Thursday, May 12, 2011

Pemimpin UMNO tonton video seks bersama isteri

Maslan Tonton Video Seks Dengan Isteri, Umno Taksub Dengan Anwar


KUALA LUMPUR 12 MEI : Umno menyambut ulangtahun ke 65nya semalam dalam keadaan masih taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sudah 13 tahun meninggalkan parti itu .

Serangan ke atas Ketua Pembangkang itu menjadi tumpuan utama di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan perwakilan diberikan naskah percuma buku berjudul Tuhan, Politik dan Seks' yang menfitnah Anwar dengan tuduhan jijik, menggunakan bahasa lucah.

Buku setebal 555 halaman adalah hasil penulis upahan Syed Hussein Al Attas. Ia diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan lasa bel “18SX”.

Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan memberitahu hadirin di satu forum bahawa beliau dan isterinya menonton video lucah Datuk T dan “yakin” pelaku itu adalah Anwar.”

Maslan tidak menerangkan keperluan beliau mengajak isterinya untuk sama-sama menonton video lucah 21 minit itu.

“Saya telah saksikan video itu dan yakin pelaku dalamnya adalah Anwar,” kata Ahmad Maslan di depan beberapa ulama Umno yang menyertai sebuah forum sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Sebelum itu ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.

Fathul berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu adalah dosa besar dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," kata beliau.

Namun segala pengamatan Fathul itu ditolak oleh Ahmad Maslan yang mendakwa Umno tidak terlibat dalam fitnah sebegitu.

Namun Ketua Penerangan itu alpha dan tidak menerangkan kenapa buku seks Syed Hussein yang menfitnah Anwar diberikan kepada perwakilan Umno.

Roboh Kuil di Setapak

Hindraf : "Umno Rasis", "Jangan Aniaya Kaum India"



KUALA LUMPUR 12 MEI : "Umno rasis", "Jangan aniaya masyarakat India."

Kenyataan tersebut dilaungkan kira-kira 20 masyarakat kaum India di hadapan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membantah tindakan meroboh kuil di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak.

Kumpulan itu diketuai Ahli Majlis Pimpinan Parti Hak Asasi Manusia (Hindraf), S. Thiagarajan bertujuan menyerahkan memorandum kepada Datuk DBKL, Datuk Seri Fuad Ismail.

Amat mengecewakan pada mulanya tiada wakil dari agensi kerajaan itu berhasrat untuk menerima lampiran yang ingin dikemukakan.

Namun setelah didesak kumpulan itu, Pegawai Khas Datuk Bandar DBKL, Hasnan Zain bersetuju menerima memorandum tersebut selain bersetuju memberi jaminan dua minggu untuk menyelesaikan tuntutan mereka.

Bercakap kepada media sebelum itu, Thiagarajan menyifatkan usaha untuk merobohkan kuil Hindu terbabit melanggar kebebasan beragama yang digariskan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, seribu keluarga di penempatan itu bergantung kepada kuil yang telah dibina sejak 5 tahun dahulu.

Beliau berkata masyarakat India seolah-olah dianak-tirikan DBKL memandangkan pihak berkuasa itu telah meluluskan tapak pembinaan masjid dan kuil Cina di kawasan yang sama namun mengenepikan hak kaum mereka untuk beribadat.

"Mereka (kerajaan) selalu menjadikan kuil India sebagai sasaran. Ini amalan "double-standard". Kita kesal mengapa mereka suka buli masyarakat India.

"Kita mahu tanya kenapa kami selalu diketepikan. Perlembagaan menyatakan tempat ibadat harus dilindungi. Tiada perkara sebut kuil Hindu memerlukan lesen," kata beliau.

Turut dikepilkan pada memorandum tersebut dua notis yang diserahkan sebelum ini oleh pihak DBKL bertarikh 2 Disember 2009 dan 5 Mei 2011 dengan alasan menggunakan tanah kosong dikawasan awam serta mendirikan kuil tanpa kebenaran.

Notis terakhir agensi itu memberi tempoh tiga hari sebelum tindakan merobohkan struktur kuil tersebut.

Sebelum itu kumpulan tersebut melakukan upacara keagamaan di luar pejabat DBKL sambil diperhatikan polis namun tiada sebarang kekecohan berlaku.

Subsidi hanya untuk kroni BN

Harga Gula: BN Selamatkan 163 Kali Subsidi IPP Untuk Kroni



KUALA LUMPUR 12 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding RM116 juta pemotongan subsidi gula yang menyusahkan rakyat.

Menurut Guan Eng, penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

Jelas Guan Eng, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.

“Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

“BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurut Guan Eng, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi amalan rasuah dan projek runding terus dilaksana secara berleluasa.

“Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT (Projek Aliran Transit Mass) yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumiputera,” katanya.

Katanya lagi, pada masa yang sama kerajaan melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba mengalih perhatian rakyat dengan sengaja mewujudkan isu konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian.

“Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak UMNO untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar- dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula,” ujarnya.