Sunday, August 14, 2011

SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?


Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu.


Persoalan yang timbul di sini ialah :-


1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?


2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?



3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain.

4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu?

Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit.

SofiWahab

TU DIA !!! Banyaknya bukti pemimpin UMNO 'Membela Islam"

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/150244_122608677800233_100001533053584_130548_6261929_n.jpgKenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO "Membela Islam"

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.


2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.


4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.


5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.


6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.


7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.


8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.


9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.


10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.


11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.


12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.


13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.


14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.


15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.


16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.


17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.


18. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.


19. “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.


20. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.


21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92


Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.


1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.


2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.


3. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)


Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.


Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.


Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.


1. “Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.


2. Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)


Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)


1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001


2. “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” - Dato’ Rais Yatim, Jun 2001


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.


Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.
Perisik Rakyat

Najib makin gagal Muhyiddin makin mara

Datuk Seri Najib Razak, yang menerajui tampuk kepimpinan sejak April 2009, berhadapan dengan risiko dilihat menjauhkan diri daripada pendirian sederhana atau pertengahan jika beliau gagal menunaikan inisiatif pembaharuan dan terus cuba “memuaskan” anggota sayap kanan.

Penganalisis-penganalisis mendakwa Najib (gambar) sudah mula bergerak daripada kedudukan pertengahan beliau sejak menjadi perdana menteri dan tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga seolah-olah menggambarkan penyandang sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, adalah contoh Perdana Menteri didakwa kini memihak dalam memenuhi kehendak sayap kanan dan juga ahli-ahli dalam Umno sendiri.

“Dalam jangka panjang Najib bergerak ke kanan dan berhadapan dengan risiko besar. Bukan setiap orang menyokong sentimen anggota sayap kanan.

“Ini membuktikan kebenaran hujah bahawa Najib bergerak daripada tengah.


Meskipun adanya cadangan pembaharuan dan cuba mendekati komuniti bukan Melayu, kesemua ini adalah tarikan keluar,” kata pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian.

Ibrahim juga percaya bahawa tiada banyak perubahan wujud sejak Najib memperkenalkan program pembaharuan kerajaan dan hasilnya belum belum turun ke peringat bawahan.


Kata beliau, ekonomi negara merupakan faktor asas yang akan menentukan sokongan masa depan khususnya ketika pilihan raya umum ke-13 yang pertama bagi Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Justeru katanya, keadaan ekonomi yang kurang selesa sekarang tidak membantu usaha pentadbiran Najib.

Ibrahim menambah, Najib berusaha untuk mempertahankan sokongan semasa tetapi beliau tidak boleh menggerakkan pembaharuan atas kos asas sokongan orang Melayu dalam Umno itu sendiri.


Dengan merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0, Ibrahim berkata, Najib seharusnya mengambil pendekatan lebih sederhana dan membenarkan ruang kepada mereka yang mahu memberikan suara berbeza.

“Beliau perlu dilihat sebagai perdana menteri kepada kesemua rakyat Malaysia,” kata Ibrahim.


Dalam pada itu, ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Faizal Hazis juga berpandangan bahawa meskipun Najib menjanjikan pentadbiran kerajaan yang bersifat sederhana dan tengah tetapi nampaknya kurang iltizam di pihak Perdana Menteri dalam melaksanakan rancangan beliau.

“Dalam usaha menenangkan kesemua parti, Najib bergerak jauh daripada pendirian bersifat tengah,” kata beliau.

Malah katanya, “tiada iltizam yang kuat untuk berjaya dalam inisiatif beliau, khususnya di pihak Umno.”

Menurut beliau, contoh yang paling jelas ialah keengganan Najib, yang menggerakkan Gagasan 1 Malaysia, untuk mengatakan sama ada beliau mengutamakan pendirian “saya rakyat Malaysia terlebih dahulu” — pendirian berbeza diambil oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah).


“Respons Najib yang tidak menjawab persoalan mengenai ‘saya rakyat Malaysia terdahulu’ adalah respons yang lemah,” kata beliau sambil berkata Najib berhadapan dengan tekanan daripada anggota yang bersifat sayap kanan dalam Umno sendiri dan berusaha untuk memuaskan mereka.


“Kemungkinan Najib melihat pengaruh itu sebagaimana dilalui Pak Lah (Abdullah),” kata Faizal.


Sehubungan itu, penganalisis ini berkata Najib perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif asal yang digariskan di bahawa MBE, yang menjadi asas kepada sokongan kuat ke atas kepimpinannnya dua tahun lalu.


“Itu yang rakyat lihat dan mereka menyokong beliau. Tetapi, secara berperingkat-peringkat kumpulan seperti Perkasa dan dalam Umno sendiri menyebabkan rancangan pembaharuan terganggu.


“Beliau melangkah ke belakang daripada melaksanakan (matlamat) MBE, yang awalnya untuk semua kaum. Ia tidak menunjukkan beliau serius mengenai perubahan,” kata beliau lagi.JP

Mismah kena tunjuk dokumen sah ikut prosedur bukan hanya tunjuk kepada BN

 MISMAH bersama Noh   menunjukkan kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan Malaysia pada sidang media  di Sungai Buloh, semalam.
SHAH ALAM – Proses bantahan masih boleh dikemukakan termasuk meminta Mismah menunjukkan dokumen membuktikan tempoh dan proses permohonan menjadi warganegara.

Setiausaha Pas Selangor, Saari Sungib berkata, pendedahan Mismah kepada umum banyak di manipulasi media tanpa membuktikan prosedur sepanjang permohonan dilakukan.

Menurutnya, Pas tidak memfitnah sebaliknya maklumat pertukaran Mismah dari Penduduk Tetap (PR) kepada warganegara diperoleh melalui semakan pada sistem pengesahan dalam talian Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

“Kepincangan SPR perlu didedahkan untuk memastikan perjalanan Pilihan Raya Ke-13 berjalan dalam keadaan bersih, telus dan cekap.

