Friday, August 19, 2011

GABRA!!! Najib resah menanti "Kehadiran" September

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieWrvdP9oo1YsdyZFDsI0SUVGm8ZdyLzMOnOUe5MANu9yhUVvPEYPYe989Ja2kEli9gj86C1CVrVryTTX49FR4bj27VMJ7OBrN7e0C4-uuAsbK9Rql-E3fDqK5DIvdIig_xbIpwRReT6A/s320/najib4.jpg
September 2011

Itulah bulan paling mendebarkan buat susuk tubuh manusia yang bernama Najib Abdul Razak, yang dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.


Itu juga bulan di mana peguam yang diupah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), William Bourdon akan membentangkan fakta kes skandal pembelian kapal selam jenis Scorpene oleh Perimekar Sdn Bhd, milik Razak Baginda nominee kepada isterinya sendiri, Mazlinda Makhzan, sembilan tahun lalu.

Najib semestinya resah dan gelisah kini memikirkan bagaimana agaknya jalan cerita yang akan dikemukakan oleh Bourdon dan bagaimana ia akan berakhir.

Jika mengikut keterangan fakta sebelum ini, Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam pembelian kapal selam buatan Perancis yang mendedahkan skandal komisen Euro114 juta (RM570 juta) yang akhirnya membawa kepada skandal pembunuhan model dan penterjemah sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.


Bourdon dijangka akan memanggil Najib sebagai salah seorang saksi pendakwa yang secara tidak langsung akan merungkai misteri pembunuhan kejam menggunakan bahan letupan tentera jenis C4 di Puncak Alam, dekat Kuala Selangor pada tahun yang sama.


Ternyata dengan pengusiran Bourdon dari Malaysia 22 Julai lalu akan turut "memberi nilai tambah" terhadap kes ini yang pastinya tidak akan dilepaskan Bourdon untuk mengemukakan hujah dan bukti yang lebih kukuh.


Bayangkan, semasa Boirdon ditahan di KLIA, pegawai SUARAM terpaksa menanti di kawasan restoran makanan segera Burger King sebelum Bourdon dibawa dengan kawalan pegawai imigresen seolah-olah penjenayah asing yang paling dikehendaki!


Mahkamah Awam Paris akan mula bersidang sebaik sahaja permohonan Bourdon dan pasukan pendakwaan skandal komisen yang terbesar dalam sejarah Perancis akan mula didengar beberapa minggu dari sekarang.


Menurut Pengarah SUARAM, Dr Kua Kia Soong, Najib pasti tidak akan terlepas dari diminta hadir untuk membantu mahkamah menyelesaikan kes tertunggak yang sepatutnya mula didengar pertengahan tahun lalu.


Menurut undang-undang Perancis dan Kesatuan Eropah (EU), tiada sebarang jenis kekebalan diplomatik akan diberikan kerana ia melibatkan jenayah komersial dan pertahanan, dan sudah pasti Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu Najib.


Komisen yang dibayar DCNS kepada Perimekar mesti diselesaikan segera dan Najib bolehlah cuba mencari helah dari sekarang untuk mengelak menjadi tontonan dunia tidak lama lagi.


JALAN PULANG

UMNO dah jadi Parti "Musang Berbulu Ayam"?

http://www.marhaen.info/images/juara_fitnah.jpgSejak PAS isytihar mahu ganti Umno, parti asobiyah Melayu itu tiba-tiba berubah watak menjadi lebih PAS dari PAS. Rentetan isu yang berlaku satu demi satu dalam negara menunjukkan bahawa Umno cuba menonjolkan bahawa mereka adalah parti yang betul-betul memperjuangkan Islam.

PAS mahu menggantikan UMNO sebagai tulang belakang parti kerajaan yang memerintah. Jika selama BN berkuasa UMNO menjadi sandaran serta tempat rujukan orang Melayu/Islam di negara ini maka apabila Pakatan Rakyat berkuasa nanti maka PASlah penaung umat Melayu/Islam.

