Tuesday, May 24, 2011

Harga minyak di Asia turun lagi, harga minyak di Malaysia naik lagi

Apa logiknya Bn menaikan harga minyak petrol?

Nak cari modal untuk buat PRU13 ke?

Harga minyak diperdagangan Asia turun lagi

KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan Umno-Barisan Nasional ghairah untuk menaikkan harga minyak, harga bahan bakar itu di perdagangan asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang kuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.

Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong.

“Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun,” kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura.

Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu.

Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun.

OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa.

Di sebalik penurunan itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilapor akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.

Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter.

Ia disebabkan keinginan kerajaan untuk menarik balik subsidi kepada rakyat secara perlahan-lahan.

Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh



KUALA LUMPUR 24 MEI : Akhbar Lidah Rasmi PAS, Harakah akan menubuhkan tabung kemanusiaan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak- anak Yatim dan Anak- anak Hidayah Al- Taqwa, Hulu Langat.

Pengumpulan dana itu akan bermula hari ini dan hanya akan tamat 30 Jun akan datang.

Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, Harakah amat prihatin kepada nasib yang menimpa anak- anak yatim ini, justeru mengambil keputusan untuk menyalurkan bantuan disamping mengajak orang ramai untuk turut sama menderma.

"Kutipan itu kita akan khususkan untuk membantu keluarga dan pembangunan sekolah dan madrasah yang terlibat," kata Kamarudin.

Orang ramai yang berminat menghulurkan bantuan boleh depositkan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 1406 9010 0212 98 atas nama Tabung Kemanusiaan Harakah.

21 Mei lalu, Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa ranap ditimbus tanah runtuh yang meragut 16 nyawa manakala sembilan lagi terselamat.

Tragedi itu berlaku dipercayai akibat hujan lebat tanpa henti yang melanda kawasan Hulu Langat minggu lalu.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menyerahkan dana kemanusiaan sebanyak RM50'000 untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat serta pengurusan jenazah.

Bukan itu sahaja, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengumumkan derma kilat berjumlah RM1000 kepada setiap keluarga mangsa.

Kerajaan negeri juga akan mengadakan operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan di Selangor agar semuanya dalam pengetahuan kerajaan negeri disamping mudah untuk dipantau dari masa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Kebudayaan Negeri, Rodziah Ismail berkata, pihaknya akan mengadakan operasi pemutihan yang dinamakan sebagai Operasi Selangor Prihatin Masyarakat (Ops Selamat).

Anwar balas saman Hishammuddin


KUALA LUMPUR 25 MEI : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas terhadap saman yang dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersabit video seks fitnah yang cuba dikaitkan dengannya.

Anwar menerusi Tetuan Faiz dan Co mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya sebelum ini.

Terdahulu, Hishammuddin memfailkan saman terhadap Anwar kononnya mahu membersihkan namanya yang dikait Anwar sebagai antara yang turut mendalangi fitnah video seks terhadapnya.

Saman balas itu disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawab hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pual mewakli Anwar.

Tanah runtuh : UMNO cari publisiti menipu dalam media penipu

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.

Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRFrVpUkkz6V1OGypwsRgFTtoxc9vIp7BRGKq5zwu7BO5rWCTkCalK2ENJOBDt-IAG0nea00UseMvycx7PGqgtVFTGyX0p_pek_VjLF2_G9NPPQcUfHzItCqIZrdqXfO3I7sOCoCYaIwo/s400/bersih_31.gif
KUALA LUMPUR 25 MEI : Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Sementara itu, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.

Pulang sumbangan Kerajaan Negeri : Pemimpin MCA Kedah tiru perangai buruk UMNO

ALOR SETAR, 23 Mei: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kedah merasa kesal di atas tindakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min, Sungai Petani yang memulangkan kembali sumbangan kerajaan negeri untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik sekolah itu.

Pengerusi DHPP, Tan Weng Fatt berkata, Kerajaan Negeri sudah menjelaskan tunggakan bil elektrik sebanyak RM200 ribu bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh 42 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini.

