Saturday, August 13, 2011

PANAS!!! UMNO guna katak serang Tsu Koon, terliur nak perintah Pulau Pinang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA_vlDvwapDHr6u9AFWfXhwk780V1I7ouYQ8_blbnryzrX8AVtMSzaw3p4bQE4qapdLNz0AgRSjT7LmRZCNRg0GoSXckteK3jh_-FG-ooH4dFjYeJ3zeBkjkcAWgQjpZFZ5xjbL-SfkKk/s320/KOH+TSU+KOON.jpgDengan menggunakan dua ahli parlimen "lompat katak", Tan Tee Beng dan Zahrain Hashim, Umno-APCO kini giat melumpuhkan terus GERAKAN di Pulau Pinang.

Alasannya mudah, GERAKAN sudah tidak lagi relevan dengan politik semasa negeri itu di kala khabar angin pilihanraya umum ke 13 terus bertiup kencang akan diadakan beberapa bulan lagi.


Umno-APCO sebenarnya sudah tahu GERAKAN tidak akan bangkit semula, manakala MCA juga masih ditolak majoriti masyarakat Cina negeri itu.


Dan Umno-APCO kini mengambil kesempatan di atas kelemahan kedua-dua parti kompenennya untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Barisan Najis negeri, seterusnya jawatan Ketua Menteri sekiranya kembali berkuasa kelak.


Dalam pilihanraya umum lalu, GERAKAN tewas kesemua 15 kerusi yang ditandinginya kepada DAP dan PKR manakala Umno-APCO menang 11 kerusi yang membolehkan Azhar Hashim (Penaga) dilantik ketua pembangkang, menghampiri sasaran Umno-APCO sendiri untuk terus merampas jawatan ketua menteri.


Lihat!


Bagaimana Umno-APCO langsung tidak mahu membantu kedua-dua parti komponennya yang sedang nazak, bahkan terus membuli dan menekan lagi sehingga separuh mampus.


Kesian Tsu Koon, bertandinglah di Segambut atau Batu, lupakan Batu Kawan atau Tanjong buat selama-lamanya.


JALAN PULANG


Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima “mesej yang jelas” daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.


“Tolonglah faham,” kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini.


Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.


Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu “menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.”


Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.


Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.


Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.


Sebaliknya kata Koh, ‘serangan’ terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.


Koh juga adalah Pengerusi BN Pulau Pinang.


“Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya.


Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini,” katanya.


Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi.


Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini.


“Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang.


Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis.


“Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon.


Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru.


Awang setuju,” katanya.


Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.


“Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan.


Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang.


“Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir,” kata Awang Selamat sambil menambah, “setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan.”


Sebaliknya kata Awang Selamat, Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.


“Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia.


“Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka.


Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang,” kata Awang Selamat lagi.


Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang.

PATI yang dapat MyKad (pintu belakang) mula tunjuk besar kepala

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai ‘Imam Bertauliah’ di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya. Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.


Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat. “Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong,” ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.

Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam. “Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya,” kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.

Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen. Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

“JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat,” kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran.

Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk ‘PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?’ namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood./sabahkini

PAS mahu JAIS segera bawa bukti ke mahkamah jika orang Islam dimurtadkan



KUALA LUMPUR 14 OGOS : PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menegaskan, agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim.

Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami),” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik petang semalam.

“Kami mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan Enakmen Islam Negeri Selangor,” kata Mohamad.

Kata beliau, biro politik mengadakan mesyuarat petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu berhubung kontroversi semasa.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, “tidak.”

Kemudian, Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang, lapor portal The Malaysian Insider.

Mengenai rancangan PAS mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan gereja, Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menerima surat untuk mengadakan pertemuan Selasa ini.

Bagaimanapun menurut beliau, Jais menolak untuk mengadakan pertemuan, dipercayai atas nasihat Sultan Selangor memandangkan siasatan mengenai insiden 3 Ogos lalu belum lengkap.

“Kami menghormati keputusan mereka,” kata Mustafa.

Dalam pada itu seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menggesa Jais mempercepatkan siasatan bagi mengelakkan pelbagai spekulasi mengenai isu sensitif terbaru ini.

