Wednesday, August 10, 2011

ON BERSIH 3.0!!! PAS kesan 5006 bangsa asing didaftar sebagai pengundi di Terengganu

DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.


Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.


“Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.-SH

P/s: Satu lagi projek petualang negara?

UMNO berlakon pejuang agama untuk pancing undi Melayu

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap tindakan media arus perdana mahu dilihat sebagai juara mempertahankan Islam dalam isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebagai usaha untuk memancing undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menyifatkan kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai “ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan.”


Pada 3 Ogos lalu, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu gereja berkenaan di Seksyen 13, di sini ekoran kehadiran sekumpulan penganut Islam pada majlis makan malam anjuran gereja tersebut.



Menulis dalam Harakah keluaran terbaru, Hadi berkata matlamat media arus perdana dan Umno ialah untuk memancing undi Melayu Islam yang buta Al Quran bagi PRU ke 13.

“Mereka mahu meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin. Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya Islam yang memerintah dan mentadbir.

“Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama tetapi kerana kononnya kesalahan berpolitik dalam masjid.

Memisahkan agama dengan politik

“Politik pula dipisahkan dari agama sama seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam,” terangnya.

Menurut beliau, ketika Islam dalam keadaan berkuasa di Madinah, Rasulullah saw mengizinkan penganut agama lain hidup dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadikan rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.

“Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya,” katanya.

Ujar Hadi, “berlaku zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram sehingga Rasulullah saw memberi amaran neraka kepada orang Islam yang mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.

Beliau lalu memetik ayat 40 dari Surah Al-Hajj, firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah biara- biara serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang didalamnya banyak disebut nama Allah.”

Rasulullah saw menafsirkan perintah Allah secara amalan; apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.

Beliau mengajak umat Islam membuka Al Quran dan mengamati ajaran Rasulullah saw dan para sahabat serta ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal yang sebenarnya, bukan melalui media dan pengampu di jalanan. - FMT

DEDAH!!! Mahathir hanya 3 pegawai media tapi Najib ada 11, itu tak campur pegawai media Ro$mah lagi

Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.


"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.


Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).


Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).


Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.


Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.


Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.


Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.


Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.


Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.


"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.


"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.


Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.


Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.


Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.


"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.

94 bakal juruterbang terkandas latihan, syarikat muflis


http://www.khairunaseh.com.my/biro/wp-content/gallery/2011/07/sinar_119729.jpg
Macam mana seronok pun hendak menyambut Aidilfitri, mesti ada berita sedih. Seperti yang dilaporkan media minggu lalu, kira-kira seratus orang pelajar dari Semenanjung kecewa untuk menjadi juruterbang profesional.

Bagaikan peserta yang gagal dalam program realiti TV, ‘Akademi Fantasia’, pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan terpaksa mengheret beg untuk pulang ke rumah, tanpa sebarang diploma.


Mereka tidak dapat meneruskan kursus idaman di sebuah akademi latihan penerbangan di negeri Sarawak. Bukan kerana mereka gagal dalam mana-mana ujian, tetapi kerana pusat latihan tersebut tidak dapat meneruskan operasi.


Pihak pengurusan syarikat memberitahu mereka kekeringan dana, dan tidak berupaya lagi untuk mengendalikan latihan penerbangan yang kosnya terlalu tinggi. Maka pelajar-pelajar berkenaan diminta kemas beg.


Mudah sahaja pihak syarikat meminta pelajar supaya pulang. Memanglah, bagi syarikat senang sahaja. Duit tidak ada, tutup kedai, dan suruh sahaja pelajar balik kampung, habis cerita.


Tetapi, bagi pelajar keadaan tidak semudah itu. Ini lebih dari sekadar lipat baju, masuk dalam beg, dan naik pesawat untuk pulang. Ini melibatkan perasaan, cita-cita dan masa hadapan. Dengan keputusan cemerlang dalam SPM – ada juga pelajar STPM – mereka sebenarnya layak, malah sesetengahnya sudah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).


Mereka menolak tawaran ke IPTA/IPTS semata-mata ingin mencapai cita-cita tinggi di awan, untuk menjadi juruterbang. Iklan mengenai sekolah penerbangan tersebut yang diuar-uarkan, meyakinkan pelajar untuk satu kerjaya berprestij, gaji lumayan, terbang ke seluruh dunia.