“Ini dibuktikan melalui kenyataan dikeluarkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengaitkan kesilapan mungkin berlaku berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya kepada sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pendedahan Mismah tidak melemahkan usaha menjejaki PR yang menjadi warganegara malah akan diteruskan dengan lebih giat di semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, peruntukkan RM1 juta oleh Kerajaan Negeri akan digunakan sebaiknya untuk mengemukakan bantahan sekiranya terdapat kemusykilan dalam sistem pilihan raya.

Terdahulu, nama Mismah mula dimainkan media selepas pendedahan Pas yang menemui 52 PR menjadi warganegara dikaitkan dengan penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya.

Suruh Rahmad Isahak (Kongres Melayu P.Pinang) baca artikel ini sebelum nak hentam sembrono

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSMtW5p3H_-zazR18NzZ0HRtM3SSbzx00L-kVbxRpGOexeqC6GMvlcyOoUsJVCGWUc9HkiIoeaYpg2jGjdgtV2IeuIpNtY2hrRqgMshb05FBRSQN_vdRBJbl8HstjEjoCgwApDyoLHhCta/s400/umno-jual-rakyat.jpgBARU-BARU ini Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada BN agar gabungan Umno, Gerakan, MCA dan MIC negeri itu dapat kembali berkuasa di negeri itu bagi "mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang".

Presidennya, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

"Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Rahmad berkata bahawa jika BN menang pada pilihan raya umum di negeri itu, orang Melayu akan mempunyai empat exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri.

Katanya ini berdasarkan kepada senarai exco kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berharap penduduk Pulau Pinang terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan bijak semasa mengundi nanti demi masa depan sosio-ekonomi mereka.

"Setakat ini tiada langsung sumbangan daripada pemimpin Melayu dalam kerajaan pimpinan DAP sekarang untuk memperjuangkan kedudukan Melayu. Ini amat membimbangkan orang Melayu Pulau Pinang," kata Rahmad.

Laporan Bernama itu memang menarik untuk diulas. Apatah lagi apabila ia berkaitan dengan nasib Melayu dan Bumiputera.

Sebelum DAP dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Pulau Mutiara itu, Umno dan sekutu BN-nya telah mentadbir negeri itu lebih dari lima dekad. Dengan wakil yang ramai dalam kerajaan negeri dan diberi kerusi Timbalan Ketua Menteri, Exco kanan dan Exco negeri, Umno masih gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu Tanjung.

Kegagalan Umno-BN ini nampaknya tidak menginsafkan Rahmad dan kongres yang dipimpinnya. Mereka tetap mahukan orang Melayu di negeri itu meletakkan harapan kepada parti yang selama ini telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Tanpa mahu mengulas lanjut, diperturunkan kembali artikel berhubung nasib Melayu Tanjung bertajuk "UDA khianati DEB dan Melayu Tanjung" yang pernah disiarkan Harakah untuk renungan Rahmad, anggota KMPP dan Melayu Tanjung seluruhnya:

TIDAK banyak yang diperkatakan tentang nasib Melayu Tanjung (yang menetap di bahagian pulau, Pulau Pinang) ketika negeri itu ditadbir BN. Selama lebih lima dekad, topik perbincangan tentang Melayu Tanjung hanya berkisar tentang boria dan nasi kandar. Jarang perbincangan tentang nasib Melayu Tanjung dipaparkan media kerana ia perkara sensitif yang dikhuatiri meletakkan BN di 'kandang orang salah'.

Hanya setelah Pulau Pinang beralih angin kepada Pakatan Rakyat, nasib Melayu Tanjung mula diperkatakan umum. Kerisauan berkisar tentang kerajaan negeri pimpinan DAP yang kononnya banyak mengetepikan kepentingan Melayu Tanjung. Benarkah dakwaan itu?

Wakil Harakah, AHMAD TAJDID dan MOHD SABRI SAID menemubual aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Tanjung Tokong, MOHD SALEH YAHYA bagi membongkar punca sebenar proses marginalisasi Melayu Tanjung khususnya isu pembangunan di penempatan Melayu di Tanjung Tokong. Pertemuan berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang, 17 Mac 2011.

---------

BAGI Mohd Saleh antara pihak yang patut dipertanggungjawabkan terhadap nasib Melayu Tanjung yang semakin terpinggir adalah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Malah UDA yang ditubuhkan atas semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal berfungsi sebagai agensi yang diberi tanggung jawab menyusun dan menempatkan semula Melayu di kawasan bandar.

UDA ditubuhkan pada tahun 1971 di atas semangat DEB manakala Tanjung Tokong adalah antara projek terawalnya. Kepentingan Tanjung Tokong dalam pelasanaan DEB, jelasnya dilihat apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Husein sendiri turun padang melawat perkampungan itu pada 10 April 1972.

"Beliau sendiri mengumumkan rancangan kerajaan yang terbesar di sini.
Projek disasarkan selama 20 tahun dan menjelang 1990 dijangka selesai. Malangnya yang sebaliknya berlaku," ujarnya.

Menurut Saleh, sepanjang tempoh itu, sejumlah 37 agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dengan sengaja menggagalkan rancangan asal Tun Razak dan mengubah kampung asal Tanjung Tokong menjadi kampung yang kucar-kacir susun aturnya.

"Tanah diperolehi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan harga tukar syarat yang minima. Tujuannya untuk memulih, memperbaharui dan membangunkan semula kampung tradisi itu supaya sesuai dengan pola penghidupan di bandar.

"Selepas 37 tahun Kampung Warisan Melayu yang berusia 200 tahun lebih telah ditukar oleh UDA menjadi kawasan setinggan. Semuanya berpunca daripada pengabaian, penyelewengan dan pengkhianatan UDA. Agensi dan GLC yang dipertanggungjawabkan telah mengkhianati DEB dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang," jelasnya.

