Monday, August 1, 2011

Stadium Shah Alam di bawah Kerajaan Selangor, macam mana Najib boleh tawar



SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka.

PERKASA dan Noh Gadut serlah keUMNOan tulen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7CuwSUQLoEBd_f9U8nBzGjI61e780vnsTRe4vD1tnFkyCtrEVQSfpxZVoOlp3voHdbvR_vUZ0vK9lEn7zKwknJMqmfsUEFEGCNk5U_jwj-Uf2ae61rq38rhUw-QoxslzJbjifiJUrnl4/s320/nooh+gadut.jpgSetiausaha PERKASA Johor, Amir Hamzah Mohamad pada Jun lepas telah mengakui satu perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain.

Beliau turut menyebut PERKASA Johor telah menghantar 100 orang ahlinya seluruh Johor ke perjumpaan tertutup berkenaan.

Menurutnya lagi, majlis taklimat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan bekas mufti Johor yang juga penasihat Agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut (gambar) bagi membincangkan berkaitan tsunami politik yang bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Keadaan itu katanya akan menggugat kuasa Melayu (kuasa Umno) jika golongan muda terus condong kepada Pakatan Rakyat (PR).

Dalam taklimat berkenaan, setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor.

PERKASA dan Noh Gadut memang barua Umno-BN

Keadaan itu menjelaskan akan kedudukan PERKASA dan Noh Gadut yang selama sentiasa bertindak dan mengeluar kenyataan berbaur perkauman yang bias dengan parti perkauman Umno.

Kini kedudukan PERKASA diangkat sebagai antara yang bakal melakukan sesuatu bagi mempertahankan kuasa Umno-BN di negeri Johor.

PERKASA bukan lagi NGO bebas yang didakwa sebelum ini oleh pemimpin mereka, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada Umno, cuma topeng sahaja berlainan yang dicipta khas atas nama PERKASA sebagai usaha mengelabui mata bangsa Melayu, konon berjuang atas nama Melayu.Warkah Daily

TERKINI!! Bini Duta Kantoi!!

Zainab Abd Kader, isteri kepada Duta Malaysia ke Filipina Ibrahim Saad, menyebabkan kontroversi ekoran tweet beliau pada 16 Julai yang dianggap menghina wira nasional Filipina Jose Rizal.

Kata-katanya dipersoal dalam artikel oleh penulis dan kolumnis Jarius Bondoc, dimuat dalam laman Philippine Star malam tadi, mendakwa tweet itu mencemarkan nama baik Rizal.

Tweet itu berbunyi:Inshaallah “@BikMama2U: @datozainab Biasala tu, @anwaribrahim mmg pro-Kristian, pemuja Jose Rizal si Melayu kafir tu! Oh ya, jgn lupa..."

Pesanan tweet itu sebagai respons kepada mesej daripada @BikMama2U, akaun parodi yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Tidak jelas kenapa Zainab dipersalahkan kerana untuk tweet semulanya (re-tweet) yang responsnya sendiri cuma 'Inshaallah'.

Isu itu juga disentuh Eekmal Ahmad, pembantu politik kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim:

"Isteri Duta Malaysia ke Filipina hina Wira Filipina Jose Rizal dlm tweetnya? Jika benar ini krn tak tau etika diplomatik philstar.com/Article.aspx?a…"

Eekmal juga mula menerbitkan beberapa pesanan tweet tentang sejarah Rizal dalam akaunnya.Anwar, yang mengakui peminat Rizal, dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Philippines-Diliman pada Jumaat tentang pengaruh Rizal dan Ninoy Aquino terhadap kepimpinan Asean.Jalan Pulang

Bagaimana SPR "TOLONG" Umno-APCO menipu setiap kali pilihanraya??


Keengganan SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal menyebabkandaftar pemilih seringkali dimanipulasi untuk kepentingan rejim pemerintah

Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandat mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya.

Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut.

Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya.

Kaedah “gerrymandering”

Kaedah ‘gerrymandering’ ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah.

Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya.SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya.

Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: “kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh.

Salah satu amalan ‘gerrymandering’ adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS.

Oleh kerana kawasan luar bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut.

Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja.

Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat.Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu.

Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS.

Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan.

Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut.Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Pemindahan pengundi

Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari satu pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan.

Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan.

Undi pos

Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan.

Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan.

Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambahan undi-undi pos ke kawasan tersebut.

Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos.

Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengundi hantu

Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya.

Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata.

Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dibeli.

