Friday, July 22, 2011

Najib berkorban cuti bukan kerana rakyat tapi untuk arahan hantar pulang Peguam Perancis ?


Menurut berita Bernama, Perdana Menteri tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.

Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Saya sangsi! Saya curiga! Yang menambahkan sangsi dan curiga itu apabila dalam masa yang sama peguam yang menyiasat Skandal Scorpene turut tiba di negara ini. Lagi menambahkan curiga dan sangsi itu apabila peguam tersebut bersama dengan isterinya ditahan di KLIA dan dihalau dari Malaysia.

Siapa yang memberikan arahan kepada Imigresen untuk berbuat demikian?Duniacacamarba

Tindakan hantar pulang Peguam Perancis sudah jadi isu antarabangsa, Dunia melihat Malaysia sebagai negara zalim


Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.


Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.


“Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut,” katanya kepada Keadilandaily.


Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi.


Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.


Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.


Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.


Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.


“Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia.


Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.


“Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen.


Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini,” jelas Latheefa.


Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.


Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.


Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen.


Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menahan peguam Perancis, William Bourdon dari memasuki negara ini, akan mencemar nama Malaysia dan hubungan diplomatik dengan kerajaan negara itu, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

“Ini perkara yang memalukan negara dan akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan Perancis,”

“Kerajaan Umno dan Barisan Nasional mempergunakan Jabatan Imigresen dan Polis untuk melindungi Najib. Sedangkan, tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan Bourdon,” kata Surendran kepada Keadilandaily.

Bourdon ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari ini oleh 3 pegawai imigresen, sejurus tiba di lapangan terbang itu.

William disoal siasat di pusat tahanan imigresen KLIA dan tiada sebarang maklumat berkenaan dakwaan yang akan dikenakan terhadapnya.


Bourdon tiba di Pulau Pinang semalam dan berucap di pelancaran majlis makan malam bagi kutipan dana ‘Ops Scorpene’ di Bayan Baru malam tadi.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mendakwa kerajaan takut kepada maklumat yang bakal didedahkan oleh peguam dari Perancis itu.

“Kalau kerajaan tidak melakukan sebarang kesalahan, mengapa mereka takut? Mengapa mempergunakan Jabatan Imigreen dan Polis untuk menahan?

Menurutnya, Bourdon hanya dilantik Suara Rakyat Malaysia bagi mewakili satu kes siasatan dakwaan rasuah dan majlis makan malam yang dianjurkan hanya penerangan mengenai perkembangan kes tersebut.

“Sekiranya kerajaan menghantar pulang Wiliam kembali ke Perancis, tindakan itu akan menjadi isu antarabangsa,” kata Tian Chua sambil menambah, majlis makan malam bagi mengumpul dana Ops Scorpene yang dijadualkan malam ini di Dewan Sivik MBPJ akan diteruskan.

Sementara Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali dalam laman twitternya menulis, Najib tidak perlu bimbang dengan kehadiran Bourdon jika megakui tidak kenal penterjemah Mongolia, Altantuuya Sharibuu yang dikatakan ada kaitan dengan isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

“Najib tak perlu gusar tentang kes Scorpene dan Altantuuya. Bukankah dah bersumpah tiada kena mengena?

“Jadi apa perlu tahan dan usir peguam Perancis,” kata Dr Syed Husin, sinis.JALAN PULANG

TERKINI : Mat Sabu cabar polis siar rakaman penuh tanpa edit

Mohamad Sabu atau Mat Sabu mencabar polis mendedahkan rakaman penuh CCTV mengenai kejadian kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncenginya pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu atau bersedia menghadapi saman sivil di mahkamah.

Timbalan Presiden PAS itu mendakwa, rakaman yang disiarkan oleh pihak polis semalam adalah rakaman yang telahpun diedit serta tidak menggambar wajah sebenar anggota polis terbabit.



Fitnah dalam adalah keterlaluan dan langsung tidak berlandaskan apa yang dilakukan ke atas saya (di tempat kejadian) itu," katanya di Komtar, Gergetown.