“Sekolah itu (Sin Min) merasa tidak puas hati kerana Kerajaan Negeri Kedah hanya membayar tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,933.95 sahaja dan Kerajaan Negeri juga dikatakan tidak serius dalam hal ini, sedangkan jumlah tersebut adalah tunggakan sebenar berdasarkan rekod TNB,” ujarnya.

Menurut Tan, Kerajaan Negeri berjanji untuk menjelaskan bil tertunggak dan perkara tersebut telah ditunaikan. Bagaimanapun, katanya, Pengerusi Pengelola Sekolah Sin Min yang merupakan ‘orang kuat’ MCA mahu kerajaan menjelaskan kembali bayaran yang telah dibuat oleh pihak sekolah sebelum itu. “Itu bukan tunggakan, sebab mereka sudah jelaskan!” tegas Tan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.

Tan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM200 ribu melalui Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Cina Negeri Kedah untuk menjelaskan bil elektrik tertunggak di semua sekolah kelolaan mereka yang menerima bantuan modal.

Katanya, jumlah RM200 ribu itu diberikan berdasarkan rekod TNB kesemua tunggakan melibatkan 42 buah sekolah tersebut ialah sebanyak RM199,700.00.

“Sekiranya sekolah berkenaan ingin memulangkan kembali wang tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,933.95 yang sudah dijelaskan itu kepada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Cina Negeri Kedah atau kepada Kerajaan Negeri, mereka perlulah menulis surat terlebih dahulu,” jelasnya.

DHPP, katanya, merasa pelik kerana daripada 42 buah sekolah yang menerima sumbangan hanya sekolah tersebut sahaja yang ‘buat kecoh’. “Jelas kerana pengerusinya anggota pembangkang (MCA) maka mereka hanya memikirkan kepentingan politik dari kepentingan pendidikan,” ujarnya.

Dr. Raja Ahmad al-Hiss terima pencalonan bertanding Naib Ketua Pemuda PAS Pusat


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_2DYO0U3PTt41k7LB6JCekx8XuvgePrD57E2ZVNeTcgQAf_FK8J5rLXaAD9qf8RQDD1_4m5Pt1EFnd5F_hE_sD8FlBt1N_gQG6UP25GmPyXcoVdeJDtjNEt8x5A8g4fmHuBH7RKVvtQI/s1600/raja+iskandar.jpgIPOH, 23 Mei : Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Dr. Raja Ahmad Al-Hiss mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan yang telah mencalonkan beliau untuk jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat bagi Muktamar Tahunan kali ke – 52 Dewan Pemuda PAS Pusat pada 1 – 2 Jun ini di Shah Alam.

Beliau berkata, pencalonan yang telah diterima adalah satu tugas berat dalam konteks Negara bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.
" Malah tugas penting ini juga bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

" Sudah tentu saya yang berasal daripada Negeri Perak juga mempunyai tugas amat berat untuk mengembalikan Kerajaan Negeri Perak kepada PR setelah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) dengan cara yang kotor dan jijik sekali.
Dr. Raja Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar berkata , tugasnya kini adalah memperkenalkan Parti PAS dalam konteks Pemuda kepada dunia terutamanya melalui Lajnah Antarabangsa.

" Saya yakin mood rakyat kini untuk bersedia menghadapi PRU 13 dan saya yakin penumpuan PR juga kearah yang sama.

" Saya dengan rendah diri dan menghormati pencalonan-pencalonan yang telah diberikan kepada saya pada kali ini. Dan saya yakin di atas beberapa faktor pemberian pencalonan tersebut kepada saya"katanya

Tambahnya, tugas berat ini tidak mampu dipikul dan bagi mencapai matlamat jika tidak mendapat sokongan semua pihak.

" Apapun amanah yang akan diterima nanti sudah pasti diinginkan pencapaian Pemuda PAS di atas pentas yang tertinggi hendaknya.

" Perkara inilah yang memerlukan sokongan semua pihak bagi sama-sama untuk kita capai bersama"katanya

Beliau berkata, setelah mendapat pentunjuk dan nasihat daripada sahabat-sahabat, beliau rasa rendah diri akan menerima pencalonan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat pada kali ini.

