Wednesday, December 21, 2011

KENA TIPU HIDUP-HIDUP!!! Mahasiswa dakwa diperdaya ke demontrasi sokong Najib?




Hampir semua yang hadir ke demo di KPTM tu ditipu hidup-hidup semata-mata untuk kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional !! Sekarang, siapa yang sebenarnya perkuda Mahasiswa? Sudah tu, perkuda tanpa rela pulak tu, ini dah macam kes cabul !

Mahasiswa semua harus bangkit bukan sahaja untuk tuntut hak mahasiswa, tetapi bangkit untuk LAWAN segala fitnah, penindasan dan pengekspoitasi pihak terdesak (baca: Umno) demi untuk terus berkuasa.

Kebangkitan mahasiswa adalah ketakutan kerajaan yang paling utama, sebab itu mahasiswa dikunci dengan pelbagai akta khususnya AUKU!

Ini bukan yang pertama didengari, dan bukan yang pertama membuat pengakuan! Tungguuuu...

Kepada mahasiswa yang ingin BEBAS, dan ingin bergerak hebat memansuhkan PTPTN, sila tegaskan sokongan anda kepada ikon berani mahasiswa Adam Adli. Esok (Jumaat 23 Disember), satu sidang media penting tanda sokongan semua golongan masyarakat kepada Adam Adli dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Mahasiswa dari seluruh negara terpanggil untuk menyatakan sokongan !

Info penting di bawah untuk disebarkan;

22 Disember 2011
Kepada :

wakil - wakil media ;

wakil - wakil organisasi / parti-parti politik ;

wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ;

wakil Polis Di Raja Malaysia ;

wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ;

wakil - wakil pertubuhan bukan kerajaan ;

blogger ;
dan yang berkenaan .


Saudara ;
JEMPUTAN SIDANG MEDIA: Solidariti Bersama Adam Adli - Desakan Kebebasan Akedemik

Perkara di atas dirujuk.

Pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjemput wakil2 NGO, NGI, parti politik, para peguam&media ke
Sidang Media Khas solidariti bsama Adam Adli-desakn kebebasan akedemik pada:

Tarikh : 23 Dis 2011 (Jumaat)
Masa : 3.15 petang
Tempat : Dewan d'Ark, Taman Sri Kasih, Jalan Senawang-Paroi (exit tol senawang), Seremban

Sidang Media diketuai-Adam & teman2 siswa sendiri.

Mohon hantar wakil, Sila respon sahkan kehadiran. Jangan biarkn gerakan Mahasiswa sendirian berdepan ugutan termasuk bunuh

Pertanyaan 0123696474, 0126794704

Edyesdotcom

BUAT MALU UMNO!!! Dr. Asri kata Pemuda UMNO PJ tidak bertamadun

BEKAS mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan kata-kata yang dilontarkan oleh Pemuda Umno Petaling Jaya sebagai tidak bertamadun dan memalukan serta berharap anak muda supaya bangkit menentang puak-puak seperti ini.

Difahamkan beliau telah menonton video rakaman bagaimana Pemuda Umno Petaling Jaya yang mengugut mahu meludah dan menyepak mahasiswa berhubung insiden menurunkan gambar Najib baru-baru ini.

Kenyataan beliau disuarakan melalui laman microblogging twitter milik beliau [Twitter].

"Mmalukn, sy tonton video Pmuda UMNO PJ nak ludah dan sepak Mahasiswa. Kata2 x brtamadun. Hrp anak muda bgkit mnolak puak mcm ini."




Tambahnya lagi, beliau berharap agar mafia dan gangster tidak akan menguasai negara ini [Twitter].



Semakin pelik kita lihat perangai United Malays No Otak ini. Sebelum ini mereka membuat aksi jijik menghantar kek "taik manusia" ke pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang rujuk sini [Umno Taik].

Kita hairan, politik apa yang cuba diamalkan oleh mereka selama ini? Tidak cukup dengan politik lucah, politik taik, kini politik gangster menjadi amalan mereka. Konon nak jadi panglima Melayu terbabas jadi "panglima ludah" puihh puihh puihh...


ReJaM© "Orang gila dipilih jadi pemimpin, inilah jadinya...


Bantuan RM 500 hak rakyat tanpa mengira idelogi politik

PARIT BUNTAR, 21 Dis. : Semua rakyat yang layak menerima bantuan RM 500 diminta mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) .

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, semua rakyat tidak mengira pegangan ideologi politik berhak menerima bantuan tersebut.

“ Peruntukan tersebut merupakan dana belanjawan negara untuk kepentingan rakyat bukan dari mana - mana parti .

“ Mana-mana parti politik tidak boleh mendakwa bantuan tersebut dari mereka kerana bukan dana parti politik yang digunakan sebaliknya dana negara.”katanya

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.

“ Pihak tertentu tidak boleh mengambil kesempatan untuk menyusahkan rakyat kerana kepentingan politik.

“ Permudahkan rakyat untuk mendapatkan, mengisi dan menghantar borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)”katanya

Menurut Fakhrurrazi , orang ramai diminta membuat aduan rakyat sekiranya mereka dihalang mendapatkan borang tersebut oleh pihak tertentu termasuk parti politik.

“Andainya ada rakyat yang dipertikaikan atau dihalang dalam menerima sumbangan wang ini, mereka boleh buat aduan rakyat termasuk laporan polis.