Menurut beliau, Tanjung Tokong sebenarnya boleh dipulihkan tetapi sengaja ditinggalkan kerana motif keuntungan. Apabila nilai tanah melambung, penduduk asal kampung itu dianggap tidak layak tinggal lagi di tapak asal dan perlu dipindahkan.

"Mereka dipaksa pindah kerana tanah itu mahu dibangunkan untuk projek komersial sedangkan pembangunan yang dirancang tidak dibuat untuk mereka," kesal beliau.

Baginya, UDA telah melupakan tanggung jawab sosial untuk membantu Melayu Tanjung kerana badan itu telah diresapi unsur komersil dan kronisme.

"Kini UDA lebih menumpukan projek komersil yang memberi keuntungan dengan melupakan tanggung jawab sosialnya yang asal. GLC itu hanya bercakap dan bercakap sahaja. Hakikatnya projek untuk orang Melayu tidak ada.

"Tapak gerai penjaja untuk rakyat juga akan dilenyapkan bagi membina projek rumah kedai berharga jutaan ringgit. Sedangkan rakyat menuntut rumah kerana penduduk yang tidak berumah ramai bilangannya," ujar beliau.

Apa yang dikesalkan, tambahnya sejak 1990 hingga kini, penduduk asal Tanjung Tokong dianggap sebagai antipembangunan, sedangkan UDA langsung tidak mempedulikan pembangunan di kampung itu.

"Penduduk dibiarkan membina rumah sesuka hati. Jadi stuktur dan susun atur kampung yang pada mulanya tersusun dibiarkan rosak dengan sengaja tanpa mengadakan peluang perumahan untuk rakyat yang terperangkap dalam trauma Melayu terpinggir," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan UDA memanfaatkan kawasan tebus guna tanah seluas 54 ekar bagi projek penempatan penduduk sedangkan kawasan itu diperolehi atas alasan untuk membangunkan Kampung Tanjung Tokong.
"Nyata UDA tidak sama sekali membuat apa pun projek perumahan rakyat di atas tanah tebus guna tersebut hingga kini," katanya.

Kini tambahnya, timbul pula isu baru apabila cadangan kawasan penempatan semula gerai penjaja Tanjong Tokong hendak dilenyapkan bagi memberi laluan kepada projek rumah kedai berharga jutaan ringgit.

Penduduk asal Tanjung Tokong, katanya mahukan perumahan dan kompleks niaga yang selaras dengan keupayaan mereka, bukannya projek rumah kedai yang tidak mampu dimiliki.

Beliau juga kesal dengan tindakan UDA mengisytiharkan tanah milik penduduk sebagai kawasan setinggan dan mengarahkan mereka mengosongkan tanah yang telah diduduki sekian lama.

"Tanah Kampung Tanjung Tokong kini bernilai ratusan juta ringgit dan bertaraf 'prime area' dengan harga RM400 hingga RM500 sekaki persegi.
"Langkah mengisytiharkan seluruh kawasan Tanjung Tokong sebagai kawasan setinggan bertujuan mengelakkan UDA daripada membayar sebarang pampasan kepada penduduk," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau mewakili penduduk asal Tanjung Tokong mahukan perkampungan mereka dijadikan 'kampung warisan' kerana ia wujud sebelum kedatangan penjajah British.

"Sepanjang penglibatan UDA selama 37 tahun, ia langsung mengetepikan keperluan rakyat yang paling asasi. Sehingga kini Tanjong Tokong masih tidak mempunyai pasar, pejabat Pos, dewan orang ramai dan padang awam. Penduduk berniaga di atas jalan raya.

"Sebelumnya ada pasar, selepas penglibatan UDA ditiadakan. Itulah kejayaan terbesar UDA menghilangkan keperluan asasi penduduk," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar tanah tapak gerai Tanjong Tokong di kawasan tanah tebus guna laut di hadapan Masjid Qarwa diperuntukkan untuk pembangunan perumahan rakyat di bawah RMK10 dengan segala keperluan asas.

Menurut beliau, kini terdapat 1,500 kelamin yang tidak berumah di Tanjung Tokong.

UDA jelasnya, perlu memulangkan sebahagian tanah yang diperolehi dengan percuma kepada rakyat. Biarkan kerajaan melaksanakan sepenuhnya projek perumahan di bawah RMK-10.

"Jika peruntukan diberi kepada UDA mungkin akan disapu oleh kroni dan projek belum tentu terlaksana," ujar beliau.

Beliau yakin kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mampu melaksanakan projek perumahan untuk rakyat yang gagal dilaksanakan UDA.

"Kerajaan perlu melaksanakan fungsi sosial dengan agresif di sini kerana pembangunan komersial yang mengetepikan peluang rakyat untuk terlibat sangat ketara.

"Rakyat yang telah terpinggir daripada arus pembangunan perdana kini akan dipinggirkan lagi dari kawasan asal penempatan mereka," jelasnya.

'GULA-GULA'!!! Peneroka Felda patut dapat RM 458 ribu bukan RM 400


Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato’ Kamarul Baharin Abbas menyifatkan pemberian duit Hari Raya Aidilfitri kepada para peneroka oleh Felda sebagai ‘gula-gula.’


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian RM400 untuk peneroka bersama Felda dan RM200 untuk peneroka yang tidak bersama Felda.


Kamarul berkata, “amaun ini tidak memadai dan mencukupi jika dibandingkan dengan kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit dan hasil tebang pokok getah oleh peneroka.


“Peneroka sebenarnya berhak memperoleh sehingga RM458,000.00 yang boleh dituntut hasil kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) buah kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.


“Kes ini telah pun dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan dengan tuntutan RM2 juta dan 964 peneroka di Felda Jengka dengan tuntutan RM458,000.


Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh peneroka melebihi RM200 – RM400 seperti yang diumumkan Najib”, kata Kamarul.