Ketika ditanya sama ada keputusan semalam akan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, Mohamad tidak bersetuju dengan andaian sedemikian.

“Ini adalah asas kepada perjuangan parti. Tiada sebab ia akan menjejaskan hubungan,” katanya lagi.

Beliau juga menafikan khabar angin dalam blog-blog pro-Umno mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba campur tangan bagi mengelak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menyita bangunan Gereja Methodist Damansara Utama.

Blog itu menambah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghubungi MBPJ agar menghentikan kerja menyita bangunan gereja itu.

PANAS!! Skandal FELCRA: Shafie Apdal makin tamak kuasa

http://mynewshub.my/bm/files/2011/03/shafie-apdal1.jpgMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai tamak kuasa; menghina rakyat serta Kerajaan Negeri Sabah serta membelakangkan Semangat 20 Perkara dengan melantik FELCRA sebagai agensi pelaksana semua Jalan Luar Bandar (JALB) bagi Program NKRA 2011 di Sabah.

Aktivis Masyarakat, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan ‘kurang ajar’ Shafie mengarahkan Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad di Sabah, Haji Samian Mohd Ali menulis surat kepada semua Pegawai Daerah di seluruh Sabah memaklumkan perlantikan berkenaan.


“Apa agenda Shafie sebenarnya?


Patut dia malu apabila Kerajaan Negeri mengembalikan lebih RM60 juta peruntukan pembangunan KKLW kerana dia ghairah melaksanakan projek berkenaan melalui Pejabat KKLW di Sabah sedangkan Jabatan Pembangunan Negeri ditubuhkan untuk melaksanakan semua projek persekutuan di Sabah,” kata Abdullah Sani yang menyifatkan Shafie sebagai Menteri Buta Undang-Undang tetapi celik projek melalui Kroni.


Kata Abdullahsani, mungkin inilah punca kejatuhan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila Menteri Kabinet seperti Shafie bertindak liar; bebas melakukan salahguna kuasa dan membelakangkan Kerajaan Negeri dengan melacurkan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO untuk menghalalkan cara.


“Apa ertinya kita menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia jika Menteri Persekutuan terus menjajah Sabah dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Perkara 20 dengan melakukan perkara di luar tabii, seperti melantik agensi di bawahnya menggantikan fungsi Pejabat Daerah,” kata Abdullah Sani yang kesal dengan keegoan Shafie yang semakin memuncak.


FELCRA, kata Abdullah Sani hanyalah berpengalaman dalam bidang perladangan dan tidak mempunyai kepakaran teknikal di Sabah; maka dengan melantik FELCRA menjalankan JALB di Sabah umpama melantik pencuri menjaga harta.


Sehubungan itu, Abdullahsani menggesa Kerajaan Negeri Sabah tidak tunduk kepada tekanan Shafie dan menentang keras campurtangan FELCRA dan KKLW dalam urusan dalaman pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah kerana sejak merdeka pada 16 September 1963, Kerajaan Negeri bertanggung jawab penuh terhadap pembangunan Sabah.


“Jika Shafie terlalu ghairah mahu menjadi Ketua Menteri dengan cara mencampuri urusan Kerajaan Negeri Sabah, maka Sabah bukan lagi menjadi Fixed Deposit kepada BN, sebaliknya menjadi dana politik kepada pembangkang untuk merampas kuasa daripada Kerajaan Negeri yang ada sekarang,” kata Abdullah Sani lagi.


Andai ini berlaku, kata Abdullah Sani, maka Najib wajib mempersalahkan diri sendiri kerana tidak mendengar keluhan rakyat Sabah berhubung tindak tanduk Shafie yang sudah berlagak sebagai Ketua Menteri dalam senarai menunggu.


Dalam senario ini, Perdana Menteri sewajarnya campurtangan bagi mengelak KKLW terus mengkendurikan peruntukan NKRA sesama kroni Shafie dan Kerajaan Negeri serta rakyat Sabah hanya menjadi penonton kepada kerakusan dan kezaliman yang dilakukan Shafie atas restu Najib.