Bayangkan betapa kecewanya remaja tersebut, apabila separuh jalan kursus terpaksa dihentikan. Perasaan mereka tertekan, semangat terus merudum, keyakinan diri terus hilang. Bagi mereka masa depan menjadi tidak menentu.


Lebih menderita lagi ialah ibu bapa. Ini bukan lagi soal anak-anak mereka tidak dapat mencapai cita-cita. Ini soal duit. Semua pelajar telah membayar RM250,000 tiap seorang untuk mengikuti di akademi tersebut.


Bagi ibu bapa yang berduit mereka mampu membiayai sendiri kos yang tinggi itu. Bagi yang kurang mampu, mereka membuat pinjaman dari institusi kewangan dan mana-mana agensi yang menawarkan pinjaman pendidikan.


Mereka tidak teragak-agak untuk melabur RM suku juta – boleh beli rumah teres dua tingkat! – demi kebahagiaan masa depan anak-anak. Tambahan pula tidak ada apa yang hendak diragukan sebab pusat latihan tersebut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi, juga disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.


Tetapi sekarang pelaburan suku juta itu hancur berkecai. Mereka yang membuat pinjaman, terasa amat perit untuk membayar balik. Tiap-tiap bulan terpaksa menyediakan beribu ringgit untuk melangsaikan hutang. Ada yang tidak cukup menampung keperluan keluarga sebab gaji dihabiskan untuk membayar hutang.


Bayangkan betapanya pedihnya kehidupan sebab terpaksa membayar hutang untuk sesuatu yang telah menjadi debu. Kalau tidak bayar, surat saman akan datang, silap-silap gaya boleh diisytiharkan muflis.


Kini ibu bapa terlibat tidak tahu di mana hendak mendapat pertolongan. Baik pihak kementerian, jabatan juga pihak yang memberi pinjaman, masing-masing hanya menyatakan simpati. Tetapi simpati, walaupun dengan wajah paling sedih, tidak dapat membantu menyelesaikan kehilangan RM suku juta.


Sekiranya seratus pelajar telah membayar RM250,000 seorang, bayangkan berapa banyak wang yang dipungut oleh pihak syarikat yang mengendalikan kursus penerbangan tersebut? Tentu sekali jumlahnya RM juta-juta-juta.


Syarikat mungkin muflis, tetapi apakah tuan punya syarikat betul-betul muflis? Apakah dia naik kereta buruk, atau ada banyak kereta mewah? Apakah dia tinggal di rumah teres, atau di banglo mewah? Periksa juga jam tangan yang dipakai, kasut, cermin mata, dan lain-lain aksesori.


Kalau dia pun muflis dan dalam keadaan serba daif, kita patut sekali simpati. Tetapi biasanya dalam kes di tempat kita, syarikat sahaja muflis, pemilik syarikat masih kaya raya, hidup mewah dan boleh lagi makan angin luar negara.


Orang kaya tetap kaya, walaupun muflis. Orang miskin juga yang akhirnya masuk angin keluar asap. Siapa yang hendak membela mereka?


sumber : http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=366

MARI BACA!!! Punca Musa Hassan dan Rodwan takut ditemubual bila Anwar ada



Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! Anda pun pelik!

Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja.

Kata pihak pendakwaan:
[BH] ....Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.

Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.


Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.

Anda mahu gelak? Silakan!

Bekas KPN yang takut kepada Anwar Ibrahim? Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof takut kepada Anwar Ibrahim? Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. WOW!!!!!!!

Kedua-dua bekas dan anggota polis yang memegang jawatan tinggi, kononnya hebat, takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Macam mana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai!

ADUHAI!!!!!

Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian!

Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah!


P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai!DCM

SEBAB TU SPR MAHU BIOMETRIK !!! 600 peralatan biometrik daftar pendatang diubahsuai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.


Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubahsuai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu.



Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

"Kesannya, data yang diambil daripada pekerja dan Pati gagal dimuat naik ke dalam server utama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dijumlahkan dengan statistik lain yang diterima daripada seluruh negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua syarikat pengurus telah diberi amaran keras supaya tidak melakukan sebarang percubaan serupa kerana gangguan sistem ini berisiko mengeluarkan slip Nexcode pendaftaran Pati dengan nombor kod rujukan berganda.

