Pulau Ketam di Selangor mencatatkan dua sejarah di Malaysia dalam pilihan raya ketua kampung hari ini - sebagai negeri pertama menghidupkan semula amalan itu selepas 46 tahun, dan yang pertama menggunakan dakwat kekal untuk proses mengundi bagi mengelakkan penipuan.
Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang
menjadi perintis dalam usaha memulihkan pilihan raya ketua kampung di tiga buah kampung, menjelaskan bahawa pilihan raya tempatan telah dibekukan pada tahun 1965.
Perkampungan Cina di Klang itu adalah yang pertama dalam inisiatif kerajaan negeri untuk menghidupkan semula amalan tersebut, walaupun PKR Perakpernah menimbang idea itu sewaktu mentadbir sekejab negeri itu sebelumnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ean Yong berkata pilihan raya itu menggunakan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda.
Menurutnya, dalam proses pengundian hari ini, ibujari setiap penduduk yang menerima kertas undi, ditandakan dengan dakwat kekal.
Menjawab soalan, Ean Yong berkata semuanya berjalan lancar dan beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung dasar baru itu.
Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan utama BERSIH 2.0 yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam pilihan raya negara. Ia dikatakan murah dan berkesan dan mudah dilaksanakan, berbanding dengan sistem berteknologi tinggi biometrik yang dicadangkan oleh kerajaan.
Sunday, July 31, 2011
TERKINI!!! Keputusan Pilihanraya olok-olok BN : Perak, NS jatuh ke tangan Pakatan
Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.
The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).
Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.
Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.
Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.
“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.
Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.
“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.
Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.
Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.
“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.
Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.
“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.
Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.
Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.MI
Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.
Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.
Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.
Mat Sabu dibedah lutut dilanggar polis, Najib dibedah lutut dilanggar apa ?
AKIBAT dari kecederaan yang dialaminya semasa bermain futsal tempoh hari, Najib dilaporkan akan menjalani pembedahan pada lutut kirinya di Hospital Kuala Lumpur esok [Malaysiakini].
Ini bukan berita tipu, ini berita betul-betul punya. Kalau pihak pembangkang cedera semua tipu, kalau Najib cedera itu berita betul, berita sahih. Anwar Ibrahim mata lebam kerana tumbuk mata sendiri, Mat Sabu kakinya dipasang skru kerana beliau berlakon.
Teoh Beng Hock mati kerana bunuh diri, Ahmad Sarbaini pun bunuh diri. Peserta perhimpunan Bersih, berlakon sakit, berlakon mati. Pembangkang semuanya jahat yang baik hanya Najib dan Rosmah. Orang lain kalau cedera semua tipu, semua berlakon kerana nak dapatkan simpati.
RentaP© "Ini baru Futsal, Cuba lu orang bayangkan kalau Najib kena pukul dengan FRU, kena lontar bom asap..."
BONGKAR!!! Nama tiada dalam daftar JPN , ada dalam daftar pemilih
Kali ini dua orang pengundi memegang nombor ic 250622715425 dan 380424715016 yang bernama BASRI BURU BIN ALIMIN dan SOESSJE SCWANNE JETTY SILVANA GROENEVELD. Dari nama yang ditunjukkan, kedua-dua individu ini tidak memiliki nama seperti nama rakyat Malaysia yang biasa. Sebaliknya nama mereka seperti berasal dari luar Malaysia samada Indonesia atau lain tempat..
Apa yang peliknya kedua-dua pemilik nombor ic ini tidak wujud datanya dalam laman semakan di Jabatan Pendaftaran Negara JPN. Tetapi nama kedua-dua pemilik nombor ic ini wujud dalam data sebagai pengundi di laman semakan Pendaftar Pemilih SPR.
Seperti biasa, untuk mengesahkan bahawa maklumat ini adalah maklumat yang benar, bukan rekaan, bukan cerita bohong, bukan hikayat dongeng, silalah ke website rasmi SPR dan semaklah sendiri klik sini [ SPR -http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/ ]
Tambah menguatkan lagi penyelewengan ini, hasil semakan di laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa nombor kad pengenalan 250622715425 & 380424715016 yang tertera di atas adalah tidak wujud. Nombor tersebut adalah nombor hantu atau toyol tak percaya sila semak sendiri, klik sini [ JPN -http://www.jpn.gov.my/semakic/ ]
Ni lagi sekali ic nya - 250622715425 & 380424715016
Mimpi Senja
Perutusan Ramadhan Presiden PAS
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.
Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat rukun dan adap-adapnya.
Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan menguatkan rohani kita.
Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur, berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain. Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri.
Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT.
Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya. Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT.
Sifat “taqwa”, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguh kami telah mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT”.
Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita. Sekiranya kita bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.
Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta’ala memilih dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada umat Islam. Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang salah.
“Bulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah”.
Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Maka, Allah Ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.
Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi SAW, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW.
Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan peristiwa Badar ini.
Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud, “Hai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa kamu”.
Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian. Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan.
Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sekian, selamat berpuasa.
Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Akhbar Harian Malaysia akan dilancarkan
KUALA LUMPUR 31 JULAI : Akhbar online Harian Malaysia yang diterajui bekas wartawan kanan Kumpulan Utusan, Mohd Hata Wahari, setelah dipecat kerana mengkritik media kawalan Umno itu, akan muncul secara rasminya esok.
Hata berkata, akhbar elektronik dengan slogan “Beretika dan Bertanggungjawab” itu akan memberi fokus kepada permasalahan rakyat selain membongkarkan setiap isu yang dialami.
Menurut Hata, akbar terbabit juga akan dibuat dalam versi Bahasa Malaysia demi memudahkan informasi disampaikan kepada rakyat keseluruhanya.
“Buat masa sekarang, kita memang sudah ada portal Harian Malaysia tapi ia hanya kerangka yang mana ia sudah mula sejak 1 Julai lalu.
“Dan, sekarang kita sedang mengatur akhbar elektronik, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos (esok) bersama dengan portal rasmi kita,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Buat masa ini, kita akan buat akhbar elektronik sebab belum dapat permit untuk cetak akhbar.
“Kita punya berita yang disiarkan nanti adalah secara percuma,” katanya.
Mengulas lebih lanjut mengenai liputan akhbar itu, Hata berkata ia adalah “seratus peratus mengenai masalah rakyat.”
“Kita fokus kepada masalah rakyat, kalau ada politik itu tidak banyak . . . kita nak fokus kepada masalah rakyat di bawah dan kita akan bongkarkannya.
“Kita tahu apa banyak masalah rakyat di luar sana, saya sudah berbelas tahun bekerja dengan Utusan Malaysia dan saya tahu apa yang berlaku,” katanya.
“Media arus perdana tidak telus dan cuba menyembunyikan apa yang berlaku, sebab itu kita mahu membongkar apa yang berlaku di bawah,” katanya yang memegang jawatan sebagai ketua editor.
Jelasnya lagi, pihaknya akan membuat liputan di seluruh negara yang mana setiap negeri akan ada seorang wartawan.
Oleh itu sebarang maklumat atau informasi yang ingin disalurkan boleh terus melawat www.harianmalaysia.my.
Menurut portal rasmi Harian Malaysia, akhbar elektronik itu adalah berbayar dan pembaca dikenakan bayaran RM10 untuk langganan sebulan, RM60 untuk enam bulan dan RM120 untuk setahun.
Bagaimanapun, kata Hata, pembaca boleh akses secara percuma buat sementara waktu.
Selain Hata, Mohd Laile Wahari dan Mohd Shawal Wahari juga merupakan orang yang terlibat dalam membangunkan Harian Malaysia sebagai Pengarang (Pengurusan) serta Pengarang (Editorial).
Manakala penasihat editorial Harian Malaysia itu pula membariskan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pemimpin veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan.
“Kita juga akan meminta mereka untuk menulis dalam Harian Malaysia,” kata Hata.
Harian Malaysia mempunyai beberapa kolum seperti mana yang akhbar-akhbar tempatan lain termasuk politik, berita semasa, pendapat dan kolum, komuniti, wawancara, isu, hiburan dan sukan.
Selain itu, ia juga turut mempunyai satu ruang khas dinamakan “Awang Sulung” yang akan mengulas isu-isu semasa.
VIDEO TERKINI !!! Najib mungkin rasa Khairy layak jadi pemandu teksi, walaupun Pemuda MIC minta jawatan Menteri untuk Khairy
KALI pertama dalam sejarah Malaysia, apabila Ketua Pemuda United Malays No Otak, Umno tidak mendapat sebarang jawatan menteri sedangkan Sharizat Jalil yang kalah kepada Nurul Izzah boleh dapat jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Pelbagai usaha dilakukan oleh menantu bekas Perdana Menteri Islam Hadhari ini untuk menarik perhatian isteri Rosmah Mansor, namun kerajaan Rosmah benar-benar sudah berpatah arang terhadap orang yang dianggap sebagai perosak Umno ini.
Isu yang lebih menarik, nampaknya Khairy Jamaluddin dilihat seolah-olah menggunakan Pemuda MIC untuk memujuk isteri Rosmah memberikan jawatan menteri kepadanya [Utusan]
Malangnya, usaha Khairy Jamaluddin gagal lagi dan dia hanya mampu menggigit jari. Kerajaan Rosmah hanya sudi untuk melantik Presiden MIC, Dato G Palanivel sebagai menteri di jabatan perdana menteri [Utusan].
Lagipun sebelum ini, Khairy sudah mengumumkan mahu bersara dari dunia politik [Khairy bersara]. Usahlah dirayu pada yang tak sudi, barang yang lepas janganlah diingat lagi. Eloklah Khairy berfikir tentang kerjaya baru selepas bersara nanti. Khairy dah mula biasakan diri sebagai pemandu teksi macam video di atas.
Najib kini “liabiliti paling besar” kepada Umno sama macam Pak Lah sebelum PRU 12
SHAH ALAM 31 JULAI : Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “liabiliti paling besar” kepada Umno menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
Katanya, ini kerana kegagalan Najib dalam menangani beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 2.0 dan yang terbaru penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.
