Friday, December 9, 2011

PEGUAMCARA SAIFOL LETAK JAWATAN!!! Lantiklah Zol Nordin jadi pengantinya

Isnin dan Selasa depan - tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

NONEDifahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya.

Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

"Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut.

"Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini.

Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

PANAS!!! Umi Hafilda bakal calon UMNO 'Taik'

Dalam temuramah bersama Radio24 semalam, Umi Hafilda tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jika dia dicalonkan. Katanya jika pucuk kepimpinan merasakan dirinya layak, layaklah, jika pimpinan kata saya tak layakpun tidak mengapa.

Kalau tidak bertandingpun Umi Hafilda akan tetap bekerja keras untuk mendedahkan pekung pembangkang dan belaiu akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi tujuan itu. Selagi pemimpin pembangkang tidak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, belaiu akan terus berusaha.


Nampak sangat, Umi Hafilda ada kepentingan tertentu untuk menjadikan dirinya penting agar dapat dipertimbangkan sebagai calon PRU-13 nanti. Sekurang-kurangnya jika BN menang selepas PRU-13 nanti belaiu akan diberikan title senator seperti yang berlaku pada Ezam dan juga Nallakarupan.

Umi tahu bahawa sesiapa saja yang menunjukkan kerja kuat mereka menyerang peribadi Anwar Ibrahim akan diberikan Najib anugerah Senator. Umi mungkin mengidamkan posisi ketua wanita Umno Shahrizat Jalil sebagai menteri apabila kedudukan Shahrizat nampak sedikit goyah.

Persoalannya adakah Umi Hafilda layak menjadi YB, adakah dia mempunyai agenda perjuagan dan falsafah politik selain daripada menyerang orang dan buat duit melalui kerja lobi melobi kejar projek. Lebih melucukan adalah beliau sebenarnya bukan lagi ahli UMNO setelah turut sama keluar dari parti itu bersama dengan Tun Mahathir dulu.

Tun Mahathir dah masuk semua ke dalam Umno apabila diberikan sendiri borang masuk semula oleh Najib sebaik sahaja dia menjadi presiden Umno, malangnya Umi Hafilda tak ada sesiapa yang sudi menjemputnya semula masuk Umno.

KERANA TAIK UMNO!!! Rakyat bersatu menentang UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfVAt5hrMDjPWdbE6jHTB0C-q3_HKyyPK2tmxP1Y_SLmJez_UPCdnnJjAl5hZ3vO9xhBlteFLQMNwTLmDPCqv8gAZSa-MEvMRqx-LUDhXsW4qpyz99womZ1J9pkRXuHOCvs7QY1pzqgY8/s640/kek+tahi+umno.png"Pengotog!!!"

Jerkah Bang Mat Mada di sebuah kedai catok dekat market Kg Berjaya pagi tadi.


"Tak kena tang mana pulak dah Bang Mat?" aku yang lalu berhampiran sengaja menduga.


"Ni ha UMNO Pulau Pinang hantag taik pulak dekat kerajaan negeri," jerkah Pak Mat kuat-kuat sambil angkat handphone, menghala skrin ke arah aku.


Tercengang habih satu kedai. Tak hormat sungguh orang tua ni orang dok tengah jamu selera.



Pak Mat yang aku kenai ahli biasa UMNO tapi bila tiba2 dia hentam UMNO teringin jugak aku nak tau pasai apa.

"Kalau hang marah sangat pun kat kerajaan negeri toksahlah dok buat kurang ajaq macam ni. Ada ka pasai pi hantaq taik dekat pejabat kerajaan..akai takdak ka???" makin menjadi kemarahan Pak Mat.

Tanpa sempat aku lontarkan komen orang kiri kanan Pak Mat berpusu-pusu tolong tambah tail.. Semua hentam tindakan UMNO yang kurang ajaq, biadap dan takdak akai tu.

Balik rumah aku buka FB tengok perkembangan terkini. Rupanya penuh FB aku dengan posting, share dan link mengenai isu HADIAH TAIK UMNO PULAU PINANG terhadap kerajaan negeri. Dah jadi isu besar untuk hari ini. Ni kali pertama aku tengok rakyat bersatu mengutuk UMNO atas tindakan bodoh, bangang, biadap, kurang ajag, mereng, pengotong, tak dak akai tu...

Makin dekat UMNO nak tungging PRU13 ni kelaku depa dah jadi tak ketahawan hala. Orang tua2 kata 'dah buang be at (tabiat)', sifat yang selalu pada pada manusia di penghujung ajalnya.

Kalau ada yang dok berkenan dengan UMNO lagi maka samalah dengan orang tu suka dekat TAIK...eeiii geli geleman aku.

Kedah La