" Saya berharap dapat memberikan sumbangan dan buah fikiran bagi memantapkan lagi Dewan Pemuda PAS Pusat dan seterusnya menjana laluan dan alternatif kepada anak muda Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan fizikal dan spiritual Negara.

" Juga hasrat untuk memanfaatkan kreativiti anak muda dewasa ini untuk pengisian semasa dan mendatang serta membantu Pemuda PAS menjadikan Dewan Pemuda PAS sebagai 'shuttle' Anak Muda Malaysia."katanya

Pengakuan Eskay : Hubungan dengan Mahathir dan kumpulan pemisah Thai

http://kickdefella.files.wordpress.com/2011/03/dscn6295.jpg?w=267NAKA - Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku hampir 90 peratus maklumat yang didedahkan dalam laman Wikileaks adalah benar namun menyifatkan laporan itu sebagai tidak lengkap.

Menurutnya, pendedahan Wikileaks adalah berdasarkan satu salinan kertas cadangan berhubung perdamaian di Selatan Thailand, yang diserahkannya kepada pegawai kedutaan Amerika Syarikat, Mark D Clark, pada 5 Februari 2006.

“Kebanyakan informasi yang didedahkan menerusi laman itu adalah betul, hampir 90 peratus betul, saya tidak nafikan yang saya terlibat secara langsung dengan kumpulan pemisah Selatan Thailand, malah sejak dilantik sebagai Konsul Kehormat Thailand di Langkawi pada 2004, saya didatangi banyak kumpulan dari Thailand yang mengalami pelbagai masalah.

“Bagaimanapun, laporan itu tidak lengkap, bukan salah Mark, cuma dia datang sebelum kertas cadangan sebenar dimeterai antara wakil Malaysia dan Thailand pada 14 Februari 2006,” katanya pada sidang media, di rumahnya, semalam.

Shazryl Eskay berkata, tujuan pertemuan yang diadakan dengan kumpulan itu adalah bagi mencari jalan penyelesaian di Selatan Thailand dan pada 2006, beliau dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan Raja Thailand ketika itu, dan Tun Mahathir diminta menjadi mediator untuk Selatan Thailand.

“Langkawi Peace Talk ditubuhkan dan perbincangan turut melibatkan kumpulan peringkat bawah dan juga pemimpin atasan kumpulan pemisah terbabit, dan hasil dialog bersama mereka, kita menghasilkan pelan perdamaian yang yang dimeterai pada 14 Februari 2006 dan dihantar melalui Tun kepada Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra.

“Kerajaan Thailand juga telah banyak melaksanakan permintaan kumpulan terbabit menerusi kertas cadangan itu dan ia jelas menunjukkan Kerajaan Thailand berusaha mencari jalan penyelesaian,” katanya.SH

KANTOI!! FELDA cakap untung rupanya pinjam wang rakyat dalam KWSP

Anak dakwa Felda peroleh pinjaman KWSP RM6 bilion, tuntut penjelasan


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak perkara itu.


Beliau berkata mendapat maklumat itu daripada minit mesyuarat daripada Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang menyebut “permohonan sara hidup yang dibincangkan untuk dinaikkan telah dibawa ke mesyuarat gabungan JKKR dan telah dipersetujui tetapi setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka, jawapannya adalah dukacita, tidak dapat dipertimbangkan kerana Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.”


Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu bila pinjaman sejumlah itu diperoleh.


Justeru tambah Mazlan (gambar), pihaknya mempersoalkan tindakan Felda itu sambil menyifatkan ia tidak wajar selain menuntut penjelasan.

“Belum pun reda isu kemerosotan rizab Felda, terdapat pula laporan yang menyebut bahawa Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion.

Dakwaan Anak ini jika benar, ia satu perkara amat memeranjatkan.

“Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan?


Bagi tujuan apa?


Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya,” katanya pada sidang media di sini.


Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab tetapi telah dinafikan oleh Ahmad dan kerajaan.


“Alasan-alasan yang digunakan Datuk Ahmad Maslan berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 ialah ia telah digunakan untuk menampung kos peneroka.


“RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda, namun laporan Felda meminjam daripada KWSP, ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku,” kata Mazlan.


Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.


“Kita mahu tahu kebenaran,” kata beliau.


Pada sidang media hari ini, Mazlan meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC).


“Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.


“Yang pertama apakah status terkini program itu?


Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar?


Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat?


Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal?


Setakat manakah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh,” soalnya.

Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini

KUALA LUMPUR, 24 Mei: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional.

“Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimana pun, beliau menjelaskan, keputusan sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi.

Pakatan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU 2008 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri itu menunjukkan PAS, DAP dan PKR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak.

“Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti,” katanya.

Beliau menambah, keadaan pada masa itu menggambarkan kemarahan para pengundi Perak berikutan taktik kotor Umno dan BN.

Beliau menjelaskan, walau pun kajian terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan terus menjamin kemenangan.

Sebelum itu, Guan Eng menyatakan pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu.

40 peratus rakyat terkesan jika RON95 naik 20 sen, kecuali pemegang kad ahli UMNO yang dapat diskaun harga minyak



SHAH ALAM 24 MEI : Kerajaan Pemerintah kini giat mencanang betapa kabinet hari ini terpaksa menanggung beban yang sangat tinggi akibat memberi subsidi kepada rakyat.

Akan tetapi, dalam masa yang sama, kerajaan pemerintah enggan menerima pelbagai cadangan yang dikemukakan pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat menjamin kebajikan rakyat marhaen.

Malah analisis demi analisis dibuat yang hanya menampakkan seolah- olah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak ini akan 'nazak' jika terus memberikan subsdidi kepada rakyat.

Hari ini, firma penyelidikan pelaburan, AmResearch pula meramalkan harga RON 95 akan naik 20 sen bulan hadapan menjadikan harga bahan bakar itu mencecah RM2.10 seliter.

Analisis itu turut menyebut kenaikan itu perlu berikutan harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu.

Analisis itu disambut dingin Ahli Parlimen Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

Beliau menyifatkan kenaikkan itu, walaupun 20 sen, akan memberi impak yang besar kepada golongan yang mempunyai pendapatan bulanan RM2000 kebawah.

"Kita tahu bahawa Malaysia sekarang, rakyat yang teramai tu mempunyai pendapatan yang rendah, lebih kurang 40% rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM 2000, maka pemotongan subsidi sekarang betul-betul menyusahkan rakyat," katanya.

Tze Tzin menyertai pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, mengutuk tindakan 'liat' kerajaan memotong subsidi berjumlah RM19 bilion kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) tetapi rakus mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat terbanyak.

"Saya rasa ini adalah masalah UMNO-BN, di mana mereka sekarang kurangkan subsidi kepada rakyat tetapi kekalkan subsidi kepada kroni-kroni mereka," katanya.

Baru- baru ini, Najib Razak dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Kenyataan itu dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpim Pakatan Rakyat yang lain, sebagai tidak bertanggungjawab.

"Jadi ini adalah polisi UMNO-BN langsung tidak menjaga kepentingan rakyat, 1Malaysia apa? siapa didahulukan? sebenarnya 1Malaysia, kroni-kroni didahulukan dan rakyat menjadi mangsa," katanya.

Hari ini AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

RON97 yang mengalami empat kali kenaikan tahun ini dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Pusat tanggung hutang Syabas demi UMNO tapi rugikan rakyat Selangor

Tindakan Pusat 'Bail-Out' Syarikat Air Selangor Rugikan Rakyat


SHAH ALAM 24 MEI : Keputusan kerajaan pusat menjamin keluar syarikat bekalan air swasta di Selangor dilihat sebagai menjejaskan peluang rakyat menikmati bekalan air berkualiti pada harga yang murah, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini.

Menurut Tony, keputusan ini akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor hilang peluang mereka untuk memetrai perjanjian dengan syarikat berkenaan yang menanggung hutang sebanyak RM 6.5 Billion kepada pemegang-pemegang bon utama konsesi berkenaan.

" Kegagalan syarikat-syarikat ini menjelaskan hutang mereka, tanpa jaminan keluar (bail-out) dari pentadbiran BN akan menyebabkan mereka terpaksa bersemuka dan berbincang mengenai penstrukturan semula perjanjian dengan Kerajaan Selangor atau pihak lain yang mengemukakan tawaran untuk mengambil alih aset dan perniagaan tersebut.