Jika ini berlaku, Pati kelak akan berhadapan dengan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan, katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus yang memerlukan bantuan menyelesaikan kes-kes sedemikian diminta merujuk kepada kaunter setempat KDN di ibu pejabat kementerian yang ditubuhkan sejak 8 Ogos lepas sebagai inisiatif membantu syarikat pengurus menangani masalah teknikal jika masih wujud.

Sementara itu, Alwi berkata jumlah pendaftaran Pati dan Pekerja Asing telah merekodkan sejumlah 1,637,725 orang dan daripada jumlah tersebut, 830,837 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah yang bermula 13 Julai lepas.


Sumber Pas Pangkor

PANAS!! Najib semakin tertekan untuk terus jadi PM, terpaksa "Ikut Cakap" Mahathir!!

Mahathir mula ugut Najib supaya bebaskan kroni-kroninya
atau berdepan dengan desakan supaya meletak jawatan di tengah-tengah

krisis politik dan ekonomi yang melanda Malaysia kah kah kah...

Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan ‘orang kepercayaan’ Daim Zainuddin.

The Malaysian Insider difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin — salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.


“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah,” kata surat itu.


“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Sekurang-kurangnya satu agensi kerajaan dijangka akan menarik balik tuntutan ke atas Tajudin hari ini.

Surat Nazri juga mengarahkan peguam-peguam yang bertindak bagi pihak GLC dan Danaharta agar menyerahkan kes mereka kepada firma Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak, peguam pihak Umno.


Bagaimanapun menteri itu tidak menyebut rujukan penyelesaian dengan Tajudin dalam surat itu.


Daim merupakan bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno ketika era kepimpinan Dr Mahathir.


Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.


Keupayaan mereka teruji ketika krisis kewangan 1997/98.


MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami.


Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.


Pertengahan Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dakwaan bahawa siasatan kes itu telah dihentikan adalah tidak benar dan hasil siasatan dibuat sejak 2002 itu, berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami MAS ketika syarikat itu diterajui Tajuddin antara 1994 dan 2001, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.


Pada 1998, Danaharta menuntut NPL daripada pihak-pihak yang meminjam tetapi Tajuddin juga telah gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.


Sebahagian daripada urusan penyelesaian, Tajuddin telah bersetuju membayar RM942 juta dalam empat ansuran dalam tiga tahun.


Bagaimanapun Tajuddin gagal dan plaintif telah menuntut RM1.61 bilion daripada beliau.


Pada 29 April 2002, Danaharta bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd telah menjual sebahagian saham dipegangnya, keseluruhan saham dalam Technology Resources Industries (TRI) pada harga pasaran RM2.75 sesaham untuk memperoleh pulangan RM717.39 juta.


Setakat 31 Disember 2005 baki bayaran yang perlu dijelaskan ialah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan balik kesemua wang.JP

Misteri Cincin Ro$mah : Mengapa SPRM,Kastam,LHDN senyap ?

http://media1-cdn.malaysiakini.com/383/dab0b3c7ce1bab272b1b909801b55228.gifMedia UMNO telah mula bermain dengan idea bahawa Rosmah Mansor tidak bersalah dan digunakan oleh Jacob & Co, firma Yahudi yang berpusat di New York , untuk aktiviti mengubahan wang haram semata mata.

Sudah tentu, UMNO telah beralih ke dalam gear teratas untuk membersihkan kesan sampingan yang dicipta oleh kebocoran dari Jabatan Kastam Malaysia bahawa isteri Perdana Menteri sama ada mengimport atau telah terlibat melalui beberapa cara dengan cincin berlian gergasi biru.


Dengan khabar angin begitu banyak di keliling Najib Razak yang kedudukannya tidak menentu dan apabila negara bersedia untuk pilihan raya umum tidak lama lagi, tidak hairanlah apabila Perdana Menteri telah mengarahkan semua sumber untuk membersihkan apa yang telah dia dan Rosmah lakukan.


Antara gosip yang paling hangat ialah bahawa cincin itu adalah sebahagian daripada mas kahwin anak perempuan Rosmah dan hadiah khas untuk Rosmah.


