Friday, May 20, 2011

Gambar : Hanya 100_ _ orang pemuda PAS berhimpun di Kelantan

Gambar sekitar Himpunan 10 ribu pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu. adakah mereka di taja untuk datang atau mereka di paksa datang untuk majlis ini?

Kalau perhimpunan seperti ini di buat oleh Gelombang Merah pasti di serikan dan di sogok dengan artis baru meriah dan dapat menarik minat orang datang , tetapi kita saksikan sendiri perhimpunan gelombang hijau yang penuh dgn keberkatan insyaallah dengan ikhlas berbongdong bondong rakyat datang untuk berjemaah dan mendengar amanat dari MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz.

Takbir ...

kredit gambar dari sini

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250651_10150189302027592_358919387591_7508526_3060085_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/226809_10150189305057592_358919387591_7508541_2177458_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/230988_10150189338467592_358919387591_7508915_6606800_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250248_10150189338527592_358919387591_7508916_875122_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/231185_10150189338662592_358919387591_7508918_7536616_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/249771_10150189338722592_358919387591_7508919_7076467_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230428_10150189338792592_358919387591_7508921_2487467_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/230267_10150189338912592_358919387591_7508922_305028_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/227593_10150189299812592_358919387591_7508511_7816092_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230617_10150189299902592_358919387591_7508512_1990302_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248191_10150189301132592_358919387591_7508517_6979444_n.jpg

Rakyat dituduh penagih candu, tauke IPP penagih apa?




CHERAS 21 MEI : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.

Menurut Anwar, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.

"Candu apa ? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu ? Yang diberi kepada tauke tak apa ? Subsidi rakyat RM4 Billion. Subsidi IPP RM19 Billion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani ?," kata Anwar.

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbillion ringgit, boleh ! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," tegas Anwar.

Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.

Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Justeru, harga Petrol RON95 dan Diesel turut dijangka meningkat dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa Menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harganya.

Anwar menyatakan UMNO cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.

"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan Tinggi," kata Anwar.

"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti Pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar.

Fitnah UMNO buka pekung sendiri




PETALING JAYA 21 MEI : Tindakan pemimpin Umno melancarkan serangan peribadi lagi mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bertubi-tubi hanya mendedahkan perwatakan “jelek” diri mereka, kata Ketua Pembangkang itu.

“Pemimpin yang memilih untuk menjurus ke arah taktik lucah pornografi, dan mengaibkan orang, itu sudah semestinya orang yang terdesak. Apa lagi moral orang itu sendiri dipertikai,” kata Anwar.

“Kalau orang itu moralnya baik, (ini tidak akan berlaku.) Belum pernah kita dengar orang seperti ulama, sanggup dan mampu untuk mengaibkan orang. Orang yang selalu mengaibkan orang itu adalah mereka yang peribadinya jelek,” kata Anwar.

Pemimpin-pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Najib Razak menjadikan isu video lucah Datuk T sebagai modal politik di ceramah-ceramah termasuk semasa pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.

Datuk T merangkumi Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzyl Eskay yang mempunyai kaitan rapat dengan pimpinan Umno. Mereka mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video itu.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan terhadap Datuk T.

Pada masa sama beliau juga mahukan undang-undang Qazaf digunapakai untuk menangani fitnah yang dibawa oleh Rahim yang juga Pengerusi Felda dan dua rakannya itu.

Selain mencanang video itu di ceramah-ceramah untuk mengaibkan Anwar, Umno juga menggunakan taktik-taktik lain termasuk mengitar semula Umni Hafilda untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kesat terhadap Anwar.

Anwar menghabiskan enam tahun dipenjara atas tuduhan liwat yang kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tidak berasas kerana bersandarkan bukti rapuh dan keterangan yang palsu.

Kini mantan Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menghadapi pertuduhan liwat selepas pengadunya Saiful Bukhari Azlan menemui Perdana Menteri Najib Razak secara sulit sebelum membuat dakwaan-dakwaan yang mencurigakan.