PAS tidak ingin menggantikan UMNO dari aspek syaksiyyah buruk UMNO; sudah tentu bukan mengambil alih sebagai perasuah dan penyamun kekayaan negara

Umno yang panik dengan pengumuman PAS itu jadi tak keruan kerana jika rakyat meyakini bahawa PAS mampu menggantikan Umno sebagai peneraju kerajaan Pusat dan sebagai tempat mengadu nasib orang Melayu/Islam maka runtuhlah empayar kekuasaan Umno yang dibina separuh abad.

Mutakhir ini Umno sentiasa menunjukkan bahawa mereka sedia berpencak di mana saja dengan pihak yang cuba mencabar kedaulatan Melayu dan maruah Islam. Dalam isu antara Jais dan gereja baru-baru ini, Umno bangkit menjulang keris tumpulnya dengan penuh semangat kepahlawanan... tapi bukannya dihalakan kepada puak missionary Kristian, sebaliknya kepada PAS dan Melayu KeADILan kononnya gagal bertegas dengan puak gereja.

Berhari-hari mereka mengejek PAS kerana gagal mengeluarkan kenyataan paling tegas terhadap pihak gereja. PAS dituduh gagal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu JAIS-gereja.

Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk mengeluarkan kenyataan rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church

“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

"PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu.


Kenyataan tersebut cukup tegas dan jelas, namun Umno tetap kata PAS tiada pendirian. Tertutup sungguh mata hati Umno.

Di tengah-tengah serangan bertalu-talu terhadap PAS kononnya PAS gagal dalam mempertahankan aqidah Muslim hanya kerana kononnya PAS tidak keluarkan kenyataan rasmi apa-apa, ramai yang tidak sedar rupanya Umno pun sejak bermulanya isu tersebut belum mengeluarkan sepatahpun kenyataan rasmi mengenainya. Najib, Muhyiddin, tiga naib Presiden, ketua Wanita dan Pemuda; tiada seorang pun yang berani mengeluarkan kenyataan rasmi menyanggah pihak gereja. Kenyataan yang banyak dari Umno ialah menyanggah dan memperlekehkan PAS. Seolah-olah Umno terkecuali untuk berbuat sesuatu mempertahankan aqidah Islam, yang pentingnya ialah membelasah pihak lawan bagi meranapkan pengaruh politik mereka. Nawaitu Umno dalam memperjuangkan isu aqidah ini pun sudah tidak betul.

Hakikatnya isu murtad bukan boleh ditangani dengan penguatkuasaan semata-mata. Seseorang itu sudah jatuh murtad sebaik terdetik dalam hati kecil bahawa agama selain Islam adalah benar. Tak perlu masuk gereja, sambil berbaring seorang diri pun seseorang boleh murtad jika dengan redha mengengkari perintah Allah SWT dan pesan Nabi Muhammad SAW.

Maknanya pemahaman dan pemantapan aqidah perlu di peringkat paling asas. Peringkat pra sekolah. Sebab itu PAS menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negara yang mengajar mengenal Allah dan Islam sebagai asas. Tapi PASTI tak disenangi oleh Umno. Berkali-kali cuba diharamkan. Berkat solat hajat dan doa penyokong perjuangan Islam PASTI tetap bertahan. Alasan mereka untuk mengharamkan PASTI hanya berasaskan prasangka jahat Dr. Mahathir kononnya PASTI menyuruh pelajarnya memijak gambar pemimpin UMNO. Fitnah yang sungguh jahat.

UMNO tidak pernah ada pusat asuhan pra sekolah. Yang ada ialah tadika KEMAS milik kerajaan yang mengajar segalanya. Doa dan solat diajar. Menyanyi dan menari pun ada juga diajar.

Bila besar boleh jadi artis. Orang yang didedahkan dengan dunia hedonisme begini sejak kecil, lebih mudah untuk terpesong apabila dewasa. Ditambah lagi dengan hiburan tanpa batas melalui peti televisyen saban waktu, di setiap rumah.

