Friday, December 2, 2011

GEBANG KAMAL SAIDIN!!! Buat mulut perwakilan UMNO tergangga, kena tipu hidup-hidup

Setiap kali mereka kecewa, mereka cuba tutup kekecewaan dengan 'memainkan tape recorder lama', cerita puluhan, ratusan malah ribuan ahli PAS dah menjadi 'sesat' untuk menyertai umno.

Cerita ahli PAS 'sesat' masuk umno ini umpama 'Skim Wajib Tayang' FINAS. Setiap kali perhimpunan agung atau menjelang pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil, pilihan raya umum, cerita orang PAS lari menyeberang untuk menjadi sesat bersama umno sudah menjadi satu kemestian. Sepatutnya dah lama PAS tutup kedai kerana sudah ketiadaan ahli sebab habis melompat ke dalam dakapan umno.

Jika betullah cerita yang mengatakan 7,000 ahli PAS keluar parti protes Mat Sabu, orang pertama yang akan umumkan ialah Haji Presiden umno, Najib Razak. Sekurang-kurangnya dapatlah Haji Presiden mempertingkatkan rating yang semakin merudum. Agaknya mereka masuk umno secara haramjadah, sebab itu Haji Presiden tak tau.

Kamal Saidin ni siapa? Wakil Kedah mai belah mana? Pendang? Badut perhimpunan agung yang menggantikan Amirudin kut.. Hebat dia ni. Aset umno ni. Dia tahu 7,000 ahli PAS masuk umno sedangkan Haji Presiden sendiri pun tak tahu.

Dan dia tahu kesemua mereka ini memprotes tindakan Mat Sabu yang memperwirakan Mat Indera yang berjuang menentang British sebelum Malaya merdeka.

Si penglipurlara Kamal Saidin pastinya sudah boleh masuk senarai 'winnable candidate' untuk dicalonkan satu kawasan Parlimen dalam PRU Ke-13 nanti.

Umno dakwa 7,000 ahli PAS keluar parti protes Mat Sabu iktiraf Mat Indera

KUALA LUMPUR, 2 Dis ? Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan, dakwa seorang perwakilan hari ini.

Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.

“Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu,” katanya ketika mencadangkan usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno petang ini.

Katanya lagi, biarlah Mat Sabu menjelajah ke seluruh negara mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana semakin banyak beliau berceramah, semakin ramai ahli PAS akan keluar dari parti itu.

Dengan menggunakan modal lamanya beliau menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkawan dengan DAP.

Malah beliau turut membaca talqin kepada Hadi yang kononnya bila Presiden PAS itu mati, malaikat akan bertanya kepadanya kenapa berkawan dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

“Dahulu dia kata Umno kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang kenapa mereka tak baca ayat yang sama ketika PAS berkawan dengan DAP yang merupakan kafir harbi,” katanya.

Beliau sedih kerana PAS sanggup menggugurkan slogan negara Islam kerana takut kepada DAP yang anti Islam.

“Kini PAS menggugurkan slogan negara Islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan. Jadi siapa yang memperjuangkan Islam selama ini kalau bukan Umno yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah,” katanya lagi.

Menurut ahli jawatankuasa Umno Pendang itu, PAS haram berkawan dengan DAP yang tidak menerima hukum hudud.

- Zabidi Saidi - Malaysian Insider

SHAIK HUSSEIN MYDIN!!! Diakah sebenarnya Bapok, Pondan , Bangsat dan Barua ?


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin

Bapok, Pondan, Bangsat dan Barua! Itulah apa yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin kepada PKR dan PAS serta penyokong DAP dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 baru-baru ini.

Bahasa yang jelas mencerminkan cara pemikiran terkini UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi penuh dengan kebencian, semangat permusuhan, dendam dan juga ketakutan.

Siapa Bapok dan pondan sebenarnya?

Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang telah mencabar Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk berdebat di Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran”.