Jika fungsi Pejabat Daerah sudah dirampas oleh FELCRA, maka tidak ada lagi kedaulatan Kerajaan Negeri Sabah dan kewibawaan Kerajaan BN mudah dipertikaikan dan akan menjadi pemangkin kepada pembangkang merampas Kerajaan Negeri Sabah seperti yang berlaku sebelum BN merampas kuasa pada 1994.


SabahKini

Kebangkitan Rakyat : London rakyat mengamuk, tapi Malaysia polis mengamuk


KUALA LUMPUR 14 OGOS : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyelar tindakan beberapa pihak yang cuba menyamakan antara Himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu dan rusuhan yang berlaku di United Kingdom.

Mohamad merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan Bersih 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di Kota London sekarang.

Menurut Mohamad, rusuhan di UK berbeza dengan gerakan menuntut perubahan secara aman di Malaysia dan diakui sendiri oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron bahawa rusuhan London tidak berkaitan politik.

"Saya tak tahu Timbalan KPN ini. Di London rakyat mengamuk. Di Malaysia polis mengamuk.

"PM Britain sendiri kata rusuhan tidak kena mengena dengan politik," kata Mohamad ketika ditanya Tv Selangor pada sidang media di Ibu Pejabat PAS semalam.

4 Ogos lalu, ribuan rakyat memprotes kematian seorang lelaki akibat tembakan polis di Tottenham, utara London.

Keesokan harinya, beberapa pemuda bertopeng memulakan rusuhan, merosak dan membakar kedai.

Kejadian itu merebak ke bahagian lain di London seperti Croydon dan Bayswater sebelum merebak ke arah Utara England dengan kejadian sama dilapor di Birmingham, Liverpool dan beberapa tempat lain.

Dalam posting di laman web Facebooknya beberapa hari lalu, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.

Menurut Mohamad situasi ini amat berbeza dengan demonstrasi di negara ini.

Beliau mengakui polis boleh menggunakan kekerasan mereka dalam rusuhan tetapi bukannya dalam himpunan aman.

"Saya sendiri berulang kali sebut jangan terbalikkan walau satu pasu bunga pun.

"Di sini tidak ada langsung berlaku kebakaran, terbalikkan kereta, pecah kereta atau (rosak) harta awam. Patutnya polis hadapi himpunan aman secara aman," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam mendakwa ada peserta himpunan Bersih 2.0 yang diupah RM50 untuk memakai baju berwarna kuning.

Merujuk kepada tragedi di London, beliau berkata, polis di negara luar tidak teragak-agak melakukan kekerasan demi menegakkan undang-undang sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," beliau dipetik sebagai berkata.

Terdahulu DAP turut membidas kegagalan pemimpin Umno-BN dalam menyamakan rusuhan dan sebuah perhimpunan aman.

Menurut setiausaha organisasi DAP, Teresa Kok, Bersih 2.0 adalah sebuah perhimpunan aman yang jelas matlamatnya dan bukanlah seperti yang didakwa pemerintah selama ini.

“Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah pihak polis.

“Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

“Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi,” katanya dalam satu kenyataan media.

UMNO nak jadi pejuang agama tapi JAHIL ilmu agama

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs104.snc3/15153_1251498882286_1073914523_810262_2069256_n.jpgBerita TV3 jam 6 sebentar tadi menyebut Naib Presiden Umno Dato' Zahid Hamidi berkata bahawa larangan memasang kuat pembesar suara pada waktu subuh kecuali azan seperti yang berlaku di Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku jika pemerintah negeri tersebut sensitif dengan ajaran Islam.

Selain itu beliau juga amat khuatir perbuatan tersebut akan diikuti oleh negeri-negeri lain yang diperintah oleh pakatan Rakyat.

Banyak silap komen Dato' dalam isu ini, sepatutnya Dato' perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berdasarkan amalan sunnah Nabi SAW bukannya berdasarkan keperluan parti yang Dato' tunggangi.

