Saturday, September 17, 2011
UMNO KHIANAT!! 24 Jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam
ISA dimansuh, GST bakal dilaksana selepas PRU 13
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.
"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".
Mahfuz menyifatkan tindakan memaksakan GST ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN.
"Dari dulu lagi, asal menghadapi masalah, simpanan rakyat seperti di dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dikerjakan oleh kerajaan BN.
"Sekarang, zaman pemerintahan Najib, lebih teruk lagi. Asal menghadapi masalah kewangan, rakyat hendak disiksa.
"Hendak rentap subsidi dari rakyat dengan alasan subsidi adalah candu kepada rakyat, hendak paksakan GST dan pelbagai tindakan lain menyiksa rakyat dengan memaksa mereka menanggung beban ketidakmampuan kerajaan BN yang sudah kehilangan akal untuk meningkatkan pendapatan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Menurut Mahfuz, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya seperti kerajaan BN yang jelas begitu ketagih untuk menyiksa dan membebankan rakyat.
"Bila menghadapi masalah kewangan, langsung tidak terfikir untuk menghentikan sikap boros, menghentikan projek yang bukan-bukan seperti hendak membina bangunan 100 tingkat dengan membelasah hasil simpanan rakyat, menghentikan rasuah, melaksanakan tender terbuka dan pelbagai amalan yang boleh menjimat dan meningkatkan pendapatan negara.
"Yang kerajaan BN tahu hanyalah hendak menyiksa rakyat dengan memaksa rakyat mengeluarkan lebih banyak lagi wang dari poket mereka, tidak kiralah dengan merentap subsidi, memaksakan cukai seperti GST, menguatkuasakan pelbagai saman dan lain-lain tindakan yang tujuannya hanya satu, iaitu memeras wang rakyat dan meragut wang dari poket rakyat," katanya.
Menurut Mahfuz, tidak ada gunanya menggula-gulakan rakyat kononnya dengan mengajak mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi pada masa yang sama memaksa mereka mengucapkan selamat datang kepada GST.
ISLAM ala UMNO!!! Halang Hudud yang PAS mahu laksana di Kelantan
Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.
“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.
“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.
Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya.
Kenyataan Nik Aziz itu sebagai mengulas laporan Yayasan Aids Malaysia yang merumuskan Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990.
Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Kelantan masih belum mampu melaksanakan hukum hudud kerana pelbagai cabaran harus ditempuhi, termasuk kekangan Kerajaan Pusat,
Menurutnya, dalam usaha melaksanakannya, Kerajaan Kelantan perlu menyediakan suasana kondusif supaya hukum hudud dilaksanakan, ia dapat memberi keadilan untuk semua.
“Kelantan perlu menyelesaikan kekangan Kerajaan Pusat dan sebagainya terlebih dahulu kerana saya bimbang jika negeri ini laksana hudud ia akan memberikan kesan negatif kepada Kerajaan Kelantan itu sendiri.
“Ini kerana, Kelantan akan hadapi ancaman musuh di peringkat antarabangsa dan pusat. Pelbagai gambaran negatif akan ditimbulkan. Kelantan belum mampu buat hudud kerana cabaran kuat akan memberi kesan kepada kerajaan keseluruhan,” katanya selepas seminar Pelaksanaan Siasah Syariah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan, semalam.
Beliau berkata demikian, ketika mengulas keperluan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Negeri selepas 21 tahun memerintah Kelantan kerana undang-undang itu ditentang ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, Asri mengingatkan Pas Kelantan supaya membuat penelitian mendalam berhubung isu itu kerana musuh peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa menunggu peluang untuk mengenakan kepimpinan Mursyidul Am Pas itu.
Hasan Ali tak masuk UMNO
Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno
Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".
"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.
"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.
Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.
Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.
"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.
"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.
Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.
"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.
"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.
"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.
"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.
Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.
"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.
Klip seks Anwar terbaru : UMNO dah terbelit dengan fitnah ciptaan sendiri
Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.