Kamarul menjelaskan peneroka ditawarkan oleh pengurusan Felda sebanyak RM3,000.00 seekar untuk pokok getah yang akan ditebang dan setiap peneroka mempunyai 10 ekar.


“Terdapat kontraktor sanggup membeli pokok getah sehingga RM8,000.00 seekar tetapi Felda tidak membenarkan pokok getah dijual dengan harga tersebut.


“Jika pengurusan Felda yang tebang dan jual, peneroka bakal menerima RM30,000.00 untuk setiap 10 ekar.


Sebaliknya jika peneroka yang lakukan sendiri akan dapat RM80,000.00 untuk setiap 10 ekar.


Ini menyebabkan setiap peneroka kerugian sehingga RM50,000.00 yang boleh menjadi wang saku tambahan mereka,” jelas Kamarul lagi.


Wang tanam semula dinafikan


Kamarul turut membidas Najib dan Felda dalam isu penanaman semula apabila jika ada peneroka memilih untuk menanam semula, maka Felda hendaklah mengembalikan dana dari Tabung Penanaman Semula sejumlah RM17,000.00 kepada setiap peneroka.


“Namun sehingga hari ini Felda gagal menjelaskan isu dan pembayaran ini.


Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memerintahkan Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, Kelantan sejumlah RM1.2 juta dari dana Tabung Penanaman Semula ini.


“Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan berlakunya penipuan oleh Felda terhadap peneroka.


Maka wang Hari Raya sekadar RM200 – RM400 kepada peneroka Felda jelas tidak dapat menutup pembohongan dan penindasan Felda selama ini terhadap peneroka.


“Akhirnya Felda terpaksa meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk membiayai kos tanam semula.


“Tetapi bagaimana pula dengan dana asal Tabung Penanaman Semula yang dicarum oleh peneroka untuk proses tanaman semula?


Ke manakah hasil tabungan tersebut?,” soal beliau.


“Felda harus menjelaskan perkara ini secara terperinci,” desak Kamarul.


Kamarul menegaskan jika ini yang berlaku, tidak mustahil peneroka akan terus menerus menyaman Felda akibat salah urus tadbir dan korupsi yang berlaku.


Kamarul menggesa agar pentadbiran Felda bersikap telus dalam usaha memperkukuhkan urus tadbir yang baik dan merakyatkan ekonomi.


“Hak peneroka Felda selaku rakyat yang sah dalam negara kita serta diiktiraf oleh Perlembagaan harus dihormati oleh pihak Felda,” tegasnya.


Justeru ‘gula-gula’ wang hari raya yang tidak setimpal seumpama ini harus diperbetulkan dengan dikembalikan semula hak serta wang pampasan yang secukupnya terhadap kerugian yang ditanggung oleh peneroka Felda akibat kecuaian urus tadbir Felda itu sendiri.

UMNO Kedah dok ingat hanya ada kerajaan negeri , tak dak kerajaan pusat

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Apabila Kedah ditawan oleh PAS Mac 2008, BN merasakan terkecualilah tanggungjawab mereka terhadap negeri Kedah. Bagi mereka PASlah yang bertanggungjawab 100 % membangunkan Kedah dan segala kelemahan jika berlaku maka PAS mesti dipersalahkan 100 %.

Jadi di samping tak buat apa-apa (atau buat pun ala kadar saja) untuk bantu rakyat Kedah, BN menyerang kerajaan negeri dalam semua perkara termasuk dalam bidang yang menjadi tanggungjawab bersama antara negeri dan Pusat.


Satu lagi, BN waya putuih ni selalu bandingkan antara ‘apa kerajaan Pusat buat dulu-dulu di Kedah’ dengan ‘apa kerajaan negeri buat laa ni di Kedah’. Mana boleh banding macam tu sebab PAS/PR bukan perintah Pusat lagi sekarang. Sepatutnya depa kena banding apa kerajaan negeri BN dulu buat dengan kerajaan negeri laa buat.


Pendekkan cerita MK siarkan di bawah ni petikan artikel
Harakah, tulisan Zulkifli Yahaya:

Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah menunaikan janjinya untuk menerbitkan buku bagi menyanggah pencapaian Kedah Sejahtera 2008 yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri.

Entah siapa penulis upahan yang dibayar, kandungan buku yang bertajuk ‘Sejahterakah Kedah?’ itu langsung tidak dapat menangkis laporan pencapaian Kedah di bawah Pakatan Rakyat.

Ia tidak menjawab berdasarkan fakta dan angka, isu yang dibangkitkan remeh, picis, membangkitkan kembali perkara yang sudah selesai, komen yang kebudak-budakan, di samping menimbulkan perkara fitnah dan pembohongan.

Satu lagi aspek paling dungu dalam analisa yang dibuat oleh penulis upahan tersebut ialah membandingkan antara keupayaan Pusat dan Negeri. Dalam soal kebajikan misalnya, bajet Pusat ialah RM1.26 billion (seluruh negara) jumlah yang lebih besar dari bajet menguruskan negeri Kedah sekalipun.

Sangat munasabah bajet Pusat mesti lebih besar kerana mereka adalah pengutip cukai yang jauh lebih besar berbanding negeri. Bukan sahaja di Kedah, tetapi di negeri-negeri yang dikuasai BN pun, bajet negeri 'sangat kecil' berbanding Pusat. Jadi jangan banding kemampuan Negeri dan Pusat.


Tapi jika perbandingan dibuat antara keupayaan negeri semasa PR dan BN, ternyata kerajaan kerajaan hari ini jauh lebih baik dari dahulu.

Misalnya hasil negeri pada 2007 cuma RM361 juta, tetapi setelah Kedah kehilangan hasil cukai tanah RM50 juta setahun akibat pemberian rebat cukai tanah kepada rakyat (seperti janji manifesto) hasil negeri pada 2010 ialah RM490 juta serta kali pertama dalam sejarah tidak berlaku defisit!