Kerisauan Dato' tentang negeri Pakatan Rakyat yang akan mengikut amalan ini juga adalah tidak patut sama sekali kerana tindakan menghalang sama maknanya dengan menolak Sunnah Nabi.

Kategori apa kah kita ini bila kuat berselawat ketika Maulidur Rasul tapi menolak Sunnah dihari dan waktu yang lain.

Terkini menurut lapuran Malaysiakini Mufti Perlis Indra Kayangan (yang diperintah oleh Umno & Barisan Nasional) Dr Juanda Jaya tidak setuju atau dalam bahasa yang lain menempelak kepada mana-mana Individu lebih-lebih lagi bagi orang islam yang mempertikaikan apa yang dibuat oleh Pulau Pinang ini.

Dalam bahasa yang lebih keras beliau juga melebelkan sebagai Jahil terhadap hukum agama Islam dan peranan masjid kepada mana-mana individu yang menentang Sunnah Nabi ini.

Semoga Dato Seri Zahid Hamidi yang banyak Ilmu Agama ini lebih berhati-hati supaya anda lebih dihormati pada masa-masa akan datang.

Ada satu perkara Dato' kena buat survey dan perkara ini amat penting buat Dato' dan parti Dato' .... Mengapa ahli Parti Dato' tidak berapa berkenan dan menjauhkan diri dari masjid dan surau termasuk dalam bulan Ramadhan ini.... bukan sekarang sahaja ... dah lama dah.

Berkaitan : Larang pembesar suara: Perlis sokong Pulau Pinang

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.


“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.


Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan ssebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.


Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.


“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.


“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih
“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.

INI PULA KOMEN DR ASRI
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;


1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.


2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.


3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.


4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.


kaabah mekah islam holycity 080307 large
Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.


Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

PRU 13 : PR ada harapan cerah perintah Malaysia

http://syukran.files.wordpress.com/2011/01/9551049.jpgSelepas perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya bersih dan adil menyaksikan cara kotor Perdana Menteri Najib Razak cuba untuk mematahkannya serta cara tadbir urus Negara yang tidak betul, semakin ramai yang meramalkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

Namun, ada juga yang tidak percaya ramalan oleh Wong Chin Huat, tokoh akademik yang yakin Pakatan akan memenangi 100 kerusi, lebih 18 kerusi berbanding pilihanraya yang lalu. Pada masa itu, Barisan Nasional telah memenangi 140 kerusi dari 222 yang dipertandingkan, sekaligus hilang dua pertiga majoriti undi.

Wong percaya bahawa Bersih 2.0 pada 9 Julai akan menaikkan jumlah kerusi pakatan rakyat dari 75 pada tahun 2008 kepada 100 kerusi. Ini bermakna 12 kerusi lagi untuk PR.
Apa kata rakyat biasa…

William Kee, seorang pekerja IT merasakan agar sukar bagi PR untuk mengambil alih kerajaan pada pilihanraya yang akan datang.

“ Sarawak adalah negeri yang berbeza. Kemenangan 15 kerusi yang lalu oleh PR tidak bermakna kemenangan akan menjadi mudah nanti. Agak sukar untuk menembusi kawasan pengundi Melayu dan pengundi Dayak yang merupakan penentu tidak tahu akan kuasa yang ada pada mereka. Walaupun pengundi Cina akan membuat perubahan, namun ia tidak akan terlalu ketara. Jadi, 100 kerusi harus dimenangi tanpa pertolongan dari Sarawak,” katanya.

Buat masa ini, Sarawak mempunyai dua kerusi parlimen iaitu Bandar Kuching dan Bandar Sibu(yang telah dimenangi pilihanraya yang lepas).

Kata Kee, jika dilihat pada keadaan ekonomi dunia, pilihanraya mungkin akan diadakan pada bulan November.

Najib tahu jika dia menundakan pilihanraya, memenangi kerusi pada pilihanraya akan menjadi sukar kerana pada masa akan datang, rakyat akan merasakan tekanan hidup akibat ekonomi yang merundum. Sukar untuk mendapat undi pada masa itu.

Bagi Ralph Jewat yang berbangsa Iban pula, kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah untuk PR di Sarawak.

“Kebanyakkan orang Dayak masih percaya kepada kerajaan yang memerintah sekarang ini walau apa pun yang dikatakan oleh pihak pembangkang. Ramai orang Dayak yang sudah tua berpemikiran, adalah salah untuk tidak setia kepada kerajaan.

Walau bagaimanapun, dia sendiri akan mengundi pihak pembangkang kerana telah berpindah ke bandar 15 tahun yang lalu dan menyaksikan sendiri bagaimana orang-orangnya telah dipergunakan. Dia pernah memujuk orang tuanya untuk mengundi pembangkang tetapi gagal.

Orang BN turut mengundi PR

Ling HL yang merupakan ahli parti BN yakin PR akan mengambil alih kerajaan pada kali ini. Memandangkan kekusutan yang sedang melanda partinya, Ling mengakui ramai rakan-rakan seperjuangannya mahukan perubahan. “Terlalu banyak perkara yang tidak betul di dalam kerajaan. Akhirnya, rakyat akan menderita tetapi mereka yang memerintah hanya bercakap dan menipu untuk diundi semula.” Katanya sambil merasa jijik terhadap perbuatan menipu dalam pilihanraya yang lalu.

Salah seorang rakannya, Joyce yang berada di dalam komiti parti yang sama menyatakan bahawa kehidupan sudah semakin sukar bagi rakyat biasa akibat daripada kerajaan yang membutakan mata terhadap isu-isu kritikal di dalam Negara.

“Terlalu banyak mainan politik di dalam parti. Semua mahukan kuasa dan kedudukan tapi, tiada yang mahu bekerja. Jadi, bagaimana kami tidak kecewa? Kebanyakkan ahli telah mengundi PR pada pilihanraya yang lalu,” katanya lagi.

Wakil rakyat bagi kawasan Pending, Violet Yong mendakwa, agak sukar menembusi kawasan pengundi kaum Dayak dan Melayu.

“Walaupun DAP telah mentransformasikan diri sebagai parti berbilang bangsa, PKR yang sememangnya parti berbilang bangsa dan PAS, keadaan masih nampak sukar. Walau bagaimanapun, kita tetap akan bekerja keras untuk memastikan hak rakyat dilindungi. Kita kena memastikan hak rakyat dilindungi dibawah kerajaan yang bersih dan adil tidak seperti yang sedia memerintah sekarang,” katanya lagi.

Yong berkata, perhimpunan bersih telah memberi banyak kesedaran kepada rakyat di bandar tetapi, kepada penduduk luar bandar, kebanyakkannya masih tidak tahu apa itu Bersih.

Dapat dapat rasa

Ahli perlimen Kuching, Chong Chieng Jen memberitahu bahawa di dapat merasakan yang PR akan mengambil alih kerajaan selepas pilihanraya akan datang. Dia menjelaskan bahawa, Sabah dan Sarawak bukanlah lagi deposit tetap untuk BN.

“ Pada pilihanraya DUN yang lepas, PR telah memenangi 15 kerusi. Kita mungkin akan menang 10 ke 15 kerusi lagi pada pilihanraya yang akan datang.

Chong juga berkata, ramai orang Dayak sudah bekerja di Bandar. Kesedaran pada orang Dayak akan menjana perubahan pada kerajaan. Sudah terlalu lama mereka ditekan, tanah mereka dirompak, natijahnya, mereka menderita bersama rakyat lain tetapi pemimpin yang berada di atas hidup dengan penuh kemewahan.

Dia menjangkakan pilihanraya akan berlaku pada bulan November kerana percaya Najib sudah tidak boleh memegang tampuk kepimpinan akibat daripada konflik dalaman UMNO dan kemerosotan ekonomi dunia. Najib, katanya, akan mempertahankan diri dengan membariskan orang-orangnya di dalam kabinet yang sememangnya kabinet diwarisi UMNO.