Dalam wawancara dengan TvSelangor, Anwar percaya sesebuah kerajaan yang telus dan adil tidak perlu menggunakan taktik-taktik jijik untuk menumpaskan pembangkang.

Sekatan dan serangan menggunakan taktik kotor dan lucah yang diamalkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan sebuah sistem pemerintahan yang rosak, pincang dan terdesak, kata beliau.

“Apabila sistem pemerintahan itu zalim atau mengkongkong, maka tindakan akan diambil untuk menyekat kebebasan. Jika sistem itu baik, harga barang tidak meningkat, kehidupan rakyat terbela maka pemerintah tidak akan gentar. Datanglah idealogi apa sekalipun, dia(pemerintah) mampu jawab,” kata Anwar.

“Tetapi bila kerosakan terlalu banyak, maka dia terpaksa reka-reka fitnah untuk tutup kelemahan,” Tambah beliau.

Sejarah, menurut Anwar, penuh dengan contoh-contoh diktator yang menjerut hak rakyat demi melebarkan jangka hayat politik mereka.

Anwar yakin pemerintahan yang menindas rakyat akan mempunyai kesudahan yang sama, tidak kira sama ada di Malaysia atau di negara lain.

“Tengok masa Hitler di German. Starlin di Rusia, Mubarak di Mesir. Tengok cara dia menekan dan menyekat pembangkang, ulama dan golongan pengkritik. Itu paternnya agak sama. Cara penyekatan dia sama. Saya yakin kerana setelah lebih setengah abad merdeka, rakyat negara ini tidak boleh dan tidak mudah diperbodohkan,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan Barisan Nasional supaya tidak terlampau leka dengan menganggap rakyat akan sentiasa mempercayai segala pembohongan dan fitnah yang disajikan menerusi media arus perdana.

“ Umno, Utusan atau Tv3 anggap orang Melayu bodoh. Tetapi orang Melayu ini mempunyai budaya besar. Bila orang sebut pasal budaya Melayu selalunya ia berakar kepada agama,” kata Anwar.

Harga susu pula akan naik, hanya pemegang kad ahli UMNO dapat diskaun harga susu

PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Berita-berita seperti ini, iaitu pengumuman kenaikkan harga produk keluaran Syarikat mereka oleh Pengarah-pengarah Urusan Syarikat tersebut akan lebih banyak kita lihat pada bulan june ini..

Tujuannya hanya satu.. iaitu memindahkan punca atau meletakkan kesalahan kerana kenaikkan harga barang keperluan asas kerana Subsidi Diesel untuk Syarikat Pengangkutan telah ditarik oleh Kerajaan UMNO/BN keatas bahu Syarikat pengeluar produk tersebut...

Ianya sekaligus membuatkan rakyat terutamanya pencacai UMNO terus menyalahkan pengeluar produk tersebut dan secara tidak langsung mengiyakan kenyataan Muhyiddin bahawa kenaikkan harga barang ini bukanlah salah kerajaan..
Harga susu naik 5-6% mulai Jun

PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.

“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya.

Kosmo

Roketkini laman Melayu DAP muncul Isnin ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina, DAP meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita, langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi.

Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.

“Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang,” kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.”

Zairil, yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah, meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.

“DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.

“(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang,” katanya.

Roketkini akan dilancarkan Isnin ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, “tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook”.

“Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar,” kata wartawan veteran ini.

Penyusun strategi parti, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak.

Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.

Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.

Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.

“Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan,” kata Zairil.

The Malaysian Insider

Bob Lokman lancar dana ‘Kami Prihatin’

PARIT BUNTAR, 20 Mei : Lajnah Kebajikan Pas Parit Buntar melancarkan dana ‘Kami Prihatin’ sebagai salah satu cara mendidik masyarakat melakukan kerja kebajikan bersama Pas.