Kelayakan sebagai pengundi seberang laut

Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing.

Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta di seberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut.Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi mengelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini.

Pembawa kesulitan kepada pengundi

Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian.

Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan.Jalan Pulang

Najib secara terbuka akui takut kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia.

"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.

Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.

"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya.

Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.

"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut."Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya.

Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.

"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.

Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan.

Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata:

"Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"

Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu.

"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.

ANALISIS: Siapa selepas Najib memimpin UMNO ? Muhyiddin atau Tengku Razaleigh?


Sudah manjadi topik hangat di kedai kopi yang kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak kini goyah dan kini persoalannya siapakah yang bakal mengganti beliau bermain dalam benak fikiran setiap rakyat.

Perasaan terhadap Perdana Menteri Najib Razak bercampur baur.


Ada yang percaya yang Najib patut terus memimpin UMNO namun ramai yang mangatakan yang kerjanya sudah “hancur”


Adalah mengejutkan untuk melihat penjaja, pensyarah, peguam, guru dan penganilisa IT menpunyai pendappat yang sama iaitu Najib perlu meletak jawatan, namun Melayu professional dan pemimpin BN merasakan yang Najiblah calon yang paling layak untuk terus menjadi ketua UMNO dan PM Malaysia.


Perubahan adalah perlu, letak jawatan secara bermaruah


Banyak pergolakan telah berlaku dalam negara ini dan kebanyakannya kerana kepimpinan yang tidak terurus, ramai telah menerima hakikat jika pucuk kepimpinan negara ini tidak bertukar pada pilihan raya umum yang akan datang, Malaysia bakal rugi besar dalam demokrasi dan ekonomi.


Ini juga akan membantutkan tumbesaran national, dengan lebih ramai yang berhijrah untuk berkhidmat di luar negara membawa realti yang negara akan muflis lebih cepat daripada yang diramal pada tahun 2019.


Seorang pensyarah kolej Janet Edwin berkata yang Najib sebagai pemimpin masa depan negara sudah punah, memandangkan dia tidak pandai menangani krisis yang menimpa nagara ini.


Dia juga merasakan yang Najib telah gagal dalam peranannya sebagai seorang suami kepada jawatan tertinggi negara. Janet berkata yang Najib patut meletak jawatan terlebih dahulu sebelum disingkirkan untuk menjaga “air muka”.


Secara serius dia merasakan yang Najib patut meletak jawatan kerana beliau telah memberi imej yang negara ini dipimpin oleh seoran amatur, dan naegara ini telah manjadi bahan ketawa,” tambahnnya.


“Saya rasa kesal untuknnya kerana pada zahirnya beliau nampak “terkawal” di tanah air dan beliaupatut mengawal isteri beliau bukan sebaliknya,” kata Janet.


Muhyiddin dan Mukhriz


Lau seorang pakar IT juga bersependapat dengan Janet dan bersetuju yang Muhyiddin tidak patut mengambil aliih jawatan PM kerana beliau terlalu mengambil berat soal integriti kaum.


“Dan beliau juga yang memprok perandakan sistem pembelajaran, menjadi orang besar di sana, dengan Intelok dan pelbagai macam lagi.


Menyentuh isu yang Pak Lah bakal kembali memimpin, Lau menguap dan berkata, lain,” Apabila Mukhriz Mahatir disebut, Lau berkata yang dia masih muda dalam politik dan terlalu bergantung kepada Ayah, Dr Mahathir Mohamad.


Ah Lung yang menjual nasi ayam menyuarakan yang Najib sudah biasa dengan kehidupan mewah.


Ah Lung yang memandang tinggi Perdana Menteri Kedua itu berkata yang adalah sesautu yang menyedihkan anaknya tidak mengikut jejak ayahnya.


“Tidak mungkin, bukan timbalannya, jika dia yang mempin negara ini lebih ramai yang akan berhijrah terutamanya orang yang bukan Islam,” kata Ah Lung.


Dia percaya yang PM yang terbaik adalah seorang daripada Pakatan Rakyat.


“Saya tidak kisah siapa, tukar saja kerajaan.


Biarlah siapa yang menjadi ketua UMNO, yang penting kerajaan harus bertukar.


Seperti SUPP, siapa yang mengambil alih sebagai presiden akan gagal seperti UMNO. “ Mereka dahulunya angkuh,” tambahnnya.