Walaupun Nooryana yang berusia 22 tahun dan sangat cantik itu belum lagi berkahwin, namun tunangnya yang kaya Daniyar Nazabayev mungkin telah mendapat beberapa firasat mengenai bakal ibu mertuanya dan ini mungkin mengapa beliau berminatdengan cincin itu.


Itulah cerita yang hangat dibahaskan dalam akhbar tabloid dan perbualan di kedai kedai kopi.


Tidak syak lagi, bisikan sebegini sering dibayangi kebenaran tetapi sehingga bukti sebenar dibawa ke hadapan, itu adalah bisikan semata-mata.


Setakat yang tertentu, pihak berkuasa perlu menyalahkan diri sendiri dengan cepatnya cara gossip 'cincin itu' telah menguasai negara.


Kesenyapan SPRM, Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri memekakkan telinga


Pertama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah senyap dan tenang walaupun laporan difailkan hampir sebulan lalu.


Jabatan Kastam juga telah tidak membuat sebarang bunyi.


Apakah cara yang lebih baik untuk membuktikan tuduhan itu kecuali jika SPRM menjalankan siasatan ke atas cincin itu.


Keadilan mesti dilihat dan ia mesti dilihat supaya pasangan pertama itu tidak terlepas atau dilindungi secukupnya, tetapi sebaliknya dilayan seperti orang lain, yang tertakluk kepada undang-undang negara.

Sebaliknya, semua rakyat Malaysia hanya mendapat penafian yang lembut dan tidak menafikannya secara terang-terangan, bahawa Rosmah telah membeli cincin itu.

Walau bagaimanapun, pengasuh Najib mungkin tiada pilihan lain.

Jika siasatan dibenarkan, tidak ada mengatakan bahawa siasatan tidak akan menunjukkan bahawa Rosmah sememangnya bersalah dan telah berbohong.

Jika Rosmah sememangnya seorang yang tidak bersalah dan tidak sedar aktiviti pengubahan wang haram Jacob & Co yang didakwa dilaksanakan di belakang beliau, mengapa dia tidak menjelaskannya dengan serta-merta.

Beritahu rakyat Malaysia jika ia adalah benar cincin itu di negara ini untuk tontonan jualan peribadi, dan dia hanya diminta untuk memeriksa?


VVIP tertentu dipercayai telah melihat.


Tidakkah akan sangat bermanfaat untuk Rosmah, jika VVIP ini datang ke hadapan untuk menyatakan yang benar?


Tetapi sedih untuk dikatakan,semua yang Wanita Pertama telah memutuskan untuk berkata ialah, "Tidak ada apa apa yang saya mahu katakan kerana saya tidak mempunyai masa untuk menangani perkara itu.


Biarlah dia (blogger) mengatakan apa yang dia mahu.


Ini adalah fitnah tetapi apa yang saya tidak alami?


Saya telah mengalami semuanya.


Jadi, daripada bercakap mengenai perkara ini, ia adalah lebih baik saya memberi perhatian kepada isu-isu awam kerana ini adalah lebih penting, "Berita Harian memetik beliau sebagai berkata sebagai tindak balas kepada soalan-soalan sama ada cincin itu dibeli olehnya atau untuknya.


Jika ia benar-benar fitnah, maka Rosmah sebagai seorang warganegara, mempunyai setiap hak untuk memfailkan laporan polis, dan menyiasat dakwaan itu.


Sebaliknya, pihak polis dengan mudah meninggalkan gelung penyiasatan, yang hanya menambah spekulasi bahawa cincin itu telah datang ke Malaysia dan entah bagaimana jatuh ke tangan Rosmah untuk sebab-sebab tertentu atau yang lain

Pengubahan Wang Haram

Untuk cerita media UMNO mengenai aktiviti pengubahan wang haram oleh Jacob & Co, ini mesti disiasat tanpa berlengah-lengah.

Di bawah Akta 2011 Anti-Pengubahan Wang Haram (AMLA), pengubahan wang haram adalah disifatkan, antara lain, sebagai 'perbuatan orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam urus niaga yang melibatkan hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang.'

Sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta AMLA, ia adalah apa-apa perbuatan yang 'memperoleh, menerima, memiliki, menyamar, memindah, menukar atau memindahkan dari atau membawa masuk ke Malaysia hasil apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang”

Dasarnya adalah untuk sebuah transaksi disifatkan sebagai pengubahan wang haram, wang atau aset yang berkenaan mesti, pertama sekali, ialah perbuatan yang menyalahi undang-undang.


Apakah aktiviti yang menyalahi undang-undang Jacob & Co terlibat dalam untuk memungut hasil daripada jualan cincin untuk dianggap sebagai pengubahan wang haram?


Adakah sesi melihat cincin di Malaysia itu yang menyalahi undang-undang?


Dan jika ya, mengapa ia menyalahi undang-undang?


Adakah ia kerana cukai duti ke atas cincin itu tidak diisytiharkan, seperti yang dilihat dalam gambar yang dikatakan daripada pangkalan data Jabatan Kastam.


Adakah ia bertujuan untuk dijual tanpa cukai yang dibayar kepada orang yang hanya mencari diskaun untuk cincin USD24.4 juta?


Mertua Mafia elakkan cukai Al Capone


Akhbar Indonesia teratas, Kompas, menyediakan bahan bacaan lanjut dengan mencadangkan bahawa bakal mentua Rosmah mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.


Menurutnya, cincin itu merupakan hadiah untuk Rosmah sebagai tanda terima kasih kepada ibu Daniyar, Maira Nazarbayev, yang dikatakan serupa dengan Imelda Marcos.


Rosmah memang berkawan baik dengan Maira dan Imelda.


Bolehkah ia dikatakan bahawa cincin itu adalah benar-benar hadiah dan dihantar kepada Rosmah?


Dan cukai telah diketepikan kerana ia adalah hadiah untuk Rosmah?


Jika ya, maka Rosmah bersalah kerana tidak membayar cukai ke atas barangan mewah yang bernilai USD24.4 juta.


Jika ya, maka ia jelas itu cumalah penafian dan tudung ke atas perkara yang keseluruhannya adalah sebenarnya satu lagi penipuan terkenal pasangan pertama, untuk menyelamatkan Rosmah daripada yang dikenal pasti sebagai mempunyai citarasa mewah manakala negara menjunam ke arah kegawatan ekonomi kerana ketidakcekapan suaminya?


Jika seseorang hendak bermain Hercule Poirot, maka maklumat dan berita yang seolah-olah terputus-putus mengenai skandal ini menunjukkan jelas kepada yang satu - bahawa cincin itu disimpan Rosmah, dan ia boleh disimpulkan seperti itu sehingga beliau menafikannya.


Maka, Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu melawat Rosmah dan menuntut apa yang tertunggak terhadap perbendaharaan negara.


Mengenai pengelakkan cukai, bos samseng Chicago Al-Capone telah dipenjarakan kerana dia tidak membayar cukai.


Dan ia boleh bermakna yang sama untuk Rosmah, jika dia mengelak membayar cukai ke atas cincin USD24.4 juta.


Ingat, pegawai cukai yang baik tidak akan melepaskan sesiapa!JP

Kerja jahat UMNO sekat perkembangan ilmu agama

Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas suatu kerja jahat dan bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat.

Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid.

Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya.

"Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai.

"Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah.

"Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat.

Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja.

"Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya.

Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam.

Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam.

"Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara.

"Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam.

"Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau.

MALANG!!! Dapat ijazah guru tak boleh jadi cikgu

Kesian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pinjam PTPTN. Dapat ijazah perguruan tapi tiada peluang kerja jadi guru. Kena cari kerja bukan bidang perguruan. Kalau nak jadi guru juga kena buka sekolah sendiri agaknya. Sibuk dengan kes di UNISEL rupa-rupanya anak-anak Melayu graduan UPSI teraniaya.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk masuk UPSI dengan pinjaman PTPTN atau dengan biasiswa selain Kementerian Pelajaran, baik tak payah.


MALANG NASIB GRADUAN UPSI


Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.


Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.


Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.


Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.


Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.


Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.


Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.


Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.


Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.


Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.


Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.


Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?


Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.


Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.


Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).


Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.


GRADUAN KECEWA

Tajung Malim, Perak


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

AirAsia "Telan" MAS: Berita Buruk Buat Kakitangan MAS??


