Monday, December 19, 2011

MASUK JE ZUL NORDIN!!! Perkasa dah jadi PERKOSA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBvgSpGaKs7pXwj4O8sOJlisLAAuMbdzEpFMi4Q4oqa0-v9hz4OD-qID4Oi8thancxHKY_rtCBNhMFRyE18TMja6w9diwKDgKNe0-Le1p10sfyU2xFDJSOZY2N1gvh6zZ5uVxSff0bb4Q/s1600/zulkifli-nordin.jpgOleh: ZULKIFLI YAHAYA

Timbalan Presiden Perkasa Zulkifli Nordin sekarang diusung ke hulu ke hilir oleh Umno kononnya untuk membawa gagasan perpaduan Melayu. Ceramah Perkasa hanya bertumpu di kalangan orang Melayu.

Ramai yang teruja dengan sentimen perpaduan akan berpusu-pusu menghadiri ceramah tersebut. Tetapi bukan gagasan perpaduan yang dihidangkan sebaliknya penuh dengan fitnah dan pembohongan terhadap PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar diaibkan semahu-mahunya. Zul Nordin seorang peguam, justeru butiran ucapannya meskipun bohong, mudah untuk ditelan oleh golongan yang tidak menggunakan akal untuk berfikir.

Dan sememangnya golongan seperti itulah yang diharapkan oleh Umno untuk terus bercambah di bumi Malaysia ini bagi mereka terus melahap khazanah kekayaan negara melalui kuasa yang dipanjangkan oleh rakyat. Selagi ramai orang jahil, selagi itu Umno boleh terus berkuasa.


Setiap ungkapan perkataan Perkasa tiada kena mengena dengan usaha memperkasakan Melayu. Orang yang mahu memperkasakan Melayu tidak akan memaki hamun, memfitnah dan memburukkan bangsa sendiri.

Pihak yang mahu menjana kekuatan Melayu tidak akan menyemai kebencian dan permusuhan terhadap saudara sebangsa dan seagama. Ceramah yang mereka anjurkan seolah-olah mahu memecahbelah perpaduan Melayu Islam.


Di peringkat awal kewujudan Perkasa, ia menggambarkan pertubuhan bukan kerajaan itu semacam ikhlas mahu menggantikan Umno yang dilihat gagal memperjuangkan Melayu.

Selepas separuh abad Umno berkuasa sebahagian besar tanah simpanan Melayu tergadai, separuh saham Bumiputera yang bernilai berbillion ringgit hilang dan Melayu terus melukut di tepi gantang di bidang ekonomi.

Ekuiti milikan Bumiputera tidak sampai 19 peratus dalam negara yang tuannya adalah orang Melayu. Jadi bagus juga kalau ada pihak seperti Perkasa yang menjadi kumpulan pendesak terhadap parti Melayu yang terbesar dalam kerajaan (Umno) yang gagal berperanan memperkasakan Melayu.

Perkasa diharap menyatupadukan umat Melayu/Islam yang berpecah sambil membina semula kekuatan dalam semua bidang di mana prang Melayu tertinggal di belakang.


Namun hari demi hari rupanya perjuangan Perkasa tidak seperti yang diharapkan. Mereka lebih tertonjol sebagai kumpulan ‘kepala angin’ yang lebih ghairah bermusuh dengan DAP dan pihak tertentu yang kononnya mencabar ketuanan Melayu dari membangunkan bangsa sendiri yang ketinggalan.

Kalau setakat nak menganjur program membakar semangat Melayu di jalanan, tidak perlu wujud badan sekuat Perkasa. Swastakan saja kerja itu kepada Mat Rempit dengan memberi upah nasi bungkus dan air kotak. Tapi kerja ala samseng jalanan itu yang sering dilakukan Perkasa.


Sebahagian besar isu yang diperjuangkan Perkasa adalah isu-isu yang menguntungkan Umno. Keahlian Perkasa juga adalah dari kalangan orang-orang Umno.

