Tuesday, September 13, 2011

AKHIRNYA!!!Demi Kuasa.. UMNO Penang melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon?

Demi kuasa, UMNO Pulau Pinang dilaporkan telah menjilat kembali ludah mereka, mereka mengenepikan sikap perkauman mereka, mereka membakul sampahkan Ketuanan Melayu mereka..

Demi Kuasa.. UMNO Pulau Pinang dilaporkan melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon dan Gerakan..

Terjemahan dari Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.

Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas sebelum ini dapat dijalin semula.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi.

Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Demikianlah laporan Kwong Wah Yit Poh yang disiarkan pada 11 September 2011, memetik daripada sumbernya.

Menurut laporan, kebangkitan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008 telah menyedarkan UMNO Pulau Pinang, bahawa mereka tidak boleh menang hanya dengan undi Melayu.

Kesedaran UMNO Pulau Pinang tentang "kepentingan undi Cina" telah membuka ruang untuk UMNO berbaik semula dengan Gerakan.

Perselisihan berlaku antara UMNO dengan Gerakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya Pemuda UMNO mengambil kesempatan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap Koh (yang pada ketika itu masih Ketua Menteri), dalam satu acara yang turut dihadiri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ketika itu) pada tahun 2006.

Pada September 2008, seorang penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail mengoyakkan gambar Koh di khalayak ramai, sehingga Koh dipersendakan musuh politiknya. Rata-rata masyarakat Cina menganggap Koh Tsu Koon terlalu "lembik", sehingga mudah "dibuli" pemimpin UMNO.

Koh ugut keluar dari BN?

Seorang pemimpin Gerakan yang memihak kepada Koh, memberitahu Kwong Wah Yit Poh bahawa Koh Tsu Koon amat tegas dalam isu Ahmad Ismail, malah mengugut untuk memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) Gerakan agar keluar dari Barisan Nasional, seandainya pimpinan tertinggi UMNO tidak membekukan keahlian Ahmad Ismail.

Menurut laporan, ada usaha sebelum ini untuk menobatkan semula Ahmad Ismail (gambar kanan) sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selepas tamat tempoh pembekuan keahlian beliau, namun usaha ini dihalang kerana tekanan daripada Koh.

Menurut laporan, Presiden UMNO Najib Razak dikatakan memberi jaminan bahawa Ahmad Ismail tidak akan kembali menjadi Ketua Bahagian selagi Najib kekal pada jawatan Presiden UMNO.

Melihat kepada nasib Ahmad Ismail, ditambah pula senario politik yang menyaksikan pemecahan undi Melayu kepada UMNO, PKR dan PAS, maka pemimpin UMNO Pulau Pinang telah menyedari kepentingan undi Cina, lantas berbaik-baik semula dengan Gerakan dalam mesyuarat Barisan Nasional sebelum ini.

Laporan Kwong Wah Yit Poh juga memetik Penyelaras BN DUN Padang Kota, Oh Tong Keong yang mengakui bahawa dirinya pernah mendengar khabar bahawa pemimpin UMNO memohon maaf kepada Koh Tsu Koon, dan berjanji untuk menyokong pemimpin Gerakan untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.


Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Terjemahan oleh Lim Hong Siang dari MerdekaReview

Ini dia perompak Masjid!! UMNO lagi

Kenyataan Sekritariat Pemuda UMNO Semporna di Sabahkini.net melalui artikel bertajuk ‘Pemuda Umno Semporna Bela Shafie!’ merupakan pendedahan paling berani Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman yang hanya layak digelar ‘Perompak Masjid’ untuk hidup berfoya-foya. Bagi saya, pembelaan Azis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak memberikan saya sebarang makna kerana sekalipun laporan polis dibuat terhadap saya atau Sabahkini.net; subjek siasatan polis ialah Shafie Apdal iaitu sama ada benar kematian berlaku dan kenapa kematian berkenaan tidak dilaporkan?

