Sunday, October 9, 2011
TERGANTUNG!!! Mana Penghakiman Kes Altantuya?
Sebagai permulaannya, hakim kes tersebut seharusnya sudah menulis penghakiman itu, ditanda tangani olehnya dan dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Ini adalah selaras dengan seksyen 281 (b)(ii) Criminal Procedure Code (Act 593) yang memerlukan dokumen tersebut untuk diserahkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman mati itu.
Tetapi sementara dua orang bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya, dan sudah pun membuat rayuan, halim Mahkamah Tinggi itu, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati bahawa mereka bersalah, masih belum menulis penghakimannya itu sehingga sekarang.
Bagaimana pula rayuan dapat dilakukan di Mahkamah Persekutuan sekiranya penghakiman belum ditulis? kelihatannya seperti mahkamah sengaja melengahkan proses rayuan supaya banyak masa terbuang, tetapi apa kebaikannya untuk kedua-dua pegawai polis ini yang sudah dijatuhkan hukuman mati?
Dan kenapa pentadbiran Najib tidak menyoal Mohd Zaki Yasin tentang ketidak upayaannya untuk menulis penghakiman itu? Atau Mohd Zaki Yasin sedang menunggu orang lain untuk menulisnya bagi pihak dia? Ini bukanlah perkara mengejut, kerana hanya di Malaysia seorang hakim ‘dibenarkan’ untuk mengambil orang lain untuk menulisjan penghakimannya.
Kerjaya undang-undang atau wild, wild West
Dalam pertunjukan korupsi di dalam sistem kehakiman di Malaysia yang amat memeranjatkan, seorang setiausaha undang-undang telah memberikan keterangan pada tahun 2008 kepada Suruhanjaya Penyelidikan DiRaja (SPD) bahawa pada tahun 1994, seorang peguam kepada penuduh telah menulis penghakiman yang dibacakan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut, yang kemudian menganugerahkan RM10 juta nilai kerugian yang dialami akibat fitnah kepada seorang kroni kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad terhadap seorang jurnalis dan enam lagi yang terdakwa.
Sesiapa yang mengikuti perkembangan di Malaysia sudah pasti tahu kes yang melibatkan V K Lingam, yang pada September 2006 menjadi pemain utama di dalam skandal kehakiman di mana subuah rakaman video tentang perbualan telefon olehnya dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang merupakan hakim ketiga negara, yang bertanggungjawab dalam pemilihan hakim-hakim senior.
Rakaman video itu menunjukkan beberapa orang-orang rapat Mahathir, terutamanya Vincent Tan, terlibat dalam pemastian dan pemilihan hakim-hakim yang boleh ‘diatur’.
Ya ampun, perkara-perkara yang dibiarkan!
Suruhanjaya DiRaja yang dipilih untuk menyiasat tuduhan-tuduhan itu diberitahu oleh G Jayanthi, yang pada waktu itu merupakan setiausaha undang-undang untuk Lingam, bahawa Lingam telah menulis penghakiman untuk kes yang kontroversi itu, di mana Vincent Tan diberikan RM10 juta dalam di atas kerugian akibat empat artikel yang ditulis terhadapnya di dalam majalah Malaysian Industry yang sudah tidak beroperasi lagi. Penghakiman itu ditransfer kepada cakera komputer dan dihantar ke Hakim Mahkamah Tinggi Mokhtar Sidin, yang membacanya di mahkamah.
Di dalam kenyataannya, kebanyakannya bertulis, Jayanthi berkata Lingam dibantu oleh adiknya, seorang peguam dan bekas ketua Mahkamah Industri Malaysia. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pembetulan dalam tulisan tangan bersama dengan penghakiman itu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah.
Lingam, katanya, “membetulkan draf penghakiman itu dengan dakwat merah pada beberapa muka surat. Kemudian Sumanti membuat pembetulan mengikut apa yang sudah dibuat dan membuat salinan di dalam cakera komputer untuk diberikan oleh Datuk Lingam kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Kemudian saya mendapati pengahkiman itu diikut bulat-bulat oleh hakim tersebut.”
Penghakiman Altantuya masih ‘tergantung’ – macam mana?
Kelihatannya seperti penghakiman beberapa kes boleh ditulis oleh orang lain yang tidak terlibat pun di dalam kes itu, berlainan daripada kes Altantuya. Jadi apa masalah yang sedang dihadapi oleh Mohd Zaki Yasin yang membuatkan dia belum dapat menulis penghakimannya? Haruskah Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk memastikan kenapa penghakiman itu belum ditulis?