Mereka bercakap bahasa Umno dan bermusuh dengan pihak yang Umno musuhi. Apa yang lebih melucukan apabila Perkasa bukan berhasrat mahu mengambilalih kerja Umno yang dilihat 'lembik' dalam memperjuangkan Melayu tetapi tiba-tiba ada hati mahu menggantikan PAS.

Presiden Perkasa mengisytiharkan mahu mengambilalih kerja PAS. Perkasa menjadi bertambah celaru apabila melantik Zulkifli Nordin sebagai Timbalan Presiden.

Ironinya Presiden dan Timbalan Presiden Perkasa yang hari ini adalah pembelasah sepenuh masa terhadap PAS dan Pakatan rakyat, mendapat gelaran ‘YB’ hasil sokongan dan kerja keras PAS dan PR dalam PRU12 lalu.


Seantero dunia tahu bahawa PAS adalah parti yang berusaha memperjuangkan hukum Allah dari yang kecil hinggalah sebesar-besarnya.

Hukum hudud semacam sudah disinonimkan oleh Umno terhadap PAS. Tetapi Timbalan Presiden Perkasa membelasah hukum hudud yang terkandung dalam kanun jenayah syariah di Kelantan dan Terengganu kononnya hudud PAS.

Pelbagai fitnah jahat yang dihamburkan sehingga ke tahap tidak terfikir oleh akal yang waras, termasuk kononnya PAS menghalalkan meliwat isteri.

Lidah syaitan terkutuk saja yang sanggup memfitnah begitu rupa dan kerja syaitan itulah pula yang dilakukan oleh pemimpin Perkasa yang mendakwa mahu mengambilalih peranan PAS.


Sekalipun Perkasa didokong oleh orang Umno tetapi ia tidaklah diterima oleh semua anggota Umno, khususnya Umno bandar. Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sangat takut jika dibabitkan dengan Perkasa.

Beliau dilaporkan menyekat program anjuran Perkasa yang cuba dibuat dalam kawasan DUN Bakar Bata. Ia menimbulkan perbalahan antara beliau dan pemimpin Perkasa tertentu.

Beberapa pemimpin Umno bahagian Alor Setar adalah orang kuat Perkasa, justeru Bashah tidak mahu dilihat bersama Perkasa. Ini memandangkan kawasan DUN yang diwakilinya mengandungi hampir 30 peratus pengundi Cina.

Bagi masyarakat Cina, Perkasa adalah kumpulan rasis yang tidak disenangi oleh mereka. Mana-mana pemimpin Umno yang terbabit dengan Perkasa akan disenaraihitamkan.

Perkasa tidak hanya dibenci oleh DAP tetapi juga parti komponen BN dari kalangan bukan Melayu. MCA dan Gerakan sedia untuk mengundi calon Umno tetapi tidak pada anggota Perkasa sekalipun mereka ahli Umno.


Di peringkat Pusat, Perkasa dipersalahkan oleh Datuk Nazri Aziz kononnya pertubuhan itulah yang telah menjauhkan Umno dari sokongan bukan Melayu. Di medan siber, kenyataan Nazri dikecam hebat oleh anggota Umno dari kumpulan pro Perkasa.

Datuk Muhkhriz Mahathir adalah antara pemimpin Umno yang dilibatkan dengan Perkasa. Bukan setakat dalam masyarakat umum Melayu, dalam Umno sendiri mereka berpecah angkara Perkasa.


UMNO dan PAS walaupun menjadi musuh tradisi tetapi di Kedah mereka boleh hidup harmoni dalam masyarakat. Tiada lagi kes solat dua imam, tidak makan sembelihan atau pulau memulau.

Kini Perkasa masuk ke kampung-kampung memukul gendang kebencian terhadap Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, PAS dan KeADILan kerana kononnya menjadi alat DAP.

Bila ada tindakan akan wujud tindakbalas. Tunggulah perpaduan orang Melayu akan terburai lagi angkara Perkasa yang bertindak sebagai batu api.


Nampaknya kewujudan Perkasa pasca penyertaan Zulkifli Nordin bukannya untuk memperkasakan Melayu dan memartabat Islam sebaliknya bertindak memperkosa perpaduan Melayu. Elok ditukar nama Perkasa kepada Perkosa.

PRU 13 !!!! Kenapa Mahathir mahu Najib adakan awal tahun depan?


Pilihan raya adalah penentu masa depan negara. Dalam politik, perubahan kepimpinan tidak dapat dielakkan seperti yang telah terbukti dalam revolusi Arab baru-baru ini, dan pencabar akhir Vladimir Putin iaitu Mikhail Prokhorov dalam pilihan raya presiden Rusia yang akan datang.

UMNO juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perubahan dalam hierarki politik, tetapi untuk menerima kemahuan ahli-ahlinya , kecuali beberapa 'gerakan' dilancarkan untuk mengekalkan status quo, walaupun bersifat sementara.

Arus perubahan akhirnya berlaku untuk UMNO dan kuasa yang bakal mencetuskan arus ini adalah tidak lain daripada kesalahan dan perbuatan-perbuatan zalim UMNO itu sendiri.
Orang yang berkuasa

Mahathir Mohamad, bekas presiden UMNO dan juga mantan Perdana Menteri, meramalkan perkara ini akan berlaku dan muncul semula untuk merebut peluang untuk merealisasikan agenda peribadinya.

Beliau telah menyarankan agar Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan awal tahun depan. Walaupun begitu, persepsi awam beranggapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin juga mahu PRU-13 diadakan awal tahun depan, selepas gula-gula pilihan raya diumumkan pada bulan Oktober, tiada siapa yang boleh menjangka bila sebenarnya ia akan berlaku.

Ketiga-tiga mereka sedang berada dalam perebutan kuasa untuk UMNO, dan sedang bermain dalam permainan dalam usaha untuk memastikan yang lain di akankalah.

Walaupun mempunyai kelebihan sebagai penyandang jawatan utama ketika ini, Najib sebenarnya mempunyai kelemhannya sendiri. Muhyiddin dan terutama sekali Mahathir telah dapat mengatasi nya dari pelbagai aspek.

Selepas tepat dalam menjangkakan pergolakan politik dalam UMNO dan membuat pemantauan selama berbulan-bulan, Mahathir kini akan retak yang cukup besar sekarang.

Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu; biarkan ia mejadi lebih parah lagi dan kemudian bergerak menggunakan kuasanya untuk sekali lagi menjadi wira yang menyelamatkan UMNO.

Sepertimana yang rakyat Malaysia sedia maklum, apa yang Mahathir mahu, dia pasti dapat. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, Mahathir tidak akan membiarkan retak menjadi belah kerana itu akan mengundang bencana kepada keseluruhan UMNO. Dia tidak parti yang lemah, ia tidak sesuai dengan rancangannya.

Perebutan kuasa

Mahathir tahu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kedua-duanya sendiri tentang masing-masing.

Najib adalah Presiden Umno pada masa ini manakala Muhyiddin adalah Timbalan Presiden. Mahathir juga mempunyai pengaruh yang lebih daripada mereka, Najib mahupun Muhyiddin kurang tahu akan Mahathir.

Selama ini, Mahathir memiliki kelebihan dan jika Muhyiddin dan Najib tidak bersatu dalam usaha mereka, mereka akan dikalahkan oleh lelaki berusia 86 tahun ini.

Walau bagaimanapun, Mahathir tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah sebab mengapa rakyat Malaysia telah disajikan dengan pelbagai strategi politik yang aneh banyak daripada ketiga-tiga lelaki ini.

Usaha-usaha mereka untuk menang dan muslihat antara satu sama lain telah mengelirukan semua,termasuk penyokong mereka sendiri.

Malangnya, perebutan kuasa tiga segi ini telah mengakibatkan ketidaktentuan di kalangan ahli-ahli UMNO di semua peringkat. Ini adalah mengapa Najib mendapat mandat semula untuk memilih calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dari kalangan yang mesti menang.

Sesiapa yang tidak menyokong Najib kini terpaksa akur, dan ini sudah tentu tamparan yang hebat kepada Muhyiddin dan Mahathir. Namun, tiada seorang pun yang benar-benar melakukan secara terbuka - tanda yang tidak baik untuk Najib dan dia harus mengakui bahawa ahli-ahli lain menolak beliau kerana kepimpinannya yang lemah. Dan ini adalah peluang untuk kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir.