Pakatan meramal 110 ke 112 kerusi

Ahli parlimen Zuraida Kamaruddin berkata, PR bersedia untuk mengambil alih kerajaan pada kali ini. “Kita sangat yakin pada pilihanraya kali ini berdasarkan anggaran kami. Kami boleh memperolehi 110-112 kerusi. Saya rasa, Sabah dan Sarawak boleh memberi kami 15 kerusi. Ia boleh dicapai.

Zuraida berkata, 15 kerusi yang dimenangi PR di dalam pilihanraya negeri telah memberikan mereka banyak harapan. Kita sedang membuat progres di Johor, Kedah, Malacca, Negri Sembilan dan Pahang. Rakyat disini bosan dengan kehidupan yang sukar ditambah lagi dengan kerajaan yang tidak prihatin.

Setelah menemui rakyat, dia memerhatikan yang keadaan miskin dan merempat adalah sesuatu yang biasa di negara ini. Mereka yang duduk di kawasan flat sebenarnya seperti tinggal didalam kotak. Kehidupan mereka sengsara dan BN tidak pernah cuba untuk mengubah kehidupan mereka. Bila saya melawat ke kawasan luar bandar, keadaan mereka juga sama. Melayu, Dayak, Orang Asli, semuanya hidup cuma seadanya. Keadaan ini mesti berubah.

Kata Zuraida, Wanita PKR telah melancarkan program ‘Wajah’ yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada mereka berkaitan hak mereka.

"Mereka yang miskin di luar bandar ini mesti menjadi agen perubahan untuk diri mereka sendiri dan bukan hanya hidup dalam ketakutan dengan menunggu gula-gula dari kerajaan untuk memancing undi mereka.” -
Malaysia Chronicle

Prof Dr Redzuan Othman bidas SPR

Seorang dekan Universiti Malaya hari ini membidas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menolak lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sambil menyifatkan ia satu keputusan “memalukan.”

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Redzuan Othman (gambar) berkata tindakan SPR menolak untuk melaksanakan tidak wajar kerana kesemua tuntutan itu boleh dilakukan badan pengurusan pilihan raya itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Jawapan yang diberikan tidak melambangkan satu intelektual dalam SPR yang mana SPR kata tidak boleh (laksanakan), akses media dia (SPR) kata parti politik boleh gunakan media elektronik, tempoh kempen... SPR kata melibatkan soal keselamatan.

“Dalam pilihan raya umum di Malaysia, saya lihat sejak 1974 tidak ada satu pergaduhan dan tiada pertumparan darah, kalau ada pun disebabkan kemalangan semasa pilihan raya,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Justeru tegas Redzuan, SPR perlu memandang serius tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 sehingga membawa perhimpunan aman pada 9 Julai lalu di ibu negara.

“Isu keselamatan bukan alasan untuk kurangkan tempoh berkempen, undi pos pula SPR kata ramai pelajar kita di luar negara tapi dulu, semasa saya masih belajar di luar negara, semasa tiba pilihan raya saya pergi ke kedutaan (untuk mengundi) tapi tiada, saya tidak mahu sebut tuntutan lain...hujah yang diberikan SPR memalukan.

“Proses pilihan raya harus melambangkan rakyat merasakan keadilan, peranan SPR, saya lihat dalam soal tempoh berkempan dulu sejak 1955 tempoh berkempen selama 42 hari, kemudian pada 1969 35 hari, pada 2004 tempoh dipendekkan kepada lapan hari ini benarkan Barisan Nasional (BN) menang besar begitu juga dengan akses media, pembangkang tidak dapat akses media,” katanya.

Selain Redzuan, turut menjadi ahli panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan alasan tidak mempunyai kuasa.

Justeru beliau meminta Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan agar mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Jelas Wan Ahmad, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.Lebih menjurus kepada lapan tuntutan Bersih 2.0 terutamanya akses media yang bebas dan adil, Redzuan meminta agar Putrajaya mencontohi Singapura yang membenarkan semua calon bertanding mendapat kebebasan media termasuk melalui televisyen.

