Tuesday, August 23, 2011

BAGUIH PUNYA UMNO!!! Budak sekolah diupah RM10 hadiri mesyuarat Umno!

CERITA mengenai pelajar sekolah yang diupah untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat dan persidangan-persidangan Umno bukanlah satu cerita pelik. Ini cerita biasa, kerana perkara ini biasa berlaku.

ReJaM© pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pelajar-pelajar sekolah yang tak faham apa-apa pasal politik diupah dan diperalatkan untuk menyertai mesyuarat Umno.

Malangnya kalau cakap tanpa bukti, nanti korang kata ReJaM© tipu pulak. Di bawah ini disertakan contoh bagaimana pelajar sekolah menengah diperalatkan oleh pemimpin United Malays No Otak, UMNO dengan upah RM10.


Ini baru pelajar sekolah menengah, pelajar universiti lagilah banyak yang diperalatkan oleh United Malays No Otak. Apa ada pada AUKU? Ya memang benar, AUKU melarang pelajar berpolitik, itu mereka kata.

Pelajar universiti tidak boleh berpolitik kalau menyokong Pakatan Rakyat. Tapi kalau sokong Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak) tak mengapa memang digalakkan! AUKU bapak lu!

ReJaM© "Dia buat undang-undang dia nombor satu tukang langgar..."

TERKINI LIWAT 2 - Pakar terpegun ditanya kemungkinan sperma sengaja dimasukkan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8i5iwN7NU8r3xcl8eFjDecOQduR7oJTjvePsxeQ4uurkimgtqgHwmJJp3vyZrDttgbR0SHntfhXQxyk7Dl07qIULPI0SKpNH4LuSLI8hM6MqvfxwzJCOhYgfiL846YjRK62Z1pdf0nUfr/s1600/saiful.jpgPendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan Kemungkinan sperma sengaja dimasukkan ke dalam dubur pengadu, dan oleh itu berkemungkinan ada orang ketiga yang mempunyai akses kepada sperma tertuduh.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan bertanyakan soalan tersebut kepada saksi ketiga pihak pembela, Dr David Wells - pakar patologi forensik Australia - mengenai kemungkinan tersebut.


Kemungkinan itu ditimbulkan oleh Yusof ekoran dakwaan pihak peguambela Datuk Seri Anwar bahawa berlaku pencemaran dan gangguan keterangan mengenai bagaimana sperma itu boleh masuk ke dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Yusof: Jika seseorang memasukkan sperma itu, dia mesti ada sperma orang berkenaan?

Wells: (berfikir seketika) Perkara ini saya serahkan kepada pakar DNA.

Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya sebelum ini berkata, beliau menemui sperma dari sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful.

Seorang lagi ahli kimia, Dr Nor Aidora kemudiannya mendakwa beliau membandingkan DNA tersebut dan mendapati ia milik Anwar.

Wells juga ditanya mengenai jangka hayat sperma, dan menurutnya ia boleh bertahan antara 36 dan 48 jam.

"Saya tidak selesa jika mengambil sampel selepas 36 jam," katanya.

Dalam kes Saiful, sampel tersebut diambil dalam sampel dalam 56 jam - iaitu dua hari - selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku apabila dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur.

Peliknya sistem pilihanraya di Malaysia

ULASAN Terdapat banyak perbincangan di Malaysia sejak dua bulan lalu mengenai reformasi pilihan raya, dengan cadangan yang bernas daripada pelbagai pihak dan juga kenyataan balas oleh kerajaan.

Dalam artikel ini, yang pertama daripada dua, saya melihat beberapa cadangan yang dikemukakan dan membandingkan situasi Malaysia dengan negara-negara lain.


Mengurangkan had umur mengundi


Dari perspektif antarabangsa, had umur 21 tahun di Malaysia jauh ketinggalan.


Wikipedia menyenaraikan umur mengundi di hampir 240 negara di seluruh dunia, dan kebanyakan negara purata umur mengundi adalah 18 tahun. Malaysia adalah antara 12 negara di mana seorang pengundi mesti berusia 21 tahun.



Mari kita lihat di negara jiran Malaysia di Asia. Anda perlu hanya berusia 18 untuk mengundi di Australia, Bangladesh, Brunei, Burma, Kemboja, China, Hong Kong, India, Laos, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam .

Di Indonesia dan Timor Timur, 17; di Korea Selatan, 19; dan di Jepun dan Taiwan, 20. Bersama-sama dengan Singapura, Malaysia adalah antara satu-satu negara di Asia yang menetapkan had umur mengundi pada 21 tahun.

Kita lihat juga di negara-negara lain dalam Komanwel, di mana struktur dan perlembagaan negara ini digubal serta dipengaruhi luas oleh oleh British.

Had umur mengundi adalah 18 tahun di Australia, Bahamas, Bangladesh, Bermuda, Kanada, Ghana, India, Jamaica, New Zealand, Pakistan, Sri Lanka, Tanzania, Uganda, United Kingdom dan Zimbabwe. Sekali lagi, Malaysia tidak berada dalam senarai itu.

Melanjutkan tempoh berkempen

BERSIH 2.0 mencadangkan tempoh kempen dilanjutkan kepada 21 hari, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentangnya.

Menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, masa yang lebih singkat adalah memadai bagi sebuah negara yang saiz seperti Malaysia dan memiliki kecanggihan teknologi.

Walau bagaimanapun, beberapa penyokong reformasi pilihan raya Malaysia berkata pada masa lalu tahun, kempen pilihan raya di Malaysia pernah dilanjutkan menjangkaui 21 hari.

Mari kita lihat pada justifikasi Wan Ahmad untuk kempen yang singkat dan membangingkannya dengan tempoh kempen di negara-negara Komanwel yang berkongsi warisan politik dengan Malaysia.

Pilihan raya 2010 Australia telah diumumkan pada 17 Julai, dan pengundian dijalankan lima minggu kemudian, iaitu pada 21 Ogos.

Menggunakan logik Wan Ahmad, Australia memerlukan tempoh kempen yang lebih panjang kerana ia adalah sebuah negara yang besar. Oleh itu, mari kita lbandingkan pula di beberapa negara yang bersaiz kecil dan juga mempunyai teknologi canggih.

Pilihan raya 2010 di United Kingdom telah diumumkan pada 12 April dan diadakan pada 6 Mei. Ini adalah tempoh berkempen selama 24 hari.

Pilihan raya di New Zealand tahun ini telah diumumkan pada 2 Feb, tetapi pengundian tidak dijalankan sehingga 26 Nov, iaitu hampir 10 bulan kemudian!

Bagaimana pula dengan Singapura, sebuah negara yang mempunyai keluasan hanya 582 km persegi atau hanya 0.2 peratus daripada saiz Malaysia? Parlimennya telah dibubarkan pada 19 April tahun ini, dan pilihan raya diadakan pada 7 Mei, iaitu 20 hari kemudian.

Hujah Wan Ahmad bahawa tempoh kempen bergantung kepada saiz dan kecanggihan sesebuah negara, tetapi sebagai bukti di UK, New Zealand, dan Singapura, menunjukkan sebaliknya.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.

Siapa Editor Kanan TV3 yang buat gangguan seksual terhadap wartawan dan pembaca berita?



DAMANSARA 24 OGOS : Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang “mangsa”nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber berkenaan.

"Suruh blogger UMNO minta maaf dahulu"



SHAH ALAM 24 OGOS : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengarahkan blogger pro-Umno untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum menggesa blogger lain untuk berbuat demikian, ekoran merekalah selama ini yang sering menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang.

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.
Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.
Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan. Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.
"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang. Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Rais semalam yang mahukan semua blogger di Malaysia mencontohi tindakan editorial akhbar Indonesia, Kompas kononnya memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.
Laporan berita Kompas yang disiarkan 4 Ogos lalu turut menyentuh isu pembelian cincin AS$24 juta yang didakwa dibeli Rosmah.

“Kalau kita lihat pada blogger- blogger lain kita menyiarkan perkara- perkara yang benar. Kebanyakan blogger- blogger lain membuat persoalan-persoalan benarkah perkara ini berlaku.
"Padahal soal cincin kalau kita tengok kepada blog itu, sebenarnya blogger itu hanya bertanya benarkah Rosmah membeli cincin AS$24 juta. Adakah betul ? Jadi masalahnya dengan blogger Umno mereka menulis tanpa fakta. Membuat tohmahan- tohmahan yang teruk, fitnah- fitnah yang tiada asas langsung,“ tegasnya.

