru (brand new!), Pehin Seri Taib Mahmud hanya menggunakan kereta sendiri untuk kegunaan rasminya.
Meskipun Kerajaan Negeri Sarawak mampu membeli kereta yang lebih hebat dan mewah, Taib Mahmud “is always the old fashion way”, dan pada beliau, tidak perlu menghabiskan wang negeri untuk kemewahan dirinya.
“Jadi, siney benar ya apa yang di madah pihak pembangkang? Sidaknya bulak kan kitak idup-idup! Iboh jak percaya apa yang dimadah pembangkang ya. Udah banyak benar bulak sidak ya di semenanjung, kitak mahu sidaknya bulak di Sarawak pula, kah?”

kereta rasmi Taib Mahmud dan kereta rasmi
Sarawak untuk mengangkut Muhyiddin Yassin

Pada pendapat penulis,blogger Sarawak yang menganggap kereta mewah Rolls Royce Taib Mahmud sebagai kereta yang layak diletak di muzium adalah kurang kena pada tempatnya.Menurut penulis tersebut (jika benar),kereta Taib Mahmud itu adalah kereta keluaran tahun 1993,selain keluaran tahun 1945.

Kononnya,Taib Mahmud telah membeli kereta Rolls Royce 1993 second hand yang tersadai dan rosak,di mana kereta tersebut tersangatlah uzur dan tercabut tombol pintunya.

Sedih juga cerita Taib Mahmud tersebut.Tetapi blogger yang terlebih memuji Taib itu mungkin terlupa,bahawa walaupun kereta yang dibeli Taib hanya layak tinggal di muzium,tetapi harga kereta mewah seperti Rolls Royce jarang mengalami kejatuhan harga yang melampau.Malah,kadangkala kereta klasik tahun 1945 mungkin akan menjadi lebih mahal daripada kereta yang baru.

Usahlah penulis blog itu mengatakan bahawa Rolls Royce Taib yang dibeli pada tahun 1945 itu hanyalah semahal sebuah kereta kancil yang buruk!Nampak sangat menipunya bak kata Usop dalam cerita Hantu Kak Limah.Jika harga kereta antik mewah seperti Rolls Royce adalah semurah kereta kancil,penulis sendiri akan membelinya sebagai kenang-kenangan di halaman rumah.

Artikel yang dicilok bebas dalam web Indonesia ini mungkin memberikan kita bayangan bahawa Rolls Royce bukanlah bertaraf sebuah kereta kancil buruk:

Di antara ratusan mobil di arena pameran, penampilan Rolls Royce Phantom warna silver-lah yang agaknya menjadi bintang tersendiri. Tampil “angkuh” dengan bodi yang amat mengilap, mobil yang hanya sanggup dimiliki kalangan super kaya ini dipamerkan bukan oleh pabrikannya, tetapi oleh Ivan’s Motor, yang kondang di Jakarta sebagai importir mobil CBU.


Mempergunakan mesin berdaya 6.750 CC, kecepatan puncak Phantom tidaklah istimewa, yakni 240 Km/jam alias di bawah Ferrari dan Lamborghini. Namun Rolls Royce memang tidak didesain sebagai mobil untuk adu cepat, melainkan sisi kemewahan dan keangguhan. Tentu saja, teknologinya pun tetap kelas atas. Banyak bagian mobil ini dikerjakan dengan tangan, menghabiskan ribuan jam kerja dengan ketelitian super tinggi. Termasuk logonya yang sangat khas itu.

Harganya? Di Inggris ia dipasarkan seharga 325.000 poundsterling atau hampir Rp 5 miliar rupiah dengan kurs Rp 15.000/poundsterling. Jika sudah masuk Indonesia, harganya dipastikan melonjak hampir 3 kali lipat atau hingga Rp 12 miliar. Itu berarti setara dengan harga 50 unit Kijang Innova varian G seharga Rp 250 juta-an.

Tak heran jika di Indonesia, hanya segelintir orang yang mampu memiliki Rolls Royce, termasuk Putra Sampoerna, eks pemilik pabrik rokok PT HAM Sampoerna Tbk. Tunggangannya adalah Silver Spurs, kasta termewah Rolls Royce, yang seluruh produknya memang mewah itu.


Baiklah.Artikel ini dikeluarkan oleh sebuah akhbar Indonesia,ketika mengulas tentang sebuah pameran kereta mewah di Indonesia beberapa tahun yang lalu.Apa yang menarik perhatian penulis adalah tentang kos pembelian yang meningkat tiga kali ganda berbanding negara asal tempat sesebuah kereta mewah tersebut dibeli.