Namun beban sebenarnya terletak di bahu Mohd Azis yang menjadi ‘Runner’ atau ‘Penggubah Wang Haram’ melalui kegiatan melobi projek dan mendapatkan komisyen atau rasuah daripada kontraktor yang mendapat projek atau kontrak berkenaan.

Azis dipercayai telah menerima ‘rasuah’ RM2 juta daripada anak Ahli Parlimen Labuan, Yusaini Yusof hasil kejayaannya melobi projek Masjid Baru Labuan yang dipohon atas usaha Shafie Apdal; tidak termasuk komisyen 20 peratus kerana nilai kontrak di ‘Top-Up’ sebanyak 80 %.

Dengan wang tersebut, Azis telah membeli Ninja King bernilai RM500,000 dan untuk berfoya-foya; tanpa menginsafi dosanya ketika melakukan Skandal Seks dengan seorang pelajar UMS (kini dinikahinya setelah mengandung anak luar nikah); sekaligus menghancurkan harapan isteri tuanya.

Kini Masjid Baru Labuan tergendala kerana krisis dalaman dengan rakan kongsi perniagaan, namun Azis berbangga dengan kejayaannya merompak masjid berkenaan. Mungkin inilah budaya Pemuda Umno yang bukan sahaja tidak bermaruah, malah menjadikan maksiat dan rasuah sebagai darah daging mereka!/sabahkini
Addin :
Umno bukan sekadar rompak masjid tetapi lebih besar daripada itu.. UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT!!

TEMBERANG UMNO!!! 50 ahli PAS sertai UMNO di Padang Terap, UMNO gagal buktikan

Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno.

Sila Rujuk : Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap..

GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut. Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13.

Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y.

Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv di sembah sebagai sumber utama berita.

Ada beberapa teori kegagalan :

1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.



2.Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis.

Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..?

Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap.

Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.

Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan.

4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang.

Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar.

Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd.

Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku".

Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini.

6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya.

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap

UMNO BACUL!!! Muhyiddin pengecut , takut berdebat dengan Mat Sabu


Kah kah kah...

Kah kah kah...


"Bakal Perdana Menteri" siang-siang dah angkat bendera kah kah kah...


Alasan budak sekolah UPSR diambiknya kah kah kah...


Kalau macam ni makin malang la Malaysia kah kah kah....


Baik suruh Shabery Chik yang "berbuih mulut" tu jadi PiEM sebab dia berani berdebat dengan Anwar Ibrahim walaupun kaki lebong fakta kah kah kah...


Malu laa orang Pagoh dapat "bakal perdana menteri" pengecut kah kah kah...


Kah kah kah...



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.


Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.


Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: "Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya."


Muhyiddin, yang sebelum itu menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini berkata, Mat Sabu tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.


"Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka," katanya.


Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata, hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.


"Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.


"Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain," katanya.


Beliau berkata, Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.


"Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya," katanya.JP

NAK TAHU KENAPA MUHYIDDIN KECUT, SEBAB DIA BARU JA MAKAN MALAM DENGAN SU AGUNG KOMUNIS


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Umno-APCO marah komunis, rupanya dah makan malam dengan komunis kah kah kah...

Najib tak terasa ke dia dah "terbuang dan dibuang" kah kah kah...

Kah kah kah...


Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.

Beliau (gambar) akan menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhenglai di sebuah hotel di sini malam tadi.

“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global.

Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.JP

Malaya tidak dijajah, Umno bukan pejuang kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.

"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau turut mencabar Tun Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.

Menurutnya, kenyataan Tun M kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.

Sebelum ini katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.

"Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.

"Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan," soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum Umno.

Ianya termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Umno pula ujarnya hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan tersebut.

"Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,Umno masih dengan slogan “hidup Melayu”.

"Umno telah diharamkan pada tahun 1988. Umno yang ada kini hanya Umno baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh Umno zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu," tegasnya.