Berikutan penjualan syarikat penerbangan milik rakyat, Penerbangan Malaysia (MAS), sudah ada ura-ura penamatan tenaga manusia secara besar-besaran akan berlaku, bukan setakat rombakan dalam pentadbirannya.

Antara kesan-kesan yang bakal dilihat selepas AirAsia milik Tony Fernandes menguasai MAS adalah:


1) Skim Persaraan Sukarela (VSS) akan dilakukan secara besar-besaran melibatkan lebih kurang 2500 kakitangan MAS dan 750 kakitangan AirAsia sesudah penstrukturan semula dimuktamadkan


2) Penjualan sebahagian besar aset untuk membayar hutang MAS yang dianggarkan lebih RM2.4 bilion kepada pihak ketiga di samping mengurangkan aset tetap yang akan digabungkan kelak


3) Mengurangkan atau memansuhkan jenis elaun dan membekukan segala jenis kenaikan gaji kakitangan yang tidak produktif kepada MAS dan AirAsia selain menyusun semula pentadbiran di kalangan separa profesional seperti juruteknik dan pencuci kapal terbang


4) Menyahsenarai saham saham pekerja (ESOS) dan menggantikan skim yang lebih menekan pekerja yang tinggal dengan syarat yang lebih ketat


5) Penyusunan semula sistem jadual dan maklumat penerbangan serta menggunakan kod perkongsian penerbangan yang sama yang akan menjimatkan kos operasi sebanyak 17%.


6) Kesemua langkah di atas sebenarnya bukan setakat memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara bahkan turut mengheret MAS ke kancah krisis dengan penamatan kakitangan secara berperingkat


Apa yang pasti, penjualan saham MAS kepada AirAsia sebenarnya lebih banyak keburukan dari kebaikan, dan jangan lupa, sebuah syarikat milik rakyat yang berada di bawah kawalan Khazanah Nasional sudah terlepas ke tangan bukan Bumiputera.


Inilah Umno-APCO yang kerjanya hanya menjahanamkan segala apa yang dikawalnya.


JALAN PULANG




Pertukaran saham di antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membangkitkan kerisauan serius tentang penguasaan AirAsia dan kemungkinan berlaku monopoli ke atas industri penerbangan tanahair.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu mungkin membawa kepada monopoli kerana ia membabitkan monopoli dan juga broker kuasa politik.


“Malah, penglibatan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandes dan penamanya dalam lembaga pengarah MAS turut menimbulkan konflik kepentingan walaupun beliau memegang jawatan bukan eksekutif,” kata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Tony Fernandes dan syarikatnya, Tune Air Sdn Bhd semalam menukarkan 10 peratus kepentingan saham dalam AirAsia dengan 20.5 peratus saham dalam MAS.

Menurut Anwar, pertukaran saham itu amat jelas menyalahi peraturan urus tadbir korporat dan tidak patut dibiarkan berlaku.

Ia juga menimbulkan persoalan terhadap nasib program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan meriah menggunakan wang rakyat.


“Adakah kerajaan sekarang mengakui pemulihan MAS yang dikatakan berjaya sebelum ini adalah satu ‘pertunjukan’ semata-mata?


“Najib perlu dipertanggungjawabkan kerana mengelirukan rakyat tentang ini,” kata Anwar.


Urusniaga itu juga, kata Anwar, membangkitkan isu ketelusan kerana ia dilakukan dengan penuh kerahsiaan.


“Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) perlu menyiasat kemungkinan berlakunya urusniaga dalaman membabitkan saham kedua-dua entiti ini,” kata Anwar.


Dalam kenyataan sama, Anwar turut melahirkan kerisauannya tentang urusniaga itu yang akan menguntungkan pihak minoriti tetapi merugikan pihak majoriti.


“Saya risau urusniaga ini menguntungkan pihak minoriti dan mengorbankan pihak majoriti, iaitu pekerja MAS yang berkhidmat dengan penerbangan nasional kita dengan berdedikasi dan setia walau pun diberikan pilihan yang teruk dan tidak mendapat bonus selama bertahun-tahun,” kata Anwar.JP

264 warga Kemboja didaftarkan sebagai pengundi 'hantu' di Dungun

DUNGUN - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta mengambil tindakan membersih senarai 264 orang warga Kemboja yang telah didaftarkan sebagai pengundi 'hantu' di negeri Terengganu oleh pihak yang bertujuan untuk menipu pilihanraya.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, daripada jumlah tersebut seramai 44 orang tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negera (JPN).