Ini berikutan tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang sering mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu dan Islam semakin dipinggirkan oleh Pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bukan sahaja sikap Bapok dan Pondan Pemuda UMNO terserlah disini bilamana mereka takut untuk berhadapan dengan Pemuda Pakatan Rakyat dan ribuan rakyat yang hadir dalam debat ini, malah mereka mempamirkan sikap bapok dan pondan yang bacul.

Jika dikatakan DAP menjadikan Melayu sebagai Barua mereka dalam pemerintahan Kerajaan PR Pulau Pinang, tidakkah Shaik sedar Melayu UMNO sendiri memang menjadi barua kepada Gerakan ketika mereka diperkudakan oleh Gerakan semasa BN menguasai Pulau Pinang?

Tidakkah UMNO sendiri telah menyerlahkan sikap bapok dan pondan mereka malah sanggup menjadi barua kepada Gerakan kerana takut untuk menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan mereka mempunyai majoriti kerusi yang lebih besar dari Gerakan?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dalam ucapannya juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul.

Shaik juga talah melabel penyokong DAP sebagai bangsat kerana menurutnya DAP itu musuh kepada Islam.

Jika begitu penyokong UMNO sudah tentu lebih bangsat kerana UMNO telah menjalankan urus niaga dengan Israel, UMNO juga telah membenarkan rakyat Israel memasuki Malaysia, UMNO juga telah menggunakan Firma dari Israel sebagai penasihat malah UMNO juga telah membenarkan warga Israel terlibat dalam pembinaan sistem komunikasi PDRM.

Siapa lebih bangsat? Israel dilabel sebagai musuh Islam oleh seluruh dunia Islam tetapi DAP pula hanya dilabel sebagai musuh Islam oleh UMNO..

Agak menghairankan bagaimana seorang yang mengaku tinggal di Pulau Pinang boleh mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul sedangkan perarakan tersebut telah diadakan setiap tahun sejak dari awal tahun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan Pulau Pinang lagi.

Biarpun ada pihak yang cuba untuk sabotaj perarakan itu, ianya tetap dijalankan malah setiap kali perarakan diadakan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang menjadi jemputan.

Mungkin beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut lalu beliau tetap mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul.

Atau hati beliau terlalu gelap untuk melihat kebenaran?

Selain itu Ketua Pemuda UMNO Pulalu Pinang Shaik Hussein Mydin juga berkata Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Statistik yang telah lama dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang membuktikan apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu adalah fitnah.

Dimana statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.

Statistik dari mana Shaik Hussein Mydin perolehi untuk menyokong fitnahnya itu?

Mengakhiri ucapannya Shaik Hussein Mydin menyarankan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang.

Jelas Shaik Hussein Mydin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan demokrasi.

Shaik Hussein Mydin perlu sedar UMNO telah ditolak oleh majoriti rakyat Pulau Pinang kerana rakyat sudah muak dengan sikap ahli-ahli dan juga pemimpin UMNO.

Sikap tidak telus dalam pentadbiran, salah guna kuasa yang berleluasa, tidak mempedulikan masaalah rakyat dan mengutamakan kroni dalam setiap pemberian tender projek milik Kerajaan Negeri itulah sikap pemimpin UMNO semasa berkuasa.

Dan ahli-ahli UMNO diperingkat Bahagian pula menjadikan harta Kerajaan Negeri sebagai harta mereka ini termasuk dewan-dewan orang ramai yang dijadikan seperti harta UMNO dan juga tanah-tanah yang didirikan gerai-gerai milik mereka seolah-olah harta kerajaan itu harta UMNO dan harta UMNO itu pula harta emak bapak mereka.

Samada Melayu mendominasi Pulau Pinang atau tidak itu bukannya terletak di tangan UMNO tetapi ditangan rakyat Pulau Pinang.

Sesuai dengan saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO.

Kami akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib Pakatan Rakyat berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukannya berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.



Amir Haji Ghazali
Ketua Angkatan Muda KeAdilan
Negeri Pulau Pinang

PENGAKUAN MENTERI UMNO!!! UMNO kalah kepada DAP, sebab tu fitnah DAP

http://1.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/TL5YOqfGdqI/AAAAAAAAM7k/HMJGFELZ16k/s320/rasis.JPGMenteri Pengajian Tinggi yang juga ahli parlimen Pasir Gudang, Khaled Nordin (dua dari kanan) secara terbuka mengakui bahawa Umno-APCO sebenarnya sudah kalah bertempur dengan DAP dari sudut taktik perang saraf dan jentera pilihanraya seperti yang dinyatakannya dalam satu wawancara sebentar tadi.

Namun dia turut mengakui bahawa Umno-APCO berada di hadapan PAS dan PKR dari kedua-dua segi itu walaupun tidak menyatakan fakta dan statistik jelas bagi membuktikannya.


Khaled yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno-APCO mengakui serangan bertali arus dalam siri perbahasan perhimpunan Umno-APCO terhadap DAP adalah bertitik tolak daripada pelbagai insentif dan imbuhan yang yang diberikan Kerajaan Pulau Pinang di bawah Ketua Menterinya Lim Guan Eng sejak tsunami politik melanda Mac 2008.


Adalah diercayai juga, akibat kekalahan teruk semasa pilihanraya kecil Sibu pada April 2010 juga turut menyebabkan Umno-APCO sudah gagal menentang DAP yang lebih cekap dari segala segi termasuk sebaran media baru seperti Facebook, Twitter dan blog bagi mempromosikan slogan "Jom Ubah" yang menyaksikan Barisan Najis tewas teruk di tangan calon DAP, Wong Ho Leng.


Walaupun Khaled menyatakan bahawa PAS dan PKR boleh dikalahkan, ia sebenarnya hanyalah penyedap kata-kata kerana hakikatnya orang Melayu yang berada di bandar dan pinggir bandar yang terdedah dengan akses internet lebih cenderung menyokong Pakatan Rakyat daripada Umno-APCO sendiri.


Khaled tidak langsung memperincikan kenyataannya, satu bentuk tindakan defensif Umno-APCO tidak mahu mengakui kelemahan sendiri walaupun tarikh pilihanraya umum semakin hampir.


Pun begitu, Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang teruk diserang dan dimaki hamun seperti perkataan "Babi Cina" dan "Pergi Balik Tongsan" tidak seharusnya dibuai mimpi indah, sebaliknya terus berusaha memenangi hati rakyat terbanyak dalam usaha untuk memerintah kerajaan persekutuan kelak.


Manakala PAS dan PKR yang dilabelkan sebagai "parti pengkhianat orang Melayu" perlu membuktikan bahawa kata-kata perwakilan Umno-APCO akan ditelan mereka sendiri seterusnya menggantikan Umno-APCO sebagai juara membela nasib orang Melayu dan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.


Buat Khaled, terima kasih atas kenyataan anda kerana harus diingat Johor juga tidak akan terlepas dari dilanda tsunami dalam pilihanraya umum akan datang.


JALAN PULANG



Umno can ‘overcome’ PKR and PAS but not DAP, says minister



An Umno minister admitted today his party viewed DAP as its biggest threat in the next general election, but he confidently predicted that PKR and PAS could be beaten.

Pasir Gudang MP Datuk Seri Khaled Nordin reasoned that this was why delegates had focused their attacks on DAP when speaking about Pakatan Rakyat (PR) throughout the Umno annual general assembly so far.


“Because they believe, and it has been some sort of perception, whether real or imaginary, that the dominant force (in the opposition) is not PKR — it is DAP.


“Therefore, Umno members have been focusing (on) and criticising DAP ... because Umno feels they can overcome the other Malay-based parties,” he told The Malaysian Insider when approached on the sidelines of the party’s AGM today.


The higher education minister was commenting on the direction of debates during the assembly so far and how delegates have been targeting DAP in their criticisms.