Pengerusinya, Abdul Bahrain Desa berkata, sekiranya Pas mampu melaksanakan keperluan masyarakat dengan menjaga kebajikan, pasti masyarakat akan turut sama menyokong usaha membantu golongan yang memerlukan.

“Kami menyediakan pakej sumbangan barangan keperluan berupa beras, gula, susu, teh dan kopi yang akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan Parit Buntar.

“Orang ramai boleh memberi sumbangan melalui dana ‘Kami Prihatin’ ini dengan setiap pakej berharga RM30,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Pelancaran, di sini.

Hadir merasmikan dana ‘Kami Prihatin’, selebriti terkenal tanah air, Bob Lokman.

Bahrain berkata, Pas Parit Buntar kerap mengadakan aktiviti ‘Kami Prihatin’ dengan mendekati keluarga miskin melalui konsep ziarah.

Menurutnya, ziarah yang digerakkan bukan sahaja dapat mendekatkan hubungan dengan penduduk, malah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung keluarga miskin.

“Ramai orang miskin, anak yatim, ibu tunggal memerlukan bantuan kebajikan dan menjadi tugas Pas untuk terus menziarahi mereka,” katanya.

Agenda kebajikan, kata beliau, dapat terus digerakkan dengan wujudnya masyarakat prihatin yang bersama menyertai sumbangan dana berkenaan.

Bob Lokman yang mengumumkan kemasukannya dalam Pas turut berpeluang menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada dua keluarga miskin di kawasan Titi Serong.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Islam bernombor 08022010048488 atas nama ‘Dana Kebajikan Parit Buntar’ atau hubungi jawatankuasa pelaksana program, Hairul Nizam Ishak di talian 013–581 3634.SH

Jawapan kepada Blogger UMNO setaraf Utusex

Mid Panah jawab Tok Pauh

Sebelum Mid Panah nak panah blogger UMNO Be End ni, elok kalau anda semua membaca tulisan Toh Pauh yang Kedah La siarkan sebelum ni di bawah tajuk Kita siar dulu artikel depa, lepas ni kita godam sampai terhunjuq.

Tajuk tu Tok Senapi yang letak, lepas dia buat tajuk dia hubungi Mid suruh jawab. Mokalu takat nak godam tu tarak masalah, tapi sampai terhunjuq kesian pulak kat depa. Depa takdak kita nak lawan dengan sapa pulak.

1. Kononnya, Ustaz Azizan nak terus paksa UUM bayar cukai pada kadar tertinggi dalam sejarah.


Tok Pauh tak sebut pulak, sejarah mana satu; sejarah Kedah moden, sejarah Kedah zaman Merong Mahawangsa atau sejarah 1Malaysia? Kadar cukai tanah di UUM ialah RM0.20 semeter persegi, nak habaq kata rendah mungkin depa tak faham. Elok buat perbandingan ; Unimaps Perlis RM0.50 semeter persegi, USM RM2.58 s.m.p., UiTM Merbok RM0.55 s.m.p. Cakap banyak tak mau, Mid nak cabar Tok Pauh cari kadar cukai tanah IPTA di Utara Malaysia (Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak,+ KL, Selangor sekalilah) yang lebih murah dari UUM, kalau jumpa bawak mai bukti, Mid nak potong lan*** sekali lagi.

2. Kononnya Ustaz Azizan baru sedar dari mimpi bahawa mentadbir negeri bukanlah berkenaan membelanjakan wang, tetapi lebih penting bagaimana mencari wang untuk meneruskan "kehidupan" kerajaan itu sendiri.