"Hutang mereka bertambah setelah mereka gagal menjelaskan bayaran bulanan awal bulan ini. Dari empat syarikat tersebut, Puncak Niaga Sdn Bhd dan anak syarikatnya Syarikat Bekalan Air Negeri Selangor (SYABAS) mempunyai hutang berjumlah RM 4.2 juta,"kata Tony dalam satu kenyataan media hari ini.

Tony menyatakan demikian mengulas laporan bahawa kerajaan pusat akan menanggung hutang syarikat konsesi terbabit selepas Syabas dan Puncak Niaga gagal menjelaskan pinjaman mereka kepada pemegang bon konsesi.

Selain Puncak Niaga dan Syabas, dua lagi syarikat terbabit ialah Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.

Pemegang-pemegang bon utama terbabit termasuklah CIMB Principal Asset Management, Hong Leong Investment Bank dan Great Eastern Life.

Sebelum ini pemegang bon air berkenaan yang melibatkan Selangor diberitakan akan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya campur tangan dalam usaha melindungi agar bon-bon yang terbabit terus berhadapan tindakan penurunan gred.

Menurut Tony, Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini membuat tawaran ketiga bernilai RM 6.3 Billion untuk mengambil alih syarikat ini berserta hutangnya dan Gamuda menerusi anak syarikatnya, Pengeluaran Air Selangor Holdings (SPLASH) turut membuat tawaran bernilai RM10.8 billion.

Dengan keputusan ini, segala hutang syarikat konsesi tersebut bakal diambil alih oleh kerajaan pusat sekaligus merugikan rakyat.

"Hasil 'bail-out' ini, syarikat konsesi bekalan air akan terus beroperasi dan meraih keuntungan daripada perkhidmatan membekalkan air di Selangor, tanpa perlu memikirkan hutang mereka.

"Keputusan ini jelas merugikan rakyat Selangor, kerana mereka kehilangan peluang menikmati penstrukturan semula industri ini yang menjamin air dibekalkan pada harga terendah," kata Tony.

Justeru Tony mahu Kementerian terlibat memberi penjelasan berhubung hal 'bail-out' ini.

"Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air, Datuk Peter Chin perlu segara memberi klarifikasi berhubung 'bail-out' ini sebelum perjanjian pentrukturan semula dilakukan dengan mengorbankan kepentingan rakyat.

"'Bail-out' ini juga menafikan semua dakwaan bahawa Kerajaan BN bertindak demi kepentingankan rakyat, dan membuktikan mereka hanya mementingkan kepentingan kroni politik mereka lebih dari segalanya, " kata Tony lagi.

Husam Musa terima pencalonan bertanding Naib Presiden PAS

dato husam musa

Bismillahirrahmannirrahim

Pada mulanya saya hanya bercadang untuk bertanding Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat sahaja.Sebabnya, supaya saf Naib-Naib Presiden yang ada tidak diganggu di atas prestasi dan hala tuju yang memuaskan yang tunjukkan oleh mereka.

Namun dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap muktahirnya menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi, maka saya terpaksa menimbang semula pendirian saya.

Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutama di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti.

Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan, sebagai tapak utama PAS pada waktu ini, tetapi juga untuk PAS keseluruhannya.
Saya percaya polisi PAS untuk menjalinkan gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan.

Dalam hal ini, kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut.

Oleh itu di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri, dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan saf kepimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke-57 ini.

Kepada Allah saya bertawakal dan saya berharap bimbingan saf kepimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah amat berat.