“Kenapa kita tidak ikut Singapura, parti-parti politik diberi peluang untuk mendapat akses media, walaupun sehari sebelum hari mengundi semua calon tidak dibenarkan berkempen, namun mereka diberi peluang untuk bercakap di televisyen.

“Tapi di Malaysia media menggambarkan suasana pilihan raya sebagai perang, media memberikan gambaran yang tidak elok tentang pembangkang... tuntutan adalah tuntutan rakyat Malaysia, masyarakat sekarang tidak sama dengan masyarakat dulu... masyarakat hari ini tidak mahu diperbodohkan,” katanya.

Isu pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru selepas Pakatan Rakyat mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam daftar pemilih termasuk tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.

Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.Sebaliknya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan JPN namun dikecam PAS.

SPR sudah tidak dipercayai, Yang di-Pertuan Agong perlu campur tangan!!


PAS menolak alasan “kesilapan teknikal” yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berhubung kontroversi daftar pemilih, sebaliknya mendesak campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu menggunakan kuasa baginda ke atas suruhanjaya itu selain mengambil tindakan ke atas pengerusi dan timbalan pengerusinya berhubung isu memanipulasikan butiran pengundi, didakwa pembangkang memihak kepada parti yang memerintah.


Beliau mengecam penjelasan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam bahawa kesilapan-kesilapan yang dilaporkan adalah berpunca daripada masalah teknikal dan maklumat laman web bukan terkini.


Mohamad (gambar) berkata alasan itu tidak boleh diterima kerana wujud begitu banyak kecelaruan dalam daftar pemilih.


“Kami bercakap mengenai ribuan dan ribuan kesilapan, pendaftaran berganda, pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi dalam sekelip mata... begitu banyak.


“Kami juga ada kes di mana seorang pengundi atas nama ‘Kampung Baru’ dan ini bukan kesilapan-kesilapan terpencil... di Selangor sahaja ada beribu-ribu kes,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di sini pagi ini.


Mohamad juga berkata kekurangan yang didedahkan oleh wakil rakyat pembangkang telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan semasa SPR mencecah paras paling buruk.


Keadaan itu kata beliau, boleh menyebabkan keraguan dan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi apabila keputusan pilihan raya umum akan datang.


“Jadi kami berharap Agong akan mengambil tindakan ke atas pengerusi (SPR) dan timbalannya yang telah gagal memberi keyakinan kepada rakyat bahawa proses pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata Mohamad.


“Jika rakyat menolak keputusan pilihan raya, maka ia boleh menjejaskan keselamatan kebangsaan.


Jadi, mereka yang bertanggungjawab mesti mengambil tanggungjawab penuh dan memastikan bahawa daftar pemilih adalah bersih,” kata beliau.


Mohamad memberitahu PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan merungut jika Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa ataupun memperoleh lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum, tetapi kemenangan itu perlu diperoleh menerusi pilihan raya yang adil dan bersih.

Beliau juga mengecam SPR yang sentiasa melabel PAS dan wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai “pembangkang” dan mahu suruhanjaya itu melihat kesemua parti politik sebagai pelanggannya.

“Khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar... beliau selalu merujuk kami sebagai pembangkang.


Sebagai sebuah badan bebas, badan yang berkecuali mengendalikan pilihan raya di Malaysia, SPR mesti melayan setiap orang, meskipun dari BN, sebagai pelanggan yang samarata,” katanya lagi.


Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.


Sebaliknya, Aziz berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya difahamkan Pakatan Rakyat telah menyemak semakan daftar pemilih melalui laman web JPN dan bukan Sistem Pengkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis) yang datanya lebih lengkap dan tepat.


Justeru jelas, Aziz, pihaknya telah melakukan semakan dengan Alis dan mendapati pemastautin tetap yang didakwa Pakatan Rakyat adalah warganegara yang sah serta layak untuk mengundi.


“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.


“SPR bersihkan daftar pemilih hari-hari, ada yang meninggal dunia, ada yang lucut warganegara, ada yang nama bertindan dan sebagainya... kita lakukan semakan hari-hari dan kalau ada keraguan kita akan semak dengan JPN,” katanya lagi.