Justeru Hatta menegaskan Dr Rais perlu berhati- hati dengan gesaannya mahukan blogger pro- Pakatan Rakyat membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno tetapi menutup mata kepada keterlanjuran blogger pro-Umno melempar tuduhan demi tuduhan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.
“Blogger-blogger Umno ini 24 jam sentiasa melemparkan fitnah sebab memang mereka dibayar untuk melemparkan fitnah. Ini masalahnya dan fitnah- fitnah ini diasah oleh JASA sendiri, jabatan khas di bawah Kementerian Penerangan di bawah kementerian beliau.
"Jadi kalau Datuk Rais Yatim kata nak minta blogger mohon maaf, suruhlah blogger- blogger Umno ini mohon maaf dulu, sebab mereka inilah syaitan yang sepatutnya,” tegasnya.

Kes Fitnah Liwat II : Pendakwaraya tekan Pakar Australia


KUALA LUMPUR 24 OGOS : Hari ketiga sesi membela diri kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Yusof Zainal Abiden menyoalbalas pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells.

Yusof sejak dari awal konsisten cuba mendapatkan persetujuan daripada David untuk mengukuhkan dakwaan bahawa laporan perubatan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menimbulkan sebarang keraguan.

Laporan itu merujuk kepada perkataan "konklusif" yang dianggap kurang jelas dan bukan amalan biasa bagi seorang pengamal perubatan untuk membuat catitan sedemikian.

Malah ketika soaljawab oleh peguambela Sankara Nair semalam, David turut mendakwa berdasarkan salinan laporan tersebut, beliau menyifatkan ianya bukan ditulis oleh seorang doktor berpengalaman.

Pengadu Saiful Bukhari Azlan hadir ke HKL pada 28 Jun 2008 dan memberitahu tiga doktor pakar yang memeriksanya bahawa beliau diliwat oleh seorang VIP dua hari sebelum itu.

Beliau sebelum itu ke Hospital Pusrawi, di mana beliau telah diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang kemudiannya mencadangkan kepada Saiful untuk ke HKL.

Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan, tiada sebarang kecederaan dikesan pada dubur Saiful namun beliau mendakwa berlaku kejadian liwat.

David kemudian bersetuju dengan Yusof bahawa kebanyakkan kes rogol tidak semestinya mendatangkan kecederaan pada alat sulit mangsa.

Yusof seterusnya memberitahu mahkamah terdapat satu kes sekitar tahun 80-an di mana sperma berjaya ditemui pada dubur mangsa rogol walaupun telah dicuci dan melebihi 30 jam.

Namun David bertegas ianya merupakan kes yang amat jarang berlaku.

"Masih tidak tepat dan ianya masih kes tunggal. Saya gembira jika saya boleh menemui perkara yang sama," ujar beliau.

Mahkamah kini berehat sebentar selepas pendakwaraya memohon untuk menyemak kertas soalbalas.

Jika BN tak salah guna demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah


KUALA LUMPUR, 22 OGOS – Kenyataan Datuk Seri Najib Razak kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak kebal hanyalah helah politik untuk menyembunyikan kezaliman pemerintah kepada dunia luar.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa sistem demokrasi di Malaysia tidak beri kekebalan kepada pemerintah, maka Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah Malaysia sejak 2008, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.


Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi respon kepada kenyataan Najib dalam wawacara bersama akhbar Kompas dari Indonesia yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini.


Dalam laporan itui, Najib dipetik sebagai berkata, “Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan perolehan suara. Undi di tangan rakyat.”


Menurut Kok, jentera-jentera kerajaan serta media massa yang digunakan BN untuk meujui pemerintah dan menyerang pembangkang ketika pilihan raya adalah bukti kekebalan pemerintah.


Beliau turut memberi contoh empat pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mengaku dipaksa memangkah undi untuk calon BN ketika pilihan raya lalu walau pun mereka dikatakan berhasrat untuk memilih calon lain.


“BN menggunakan jentera seperti polis, tentera dan SPR untuk memastikan kuasa mereka terus kekal. Ini bukti kerajaan BN kebal dengan penyalahgunaan kuasa,” katanya.


