Thursday, June 23, 2011

Kenapa Dato 'T' senang mengaku salah dan tak dibicarakan?

http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/03/dato-t.jpg

Sudah pasti ramai tertanya-tanya mengapa ketiga-tiga trio Dato' T ini begitu mudah mengaku salah di atas tuduhan tersebut. Mengapa mereka tidak mengaku salah dan biar ianya dibicarakan di mahkamah.

Eskay hanya didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuaib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000

Eskay dan Shuaib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara.

Tuduhan yang dibaca berbunyi “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”

Mengapa mereka mudah mengaku salah? sifirnya mudah sebab mereka tahu Anwar bukan pelaku dalam video tersebut. Video ini adalah fitnah semata-mata. Eskay sendiri mengaku dia kata saya tidak pernah menuduh Anwar berzina selepas bersumpah di Masjid bahawa Anwar adalah pelaku dalam video tersebut. Buktinya seperti video di bawah ini.

Bab jam omega pun dah kantoi..dulu gah kononnya jam omega Anwar pemberian hadiah khas Raja Arab Saudi tetapi akhirnya polis mengesahkan jam omega Eskay "made ini Taiwan"...




Kalau nak fitnah pun biarlah pro sikit, sampai "anu" pun tidak bersunat apa ke jadah...dah lah tu perut pun buncit...inilah umporno..bertambah parah video tersebut disebar ke rumah-rumah, mak bapak bila balik tiba-tiba terkejut sebab tengok anak-anak kecil mereka sedang menonton video lucah.... memang sial umporno...

Nak tahu siapa Eskay? layari di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Eskay kena RM3,000, Shuib RM1,500 dan Rahim RM1,000.


KUALA LUMPUR 24 JUN : Ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka terhadap kesalahan menayangkan video lucah dan bersubahat berbuat demikian pada 21 Mac lalu.

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim yang didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan rakaman video lucah secara terbuka di Carsosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Manakala bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dituduh di bawah seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi perbuatan persubahatan.

Rahim juga mengaku bersalah di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani.

Oleh yang demikian Eskay dikenakan hukuman denda RM3,000, Shuib RM1,500 dan Rahim dikenakan denda RM1,000.

Eskay diwakili peguam Zamani Ibrahim, Shuaib diwakili Suhaimi Salleh manakala Abdul Rahim diwakili Datuk Shafee Abdullah.

Fakta kes yang dibacakan antara lain menyebut kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang di mana seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita warganegara China.

Turut dinyatakan polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan kelibat individu yang didakwa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Eskay dan masuk ke pangsapuri.

Selepas fakta kes dibacakan kepada tertuduh, Eskay kemudian menyatakan kepada mahkamah bahawa terdapat pembetulan pada perenggan terakhir.

"Bukan menyerupai, tapi ianya memang Anwar Ibrahim," ujar beliau dari dalam kandang tertuduh.

Mahkamah kemudian dipertontonkan rakaman video seks berkenaan melalui dua buah televisyen di dalam galeri mahkamah.

Walau bagaimanapun, hakim Aizatul mengarahkan rakaman video tersebut dipercepatkan dan hanya untuk mengesahkan terdapat kejadian seks oleh dua individu seperti yang didakwa.

Peguam Shafee yang mengemukakan rayuan di hadapan hakim berkata, Eskay dan Shuib terpaksa melakukan kesalahan kecil untuk mendedahkan kesalahan moral yang lebih besar oleh Anwar kepada umum.

Oleh yang demikian katanya, kedua-dua individu itu mengambil keputusan untuk menayangkan rakaman video seks tersebut bertujuan menghalang Anwar daripada terus mengejar cita-cita menjadi pemimpin negara Islam yang tidak bermoral.

Katanya tindakan mereka adalah demi kepentingan awam selain menyelamatkan persepsi rakyat daripada terus ditipu oleh perbuatan hipokrit Anwar.

"Saya rasa terkejut sebab saya ingat ini perkara yang baik untuk dilakukan," katanya.

Antara lain Shafee menyebut perbuatan yang dilakukan tidak melibatkan kepentingan wang selain mereka telah memilih penonton secara berhati-hati.

Malah Shafee bertegas rakaman video itu telah diteliti oleh pakar dari Amerika Syarikat yang menyatakan 99.9 peratus adalah Anwar.

Beliau sebaliknya menuduh Anwar membuat laporan palsu kepada polis pada 22 Mac sehari selepas kejadian.

"Ketiga-tiga mereka ini tidak sepatutnya berada di sini.. tapi Anwar Ibrahim kerana beliau telah buat laporan palsu," ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada tertuduh berikutan faktor umur dan keluarga.

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal tabur risalah fitnah di Kedah


Oleh: Mid Panah

Risalah terkini dipercayai keluaran blogger Jom Godam. Cetak kat Public Press 45 ribu, baru siap 22 ribu depa ambik dah kelmarin. Sapa pi order kat Public Press, sapa pi ambik, berapa nombor plet keta, siap dengan foto orang tu semua ada kat kita. Public Press tengah cetak la ni 23 ribu lagi, satgi depa mai ambik.