Di Malaysia,kereta Roll Royce model terbaru menelan harga hampir RM2 juta apabila penulis melakukan sedikit survey.Akan tetapi,untuk kereta dalam lingkungan umur kereta Taib (mengikut blogger BN tahun 1993),harganya berada dalam lingkungan RM200 000.



kereta tahun 1991,harganya masih mengatasi kebanyakan
harga kereta tempatan
Jika di luar negara pula,harganya berada dalam lingkungan $30 000 Dollar USD.Ini bermakna,harganya di Malaysia berada dalam lingkungan RM100 000,tidak termasuk kos pengangkutan dan lain-lain cukai. (Taib Mahmud mungkin beli Rolls Royce pakai AP):


Perlu diingatkan,harga RM200 000 ini,adalah harga pada hari ini.Ini bermakna sebuah kereta berumur hampir 20 tahun lepas,harganya pada ketika ini adalah sekitar RM200 000.Tetapi,adakah Taib membelinya hari ini? Sudah tentu tidak.Katakanlah Taib membeli keretanya itu sepuluh tahun lepas,dalam lingkungan tahun 2000.

Ini bermakna,untuk membandingkan harga kereta pada tahun 1993 yang dibeli Taib itu yang dibeli sepuluh tahun lepas,kita boleh merujuk harga kereta tahun 2000 sebagai perbandingan.Hasil carian,harga kereta Rolls Royce pada hari ini untuk model sepuluh tahun lepas adalah:


Kereta tahun 2000 pada tahun 2011 adalah sekitar $70 000 ataupun sekitar RM 210 000 .Ini belum termasuk lain-lain kos.Mungkin ianya mencecah RM300 000 untuk sebuah.Kemudiannya,blogger itu mengatakan bahawa Taib membeli kereta yang uzur dan daif.Jika demikian,harganya juga berada dalam lingkungan ini kerana Taib semestinya terpaksa melakukan pembaikian secara menyeluruh terhadap kereta itu.

Secara umumnya,penulis bukanlah mempunyai kearifan yang tinggi dalam bidang jual beli kereta ini.Akan tetapi,apabila blogger tersebut mengatakan bahawa kereta yang dibeli Taib Mahmud hanya setaraf Kancil second hand,di situlah penulis mencongak-congak!

Jika benar,lebih baik penulis kumpulkan wang sekitar lima enam ribu ringgit daripada sekarang.Mungkin tahun depan penulis sudahpun memandu sebuah kereta mewah Rolls Royce!


Jika diikutkan blogger BN,sebuah Rolls Royce 1940 an hanyalah
bersamaan dengan nilai sebuah kereta Kancil 2nd hand.Mahal
juga Kancil 2nd hand di Amerika ya?

kamisokongpas

Athirah belasah Rosnah Ketua Puteri yang angkuh

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/athirah.jpgKUALA LUMPUR, 18 Mac: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi relevan sebagai angkuh.

Athirah berkata, sebagai pemimpin muda, Rosnah tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati hak rakyat untuk memilih mana-mana parti politik.

"Ia adalah suatu kenyataan yang terlalu angkuh daripada seorang pemimpin muda dalam Umno yang hakikatnya baru bertatih mengenali dunia politik sebenar.

"Kenyataan yang lahir daripada kedunguan dan emosi politik yang terkongkong malah tidak selari dengan perkembangan semasa negara dan dunia yang setiap hari menolak corak pentadbiran dan pemerintahan kuku besi serta monopoli oleh elit-elit politik tertentu yang lazimnya menjadikan rakyat sebagai bahan permainan dan perbodohan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Athirah juga berkata, Rosnah sebenarnya takut dengan pelbagai tawaran Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan rakyat.

"Bila dia kata PR sudah tidak relevan, Rosnah sebenarnya sedang menampakkan ketakutan dan kegusarannya terhadap pelbagai program Pakatan Rakyat baik yang telah dilaksanakan di peringkat negeri-negeri pentadbiran PR mahupun agenda 10 Janji Jingga PR," katanya.

Tambahnya, kenyataan Rosnah sebenarnya hanya mengambil sikap emosi dan prejudis melulu sebagai seorang pemimpin muda Umno BN yang terdesak memastikan survival mereka khususnya dalam PRU13 akan datang.

Athirah yang juga Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Pusat itu juga berkata, Rosnah telah menyinggung perasaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada PR sehingga memerintah di beberapa buah negeri dalam Malaysia.

"Sebagai Timbalan Menteri, Rosnah sewajarnya lebih memposisikan diri untuk kepentingan rakyat tanpa mengira mereka itu penyokong parti mana.