“ Orang ramai diharapkan menyatakan kepada pihak yang menghalang bahawa sumbangan itu adalah dana negara untuk membantu rakyat bukan tujuan politik”katanya

Fakhrurrazi juga berharap orang ramai tidak terpedaya dengan orang tengah termasuk membeli borang dan lain-lain dalam proses memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

PUCUK DICITA!!! Hasan Ali mengaku sama macam Zul Katak


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEij4Zo2Ogd8L9bat6erg0bu9sUAhuZgNIiZGUFDcBR5rYxr6xF0RKnnB-cAL5CPAPidJhA-DCJ7DaaaCw0YV51XJgOslFm_e8_nV_pDJpHS4B5bAIulTp3RnoqkMATMiGbtIOxpXII6P30/s1600/kerbau+007.jpgKUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali (gambar) mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.

Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.

Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media sebelum ini, Hasan mempertikai konsep Negara Berkebajikan yang dikemukakan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu dan kini bakal menjadi panduan utama PAS.

Ekoran itu, beliau diserang oleh pemimpin PAS di samping Pemuda dan Muslimat.

Hasan dalam wawancara kali ini mempertikaikan komposisi kepimpinan PAS yang dikatakan lebih ramai profesional dari ulama tanpa menyebut badan tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama yang semua anggotanya adalah ulamak.

"Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shift), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20 ,30 dan 50 tahun dulu," katanya.

Bagi beliau, punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya adalah orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung.

Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali


KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu.


hrkh

TU DIA RM 1000 BILLION DUIT RAKYAT LESAP!!! Tu pun nak undi BN lagi


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8D0mbZjnn-u52I6MUBkwEJrxZ_heJBodEG4cEkAwoge_1pHQn-HV56xmNsv0p6LoNp4FbMZPhZoZMoDV82y_lFKeHq8ktKW5OZfIKdSlnJWWqdcM_Z-Vaza8OjYOSZ5sEjR699ViAGic-/s400/Rasuah+GIF.png

Berita yang di tulis oleh Global Financial Integrity (GFI) tiga empat hari yang lepas amat menyayat hati. Lapuran itu telah memberikan kita betapa hinanya sikap kerajaan yang mentadbir kita yang sepatutnya tidak melakukan rasuah dan penyelewengan yang begitu besar, iaitu RM 1 trillion jumlahnya (satu ribu billion sahaja).

Jumlah penyelewengan yang tidak pernah kita bayangkan akan berlaku dalam negara yang melaungkan slogan-slogan, lepas satu slogan dengan slogan yang lain yang kesemuanya untuk memberikan ‘branding’ individu pimpinan masing-masing.

Akhirnya dari pimpinan Dr Mahathir sehinggalah sekarang mereka-mereka ini hanya mempunyai satu slogan yang hakiki; iaitu tamak, haloba, perasuah, pembohongan, penipuan dan bersikap seperti anjing nampak tulang; meleleh air liur bila nampak harta rakyat yang banyak.

Pengaliran keluar negara wang rakyat sebanyak RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu menunjukkan sikap mereka yang berkuasa sejak 3 dekad yang lalu yang tidak ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap rakyat atau setidak-tidaknya rasa kasihan terhadap rakyat yang semakin hari semakin menderita terutamanya di kalangan rakyat kelas menengah.

Kita diperdaya dengan longgokkan slogan-slogan satu demi satu apabila bertukar kepimpinan negara. Rakyat sudah terlalu kenyang dengan slogan-slogan tetapi kesemua slogan itu hanya tinggal slogan tanpa membuahkan apa-apa hasil yang memberi muafaat kepada rakyat ramai.

Semasa Perdana Menteri yang telah memerintah negara selama 22 tahun, kita di sumbatkan ditelinga kita slogan bersih, cekap dan amanah. Akhirnya bersihnya tidak ada malah bertambah kotor dan jumud, cekapnya tiada; hanya cekap melonggokkan harta kekayaan untuk diri dan keluarga mereka dan amanahnya pun tidak ada.

Kalau ada amanah masa kan di biarkan wang yang mengalir keluar negara tidak dapat di tahan malah digalakkan lagi. Pengaliran keluar wang yang sudah berjumlah trillion ringgit ini bermula dengan hebatnya semasa rakyat sedang dilenakan dengan nyanyian slogan bersih, cekap dan amanah itu.

Selepas itu datang pula seorang lagi PM yang membawa slogan, ‘jangan bekerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya’. Akhirnya rakyat tidak dapat membuat apa-apa kerja kerana beliau tidak tahu untuk membuat apa-apa kerja. Wang negara mengalir begitu besar keluar negara masih hebat seperti waktu negara dipimpin oleh pemimpin sebelum beliau.

Apabila sahaja datang pemimpin yang ada pada hari ini timbul lagi slogan ‘1Malaysia’ yang pernah saya katakan sebagai slogan yang satu Malaysia tidak dapat memahaminya. Malahan ‘warlord’ terbesar negara Dr Mahathir sendiri tidak faham apa itu 1Malaysia kerana rakyat tidak tahu apa sebenarnya makna slogan itu. Wang negara mengalir ke luar lebih besar kerana lapuran GFI itu menunjukkan yang pada tahun 2009 sahaja sebanyak RM950 billion telah dibawa lari ke luar negara dan di simpan di merata-rata negara di dunia ini.

Apa yang dilaungkan oleh Najib rakyat di dahulukan itu tinggal slogan semata-mata, sama seperti slogan-slogan zaman Dr Mahathir dan Pak Lah. Semua slogan-slogan itu gunanya hanyalah untuk memperdayakan rakyat sahaja.