Beliau turut mengulangi tekad untuk menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid kerana menuduhnya beliau berlakon dicedera dek polis.

"Tarik balik fitnah ke atas saya dan kesihatan saya...maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau," ujar beliau.

Turut serta dalam sidang tersebut, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Mansor Haji Othman.

Kelmarin, Saleh menyifatkan dakwaan Mohamad Sabu diperlaku secara brutal oleh polis adalah palsu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,”ujar Saleh semasa tayangan video tersebut.

Ligamen Lutut Mohamad tercedera hatta koyak akibat insiden brutal tersebut.

Dalam pembedahan seminggu yang lalu, di bahagian pelipat lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.

Mohamad kemudiannya berkali-kali menafikan bahawa beliau berlakon duduk di atas kerusi roda sambil membawa filem x-ray yang menunjukkan lututnya menerima skru tersebut.

Washington Post siar penangkapan Peguam Perancis, nama Malaysia tercemar lagi

Malaysia deport French lawyer fighting alleged corruption by shipmaker in submarine deal

KUALA LUMPUR, Malaysia — A French lawyer said Friday he is being deported from Malaysia, and the human rights group he represents accused the government of paranoia after he spoke about a pending corruption trial over a $1.2 billion submarine deal.

William Bourdon arrived in northern Penang state Thursday and spoke at a dinner about the French court case set for trial in September, said Cynthia Gabriel of the Malaysian rights group Suaram.

When Bourdon traveled to Kuala Lumpur on Friday, “a police officer came to get me in the plane, and then I was escorted to the immigration office,” Bourdon told The Associated Press.

After a two-hour wait, he was given an expulsion order and told to get a plane ticket home, at his own expense, and will be held in the airport detention center until then, he said.

Government officials couldn’t be reached for comment Friday.

Suaram filed complaints with a French prosecutor in 2009 alleging corruption in a 114 million euro ($164 million) fee that shipbuilder DCNS paid to Malaysian firm Perimekar Sdn. Bhd. to facilitate the submarine deal.

Prime Minister Najib Razak has denied there was any corruption. He was defense minister in 2002, when Malaysia ordered the two diesel-electric Scorpene attack submarines as part of a naval upgrade. It has since received both the submarines.

In his talk Thursday, Bourdon gave an update about the status of the case, on the French judicial system and what to expect from the trial, Gabriel said.

“He didn’t reveal anything damning. This is just an act of paranoia, another irrationality by the government. They are afraid of their own shadows,” she said.

Bourdon said he told the police he didn’t understand the expulsion and the decision lacks any justification. “No explanation was given to me,” or to the French Embassy representative who accompanied him, he said.

“I told them I acted as a lawyer, in full respect of my duties and the rules of my profession, and in respect of international law and national laws,” he said in a phone interview.

Malaysian defense officials have said the fee was paid to Perimekar for coordination and support services. But critics argued that Perimekar was formed only a few months before the contract was inked, had no track record in submarine services and didn’t have the financial ability to support the contract.

Suaram has said it plans to take legal action against Perimekar and the Malaysian government if the French court rules there is corruption by DCNS.

The case could embarrass Najib and hamper his ruling coalition’s effort to bolster support ahead of general elections that many expect to be held next year.

Perimekar is owned by the wife of Abdul Razak Baginda, a controversial figure who once was Najib’s aide and a close friend.

Abdul Razak was acquitted in 2008 of abetting in the murder of his ex-mistress, a Mongolian woman. He confessed to having an affair with her and said she was blackmailing him. The woman was shot and her body blown up with military-grade explosives in October 2006.