Ustaz Azizan bukan baru sedaq Tok Pauh woi, dia sedaq sebelum menjejak kaki ke pejabat Menteri Besar lagi. Yang tak sedaq ialah BN masa berkuasa di Kedah dulu, mana reti cari duit sendiri. Tak dak duit minta pusat, habis duit minta pusat… akibatnya bila PAS ambilalih kerajaan hutang negeri terhadap Pusat yang ditinggalkan ialah RM2.3 Billion! Memang depa ‘pandai’ cari duit iaitu pi ambik dekat along di Pusat, hutang tu nak kena bayaq. La ni, kerajaan yang ada terpaksa berhempas pulas cari duit bayaq hutang.

3. Kononnya Ustaz Azizan ingat, bila jadi MB, duit akan mai ketuk pintu wisma, dan tanya almari mana nak masuk duduk sementara Ustaz fikir macam-mana cara nak belanja. Itulah tahap kecerdikan pemimpin PAS, penyokong PAS.

Itu bukan ‘tahap kecerdikan pemimpin PAS’ Tok Pauh woi, tu tahap kecerdikan hang bohong dan putaq pusin kepala rakyat. Sebab PAS sedar duit kena cari, bukan tadah tempurung kat Pusat macam BN dulu maka MB perkenalkan dasar perbelanjaan berhemah dan sifar rasuah. Belanja ikut kerperluan bukan kehendak nafsu macam masa BN dulu. Hasilnya, selepas 3 tahun PAS perintah, kali pertama dalam sejarah pada penghujung 2010 terdapat lebihan RM19 juta menjangkaui defisit!

Tidak pernah terjadi sepanjang 3 tahun PAS mentadbir, SUK pi panjat tangga Putrajaya minta pinjam duit Pusat nak bayar gaji, Alhamdulillah. Tapi masa BN dulu pi tadah tempurung kat Putrajaya tu dah lumrah.

4. Kononnya, masa Ustaz Azizan beli Camry sampai berpuluh buah untuk anak buahnya, Ustaz tak sedar bahawa duit boleh habis kalau asyik guna, tapi tak dicari.

Berpuluh buah tu berapa buah? 70,80,90 pun berpuluh juga. Tok Pauh sebut tu betul tapi dia spin; yang tepatnya ialah cuma 10 buah. Ia menggantikan kereta-kereta Perdana yang asyik rosak. Daripada nak repair kereta tu tak sudah-sudah sampai kerja pun banyak tergendala, duit pula keluar banyak, maka lebih ekonomik jika beli baru. Jumlah duit beli semua kereta tu jauh lebih kecil berbanding RM7.5 juta duit STDC yang UMNO songlap untuk parti depa.

5. Kononnya, Ustaz hantar 50 KCS pergi makan angin lawatan sambil enjoy ke bumi Australia…

Masa BN perintah dulu KCS depa jadikan ‘budak suruhan pejabat UMNO’ arah buat kerja macam-macam untuk lawan PAS. La ni, bila KCS duduk bawah tauke lain, siang malam depa kutuk KCS. KCS senang bersama kerajaan Ustaz Azizan bukan kerana mereka dah masuk PAS tapi kerana mereka boleh bekerja secara professional untuk rakyat tanpa ‘arahan politik’.

MB ada peruntukan khas sebagai ketua kerajaan tapi duit tu dia tak guna untuk urusan peribadi (contohnya beli pesawat peribadi.. ehemm ehemm). Dia simpan dalam akaun pelaburan, dapat untung duit tulah diguna untuk bawa KCS pi ‘enjoy’ tu.. (Mentality UMNO, asal pi luar negeri enjoy..) Bukan dia ghebiah duit kerajaan atau duit GLC macam depa dulu.

6. Kononnya, YB Dato' Ir Amiruddin punya lawatan berkala ke Australia yang tak kunjung jemu.

Mid nak cabar Tok Pauh dedahkan senarai perjalanan berkala sepanjang tiga tahun Dato’ Amir ke Ostolia tu. Kalau boleh sertakan bukti tiket kapai terbang sekali, lepas tu kita compare dengan rekod sebenar perjalanan beliau yang ada di tangan Mid ni. Kita tengok sapa muhong, kalau Tok Pauh rasa rekod dia betoi pilah buat sumpah laknat kat mana-mana masjid ikut ajaran sesat UMNO tu.