Semua elemen yang dibenar dan digalakkan kerajaan BN ini adalah jurutarbiyah terbesar yang menyesatkan umat Islam di negara ini. Mereka yang lemah iman inilah yang mudah terjebak dengan kesesatan.

Mereka cenderung untuk murtad bukan kerana miskin harta tapi fakir iman. Siapa berperanan besar dalam meyumbang kepada keruntuhan aqidah ini? Jawabnya ialah kerajaan BN!

Sekarang satu Malaysia heboh isu murtad kerana ada orang dijinakkan dengan agama Kristian. Itu jugalah jenis murtad yang Umno cuba juarai sekarang ini.

Berpuluh tahun PAS berkonfrontasi dengan Umno berpunca dari isu batas-batas iman dan kufur. Apabila PAS mahu melaksanakan hukum hudud, Umno menyanggah dengan pelbagai penghinaan dan ejekan.

Dalam perhimpunan Umno, dalam parlimen hukum Allah itu menjadi bahan persendaan oleh Umno. Mempersenda hukum Allah jelas menjatuhkan seseorang kepada murtad.

Bukan sekali, malah berkali-kali para pemimpin Umno persendakan hudud. Cuma masa itu Perkasa dan NGO talibarut Umno belum wujud untuk menghantar mangkuk jamban ke pejabat Umno kerana telah mengajar ramai umat Islam negara ini jadi murtad.

Ini adalah jenis murtad di mana orang Islam tidak perlu masuk Kristian. Siapa pelopornya?.. BN!


Sekarang UMNO cuba muncul sebagai juara anti murtad di Selangor, juara anti judi di Pulau Pinang dan juara anti pusat hiburan di Kedah; maka ia tidak lebih dari lakonan opera wayang tongkoi.

Ia tidak 'menjadi', sebab orang kenal benar Umno berwatak musang. Jangan cuba nak memakai bulu ayam sampai menutup seluruh badan sekalipun, kerana musang tetap musang.

Oleh: Mr Zulya

Sedaka Sejahtera

" UMNO tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang"

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Lim Guan Eng berkata Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman tidak perlu menunggu sehingga tujuh hari untuk menyaman beliau, sebaliknya boleh berbuat demikian sekarang jika mahu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Zainal Abidin berbalas mesej menerusi Twitter petang ini mengenai tindakan saman berhubung kenyataan Lim, didakwa cuba mengaitkan isu perkauman ekoran insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP, Ahad lalu.



“Tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang. Kamu belit. Buktikan apa saya cakap,” kata Lim (gambar) dalam mesej diposkan sekitar 7 petang tadi.

Kira-kira dua jam sebelum itu, Zainal Abidin dalam mesej kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata: “Saya beri notis tujuh hari kepada Lim Guan Eng, beri bukti, sebelum saya bawa ke mahkamah.”


Khairy berkata beliau berharap Umno Pulau Pinang akan menyaman Lim kerana menuduh membakar ibu pejabat DAP di George Town.


Dalam pada itu, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah pula menulis, “Umno Selangor nak saman Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Umno Pulau Pinang nak saman Lim Guan Eng. Jangan tuduh kami bukan-bukan,” katanya lagi.


Umno mengadakan mesyuarat majlis tertinggi petang ini.


Mesej-mesej Twitter mengenai isu itu muncul selepas berakhir mesyuarat MT.


Semalam, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menggesa Lim menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP.


Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu telah memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.


“Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sembarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama,” katanya.


Lim sebelum ini dipetik berkata, simbahan cat di ibu pejabat DAP mungkin berkaitan dengan tindakan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh.


Ahad lepas, pejabat DAP di Jalan Talipon di George Town dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politik Lim, Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.


Awal pagi semalam sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.


Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu jelas membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin negeri yang berhemah apabila cuba mencetus isu perkauman.


“Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman,” katanya.