HUSAM MUSA
Chengdu, China
20 Jamadil Akhir 1432 bersamaan 24 Mei 2011

Rakyat Australia kecam Julia Gillard buat perjanjian 'bodoh' dengan Najib

http://d.yimg.com/a/p/ap/20110303/capt.0ee4963bfa9c4783bc646e9cc4ad98fd-0ee4963bfa9c4783bc646e9cc4ad98fd-0.jpg?x=400&y=253&q=85&sig=q3wSBZ.t5HHbUjN8Rv6geg--
Media Australia setiap hari melaporkan Julia dikecam oleh Pembangkang dan rakyat Australia kerana membuat perjanjian yang bukan sahaja merugikan Australia tetapi juga bakal menyebabkan 800 pelarian yang akan dihantar berada dalam bahaya kerana Malaysia tidak menyediakan perlindungan , malah Malaysia tidak mengiktiraf konvensyen berkaitan penyeksaan, konvensyen berkaitan pelarian.

SYDNEY, 24 Mei — Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian (UNHCR) mengecam perjanjian berkaitan dengan pelarian yang kerajaan Australia meterai dengan Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak sah, demikian lapor Associated Press Australia (AAP) hari ini.

Navi Pillay, yang dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard di Canberra hari ini memberitahu satu forum di sini bahawa pencari suaka tidak diberi perlindungan sewajarnya di Malaysia.

“Jika Australia serius ... berkenaan soal menghantar 800 orang (pelarian) ke Malaysia, maka saya merasakan ia melanggar undang-undang pelarian,” katanya dipetik agensi hari itu.

“Ia tidak boleh menghantar individu-individu ke negara yang tidak mengiktiraf konvensyen berkaitan penyeksaan, konvensyen berkaitan pelarian,” katanya lagi.

Canberra bercadang untuk menghantar 800 pencari perlindungan, yang datang ke Australia menggunakan bot, ke Malaysia untuk tujuan pemprosesan.

Sebagai pertukaran, Australia akan menyelesaikan seramai 4,000 pelarian tulen yang berada di Malaysia sekarang.

Minggu lalu, Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia Clive Bowen berkata perjanjian pertukaran pelarian Malaysia-Australia berpotensi untuk menamatkan model bisnes yang dikaitkan dengan aktiviti menyeludup manusia.

Di bawah perjanjian itu, Australia akan memperluaskan pengambilan kemanusiaan dan menempatkan semula 4,000 pelarian dari Malaysia dalam empat tahun akan datang pada kos A$292 juta (RM935.39 juta).

Wakil PBB itu menimbulkan kebimbangannya mengenai aspek kemanusiaan ekoran perjanjian Gillard dengan Malaysia, yang didakwa merotan dan menghantar balik pencari perlindungan.
Pillay berkata dasar pemprosesan pelarian Australia sewajarnya sah dari segi perundangan dan lebih efisien.

“Opsyen pertama seharusnya bukan bagaimana boleh menghantar balik mereka (pelarian), opsyen pertama seharusnya bagaimana boleh menerima mereka,” katanya.

Pengarah Eksekutif Pusat Undang-undang Hak Asasi Manusia Phil Lynch menggesa parti Buruh supaya menjauhkan diri daripada perjanjian itu, yang ditandatangani secara rasmi oleh kedua-dua parti, kata AAP.

“Obligasi Australia adalah untuk menyediakan perlindungan kepada mereka yang secara sah mencari perlindungan di bawah konvensyen pelarian,” katanya kepada ABC Radio.

“Ini adalah obligasi antarabangsa Australia. Ia obligasi moral kita, ia obligasi kemanusiaan kita,” katanya.

Dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan manusia dan migrasi secara haram di rantau Asia Pasifik, Malaysia dan Australia pada awal bulan ini mengumumkan satu tatacara tindakan dua hala, yang antara lain menampilkan perjanjian untuk bekerjasama dalam memindahkan kumpulan pemohon suaka.

Di bawah tatacara itu, pemohon suaka yang tiba menerusi laut di Australia akan dipindahkan ke Malaysia.

Sebagai balasan Australia akan meningkatkan program kemanusiaan di samping mengambil tanggungjawab lebih besar dalam berkongsi beban untuk usaha penempatan semula pelarian yang ketika ini berada di Malaysia.

Perdana Menteri kedua-dua negara bersetuju supaya unsur penting tatacara itu akan merangkumi pemindahan 800 pendatang yang tiba secara tidak sah, yang sampai di Australia selepas tarikh berkuat kuasa tatacara itu, ke Malaysia, untuk menentukan status pelarian.