Siasat punya siasat.. dapatlah diketahui akan tuanpunya risalah 'Kedah Tertipu' tu. Macam dok agak orang tu, selama ni tengok posting dengan bahasa yang tersusun, takdak spelling error Mid dok agak dah orang dalam dunia jurnalisme jugak yang bikin. Tepat tekaan Mid.

Eleh, dunia ni bukan besaq mana. Kalau dalam KEDA pun ada orang PAS, dalam pejabat UMNO ada orang PAS takkan kat kilang cetak tak dak orang PAS. Cina satu Kedah la ni adalah penyokong Pakatan Rakyat, sembang apa lagi.

Geng Mat Kering Bakaq Bata khabarnya dah pi buat report polis. Ini yang Mid tak berapa setuju, biaq pi lah dekat depa nak buat risalah apa pun, lepas ni kita buat sama. Tapi geng Mat Kering pun mungkin ada ijtihad dia sendiri.

Mid nak ingatkan Mat Panah.. cepat hapuskan bukti sebelum polis bertindak. Nasihat ikhlas ni, Mid tak maula buat dajey kat Mat, lagipun Mid ni 'anak buah' kepada bapak Mat Panah jugak muda-muda dulu nihh.. Satu lagi yang hangpa pi dok cetak kat Cina, pi dok bela depa pasaipa. Bukankah ini bertentangan dengan prinsip Perkasa nak bela Melayu.. takkan Usop Usima tak ajaq tu.

Inilah kenyataan lari tajuk dari Timbalan Pengerusi Perkakas UMNO



KUALA LUMPUR 23 JUN : Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengheret cabaran Azmin Ali supaya beliau meletakkan jawatan dengan institusi raja, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab sama sekali.

Malahan menurut ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, tindakan Wan Ahmad cuba mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara tersebut seolah-olah lari dari persoalan pokok yang dibangkitkan.

“Isu yang dibangkitkan oleh Azmin Ali memang sangat penting sebab beliau persoalkan tentang kesahihan daftar undi. Ini satu isu yang pokok dan beliau beri keterangan yang cukup kuat dan terperinci berdasarkan kedudukan rumah ibunya sendiri,” katanya kepada TV Selangor ketika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR pada Konvensyen Pilihan Raya PKR yang lalu, mencabar Wan Ahmad supaya membuktikan bahawa daftar pemilih induk adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu, dan jika gagal, beliau harus meletakkan jawatannya.

Beliau memberikan tempoh 48 jam kepada Wan Ahmad berbuat demikian kerana Wan Ahmad menuduhnya berbohong berhubung maklumat daftar pemilih di kawasan Parlimen Gombak yang diwakilinya.

Azmin mendakwa, rumah yang didiami ibunya di Kampung Klang Gate Baru mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

Menurut Sivarasa, isu pengundi Cina yang didaftarkan di rumah ibu Azmin hakikatnya perlu dijelaskan oleh pihak SPR dan bukan mempertikaikan apa diperkatakan.

Jelas beliau, kenyataan Wan Ahmad yang menyatakan Azmin tidak menghormati pelantikan oleh Yang Dipertuan Agung ke atas dirinya bagi jawatan Timbalan Pengerusi SPR adalah menyimpang dari isu sebenar.

“Pelantikan hampir semua jawatan besar dalam negara ini dibuat oleh Yang Dipertuan Agong tetapi itu tidak bermaksud nama Yang Dipertuan Agong boleh dibangkitkan bila kita kritikkan nama-nama jawatan besar ini, sama ada dia Ketua Polis Negara atau Peguam Negara atau Ketua Audit Negara. Mereka ada tanggungjawab kalau mereka salah, kita akan tegur,” katanya.

Tegasnya, SPR seharusnya menjalankan siasatan dan membetulkan keadaan yang tidak betul supaya tidak timbul sebarang isu hingga menyebabkan berlakunya tindakan mengadakan perhimpunan aman seperti Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Sebab itulah tuntutan Bersih 2.0 ini sangat wajar dan tepat pada waktunya. Rakyat Malaysia harus menyokong penuh usaha ini untuk jaminan masa depan bagi demokrasi kita,” katanya lagi.

SPR bukan berkecuali tetapi perkakas UMNO-BN



KUALA LUMPUR 23 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja gagal mempamerkan kredibiliti sebagai agensi berkecuali malah dilihat semakin cenderung menjadi perkakas kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut beliau cadangan yang diajukan Pakatan Rakyat bagi merombak beberapa polisi dalam pilihan raya ditolak sepenuhnya dengan alasan luar bidang kuasa agensi itu.

Justeru Anwar mengulangi pendirian bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti sebagai insiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpuan secara aman.

Katanya program itu memberi ruang kepada rakyat untuk menyedari bahawasanya perubahan perlu dilakukan dalam sistem pilihan raya sepertimana yang berlaku pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Kempen negeri Sarawak, SPR diam walaupun diakui kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM1.18 bilion daripada kerajaan Persekutuan. Katakan, setengah bilion kerajaan negeri dan setengah bilion kerajaan BN.