Slogan-slogan itu semuanya berbunyi sebagai slogan yang baik-baik tetapi apa yang dilakukan oleh mereka semuanya terbalik dan mengelirukan rakyat. Sedar-sedar wang ringgit rakyat di bawa mereka lari ke luar negara dan rakyat serta penyokong-penyokong pemimpin-pemimpin ini hanyalah dijadikan buruh kasar untuk mempertahankan mereka sahaja.

Saya ulangi kepada mereka yang bertanggungjawab, apa yang dilakukan oleh pesalah-pesalah ini merupakan tindakkan durhaka kepada Raja dan Negara. Mereka tidak lebih dari nilai Botak Chin. Bezanya Botak Chin itu adalah penyamun kolar biru tetapi pemimpin-pemimpin kita adalah penyamun kolar putih. Penyamun-penyamun kolar putih ini semuanya kumpulan yang hipokrit dan ada yang telah menutupi segala samunan mereka dengan membaca ayat-ayat suci dan membaca hadith-hadith Nabi apabila berhadapan dengan orang ramai.

Mereka akan beretorik berlindung dengan ayat-ayat quran serta berlindung di sebalik ketiak Raja-Raja Melayu sambil menuduh orang lain sebagai anti Melayu, anti Islam dan anti Raja-Raja Melayu. Apa sahaja yang kena-mengena dengan Melayu Islam serta Raja-Raja Melayu mereka akan membuat tohmahan kepada DAP serta parti-parti pembangkang. Kerana apa? Kerana pilihanraya sudah hampir tiba.

Jika mereka masih dapat mandat rakyat lagi tidak tahulah berapa billion ringgit lagi akan di larikan keluar negara oleh mereka-mereka ini. Saya hanya ingat yang jumlah wang yang dilarikan oleh pemimpin UMNO hanyalah sebanyak RM10 juta sahaja yang dilakukan oleh Mohamad Hasan, MBNS melalui penngurup wang yang begitu ‘dubious’ keadaannya. Rupa-rupanya jumlahnya adalah RM 1 trillion. Selepas ini rakyat tidak akan menyebut billion-billion lagi dan bermula dari sekarang rakyat akan mula belajar untuk menyebut trillion-trillion pula.

Itulah sebabnya rakyat sudah tidak percaya lagi kepada slogan-slogan yang diperkenalkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tahu slogan-slogan tersebut hanya lah untuk memperdayakan rakyat.

Maka sekarang rakyat pula yang memperkenalkan slogan baru; iaitu ABU (asalkan bukan UMNO) atau dalam bahasa Inggerisnya ‘anything but UMNO’.

Slogan ABU yang diperkenalkan oleh rakyat ini akan berlegar di seluruh negara tidak berapa lama lagi. Rakyat sudah jemu dengan slogan anjuran pemimpin-pemimpin kita. Rakyat mahu slogan mereka sendiri diguna pakai, iaitu ABU.

Jika ABU berjaya adalah di harapkan pengaliran dan kecurian terhadap wang dan harta rakyat tidak akan sampai kepada angka trillion dalam satu dekad lagi. Jika ABU berjaya, maka mereka yang menyamun dan merompak akan tidak lagi berada di tampuk kuasa.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

SUARA RAKYAT KEDAH!!! Masa PAS perintah baru kami merasa

http://www.zilhan.com/wp-content/uploads/2010/11/mbkedah.jpgOleh: Kedah Time Bomb

Pak Manaf, nelayan di Kuala Kedah yang sudah berusia 58 tahun, begitu gembira apabila hasratnya menagih sedikit bantuan daripada Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi menampung sedikit duit belanja bagi persediaan anaknya ke universiti berjaya.

Dia baru tahu rupanya sapa masuk IPTA kerajaan negeri bagi; diploma dapat RM200, ijazah RM400. Kerajaan BN dulu haram sekupang pun tak bagi.


Mak Cik Teh sudah 10 tahun berniaga nasi lemak di pinggir bandar Alor Setar. Satu hari beliau didatangi pegawai berpakaian uniform yang menyuruh beliau menutup perniagaan kerana tempat dia berniaga tepi tong sampah.

Pegawai tu suruh pi MBAS buat permohonan berniaga di tempat yg disediakan sebelah Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah. Permohonannya berjaya, "Alhamdulillah dan terima kasih kerajaan PAS," ujarnya gembira.


Lim peniaga barang binaan di Pendang semakin hari semakin seronok melihat barangan yang sangat laku kerana sektor pembinaan di Kedah yang bergerak maju.

Di Tanah Merah, Seberang Pendang, Batu Menunggul, Jalan Lencong Barat, di Alor Mengkudu, Jalan Putra, Jalan Sultanah Sambungan, Langgar (ish tak larat nak sebut banyak sangat) kawasan perumahan dan rumah kedai muncul bagai cendawan selepas hujan apabila PAS perintah. Pusat hiburan pun ada.. (he he) tapi untuk orang kapiaq sajala.


Rosli, seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Pekan Yan kerap kali memaki hamun BN kerana Proton Saganya sering kali terlanggar lubang di jalan MADA dan jalan persekutuan yang dilaluinya.


Beliau tidak faham kenapa jalan yang rosak tidak diperbaiki oleh kerajaan BN Pusat sedangkan jalan negeri hampir kesemuanya dah diturap, tinggai sikit saja lg dok tengah buat.

Watak-watak mereka itu serta puluhan ribuan orang lain lagi, adalah gambaran kehidupan rakyat di Kedah yang gembira berada di bawah kerajaan PAS dengan slogan Kedah Sejahtera.