Mahathir dan Muhyiddin telah mula meraih sokongan dari orang-orang yang ingin selamat dan perlu untuk mencari perlindungan dari kumpulan yang kuat atau yang lain.

Baik Mahathir mahupun Muhyiddin perlu mendapat sokongan 100%. Selagi ada kuasa, mereka boleh membuat tawar-menawar dan inilah permainan politik UMNO.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang, Muhyiddin masih perlu untuk 'menunjukkan' kesetiaan kepada Najib, walaupun kurang kepada Mahathir.

PRU ke 13 dan calon-calon UMNO

Mandat yang diberikan kepada Najib memberikannya pilihan untuk menentukan calon-calon untuk PRU-13 berdasarkan kepada pemegang jawatan dalam UMNO sekarang di semua peringkat. Ramai yang telah memegang jawatan tersebut untuk beberapa lama dan agak yakin akan dipilih semula oleh Najib.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mungkin akan digugurkan. Ini adalah haknya untuk berbuat demikian.

Perbalahan dalaman di dalam UMNO tidak dapat dielakkan. Telah berada pada kemuncaknya sekarang dan satu demi satu nama-nama pemimpin yang akan digugurkan telah bocor tetapi tiada satu pun yang boleh disahkan lagi.

Dengan menyarankan untuk PRU ke13 diadakan awal, Mahathir memberi isyarat yang dia mahu pertikaian dihentikan dengan cepat dan untuk mendapatkan senarai calon-calon boleh menang secepat yang mungkin.

Kononnya, ini adalah untuk memastikan bahawa UMNO-BN mempunyai masa yang cukup untuk menghadapi PRU ke-13, yang bagaimanapun akan diadakan selewat mungkin.

Atau sekurang-kurangnya sehingga iklim politik bertambah baik, kesan kes liwat Anwar dan keadaan ekonomi sedikit baik - cukup bagi rakyat untuk merasakan sedikit perubahan.

Walau bagaimanapun, bantuan RM500 tunai keluarga berpendapatan rendah sedang diedarkan sekarang hingga Januari 2012 boleh kehilangan kesannya jika PRU ke-13 diadakan lebih lambat.

Tetapi Najib, dengan sikap tak kisah terhadap dana awam, tidak akan mengambil berat tentang perkara ini. Mahathir walaupun memantau dengan teliti dan akan memulakan langkah seterusnya selepas memantau reaksi orang ramai.

Senarai boleh menang

Dalam pemilihan yang lalu, calon-calon yang dipilih pada saat-saat akhir menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli UMNO, terutama pihak yang bekerja dan ini membawa kepada keputusan PRU ke-12 yang teruk. Mahathir mahu mencegah ini daripada berlaku semula.

Walau bagaimanapun mengadakan PRU ke- 13 selewat mungkin adalah kesempatan terbaik untuk Najib, kerana pemilihan calon tidak akan dicabar secara terbuka yang didakwanya sebagai sesuatu yang tidak baik untuk UMNO.

Sebenarnya, Najib sudah pun mempunyai senarai calon-calon rahsia yang dikawal dengan rapi, mungkin hanya diketahui oleh Mansor Rosmah isteri beliau. Pembantu yang paling dekatnya tahu bahawa dia telah membuat keputusan tetapi tiada seorang pun tahu senarai penuh tersebut.

Oleh itu, satu lagi sebab mengapa Mahathir meminta PRU ke-13 diadakan awal adalah kerana dia ingin tahu siapakah yang telah dipilih oleh Najib. Mahathir mahu memastikan yang dia mempunyai orang-orangnya di dalam senarai itu nanti.

Mandat yang diberikan oleh ahli perhimpunan UMNO nampaknya tidak adil, ini kerana Najib hanya akan memilih orang-orangnya – tanpa menghiraukan Mahathir dan Muhyiddin.