Kok membidas kenyataan Najib dengan berkata, Perdana Menteri masih terus bermain wayang politik ketika rakyat bengang dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC), kononnya untuk reformasi pilihan raya, yang tidak telus dan penuh dengan tipu helah politik.


“Najib tipu. PSC yang dianjurkan beliau itu tidak ikhlas bila tiba-tiba beliau mengumumkan yang PSC tidak bersangkut paut pula dengan pilihan raya umum ke-13 nanti.


“Ini sama macam dia tipu Bersih 2.0 dahulu; sekejap tak boleh, sekejap boleh, kemudian nak bagi stadium, kemudian kata tak boleh. Ini juga kebal salah guna kuasa BN,” katanya.


Jelasnya, PSC memerlukan masa untuk dilaksanakan dengan mengumpul pandangan awam dan dibentangkan pada sidang Parlimen untuk dibincang bersama.


“Sebaliknya, beliau menidakkan PSC dengan menyatakan bahawa PRU boleh diadakan bila-bila masa.


“Inilah demokrasi BN yang kebal. Jika tidak kebal dan tidak disalah guna kuasa dan demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah,” katanya. – Roketkini.com

Liwat Fasa 2: Terperangkap dengan bukti rekaan sendiri

Pada hari kedua perbicaraan berprofil tinggi kes liwat yang ditekan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim oleh musuh ketatnya, Perdana Menteri Najib Razak, doktor menguasai pendirian, termasuk pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald dari Australia.

Kedua-dua pakar ini adalah saksi-saksi untuk pihak pembelaan dan mereka telah mengikuti kesaksian yang diberikan oleh pentadbiran Najib, termasuk dari Jabatan Kimia dan Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa bulan yang lalu.


Dubur yang sihat


Saksi pertahanan kedua ialah Dr Mohammad Osman Abdul Hamid, yang telah menjadi pegawai perubatan di Pusat Rawatan Islam atau Pusrawi pada 28 Jun, 2008, apabila pengadu Saiful Bukhari Azlan datang untuk mendapatkan pemeriksaan.




Saksi pertama ialah Anwar, yang sehari ago membaca kenyataan yang sukar dilupakan dari kandang tertuduh, yang menuduh Najib, isteri Rosmah Mansor dan bekas polis Musa Hassan dan Mohd Rodhwan Yusof sebagai orang-orang yang berpakat dengan Saiful untuk menjejaskan kerjaya politik beliau.

Pada hari Selasa, Osman memberitahu mahkamah bahawa dia telah memeriksa pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendapati dubur beliau sihat walaupun Saiful berkata dia berasa sakit apabila membuang air besar.

Osman berkata beliau telah menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful menggunakan protoskop dan mendapati duburnya sihat. Ia adalah selepas pemeriksaan bahawa Saiful memberitahu dia telah diliwat oleh seorang VIP dan plastik telah dimasukkan ke dalam dubur beliau, katanya.

Pendakwaan mahu tahu tentang ‘ plastik’


Osman tidak bersetuju dengan Peguam Negara II Mohd Yusof Zainal Abiden, yang cepat untuk mencadangkan bahawa maklumat mengenai plastik ditambah kemudian pada laporan perubatan.

"Saya telah merekodkan ini selepas Saiful memberitahu saya selepas memeriksanya," kata Osman. "Saya memeriksa dengan protoskop (kanan)."

Pada satu ketika, Yusof dengan peliknya bertanya, "Adakah (kemasukan) plastik (objek) liwat?"

Untuk itu, Osman mengulangi bahawa Saiful "memberitahu saya selepas pemeriksaan bahawa dia diliwat dan plastik dimasukkan."

Pendakwaan tidak berminat dengan maklumat mengenai plastik itu kerana ia menyimpulkan yang Saiful mungkin telah meliwat dirinya sendiri dengan memasukkan plastik atau mendapatkan seseorang untuk memasukkan plastik ke dalam dubur beliau.


Laporan HKL tidak tepat


Saksi pembelaan ketiga, Dr David Wells (dalam kereta, kanan sekali), yang juga seorang profesor madya di Universiti Monash, kemudian mengambil pendirian.

Apabila ditanya oleh peguam Sankara Nair mengenai laporan kontroversi Hospital Kuala Lumpur, Wells berkata ia tidak mengandungi penemuan muktamad menandakan penembusan dubur atau rektum dan tidak terdapat apa apa luka yang ketara di atas badan pesakit.