Di waktu yang sama mereka sangat benci kepada UMNO/BN yang tak membangunkan infrastruktur Kedah walaupun depa adalah kerajaan Pusat yg juga berkuasa di Kedah.

"Harap dekat pilihanraya ni baru mai nak hulog rasuah RM100 dan RM500 untuk pancing undi, RM250 juta depa bagi kat lembu..ptuuii," jerkah Pak Cik Sobri Sudin, 60, pengayuh beca di Pekan Rabu.


Di sudut hati mereka sering tertanya bilakah akan berakhirnya regim tua BN yg memerintah Msia lebih separuh abad di samping berharap PAS terus menerajui kerajaan di Kedah PRU13 nanti.

KEDAH LA

ZAMBRY BAKAL GUGUR!!! UMNO mahu Melayu asli

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/ge/PK26_050209_MB%20BARU%20PERAK_opt.jpgPemilihan terkini menunjukkan bahawa rakyat Perak akan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan dipanggil pada tahun 2012.

Ia akan menjadi satu tugas besar bagi Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa selepas diambil alih secara kelam-kabut dan diragui oleh Pakatan Rakyat pada Februari 2009 selepas tiga anggota perundangan negeri dari Pakatan mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli bebas.

Rupa-rupanya, pengundi masih marah atas peristiwa-peristiwa yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui proses mahkamah.
Zambry Abdul Kadir, MB terkini, tidak boleh dipersalahkan bagi Umno sekarang dan BN yang tidak popular di Perak.

Malah di seluruh negara populariti mereka juga telah semakin surut ke tahap yang paling rendah kerana kualiti kepimpinan yang lemah dan huru-hara yang berkaitan dengan skandal, rasuah, dan kronisme di kalangan pemimpin mereka.
Ramalan oleh penganalisis politik bahawa pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah di Perak.

Zambry menyedari kesusahan ini dan masa kini amat buruk baginya, seperti yang ditambah kepada kelemahan lama politik ini terdapat beberapa Umno ghairah yang mengintai jawatan MB Perak - sedih melihat kelemahan Zambry sebagai pemimpin bagi tiga tahun yang lepas.

Seorang pengundi dari Ipoh telah berkata: "pilihan raya umum akan datang akan melihat kemenangan bagi Pakatan. Zambry, atau mana-mana Umno yang lain yang ingin menjadi MB, tidak akan menggoyahkan sentimen rakyat di sini. Orang ramai masih akan mengundi untuk Pakatan Rakyat. "
Zambry tidak akan bertanding bagi kerusi negeri
Permainan politik di Perak adalah mudah tetapi jijik. Zambry secara tidak sengaja dijadikan 'kambing korban' apabila BN mengambil alih Perak dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009.

Dia terpaksa untuk melakukan hampir semua kerja 'kotor' bagi parti pemerintah pada masa itu dan selepas Barisan Nasional menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Ketika itu, mereka tidak kisah jika Zambry telah dipulaukan dan akhirnya menjadi wira selagi Perak kekal di dalam pegangan BN. Ini telah dianggap sebagai 'pengorbanan personaliti' yang dirancang oleh mereka yang berada dibahagian atas dalam Umno.

MB Perak seterusnya jika BN memenangi pilihan raya negeri akan datang yang sangat tidak mungkin - tidak mungkin Zambry lagi.
Menurut beberapa penganalisis politik, Zambry tidak akan bertanding bagi kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang. Dia mungkin boleh diberikan kerusi Parlimen untuk bertanding atau beliau akan memilih untuk tidak bertanding langsung.

Skim Umno di sini adalah seseorang yang baru bagi kepimpinan negeri kemungkinan besar akan membantu membuat rakyat melupakan dosa dan pengalaman pahit daripada kemelut 2009.

Ini adalah perlawanan politik yang agak bijak yang direka oleh pemimpin-pemimpin politik yang licik dalam Umno. Biarpun begitu, penganalisis politik telah Memberikan peluang yang amat tipis bagi BN untuk mengekalkan Perak dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pakatan, seperti ditunjukkan dalam pemilihan, akan memenangi Perak tetapi dengan majoriti mudah.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai yang memihak kepada Zambry, pihak kedua tidak akan mengalah dengan mudah jika terdapat satu cabaran untuk jawatan MB jika BN menang di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Penyokong kuat Zambry di Pangkor berkata: "Kami tahu bahawa terdapat orang lain yang bercita-cita untuk mengambil alih jawatan Zambry. Kami tidak akan menyokong atau mengundi mereka.

"Zambry di pihaknya, walaupun beliau tidak popular sebagai MB, masih bertekad untuk bertanding kerusi DUN dan kekal sebagai MB Perak.
Mahukan Mb yang lebih ‘berwajah-melayu’
Zambry mempunyai sebab-sebab yang betul dan sah untuk berbuat demikian. Kali ini dia mahu membuktikan kepada rakyat bahawa dia adalah MB 'sah' Perak untuk menolak tuduhan pengkritik bahawa dia adalah ketua 'yang dilantik mahkamah '.

Dia mahu menunjukkan bahawa ia bukan nasib bahawa dia menjadi MB. Pelantikan beliau sebagai MB yang sah dan ia adalah kerana kebolehan dan kredibiliti beliau.

Ramai rakyat Perak walaupun tidak memihak kepada Zambry, tidak juga memihak kepada mana-mana MB lain dari BN. Mereka mahu mengembalikan jawatan itu kepada Mohammad Nizar Jamaluddin - MB popular yang menerajui negeri ini selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan sebelum Zambry mengambil alih pada bulan Februari 2009.

