Thursday, October 13, 2011

25 orang Tionghua Parit Buntar sertai Seminar Keharmonian Masyarakat

PARIT BUNTAR, 14 Okt. : Seramai 25 orang Tionghua di Parit Buntar bertuah kerana menerima jemputan menghadiri Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk : Pengalaman Kelantan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

AJK Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, kesemua mereka bersama 15 lagi anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) Perak telah menghadiri seminar yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

“ 15 anggota DHPP Perak lagi termasuk orang India mewakili beberapa DHPP PAS kawasan lain seluruh Perak.

“ Pihak Badan Perhubungan PAS Perak telah menyediakan sebuah bas untuk rombongan anggota DHPP Perak ke Kelantan” katanya

Hamdan berkata, seminar ini telah diadakan di sebuah resort milik pengusaha bukan Islam di Pantai Cahaya Bulan.

“ Walaupun bilangan pesertanya terhad namun 80 peratus daripada 250 orang peserta seminar ini adalah bukan Islam.

“ Mereka adalah jemputan khas termasuk pimpinan masyarakat bukan Islam dari seluruh Malaysia” katanya

Menurutnya, seminar ini jelas mengambarkan keharmonian kaum dan masalah masyarakat majmuk sengaja dibesar-besarkan oleh pihak yang tidak bertangunggjawab.

“ Seminar ini membuktikan bumi Malaysia memang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.

“ Respon yang diterima menunjukkan bahawa masyarakat majmuk bukanlah halangan kepada pelaksanaan sistem Islam”katanya

Katanya, pembentang dan ahli panel seminar ini adalah tokoh besar dari berbagai agama dan latar belakang.

Antaranya, Dato' Husam Musa , Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ann Wang Seng, K.Kumutha, Dr Wong Chin Huat, Shah Kirit, Prof Viveka dan Law Chee Fang.

KETAGIH FITNAH !!! Blogger UMNO reka cerita Ahli Parlimen Pendang nikah dua


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Seorang rakan hubungi MK beritahu sebuah blog upahan UMNO Kedah siarkan berita panas kononnya Ahli Parlimen Pendang YB Dr Mohd Hayati Othman kahwin sorang lagi, kahwin senyap2 pulak tu dengan pekerja klinik miliknya.


Oleh kerana cerita ini bukan cerita baru, MK dah dengaq lebih dua bulan lalu jadi MK dengan yakinnya habag dekat kawan tu, "Menatang apa pun kalau mai dari UMNO semuanya muhong belaka." (ayat power Kedah La).


Tapi dalam hati cuak jugak, maklumlah itu cerita dua bulan lalu. Cerita terbaru kita pun tak tau... Jadi MK pun hubungi seorang demi seorang yang rapat dengan MP Pendang tu... sampai 5 orang, jawapannya sama: "Itu cerita bohong, FITNAH yang dibuat oleh UMNO." Sahihlah, Dr. Mohd Hayati Othman MP Pendang hanya mempunyai seorang isteri buat masa ini!!!


Dan yang terakhirnya barulah MK hubungi sendiri Dr. Mohd Hayati tepat jam 12.03 pm hari ini, kebetulan dia berada di Kulim. 'Jawapan' pertama dari beliau ialah ketawa berdekah-dekah. "UMNO dah habis isu nak serang PAS, reka cerita bukan-bukan... kahwin dua bukan salah.. saya boleh kahwin lagi tiga, ada tiga kuota lagi... Tapi setakat ni isteri saya cuma seorang," ujar Dr. Mohd Hayati.


Begitulah UMNO.. FITNAH ADALAH RUKUN NO. 1 UMNO, tidak sempurna keUmnoan mereka jika tak buat fitnah. Anologinya macam kita orang Islam mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam pertama. Dahsyatnya cara hidup UMNO.
Kedah La

MK siarkan berita fitnah yang disiarkan dalam blog UMNO ini... untuk menjelaskan betapa jahatnya UMNO:



Selamat Pengantin Baru YB Dato' Dr. Hayati

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada YB Dato' Dr. Mohd Hayati, ahli parlimen Pendang. Kami minta maaf kerana agak terlambat mengucapkan tahniah atas pembukaan satu lagi "cawangan" baru. Kami terpaksa ikut hieraki, dan kami mulakan ucapan kepada Dato' IR Amiruddin dulu.

Selepas Dato Ir. Amiruddin membuka cawangan (baca sini), kini giliran YB Dato' pula. Kami tumpang bangga pemimpin kami mempunyai kemampuan dari pelbagai segi, bukan setakat memimpin masyarakat, malah memimpin keluarga yang berbilang.

Apatah lagi kebijaksanaan pemimpin kami memilih isteri kedua juga amat tepat dari segi logistik dan kemudahan memandangkan dari pekerja klinik YB Dato' sendiri. Ini juga strategik dari segi penjimatan kos operasi klinik YB Dato'.

Cuma keperluan untuk mendapatkan kelulusan dari "ibu pejabat" tidak patutlah di bypass. Nak bina masjid ni perkara baik, namun kena juga minta kelulusan melainkan kena bina di luar negara la. Memanglah peribahasa moden dalam soal poligami ni ada berkata " Meminta maaf lebih mudah dari minta izin", tetapi setakat meminta maaf bukan bermakna maaf sudah diberi.

Walaubagaimanapun Tahniah sekali lagi dari kami atas pembukaan "cawangan" baru YB!!!

BIKIN MALU !!! Awie tak mengaku jadi ahli UMNO


SEBELUM ini heboh di internet terutama di blog-blog, dan halaman facebook yang menyebarkan berita bahawa penyanyi rock terkenal tanah air, Awie menyertai Umno.

Gambar Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman bersama dua orang lagi artis, Zed Zaidi dan Adam AF bergambar dengan Khairy Jamaluddin tersebar secara meluas.

Bagaimanapun, sebuah rakaman dari KL Pos menunjukkan penafian Awie bahawa beliau menyertai Umno. Beliau mendakwa hanya datang sekadar menjalankan tugas.


Bagaimanapun, The Malaysian Insider melaporkan, sepuluh artis sertai umno antara yang dilaporkan, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool serta Adam AF.

Tiada nama Awie ditulis di dalam laporan tersebut. Apa pun jelas "missing" lima nama lagi bagi melengkapkan kesemua sepuluh orang artis yang dilaporkan menyertai Umno [TMI].


Mengaku sajalah Awie, ini negara demokrasi, nak pilih parti apa pun terpulang kepada kamu. Jangan pilih parti haram tak berdaftar sudah lah.

ReJaM© "Barangkali Awie malu nak mengaku masuk parti lucah..."

ANTARA AMOI MCA & USTAZAH GOMBAK !!! 'Muslihat Untuk Menutup Mata' - Gaya politik baru BN /UMNO

Ahmad Tajdid

MENURUT istilah MABBIM, 'window dressing' ditakrifkan sebagai 'peraga hias' manakala Kamus Bahasa Inggeris DBP pula mentakrifkannya sebagai 'muslihat untuk menutup mata'.

Di bidang pentadbiran, 'window dressing' ditakrif sebagai;

"Memanipulasi angka dalam penyata kewangan untuk memaparkan kedudukan kewangan yang lebih kukuh daripada yang sebenarnya".

Manakala di bidang pentadbiran perniagaan, ia dihuraikan sebagai;

"Strategi pengurus dana yang merubah pegangan mereka dengan tujuan menunjukkan portfolio pelaburan yang disenangi oleh pemegang unit. Ini biasanya dilakukan pada akhir tahun, iaitu dengan menjual saham spekulatif dan membeli saham teguh".

Begitulah kompleksnya pengertian 'window dressing' mengikut takrifan DBP.

Tapi adakah 'window dressing' juga diamalkan dalam bidang politik?
Jawapannya sudah pasti ada. Walaupun DBP tidak memberikan takrifan khusus berhubung pengertian 'window dressing' atau 'peraga hias' dalam konteks politik, episod-episod di bawah mungkin boleh membantu pembaca memahaminya.

Baru-baru ini, kehadiran beberapa gadis jelitawan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA menjadi tajuk utama akhbar berbahasa Cina.

Kehadiran amoi yang pada mulanya dikatakan sebagai anggota Beliawanis MCA itu mencuri tumpuan umum kerana mereka bukan sahaja berarak masuk ke dewan persidangan, malah duduk di barisan paling hadapan.

Beliawanis adalah cabang Wanita MCA khusus untuk wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun.

Beberapa blog kemudiannya membuat ulasan sendiri. Blogger-blogger terbabit tidak percaya wanita muda berkenaan anggota Beliawanis MCA dan mendakwa mereka sekadar penghias majlis.

Terhimpit dengan dakwaan-dakwaan nakal itu dan keghairahan media untuk menemubual 'enam gadis misteri' yang menjadi tumpuan utama perhimpunan agung (AGM) Pemuda MCA itu, Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei menjelaskan bahawa amoi-amoi terbabit "masih menunggu kelulusan keahlian mereka".

"Ada di antara mereka adalah ahli, sebahagiannya lagi telah memohon menjadi ahli, dan telah menyerahkan borang keahlian tetapi masih belum diluluskan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, Kow berkata, ia bukan satu isu kerana mereka dijemput sebagai pemerhati dan bukan sebagai perwakilan.

"Sebenarnya kami menjemput ramai pemerhati, kami menghantar surat kepada bahagian, cawangan dan beberapa universiti untuk majlis perasmian (membuka sayap itu kepada wanita), tetapi mereka perlu mendaftar," ujarnya.

Berang dengan tuduhan beberapa pihak khususnya para blogger bahawa amoi-amoi itu diupah sebagai 'window dressing', Ketua Pemuda MCA, Dato' Wee Ka Siong cuba mengalih isu.

Wee dilapor menyelar tindakan 'blog propembangkang' yang didakwanya sengaja memaparkan gambar lucah wanita dan mengaitkannya dengan Beliawanis MCA.

"Sebagai Ketua Pemuda saya sangat sedih dengan gelagat dan tindakan yang jelas tidak berertika itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, 11 Oktober lalu.

Wee berkata beliau menerima laporan daripada Beliawanis MCA mengenai perkara itu dan ada di antara anggotanya yang menangis kerana dimalukan sedemikian rupa.

"Adakah menjadi satu kesalahan untuk mereka menyertai politik dan menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) sebagai pendedahan hingga menjadi sasaran pembangkang?" kata Wee.

Terpulanglah kepada pembaca sama ada ingin mempercayai alasan diberikan Wee itu.

Berlainan pula di Rawang. Kali ini membabitkan ustaz dan ustazah yang mengajar matapelajaran Pendidikan Agama Islam (PAI).

Beberapa hari sebelum Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak mengadakan lawatan kerja ke Rawang, seluruh tenaga pengajar PAI di daerah GOmbak menerima surat daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mengikuti kursus setengah hari di SRJK(C) Kundang.

Tempat kursus itu berlangsung juga menimbulkan tanda-tanya kerana banyak lagi sekolah menengah agama di daerah Gombak yang boleh dijadikan lokasi kursus.

Bagaimanapun atas dasar menurut perintah, ratusan tenaga pengajar PAI berkumpul di dewan SRJK(C) Kundang bagi mengikuti kursus hujung minggu pada pagi 8 Oktober, sehari selepas Bajet 2011 dibentangkan Najib di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menjelang tengahari, tumpuan guru-guru PAI itu mula terganggu apabila sedikit demi sedikit perkarangan dewan tersebut mula dipenuhi orang ramai.

Kebanyakan yang hadir memakai baju-T tertera logo 1Malaysia. Secara tiba-tiba, segerombolan petugas tampil ke atas pentas dan secara bersahaja menggantikan sepanduk (banner) yang dijadikan latar pentas (backdrop) kursus sehari itu dengan sepanduk baru yang mengalu-alukan kedatangan Najib.

Para peserta kursus tidak dapat meninggalkan dewan kerana kehadiran semakin ramai penyokong BN manakala kereta yang mereka letakkan di luar dewan telah dihalang oleh kenderaan yang baru tiba.

Akhirnya dengan iringan tarian singa dan gendang India, Najib pun muncul disusuli para penyokong BN dari kalangan masyarakat Cina dan India.

Maka ustaz dan ustazah dari seluruh daerah Gombak yang terperangkap di dalam dewan SRJK(C) Kundang itu berjaya menjadikan majlis tersebut benar-benar berimej 1Malaysia!

Tahniah diucapkan kepada PPD Gombak kerana buat kesekian kalinya berjaya 'memperkakaskan' guru-guru untuk kepentingan politik BN!

Mungkin apa yang dialami para ustaz dan ustazah itu menjadi contoh betapa pentingnya 'window dressing' dalam kempen politik BN walaupun ia dilakukan dengan penuh tipu helah dan berunsur eksploitasi melampau.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Najib mengumumkan beberapa projek bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan BN pusat terhadap penduduk tempatan.

Antara yang diumumkan Najib adalah projek segera jalan menghubungkan Kundang dan Bandar Tasik Puteri bernilai lebih RM4 juta. Jalan penghubung itu diharap dapat memudahkan penduduk untuk ke ibu kota dengan menggunakan lebuhraya baru Kuala Lumpur-Kuala Selangor (KLKS Expressway).

Walaupun projek itu memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk di Bandar Tasik Puteri dan kawasan berdekatan yang saban hari terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas untuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), projek jalan penghubung Kundang-Bandar Tasik Puteri itu bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi penduduk.

Ini kerana tiada jalan susur keluar (exit) untuk pengguna Lebuhraya KLKS di Kundang walaupun ada jalan susur masuk. Mereka yang ingin keluar ke Bandar Tasik Puteri terpaksa menggunakan exit Puncak Alam dan Kota Puteri yang terletak 4km di hadapan.

Ketiadaan jalan keluar dari lebuhraya KLKS di Kundang juga menimbulkan tanda tanya sedangkan pejabat Adun Kuang, Abdul Shukor Idrus terletak lebih kurang 3km daripada jalan masuk ke lebuh raya tersebut.

Mengapakah Abdul Shukor yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor tidak melihat kekurangan yang berlaku dan mencadangkan agar laluan keluar dibina di Kundang bagi kemudahan penduduk?

Projek 'window dressing' yang menjadi kebanggaan Umno itu juga tidak menjawab isu sebenar iaitu kegagalan kerajaan BN pusat melaksanakan projek menaik taraf dan melebarkan semua Jalan Persekutuan dalam kawasan Rawang iaitu Jalan FT3209, FT01 dan B27 dari Selayang–Pekan Rawang–Sungai Choh serta Pekan Rawang-Bandar Country Homes-Bandar Tasik Puteri-Batu Arang–Ijok.

Menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, setiap hari terdapat kira-kira 370,000 kereta yang menggunakan Jalan Persekutuan FT 3209 dari arah Pekan Rawang ke Batu Arang. Kesesakan lalulintas sentiasa berlaku di depan Tol PLUS Rawang.

Pada Disember 2010, Menteri Kerja Raya telah mengumumkan bahawa 9km Jalan Persekutuan tersebut akan dinaik taraf, tetapi pada peringkat terkini, jelas Gan cuma 1.6km yang sedang dibina.

Gan turut menyentuh soal keselamatan yang semakin meruncing di Rawang. Balai Polis Rawang serta bilangan polis yang sedia ada, ujarnya tidak dapat menampung jumlah populasi Rawang yang kini mencecah 200,000 orang. Malah nisbah bilangan polis kepada penduduk Rawang adalah 1:4000 orang, sedangkan kadar yang ideal adalah 1:250.

Beliau mencadangkan sebuah balai polis dibina di Bandar Country Homes bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membanteras jenayah di Rawang.

Mengikut Rancangan Pembangunan Rawang, sebidang tanah telah digazetkan untuk membina Balai Polis di Bandar Country Homes, tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Nampaknya lawatan kerja Najib ke Rawang tidak banyak mengubah keadaan dan kekurangan infrastruktur di daerah ini. Ia hanyalah satu lawatan berunsur 'populist' yang mahu mewujudkan 'feel good factors' kepada penduduk tempatan.

Episod-episod ini juga dibantu oleh beberapa elemen 'window dressing' bertujuan menggambarkan betapa pentadbiran Najib menerima sokongan rakyat pelbagai kaum. Antara yang menjadi mangsa ialah ustaz dan ustazah di sekitar daerah Gombak!hrkh

KENYATAAN KHIR TOYO!!! Buat UMNO Selangor lemah semangat

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar) berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.“Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN.

“Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu.

BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen.

Kerusi bandar

PKR pula menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen.

Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.

Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar.
Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.

kl-today

CUKAI GST !!! Episod malang rakyat Malaysia selepas dibuai Bajet indah

KERAjaan Najib DAH TAK ADA DUIT!

Diulang, DAH TAK ADA DUIT!!

Duit Petronas dah nak abis, rizab minyak pun tinggal 12 tahun je

Selangor yang banyak lubuk duit belum tentu dapat balik

Lendir China Doll kena sekat kejap sebab line tengah panas kat Imigresen sebab kes Sarbaini

Last-last Najib call Lee Hsien Loong apa cerita

Apa susah maa, GST kan ada

Singapore sama Malaysia kan macam "adek beradek"

Otak Yahudi Najib memang cekap jahanamkan poket rakyat dia sendiri

JALAN PULANG


Belanjawan 2012 berjumlah RM232 bilion pada ketika pendapatan negara tidak dapat menampung keupayaan berhutang kerajaan, mengesahkan niat Datuk Seri Najib Razak melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Perdana Menteri berniat mengaburi mata rakyat dengan menawarkan gula-gula belanjawan bermula Januari 2012, tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).


Justeru itu katanya, Biro Politik KEADILAN memutuskan untuk bersama Pakatan Rakyat membawa isu GST sebagai isu utama PRU, bagi memastikan rakyat memahami bahawa “undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST”.


Menurut Rafizi, berdasarkan realiti ekonomi global, sasaran pertumbuhan 5 peratus hingga 6 peratus yang digunapakai kerajaan adalah sukar untuk dicapai.


“Ini akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan negara bagi tahun 2012 akibat kutipan cukai dan hasil lain yang berkurangan berikutan pertumbuhan ekonomi 2012 yang lebih perlahan.


“Barisan Nasional perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% – 6% bagi tahun 2012,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.


Pada masa yang sama, katanya, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 pula adalah terbatas.


Ia disebabkan had keberhutangan negara (debt ceiling) yang dihadkan kepada 55 peratus daripada KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.


“Hutang negara sudah pun mencecah 53% dari KDNK berdasarkan angka rasmi Bank Negara Malaysia setakat Jun 2011, maka sebarang hutang baru sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.



“Saya berpendapat Perdana Menteri dan pentadbiran Barisan Nasional cukup arif dengan segala angka ekonomi dan had keberhutangan kerajaan di bawah kedua-dua akta tersebut.

“Saya juga yakin Perdana Menteri telah dinasihatkan bahawa ramalan pertumbuhan 5% – 6% yang diguna pakai di dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik.


Ini membawa kepada satu rumusan semata-mata,” ujarnya.


Kata Rafizi, angka unjuran ekonomi terkini juga menunjukkan bahawa ramalan pertumbuhan ekonomi yang digunakan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 adalah tidak realistik.


“Terbaru adalah unjuran yang dibuat Malaysian Institute of Economics Research (MIER) yang menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 kepada 4.6%,” katanya.

"Tangkap Saya Kalau Saya Salah Tegakkan Agama Allah"!


Penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman hari ini menegaskan beliau tidak akan “menyerah kalah” dengan hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan, sebaliknya “lebih rela ditangkap” selepas ditahan Isnin lalu kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.


“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.


Laporan media hari ini menyebut Jais akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadapnya seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.


Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang berusia 47 tahun itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.


“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.


“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya.


Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.


Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut “mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.”


Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.”


Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.


Bob Lokman menambah, dengan pergi ke pejabat Jais, perjuangan agama yang dipegangnya selama ini seakan hancur kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.


“Ini soal akidah, prinsip dan kepercayaan, saya yakin dengan perjuangan saya, Bilal Bin Rabbah sendiri menerima tentangan hebat waktu diseksa kerana Islam,” kata beliau.


Beliau ditahan Jais selepas menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam di Hulu Langat awal minggu ini.


“Saya yakin kepada agama, kepada al-Quran, sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidakadilan dalam pentadbiran mereka, sekiranya orang PAS sendiri tidak tidak bersetuju, tak apa... saya yakin dengan kepercayaan saya,” tegasnya.


Menurut Bob Lokman lagi, dia yakin penguasa Jais dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai ‘wakil’ Umno, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik.


“Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja,” katanya lagi.


“Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran saya di sana kerana menganggap saya menggugat mereka, tapi saya hanya bercerita soal akidah, berdakwah di jalan Allah, saya juga menolak sikap kadi Hulu Langat yang tidak profesional, yang lebih pentingkan diri daripada membantu mengembalikan akidah dan iman umat Islam di landasan yang betul,” katanya lagi.

BERAPA KALI NAK MASUK UMNO DA!!! Awie, Zed Zaidi, Adam AF masuk UMNO

BERITA yang dipetik dari sahabat blogger pulakdah memaklumkan bahawa tiga orang artis terkenal telah menyerahkan borang keahlian Umno kepada Khairy Jamaluddin.

Mereka adalah penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dan beberapa orang artis lain.

ReJaM© berpendapat, jika artis masuk Umno bukanlah sesuatu yang pelik, kerana mereka masih terus menjalankan aktiviti seni sama ada menyanyi, berlakon dan sebagainya.

Malah maklumat yang diterima, Zaid Zaidi, Awie, dan Adam AF memang sudah lama menjadi ahli Umno. Cuma yang peliknya kenapa dia masuk Umno sekali lagi?


Berbeza dengan saudara Bob Lokman yang menyertai PAS. Jelas beliau mahu berubah dan sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia hiburan lagi.

Kini Bob Lokman aktif di pentas-pentas ceramah di dalam menyampaikan dakwah kepada para hadirin, sesuai dengan statusnya sebagai cucu ulama terkenal Tok Kenali.

Awie, Zaid Zaidi dan Adam AF masuk Umno, tidak ada apa-apa perubahan. Mereka akan terus menyanyi dan berlakon, sebaliknya Bob Lokman kini sudah tidak lagi bergelar artis tetapi pendakwah.

ReJaM© "Awie, masuk Umno untuk terus berkonsert, Bob Lokman masuk PAS untuk jadi pendakwah..."


BUSUK PERUT UMNO!!! Pengilang beras percuma kepada rakyat miskin Kelantan diugut akan ditarik lesen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxl3TCV3BJOSio3c5GNshn32WAmJEjh3uFknoUkT_yWWbxyO3G-00JzQzI9TzdFWiWdX7jhPkm7Y_LpTNPYR52HE2q_zctD08UR0Ok0Jq0s566IWeu1pEKK15gsXK3n1v44yATx96PcCBw/s320/kautsar-albums-kautsar_cool-picture3593-beras-dibuat-jadi-nasi-makanan-pokok-makhluk-indonesia.jpgKOTA BHARU, 13 Okt: Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dianggap semakin pudar, apabila diskriminasi politik masih menebal.

Dendam pemimpin Umno terhadap keberanian rakyat Kelantan menyingkir parti itu pada 1990 belum berpenghujung kerana deraan politik masih lagi subur dalam diari politik Umno.

Kes terbaru di mana pengilang-pengilang beras yang membekalkan beras skim al It’aam untuk rakyat miskin di Kelantan pula diugut.

Skim berkenaan mulai diperkenalkan kerajaan negeri bermula Febuari lalu, di mana seramai 8,100 penduduk miskin yang disenaraikan di bawah senarai e-Tegar mendapat bantuan beras percuma 10 kg sebulan.

Bantuan beras percuma pada peringkat awal diperkenalkan Dun Wakaf Bharu tahun lepas, di mana seramai 225 penduduk miskin mendapat sumbangan Adun kawasan itu, Che Abdullah Mat Nawi.

Malangnya selepas 10 bulan skim itu berjalan lancar, Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan mendedahkan pemilik kilang dan pembekal beras percuma pula diugut.

”Saya difahamkan pembekal beras kepada skim al It’aam diberi amaran agar tidak ikut serta menjayakan program berkenaan,” katanya di sini.

Menurut sumber pengilang dan pembekal beras yang terbabit skim al It’aam diugut akan ditarik lesen sekiranya terus memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.hrkh