7. Kononnya, Kerajaan Negeri kini sudah sengkek sampai ke tahap elaun tetap "beberapa kelompok" pentadbiran pun sudah dipotong, dan hanya akan dibayar mengikut bilangan mesyuarat yang dihadiri sahaja.

Awat yang sebut “beberapa kelompok”, nyatakan dengan tepat kelompok mana. Mid pi Tanya dekat Bhg Kewangan depa pun garu kepala, takdak arahan mahupun pekeliling bahkan tiada pemotongan. Nak putaq pusin pun kena buat homework jugak, nanti nampak tak cerdik. (Bab homework pi belajar kat Mat Panah).

8. Tunggu pendedahan dari Kedahtimes tindakan ala rejim Israel yang dijalankan ke atas rakyat untuk membayar Camry, melancong dan disalurkan kepada organisasi politik PAS bagi mengekal kuasa dalam PRU-13 akan datang. Pembiayaan Kempen PRU dengan wang rakyat oleh Parti Islam.

Haktu yang Mid Panah dok tunggu sangat… silakan buat pendedahan. Sebelum buat pendedahan respond la balik jawapan yang Mid huraikan di atas dulu. Lagi panjang polemik kita lagi bagus, biag bertambah-tambah hits blog Kedah La.

Cukup dulu round pertama ni Tok Pauh. Terkasar bahasa minta maoh noo Tok jangan kecik ati.. bekelai lagu mana pun, kita pakat pakat nak pi sana belaka.

nie apa yg blogger tu tulis..hg pa baca sendiri laa : Kita siar dulu artikel depa, lepas ni kita godam sampai terhunjuq

Harga Makanan Dijangka Naik 30 Peratus Akhir 2011



SHAH ALAM 20 MEI: Harga makanan dan minuman dijangka melambung 30 peratus akhir tahun ini, jika trend kenaikan harga semasa berterusan akibat penarikan subsidi oleh kerajaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu, kata beliau dalam satu kenyataan.

Anwar berkata data Bank Negara menunjukkan harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda berbanding harga makanan dunia pada empat bulan pertama tahun ini.

Justeru beliau menegaskan sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) gagal mengawal kenaikan harga barangan, Malaysia sekali lagi akan mengalami harga makanan tertinggi sejak tahun 2008.

"Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011," ujar Anwar.

"Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," kata beliau.

Sepanjang enam tahun lalu, harga makanan naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini hanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010," jelas beliau.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi menyatakan dasar Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah penyelesaian berkesan efektif untuk membanteras kenaikan kos hidup yang melambung tinggi.

Ini termasuk menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada golongan elit serta syarikat yang bersekongkol dengan Umno-BN termasuk syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

Anwar menegaskan penarikan subsisi untuk barangan keperluan juga berpunca dari kegagalan Umno-BN mengekang rasuah yang menjadi faktor utama kerajaan persekutuan mngalami kerugian sekitar RM28 bilion setahun sejak 2008.

Angka itu disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Anwar berkata ketirisan yang semakin serius dalam pengurusan kerajaan juga memaksa Perdana Menteri Najib Razak memotong subsidi rakyat dengan alasan mengurangkan beban difisit negara.

Najib akan tersungkur jika terus lindungi Datuk 'T'

Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.

Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam

“YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.

“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.

Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak,” tambahnya.

Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.

“Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah,” tambahnya.

Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa “Datuk T” — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.

Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.

Seksyen 295 menyatakan bahawa “sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama” boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.

Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.

“Dua kes itu adalah berlainan,” tambahnya.

Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.

“Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.

“Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah,” katanya.

Muhyiddin tidak yakin dengan Najib

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan menjangka Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menyaksikan persaingan paling sengit bakal dilalui Barisan Nasional.