Menujukkan Belangnya


Von Shiak Ni, pemimpin wanita PKR yang juga merupakan seorang peguam berkata Najib tidak tegas dan hanya indah khabar dari rupa terutamanya mengenai 1 Malysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau sepatutnya menjai seorang pemimping yang agung.


“Tetapi beliau adalah sebaliknya, tidak mahu mendengar kata orang ramai, bergantung kepada konco konconya yang kurang berpengetahuan dan tidak mengambil peduli isu yang melanda rakyat.

Itu bukan cara seorang PM yang bagus bertindak,” Von memberitahu Malaysia Chronicle.

Dia berkata walaupun Najib mapak budiman, perlakuan dia berkata sebaliknya. “Saya berfikir yang beliau tidak akan menjadi ketua lagi, UMNO mempunyai banyak pergolakan.


Dan Mudyiddin terlalu rasis untuk manjadi seorang ketua atau PM.


Orang tidak akan lupa kenyataannya Melayu dulu, rakyat Malaysia kemudian.


Ku Li tidak mungkin berjaya kerana dia sudah uzur dan Pak Lah bagaikan tidak bersemangat untuk membuat tugasan.


Saya rasa tiada lagi pemimpin yang berkaliber dan tegas selepas Dr M tetapi sayangnya setelah beliau metak jawatan beliau pun telah menjadi rasis,” jelasnnya.


Voon merasak yang Mukhriz terlalu muda untuk menjawat jawatan.


“Apapun, biarlah mareka mereka merebut sesame sendiri dan sesiapapun ketua selepas Najib bakal tidak menrima keprcayaan sepenuhnya.


Pakatan Rakyat akan menyediakan seorang PM pada pilihan raya umum yang akan datang,” nyatanya.


Muhyiddin tidak popular


Seorang guru yang enggan dinamakan berkata yang Muhyiddin adalah orang terakhir yang akan dipilihnya sebagai pemimpin negara.


Guru itu berkata yang Muhyiddin dia gagal sebagai Menteri Pendidkan dan kementrian itu kucar kacir.


Nada perkaumnya semestinya tidak akan diterima baik kaum China dan orang bukan Islam. “ Sebagai seorang Melayu, saya khuatir akan berlaku kemusnahan jika negara ini mengamalkan sentiment perkauman,” katanya.


Setahu saya Najib lah yang tidak perlu dirisaukan.


Azim seorang pensyarah dari Semanjung yang berpusat di sebuah institusi tinggi di sini percaya yang Najib boleh melakukannya dan mampu terus menjadi ketua dan PM.


“Orang Melayu memandang tinggi kepimpinan,” katanya, dia tidak pernah terfikir yang Timbalan Menteri akan mencabar Najib, “Dan Ku Li masanya telah berlalu juga”


Azim berkata bagi pengundi kali pertama, meraka bercadang untuk mengundi pihak pembangkang tetapi setelah matang, meraka akan sedar yang tiada sebab membankang hanya kerana ingin membangkang.


“Saya berkata bukan hanya orang Melayu tetapi juga orang muda, yang mudah tertipu secara amnya.


Bila kita muda, kita suka mencabar tetapi setelah matang, kita melihat dari perspektif yang lebih luas,”


Walaubagaimanapun, Azim mengaku yang pemuda Kelantan masih berpendapat yang PASlah terbaik di dunia.


Azim berkata di mana-mana negara pun tiada pemimpin yang sempurna.


Dan bila kesusah melanda, orang akan mempunyai perspektif yang matang dan bukan untuk megeruhkan lagi keadaan.


Tambahnya BERSIH tidak akan mempengaruhi Najib kecuali pemuda yang pintar internet.


“Yang dayus saja akan memilih Najib daripada Muhiyydin,: katannya.


Tidak Sabar untuk Perubahan


Bagi Mukhriz Azim merasakan yang dia masih muda dalam politik, walaupun cita-cita ayahnya adalah supaya beliau menjadi PM

Seorang pemimpin BN Dayak suka akan Najib kerana sifat “matangnya”.

Najib, kata pemimpin BN itu, mahu membuat baik tetapi malangnya Kabinet beliau tidak membenarkan.

Biarlah dia menang PIlihan Raya Umum yang akan datang, dan dia boleh memilih kabinetnya untuk memenangi hati rakyat semula.

Pada masa ini, kabinet belaiu sendiri yang menimbulkan masalah untuk dirinya, tambahnnya.