Two policemen working in security were later convicted and sentenced to death for murdering the Mongolian, although prosecutors failed to show any motive. Suaram has said initial investigations by their French lawyers showed the Mongolian had worked as a translator for Abdul Razak in the submarine deal.Washington Post

Bourdan: Negara dimalukan lagi selepas Bersih 2.0

TASEK GELUGOR, 22 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis, William Bourdon pasti akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat selepas negara melakukan kezaliman terhadap perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 baru-baru ini.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat ingin tahu perkara sebenar hasil pendedahannya di Malaysia, tiba-tiba sekumpulan pegawai Imigresen menangkapnya setelah pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tangkapan itu amat memalukan negara sekali lagi setelah dimalukan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tambahnya, tindakan tersebut sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene.

“Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) berani kerana benar kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam sekembali ke Malaysia,” katanya.

Baginya, isu penangkapan Willian Bourdon di Malaysia pastinya mendapat kritikan berbagai pihak sama ada secara terus atau di alam maya kerana beliau bukan calang-calang peguam. -HD

Video tayangan polis sahkan lagi Mat Sabu dilanggar kereta polis


PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan

Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [The Malaysian Insider
].


Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.



Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di atas dengan mata kepala anda sendiri.

Kuang.. Kuang.. Kuang... BOHONG lah lagi...

Milo Suam

Setelah Julia Gillard diperdaya Najib, kini David Cameron pula hendak ditipunya

aku ingat laa mungkin David gelak sampai jatuh kerusi..

Agak agak hangpa kalu David Cameron baca statement Najib ni apa dia nak kata?

Macamlah si david tu buta kepala atau pekak badak..hahaha..apalah punya kelentong si Najib ni..

Mungkin Najib duk ingat si David tu duduk di kawasan Felda dalam Parlimen Pekan kot?…hahaha

Tu pun Najib nak buat sandiwara aka penglipur lara lagi…hahaha, Najib lupa dah kot David sudah jamu ‘air kuning’ di London 4,5 hari lalu.PKB

Ingat apa jadi kepada Julia Gillard dalam kes refuge yang menyebabkan Julia dihentam sampai ke hari ini. Kes refuge ini bakal menjatuhkan kerajaan pimpinan Julia. Kerana apa? kerana percaya bulat-bulat apa yang Najib bagi tahu. David Cameron dah tahu kes di Australia , cakap Najib dengar boleh percaya tak boleh. Admin

Najib jelas niat sebenar Bersih pada Cameron

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar itu ketika lawatan itu berlangsung.( ruang untuk polis membantai protester)

“Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom “that we have room for dissent” (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia,” katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

“Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis,” kata Najib.( mana janji kata nak bagi stadium)

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut “pembaharuan pilihan raya”.( david pun tahu itu satu kempen)

“Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Asia Barat. Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat,” katanya.( spr n da geng sebagai pelindung)

Beliau berkata Perdana Menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

“Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih,” kata Najib. ( logik ke 1 rumah ada 88 pengundi?..dalam syiling dan tandas pun ada orang duduk ke)

Bernama

Kesan Bersih 2.0 lebih besar – Presiden PAS


http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/249367_247567288605161_100000556758924_923499_4342061_n.jpgTUMPAT, 22 Julai: Tidak lama selepas Bersih 1.0 diadakan pada November 2007, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima kesannya apabila dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen pada pilihan raya umum Mac 2008.

Dan kesan gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diakui banyak pihak lebih hebat lagi dirasakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bersih 2.0 dirasakan lebih hebat berbanding Bersih 1.0.

”Antaranya penyertaan masyarakat bukan Melayu begitu menggalakkan sekali. Ini merupakan satu gabungan sangat baik.

”Sedangkan kerajaan BN menggunakan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersikap fanatik seperti Perkasa dan kumpulan seni silat.

”Namun akhirnya mereka tidak dapat berhimpun dan terpaksa menarik diri kerana tidak dapat sambutan,” katanya selepas perasmian penutup Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting, petang ini.