Justeru itu, Najib kini terpaksa mencari “talian hayat” dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.
“Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.
“Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa,” katanya.
Jelas Dr Dzulkefly, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara demi memperoleh semula kepercayaan rakyat, namun usaha itu ternyata sia-sia.
“Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.
“Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya ‘Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’, kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya,” katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu merupakan seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.
“Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.
“Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti ‘you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)’, beliau sinonim dengan tabiat ‘flip-flop’, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua,” katanya.
Menurut Dr Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.
Tambah beliau lagi, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi betapa buruknya kepimpinan Najib.
“Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
“Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.
Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.
Kelmarin polis membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.
Wahai UMNO, bertaubatlah..
Oleh: Tok Senapi
Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Hati setiap Mukmin sangat gembira untuk menerima kedatangan Ramadhan, manakala hati golongan munafik sudah mula berkeluh kesah.. macam mana nak makan di siang hari, macam mana nak berhibur, khususnya di Kedah golongan yang hidup dalam dunia laghaa dan kepura-puraan gelisah kerana pusat hiburan ditutup sepanjang Ramadhan.
Mulanya golongan kaki maksiat ini menggunakan kelompok parti anti Islam seperti MCA dan Gerakan wal harbi untuk menyerang kerajaan negeri. Mereka berharap bila kuatnya tekanan kedua parti anti Islam itu, terutama Gerakan melalui peguam mereka Tan Keng Liang menyaman kerajaan negeri maka kerajaan negeri akan beralah lalu membuka kembali pusat hiburan maka 'raya hinu' sakanlah puak-puak kaki maksiat ini.
Malangnya mereka kecewa bukan kepalang apabila kerajaan negeri tidak bersetuju menarik pengharaman pusat hiburan untuk pengusaha dan pelanggan Islam. Maknanya orang Islam kat Kedah tak boleh lagi berkaraoke di bulan Ramadhan.. adusss kecewa bukan main puak-puak kaki maksiat tu. Sebagai melepas geram mereka menuduh 'PAS tunduk pada DAP' walhal depa kecewa kerana tak boleh pi dok berseronok suka kat pusat hiburan.
TS masih ingat PRU ke 12 lalu, orang UMNO keluarkan risalah mendedahkan perangai seorang calon UMNO (mestilah dari kem yang berbeza) yang menghabiskan duit berbelas ribu semalam bersukaria kat Danok. Nak tak percaya pun yang cerita tu orang UMNO.. takkanlah UMNO nak memburukkan orang UMNO sendiri kalau cerita tu tak benar.
Cerita bekas Exco UMNO buka pusat karaoke haram kat Jalan Alor Mengkudu dah heboh pun sedenia. Puak yang datang berhibur kebanyakannya veteran-veteran UMNO. Melalak malam-malam macam suara katak pisang, membingitkan telinga orang kampung kat Kelompang dan Tok Keling.
Berhibur berlebih-lebihan tanpa batasan ni dah jadi budaya hidup UMNO turun temurun. UMNO dan pusat hiburan sudah sinonim. Sebab itulah pemimpin mereka boleh sebut bahawa berlaku pertambahan pusat hiburan di Kedah, terutamanya rumah urut. Mereka biasa sampai sebab itu mereka tahu.
Termasuk TS ni sendiri... mengakui bahawa tak reti apa satu pasai rumah urut selama ini. Dok ingat ke rumah urut tu tempat orang lelaki urut orang lelaki, perempuan urut perempuan atau macam rawatan reflexsologi tu. Rupa-rupanya seorang rakan UMNO beritahu 'rumah urut' asal memang macam tu tapi disalahgunakan sebagai tempat persundalan. Ishh kalau macam tu kerajaan negeri kena desak polis bertindak segera, sebab pejabat daerah mana ada team penguatkuasaan yang kuat dan efisien untuk hadapi tu. semua Yang boleh hadapi cuma polis.. ada pistol, ada gari, gas pemedih mata dan air gatai.
Terbayang di benak fikiran UMNO dahsyatnya UMNO dengan maksiat. Merekalah yang membudayakan maksiat dan merajai kegiatan maksiat. Selama separuh kurun mereka berkuasa, umat Melayu Islam sudah musnah angkara industri maksiat.
Maka di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini TS merayu kepada UMNO yang masih berbaki sisa-sisa iman di dada mereka marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar jauhilah maksiat dan mungkar. Gunakan kelebihan kamu berkuasa di pusat untuk mengarahkan pihak polis membantu membanteras maksiat habis-habisan.
Akhir sekali... kepada ahli-ahli biasa UMNO gunakan kesempatan Ramadhan untuk bermunajat kepada Allah bagi memberi taufik dan hidayah dalam hati-hati kita semua untuk mencari dan berpihak kepada kebenaran. Tentulah nanti Tok Non adalah orang pertama yang mengalirkan air mata kegembiraan apabila ahli-ahli UMNO kalian bersetuju untuk meninggalkan perjuangan UMNO yang karut dan memecahbelah perpaduan ummmah itu.
Wahai saudaraku UMNO, jadikanlah Ramadhan bulan untuk berhijrah...Kedah La