"Adalah suatu yang amat malang mempunyai seorang pemimpin muda seperti Rosnah yang gagal memahami maksud sebenar sebuah negara yang baik dengan sistem demokrasi yang juga baik serta subur," katanya lagi.

Beliau turut mencabar Rosnah untuk berdebat berdasarkan fakta, bukan mengeluarkan kenyataan kepada media milik mereka sahaja.

"Rosnah juga barangkali tertipu dengan beberapa keputusan pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini yang disimpulkan sebagai pulihnya sokongan rakyat terhadap BN, sedangkan hakikatnya ia tidak begitu.

"Ini boleh kita syarahkan dengan lebih panjang lebar kalau Rosnah berani untuk berdepan secara hujah, bukan sekadar mengeluarkan pelbagai kenyataan kepada media proksi mereka.

Beliau turut menasihati Rosnah agar belajar menerima hakikat bahawa pembangkang yang baik sangat perlu bagi memastikan ketelusan perjalanan pentadbiran sesebuah negara tanpa ada salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan ketirisan.

"Peranan mana-mana atau sesiapa jua sebagai kuasa pembangkang tidak wajar diperlekehkan bahkan sebagai seorang pemimpin muda dalam fasa baru politik Malaysia, kita wajar lebih bersifat terbuka dan berfikiran positif.

"Pembangkang dalam status politik wajar dilihat sebagai kuasa check and balance. Dan ini semua gagal untuk dilihat dan difahami oleh Rosnah.

"Pakatan Rakyat memang sangat relevan dalam negara ini dan kita akan terus mencabar keangkuhan Umno BN," katanya.

Semalam, Rosnah dalam satu program Umno menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak lagi relevan dan konsisten.

Peguam Negara pun ada cerita dalam cerita..

'Jangan tolak masalah anda kepada kerajaan'

NONE“Jangan jadikan masalah peribadi anda sebagai masalah kerajaan.” - Itu nasihat yang diberikan oleh ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Phang, yang terkenal dengan kelantangannya bersuara berkata Gani pada 4 Januari lalu telah memberi taklimat kepada lima ahli panel SPRM. Pada perjumpaan itu, beliau memberitahu akan berurusan dengan media dan orang ramai bagi menjelaskan pemergian kontroversialnya ke tanah suci menunaikan ibadah haji.

"Dua bulan sudah berlalu sejak perjumpaan itu dan saya tidak lihat Gani tampil menjelaskan perkara itu.

"Seorang penulis blog mendakwa Gani dan keluarganya menunaikan haji dengan seseorang yang wataknya 'mencurigakan'. Saya tidak kata dia tidak jujur tetapi hanya mengulangi apa yang dimuat-naikkan dalam blog itu,” kata Phang.

"Tolong, jangan jadikan masalah perbadi anda sebagai masalah kerajaan. Tampil dan buat penjelasan kerana anda memegang jawatan yang berkuasa dan penting. Saya cuma membekalkan konduit bagi Gani untuk menjelaskan kepada orang ramai apabila berjanji berbuat demikian.”

NONEPhang, bekas ahli Transparency International berkata demikian semasa sesi teh tarik bagi menceritakan segala-galanya yang dianjurkan oleh Malaysian digest.com petang semalam.

Meskipun Phang tidak menamakan 'watak yang mencurigakan' itu, namun mengikut kebanyakan laporan, ia adalah Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Gani dibidas tahun lalu setelah timbul dakwaan di Internet bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM.

Phang yang antara mereka yang membidas Gani dan secara terbuka menuntut Peguam Negara itu menjelaskan kontroversi berkenaan. Namun, kedua-dua Gani dan Shahidan terus membisu.

Gani dikatakan telah membuat penjelasan kepada SPRM tetapi sesetengah anggota panel dikatakan terus tidak berpuas hati dengan penjelasannya.