Pengundi dari Changkat Jering berkata: "Saya tidak mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas. Kali ini saya akan mengundi untuk Pakatan Rakyat. Saya mahu melihat Nizar kembali sebagai MB. "
Tetapi, ahli-ahli Umno di Perak dan di peringkat persekutuan percaya sebaliknya. Zambry semakin kurang popular di kalangan orang Melayu di Perak.

Sesetengah ahli UMNO masih mahu MB yang lebih ‘keMelayuan’ untuk mengetuai negeri ini untuk menentang Nizar yang popular yang sentiasa disebut-sebut untuk menjadi MB Perak selepas pilihan raya umum akan datang.

Ahli UMNO di sini merasakan bahawa Zambry tidak sepadan dengan karisma dan populariti Nizar. Tetapi, mereka juga berasa serba-salah sebagai orang yang memilih untuk menggantikan Zambry kerana takut tindak balas negatif dari penyokong pihak kedua.
Ia adalah hakikat di Perak, pada masa ini, terdapat terlalu banyak pemimpin-pemimpin Umno yang mengintai jawatan MB dan mereka semua mempunyai penyokong mereka sendiri - tanda-tanda bahawa Umno berpecah.

Seorang penyokong Umno Parit berkata: "Ia akan menjadi sukar kali ini. Ahli-ahli Umno berpecah. Mereka mempunyai calon mereka sendiri untuk bersaing bagi menjadi MB. Jika calon mereka tidak dipilih untuk bertanding bagi jawatan tersebut ini akan mengganggu jentera pilihan raya Umno.

"Malah, rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Umno ini telah meletus di negeri ini.
Rakyat tidak yakin
Umno kini menghadapi satu keadaan ketat di Perak. Jika Zambry tidak dipilih untuk terus menjadi MB -dalam keadaan yang dibayangkan di mana BN dapat mengekalkan Perak – ini akan melemahkan semangat beliau.

Jika Zambry adalah kononnya orang yang patut mengekalkan jawatannya sebagai MB dan BN kalah kepada Pakatan Rakyat, Zambry akan dipersalahkan dan kerjaya politik beliau akanr bakhir pra-matang. Zambry tidak mahu meninggalkan politik sebagai si kalah dengan maruahnya dibuang.
Menurut penyokong kuat beliau, Zambry berusaha keras untuk menarik perhatian rakyat bahawa beliau masih relevan di Perak. Beliau pergi mengelilingi kampung memberitahu betapa banyak beliau telah membantu membangunkan negeri ini untuk tiga tahun yang lalu.

Rakyat tidak terlalu yakin. Seorang penduduk di Bota berkata: "Saya tidak melihat sebarang perubahan dalam kehidupan kami di sini kecuali harga hampir semua benda telah naik. Mereka yang bekerja untuk kerajaan mempunyai wang untuk dibelanjakan, perniagaan mereka membuat wang tetapi kita mendapati sukar untuk memenuhi keperluan. Saya mempunyai lima anak yang bersekolah dan kehidupan bagi kebanyakan kita di sini adalah amat sukar. "
Zambry sedar bahawa ramai penduduk luar bandar di sini masih mempunyai hati untuk Nizar - pendahulunya. Ramai rakyat Perak masih berfikir Nizar sebagai MB yang sah.

Secara umumnya, orang Melayu terbahagi kerana mereka kini mempunyai kecenderungan untuk mengundi PAS, PKR dan juga DAP. Umno, nampaknya, tidak boleh bergantung kepada keseluruhan undi Melayu kerana ia akan menjadi hampir berpecah-ke-tiga pengundi Melayu untuk Umno dan parti-parti pembangkang.

Walaubagaimanapun, Zambry tidak berputus asa memerhatikan fenomena ini. Beliau tahu bahawa beliau tidak boleh mendapat sokongan penuh walaupun daripada ahli-ahli Umno. Beliau perlu bergantung kepada pengundi Cina dan India.
Janji-janji kosong
Beliau telah berusaha keras untuk menarik perhatian rakyat Cina dengan menghadiri hampir semua acara MCA tetapi sokongan bagi beliau di kalangan orang-orang Cina tiada.

MCA telah kehilangan pengaruhnya di Perak kepada DAP, PKR dan juga PAS. Untuk Gerakan dan PPP, mereka berada di surut terendah mereka, sebagai persepsi bahawa kedua-dua parti komponen BN adalah kesimpulan tidak penting di Perak.

Kemungkinan bahawa semua calon-calon MCA, Gerakan dan PPP yang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang di Perak akan kehilangan kerusi mereka kepada pembangkang.

Pengundi dari Jelapang jibed berkata: "MCA dan Gerakan tiada harapan lagi. Orang-orang Cina di sini akan mengundi untuk calon-calon PAS untuk memberi peluang kepada Pakatan. Mereka percayakan PAS berbanding calon BN. "
Zambry juga akan pergi berjumpa dengan kaum India dan bercakap kepada mereka dalam bahasa Tamil untuk menarik perhatian mereka bahawa dia tidak lupa asal-usulnya.

Malangnya, kaum India yang terpinggir tidak yakin dengan semua percakapannya yang manis. Mereka sudah kebal kepada retorik Umno tipikal yang tidak bermakna.