Attacks against the opposition party have served as a focal point for this year’s Umno assembly, with delegates accusing DAP leaders of marginalising Malays in PR states, and challenging the sanctity of Islam as the country’s “official religion”.


While some have dismissed renewed attacks against DAP as mere “Pakatan bashing,” some Umno leaders have insisted that DAP poses a “real threat” to Malays, and that a future with DAP in power would spell disaster for the community.


“The party (Umno) is a platform. Our main concern is the future of Malays and Islam.


“This goes beyond political differences between PAS and PKR. Malays have a right to be worried. The position of Malays and our religion has been challenged subliminally and one day before we realise it, it will be too late to do anything,” said Umno delegate Abdul Rahim Kamarudin.


Khaled agreed today, pointing to how DAP has made significant inroads in the Chinese community.

UMNO BERHIMPUN!!!Hanya untuk mencerca dan maki hamun

KUALA LUMPUR: Saban tahun kecaman terhadap pemimpin dari parti gabungan Pakatan Rakyat merupakan agenda tetap bagi Perhimpunan Agung Umno dan sengaja ditimbulkan untuk menyemarakkan kebencian orang Umno dan rakyat terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.

Pada perhimpunan tahun ini juga, yang diadakan di tempat yang sama, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sejak 29 November lalu sehingga esok, tidak terkecuali dan terlepas dari kecaman-kecaman yang dilontarkan oleh para pemimpin Umno.


Baik pemimpin utama, Wanita, Pemuda dan Puteri, mereka melontarkan kecaman dan yang menjadi sasaran utama ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.



Di kalangan mereka ini, para pemimpin Umno dari Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang paling lantang menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan.

Umum sedar bahawa keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Pakatan Rakyat dan semuanya buruk belaka dan diluahkan dengan penuh perasaan benci dan menghina secara berlebihan.

Cacian dan makian yang bertali arus ini menjadi bahan ketawa dan mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan. Mungkin kerana sebab ini lebih 5,000 perwakilan Umno dari seluruh negara sanggup hadir pada perhimpunan ini.

Bagaimanapun dalam tinjauan hari ini, ada ahli Umno yang tidak senang dengan tindakan keterlaluan pemimpin Umno memburuk- burukkan pemimpin Melayu dari Pakatan.

Seorang ahli Umno Negeri Sembilan berkata, tindakan keterlaluan boleh menimbulkan kebencian orang Melayu yang tidak berparti terhadap Umno.

Azman Ali berkata, kita boleh mengkritik pemimpin pembangkang (Pakatan) tetapi jangan melampaui batas.

“Jangan sampai orang Melayu anggap pemimpin Umno sudah hilang adab. Kalau jadi begini orang Melayu jadi meluat dengan Umno,” katanya.

Ahmad Husin dari Pahang berkata, perhimpunan tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. Setiap tahun perkara yang sama diulang-ulang hingga menyebabkan orang muak dan naik jelak dengan perhimpunan ini

freemalaysiatoday

HEMPAP himpun 7000 pemuda bukti himpunan boleh berjalan aman

PARIT BUNTAR, 3 Dis. : Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 yang berlangsung di sini berjaya menghimpunkan kira-kira tujuh ribu pemuda dari seluruh negeri dan dilaksanakan dengan aman tanpa sebarang provokasi ataupun huru hara.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, pemuda PAS berjaya mengadakan himpunan ini dengan aman, penuh berdisiplin dan tiada sebarang provokasi jahat yang berlaku.


" Ini jelas membuktikan, himpunan yang dianjurkan PAS tidak mengakibatkan sebarang huru-hara.

" Melainkan ada pihak tertentu ataupun pihak musuh yang sengaja mencari peluang untuk menggagalkan himpunan aman"katanya

Hairul Nizam berkata,bagi menjayakan program ini , Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah bersedia dari aspek keselamatan dan apa jua rintangan yang bakal dihadapi termasuklah provokasi yang boleh menggagalkan program ini.