Ijtimak sehari itu bermula jam 9 pagi tadi. Kesemua pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat hadir. Perasmian pada sebelah pagi diadakan serentak dengan kuliah perdana oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dianggar lebih 20,000 hadir pada ijtimak tersebut apabila lokasi tempat perhimpunan penuh dengan kebanjiran pendokong PAS dari seluruh jajahan.

Menurut Presiden PAS, di negeri lain juga perhimpunan rakyat mendapat sambutan baik di majlis-majlis yang diadakan di seluruh tempat.

”Termasuklah himpunan anjuran Bersih 2.0 yang diatur baru-baru ini mendapat sokongan meluas dari seluruh negara di mana mereka sanggup datang berhimpun di Kuala Lumpur.

”Ini menandakan respon yang sangat positif daripada seluruh rakyat, bukan saja daripada penyokong PAS,” katanya.

Ditanya mengenai peguam Perancis, William Bourdon dilaporkan ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) katanya ia menandakan demokrasi di Malaysia ini masih tidak sempurna.

”Sekiranya kerajaan berada di pihak yang benar, kerajaan betul, apa hendak ditakutkan,” ujarnya.

Bourdon dilaporkan ditahan sebaik tiba di KLIA. Semalam beliau berada di Pulau Pinang bercakap tentang isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit.

Menurutnya peguam terbabit dilihat berani mempertahankan kebenaran dan kalau tak salah apa hendak ditakutkan.

Sebelum itu ketibaan Tuan Guru Abdul Hadi yang anggota parlimen Marang ke Pantai Geting menaiki motosikal berkuasa besar dari Pantai Seri Tujuh.

Mengenai sambutan hangat ijtimak tersebut katanya Insya Allah kita yakin PAS dapat mempertahankan negeri ini.

”Selama ini walau pun pilihan raya tidak bersih di seluruh negara, Kelantan boleh bertahan. Operasi mengangkut pengundi dari luar, gunakan duit, macam-macam serta serangan media.

Kelantan mampu bertahan

”Dalam masa 20 tahun kita boleh bertahan. Sambutan diberikan hari ini menandakan komitmen, iltizam jentera-jentera PAS untuk terus bekerja bagi mempertahankan kemenangan di Kelantan ini, InsyaAllah,” katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mereformasikan demokrasi di Malaysia dan 8 perkara tuntutan Bersih 2.0, beliau mengalu-alukan sebarang langkah supaya membetulkan amalan demokrasi di Malaysia ini.

”Kita sangat-sangat mengalu-alukan cadangan penubuhan itu,” ujarnya.

Mengulas tiada tanda-tanda pimpinan Datuk Seri Najib Razak mahu menerima 8 perkara tuntutan Berih 2.0, beliau berkata sekiranya mahu menjadi pemimpin bertanggungjawab mesti perubahan dilakukan.

Menurutnya mana-mana pemimpin yang bertahan secara tidak bermoral, jatuh pun juga secara tidak bermoral.

”Lihat seperti apa yang berlaku di Mesir, di Tunisia dan di mana-mana saja di dunia.

”Di Asia Tenggara Marcos dengan Suharto yang memerintah begitu lama dengan revolusi tertutup, akhirnya jagi meletup dan berkaku perubahan.

”Dan kita harap negara kita juga berlaku perubahan dengan cara yang bersopan, pemimpin kena sedar dan insaf,” katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya tuntutan mereformasi pilihan raya tidak diterima kerajaan BN, PAS tetap akan menyertai pilihan raya dan menentang sebarang penyelewengan.

Tun Faisal Exco Pemuda UMNO Malaysia belasah PAPA GOMO penipu dalam blognya

http://1.bp.blogspot.com/_JKMfRHP8nU8/TSL0sBRAWTI/AAAAAAAAAjs/JTrux3EKk5E/s200/s5ab2.pngAda beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.

Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti, dia gagal menjawab Ya atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik semasa PRN Sarawak berbanding Papagomo. Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghak upayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding dari rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.tun faisal dot com

Izam E.Y.E pulak ikut langkah Bob Lokman

Izam kini selesa mengenakan pakaian serban dan jubah

Siapa sangka, vokalis kumpulan EYE, Izam atau nama sebenarnya, Mohd Izam Arshad yang dulunya cukup terkenal sebagai rocker, kini lebih selesa mengenakan jubah dan serban.

Walaupun hampir sepuluh tahun melakukan penghijrahan itu, Izam tidak pernah mendabik dada, sebaliknya menganggap dirinya masih banyak kelemahan dan perlu mendalami ilmu agama.

Jika rakan seangkatannya, Bob Loqman dan Azmeer Mustapha, memilih untuk terus meninggalkan dunia seni, namun berbeza pula dengan pendirian Izam. Akui selesa dan lebih tenang selepas penghijrahan itu, Izam, bagaimanapun tidak pernah melupakan dunia seni.

Demi minat yang mendalam, Izam masih terus aktif menyanyi dan menerima undangan persembahan di seluruh negeri. Bukan bergerak secara solo, tapi masih bersama EYE, dengan konsep muzik ketuhanan.

“Saya sayangkan rakan-rakan artis saya. Mana mungkin saya boleh meninggalkan mereka. Mereka akan tetap bersama saya. Sampai sekarang, kami masih menerima tawaran persembahan dan kami akan bersatu apabila diperlukan.

“Nyanyian sudah sebati dalam hidup saya, malah ia juga sebahagian daripada punca pendapatan saya menyara keluarga. Tentang imej sekarang, ia tidak menghalang saya untuk terus menyanyi. Kalau ada persembahan, saya akan mengenakan gaya kasual yang dilihat lebih sesuai dengan keadaan dan bukanlah berjubah setiap masa. Malah, perubahan saya diterima baik oleh ahli EYE lain,” katanya yang lebih suka mengamalkan konsep kesederhanaan dalam Islam.

Bercerita lebih lanjut tentang penghijrahan dirinya, Izam berkata, ia bermula pada 2001. Ketika itu, dia didatangi sekumpulan tabligh yang berdakwah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan dakwah Allah.

Secara tidak langsung, kecekalan golongan itu berdakwah sedikit sebanyak menarik minatnya untuk terus mengenali Islam dengan lebih dekat.

“Saya akui, sebelum ini, saya lalai dan gagal menunaikan suruhan Allah iaitu sembahyang lima waktu.

“Saya kagum dengan tabligh itu dan saya berusaha untuk mengenali kehidupan mereka. Sejak itu bermulalah haluan saya untuk menjadi ahli masjid.

“Untuk percubaan pertama, saya bermalam di masjid itu selama tiga hari dan latihan pertama saya ialah mendirikan solat lima kali sehari,” katanya yang kini aktif berceramah sekitar Melaka, Johor, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

Menurut Izam, rasa ingin tahu dan belajar terus membuak-buak dalam dirinya apabila mendengar hadis yang dibacakan ahli-ahli tabligh.

Izam akui, bukan mudah untuk mendalaminya dan ia memerlukan masa untuknya menuju ke arah itu.

“Saya tak sedar di sebalik penubuhan EYE, yang melambangkan ‘mata’ itu ada makna lain yang lebih besar iaitu, ‘Engkau Yang Esa’. Walaupun saya mengambil masa lama untuk mendekati Allah, tapi saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mengenali dan beramal kepada-Nya,” kata Izam sambil tidak putus-putus meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

TERKINI.!!Isu Scorpene : Najib takut, Peguam Perancis dihantar pulang


SHAH ALAM 22 JULAI : Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.

Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.

"Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu," katanya.

Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu.

"Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini," tegasnya.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.

Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit.

Ia juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu.

Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah.

Bourdon semalam berada di Bayan baru, Pulau Pinang untuk membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum dan beliau sepatutnya dijadualkan berbuat demikian di Petaling Jaya malam ini

Penangkapan Peguam Perancis cemarkan nama Malaysia di mata dunia

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya.