Sunday, May 15, 2011

Naijib Rosmah saksi penting akan dibawa ke mahkamah

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/03/najib-rosmah1.jpg

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan ‘prahukuman’ meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri.

Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

“Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya,” kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” kata Ketua Umum PKR ini.

The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi.

Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini.

Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar.

“Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz.

“Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini,” kata Anwar.

Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan.

“Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri,” kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan.

Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan.

“Beliau perlu (jadi saksi utama),” katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas. Malaysian Insider

Teka teki Najib

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/NajibRazaktekateki.jpgDalam masa 2 bulan terakhir ini, kita telah melihat 2 pilihanraya umum, iaitu Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April, lepas dan Pilihanraya Umum Singapura pada 7 Mei lepas. Keputusan pembangkang dalam kedua-dua pilihanraya tersebut begitu memberangsangkan walaupun gagal menafikan 2/3 majoriti kepada parti memerintah. Tetapi pembangkan meningkat 100 peratus atau lebih.

Di Sarawak, pembangkang telah meningkat 100 peratus, yakni dari 8 kerusi DUN kepada 16 kerusi DUN. DAP mendapat 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Sementara di Singapura pula, keputusan pembangkang telah meningkat lebih 100 peratus dari, yakni dari 2 kerusi sebelum ini kepada 6 kerusi. Kesemuanya dimenangi oleh parti Pekerja, yakni satu kawasan GM1 (1 orang) dan 1 kawasan GRC (5 orang), yakni al-Juneid memaksa Menteri Luar, George Yeo dan 4 rakannya dari PAP tewas.

Begitu juga peratus undi popular parti pemerintah juga telah merosot kepada 55 peratus di Sarawak dan 60 peratus di Singapura bwerbanding dengan undi popular mereka sebelum ini. Kita melihat bagaimana angin perubahan telah mula berlaku di kedua-dua tempat yang sukar menerima kehadiran pembangkang sebelum ini.

Mungkinkah PRU 13 pada 11.11.2011?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun lepas) dan PAS (pada pertengahan tahun ini) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.

UMNO mengelabah dengan kebangkitan PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/karnivalsukanpasti%20082.jpgSETIU - Karnival Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah antara kepelbagaian program yang dilaksanakan oleh PAS, yang menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS hanyalah 'parti ceramah' sahaja.

Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda berkata, pada hakikatnya, Umno telah meniru PAS dalam sistem pendidikan Pra-Sekolah, Pasti telah menjadi ikutan Umno dari segi pengisian kurikulumnya

"mudah-mudahan program kita ini (Karnival Sukan Pasti) sedikit sebanyak membuka minda dan tanggapan masyarakat terhadap PAS, yang selama ini merasakan bahawa PAS ini adalah parti ceramah sahaja,

"hakikat yang tidak dapat dinafikan sesungguhnya Pasti satu-satunya (program) pra-sekolah yang berjaya mendidik, membentuk generasi anak-anak kepada yang terbaik,

"walaupun seringkali Umno mengatakan pelbagai tuduhan, tetapi senyap-senyap dia tiru kita, kalau kita mula degan doa, le ni (sekarang ini) dia pun doa juga,"ujarnya ketika berucap merasmikan Karnival tersebut yang diadakan di Dataran Ulamak' Batu Rakit, dekat sini, Sabtu, 14 Mei

Yang lebih hebat, menurutnya, PAS ada pendidikan pra-sekolah Pasti tetapi Umno tidak ada pendidikan pra-sekolah kerana Tadika adalah program kerajaan, bukan progarm Umno.

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/karnivalsukanpasti%20094.jpgJusteru, katanya, program-program PAS semakin mendapat sambutan masyarakat, yang umumnya telah berubah dan mahukan perubahan, menyebabkan Umno dalam keadaan 'menggelabah'

"hari in semua orang bercakap ke arah perubahan, mahu perubahan, dan bersedia untuk berubah, walaupun kita tengok kenyataan Exco Kebajikan Yahya Khatib kata, (PAS) tak soh nok (jangan) angan-angan (mahu memerintah negeri) sebenarnya mereka cukup mengelabah. mereka bimbang,"jelas Ustaz Pauzi.


Beliau menyeru seluruh warga Pasti, ibu bapa dan semua yang hadir pada Karnival tersebut, agar menggerakkan 'perubahan' dan memastikan negeri Terengganu berubah, dari pemerintah Umno kepada PAS, pada pilihanraya akan datang.

"sebagai anggota yang mengerakkan masyarakat, kita bersama ibu bapa kepada pelajar yang kita didik. Insyaalah bukan dalam Karnival (ini) sahaja.

"tetapi bersama-sama kita mengajak ke arah perubahan, seterusnya memastikan Terengganu akan berubah dalam pilihan raya yang akan datang,"tegasnya.

Orang kuat YB UMNO tipu rakyat


Terpedaya janji palsu ‘Pak Ngah’

KANGAR – Seramai 52 pemohon yang dijanjikan rumah di beberapa taman perumahan di sini kecewa selepas mengetahui individu yang menabur janji akan memudahkan urusan mendapatkan rumah idaman mereka adalah palsu semata-mata.

Seorang pengawal keselamatan, Sabariah Che Hat, 49, berkata, dia sudah membayar RM1,400 kepada individu yang bernama Rosli Ngah atau dikenali sebagai Pak Ngah yang berjanji untuk membantu memudahkan urusan membeli rumah di Taman Santan II di sini.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan rumah di taman berkenaan pada empat tahun lepas bagaimanapun, belum menerima apa-apa jawapan sehingga kini.

“Saya begitu teruja apabila Pak Ngah memberitahu boleh membantu saya memudahkan urusan mendapatkan rumah ini kerana dia bekerja dengan Menteri Besar dan mengenali orang-orang Kerajaan Negeri.

“Untuk urusan itu, saya sudah membuat pembayaran kepadanya secara ansuran sejumlah RM1,400 dan penyerahan kunci akan berlangsung hari ini (kelmarin) di Dewan 2020.

“Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu, dia (Pak Ngah) langsung tidak kelihatan dan telefon bimbitnya juga telah dimatikan,” katanya ketika ditemui selepas bertindak membuat laporan polis beramai-ramai di Balai Polis Kangar, kelmarin.

Seorang lagi mangsa yang juga seorang sarjan bersara, Hamzah Bidi, 55, berkata, kegembiraannya untuk menetap di rumah baru kecewa selepas menyedari telah ditipu.

Menurutnya, dia sudah membuat pembayaran sebanyak RM1,100 melalui akaun Pak Ngah pada Februari lalu selepas lelaki terbabit memintanya menjelaskan wang pendahuluan sebelum kunci rumah diberikan.

“Hari ini (kelmarin) kami dijanjikan untuk datang mengambil kunci rumah masing-masing di sini dan penyerahan dikatakan akan disempurnakan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

“Namun, selepas menunggu sekian lama, dia tidak muncul malah usaha mengesannya melalui telefon bimbit dan mencarinya hingga ke rumah juga gagal,” katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, dua beranak yang kini menetap di Pulau Pinang turut tertipu dengan lakonan lelaki terbabit.

Ahmad Mustapha, 56, berkata, dia menerima tawaran Pak Ngah untuk membantu memudahkan urusan mendapatkan rumah di Pangsapuri Sena Kampung Bakau di sini selepas mengetahui lelaki terbabit pernah berkhidmat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sena, Abdul Jamil Saad.

Katanya, dia sudah membayar sejumlah RM600 pada Disember tahun lalu bagi mendapatkan rumah terbabit untuk diberikan kepada anak yang berkahwin dan kini menetap bersama isterinya di negeri ini.

“Saya langsung tidak mengesyaki apa-apa yang mencurigakan selepas mengetahui Pak Ngah pernah bekerja dengan ADUN kawasan terbabit. Namun, kini saya menyesal kerana terlalu mudah mempercayai orang lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin menyesahkan menerima laporan berkaitan kes penipuan itu dari berpuluh-puluh individu.

Beliau berkata, pihaknya akan mengesan suspek yang terlibat dalam kes penipuan itu dan kes disiasat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan yang hadir ke Balai Polis Kangar berkata, beliau akan berbincang dengan Kerajaan Negeri berkaitan masalah berkenaan.

Beliau menganggap kes itu merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau memandangkan lelaki yang dikaitkan dengan penipu berkenaan pernah bekerja dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, telah berhenti tanpa sebarang surat peletakan jawatan tiga tahun lalu.

HS

Koh Tsu Koon Kata Ibrahim Ali Biadap

Gerakan gesa amaran perang Perkara disiasat

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain.

“(Kenyataan itu) adalah sesuatu tidak wajar khususnya selepas pemimpin-pemimpin Kristian baru sahaja membuat pendirian tegas dan jelas bahawa mereka menghormati dan mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan berhubung status Islam dan kebebasan beragama,” kata Koh lagi.

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan,” katanya.

Dalam reaksinya pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini.

“Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

“Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan,” kata Hishammudin.

Dalam kenyataannya Koh menambah, pemimpin-pemimpin Kristian juga mengulangi pendirian mereka bahawa mereka akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian sambil pada masa yang sama mencari penyelesaian terbaik berhubung pelbagai isu yang timbul sekarang.

“Jadi, bagaimana Ibrahim Ali boleh bercakap mengenai agenda Kristian mahu ‘merampas (kedudukan) Islam’?” kata beliau.

“Ibrahim juga ada mengatakan bahawa beliau mahu mempertahankan maruah Islam dan komuniti Muslim meletakkan keamanan dan keharmonian mengatasi soal-soal lain. Jika begitu, beliau tidak seharusnya menggunakan kata-kata sedemikian dan berkelakuan begini,” katanya lagi.