Satu pengundi India di Sungkai tersenyum: "Umno terkenal dengan janji-janji kosong. Mereka telah menjanjikan gunung untuk kaum India pada masa lalu tetapi itu semua janji-janji kosong. Sebaik sahaja mereka memenangi pilihan raya itu, mereka akan berdiam diri dan mengabaikan kaum India. Ceramah manis masa ini tidak akan membuat kita mengundi untuk MIC atau Umno. Kami mengundi DAP pada tahun 2008 dan kita akan sekali lagi mengundi DAP atau pembangkang kali ini. "
Tidak kira bagaimana Zambry telah bekerja keras untuk meyakinkan orang ramai, dia mendapati dirinya bersikap defensif kebanyakan masa.

Beliau kadang-kadang mengalami 'penolakan' ketika mendekati rakyat tetapi telah menanganinya secara bijak kerana beliau memahami sentimen itu. Beliau tidak popular di kalangan pengundi yang boleh dikesan oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Huru-hara politik dalam Umno
Malah minoriti India Muslim di sini tidak terlalu kagum dengan Umno. Anehnya, bukan semua India Muslim di Perak menyokong Umno walaupun MB yang sedia ada adalah 'jenis mereka'.

Seorang pemilik restoran di Grik, mengejek: "Orang Melayu tidak terlalu gembira dengan kami sejak akhir-akhir ini. Mereka dengki kepada kita kerana kita bekerja keras dan sudah tentu mendapat pendapatan yang lebih. Kami tidak meminta apa-apa dari Umno. Mengapa orang Melayu mesti iri hati pada kita? Kita memperoleh wang melalui kerja keras.

"Orang Melayu di sini tidak terlalu gembira kerana umat Islam India yang lebih berjaya telah mencerobohi ' wilayah bumi' mereka. Ia kelihatan seperti 'sindrom Pulau Pinang' ini -di mana kebanyakan orang Melayu tidak senang dengan umat Islam India - telah merebak ke Perak dan juga telah memberi kesan kepada negeri-negeri lain juga.

Orang Melayu sekarang semakin sedar bahawa hak-hak dan keistimewaan mereka secara beransur-ansurdiambil oleh sesetengah pseudo-Melayu.

Sama seperti yang sedang berlaku di Pulau Pinang, terdapat sejenis permusuhan yang diselaraskan antara orang Melayu dan India Muslim di Perak.
Untuk mengeruhkan keadaan bagi Zambry, ada juga huru-hara politik dalam Umno sendiri di Perak. Pertelingkahan dalam Umno Perak tidak dapat dielakkan.

Pemuda Umno Perak tidak kelihatan memihak kepada Zambry menjadi MB. Mungkin - menurut beberapa penganalisis politik -mereka melihat beliau sebagai bukan 'Melayu sebenar'.

Mereka juga melihat beliau sebagai MB yang tidak berkesan. Kebenarannya, itu semua atas sebab-sebab Pemuda Umno Perak mempunyai calon mereka sendiri untuk jawatan MB Perak.

Penyokong Zambry di Pangkor berkata: "Walaupun kami menyokongnya, ia akan sukar bagi Zambry untuk mengekalkan jawatannya sebagai MB. Pertandingan ini bukan sahaja dalam Umno mencuba untuk mendapatkan jawatan itu tetapi ancaman sebenar akan datang dari Nizar. Nizar akan menang mudah, lebih popular dan kemungkinan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih di sana. Pertengkaran dalam Umno akan membawa kepada sabotaj dalaman dan ini akan membantu Pakatan Rakyat lebih lagi. "
Presiden MCA berkemungkinan akan bertanding
Cubaan untuk jawatan nombor satu itu semakin sengit dalam Umno. MCA, Gerakan, MIC dan PPP tidak mampu berbuat apa-apa kerana peperangan ‘kawasan’ politik dalam Umno di Perak boleh menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan undi daripada ahli-ahli Umno.

Parti-parti komponen BN tidak mempunyai pilihan tetapi bergantung kepada ahli-ahli Umno untuk memenangi mana-mana tempat duduk mereka untuk bertanding. Seolah-olah ramalan betul bahawa majoriti undi Cina dan India akan pergi kepada calon Pakatan sekali lagi.
Terdapat khabar angin bahawa Presiden MCA mungkin akan bertanding di salah satu daripada kerusi selamat Umno di Perak kerana dia tahu bahawa dia tidak boleh menang dalam mana-mana kerusi majoriti Cina.

Tetapi peluang beliau menang di kerusi majoriti Melayu adalah sama tipis walaupun hakikat bahawa hanya baru-baru ini 'outsourcing' isu Hudud Umno kepadanya untuk memberitahu semua rakyat Malaysia bahawa undang-undang syariah ini tidak boleh diberi kuasa oleh mana-mana parti-parti politik di negara ini.

Beliau berjaya mengambil beberapa 'ulama' yang tidak dimaklumkan dan Umno yang bodoh agama untuk bermain-main mengenai perkara ini. Ia hanya akan berakhir dengan menjadikan orang Melayu lebih kecewa dengan beliau dan Umno.
Perkara Hudud yang didukung oleh Presiden MCA betul-betul telah memakan diri sendiri ke atas Umno dan Najib, tetapi Najib telah memilih untuk berdiam diri mengenai perkara ini.

Apa lagi, 'video chartbuster' MCA yang diedarkan dan dijual seperti goreng pisang panas di hampir semua pilihan raya kecil pasti akan kembali untuk 'melayan' orang-orang di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden yang mulia akan disembelih secara politik di mana-mana kerusi yang dia akan bertanding di Perak.
Terlalu banyak pecahan di dalam Umno
Merasakan Zambry akan diketepikan oleh kepimpinan Umno atas, puak Umno yang kuat telah muncul dalam sokongan daripada bekas MB, Tajol Rosli akan dibuat MB lagi jika semua BN menang di Perak.