Analisa yang tidak kurang dungunya ialah menyalahkan negeri dalam semua perkara termasuk dalam bidang di mana, Pusat dan Negeri mempunyai tanggungjawab bersama.

Misalnya bidang pelancongan, pelaburan, bantuan kebajikan, pertanian, belia dan sebagainya. Contohnya apabila mereka mempersoalkan (kononnya) berlaku kemerosotan kedatangan pelancong pada 2010 kerana tiada usaha dari negeri.

Walhal agensi pelancongan negerilah yang bertungkus lumus mengadakan promosi sedangkan unit pelancongan Pusat yang wujud di negeri tidak buat apa-apa.


Begitu juga dalam bidang pelaburan. Sepatutnya ia tanggungjawab bersama, tetapi Datuk Mukhriz sebagai anak Kedah yang memegang urusan menarik pelabur luar lebih selesa untuk membidas Kedah yang kononnya gagal menarik pelabur besar daripada dia dan kementeriannya berusaha membawa masuk pelaburan ke Kedah.


Lojik juga mereka tidak berbuat apa-apa, buat apa memberi imej positif terhadap kerajaan negeri yang berlainan ideologi. Cuma yang tidak lojiknya ialah mereka juga adalah pemerintah di Kedah yang memegang tampuk kekuasaan di Pusat, mengapa mesti mengabaikan tanggungjawab terhadap ‘tanah jajahan’ sendiri yang turut diperintah oleh mereka?


Jika benar apa yang disenaraikan mereka (yang melibatkan tanggungjawab bersama itu) sebagai gagal, maka ia adalah kegagalan bersama. Mereka semacam meludah ke langit, tertimpa hidung sendiri.Kedah La

MARI BACA !!! Bukti UMNO 'Pertahan Islam'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM1TWfurhupVeKhXp6VMTJzQnVBYFbMX21jtg4ZmT76tfM17mcLuSLN6eLn0ajLAvR-uePVlRz4thS8boc-1-UpPz1U5a8JRICTxfDPXoMR-SvqXsGrg43vpoTEgkNhgbFVHorVglM2yE/s400/kartun_zunar03.jpg"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.


"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.


“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.


“Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.


“Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
KerabuBersuara

Isu pembesar suara dedah sikap hipokrit UMNO



Tindakan Umno cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.


Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.


“Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.


Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.


Fatwa larangan pembesar suara di Pulau Pinang yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kini menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk mufti Perlis, Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana ia bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur cuba dipolitikkan Umno sebagai satu keputusan negeri Pulau Pinang.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin dipetik sebagai cuba menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang atas tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tersebut dengan menyatakan “perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.”


“Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang, kata Tuan Ibrahim merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membua kajian dan keputusan yang teliti.


Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau,” bidas Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Lajnah Penerangan PAS bahagian Dakwah.


Membandingkan dengan sikap pemimpin Umno dan Perkasa yang berdiam seribu bahasa Kerajaan Negeri Melaka memanjang tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi di bulan Ramadhan, Tuan Ibrahim menyifatkan semua aksi ini adalah “gelagat pimpinan Umno Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka.”


“Sikap sedemikian mencerminkan Umno sebagai sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan Umno dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan,” tambah beliau.


Dalam isu murtad yang kini hangat diperdebatkan di media ekoran kontroversi melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Tuan Ibrahim mengecam sikap Umno yang tetiba cuba menjadi hero dalam isu ini, walhal mereka jugalah yang menyokong usul-usul pencegahan murtad umat Islam di Parlimen yang dibawa oleh para pemimpin PAS.


“Tapi kini dalam kemelut gereja-Jais, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus berriuh-rendah di media kononnya nak menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad. Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap-sepi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli Umno sendiri dan sebagainya.


Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok. Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno,” selar Tuan Ibrahim.

HOT!!! Dulu Khairy, kini Rosmah Mansor jahanamkan UMNO

Rosmah Mansor kini dilihat pemerhati dalaman Umno-APCO sebagai liabiliti buat
BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13, dan mesti disingkirkan
secepat mungkin. Muhyiddin sedang bersiap-siap untuk menjadi Perdana Menteri
di kala teori RAHMAN bukan lagi "kiblat" Umno-APCO

ENTAH mengapa, tiba-tiba sahaja akhbar ultras-Melayu seperti Utusan Malaysia membuat susulan isu berkaitan dakwaan pembe lian cincin berlian membabitkan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor .

Walaupun gimiknya seakan-akan menolak isuisu itu, namun liputan itu setidak-tidaknya akan membawa suatu signal lain kepada golongan pertengahan dalam Umno.


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali sendiri ada me nyatakan terdapat kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.


Pelbagai isu itu kini menjadi alasan untuk meletakkan Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno-BN yang dikepalai suaminya, Dato’ Seri Najib Tun Razak.


Tidak cukup dengan isu cincin berlian RM24.4 juta, Rosmah juga ada dikaitkan dengan isu pembelian beg tangan bernilai ratusan ribu ringgit; isu penginapan di sebuah hotel mewah di Dubai yang menelan RM140,000; isu bil elektrik dan bil air yang masing-masing mencecah RM140,00 dan RM30,000 sebulan di Putrajaya; isu peruntukan Permata Negara selain penganjuran beberapa persidangan yang disifatkan suatu pembaziran.


Kontroversi lain membabitkan Rosmah juga disebutkan dalam isu hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.


Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcosm isteri bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos, didakwa mempunyai kaitan dengan organisasi jenayah atau Mafia Rusia.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya pihak yang paling gembira dengan kegemparan isu terkini membabitkan isteri PM itu kerana beliau kini sedang meniti satu lagi anak tangga untuk bergelar PM.


Ia menambah rencah kepada kempen Muhyiddin yang kini cukup rapat dengan golongan pemimpin pertengahan dan berkepentingan dalam Umno mahupun Barisan Nasional (BN).


