Sunday, December 11, 2011

LAGI SHAHRIZAT SINSING LENGAN!!! Lagi ramai pemimpin UMNO menyampah, desak letak jawatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhhkevJ1opocv-YCVem2usuN8yskES853GELxSV6O1r2bU5Kx3gi1Qgc_ZJl2T3TAXaTrczf5WY_g74lKogZINgkapMBlk_s1yeC_sve60YjU1alVblYc-w5yzHeD6P6tLPtmHfQRBNVlx/s320/Shahrizat+sinsing+lengan.jpgSeorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".

Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara,” tambah Ghapur.

- Bernama

VIDEO HOT!!! Serangan penyakit gila babi menyerang penceramah UMNO

Anda ingin menonton video clip penceramah Umno diserang sawan. Tonton di sini. Dalam Malaysia di Melaka lah satu-satunya negeri yang pemimpinnya Umno sudah hilang akal khasnya di Bahagian Bukit Katil.

Setiap kali PAS mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Bukit Katil mereka ganggu. Bersama-sama posting ini dikepilkan salah satu ceramah Umno yang mengganggu ceramah PAS. Anda nilaikan sendiri ceramah beliau ... Mereka mengadakan ceramah yang jaraknya hanyalah 10-50 meter sahaja.

Mereka sengaja mengganggu ceramah PAS supaya orang kampung tidak mendengar ceramah kerana diganggu dengan suara penceramah mereka yang menjerit-jerit dan melolong-lolong. Kalau anda ingin mendengar ceramah sebegini datanglah ke Melaka. ~mutaligat

JANGAN TERKEJUT!!!.. dari Kamal Ataturk ke Kamal Saidin...

Jangan terkejut kalau adanya golongan agamawan dalam Umno yang menjadi syaitan bisu terhadap pemerintah Umno-BN tetapi menghentam Pas dan kerajaan pimpinan PR. Mereka macam golongan yang nampak kuman diseberang lautan tetapi buta terhadap gajah depan mata.

Sikap Penasihat agama MB Terengganu yang diimport dari pendang, Kedah iaitu Kamal Saidin yang mengkritik serta membuat lawak bodoh terhadap enakmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 2001 iaitu dizaman pemerintahan Pas tetapi bersikap membisu terhadap penyikiran syariat islam dari perundangan Malaysia sekian lama.

Perbuatan tidak bermaruah yang diadakan dihadapan majlis yang dianjurkan oleh sekutu Parti BN iaitu MCA. Dimakah maruah Umno-BN dengan ketokohan ulama cap ayam seperti ini? Mereka sepatutnya mendidik dan menberi penjelasan baik terhadap keindahan dan hikmah peraturan dan undang-undang Islam kepada masyarakat khususnya golongan non-muslim tetapi mengambil kesempatan untuk menakutkan bukan Islam dengan pelaksanaan syariat Islam bahkan mencari ruang-ruang untuk menonjolkan kekurangan demi politik dangkal Umno-BN.

Adakah Kamal Saidin ingin mewarisi perangai Kamal Ataturk yang pernah mengkhianati Khilafah Islamiyyah Turki pada tahun 1924 yang membawa kejatuhan dan kehancuran sistem Khilafah Islamiyyah didunia Islam. Antara jenayah yang dilakukan oleh Kamal Ataturk terhadap Islam disenaraikan dibawah tetapi cuba bandingkan dengan tindakan pemimpin Umno-BN….

Apa bezanya?

1. Menandatangani Perjanjian Luzon 22hb. Nov 1922 yang diadakan dengan British dan sekutu Barat dan mengiktiraf Penjajah dan menghapuskan kerajaan Khilafah Islamiyah Turki serta meminda perlembagaan baru yang sekular dengan menghapuskan perlembagaan Uthmaniyyah yang bercirikan Islam.
- Tunku Abdul Rahman selaku Presiden Umno menanda tangani Perjanjian dengan British di London pada 8hb. Feb 1956 untuk kemerdekaan dengan menerima pakai Perlembagaan Lord Reid dan menolak semua peraturan dan perlembagaan Islam diseluruh negeri-negeri melayu bermula 1957.

2. Menukarkan hukum jenayah syariat dengan mengguna-pakai undang-undang sivil barat.
- Semua hukum jenayah syariat ditolak Umno dan mengguna pakai hukum jenayah sivil berdasarkan undang-undang negara Komanweal.