Koh menambah, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama, pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya menggalakkan kesederhanaan dan semangat perantaraan untuk menguruskan dengan baik pandangan-pandangan yang berbeza berbanding tindakan memprovokasi permusuhan.

Justeru kata beliau, polis seharusnya menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sepanjang dua hari lalu berhubung elemen mencetuskan konflik dan sikap benci di kalangan rakyat.

tmi

Nota: Telahan Mat Sabu pada minggu lepas semakin nampak jelas, kita tunggu bilakah ‘Operasi Lalang’ seterusnya akan bermula.

Noh Omar berkhayal




SHAH ALAM 15 MEI : Sasaran Umno-Barisan Nasional untuk memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 dilihat samar dan tiada keyakinan di pihak parti itu sendiri.

Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga tidak disokong oleh perincian konkrit oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

“Kalau kita meneliti itu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar tetapi kita tak tahu kerusi apa yang agak-agak mereka dapat menang saya rasa angka 30 kerusi ini merupakan satu angka yang cakap sahaja," kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Bercakap kepada Tv Selangor, Lau berkata, pengumuman secara am oleh Noh itu nyata sekali tidak mencerminkan keyakinan Umno akan sasaran yang telah ditetapkan.

“Maknanya mereka masih lagi belum ada keyakinan di situ ataupun angka 30 kerusi itu merupakan satu angka secara khayal sahaja. Ia tidak wujud, belum lagi wujud,” katanya.

Walau bagaimanapun kata Lau, Pakatan Rakyat yang sudah menerajui kepimpinan negeri akan terus mengekalkan momomentum sedia ada dan tidak mudah diganggu-gugat oleh Umno-Barisan Nasional.

Beliau seterusnya berkata, program yang diperkenalkan Pakatan Rakyat seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu terus diperkasakan supaya rakyat dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memantapkan program MES, tidak cukup lagi dengan pemberian air percuma, program Mesra Usia Emas dan Tawas tetapi kita telah melancarkan beberapa program seperti MiMBAR - pemberian mikro kredit bagi penduduk-penduduk miskin di bandar, program SkimSEL - skim mikro kredit luar bandar. Ini merupakan dua program yang baru kita lancarkan untuk menjaga golongan miskin di luar badar dan bandar,” katanya.

Menurut Lau, ekoran gagal menawan hati rakyat di Selangor, banyak idea Pakatan Rakyat yang disadur oleh Umno-BN dan dijalankan di peringkat pusat.

Lau mengambil contoh beberapa program Pakatan Rakyat yang kemudiannya "diiktiraf" Umno-BN.

“ Kita kata pembaharuan bandar dan ia kemudian diikuti dengan Greater KL, sebenarnya maksud yang sama.

" Kita nak membersihkan Sungai Klang, nak jadikan ia bersih nak jadikan ia pusat pelancongan kemudian lepas kita umum, setahun selepas itu kerajaan pusat (BN) pun kata nak melancarkan program membersihkan Sungai Klang, baguslah memang tiada masalah tetapi mereka ikut kita. Itu bermakna dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebenarnya diiktiraf oleh Barisan Nasional,” katanya.

Hakim 'berwibawa' kata Saiful "berwibawa"




KUALA LUMPUR 16 MEI : Hakim Mohamad Zabidin menerima pengadu Saiful Bukhari Azlan sebagai seorang yang berwibawa dan keterangannya diterima sebagai kebenaran bersabit pertuduhan fitnah kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penghakiman awal itu membayangkan hakim akan memberi keputusan mengarahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan itu, sebagaimana yang telah diramalkan sebelum ini.
Kira-kira 500 penyokong Anwar berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi dan bilangannya dijangka semakin bertambah.

Hakim Zabidin akan memberi keputusan hari ini sama ada Anwar perlu membela diri terhadap pertuduhan liwat fitnah kali kedua atau dibebaskan kerana bukti-bukti pendakwaraya tidak mencapai tahap prima facie.

Perkarangan mahkamah di kawal ketat oleh Polis Simpanan Persekutuan.

TV Selangor turut difahamkan pada jam 4.30 pagi tadi penyokong Anwar menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke mahkamah pada jam 7.00 pagi.

Dalam pada itu, Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau percaya Anwar tidak bersalah dan kes itu perlu digugurkan dari awal lagi.

“Jelas (pendakwa raya) tiada kes sejak dari awal lagi,” kata Sankara.

Pasukan guaman Anwar menegaskan Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengadu Saiful Bukhari Azlan menemui Najib dua hari sebelum membuat tuduhan kononnya beliau diliwat oleh Anwar pada Jun 2008, selepas Anwar memimpin Pakatan Rakyat untuk menafikan Umno-Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya umum tiga bulan sebelum itu.
Pakatan juga menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak selain mengekalkan kuasa di Kelantan.