Mahu atau tidak seperti kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar bahawa Najib kini terhimpit dengan masalah yang tercipta dalam rumah tangganya sendiri.


Kedudukan Rosmah yang cukup dipandang meluat oleh rakyat kebanyakan kerana kemewahan yang melampau ditonjolkan menyempitkan ruang Najib untuk bertahan bukan sahaja menjelang pemilihan Umno, tetapi mungkin survival semasa pilihan raya umum ke-13.


Umum mengetahui, telah ada gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau.


Episod ini sedang berjalan seperti mana yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menerajui Malaysia dan Umno.


Kelebihan Tun Abdullah adalah seawal beliau menerajui negara dan Umno, nama beliau cukup harum di kala ngan rakyat dengan membawa pelbagai konsep baharu termasuk Islam Hadhari, memberi kebebasan sedikit kepada media bersuara dan membuka ruang kepada pembaikpulihan sistem kehakiman.


Itu jasa Abdullah yang sehingga kini disebut juga oleh pembangkang, walaupun akhirnya Abdullah jatuh angkara masalah menantunya, Khairy Jamaluddin.


Berbeza dengan Najib yang memang telah menjadi sebutan ramai sejak memerintah, yang mana anak bekas Perdana Menteri kedua ini tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai “baggage” peribadi yang terlalu besar.JALAN PULANG

Gambar wajah penyerang pelajar Malaysia di London


LONDON -Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.
Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.
Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.
Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.
Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.
Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.
Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube.
Donovan kini ditahan di sebuah penjara. -Agensi/Kosmo

LOMPAT TAK LEPAS!!! Zahrain Hashim membodohkan dirinya sendiri


Kalau sudah makan duit haram inilah jadinya.

Zahrain si katak lompat yang dibeli maruahnya oleh Najib nampaknya terpaksa mencari isu untuk terus "hidup dan bernyawa" macam seorang lagi yang nak "bakar" Malaysiakini, Ezam Senatak.


Ketakutan Zahrain timbul apabila Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di kediaman Duta Jerman di Malaysia.


Yang menjadi persoalannya, mengapa Hoyer berjumpa dengan Anwar dan bukan Najib atau paling koman, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay?


Mengapa Zahrain tak marahkan Hoyer, sebaliknya marahkan pula Nurul Izzah yang turut hadir dalam majlis tersebut?


Sememangnya Zahrainlah yang buta dalam politik dan istilah hubungan diplomatik.


Dengan wang RM2 dia hendak membeli sebuah kelab golf di Pulau Pinang yang melondehkan tembelang sebenarnya selama ini.


Perangai Umno-APCO memang cocok dengan ahli parlimen Bayan Baru ini.


Menipu, putar belit dan cuba memperlekehkan orang lain padahal sebenarnya membodohkan diri sendiri.


Hoyer boleh jumpa sesiapa saja yang dia mahu, Nurul Izzah boleh tulis dalam blognya bahawa pertemuan tersebut akan menjalinkan hubungan diplomatik lebih erat.


Maka apa yang dikatakan Nurul Izzah sememangnya benar.


Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer
di Kuala Lumpur
minggu lalu

Kesemua negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia adalah BERHAK untuk bertemu dengan wakil KERAjaan atau pembangkang, bagi mendengar pandangan kedua-dua pihak, untuk melihat sesuatu isu dari dua sudut pandang.

Itu baru dikatakan hubungan diplomatik.


Wakil negara asing bebas berjumpa sama ada pemimpin KERAjaan atau pembangkang, bila-bila masa saja yang dia mahu, di mana saja yang mereka mahu.


Tetapi Zahrain dengan kebodohannya terus menempelak Nurul Izzah seolah-olah Nurul Izzah tak berfikir sebelum menulis di laman blognya.


Soalannya, apakah Zahrain sudah berfikir sebelum mengeluarkan kenyataannya?


Mengapa Zahrain tak mempersoalkan kenapa Emir Qatar, Sheikh Jabar al Ahmad al Sabah menjemput Anwar ke negaranya sebagai penasihat ekonomi dan sistem kewangan Islam setiap dua bulan?



Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan (tengah)
dan Menteri Luar, Abdullah Gul pada 5 Ogos 2007. Belum jadi Perdana

Menteri pun, Turki mengiktiraf Anwar pemimpin dunia Islam, bukan Malaysia saja!


Kenapa Zahrain tak marah Nurul Izzah apabila Anwar bertemu dengan Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan di Istanbul?


Atau sememangnya dia hanya membodohkan dirinya dengan menulis satu hujah dangkal, hanya Umno-APCO sahaja yang layak berjumpa dengan wakil negara asing, yang menyerlahkan kejumudannya sendiri?


Rasanya, "pembelian" Najib Altantuya dalam banyak-banyak "katak", Zahrain lah yang paling MERUGIKAN.


Bukannya nak membantu Najib Altantuya, malah memalukannya tak pasal-pasal.


Sekali lagi, inilah bahananya makan duit haram, lebih kurang dengan si Gobalakrishnan yang terus "senyap" lepas dapat RM1.4 juta kah kah kah...


JALAN PULANG



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai hidup dalam khayalan kerana menganggap Pakatan Rakyat seperti sebuah kerajaan yang memerintah negara ini.


Ini berikutan kenyataan oleh anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahawa pertemuan Pakatan Rakyat dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan itu sememangnya amat tidak relevan memandangkan hubungan diplomatik hanya berlaku antara sebuah kerajaan dengan kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan dengan pertubuhan mahupun parti politik.


"Kenyataan Nurul Izzah itu memang tidak kena dan bagi saya ia tidak relevan.


Ini juga menunjukkan betapa Nurul Izzah belum matang lagi dalam dunia politik.


"Dia ini seperti hidup dalam khayalan semata-mata kerana anggap sokongan rakyat kepada pembangkang seperti sokongan kepada sebuah kerajaan.


Dia anggap Pakatan Rakyat macam sebuah kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Zahrain diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah mengenai pertemuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Hoyer pada Selasa lalu.