Beliau berkata beliau mendapati laporan itu ada "kekurangan" dan "tidak tepat".

Wells juga berkata bahawa ia bukan prosedur yang betul untuk menyatakan penemuan objektif atau anggapan dalam laporan perubatan.


Beliau telah ditanya oleh Sankara jika doktor HKL telah melakukan proses yang sewajarnya dan mengisi borang menyatakan penemuan mereka dalam cara yang sesuai.


"Perkataan 'muktamad' mengelirukan dan samar-samar pada tahap terbaik. Ia bukan sebenarnya rekod. Ia adalah tidak tepat, ya," kata Wells.


"Saya juga tidak akan menulis laporan dengan kehadiran DNA lelaki jenis B5, B7, B8 dan B9. Saya tidak mahu rekod jika anda ingin mentafsir. Saya sedikit kecewa pada catatan ini. Beberapa bahagian-bahagian proforma hanya separuh siap. Soalan yang perlu ditanya adalah sama ada terdapat apa-apa rintangan (tetapi tidak ditanya). "


Bukti DNA tercemar dan tidak boleh digunakan


Wells juga ditanya mengenai kualiti bukti DNA yang diberikan melihatkan bahawa pegawai penyiasat, Jude Blacious, telah mengaku menyimpan beberapa swab kapas dalam sebuah kabinet pejabat kira-kira 43 jam sebelum memberikan bukti itu kepada Jabatan Kimia untuk ujian dan analisis.

Wells juga berkata dia tidak pernah berjumpa kes air mani yang diekstrak dari tubuh mangsa 56 jam selepas serangan yang didakwa, tetapi itulah yang telah berlaku. Saiful hanya melaporkan kepada pihak polis mengenai kes liwat yang dikatakan dua hari kemudian dan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Rosmah isterinya.

"Jika spesimen itu adalah lebih daripada 24 hingga 36 jam sebelum ia diekstrak, ia akan sukar untuk mendapatkan apa-apa keputusan.


Saya akan sangat terkejut.


Saya tidak pernah melihat kes di mana DNA yang diambil dari dubur atau rektum yang lebih daripada 24 hingga 36 jam selepas didepositkan.


Jika anda menambah kepada satu lagi tempoh yang panjang tanpa pengeringan udara sampel, saya akan ragu-ragu untuk mendapatkan apa-apa hasil yang bermakna, "kata Wells, menuang syak bahawa bukti DNA itu boleh digunakan terhadap Anwar.


Pakar Monash berkata beliau selesa dengan prosedur yang dijalankan oleh doktor HKL apabila mengambil swab berkenaan tetapi cara swab itu distor (disimpan) boleh dipersoalkan.


"Ia adalah penting untuk memerhatikan jika spesimen itu adalah diudara-keringkan, dibeku serta-merta atau diambil untuk diuji serta-merta," kata Wells.

Beliau menambah bahawa selepas 43 jam, swab (calitan putik kapas) yang dihantar untuk menguji "tentunya tidak akan cukup", dan terus bersetuju bahawa ia tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA.

"Ya, ujian lain boleh dilakukan untuk menyokong teori tersebut."


Perbicaraan telah ditangguhkan pada 9 pagi hari Rabu.


Rakan senegaranya, Dr Brain McDonald (kiri sekali) akan memberi keterangan pada hari Rabu.JP

BEZA KERAJAAN PAS & UMNO !!! Laluan bertingkat Kerajaan Negeri, siap, Kerajaan Pusat tak siap.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/231131_153721841359934_113825452016240_307686_6157244_n.jpg

PASIR MAS, 23 Ogos
: Laluan bertingkat melintas landasan kereta api di sini kini siap sepenuhnya, sedangkan jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan jambatan Sultan Yahya Petra kedua bernilai RM150 juta belum pun mencapai 50 peratus dibina.

Laluan bertingkat itu dibina kerajaan negeri membabitkan kos RM15.5 juta, bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Pasir Mas. Sebaliknya jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan projek perlebaran Jambatan Sultan Yahya Petra kedua hanya kelihatan tiang dibina kerajaan pusat. Perletakan batu asas dibuat Perdana Menteri pada Ogos 2007.

