Friday, May 27, 2011

Lantik je Ibrahim Ali jadi Ketua Setiausaha Negara

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/NgChaiHing.jpgKUALA TERENGGANU - Pengerusi DAP Kuala Terengganu mencadangkan supaya kerajaan mekantik Pengerusi PERKASA Datuk Ibrahim Ali untuk menguruskan hal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Kalau itu kehendak dia (Ibrahim), dia tak mahu orang lain campur hal biasiswa, saya cadangkan kerajaan lantik Ibrahim menguruskan hal tersebut,

"nampaknya Menteri Umno Nazri Aziz pun menyokong kenyataan-kenyataan Ibrahim, jadi eloklah Ibrahim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara,"ujarnya sinis.

Menurut Ng Chai Hing kedua-dua tokoh Umno itu tidak faham apa makna sebenarnya biasiswa.

Sepatutnya, kata beliau, mana-mana pelajar yang cemerlang itu, berikanlah biasiswa dan tidak perlu dipolitikkan menjadi isu perkauman.

Katanya, beliau nenganggap Ibrahim sebagai tokoh Umno kerana apa yang diperkatakan Ibrahim tidak akan dipedulikan orang kecuali apabila pemimpin Umno menyokong beliau.

Antara yang menyokong kuat Ibrahim adalah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang juga bekas Presiden Umno.

"kalau bertepuk sebelah ytangan, mana akan berbunyi, apabila Ibrahim ali bersuara dan Mahathir menyokong, Nazri juga memberikan 'kredit',

"maknanya suara Ibrahim sebenarnya adalah suara Umno,"jelasnya.ketika ditemui.

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang : 6,000 borang permohonan tanah habis

TEMERLOH, 28 Mei: PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.

Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetatpi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh pemerintah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

"Namun kesemua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," ujarnya sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang.

Tambahnya, hari ini peneroka Felda berhadapan dengan penindasan sama ada disedari atau tidak akibat daripada dasar kerajaan BN yang meniagakan keperluan asas rakyat.

Menurutnya lagi, penubuhan Felda pada asalnya yang bertujuan untuk memberi tanah kepada rakyat yang miskin dan memerlukan kini bertukar kepada Felda yang berniaga dalam semua urusan.

"Kita menjanjikan pembelaan kepada peneroka Felda dengan mengembalikan hak-hak mereka, ketelusan dan pengurusan ladang, bukan hamba kepada pengurusan Felda selama-lamanya," ujarnya.

Jelasnya, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan di dalam Buku Jingga untuk menghapuskan Felda Plantation dan dibahagi-bahagikan kepada anak-anak peneroka dan mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat dan mengembalikan kepada hasrat penubuhan asal Felda.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang turut melancarkan borang permohonan tanah Felda Plantation sempena himpunan itu yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman dan Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman.

Bercakap pada sidang media selepas majlis ceramah, beliau berkata PAS melalui Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah memberi perhatian khusus berhubung dengan tanah ang melibatkan peneroka Felda.

"PAS memberi kesedaran dan kefahaman kepada mereka untuk menyelamatkan mereka dari segi politik dan pengurusan. Dari segi politik, mereka hendaklah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

6,000 borang permohonan tanah habis

Sementara itu, Mazlan pula memberitahu sebanyak 6,000 borang permohonan tanah yang diedarkan pada malam tadi hampir habis diambil dan diisi oleh warga Felda yang hadir pada majlis itu.

"Borang 6,000 hampir habis pada malam ini, ini mencapai sasaran kita," ujarnya.

Jelasnya, PAS menerusi lajnah yang dipengerusikan beliau akan melancarkan borang itu di peringkat negeri-negeri dengan menawarkan kepada lebih 100,000 mereka yang layak memohonnya.

Beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan secara besar-besaran berhubung borang itu sebelum BN jatuh pada pilihan raya umum nanti.

Kenaikan tarif elektrik untungkan kroni tindas rakyat

Tarif Elektrik : Kroni Terus Kaut Untung, Rakyat Kekal Menderita


SHAH ALAM 27 MEI : Kenaikan tarif elektrik yang hanya akan diperincikan butirannya Isnin ini mungkin menyaksikan kenaikannya dilakukan secara berperingkat-peringkat demi mengelakkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah terus merudum menjelang Pilihan Raya Umum.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, strategi Umno-BN ini tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat memandangkan ketirisan subsidi kepada kroni masih diteruskan kerajaan pemerintah.