[Gambar - Haji Wahid disambut mesra ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa, kali pertama ke Kampung Durian Mentangau, Dungun, selepas dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu]

"Berhubung dengan kes warga asing (yang didaftarkan sebagai pengundi), ada pemilih jumlahnya (seramai) 264 orang yang dalam rekod dalam Jabatan Pendaftran Negara (JPN),

"seramai 44 orang tidak ada rekod (sebagai warganegara),"jelas Haji Wahid dalam satu sidang media yang diadakan di sini, sempena lawatannya ke kawasan ini semalam, Selasa 9 Ogos.

Sebelum ini, Badan Perhubungan PAS Terengganu, melalui Jabatan Pilihanrayanya telah mendedahkan senarai daftar pemilih di negeri ini yang tidak bersih.BO

Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal konon pejuang agama , dulu GENG KEPALA LEMBU sekarang GENG MANGKUK TANDAS

SHAH ALAM : Kira-kira 20 orang yang mendakwa mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi di depan pagar Bangunan SUK di Shah Alam, pagi ini.

Kumpulan itu menggelarkan diri mereka Pemuafakatan Waris Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak).

Sambil memakai topeng Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mereka membawa mangkuk tandas, penyapu lidi, berus pencuci tandas dan pencuci lantai.

Demonstrasi itu diadakan sebagai sokongan kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu selepas mendakwa terdapat gerakan bagi memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Menurut Bernama, setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff, mendakwa mereka tersinggung dan terhina dengan telatah "kebudak-budakan" Abdul Khalid yang tanpa menunggu penjelasan dari JAIS memohon maaf atas serbuan itu.

Kumpulan kecil itu menunjuk perasaan dari pukul 10 pagi dan bersurai kira-kira 20 minit kemudian setelah diarah pihak polis yang bertugas mengawal keadaan.

Sementara itu, PAS mendakwa isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi menenggelamkan isu yang cukup berbahaya kepada negara iaitu kontroversi MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.

Menurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad, setakat ini jawapan yang diberikan oleh SPR “diketawakan oleh orang pekak dan buta” manakala media perdana milik Umno dan BN cuba menimbus isu pendaftaran ini.

“Pemimpin Umno dan NGO Umno macam dilanda histeria mengenai isu ini (serbuan JAIS ke atas gereja). Kononnya merekalah pembela agama. PAS istiqamah dan konsisten menentang isu murtad di negara ini.

“Di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi? Sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PAS dalam operasi lalang 1987 kerana isu Kristianisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS juga telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja untuk mendapat gambaran sebenar.

Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Dalam nada menyindir Idris berkata beliau berharap pemimpin dan media Umno menyedari bahayanya murtad dan tidak menjadikannya isu politik.

“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata.

“Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam Umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.,” katanya.

idris juga mempersoalkan mengapa Umno diam membisu apabila MCA merancang untuk menyaman kerajaan Kelantan pimpinan PAS kerana mengharamkan perjudian di negeri itu.

“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” kata Idris lagi. -MK




Pengawal keselamatan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melihat penyapu, pengilap lantai dan mangkuk tandas yang diletakkan di hadapan pagar bangunan itu, di sini hari ini.

Ekonomi meruncing, PRU 13 tak jadi tahun ini

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmadPAS akan terus mempersiapkan semua jenteranya untuk menghadapi pilihan raya ke-13 walaupun percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan membubarkan Parlimen pada tahun ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, BN dijangka terpaksa menangguhkan pilihan raya umum daripada diadakan tahun ini kerana kemelut ekonomi yang sedang meruncing di seluruh dunia.

"Cakap-cakap yang PM akan adakan pilihan raya mengejut tahun ini saya rasa tidak munasabah lagi kerana para penganalisis politik dan ekonomi hanya menjangkakan krisis ini akan pulih tahun depan.

"Seperti telahan ramai pihak penganalisis dan pundit politik, saya sukar meramalkan Najib akan berani membuat pilihan raya mengejut dalam bulan September.