Terdapat banyak kes-kes masalah undang-undang untuk disebut. Daripada kes perbicaraan sodomi I pada tahun 1998 oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad hinggalah ke krisis Perak oleh Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2009, integriti sistem kehakiman sudah semakin merudum dan belum selesai lagi. Baru sehari lalu, 60 Ahli Parlimen pembangkang memfailkan gerakan di parlimen untuk menuntut pemecatan seorang hakim kerana meniru penghakiman yang ditulis oleh bekas hakim Singapura GP Selvam.
Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan sistem kehakiman Malaysia tidak profesional dan busuk. hakim-hakim yang seharusnya menjadi pelindung rakyat telah gagal, melambat-lambatkan keadilan untuk yang tidak bersalah, dan membenarkan orang bersalah memanipulasi dan menyalah guna sistem untuk kepentingan mereka sendiri.
Dasar perubuhan masyarakat sivil di Malaysia sudah terjejas dan untuk ini, rakyat Malaysia menuntut reform dan perubahan. Jika tidak, Malaysia sudah pastinya akan hancur
Malaysia Chronicle
PANAS!! Isu Kekayaan Taib Mahmud kini di bincangkan di Parlimen UK
Lord St John of Bletso.
Jemputan akan berkurangan?
HAMBAR!!! Rakyat tak gembira dengan Bajet ,Najib tak jadi bubar parlimen
"Tidak seperti negara berdemokrasi matang, di mana tarikh pilihan raya umum adalah tetap, di Malaysia, ia mengikut suka hati PM dan isteri beliau, Rosmah Mansor. Pakatan Rakyat akan kekal berjaga-jaga tetapi terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa mereka akan berpaut dengan kuasa yang dimiliki pada masa yang lebih lama, " Naib Presiden PKR dan Pengerusi MCA Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
Jui Meng sebenarnya merujuk kepada isteri Najib, Rosmah yang terkenal kerana memainkan peranan yang sangat besar di sebalik tabir. Ada juga yang menganggapnya sebagai kuasa di sebalik takhta Najib.
Sambutan kurang menggalakkan merupakan tanda tenggelamnya kredibiliti Najib
Pada Jumaat lalu, Najib mengumumkan bahawa Belanjawan RM232 juta yang ditambah dengan bantuan wang tunai dan bonus yang disediakan bagi pengundi Umno, seperti peneroka tanah di bawah skim Felda dan pekerja di bawah perkhidmatan awam menjadi penerima utama dan masyarakat selebihnya diabaikan.
Walaupun propaganda besar telah diselaraskan dari arus perdana media dan TV yang dikawal kerajaan , tindak balas berkurangan kerana rakyat Malaysia sendiri telah menjangka Najib untuk mengambil langkah-langkah sedemikian.
"Sekarang saya percaya bahawa Najib tidak akan cukup yakin untuk membubarkan Parlimen. Pilihanraya umum ke-13 akan diadakan pada bulan Februari atau Mac selepas rakyat telah menerima 'duit saku' daripada Belanjawan 2012.
Ia sebenarnya adalah satu gambaran yang menyedihkan dan sesuatu yang Umno harus perhatikan ialah - rakyat tidak lagi percaya akan beliau dan walaupun mereka akan mendapat bantuan wang tunai, mereka cukup berpendidikan untuk mengetahui bahawa ia adalah wang mereka, "Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Anehnya, walaupun pencabar utama Najib bagi jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yassin, enggan menafikan bahawa Belanjawan 2012 merupakan suatu pilihan raya. Bukan seperti Najib yang mengkritik orang yang menunjukkan kelemahan dalam pelan perbelanjaan beliau, Muhyiddin berkata bahawa ia bergantung kepada rakyat untuk menentukan bagaimana mereka mahu menilai Belanjawan tersebut.
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga menghantar amaran tertutup mengenai perbelanjaan keterlaluan Najib, menunjukkan bahawa Malaysia dan seluruh dunia berada dalam krisis kewangan yang besar yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih daripadanya.
" Kita akan mengalami krisis kewangan yang besar untuk tempoh masa yang lama. Walaupun ia dapat diselesaikan, proses pemulihan adalah sangat perlahan bagi kewangan pihak Barat, "Mahathir menulis di dalam blognya pada hari yang sama Najib mengumumkan Belanjawan 2012.
Pelabur asing sedar akan kecacatan pelan perbelanjaan 2012 Najib
Program jangka masa panjang bagi rancangan struktur termasuk pemulangan integriti dan ketelusan dalam sistem kehakiman Malaysia benar-benar tiada, dan ini akan diperhatikan oleh pelabur-pelabur asing dan agensi-agensi penakrifan. Sudah terlalu lama institusi di Malaysia dikritik kerana tunduk kepada rentak politik Umno dan bukannya untuk mengikuti haluan undang-undang dan meletakkan kepentingan masyarakat dan ekonomi terlebih dahulu.
Ini telah merosakkan imej Malaysia dengan pantas, serta skandal rasuah Najib mengenai kapal selam Scorpene dan pembelian palsu rancangan berita bersifat positif.
Program ini dimasukkan kepada rangkaian TV antarabangsa supaya mencipta satu imej palsu mengenai kepimpinan dan projek-projek Najib, dan walaupun pentadbiran beliau untuk menutup mata pengawal selia UK dari menyiasat, pendedahan percubaan beliau untuk melakukan perkara tersebut telah mencalarkan kredibiliti Malaysia dan warga asing sekarang meragui apa yang mereka lihat dan dengar mengenai negara ini.
"Umno akan jatuh di pilihanraya umum jika mereka tidak menjalankan reformasi sebenar. Mereka telah cuba untuk menipu rakyat dengan reformasi palsu tetapi rakyat tidak tertipu," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.
"Mereka tidak memberi fokus kepada ekonomi sebaliknya mereka terus memberi tumpuan kepada menyerang dan menindas pihak pembangkang.
Sebagai contoh, percubaan Mahkamah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cara percubaan tersebut dikendalikan tidak meningkatkan keyakinan pelabur kerana kredibiliti badan kehakiman juga telah memberikan kesan ke atas ekonomi. "
Surendran menambah bahawa pihak pelabur hanya akan yakin jika Malaysia memulihkan sistem negaranya apabila Najib atau sesiapapun pengganti beliau, melancarkan reformasi politik teguh yang segera menghukum perasuah dan mengembalikan kebebasan kepada badan kehakiman.
Bajet BEJAT 2012
Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu.
Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.
Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya.
Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak. Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan.
Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas PRU13? Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini?
Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6% cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13.
Selain itu, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13, tiada peruntukan yang diumumkan untuk PERMATA yang diketuai isteri kesayangan PM – akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.
Segala apa yang diberi sekarang yang kononya atas nama ‘negara berkebajikan ala Umno BN’ hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat. Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar.
Namun, semua langkah ‘menelan’ ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang.
Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.
PAS mengingatkan rakyat agar meneruskan agenda perubahan politik negara sebagai kesinambungan PRU12.
Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
PANAS!!! Mahathir mahu Najib diganti?
Teori RAHMAN menuju ke puncak?
Saat getir semakin menghampiri parti perkauman melayu..
Al Fatihah untuk kesekian kalinya untuk menguburkan Umno dari dari tanah air tercinta..( kata pak syed Hussein al Attas ‘TALQIN UNTUK UMNO’)PKB
Mahathir akan pastikan Najib diganti sebelum PRU13 ?
Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.
Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.
Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah.
Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu.
Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.
Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu.
Tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.
Mahathir kembali di atas pelana?
Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya.
Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan “kalah besar”. Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.
“Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya,” kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.
Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. “Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar,” lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.
Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.
Kehilangan kepercayaan rakyat
Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.
Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.
Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.
Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya – adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?
Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.
Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan ‘beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah’ yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya pasangan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.
Mahathir memberi amaran kepada Najib
Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.
Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling ‘cool’ setelah sekian hari dilihat ‘poyo’. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.
Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi – untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.
Najib lawan balik
Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.
Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.
Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.
Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.
malaysia chronicle
MASUK PAS !!! Lagi ahli UMNO keluar parti
Penyerahan 17 borang ahli PAS daripada bekas-bekas ahli UMNO juga telah memberikan tamparan hebat kepada Ketua Cawangan UMNO di kampung tersebut Dato' Tajuddin Rahman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.
Di dalam majlis tersebut, YB Anuar Sudin berpeluang menyampaikan tazkirah kepada ahli-ahli baru PAS tentang dasar PAS. Antaranya, beliau menekankan aspek perjuangan PAS adalah berdasarkan Islam dengan berpandukan kepada al Qur'an dan sunnah Rasulullah SAW.
Selain itu, perjuangan PAS bukan perjuangan peribadi atau mengumpul harta tetapi sebaliknya perjuangan PAS adalah untuk Allah dan Rasul.
HIMPUNAN 109!!! UMNO terdesak guna budak-budak PLKN
Ramai yang tidak menyangka pihak polis begitu prihatin mengawal keadaan yang langsung tidak mencemaskan dan mengganggu keselamatan itu sebenarnya.
"Saya datang sejak awal pagi untuk sokong program ini. Pada awalnya keadaan terkawal dan acara dapat berjalan dengan lancar. Cuma sekitar jam 7.30 pagi, anggota polis dilihat menghampiri kawasan ini. Ia menakutkan kami yang datang ke sini untuk berhimpun secara aman. Apapun saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa tindakan yang memudaratkan. Mereka hanya berkawal sahaja", kata seorang peserta himpunan dari Indera Mahkota.
Tinjauan PDO mendapati, hampir dua ribu rakyat Kuantan telah hadir menyokong program tersebut. Difahamkan perhimpunan terbabit pada mulanya mendapat permit kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Namun ia ditarik balik atas arahan seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang lewat malam tadi. Malah, ditapak terbabit juga turut diarahkan program yang melibatkan ratusan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berhimpun.
Kesemuanya bertujuan untuk mengganggu kelancaran Himpunan Hijau 109. Ia terbukti dengan tindakan mereka mengguna alat pembesar suara yang bersaiz besar dengan bunyi yang kuat bagi tujuan demikian.
Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang pemimpin dan penyokong UMNO serta ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) ke lokasi terbabit.
Tindakan berkenaan jelas sekali mengecewakan orang ramai, malah mereka hairan kenapa senario seperti ini boleh berlaku. Persembahan senamrobik dan hiburan dilakukan pada dua tempat di kawasan berkenaan dari awal pagi sehinggalah ke tengahari.
Anggota polis 'diarahkan berkawal' pada tempat yang tidak sepatutnya
Pelatih PLKN Kem Hijrah Pekan diangkut bagi menganggu program itu
Terdapat juga beberapa orang wakil Kerajaan Negeri Pahang termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, yang dilihat mundar-mandir di kawasan terbabit.
Mungkin dek kerana bilangan peserta yang agak ramai, maka provokasi melampau seperti yang berlaku di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak sebelum ini tidak berlaku.
Semua yang hadir jelas cuba melakukan sesuatu untuk menggagalkan perhimpunan aman berkenaan. Namun segalanya tidak menjadi dan mereka hanya menyaksikan ia dari jauh sahaja.
Mungkin dek kerana melihat begitu ramai kehadiran media antarabangsa termasuk Astro Awani yang berada di situ agaknya. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO dilihat hadir beramai-ramai memberikan sokongan.
Antara mereka ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain pemimpin NGO serta kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Pengerusi Bersih 2.0, Dato' S. Ambiga juga turut hadir memberi sokongan
Tindakan pihak polis mendapat bantahan daripada orang ramai yang hadir
Kelihatan OCPD Tuan Jasmani arahkan tan Bun Teat berhenti berucap
orang ramai pada awalnya, enggan berganjak dan membina perisai manusia untuk menghalang tindakan tersebut. Namun akibat ditolak oleh beberapa orang anggota polis yang merempuh akhirnya mereka terpaksa akur.
Sebelum bersurau laungan "Hidup Rakyat" disuarakan beberapa kali oleh orang ramai yang kecewa dengan sikap pihak polis itu. Arahan bersurai telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan sendiri, ACP Mohd Jasmani Yusof.
Antara pimpinan yang hadir ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain lagi. Media antarabangsa turut hadir.
Sidang media yang diadakan di Restoran Mexica selepas program tersebut
Kehadiran Ahli Parlimen Australia Mr.Robin Chapple mendapat perhatian
Rakyat perlu tahu, mereka mendapat arahan dan tekanan daripada pihak atasan yang takut gelombang suara rakyat terus bergema menentang projek berisiko tinggi termasuk Lynas di negeri ini.
Sokongan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama jelas membayangkan Kerajaan Negeri Pahang masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat dalam isu Lynas sebenarnya.
Langkah menghantar beberapa orang pemimpin UMNO dan NGO terbabit dengan membawa bersama acara hiburan yang melibatkan pelatih PLKN jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya.
Kerajaan boleh gunakan Stadium Darul Makmur jika mereka mahu mengadakan program yang serupa dengan mengajak rakyat menyokong Lynas. Kenapa perlu gunakan pasukan polis untuk menghalang suara rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.
Bantahan rakyat kini semakin memuncak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tersilap langkah BN pasti akan kecundang di Pahang].