“Kalau ia (tarif elektrik) tak naik, juga bermaksud pilihanraya sudah dekat (tetapi ) kerajaan akan naikkannya selepas pilihanraya, jadi isu tarif ini tidak selesai.

“Mereka hanya buat sedikit perubahan untuk menahan sekejap (kenaikan) sahaja tetapi mereka tidak selesaikan masalah ketirisan subsidi kepada kroni-kroni yang kaya,” kata Tian kepada TV Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menuntut kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Jelas beliau, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.

Walau bagaimanapun berikutan perjanjian itu, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya semula pada kadar harga subsidi tetap.

“Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar.

Justeru itu katanya, ekoran perjanjian yang rumit dan berat sebelah itulah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang bermesyuarat hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik dan butirannya akan diumumkan Isnin depan.

Ordinan Darurat : Polis buat kerja mudah ?

KDN Digesa Bebas Empat Remaja Ditahan Ordinan Darurat


KUALA LUMPUR 27 MEI : Empat keluarga dari Pasir Gudang hari ini membuat aduan di Suhakam dan mendesak Menteri Dalam Negeri campur tangan membebaskan anak mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak April lalu.

Ini kerana jelas keempat-empat keluarga itu, anak mereka telah ditahan pada 14 April lalu di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat tanpa sebarang bukti mengaitkan dengan kegiatan jenayah, lapor Malaysianinsider.

Malah tiga daripada mereka adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang lagi berumur 20 tahun.

Mereka yang ditahan adalah Muhammad Rizal Ibrahim, Mohamad Razif Mahadi, Mohd Syahiran Tumin dan Muhammad Noorariff Bakran, 20.

Kesemua mereka kini ditahan di Balai Polis Air Molek dan keluarga hanya boleh menemui anak-anak setiap Khamis selama 15 minit.

“Anak saya ditahan tanpa sebarang pembelaan, kalau ikut Ordinan Darurat anak saya akan ditahan selama 60 hari kemudian akan diputuskan sama ada diteruskan tahanan selama dua tahun atau dibuang daerah.

“Kenapa boleh jadi macam ini? Apa kesalahan anak saya? Apa dia dah buat? Ini yang saya dan keluarga lain tidak puas hati... anak-anak kami ditahan atas kesalahan apa? Apa bukti kata mereka ini melakukan jenayah?” kata Bakran Kahar, 51, bapa kepada Muhammad Nooariff.

Bakran berkata, sekiranya kesemua yang ditahan itu melakukan jenayah, dakwa di mahkamah bukan ditahan tanpa sebarang pembelaan.

“Kalau memang sudah terbukti mereka semua melakukan jenayah, kami terima, tapi apa yang berlaku sekarang tiada bukti, ini di luar jangkaan.

“Kami mahukan pembelaan, kalau salah dakwa di mahkamah dan kalau tidak bersalah bebaskan mereka kerana mereka masih muda dan baru lepas SPM.

“Sebab itu saya minta Kementerian Dalam Negeri ambil berat perkara ini, polis juga jangan tahan seseorang tanpa bukti,” katannya pada sidang media selepas membawa perkara itu ke Suhakam.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Johor Syed Othman Syed Abdullah.

Menurut ibu Mohd Syahiran, Rosmawati Taib, 43, penahanan anaknya menyebabkan peluang untuk melanjutkan pengajian terpaksa dibatalkan buat sementara waktu.

“Anak saya sudah ditawarkan untuk teruskan pengajian tapi bila dia sudah ditahan kami terpaksa batalkan semua sekali, kami sedih sebab dia ditahan tanpa sebab.

“Kalau dia salah pun mesti ada pembelaan tapi sekarang terus ditahan tanpa sebarang pembelaan, apa yang kami boleh buat? Polis juga tidak maklumkan ditahan atas kesalahan apa,” katanya.

Tambah Rosmawati, Mohd Syahiran juga akan ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini dan perkara itu telah dimaklumkan kepada polis, namun ditolak.