Pilihan raya umum akan datang akan menjadi yang pertama dilalui Perdana Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang mengambil alih kepimpinan kerajaan dan BN pada April 2009.

Najib mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas kekalahan besar dan kegagalan mengekalkan majoriti dua pertiga untuk BN di Parlimen.

Tekanan terhadap pemerintah meningkat selepas pilihan raya pada Mac 2008 dan kerajaan BN berdepan risiko kehilangan kerajaan pusat ekoran tekanan pakatan pembangkang melalui satu rancangan lompat parti.

Najib dilihat bakal diukur berdasarkan hal yang sama, iaitu memenangi kembali majoriti dua pertiga di Parlimen untuk BN, dan bakal berdepan tekanan sekiranya gagal.

“Kita kena tanya selepas (Pilihan Raya Umum ke-13) masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan,” Muhyiddin dilaporkan berkata.

Selain untuk mengejutkan Umno dan mendesak parti itu supaya lebih bersedia, kenyataan itu juga mempunyai sisi yang ditujukan kepada Najib.

Sesetengah pihak berpendapat sekiranya gagal mencapai kemenangan dua pertiga, Najib turut akan dipersalahkan, termasuk berhubung gagasan 1 Malaysia yang dinilai sebagai bermasalah kepada orang Melayu.

Muhyiddin pernah dilihat kritikal terhadap gagasan 1 Malaysia dan merupakan pemimpin yang banyak bercakap isu Melayu, ketika isu tersebut semakin tidak popular ekoran kemunculan gagasan 1 Malaysia.

Muhyiddin menerima sokongan kumpulan lebih cenderung menangani isu Melayu dengan lebih agresif dalam Umno.

50 OOO anggota PERKASA, UMNO, KIMMA berhimpun pertahan Utusex

KUALA LUMPUR 20 Mei – Lebih 50 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi di sini, hari ini bagi menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar Utusan Malaysia.

P/s: 50 orang termasuk polis la tu. Kesian... Bila cakap berapi-api tapi setakat syok sendiri sahaja...

Orang sakit mental dakwa bawa pisau nak cabut bendera PKR

http://secepatkurakura.files.wordpress.com/2010/10/gilo2.jpgKUALA LUMPUR – Seorang pesakit mental mendakwa tindakan membawa pisau ke pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika hari keputusan kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu mencabut bendera parti itu.

Akibat niatnya juga, Hassan Ismail, 35, yang ditahan polis kerana berkeliaran pada hari terbabit, dengan membawa tukul besi dituduh dengan dua tuduhan memiliki senjata berbahaya.

Pengawal keselamatan itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki tukul besi dan sebilah pisau berukuran 7 inci, di kawasan parkir motosikal hadapan mahkamah itu, kira-kira jam 9.15 pagi, 16 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tukul besi itu berada di sebelah kiri pinggangnya manakala pisau berhulu hitam pula diletakkan di tempat duduk motosikal miliknya.

Dia dituduh di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Hakisan dan Letupan Senjata Bahaya 1958 boleh membawa hukuman penjara dua tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hassan memberitahu mahkamah, dia adalah seorang pesakit mental dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur serta turut menyerahkan dokumen berkaitan masalah mentalnya kepada mahkamah.

”Pisau itu untuk mencabut bendera parti itu dan saya simpan dalam motosikal,” katanya yang turut memberitahu ada mengikuti ceramah Anwar sehari sebelum kejadian.

Setelah mendengar kata-kata Hassan, Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir mengarahkan supaya Hassan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan lanjut keadaan mental.

Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 20 Jun depan.

Memetik laporan terdahulu, pada hari keputusan kes liwat membabitkan Anwar itu, seorang lelaki berpakaian pengawal keselamatan ditahan selepas berkelakuan mencurigakan sambil membawa tukul besi dalam ratusan penyokong Anwar yang hadir ke mahkamah berkenaan pada 16 Mei lalu.SH