3. Mengamalkan sistem pengasingan agama dari pemerintahan iaitu dasar sekular Barat sebagai asas untuk memajukan negara dan meletakkan negara Turki untuk bangsa Turki sebagai asas nasionalisme Turki.
- Umno menerima-pakai dasar sekular dalam negara dalam semua bidang termasuk sistem negara, pendidikan dan undang-undang serta menjadikan dasar nasionalisme melayu sebagai teras.

4. Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki bahkan Menukarkan azan dalam bahasa Turki dari bahasa Arab.
- Menghapuskan tulisan jawi dizaman Menteri pendidikan oleh Khir Johari dan mata pelajaran agama sebagai sampingan.

5. Mempopularkan pendedahan aurat khususnya kepada wanita Islam bahkan mengharamkan perempuan menggunakan jilbab dan memaksa perempuan khususnya kaitangan kerajaan memakai skirt.
- Sehingga kini para pemimpin wanita utama masih tidak menutup aurat bahkan ianya tidak menjadi kesalahan.

6. Menentang & menguling kekuasaan khilafah Uthmaniyyah terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 11 dengan berpakat dengan Yahudi Donma dan gerakan freemason Turki.
- Penghapusan kuasa institusi Diraja selepas merdeka dan krisis perlembagaan tahun 1993.
- Membayar kepada penasihat Yahudi APCO-Worldwide sebanyak 77 juta setahun.

7. Bebas meminum arak & menyebarkan budaya tari menari serta nyanyian.
- Kilang Arak Guinness Malaysia Bhd dirasmikan oleh Presiden Umno sendiri iaitu Tunku pada tahun 1966.

8. Menukar Hari cuti daripada Hari Jumaat kepada hari Ahad.
- Di Malaysia pun Sama tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN.

Jadi sepatutnya Kamal Saidin dah dibayar sebagai penasihat, maka nasihatlah bebaik MB Mat Said tu supaya beramal dengan Islam. Bercakap di perhimpunan agung Umno tu, bukannya menghentam Pas tetapi sepatutnya menasihati pimpinan Umno agar kembali kepada islam. Cukuplah 50 tahun merdeka dan diperkudakan oleh Barat. Sepatutnya kembalilah kepada ajaran Islam. Atau hanya sekadar menerima upah penasihat dan kini jadi kuda tunggangan MCA pulak?

Alasan menuduh hukum hudud adalah rekaan Pas. Hudud Pas membenarkan liwat isteri. Ini hujah macam budak-budak tadika. Tak tahu ke beliau beza antara Hudud, Qisas & Ta'zir. Adakah semua kesalahan itu Hudud? atau yang bukan Hudud itu tidak salah? Orang jahil pun tahu bahawa meliwat itu haram. Apabila isu umur 18 tahun diungkitkan, apakah jahil beliau dengan Fiqh Muqaran. Tak mengajikan beliau dengan Mazahib Figh dalam Islam. Mengugut seolah orang cina akan dihukum Hudud sebagai orang yang khianat kepada ayat al-Quran sendiri dan menafikan bahawa ianya sebagai satu ibadah. Apakah Pas akan memaksakan orang cina supaya bersembahyang, hadir ke masjid, berpuasa dan berkhitan? Jahilkah beliau Hukum Mutatis Mutandis?

Tak tahukah beliau dengan ayat al-Quran Surah al-maidah ayat 42:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta hukum kes zina), Maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka Maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. dan jika kamu menghukumkan perkara mereka maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Tidak munasabah orang yang bercakap agama tetapi menyembunyikan kebenaran dan menjadi golongan yang menentang perjuangan untuk menegakkan agama. Untuk menjernihkan suasana alangkah baik rasanya beliau menyahut seruan debat yang diajukan oleh Dewan Pemuda Pas Terengganu daripada beliau berhujah soarang-sorang dikalangan cina MCA di Kuala Lumpur tu.

Takkan jauh-jauh dari Kedah menasihati MB tetapi tak berani untuk bermujadalah dengan anak-anak muda rakyat Terengganu. Kalau negeri boleh melintas nak nasihat agama, maka ruangkan masa barang sejam dua untuk nasihat pemuda Pas yang nak bertemu mata dengan Penasihat MB mereka itu.

Ustaz Saiful Bahri