Antara yang dibincangkan dalam pertemuan yang turut disertai oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber itu adalah membabitkan perhimpunan haram yang didalangi oleh pihak pembangkang pada 9 Julai lalu.


Nurul Izzah dalam blognya, http://www.nurulizzah.com kemudian menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan Jerman.


Zahrain berkata, pembangkang seolah-olah cuba memberi gambaran kepada negara luar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak demokratik dan bahawa ramai rakyat negara ini menyokong perjuangan mereka itu.


"Itu adalah apa yang pembangkang cuba lakukan.


Ini semua penipuan mereka.


Ini semua juga bermula daripada bapa Nurul Izzah sendiri yang telah memberi gambaran buruk tentang banyak perkara mengenai Malaysia di mata luar," katanya.
JP

ALAHAI!!! Ezam Senatak nak pertahan agama, kena gempaq dah kona kot lain


Baru kena gempar sikit saja dah tukar kenyataan pulak..hahaha

Woit Mat Ezam..aku tahu mana asal usulmu..hahaha

Kata pepatah Melayu..berani buat berani tanggung, pi mana pulak hang punya keberanian..hahaha..takkanlah kena gempar dengan repot polis dah jadi kot lain pulak ..hahaha

Macam ni ke nak nak jadi hero Melayu..orang kampong kata ‘teloq naik ke dahi’ ..hahaha..konon nak bakar pejabat Malaysiakini dan Malaysian insider…awat..hang lupa bawak pemetik api ke?..hahaha

Macam ni kalu hang punya gelaran’Senator’ kira makan gaji buta laa kot..hahaha (patut laa depa panggil Senatak).PKB

Ezam: ‘saya tak maksud bakar betul ‘tapi simbolik..

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, “tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam” berhubung isu murtad.

Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk ”membakarMalaysiakini danThe Malaysian Insider kerana mereka telah “membakar” hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.

Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan “perang habis-habisan” ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai “ejen” kepada “pengkhianat Islam”.

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

“Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka — Malaysiakini, Malaysian Insider — yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

“Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda,” katanya lagi di perhimpunan itu.

mKini

Nota: jangan banyak makan telor masin waktu sahur, kot nanti kena darah tinggi pulak.

Kisah anak lelaki Taib Mahmud seorang yang KAKI !!!

Sulaiman anak bongsu kepada Menteri Besar Sarawak Taib Mahmud disifatkan sebagai kaki joli dikatakan sedang menyelam bersama anak remajanya di sebuah resort yang terletak di Sabah.

Seorang peloncong dari Sarawak mengatakan yang dia boleh mengecam anak Taib yang “manja” itu. Desas desus yang telah lama didengar sama sekali tidak benar kerana dia nampak bersemangat dan sihat.

Sudah berbulan lamanya cerita tentang Sulaiman 43 tahun telah tersebar yang beliau menghadapi AIDS dan kini berada dalam kemurangan disebabkan terlantar di katil.

Penduduk di mana Sulaiman kini seorang Ahli Parlimen Kota Semarahan tidak puas hati kerana beliau tidak pernah turun padang. Selepas memenangi kerusi itu pada tahun 2008, beliau pernah cuba menjadi Timbalan Menteri Pelancongan tetapi rakan-rakan beliau memberitahu yang beliau telah jemu dengan jawatan berkenan kerana beliau menganggap ia membosankan.

Sejak kematian ibunya, Laila Taib, yang disayangi akibat kancer paru-paru pada April 2009, beliau tidak lagi bergiat dalam arena politik.

Bapanya menerangkan bahawa anaknya masih bersedih atas kematian ibunya. Kenyataan itu membuatkan orang Sarawak tertanya mengapa seorang anak muda yang hidupnya suka bergembira masih mentangisi kematian ibunya setelah enam bulan berlalu. Beliau jugak dikatakan mempunya suka berfoya-foya dan mempunyai ramai teman wanita diseluruh pelusuk dunia.

Walaupun beliau mempunyai akal yang waras untuk meletak jawatan dalam Kabinet, kelibat beliau tidak pernah kelihatan di Semarahan. Dengan melteak jawatan di parlimen, orang-orang Sarawak kini mempersoalkan mengapa beliau masih menerima gaji seorang ahli parlimen.

Gaji itu sememangnya hanya segintil bagi Sulaiman kerana bapanya memiliki harta yang tidak mungkin akan habis. Pada realitinya ramai penduduk Samarahan hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Samarahan Diserahkan kepada Bekir

Dilahirkan dalam salah satu keluarga yang terkaya di dunia kehidupan Sulaiman menjadi impian setiap insan. Hidupnya penuh dengan kemewahan, kereta sports, arak dan perempuan.

Apa yang dia harus peduli tentang orang miskin di Samarahan, yang kebanyakan hidup dalam keadaan yang daif? Adakah dia akan melawat meraka, berjabat tangan dengan mereka dan memancing undi mereka?

Mengapa dia harus berpeluh dalam terik mentari untuk memberi ceramah dalam Bahasa Ingerris dalam khemah yang sesak lagi panas kepada penduduk kampong sedangkan dia boleh besenang lenang dengan duit yang dimiliki.

Pada 2008 Sulaiman menunjukkan belangnya apabila dalam proses berkempen sistem bunyi rosak dan acara pada hari itu tertangguh. Tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa dirinya Sulaiman hanya duduk merajuk dan bapa saudaranya Mohamad Ali Mahmud, adun untuk Muara Tuang besama ahli PBB yang lain bertegur sapa dengan penduduk tempatan.

Sulaiman jugak tidak mengambil endah untuk bertegur dengan penyokongnya di belakang khemah. Ramai yang percaya bahawa banyak wang ringgit telah “dilaburkan”, dikawasan itu yang diwarisi oleh Sulaiman dari bapanya tetapi adalah sesuatu perkara yang mustahil jika ia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Calon PBB layak juga tidak berani untuk bertanding kerana mereka tahu kawasan itu milik Taib.