" Apa yang pasti, kita mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Amal yang menyediakan lebih 50 orang anggota bagi menjaga keselamatan dan melancarkan laluan jalan raya sepanjang program ini berlangsung.

" Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang memberi kepercayaan kepada pemuda PAS melaksanakan program ini" katanya

Menurutnya, polis boleh menjalankan tugasan ditempat lain yang lebih memerlukan seperti operasi pencegahan jenayah daripada dikerah membubarkan himpunan aman ini.


" Program HEMPAP yang berlangsung aman ini jelas dijalankan secara harmoni.

" Ribuan anak muda diberi rangsangan serta motivasi untuk menjadi jentera terpenting untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang"katanya

Katanya, anak muda yang hadir menyokong PAS berjaya dididik supaya tidak timbulkan provokasi dan mendengar arahan daripada pimpinan.

" Ini menunjukkan bahawa segala gambaran pimpinan UMNO/BN menyatakan himpunan yang dilaksanakan Pakatan Rakyat boleh menimbulkan huru hara ternyata meleset.

" Justeru himpunan aman atau demontrasi jalanan ini wajar dipertahankan bagi menunjukkan negara kita mengamalkan demokrasi tulen" katanya


Tambahnya, setiap rakyat mempunyai hak untuk menyatakan sokongan dan bantahan tentang sesuatu isu dan perhimpunan aman ini perlu supaya suara mereka dapat didengari oleh kerajaan ataupun parti yang memerintah.










SEDIA TIDAK BERTANDING!!! Rupanya ucapan tiga Naib Presiden UMNO bergegar di luar , pengecut di dalam


Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau “winnable candidate” berundur pada pilihan raya umum akan datang.

Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.


Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.



Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.

Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.


Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.

“Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar
sebelum ini. Berita baru akan menyusul,” petik notis itu.

Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian.

http://www.malaysiakini.com/news/183047

PUTAR BELIT MEDIA UMNO!!!! Indeks rasuah membusuk jadi harum

AKHBAR Kosmo yang diwujudkan bagi menampung kerugian Utusan Malaysia yang tak laku kerana terlalu banyak cerita bohong dilihat mengikut perangai Utusan Malaysia.

Meskipun Kosmo dilihat lebih mirip cara laporannya seperti Harian Metro yang mengutamakan cerita seks dan kontroversi atas dasar keuntungan, dari segi propaganda politik, akhbar itu masih sama dengan Utusan.

Terbaru, berita kejatuhan indeks persepsi rasuah Malaysia yang diumumkan oleh Transparency Internasional, TI iaitu sebuah badan dunia yang mengkaji tahap rasuah antarabangsa diputar belit sampai jadi berita sampah.

Di bawah ini berita yang dimaksudkan [Kosmo].

Inilah cara media propaganda menipu orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng supaya tak faham berita yang dilaporkan.

Beritanya mudah iaitu "Indeks Persepsi Rasuah Malaysia terus merudum" namun bahasa-bahasa pelik digunakan.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media jahanam ini berjaya menukar berita negatif jadi berita positif.

Tahap rasuah di Malaysia semakin teruk, tapi kosmo putar belit laporkan berita dengan tajuk "CB (Corruption Barometer) di Malaysia bertambah baik". Mereka mahu rakyat fikir ini berita positif.

Ini taktik menipu orang kampung, menipu rakyat! Sama seperti perkataan "rasionalisasi subsidi" yang bermakna pemotongan subsidi yang akan menyebabkan barang naik harga.

Kalau sebut "pemotongan subsidi" rakyat akan naik darah, akan marah maka mereka cipta perkataan baru untuk mengelirukan rakyat. Supaya rakyat tak faham dan tak jadi marah.

Kini perkataan baru dicipta lagi, iaitu "CB di Malaysia bertambah baik" yang bermaksud "rasuah di Malaysia semakin buruk".

ReJaM© "Bukan aku takut bini, tapi bini yang tak takut aku..."