Tetapi realitinya, baik Mahathir atau Muhyiddin tidak akan membiarkan Najib terlepas begitu mudah. Oleh itu, pertempuran yang senget diramalkan untuk UMNO adalah pada pemilihan dalaman parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selepas mengetahui senarai Najib, Mahathir akan membuat langkah seterusnya. Ini adalah mengapa dia perlu tahu sekarang kerana masa tidak menyebelahinya.

Muhyiddin hanyalah orang pilihan kedua dan dia masih menunggu untuk gilirannya untuk aktif dalam perebutan kuasa ini. Dia juga tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang ada di dalam senarai itu!

Dengan begitu banyak tekanan keatas Najib, ada kemungkinan dia akan perlu untuk memberi atau cuba untuk memuaskan hati dua orang pesaing hebatnya.

Malah, masa tidak menyebelahi UMNO. Semua mata kini tertumpu pada senarai Najib.

Malaysia Chronicle

ISU UST. NASA DAN HASAN ALI!!! Pandangan Tuan Guru Nik Aziz


Sekilas Komen


“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.”
(Al-Bayyinah 98:5)

Semasa di interbiu oleh HARAKAH (10 Dosember lalu) saya menerangkan amat berbeza PAS dengan Umno.
Saya tegaskan:

“PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah SWT kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang.


Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak me ngajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno).


Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil sesetengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil sesetengah hukum Allah.


Misalnya, motokar kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi road tax (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan.


Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah yang kita suka dan tolak setengah lagi bila tak serupa dengan kehendak kita.


Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah kerajaan Malaysia, kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah SWT kena terima semua.


Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah SWT? Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan bertaraf rakyat. Kita bukan rakyat di sisi Allah, tetapi kita jadi hamba-Nya selama 24 jam – sehari semalam.


Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia (kerajaan). Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun.


Tapi kita dengan Allah, bila kita benar kita akan dapat pahala, bila kita salah, dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah. Inilah cara kita berfikir kerana kita sebagai hamba Allah, maka kena berfikir cara hamba-Nya.


Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam (maksudnya menghamba diri sepanjang hari untuk Allah). Hamba ini berasaskan liya’budun (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?”


Sesungguhnya Allah lebih berkuasa dan Maha Berkuasa.


Istiqomah disiplin jemaah


Justeru pendirian sebegitu, saya tetap istiqomah dengan disiplin jemaah. Oleh sebab itulah, bila diajukan “persoalan Dato’ Hassan Ali”, saya katakan:


“Setiap negeri ada Pesuruhjaya masing-masing, isu Selangor perlu dirujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, bukan Pesuruhjaya PAS Kelantan.”


Juga saya nyatakan:


“Saya hanya bersedia untuk mengulas isu-isu melibatkan dasar parti dan bukannya “isu teknikal” sebagaimana dibangkitkan pihak tertentu tentang teknikal pencalonan untuk PRU-13.”


Anggaplah ia satu accident


Pun begitu saya agak terkilan dengan pelbagai desas-desus dan tohmahan dalam media mengenai pencalonan PRU-13. Ada pihak yang dikatakan memberi pandangan mengenainya, sepatutnya tidak perlu memberi pandangan. Tunggulah keputusan rasmi.


Akibatnya terkeluarlah interbiu Ustaz Nasharudin Mat Isa (Berita Minggu, 18 Dis. 2011). Maka anggaplah ia satu accident dan ambillah pengajaran daripada peristiwa lalu. Semoga jemaah terus utuh.
TG Nik Aziz

UMNO MAKIN PANIK!!! Kajian UM mendapati video seks Anwar tidak dipercayai, orang Melayu menyokong PAS ganti UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respon dan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.

Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak.

Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.

Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.

45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti.

PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.

Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.

PENYERANG ADAM ADLI!!! Mungkin polis atau perancangan polis membiarkan Adam diserang ?



Inilah sipolan yang menyerang Adam Adli... Apakah implikasi sekiranya serangan berbentuk fizikal ini dibalas fizikal?

Apakah Bukit Aman tidak lagi aman?

Walaupun kejadian berlaku di depan Ibu Pejabat Polis diraja Malaysia Bukit Aman, namun tiada langsung tindakkan susulan dari pihak polis. Beberapa pegawai polis yang berada di tempat kejadian hanya berdiam diri seolah-olah sipulan yang menyerang mahasiswa itu adalah salah seorang dari mereka.