“Saya sudah hantar surat kepada polis mengatakan anak saya akan jalani PLKN tapi tidak dibenarkan sebaliknya polis mengatakan anak saya ditahan kerana terlibat dalam aktiviti jenayah.

“Jenayah apa yang anak saya lakukan? Apa bukti? Saya mahukan penjelasan,” katanya.

Sementara itu, Mahadi Kassim, 45, iaitu bapa Mohamad Razif dan Rohaya Harun, 49, ibu Muhammad Rizal, mahu anak mereka dilepaskan segera.

“Kami mahukan mereka dilepaskan, mereka tidak lakukan jenayah dan penahanan mereka adalah perkara yang tidak berasas,” kata Mahadi.

“Kalau mereka lakukan jenayah sila dakwa di mahkamah, saya tidak mahu anak saya ditahan tanpa sebarang pembelaan,” kata Rohaya.

NAIK: RON 95 boleh tahan , tarif elektrik tak boleh tahan lagi

SEPATUTNYA keputusan untuk menaikkan tarif elektrik ini sudah diumumkan awal-awal lagi. Sebelum ini menteri kata nak kaji dulu, taknak susahkan rakyat kononnya. Siapa yang percaya kerajaan Barang Naik tidak mahu menaikkan harga bolehlah disifatkan sebagai kurang cerdik.

Orang yang percaya kerajaan Barang Naik tidak mahu menaikkan harga barang kerana tak mahu rakyat susah, samalah seperti percaya bahawa nyamuk tidak akan menghisap darah kerana kesiankan manusia. Begitulah juga halnya dengan tarif elektrik, pusinglah ikut mana pun, akhirnya jawapan menteri tetap sama "Tarif elektrik tidak boleh tidak terpaksa dinaikkan" [MalaysianInsider].



Lagi sekali, siapa yang percaya menteri-menteri dan orang politik atasan faham kesusahan rakyat bawahan, korang silap besar. Menteri-menteri tak akan faham kesusahan rakyat bawah yang bergaji kecil kerana mereka tak rasa bagaimana keadaannya hidup dengan gaji yang kecil.



Jangan lupa sertai Perhimpunan Bersih 2.0 "Walk for democracy" 9 Julai 2011. Kita bukan nak lawan kerajaan, tapi kita mahu kerajaan berakal sikit, fikirkan rakyat bawah yang susah jangan asyik menggila naikkan harga barang. Bagi mereka ingat rakyat pilih pemimpin untuk senangkan hidup rakyat, bukan senangkan anak beranak dan cukong mereka!


ReJaM© "Nyamuk kalau tak hisap darah ibarat seperti bik mama tak pergi shopping"

Himpunan BERSIH 2.0 akan aman tanpa gangguan polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_PNndnQNa0cD09FHkxzZRNrG-E3yJGrAdxoiuYz8FwtwYe8swyaEFatejBJHRiaCf8n1ADkanL0nSDeGUileboFBTqdXf4FvxsGfVaIURtY0EmHZlYR_jPXCr4kvLQV8Y3865bqHnAcKt/s400/2dc22e15b5348f214999ec2d95afadfa.jpg
SEREMBAN 27 MEI : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal dengan pandangan cetek Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussien yang menyifatkan perhimpunan aman yang dirancang Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kali ke-2, akan memburukkan imej negara.

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin berkata rekod menunjukkan mana- mana perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat, NGO mahupun rakyat kebanyakan berjalan secara aman tetapi akan berakhir dengan kekecohan apabila diganggu oleh anggota keselamatan yang kononnya menerima arahan daripada pihak 'atasan'.

Beliau menambah, Hishammuddin harus menerima hakikat bahawa negara yang mengamalkan demokrasi tulen akan dipandang masyarakat dunia bukannya dikecam, dihina.

Badrul merujuk kepada negara Korea Selatan yang hampir setiap hari ada himpunan aman, namun bilangan pelaburan dan pelancongan negara itu jauh meninggalkan Malaysia.
Fenomena itu katanya membuktikan, daya saing negara dan pengiktirafan dunia pasti datang seiring dengan pelaksanaan demokrasi yang adil dalam negara.
SAMM juga menolak cadangan sempit Hishammuddin untuk BERSIH 2 diadakan dalam stadium.