Secara keseluruhannya, persoallanya adakah Najib, Muhyiddin atau sesiapun yang bakal mengambil alih, rakyat Malaysia mula risau selaps 50 tahun di bawah pimpinan BN yand makin hari makin teruk sejak akhir akhir ini.


Rakyat kian gusar untuk melihat perubahan dalam kerajaan untuk megeluarkan negara ini daripada kesusahan dan menjadi setaraf dengan negara jiran.


TERKINI!! "Pengundi Hantu" Jadi Perhatian Berita Hairan!!



Kah kah kah...

Kah kah kah...


Kalau nak buat kerja jahat tu mesti ada problem kah kah kah...


Ini baru 150 dah kecoh, bayangkan kalau tiba-tiba 10 ribu yang bukan setakat daftar nak kerja, tapi tolong "buat kerja" untuk Umno-APCO kah kah kah...


Kah kah kah...



Lebih 150 pendatang tanpa izin sekitar ibu kota, di sini, hari ini kecewa apabila kaunter pendaftaran Imigresen difirma yang dipertanggungjawabkan kerajaan untuk program pendaftaran biometrik, tidak dibuka sejak awal pagi.


Kelewatan itu dipercayai berpunca daripada masalah sistem online imigresen yang tidak diboleh dicapai sejak dibuka 8 pagi tadi.


Pengarah agensi pekerjaan STA Sdn Bhd, Datuk raja Zulkepley Bahalan, berkata pihaknya amat kesal dengan kesulitan yang dialami pekerja asing terbabit dan memohon maaf atas masalah yang berlaku.


Semalam, kerajaan mengumumkan melantik 334 syarikat untuk mengurus proses pendaftaran biometrik pendatang tanpa izin yang memasuki Malaysia secara haram, tinggal melebihi tempoh, melanggar syarat permit kerja dan memiliki pasport tidak sah dengan caj tidak melebihi RM35, bermula hari ini.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata caj itu hanya dikenakan kepada PATI yang mengguna khidmat syarikat pengurus dan tidak dikenakan bayaran jika menguruskan sendiri proses pendaftaran dengan Jabatan Imigresen.


Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju membenarkan syarikat pengurus mengenakan caj tidak melebihi RM300 kepada PATI yang mendapat khidmat mereka bagi program pemutihan yang akan dilaksana tidak lama lagi.


Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.

"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Konspirasi ke-2 : Pihak pembelaan fail 10 saksi alibi untuk ditemubual


KUALA LUMPUR 1 OGOS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menambah 10 nama saksi pembelaan yang telah difailkan pada 26 Julai lalu.

Anwar dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.

Permohonan itu difailkan sebelum Anwar meneruskan prosiding membela diri dalam perbicaraan konspirasi kedua terhadapnya.
Senarai 10 saksi alibi terbaru itu turut menamakan dua individu berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Selain menamakan Najib dan Rosmah, Anwar turut menamakan tiga saksi yang lain.

Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Setakat ini, mereka telah menemubual lima saksi terdiri bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas pegawai perubatan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr Mohd Osman Abdul Hamid, adik perempuan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur dikenali Dr Daniel, dan pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Sementara itu menurut peguam Anwar yang ditemui di lobi mahkamah memberitahu, permohonan yang difailkan hari ini adalah untuk mengumpulkan bukti dan keterangan sebelum perbicaraan bermula.

"Kami tidak perlu menyatakan mengapa kami mahukan tambahan 10 saksi terbaru ini kerana kami mempunyai hak untuk melakukan demikian. Kami harap boleh dapatkan keterangan mereka pada 3 Ogos ini," katanya.

Pemandu teksi akan lebih terbela jika Pakatan Rakyat memerintah

NONEPakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku.

"Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya lagi kepada hampir 500 orang yang hadir di majlis perhimpunan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Jelasnya, pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar-dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah parti Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso), meminda perjanjian sewa beli antara pemandu dan syarikat teksi.

Turut dinyatakan dalam resolusi berkenaan ialah tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

'100 permit untuk bekas menteri'

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi juga disemak semula supaya sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya syarikat berkenaan tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

NONE"Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi," kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Anwar mendakwa seorang bekas menteri juga telah diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.

Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

"Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup. Senyum hotak kamu," katanya lagi yang disahut dengan "laungan hidup datuk seri" daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Sepuluh tuntutan berkenaan dirangka oleh penasihat undang-undang bagi majlis berkenaan yang juga peguam bagi kumpulan pendesak Hindraf – R Kengadharan dan V Ganabatirao.