Harta rakyat jadi harta mak bapak Umno


    • Jasmadi Sahadan Cuba PAS guna Sekolah Ren/Men buat program untuk Parti. Mesti kepoh...PAS guna sekolah kerajaan..bla bla bla. Itu yg sebenarnya YB IS cuba sampaikan kepada rakyat. Aku lebih respect UMNO Kedah kalau depa pi sewa mana2 dewan awam guna duit parti utk buat program mcm ni. Ini nak free je..harta kerajaan harta umno sesuka hati.
      2 hours ago ·
    • Ismail Salleh Umno adalah parti politik yang x boleh guna harta awam (sebagaimana parti2 lain x boleh guna harta awam untuk anjurkan program).
      about an hour ago ·
    • Pak Pandir aku selalu juga tengok berlaku di Pendang bila PAS buat program didewan MDP dan bayar sewa, dan bila UMNO buat program juga sewa dewan MDP bila PRteraju Kedah, tapi dulu haram tobat lahum masa BN perintah PAS dan Keadilan nak dapat sewa dewan MDP, tu lah baru nama pemerintahan adil. Cuma bayar sewa, semua boleh guna, kan itu harta awam. tapi disekolah hak kerajaan, kalau nak guna masukkan politik dalam sekolah, biar semua boleh guna, baru nama cerdik politik.
      about an hour ago ·
    • Kedah Lanie APA kata MB & EXCO buat sama program dalam sekolah...kalau boleh pie mintak kat sekolah yg UMNO buatkan tuu...
      about an hour ago ·
    • Mazhar Yusof UMNO mane nak sewa..nak untung la katakan..kalau tidak tak kaya le puak2 nih..
      44 minutes ago ·

Perkasa dan GAPS memperjuangkan dubur demi Umno

PERKASA dan GAPS guna isu pungkok untuk raih simpati politik!

Hah.. amek kau PERKASA dan GAPS! Hendak sangat meraih simpati melalak ke sana ke mari tapi tiada siapa yang ambil peduli kecuali pihak TV3Suku dan Utusan Meloya. Songkok saja tinggi, tapi akal yang Allah SWT anugerah, tidak digunakan dengan perkara yang bermanfaat.

NGOk-NGOk yang bernama PERKASA dan GAPS ini cuma berani melalak kepada tiang-tiang bangunan dan tembok. Itu pun dengan mendapat perlindungan polis. Dah kehabisan isu untuk meraih simpati, akhirnya isu pungkok pun dijadikan bahan untuk berdemonstrasi.

Memang sah golongan ini terdiri daripada puak jahiliyah. Manakan tidak, kes yang sedang dibicarakan dijadikan isu demonstrasi. Jahiliyah undang-undang! Inilah golongan yang menghina salah-satu prinsip Rukunegara, Kedaulatan Undang-undang. Memalukan keturunan anak-bini! Tibai Aspan, tibai!!!

Bergantung kepada dubur untuk 'mileage' politik

Saya terpanggil untuk memberi komen pendek tentang isu DNA Anwar yang hangat diperkatakan terutamanya kepada penggiat politik dan pertubuhan yang berkait dengan politik. Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan apa juga yang diperkatakan oleh sesiapa diluar mahkamah adalah salah dari segi undang-undangnya.

Biarkanlah mahkamah menyelesaikan isu itu dan lebih baik di sisi undang-undang dan di sisi etika nya agar pihak yang lain tidak masuk campur di dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA beliau. Undang-undang ada untuk menyelesaikannya.


Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNA nya itu secara otomatik akan dianggap sebagai tindakan politik. Takkan lah kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau untuk mengekalkan kuasa. Elok kita tunggu dan biarkan pihak mahkamah untuk melakukan apa yang sepatutnya.


Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan politik eloklah menggunakan isu lain untuk meraih sokongan dan janganlah kita menggunakan isu jelek ini untuk mendapatkan sokongan dan simpati orang ramai. Apa pun alasan yang diberikan oleh kumpulan yang mendesak ini ia tetap merupakan permainan politik yang tidak beretika.


Masakakan kumpulann yang menjerit-jerit meminta Anwar menyerahkan DNA itu mengambil tindakan yang betul dengan menggunakan kesempatan ini untuk melakukan tindakan yang desperado ini.


Kumpulan-kumpulan ini seolah-olah tidak berkeyakinan kepada mahkamah atau mahukan mahkamah untuk memutuskan keadilan mengikut kehendak demonstrasi jalanan. Terlalu ramai penggiat politik sekarang ini mengingatkan dubur dari mengingatkan perkara-perkara yang berfaedah yang lain.


Carilah isu lain untuk dijadikan bahan politik. Janganlah tunjukan sangat desperado kita di khalayak ramai.

Umno berlindung di belakang polis

Dun Perak: Jika sah, kenapa perlu dikawal ketat

KUALA LUMPUR 18 Mac: Pakatan Rakyat Perak meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April ini bebas daripada campur tangan polis.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diperlukan ekoran setiap kali berlangsungnya sidang Dun di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).

“Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami.

"Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan,” katanya yang dilapor TV Selangor.

Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas.

“Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan tarikh akhir pada 15 Mac untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih dijalankan secara telus dan adil.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April nanti.