Badrul berkata, cadangan ini jelas menunjukkan sikap berat sebelah Hishammuddin dan KDN. Ini berikutan mereka seolah- olah menutup mata, memekakkan telinga kepada segala protes yang dianjurkan pemuda UMNO dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA).

Tetapi pantas bertindak kepada perhimpunan aman yang digerakkan pihak yang tidak memihak kepada kerajaan pemerintah.

Badrul berkata himpunan BERSIH 2 tidak dapat dielakkan daripada diadakan berikutan banyak tuntutan yang diajukan pada himpunan kali pertama masih tidak diendahkan kerajaan pemerintah.

Antaranya penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Dua tuntutan tambahan akan dimajukan pada himpunan kali ini, ia adalah dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan, dan melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan ‘tempoh yang lebih munasabah’ berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Himpunan BERSIH 2, bertemakan 'Walk For Democracy', dijadualkan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Himpunan ini melangkaui mana- mana parti politik berikutan ia hanya refrendum suara hati rakyat marhaen agar pilihan raya dinegara ini diadakan dalam keadaan adil dan saksama.

Jangan percaya pembohongan Utusan, harga minyak terus naik selagi BN perintah

http://2.bp.blogspot.com/-QIOo68tSIA8/TdJ9soo3AOI/AAAAAAAACdk/oY786dwNoFc/s320/ron-95-petrol.jpgKUALA LUMPUR, 27 Mei: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihan raya dalam negara mereka.

Katanya, pemimpin Umno BN sudah mula cakna rakyat kerana hendak mengambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihan raya akan datang bukan era 60-an dan 70-an.

Tambahnya, pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab.

"Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.

"Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik," ujarnya.

Tambahnya, PAS yakin minyak akan naik selepas pilihan raya nanti jika BN terus mendapat mandat.

"Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang," ujarnya lagi.

PAS, katanya masih menunggu apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin.

Menurutnya, rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan.

Baginya, BN mewujudkan "makmal" untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat.

Sepatutnya, kata beliau peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.

"PAS yakin harga minyak akan naik melambung selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat.

"Oleh itu, untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Peguam Perancis akan tiba di Malaysia, ada yang tak senang duduk


http://media1.malaysiakini.com/67/e2932d9062ca41ffde4f3ca284683da6.jpgSHAH ALAM 27 MEI : Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

SUARAM mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

SUARAM juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia SUARAM, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Pemuda UMNO dan PERKASA ada hubungan rapat kerana PERKASA itu UMNO, UMNO itu PERKASA



SHAH ALAM 27 MEI : Penglibatan bersama antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia minggu lalu jelas menggambarkan mereka mempunyai hubungan rapat.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata gambaran itu mudah dibaca rakyat sekaligus membuktikan adanya pertalian antara keduanya yang dinafikan sebelum ini.
"Rakyat sudah sedia maklum bahawa mereka (Pemuda Umno & Perkasa) bersama, sebelum ini Umno mahupun pemudannya menafikan Perkasa bukan pro mereka.
"Itulah sebabnya apabila MCA turut membantah (boikot) bukan sekadar Perkasa malah pemuda Umno turut turun dan ini juga jelas mengesahkan bahawa antara mereka memang ada hubung kaitnya yang rapat," katanya.

Terdahulu, Angkatan Muda Kedilan (AMK) memutuskan untuk menunda perhimpunan aman dihadapan syarikat Utusan Malaysia bagi membantah laporan fitnah akhbar milik Umno itu berikutan provokasi yang keterlaluan dari Pemuda Umno dan Perkasa.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, pertembungan AMK dengan pemuda Umno dan Perkasa yang kononnya mahu mempertahankan akhbar itu hanya akan mengubah makna perhimpunan aman yang dirancang AMK sebelum ini.

"Ini juga menunjukkan sikap Pemuda Umno yang jelas agen provokasi-provokasi perkauman dan agama selain melihat itu adalah satu-satunya cara bagi menyelamatkan diri mereka dalam PRU akan datang ini," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut mempersoalkan kedudukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ekoran kegagalan beliau hadir bersama bagi mengepalai perhimpunan tersebut.

"Saya mempersoalkan sama ada Pemuda Umno hari ini sudah menolak kepimpinan beliau (Khairy Jamaluddin) ataupun lebih lebih selesa di bawah Ibrahim Ali," katanya.