"Mana SPR, mana kebebasan media, mana laporan penipuan dari segi pendaftaran pengundi yang pernah kita bangkitkan dahulu melalui memorandum yang dibangkitkan oleh PR dan Bersih?" soal beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 yang diketuai oleh bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan termasuk gabungan beberapa buah NGO seluruh negara.

Pada hari yang sama Pemuda Umno dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) turut akan mengadakan demostrasi jalanan bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Umno-BN.

Anwar kemudian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak yakin akan kewibawaan SPR setelah beberapa siri pendedahan dan rasuah dikenalpasti namun agensi itu gagal bertindak.

"Ini SPR kata bukan bidang kuasa mereka. Bidang kuasa dia hanya untuk ikut arahan pimpinan Umno-BN.

"Ugutan yang dibuat pelbagai pihak termasuk polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Perkasa menghina usaha murni tersebut dan menghina etnik Cina. Ini kita anggap keterlaluan dan jelas pentadbiran Najib nampak membiarkan perkara ini tanpa sebarang teguran," ujar beliau lagi.

Terbaru Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa daftar pemilih SPR menunjukkan wujudnya pengundi hantu di rumah yang didiami ibunya sendiri.

Dalam perkembangan lain Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan ekonomi lebih serius dengan wakil-wakil syarikat, badan bukan kerajaan dan pakar ekonomi pada bulan hadapan bagi membincangkan isu kesan gaji minima kepada paras gaji dan masalah tenaga kerja berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang.

Perkara lain yang turut dimuatkan termasuk kekangan kos tenaga kepada ekonomi Malaysia, langkah praktikal berdepan dengan prospek harga minyak yang tinggi serta reformasi pendidikan tinggi dan ekonomi dan merungkai permasalah tenaga kerja dan mutu.

JKKK UMNO kecewa tak dapat elaun kerana tidak sokong Ketua UMNO Bahagian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOUSSo5aE0ZAyfqVqz33p8QaHZuki83dYLAAauhGkJiWxKwQRUDsyQiR6EVQ3_EuqeDNlqFFekaomxuKcaQYAR6otGD7GmAQ1bcSI8Uyf1Hqhb-Plq-y1kAgNklyksmjz5LIW3AI8ILAg/s1600/umno+duit+01.bmpALOR SETAR - Seramai 18 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pokok Sena kecewa dengan tindakan Ketua UMNO bahagian itu yang menghentikan elaun mereka tanpa alasan kukuh sejak awal tahun ini.

Wakil kumpulan itu, M Zani Morad, 61, berkata, antara pengerusi dan setiausaha yang terlibat adalah dari Kampung Baru, Taman Seri Kota, Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong, Padang, Tok Keling, Batu 3 Jalan Langgar, Mata Air dan Taman Pertama.

Beliau yang juga Pengerusi JKKKP Kampung Baru, mendakwa punca utama elaun mereka dihentikan kerana tidak menyokong Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ahmad Lebai Sudin selain ada antara mereka dituduh mengedar air ketum.

“Tuduhan berkenaan amat melampau dan tidak patut sama sekali.

“Walaupun nama pengerusi ini tersenarai dalam penerima elaun dari Januari hingga Mei lalu dengan nilai keseluruhan RM4,000, manakala setiausaha RM1,000 namun diberitahu nama kami dibekukan sementara,” katanya.

Pengerusi JKKKP Batu 18 Kampung Bukit, Ramli Enoi terkilan dengan tindakan itu dan berharap pemimpin atasan UMNO akan turun padang menyiasat sendiri masalah itu.

“Lebih 20 tahun memegang jawatan Pengerusi dan selama ini saya bertugas serta berjuang dengan ikhlas untuk UMNO, demi kepentingan UMNO pemimpin atas kena turun ke bawah.

“Sekiranya masalah ini tidak diatasi saya percaya kita tidak akan dapat menawan semula negeri ini daripada Pas, sebelum ini kita kalah berpunca dari kita sendiri bukan kerana parti politik lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, tiga cawangan sahaja mempunyai masalah dari segi faktor umur, cawangan tidak berkembang serta ada pengerusi cawangan tinggal di tempat lain iaitu Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong dan Taman Seri Kota.

Beliau menafikan masalah itu berpunca daripada tindakan pemimpin JKKKP tidak menyokongnya.

“Alasan itu tidak logik. Masih ramai yang tidak sokong tetapi saya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memecat mereka.

“Terdapat satu cawangan yang masih belum diluluskan sebagai JKKKP dan sehingga kini ia tidak layak menerima sebarang elaun,” katanya.

Ahmad berkata akan bersemuka dengan semua JKKKP membabitkan 148 orang di bahagian Pokok Sena pada 1 Julai ini untuk menerangkan perkara sebenar mengenai isu itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula berkata, pihaknya sedia maklum dengan masalah JKKKP berkenaan selepas mereka membuat aduan di pejabat UMNO negeri.

“Saya harap JKKKP terlibat bersabar dan bertenang kerana perkara itu melibatkan banyak pihak serta mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

“Saya juga melihat perkara berkenaan sebagai isu teknikal yang boleh diselesaikan,” katanya.SH