The Malaysian Insider

Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3



Ini adalah berita yang tidak disiarkan oleh media yang ditunggang UMNO baik Utusan, Berita Harian mahupun TV3 tapi ianya telah disiarkan di Singapura..


Britain siasat dakwaan KL bayar media gilap imej

M'sia bayar berjuta paun bagi penyiaran di BBC


KUALA LUMPUR: Penguasa media Britain, Pejabat Perhubungan (Ofcom), sedang giat menyiasat dakwaan bahawa Malaysia membayar berjuta paun kepada firma FBC Media bagi menggilap imej antarabangsanya melalui beberapa rancangan berita di stesen penyiaran British Broadcasting Corporation (BBC).


Laman berita The Malaysian Insider telah memetik akhbar harian Britain, The Independent, semalam sebagai melaporkan bahawa Ofcom akan memutuskan dalam masa terdekat ini 'sama ada akan melancarkan satu siasatan penuh ke atas kandungan yang dipersoalkan itu di bawah Kod Penyiarannya'.


Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa pihak BBC sendiri sedang menyiasat beberapa rancangan mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh FBC, sebuah firma Britain, yang disiarkannya.


Dalam kenyataannya yang dilaporkan The Independent, BBC berkata:


'FBC kini mengakui kepada BBC bahawa ia telah bekerja bagi kerajaan Malaysia.


'Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC, sedang kami percaya ia seharusnya dilakukan apabila pihak BBC memeterai kontrak rancangan itu daripada FBC.


'Memandangkan ini, pihak BBC memutuskan tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungannya dengan syarikat itu.'


Putrajaya telah menamatkan kontraknya dengan FBC selepas satu pendedahan menunjukkan bahawa para pemimpin Malaysia secara rutin muncul dalam wawancara dibayar pada rancangan-rancangan stesen berita CNBC.


The Malaysian Insider difahamkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia telah menamatkan kontrak dengan FBC minggu lalu, selang beberapa bulan selepas kontraknya dengan sebuah lagi firma, Apco Worldwide, dari Amerika Syarikat, ditamatkan berikutan dakwaan adanya hubungan firma itu dengan Israel.


BBC menggantung semua rancangan yang dihasilkan oleh FBC Media, lapor The Independent semalam.


Pembabitan FBC Media dengan kerajaan Malaysia itu terbongkar selepas bil-bil tambahan kerajaan menunjukkan bayaran besar dibuat bagi satu 'Kempen Perhubungan Strategik Global'.


Catatan rekod menunjukkan bahawa sebanyak RM57.7 juta ($23.3 juta) telah dibayar oleh PMO kepada FBC bagi kempen itu antara 2008 dengan 2009.


The Independent berkata dokumen-dokumen yang difail dengan Dewan Perwakilan Amerika pada 2008 menunjukkan bahawa FBC menghubungi syarikat pelobi Amerika, Apco Worldwide, dan membayar lebih AS$80,000 ($96,320) pada tahun itu bagi tujuan 'meningkatkan kesedaran tentang pentingnya dasar-dasar di Malaysia yang properniagaan dan propelaburan serta (menunjukkan) pentingnya usaha pembaharuan dan antipengganasan negara itu'.


BBC sedang menyiasat jika bahan-bahan FBC yang disiarkannya bercanggah dengan garis panduan kesaksamaan penyiarannya.



Cyberita Online

Sahih Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal yang buat laporan polis terhadap Azmil Mustapha ?

Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha (gambar), atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ atas beberapa dakwaan termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong.Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos.

Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan . Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut: -


- Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam

- Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran

perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.

-Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu

diagungkan hanya Tuhan sahaja.

- Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.

- Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope

Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.

· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


· Apabila ditegur oleh seorang jemaah, Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan

zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.

Sebelum ini, Azmil yang berhijrah ke Syria mendorongnya untuk kembali ke tanahair ekoran suasana negara itu yang tidak terkawal dan huru-hara. Azmil merupakan bekas pelakon popular tanahair sekitar tahun 80’an pernah membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II, Mekanik dan Suara Kekasih, berpasangan dengan pelakon wanita diva terkenal negara, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy.