Rakyat boleh menilai sendiri sebuah kerajaan negeri yang berpendapatan tidak seberapa dapat menyiapkan projek laluan bertingkat mengikut perancangan awal. Projek laluan bertingkat sepanjang 750 meter itu menghubungkan Kampung Lemal dan Kubang Panjang dianggap projek terbesar pernah dilaksanakan kerajaan negeri.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, fasa kedua projek membina jalan susur daripada laluan bertingkat ke Jalan Meranti sedang dijalankan.

“Jalan sepanjang 1.5 km itu sedang dilaksanakan kerja-kerja menambun dan dijangka siap akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui semasa meninjau projek jalan tersebut hari ini.

Menurutnya jalan bertingkat itu dijangka dapat digunakan orang ramai sehari dua lagi memandangkan kerja-kerja mengetar masih dijalankan.

“InsyaAllah anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya ini akan melihat sendiri projek dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah trafik di Pasir Mas,” ujarnya. (IH)

PANAS!!! Mahathir dan Najib dari spesis yang sama

Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya - Anwar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzeEeNWdozweZhgR3hs0hwq-MYogU13OIm-ompIzMjGCM9guXVf8uqzs_V6TesBzxSai9VtSbu5iFYy4N6bDBTD0b-nWd4ynErLHTDr2eTt9m9AsfBuwQ4SdT_swIwItpouRQoijP4yB0/s1600/Mahathir+dan+Najib.pngKUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.


“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.


"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.


Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.


Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.


“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.


"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.


"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.


Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.


Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.


“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.


"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.


Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.


“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.


Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.


“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.


"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.


Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.


Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.


Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.


Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.


"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.



Harakahdaily

Kes Liwat : Kaedah, Sampel bukti disimpan 56 jam dipertikai pakar

KUALA LUMPUR: Pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells hari ini mempertikaikan cara sampel bukti disediakan dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada cara calitan putik kapas diambil dan disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur dan juga cara ia dikendalikan oleh pegawai penyiasat polis.


Menurutnya, beliau belum pernah mendengar sampel air mani diambil daripada tubuh mana-mana mangsa 56 jam selepas kejadian didakwa berlaku.



“Integriti spesimen yang digunakan adalah amat penting (dalam mana-mana kes),” kata Dr Wells.

Menurutnya lagi, cara pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira yang membuka semula sampel dari Hospital Kuala Lumpur kononnya untuk membuat tanda baru sebelum diserahkan ke Jabatan Kimia Malaysia membuktikan ia tidak kalis daripada diubahsuai.


“Jika anda tanya saya samada ia (sampel) ia kalis ubahsuai, tidak,” kata Dr Wells.


Menurutnya, cara yang biasa dilakukan dalam pengambilan sampel dari tubuh mana-mana mangsa serangan seksual adalah dengan meletakkannya dalam botol plastik yang bernombor siri pada botol dan juga pada penutupnya.


Dengan cara itu katanya, apabila sampel itu dibuka dari sebelum diserahkan ke makmal untuk diujikaji, ia akan menyebabkan sampel itu tercemar.


Sewaktu ditanya Sankara Nair, beliau bersetuju bahawa dengan keadaan cuaca di Malaysia, sampel yang diambil daripada tubuh Saiful dan terdedah kepada udara itu mengalami risiko cepat rosak.


“Pada suhu bilik, kualiti sampel boleh mula merosot dengan agak cepat,” kata Dr Wells.


Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu di luar mahkamah menyifatkan hujah-hujah Dr Wells yang membuktikan integriti sampel dari HKL boleh tercemar atau pun diubahsuai sebagai perkara yang memang berlaku.


“Pakar dari Australia telah menyatakan IO memotong eksibit kononnya untuk buat tanda baru.


Ia memberi peluang untuk calitan kapas DNA tercemar atau diubahsuai.


Perkara ini memang berlaku dan pakar sendiri kata prosedur ini tidak betul,” kata Sankara.


Beliau juga menyifatkan keterangan Dr Wells yang menyokong hujah peguam bela sebagai satu kejayaan kepada mereka.


“Ini satu kejayaan untuk peguam bela” kata Sankara.

Kes Liwat : Laporan HKL tidak lengkap dan tepat- pakar Australia

KUALA LUMPUR: Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells dalam keterangannya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia memperincikan apa yang terjadi dan akan diteliti oleh ramai orang.

“Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit,” katanya.


Ketika ditanya peguam, Sankara Nair apakah menjadi kebiasaan untuk mencatatkan tabiat mangsa seksual, beliau berkata ‘ia penting untuk direkodkan’.

“Saya sedikit kecewa dengan sejarah yang direkodkan,” katanya sambil menambah beliau tidak menemui sebarang penemuan klinikal yang direkodkan pada laporan perubatan HKL.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut ‘tiada penemuan konklusif’ sedangkan berdasarkan pengalaman beliau, ia sepatutnya ditulis ‘tiada sebarang penemuan”.

Katanya perkataan “konklusif” bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Beliau berkata ketika borang proforma Saiful menunjukkan ada pendarahan, laporan perubatan pula menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, borang berkenaan sepatutnya diisi dengan betul. “Ia mesti diisi untuk menunjukkan kesemua pemeriksaan dibuat sewajarnya. Saya keliru oleh bahagian-bahagian penting yang hilang,” kata beliau.

Menurut Wells lagi, pencemaran bahan DNA juga adalah isu penting dan mengakui ia tidak boleh dihentikan dan bukti itu perlu disokong oleh ujian klinikal lain.

Beliau juga mengakui kemungkinan berlaku kesilapan manusia.

Sebelum itu, Dr Wells menerangkan tentang kelayakan beliau, yang merupakan ketua pasukan forensik di Victoria Institute Of Medicine dan profesor di Monash Universiti, Australia. Well menyatakan beliau mempunyai kepakaran mengenai keganasan seksual dan menulis beberapa buku dan artikel mengenai keganasan seksual.

Beliau juga pernah menjadi saksi di Australia dan United Kingdom. Wells berkata beliau juga melatih pegawai polis, jururawat dan doktor yang melakukan perubatan forensik. Beliau juga pernah mengadkaan kursus di Malaysia dan membantu melatih doktor di sini.

Wells menyatakan beliau menjadi saksi di pelbagai mahkamah, dari majistret hingga Mahkamah Tinggi dan percaya testimoni beliau diterima oleh mahkamah.

Beliau juga memberitahu mahkamah beliau telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun dan bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.



http://www.keadilandaily.com/?p=19354

TERBONGKAR!!! Khir Toyo dedah konspirasi tiga menteri

SEJAK dari awal lagi rakyat Selangor sudah mengetahui bahawa tindakan menghukum Khir Toyo atas tuduhan rasuah hanyalah sandiwara pihak tertentu untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional.

Kes rasuah melibatkan Khir Toyo sudah bergema sejak lama dahulu, namun baru kini dibicarakan. Terlalu jelas menunjukkan bahawa Khir Toyo dibicarakan kerana beliau sudah tidak ada guna lagi di dalam Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak). Khir Toyo mahu dibuang dari Umno kerana sudah tiada guna.

Namun penyokong dan pemimpin United Malays No Otak menafikan dakwaan itu. Kononnya mereka difitnah oleh pembangkang. Macam-macam alasan diberikan bila ditanya kenapa baru hari ini Khir Toyo baru nak dibicarakan?

Akhirnya penipuan United Malays No Otak terjawab. Dibongkarkan sendiri oleh Khir Toyol. Ibarat penyamun jual perompak, begitulah keadaannya. Khir Toyol mendedahkan bahawa ada 3 menteri yang mahu dirinya dimasukkan ke penjara untuk Umno menawan kembali Selangor [Khir Toyol].


Jelas terbukti bahawa selama ini badan perundangan tidak pernah bebas di bawah pemerintahan United Malays No Otak. Siapa nak naik siapa nak turun ditentukan oleh orang atasan tertentu di dalam Umno. Kalau Selangor tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat jangan harap Khir Toyo akan didakwa!


ReJaM© "Nak tengok lebih ramai menteri masuk penjara, jom tumbangkan BN!"


MARI BACA !!!Kisah disebalik permohonan maaf Kompas

Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.



Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".


Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.


Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.


Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.


Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.


Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.


Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.


Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.


Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.


Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".


Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.


Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk
'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."


Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik
artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.