Sudah lupakah ikrar pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan awam? Dalam klip video di atas kita dapat lihat Chegubard beberapa kali meminta pihak polis mengambil tindakkan tetapi tidak diendahkan. Demi keselamatan, sepatutnya pihak berkuasa menahan sipolan yang menyondol tak tentu pasal itu supaya tiada ruang untuk kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kita masih ingat sebelum perhimpunan Bersih sampai ke tarikhnya, ramai orang awam yang ditahan hanya kerana mengenakan baju kuning bertulis Bersih.

Namun hari ini ketika ada asakkan fizikal dari seseorang yang jelas bertindak di atas faktor Umno, tiada pula tanda-tanda sipolan itu ditahan malah dibiarkan bersahaja.

Apakah tiada akta untuk menahan seseorang yang menyerang individu lain? Berhimpun secara aman adalah lebih bersalah daripada menyerang seseorang di Bukit Aman.

Ini satu provokasi terancang! Namun malang bagi pihak yang merancang, provokasi yang dijual itu tidak dibeli oleh komrad SAMM mahupun gerup mahasiswa yang berada di situ.

Percayalah jika sipolan yang menyerang itu dibalas dengan serangan fizikal dari pihak SAMM atau mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan membuat tangkapan. Mereka bersedia untuk menangkap 'Asalkan Bukan Umno'!

Akhirnya media milik mereka memuntahkan berita yang bertajuk "Mahasiswa ganas ditangkap" atau "Bukit Aman dicemari anasir berniat jahat". Ini strategi lapuk yang mudah dibaca.

Kami bukan mahu keganasan, tapi kami mahu yang ganas-ganas ini ditangkap, disumbat ke lokap dan disiasat di bawah akta yang diperuntukkan. Ini termasuklah juga tindakkan terhadap 'panglima' yang secara terbuka membuat ancaman terhadap Adam Adli.

Justeru, tindakan bijak untuk hanya mempertahankan diri dan tidak mempedulikan sipolan yang menyondol itu adalah yang terbaik ketika pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan acap kali diragui polisinya dalam menjalankan tugas.

Sesungguhnya pendekatan 'gengsterism' dan ugutan adalah kelangsungan politik pihak terdesak untuk terus berkuasa terutamanya bagi menyekat anak muda dan mahasiswa daripada berada di landasan tepat untuk menjana perubahan total!

Di kesempatan ini juga, Edyes mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahasiswa yang bergerak di atas gerakan BEBAS, yang berani bertanggungjawab di atas tindakkan simbolik menurunkan gambar Najib.

Walaupun ditekan oleh pelbagai pihak kaki bodek Umno supaya memohon maaf, mahasiswa tetap dengan pendiriannya untuk tidak tunduk kepada si pembodek ini.

Menurunkan gambar Najib adalah menifestasi mahasiswa yang harus disambut oleh semua mahasiswa matang yang inginkan hak kebebasan untuk menjadi tunjang berkualiti. Keberanian ini wajar dipuji.

Kepada mereka yang berniat untuk menyerang Adam Adli atau mana-mana mahasiswa yang seangkatan dengannya, lupakanlah hasrat itu kerana ia tidak mungkin melumpuhkan semangat kebangkitan mahasiswa.

Hari ini gambar Najib diturunkan oleh mahasiswa, tidak mustahil suatu masa nanti jika mahasiswa terus ditekan, dikurung dan dihimpit, maka mahasiswa sendiri menjadi pencetus jatuhnya regim Najib.

Pemansuhan AUKU, Akta 555 dan 174 , mengembalikan autonomi mahasiswa dan kampus serta kebebasan akademik, ini semua adalah perlawanan hak mahasiswa! Siapa lagi yang akan menjadi teras solidariti ini jika bukan mahasiswa ! Ayuh mahasiswa, terus bangkit dan LAWAN !!


EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM

PILIHANRAYA MESIR!!! Perangai bekas Parti Mubarak di Mesir yang nak kalah SEBIJIK macam UMNO di Malaysia

http://www.shakirshafiee.com/v1/wp-content/uploads/2011/11/pilihan-raya-mesir-2011.jpgPada pusingan pertama dan kedua yang berlangsung pada 14 dan 15 Disember lepas, menyaksikan saki-baki golongan 'FULUL' atau calon-calon bekas parti Mubarak yang dibubarkan (NDP) melakukan pembelian undi dan menyogok para pengundi dengan wang.

Ada beberapa daerah mengundi, calon 'jahat' ini telah mengupah para perusuh untuk melarikan kertas dan peti undi seperti yang berlaku di daerah Gamaliya, bahagian Kaherah apabila calon bekas parti NDP yang juga bekas wakil rakyat kawasan tersebut, Haidar Baghdadi.

Namun, pihak keselamatan berjaya mendapatkan semula kertas dan peti undi yang cuba dilarikan. Begitu juga pada pusingan kedua baru-baru ini, pihak calon 'jahat' ini mengupah perusuh untuk melakukan kekacauan di pusat-pusat mengundi antaranya melepaskan tembakan ke udara yang menyebabkan ada pengundi yang takut untuk mengundi.

Pelbagai penipuan yang berleluasa ini, sekalipun berjaya diatasi tetapi ia tiada kerjasama baik yang diberikan oleh pihak tentera sebagai pemerintah sementara ketika ini.

Itu belum dikira lagi poster dan kain rentang yang dikoyak dan dirosakkan.

Malah terdapat beberapa daerah, pihak musuh menggunakan samseng-samseng bagi menghalang calon kempen Parti Kebebasan dan Keadilan masuk ke kampung bagi merayu undi.

Terdapat juga laporan beberapa penyokong parti dibelasah dan dikasari.


Yang banyak menentang penipuan pilihanraya ini ialah individu calon atau wakil mereka atau parti yang bertanding khasnya Parti Kebebasan dan Keadilan (Parti di bawah Ikhwan Muslimin), satu-satunya parti setakat ini yang dilihat mahu pilihanraya berjalan dengan penuh adil dan telus.


Sumber: Rujuk di Sini

MAHATHIR BOHONG!!! Dokumen Bank Dunia buktikan pinjaman, dah tak boleh fitnah Anwar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvlUF0Y6xeVALBoZgQhOy5PvQALWfTFmCxbsf-bJEEJ4FfZAAYteaokHzHPNEGXmSQjfDWAAHvJ3oJeio22deLQ9OyhE1ZEsvY3SZgOzn3YndRR-gqGHoMJJHrr8fSH_mP3P7uA4o8bykI/s1600/TunDrMahathir.jpgKEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga dokumen berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Ia susulan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar Ketua Pembangkang itu menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara.

“Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

“Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

“Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

“Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad,” kata Rafizi.

Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

“Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia,” kata Rafizi.

Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Rekod kewangan di bawah Anwar baik

Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.

Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

“Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

“Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya,” ujar Rafizi

Keadilandaily

DUA MASJID SATU QARIAH!!! Dah berak merata, UMNO tuduh orang lain yang berak

http://farm4.static.flickr.com/3409/3522712324_80cb9720d4.jpgSiapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di Cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah.

Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah tak de isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.


Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.

Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.

Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi ‘ggabus’ Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat di qariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang.

Ketika PAS memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan PAS seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di Dun Tepuh.

Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan di atas.


Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu Rasulullah s.a.w. mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri.

Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah s.a.w. maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi.


Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (calon PAS 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka.

Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada Masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat.

Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di masjid yang dibina oleh orang PAS sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka Kampung Sura itu sendiri.


Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai Masjid Kg. Pinang Merah, Masjid Kg. Nyior dan Masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada RM3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing Tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaikpulih dan diperbaharui.

Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan di kalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang di masjid mereka.

Begitu juga masjid di Felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.

Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau di seluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya.

Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina Islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak.


Jika Imam itu dikatakan penyokong PAS nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian imam & bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin PAS dipersalahkan.

Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Diharap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain.


http://ustsaifulbahri.blogspot.com