Beliau kemudian bersara dari dunia hiburan tanahair dan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam. Azmil walaubagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis. Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya.Addin

Bagaimana UMNO mengeksploitasikan operasi JAIS di Gereja Methodist Damansara ?


Ada pihak yang menuduh bahawa UMNO merupakan pihak yang merancang serbuan terhadap sebuah Gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini dan PM, Datuk Seri Najib menafikannya dengan menyatakan ianya sebagai tuduhan yang tidak logik kerana JAIS bukanlah berada dibawah kuasa pemerintahan mereka. Baca penafian PM di sini.


Memang secara logiknya tak ada hubungan formal antara JAIS dengan UMNO. Hubungan yang ada adalah hubungan Exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama dengan JAIS. Itu semua orang tahu dan Exco tersebut memang terkenal dengan keperihatinannya terhadap isu-isu agama terhadap orang Melayu terutamanya muda mudi walaupun sejak dia belum aktif dalam politik pembangkang lagi.

Jadi apa yang UMNO buat hanyalah mengambil kesempatan daripada segala situasi yang ada bagi kelebihannya pihaknya untuk menyerang kerajaan negeri yang merupakan saingannya.

Adat bersaing yang bijak adalah dengan menyerang titik lemah lawan kita dan bagi ikatan Pakatan Rakyat titik kelemahan yang paling ketara adalah perkara-perkara yang menyentuh isu-isu keagamaan terutamanya antara DAP dengan PAS. Kelemahan ini merupakan ruang longgar yang boleh digunakan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Kenapa Umno begitu kehadapan dalam mengumpul segala maklumat dan bukti-bukti dalam serbuan tersebut adalah kerana hubungan para pegawai JAIS dengan mereka sudah bertapak lama berpuluh-puluh tahun dan Umno sedar sejak lama dahulu bahawa masalah orang Melayu Murtad memang benar dan wujud sudah lama sejak mereka memerintah.

Walaupun telah didedahkan berkali-kali termasuklah oleh Mufti Perak para pemimpin kita sering menafikannya bulat-bulat dengan berbagai alasan seperti tak ada buktilah, fakta andaianlah dan bermacam-macam alasan lagi. Ini tentu ada kaitan dengan takut orang marah pada UMNO jika didedahkan. Jadi untuk mengambil jalan selamat mereka lebih selesa pejam mata.

Peluang untuk meraih keuntungan tiba apabila pihak Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Selangor. Inilah masanya yang amat sesuai untuk melaksanakan tugas mereka membenteras gejala Murtad di kalangan orang Melayu dan sekali gus menyebabkan parti-parti di kalangan PR menjadi serba salah terutamanya PAS yang kalau ditelan mati emak dibuang mati ayah.

Dengan apa yang berlaku itu UMNO berjaya melaksanakan kerja mereka secara serampang dua mata iaitu menjadi pihak yang dilihat memperjuangkan Islam dalam perlembagaan negara dan sekali gus tertawa melihat pakatan rakyat kepanasan dan serba salah.

Apa yang menjadi persoalannya adalah manakah yang datang dahulu samada niat memperjuangkan Islam atau menjadikan isu Murtad sebagai senjata politik mereka meraih sokongan terhadap golongan Melayu atas pagar. Kita semua boleh menilainya sendiri.warta subhi

Kenyataan Mahathir ini buat blogger UMNO naik marah

Sentimental pulak Tun M kita punya komen hari ni ..hahaha

Barangkali kesan ‘protes Bersih’ dari anak perempuan kesayangan masih terasa agaknya..

Jika perbuatan itu nampak seperti serbuan ,,apa kita nak kata lagi..

Serbuan bermaksud suatu tindakan yang menunjukan dengan sikap kasar…Kalu nak orang cakap bukan sebuan ,sepatutnya ikut prosedur.