Pada majlis-majlis rasmi sebelum beliau menghilangkan diri dari dunia politic, isteri beliau Anisa Hamidah Mahmud anak kepada George Chan jarang membuat penampilan dan jika ada meraka tidak akan bersama.

Anisa can berada di satu penghujung sambil melihat suaminya sibuk melayan tetamu. Mereka tidak lagi berusaha untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri.

Pertembungan Anak dan Ayah

Mengikut seorang kenalan, Sulaiman mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak selepas berdebat hebat dengan bapanya apabila ibunya sedang sakit tenat.

Taib melihat potensi Sulaiman sebagai waris kepada jawatan Ketua Menteri kerana Sulaiman yang paling bijak di antara empat orang adik beradiknya namun dia juga yang paling suka berjoli.

Sulaiman tidak pernah mengambil endah soal hidupnya. Adalah sesuatu perkara yang sedih bahawa seorang yang dianugerahkan dengan kebijaksaan merosakkan hidupnya dengan kereta mewah, arak dan perempuan.

Bapa Sulaiman yang marah kerana cadangannya di tolak anak lelakinya mengambil keputusan untuk membuang negeri darah daginya sendiri. Kerja beliau di Samarahan diserahkan kepada bapa saudaranya Ali dan seorang daripada setiausaha politiknya, Idris Buang.

Sulaiman jugak tidak hadir apabila bapanya berkahwin dengan seorang rupawan Ragad Waleed,28 pada bulan January tahun ini.

Walaupun masih muda hidup Sulaiman telah dipenuhi dengan kontroversi. Sikap panas baran beliau juga telah menyusahkan diri beliau pada tahun 2003 disebabkan beliau melepaskan geram ke atas seorang personaliti TV.

Beliau juga pernah disenaraikan sebagai Lembaga Pengarah syarikat Cahaya Mata Sarawak Bhd millik keluarganya selama tiga tahun dan beliau juga pernah menyandang jawatan Pengarah Bank RHB.

Melihat sikap Sulaiman yang endah tak endah Bank Sentarl menyuruh beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Apabila meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri, bapa beliau memberi seribu satu alasan untuk anaknya.

Seorang rakan mengatakan yang selepas Sulaiman enggan menerima sebarang pekerjaan, politik sebidang tanah yang luas 269 ekar bernilai RM 291,000 setiap ekar(satu ekar bernilai RM 1-RM 5million) nama Sulaiman tidak tercatat.

Tetapi abang beliau Mahmud Abu Bekir mendapat 52%, sementara dua kakak beliau Jamilah dan Hanifah, isteri beliau Anisa dan seorang kroni Chung mendapat 12% setiap seorang. Tanah itu dibahagi kepada mereka pada 1 per lima harga pasaran.

Hidup Seorang Kaki Joli

Anak ketiga daripada empat orang adik beradik perempuan, Anisa berkahwin dengan Sulaiman dalam tahun 90an. Hasil perkahwinan mereka dikurnaikan seorang putera dan tiga orang puteri.

Anisa dipercayai pernah dipukul suaminya jika dia bersuara tentang Sualaiman bermain kayu tiga. Pernah sekali kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang ringan tangan, dia terpaksa berlari pulang ke rumah ayahnya untuk bertenang.

Selepas Sulaiman dibuang negeri ke Kanada oleh bapanya, Anisa dinasihatkan untuk tidak meminta cerai tetapi berpindah ke Kanada. Seluruh Sarawak tahu akan cerita ini.

Persoalannya adakah air yang dicincang tidak akan putus atau Anisa bertahan semata mata kerana harta kekayaan sumainya.

Walaupun sudah sekian lama merana Anisa membawa dir bersama-sama anaknya untuk memulakan kehidupan baru di Kanada dan suaminya terus dengan cara hidupnya yang daus.

Percutian menyelam ke Sabah itu adalah perkara yang julung kali berlaku kerana Sulaiman tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebai seorang ayah kepada anak-anaknya.Addin

KASIHAN PAK RAIS!!! Ditipu hidup-hidup

rais yatim pc 020709 01
RM 50.00 itu lah upah yang diterima oleh peserta Bersih 2.0 pada 09.07.2011 yang lalu.

Banyak betul duit penganjur sebab kalau ikut pemberita yang profesional Al Jazeera lebih 100000 yang hadir.... alamak RM50.00 X 100000 = ??????? ... kira sendirilah .... tapi banyak sangat tu ... mana penganjur ni korek duit sebanyak ini.


Korek duit tak semudah korek lubang hidung.


Menurut kajian bodoh oleh kementerian yang diterajui oleh beliau (siapalah orang yang mengepalai kerja menipu menteri bakar jambatan ni) selain diberi duit, baju kuning, peserta juga dibagi makan.


Ish masa bila hangpa semua dapat makan ... yang kena tangkap masuk pulapol tu dapatlah makan sedap sikit, tapi itu bukan penganjur bagi tapi polis suka-suka nak bagi makan orang tak salah yang selepas beberapa jam dibebaskan tanpa syarat.

Kebanyakan yang pergi termasuk penulis, hampir kebuloq tak dapat makan, sebab kedai banyak tutup dan lepas keluar dari KL baru dapat makan. Habis depa nampak perserta bersih makan dilokasi mana?

Kemuncak kepada lapuran bodoh yang beliau terima ialah, beliau berkata dalam majlis berbuka puasa dibulan puasa semalam ialah "Ini jelas membuktikan 'upah politik' (menyamakan penyokong UBN dengan PR) itu berlaku" katanya pada majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh pengundi Melayu Saluran 1 diFelda Sunagi Lui Timur.

Demikianlah al kisah Rais Yatim ditipu hidup-hidup oleh pekerja dikementeriannya.Parlimen Kota Raja