Malaysiakini

Pilihanraya: Mengapa Najib mengalah pada Muhyiddin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBYnw_-LAMe-RGCMxq6praRerSeVGVmur9z_ONuQCRCQf5E2OLa1sow7NXFuWkmz2M7rZNvEUoshvwZ8P2HE0Pplpq6Ea6KnUzr92JXXKQwwOHggTblL0JC_ysYdP2KYrZgXmyzKmpcy4/s400/najib-muhyidin_440x.jpg%22PETALING JAYA, 23 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setiap pelajar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Parlimen adalah tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, wujud sedikit harapan bahawa PM akan akhirnya menunjukkan kepimpinannya dan menjadikan Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebagai warisannya kepada demokrasi Malaysia tetapi nampaknya harapan tersebut berkecai lagi.

“Beza Pakatan dan BN ialah jelas, Pakatan cakap serupa bikin dan BN pula cakap tak serupa bikin,” ujarnya.

Pada 15 Ogos, katanya PM menegaskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu dibuat bagi memastikan pilihan raya akan datang akan dijalankan secara bersih dan adil tanpa boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Beliau berkata, ini nampaknya ekoran nasihat penasihat-penasihat dan konsultan-konsultan mewah yang dilantik BN yang melihat kesan negatif cara PM menguruskan Bersih 2.0.

Tambahnya, tetapi penyakit ‘flip-flop’ terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas itu apabila Najib tunduk kepada Muhyiddin.

Melayu sertai DAP, Umno susah main isu perkauman

PETALING JAYA, 23 Ogos: Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan Umno lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, Umno cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan, lapor Roketkini.

Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti.

Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.

“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.

Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek.

“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin Umno buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.

Hubungan erat yang terjalin antara Mohamad dan Guan Eng bermula apabila kedua-duanya ditahan oleh kerajaan BN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987.

Menurut Mohamad, hubungan akrab mereka begitu kukuh sehingga beliau dan Guan Eng membahasakan diri sebagai abang dan adik.

Bagaimana pun, jelas beliau, bukanlah bermakna beliau mengagungkan DAP atau merendahkan PAS, seperti mana yang dimainkan media milik Umno serta blogger upahan mereka.

“Saya hanya katakan yang benar. Dalam DAP dan PAS, ada orang baik, ada orang kurang baik. Ramai yang baik dari yang kurang baik.

“Dalam PAS, kita ada pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mementingkan rakyat, membina masyarakat, bukan mengaut kekayaan peribadi.

“Kita mahu suatu hari nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Nik Aziz dan Guan Eng,” katanya.

PAS Parit Buntar rai 150 guru al-Quran

PARIT BUNTAR , 23 Ogos : PAS Parit Buntar menyanjungi jasa dan pengorbanan guru-guru al-Quran di Parit Buntar yang tidak mengharapkan apa-apa ganjaran terhadap bakti yang diberikan.

Menyedari jasa dan keringat yang dicurahkan, PAS Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar menghulurkan sumbangan kepada mereka sempena hari raya yang bakal menjelang nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa berkata, guru al-Quran sangat berperanan dalam pembentukan masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam hingga ke hari ini.

"Guru-guru al-Quran berperanan mengenalkan ayat-ayat Allah kepada anak-anak kita, mereka meletakkan asas pembacaan al-Quran kepada anak-anak kita.

"Segala kerja buat mereka adalah secara sukarela dan tidak mengharapkan apa-apa bayaran, jasa dan pengorbanan mereka amat bermakna dan cukup besar ertinya kepada kita.”katanya

Bahrain berkata , seramai 150 guru al-Quran itu menerima sumbangan dan diraikan dalam dua majlis berasingan dalam DUN Titi Serong dan Kuala Kurau.

"Apa yang kita sumbangkan ini tidak setimpal dengan peranan mereka, tetapi hanya sebagai tanda ingatan ikhlas dan penghargaan daripada PAS Parit Buntar dan Ahli Parlimen Parit Buntar terhadap jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan kepada masyarakat selama ini," katanya semasa ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Guru Al-Quran di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong

Turut hadir Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama isteri, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan pimpinan PAS Parit Buntar.





Ahli Parlimen Parit Buntar sedang menyampaikan sumbangan kepada guru al-Quran







Ustazah Zuraida Husin isteri Ahli Parlimen Parit Buntar sedang menyampaikan sumbangan kepada guru al-Quran