Ada satu lagi kumpulan yang kuat sejajar dengan Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden Umno dan menteri persekutuan - walaupun dia tidak boleh menjadi pilihan Najib.

Zahidi mungkin merasa bahawa dengan menjadi MB, ia akan menjadi satu kejayaan besar baginya kerana beliau tidak pasti bahawa beliau akan dikekalkan sebagai menteri selepas pilihan raya umum akan datang.
Pendedahannya tentang banyak perkara tidak menggembirakan tuan politiknya. Terdapat isu atas dakwaan rasuah rasmi selepas kecurian dua Northrop Grumman F-5E enjin jet pejuang dibuat oleh US yang bernilai US29million yang telah dicuri dari pangkalan udara tentera dan dijual di pasaran gelap.

Ini berlaku ketika Najib adalah Menteri Pertahanan. Turut didedahkan adalah kapal selam Scorpene -RM7billion yang dibayar bagi dua kapal selam Scorpene di KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak - yang tidak boleh menyelam hanya selepas dihantar.
Cara pendedahan isu-isu ini juga mesti secara tidak langsung menyinggung Perimekar - yang bertindak sebagai orang tengah bagi memperoleh dua kapal selam buatanPerancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam proses itu, syarikat yang ditubuhkan oleh kawan-kawan rapat Najib mendapat komisen sebanyak RM534.8 juta.

Menurut Wikileaks, Perimekar disyaki dicipta semata-mata untuk mengedarkan komisen RM500juta di antara Malaysia dan benefisiari asing selepas penjualan kapal selam.

Syarikat itu, yang didaftarkan pada tahun 1999, mentakrifkan 'aktiviti' mereka sebagai "pemasaran, penyelenggaraan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan kapal selam dan kapal permukaan ...". Semua ini mesti membawa kecederaan paling teruk kepada Ketua Politiknya.
Sejajar dengan Khairy dan Muhyiddin
Malah, ramai penganalisis politik rasa bahawa Zahid – bekas pembantu rapat Anwar Ibrahim - kini lebih memihak kepada Khairy dan Muhyiddin daripada Najib.

Tetapi Zahid juga bercita-cita tinggi untuk menjadi MB Perak supaya dia boleh menyimpan profil politik yang lebih rendah dan ia tidak memerlukan beliau untuk 'menggosok bahu' dengan menteri-menteri yang tidak, dengan sebenar-benarnya, memihak kepada beliau. Prospeknya untuk menjadi MB Perak seterusnya sudah hampir hancur.
Pilihan Najib mungkin akan menjadi satu lagi pencabar, Husni Mohamad Hanadziah - Menteri Kewangan Kedua – tidak efektif tetapi menteri yang bertukar-tukar yang tidak dapat melakukan hobi kuda beliau dengan baik dan Cukai Perkhidmatan (GST) Rang Undang-Undang di Parlimen.

Pengkritik berkata, Husni juga mempunyai pengikut yang kuat di kalangan ahli-ahli Umno di Perak. Walau bagaimanapun, ia tidak akan berjalan lancar baginya kerana laut politik di Perak Umno sekarang adalah terlalu tidak menentu untuk diramal.
Pemuda Umno mencuba untuk calon lain yang sepangkat dan mempunyai kepentingan dalam kemelut politik Perak ini. Penyokong di semua puak yang bersungguh-sungguh berharap untuk merasakan tumpahnya rezeki jika calon mereka boleh memegang jawatan MB.

Jenaka oleh pengundi dari Behrang, "Umno bertelingkah. Ia sedang memusnahkan dirinya. Ia tidak mudah untuk Husni, kerana dia tidak mempunyai sokongan yang cukup dari peringkat akar umbi. Umno berpecah kepada banyak puak. Pembangkang akan mendapat banyak undi simpati terhadap apa yang berlaku pada bulan Februari 2009. Rakyat tidak bersedia untuk memaafkan BN. "
Di sebalik pengiraan ini adalah harapan tinggi oleh banyak aspiranUmno untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka telah menarik 'pisau' mereka, bersedia untuk perkelahian politik akan datang. S

atu penyokong Umno di Malim Mawar mengejek, "ahli-ahli Umno yang bercita-cita tinggi tetapi gagal untuk dipilih sebagai calon akan mensabotaj parti dalam pilihan raya itu. Mereka telah melakukan ini dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka akan melakukan perkara ini sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang "
Permainan mengganggu
Menurut beberapa sumber Umno, empat calon Bebas – bekas PKR dan penggubal undang-undang negeri DAP – memcuba keras bahawa mereka patut dibuat calon-calon di bawah tiket BN pada PU yang akan datang.

Kegagalan mereka untuk berdiri sebagai calon bebas dan berpaling ke dalam 'cip tawar-menawar' pada malam sebelum hari pilihan raya.

Penyokong bekas calon Jelapang menjawab, "Mereka tidak mempunyai peluang untuk menang dalam apa jua kapasiti peraduan mereka. Tetapi ini boleh berakhir dengan merosakkan beberapa undi untuk BN atau Pakatan dan mungkin mencari beberapa ganjaran kewangan sebelum menarik diri daripada peraduan.

"Pada muka, pengkhianat ini akan dihancurkan oleh pengundi dalam mana-mana tempat duduk yang mereka bakal bertanding.
Tiada anggota Umno yang bersedia untuk berkempen bagi pihaknya lagi, menunggu lampu hijau dari atas pada siapa calon yang sebetulnya.