"Permintaan global akan menguncup dan pertumbuhan ekonomi negara juga terjejas kerana penguncupan permintaan global. Saya yakin PM tak akan buat pilihan raya umum," kata Dr Dzulkefly yang dipetik Harakahdaily.

NONEOrgan rasmi PAS itu juga memetik beliau berkata Bursa Malaysia sedang mengalami kemersotan RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu berdasarkan rekod yang diperolehi pada jam 10 pagi ini.

Kedudukan panik kini melanda seluruh dunia khususnya di Eropah dan Amerika berikutan penerapan hutang negara itu yang memberikan kesan kepada bursa saham seluruh dunia.

Keruntuhan ekonomi global

Sejak beberapa hari lalu pasaran saham utama Asia di Tokyo, Taipei, Shanghai dan juga Sydney juga terus merudum. Bursa Malaysia juga mengalami pengucupan sejak Jumaat lalu.

malaysia stock exchange market klse 141008 09Indeks Dow Jones Amerika Syarikat dilaporkan jatuh 4.1 peratus dalam masa 10 hari - kejatuhan terbesar sejak tahun 2008 manakala indeks FTSE London pula susut RM245 bilion sejak seminggu lalu.

Berikutan itu juga, mata wang Euro merosot dengan mendadak dan dilaporkan hampir lumpuh.

Perkara itu diburukkan lagi dengan rusuhan di kota London yang bermula dengan protes kecil Sabtu lalu apabila seorang remaja kulit hitam ditembak mati tetapi kini merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.

Justeru, kata Dr Dzulkefly yang juga adalah ahli parlimen Kuala Selangor, keruntuhan ekonomi global itu juga akan menyebabkan eksport Malaysia, khususnya petrol terjejas dan pendapatan negara berkurangan.

NONEKesannya bakal ditambah-buruk lagi apabila harga komoditi makanan beras, gandum, gula terus meningkat akibat permintaan yang tinggi.

Suasana ini dikatakan akan menghimpit perdana menteri dengan suasana serba salah untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

“Tetapi kini dengan krisis ini ia (cadangan membubarkan parlimen) akan tergendala..., ia bakal menjadi mimpi ngeri untuk Najib (jika pilihan raya umum diadakan tahun ini)," katanya.

Adakah PERKASA dan UMNO akan berdemo sebab Guan Eng beri duit Raya kepada Guru Kafa, kerajaan Pusat pun tak bagi

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu.

Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.


Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)


Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP.


Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 'duit raya'.


"Kita bagi tambahan RM100," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.


"Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dam guru Kafa," katanya.

Ekonomi BSKL menjunam, petanda Najib gagal


SHAH ALAM 10 OGOS : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyifatkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu membayangkan ekonomi negara akan terus malap.

Rafizi berkata keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5 peratus bagi tahun 2011 mencerminkan dasar dan inisiatif ekonomi yang disuntik Perdana Menteri, Najib Razak, gagal sejak dari awal lagi.

"Dato Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri walaupun ia dicanang sebagai penjana ekonomi Negara. "

Tambah Rafizi, sekirannya program ekonomi seperti Transformasi Ekonomi (ETP) gagal menarik perhatian pelabur dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, ianya petanda yang tidak sihat untuk tahun-tahun mendatang.

"Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah."

Mengulas lanjut senario yang membelenggu ekonomi negara hari ini, Rafizi mejelaskan sekirannya krisis hutang di Eropah terus berlaku, bukan sahaja tiga kumpulan ekonomi terbesar terkesan malah prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkena tempias.
Analisis 10 projek terbesar seperti berikut membuktikan pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:

PROJEK TERBESAR ETP

PELABURAN DIUMUMKAN

(RM BILLION)

GLC/BUKAN GLC

Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor

60.0

GLC (PETRONAS)

MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)

36.6

GLC

(sebuah syarikat khas ditubuhkan)

Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)

10.0

GLC

(PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan Karambunai Integrated Resort City

9.6

Bukan GLC

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit

5.43

Tidak diketahui

Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)

5.1

GLC

(PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor

5.1

Dialog Group

(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)

3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi

4.0

GLC

(TNB)

Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang

3.0

GLC

(di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)

Pembangunan MINES Wellness City

3.0

Bukan GLC



Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82 peratus daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion.

Hakikatnya, 77 peratus daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Pertama sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.