Undang undang Malaysia untuk semua rakyat tidak kira kaum..Jika tidak patuh kepada prosuder undang undang tak kiralah sapa pun Jais ke Mais ke itulah akibatnya…

Betul laa Jais Mais dibawah Sultan Selangor..takkanlah ‘orang’ Sultan boleh mencabar undang undang?

‘Orang’ Sultan boleh buat sesuka hati?..sepatutnya orang Sultan kena tunjukan sikap sebagai pembawa imej peribadi Sultan, mestilah orang Sultan tak suka disebut mereka itu ‘samseng’ kan.

1. Kabarnya Ketua Pengarah Jais tidak tahu menahu kes serbuan ke gereja..ini pun satu haru biru jugak.macam mana KP boleh tak ada info. Jadi atas arahan siapakah sebuan tersebut dibuat?

2.’Bahan Siasatan’ boleh terlepas keluar dari JAIS MAIS..ini dah 2 kali haru biru..hahaha..Maksudnya Blog Umno lebih HEBAT dari orang Sultan?Pena Kusisip Blog

Kena selidik rapi sebelum tindak: Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.

Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini.

“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi.

Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.

“Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.

Pemuda PAS Parit Buntar teruskan aktiviti jelajah kebajikan

PARIT BUNTAR , 17 Ogos : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar dan Unit Amal meneruskan program jelajah Kebajikan bantuan Ramadhan yang merupakan aktiviti tradisi yang dijalankan setiap kali bulan Ramadhan.

Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Muhyidin Ibrahim berkata, program kali ini digabungkan dengan aktiviti Iftar, solat tarawikh berjamaah dan Usrah.

" Program ini disertai oleh kira-kira 20 orang pemuda PAS kawasan dan Unit Amal yang dimulai dengan solat asar secara berjamaah.

" Sebanyak 10 penerima yang layak telah dipilih untuk diberikan bantuan beras dan barangan dapur" katanya

Muhyiddin berkata, program yang di jalankan ini di rancang dalam agenda pemuda mendekati masyarakat dan merasai sendiri denyut nadi kesusahan rakyat di kawasan Parit Buntar khususnya.

" Program turun padang merangkumi Pekan Titi Serong, Parit Lebai Akhir, Sungai Betul Atas, Kampung Nelayan dan Batu Lima.

" Di antara mereka merupakan pesakit angin ahmar, pesakit kanser, ibu tunggal dan fakir miskin"katanya

Tambahnya, program jelajah kebajikan ini diadakan bagi menghayati konsep Ramadhan khususnya dalam aspek kebajikan.

" Pemuda amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang susah di Parit Buntar.

" Kami cuba mendekati dan mendengar masalah mereka disamping menghulurkan bantuan" katanya










Zuraidah acah, Mahmud Adam gelabah


Zuraida sememangnya tidak takut pada ugutan dan cabaran selagi bukti sahih
dan kukuh berada dalam genggamannya. Mahmood Adam nampaknya

silap besar merendahkan kredibiliti Ketua Wanita PKR kah kah kah...

Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini menyahut cabaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Sehubungan itu, Zuraida akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam (kanan), seperti yang dilaporkan hari ini.

"Ya, kita akan membuat laporan polis.

Kita sedang mengumpul saksi dan kita mempunyai bukti yang jelas.


"Sekarang kita sedang melakukan kerja-kerja untuk memantapkan dengan (mengumpul) saksi-saksi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.


Dalam sidang media 16 Ogos lalu, Zuraida dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.



Dakwanya, pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu syarat proses pemutihan itu.

Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip bersumpah" itu antara lainnya menyebut "saya/suami/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional (BN)".


Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau membuat pendedahan tersebut bagi mendapat reaksi awal dari KDN berhubung perkara itu.


Ditanya sama ada beliau sedia untuk menampilkan saksi dan bukti yang jelas, Zuraida sekali lagi menegaskan kesediaan pihaknya untuk berbuat demikian.


Sehubungan itu, Zuraida berkata akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Ampang minggu hadapan.