“Saya hendak sebutkan dengan ringkas ... ini kerja terdesak musuh politik Datuk Seri Anwar, mereka merancang dan adakan klip-klip rekaan, dan saya yakin setiap bulan akan ada terbitan macam ini ... ini dilakukan oleh Umno-BN, dengan kerjasama pihak berkuasa, saya berani untuk mengatakan yang ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
“Sebagaimana kami katakan sejak timbulnya klip rakaman sebelum ini, dalam dunia teknologi yang canggih pada masa sekarang, bukan sukar untuk mengadakan bahan-bahan macam ... saya yakin mereka akan terus dengan perbuatan mereka sehingga pilihan raya,” kata beliau yang turut mengakui bahawa warna pakaian dikenakan oleh ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dalam video yang dipertontonkan pada Mac lalu dan disebarkan menerusi Internet kemudian berbeza dengan dalam sedutan klip terbaru dilihat semalam.
“Ya, kedua-duanya jauh berbeza ... ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa ada unsur rekaan dan manipulasi, yang penting untuk dikatakan di sini ialah pihak terbabit mereka cipta bahan macam ini,” katanya lagi sambil menambah, biar rakyat menilai perbuatan mereka.
Kata beliau, musuh politik seharusnya berani untuk berhadapan isu-isu dasar daripada menggunakan taktik dan serangan macam ini.
Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Anwar awal tahun ini, semalam blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.
Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi Shahzryl Eskay, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.
Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.
Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu.
Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu.
Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.
Kata blog papagomo, “rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar bersama pelacur China tersebut.”
Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring
dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.
“Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datu Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan,” kata blog tersebut.
Anwar sebelum ini telah menafikan ‘kehilangan’ yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.
Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu.
Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim - mengelar diri mereka “Datuk T’mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.
Pada 24 Jun, trio “Datuk T” itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500.
MARI BACA!!! Video terbaru Anwar ciptaan Blogger UMNO KANTOI LAGI
Dalam video yang disebarkan papa gomo dia hentikan video sampai dsai pakai baju lengan pendek tshirt je. Aku sebenarnya tak tengok rakaman neh lebih dari sekali.
So aku takley memorize apa2 sangat dalam neh. Yang aku ingat masa aku tengok cctv naik lif yang disebarkan oleh papa gomo tue ialah dsai pakai kemeja kosong ketika dalam bilik .
Apatah lagi jadi singkat selepas panjang. Takan dsai nak auter baju lengan panjang dia jadi pendek plak masa turun? Ataupun auter baju lengan pendek jadi panjang selepas naik? Lalu aku buat sedikit analisis.
Bagi aku selagi aku tak yakin dsai difitnah selagi itu aku tidak akan berhujah dalam isu neh. Aku sendiri kena yakin dan percaya dulu bahawa dsai tidak bersalah baru aku boleh yakinkan orang lain. Simple.
Selalu aku tengok orang lelaki ketika nak bersolat dorang akan tanggal jam dan masukkan ia ke dalam kocek. Sebab nak berwudhu.
Aku tak pakai jam tangan tapi boleh jadi ketika itu dsai ada sebab untuk buka jam tersebut. Itupun andai benar dsai orang yang berada dalam cctv terbabit. Tapi pelaku seks dalam video terbabit memang bukan dsai.
Tetapi kenapa dedahkan rakaman neh sekarang? Melainkan rakaman neh baru dibuat ataupun baru diperolehi daripada beberapa destinasi yang pernah dikunjungi bersama..? Nampak tak keraguan disini?
Kalau dia ada info sepatutnya dah lama polis berjaya dedahkan wanita dalam video seks terbabit. Hairan gak aku.. dengan pelbagai teknologi dan kuasa yang ada amat mustahil sukar mencari seorang wanita? Melainkan.. memang taknak cari ataupun tak boleh cari.
So ada ataupun tiada, jawapan dia tak pernah penting pun pada aku dan korang seme. Heh.
Ameno : rosak larh lue orang dipornokan umno.. adakah khir toyo membayar papa gomo untuk menjatuhkan dsai in order untuk membolehkan khir toyo bebas dari tuduhan mahkamah? <-- tanya.. ye tanya.. ada informer tapi tiada bukti.. so aku tanya je.. jangan cakap aku tuduh or fitnah pula yer.. heh. Ameno World