Setelah disahkan, mereka yang memihak kepada calon-calon yang kecewa akan menarik sokongan mereka terhadap orang-orang yang dipilih, sebagai harapan yang tinggi untuk mempunyai sebahagian dari rezeki mereka akan terputus.

Mereka akan memulakan permainan mengganggu seperti apa yang berlaku pada tahun 2008. Malah mereka akan mengundi untuk Pakatan untuk mensabotaj BN.

BN kalah teruk pada tahun 2008 kerana unsur sabotaj ini. Tetapi Umno tidak akan berubah. Ahli-ahli Umno yang tamak kuasa dan wang telah menjadi fosil dan ini akhirnya akan 'membunuh' UMNO di Perak.
Untuk menggugurkan Zambry adalah perhitungan politik Umno untuk BN bagi memegang Perak. Perhitungan politik bahawa Zambry hanya akan menjadi MB Perak sehingga pilihanraya umum akan datang.

Umno telah dengan bijaknya menjangka bahawa pilihan raya umum akan datang akan memihak kepada Pakatan Rakyat sebagai sentimen sebenar.

Orang-orang Cina, India dan Melayu masih bersemangat untuk Pakatan Rakyat menang. Ia bukan isu BN atau Pakatan dalam konteks ini, tetapi rakyat secara amnya merasakan bahawa proses demokrasi di negara ini telah rosak di Perak pada tahun 2009.
Prospek nampaknya cerah bagi Pakatan
Zambry telah dijadikan penghulu dalam pergaduhan dan perebutan di antara BN dan PR selepas tiga PKR dan ADUN DAP menjadi ahli parlimen bebas di Perak. Zambry memasuki pergaduhan pada masa yang salah - satu pengorbanan yang besar sememangnya di pihaknya.

Dan hari ini, tidak kira sebaik mana beliau cuba untuk memainkan peranan beliau sebagai MB yang sah untuk semua rakyat di Perak, beliau masih belum sepenuhnya memenangi hati rakyat. Di mahkamah pendapat rakyat, ramai merasakan bahawa Nizar masih MB sah Perak.
Senario yang mengubah landskap politik selepas tiga penggubal undang-undang keluar parti mereka pada awal tahun 2009 seperti dalam bulatan membawa Zambry mendapat perhatian, tetapi ia berakhir dengan pengundi tidak puas hati yang mempunyai persepsi negatif terhadap beliau.

Ini hanyalah kurang tepat pada waktunya untuk Zambry - seorang lelaki yang pada mulanya tidak benar-benar menjangka yang dia akan menjadi MB dalam persekitaran politik yang huru-hara.

Zambry memasuki pergaduhan politik pada waktu yang salah dan ini telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang rumit. Beliau kini telah menjadi mangsa bukan sahaja untuk parti-parti pembangkang - musuh beliau - tetapi juga untuk majoriti senyap tetapi cerdik yang bercita-cita tinggi dalam kem Umno.
Prospek adalah cerah bagi Pakatan di Perak, Umno terlibat dalam perebutan dan percubaan. Pemenang dalam pergelutan ini untuk kuasa dalam Umno akan tidak lain daripada Nizar, MB yang tidak resah menunggu.

Bagi Pakatan, ia adalah keputusan sebulat suara oleh Pakatan Rakyat bahawa Nizar akan menjadi MB jika Pakatan memenangi semula negeri itu.
Keluarkan lebih ramai calon PAS
Ramalan bahawa semua empat kerusi yang dipegang oleh calon Bebas kini akan jatuh kembali ke Pakatan. DAP akan memegang 18 kerusi. PAS 12 (jika lebih banyak kerusi yang diperuntukkan kepada PAS terhadap Umno untuk kesabaran dan faktor dinamik Nizar) dan PKR 4.

Dalam semua, Pakatan berkemungkinan akan mendapat 34 daripada 59 kerusi negeri. Ini mungkin bukan majoriti dua pertiga, tetapi cukuplah untuk membentuk kerajaan negeri.
Penganalisis politik merasakan bahawa PKR tidak boleh mengeluarkan seperti ramai calon PAS untuk pilihan raya umum akan dating di Perak.

Pakatan Rakyat perlu menjadi cukup bijak untuk mengambil perhatian pandangan bijak ini dan keluarkan lebih banyak calon PAS -yang telah telah terbukti untuk menjadi lebih soleh dalam perjuangan politik mereka -untuk bertanding kerusi negeri terhadap Umno, kerana MB masa depan Perak akan menjadi Nizar yang dari PAS jika Pakatan menang pilihan raya umum akan datang.
Malaysia Chronicle

SALAH ANWAR JUGA ?!!! Pinjaman Bank Dunia dibuat melalui MTEN dipengerusi Mahathir

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/think_says_che_det.jpg
Apa nama..... lupa la....

PKR mendedahkan, pinjaman kepada Bank Dunia dibuat oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dibuat melalui satu badan di bawah MTEN iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP).

Demikian didedahkan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategik PKR dalam satu kenyataannya hari ini bagi menjawab penafian Dr Mahathir beliau ada memohon pinjaman dari Bank Dunia.

Menurut Rafizi, perjalanan seharian MTEN diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad.
Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu, katanya.

Berikut kenyataan penuh Rafizi:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat.

Beliau menulis kononnya “rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia.

Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

“In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project”

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998.
Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998

b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998

c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN