Friday, November 4, 2011

PENDEDAHAN TERBARU!!!! Tuduh DAP anti Melayu, hakikatnya UMNOlah anti-Melayu kerana menjadi dalang perobohan rumah Pantai Jerjak


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.


Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.


"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama.


Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.


"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.


"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.


"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.


Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.


"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.


"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.


Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri.

AUKU!!! Hanya UMNO mahu , parti lain dalam BN dah tak mahu

http://demamalaysia.files.wordpress.com/2010/04/auku-akta-zalim-3.jpgEmpat aktivis mahasiswa - yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - 'mengugut' memastikan BN hilang sokongan generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.


"Sudah ada langkah positif dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk memansuhkan AUKU) tetapi setiap keputusan memerlukan keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan kabinet (mahu merayu) itu betul," katanya.



Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut.

MANA LEMBU SHAHRIZAT!!! Adakah Noh Omar sudah bawa lari untuk diberi kepada Geng Kepala Lembu?



OLEH kerana Noh Omar kata projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada anak beranak Shahrizat Jalil tidak gagal. Maka kami telah mengambil inisiatif untuk pergi sendiri meninjau projek tersebut di Gemas Negeri Sembilan semalam.

Rombongan Jingga 13 bersama Rafizi Ramli dan beberapa ADUN Negeri Sembilan serta wartawan menaiki lebih sepuluh biji kereta menyambut pelawaan Noh Omar yang berkata rakyat dialu-alukan untuk melihat projek yang dibangunkan oleh wang rakyat ini bila-bila masa.


Selepas melepasi gerbang masuk Pusat Fidlot Nasional, kami dapati tiada seekor lembu pun yang kelihatan sepanjang laluan kami di dalam kawasan berpagar projek yang mendapat peruntukan kerajaan sehingga RM250 juta itu.

Ini menguatkan lagi azam kami untuk meninjau kawasan dalam Pusat Fidlot Nasional itu. Kami nak kira sendiri ada berapa ekor lembu dalam tu. Menteri kata projek ini berjaya dan tidak gagal.

Cukup mengecewakan, sebaik sahaja kami sampai di pejabat pentadbiran Pusat Fidlot Nasional itu, pekerja yang ada di situ terus meluru dan menutup pintu pagar dan menghalang tinjauan kami.


Puas kami merayu untuk bertemu pegawai paling tinggi yang bertugas di situ, tapi semua pekerja yang ada di situ hanya buat bodoh. Mereka kata semua pegawai tiada, dan mereka dapat arahan jangan benarkan sesiapa pun datang melawat.

Kami minta supaya hanya wartawan dibenarkan masuk untuk mengira sendiri berapa ekor lembu di dalam Pusat Fidlot Nasional tersebut. Juga tak dibenarkan, seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Dalam musim Hari Raya Haji seperti ini, tiada lembu yang kelihatan di Pusat Fidlot Nasional. Ini Pusat Fidlot taraf nasional atau taraf JKKK kampung?





ReJaM© "Apa yang nak disorokkan dalam tu? Ada lembu ke tidak?"


MAHKAMAH MALAYSIA NO RESPON!!!! Mahkamah Jenayah Antarabangsa bakal bicarakan saman bapa Altantuya


Dah nak masuk dua tahun mahkamah Malaysia buat bangang buat pekak BADAK buat bodoh

Kalau dah sampai Mahkamah Jenayah Antarabangsa dah tak boleh patah balik dah


Ingat pergi Makkah boleh cuci dosa ke


Atau Tuhan saja nak tambah bala Najib ..


JALAN PULANG


Kes saman bapa Altantuya: Tak mustahil dibawa ke ICC


Pengurusan kes saman bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu terhadap kerajaan Malaysia perlu dipercepatkan kerana ia akan menjadi lebih buruk jika kes itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).


Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, tidak mustahil keluarga mendiang berbuat demikian, sekiranya kes saman yang mereka failkan di negara ini masih tertangguh.


“Kita tidak akan dapat menghalang (bapa Altantuya) untuk mendapatkan keadilan kerana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja.


“Bukan sahaja ke Paris, malah mereka juga boleh pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mencapai keadilan,” katanya yang merujuk kes Scorpene yang difailkan di mahkamah tinggi Perancis.


Menurut Yusmadi, kes pembunuhan Altantuya bukan kes biasa kerana ia melibatkan dua aspek penting iaitu sistem keadilan jenayah dan dasar luar negara.


“Sehingga kini.. tidak ada satu kenyataan maaf yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, kerana yang terlibat secara faktanya adalah pegawai penjawat awam yang beruniform,”

.
“(Jelas) kes ini dapat layanan yang berbeza, bersifat diskriminasi malah dari segi aspek pengendalian kes, kita lihat ia tidak dapat layanan yang sewajarnya,” kata Yusmadi.

Pada Jun 2007, bapa Altantuya, Setev Shaariibu memfailkan saman ke atas Kerajaan Malaysia dan tiga tertuduh yang didakwa dalam kes pembunuhan itu, bagi mendapatkan ganti rugi RM100 juta.


Writ saman berkenaan difailkan melalui firma Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Sivil.


Empat anggota keluarga terdekat mangsa, termasuk dua anak kecilnya, dinamakan sebagai plaintif.


Mereka menamakan Cif Insp Azilah Hadri, Kpl Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

UMNO ADA FAHAM!!! PAS sokong Bersih bukan sokong Ambiga

http://www.marhaen.info/images/juara_fitnah.jpgKUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.

Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini.


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air.


"Dalam hubungan ini, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Dewan Ulamak PAS yang menentang penganjuran Pesta Seksualiti Merdeka dan sebarang aktiviti seks luar tabie melibatkan lesbian dan gay," katanya.


Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan kontroversi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu (Bebas), Zulkifli Noordin mengenai sokongan PAS ke atas Ambiga, sedangkan Ambiga jelas menyokong Pesta Seksualiti Merdeka atas alasan hak asasi manusia.


Menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Zulkifli ketika mencelah ucapannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sejak dulu sokongan PAS terhadap seseorang bergantung kepada isu, bukan ke atas batang tubuh seseorang dan ia tidak terkecuali dengan Ambiga.


Menurutnya, sokongan PAS dalam isu Bersih yang dibawa oleh Ambiga sesuai dengan tuntutannya yang selaras dengan perjuangan PAS, tetapi dalam isu seksualiti yang membawa sokongan Ambiga terhadap Pesta Seksualiti Merdeka berbeza sama sekali.


"Dalam isu Pesta Seksualiti Merdeka, PAS tidak menyokong Ambiga kerana isu tersebut ternyata bertentangan dengan perjuangan PAS," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.


Sebelum itu, beliau menjelaskan, dalam perkara perjuangan hak asasi manusia oleh pihak-pihak terbabit, ada perkara yang diterima oleh PAS dan ada pula yang ditolak oleh parti itu.


Katanya, penolakan PAS terhadap sesuatu perkara melibatkan hak asasi manusia itu berdasarkan sebab-sebab tertentu selaras dengan dasar perjuangannya dan parti itu tetap mempunyai hujah mengenai perkara itu.


Begitu juga, tegasnya, dengan penolakan PAS terhadap aktiviti seks luar tabie dan perzinaan tetap mempunyai hujahnya kerana ia diharamkan dalam Islam dan amalan itu bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan serta mengundang kemusnahan individu terbabit, keluarga dan masyarakat


Sungguhpun begitu, beliau menyarankan agar pihak-pihak terbabit mengambil langkah lunak terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti haram itu untuk menyedarkan mereka supaya kembali menjalani hidup dengan cara normal.


"Tapi kalau kita guna undang-undang sahaja ke atas mereka, takut nanti mereka akan menjalani aktiviti bawah tanah. Ini pasti lebih merumitkan untuk diatasi," katanya.


Dalam masa yang sama, beliau menyarankan kerajaan agar turut menggubal undang-undang khusus bagi membolehkan zina dikategorikan sebagai jenayah, setelah liwat diletakkan sebagai jenayah di bawah Seksyen 377.


Beliau juga mendesak kerajaan agar mengambil pendirian tegas mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh pihak pemerintah Syria terhadap rakyatnya sehingga menyebabkan kematian ratusan ribu orang awam di negara itu.


Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (kiri) menegaskan bahawa dewan itu sama sekali tidak akan menyokong apa sahaja langkah yang bertentangan dengan nilai fitrah manusia.


Penganjuran program itu dilaporkan oleh akhbar perdana kelmarin dipromosikan melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.


“Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia” kata beliau yang juga Adun Manir, Terengganu.


“Namun Dewan Ulamak PAS menyeru supaya golongan seperti ini diubati sehingga dapat hidup bersama masyarakat secara fitrah dan bukannya memberikan pengiktirafan yang tidak akan menyelesaikan masalah, Dewan Ulamak melihat dari sudut penyelesaian masalah iaitu golongan ini mesti diubati dan bukannya meneruskan masalah,” ujar beliau lagi.

Ziarah masyarakat India sempena Deepavali

PARIT BUNTAR, 3 Nov. : Sambutan Deepavali masyarakat India yang baru lepas mendapat perhatian Ahli Parlimen dan Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Parit Buntar.

Setiausaha Pusat Khidmat Parlimen, Hairul Nizam Ishak berkata, pada tahun ini, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar serta LPN bekerjasama mengambil inisiatif dengan mengadakan kunjungan ziarah ke rumah masyarakat India.

" Kita menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India miskin yang bakal menyambut hari perayaan mereka itu.


" Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Yang Dipertua, Abdul Baharin Mat Desa serta Pengerusi LPN Ahmad Azhar Sharin, turun padang menemui masyarakat India bagi menyampaikan sumbangan disamping mengucapkan selamat pada mereka " katanya

Menurut Hairul Nizam, sumbangan disampaikan sekitar perumahan awam Jalan Abdul Raof, Dennistown, Pekan Baru serta Flat Toh Jabit.


" Lebih 30 orang menerima sumbangan dan mereka merupakan golongan yang susah dan berpendapatan rendah.

" Ada dikalangan mereka merupakan ibu tunggal yang tinggal berseorangan tanpa keluarga, malah ada yang berpendapatan hanya RM400 tetapi terpaksa menanggung anak yang ramai" katanya

Beliau berkata, rombongan yang menziarahi rumah masyarakat India ini dapat menyelami keperitan hidup mereka sekeluarga.


" Walaupun sumbangan kami tidak seberapa, akan tetapi kunjungan ke rumah mereka disambut senyuman dan meriah.

" Mereka berasa gembira dan terharu kerana pimpinan PAS datang ke rumah mereka untuk mengucapkan selamat dan menyampaikan sumbangan" katanya

Turut sama dalam jelajah ini ialah wakil masyarakat India, T.Rajeswaran dan rakan-rakannya.