Friday, December 30, 2011

YANG MANA BELASAH DUIT RAKYAT?!!! Cat Flet : PR buat RM360 Ribu, UMNO buat RM1.2 Juta

(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.


Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.


Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

“Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.


- Harakahdaily

Aku sebenarnya tak peduli pun pasai Flat Samudera tu dicat atau tidak pasai aku taktau pun Flat Samudera tu kat mana, besar kemungkinan aku tak pernah sampai pun kat situ. Isu-isu tempatan macam tu elok orang Selangor ja yang cover.

Cumanya, laporan Harakah tu bagi bukti betapa mudahnya puak-puak penchachai Umno nak cari duit. depa bukan peduli pun duit tu halal ka haram, yang pentingnya masuk...

Jelas sangat beza kos yang kerajaan negeri keluarkan untuk projek tu berbanding dengan kos yang dijanjikan oleh PM lama dulu, beza RM840ribu, boleh buat lebih 3 projek lebih kurang macam tu.

Memang macam tu la cara penchachai Umno cari makan, lebih RM840ribu tu bukannya dapat kepada kontraktor yang buat kerja tu tapi depa paraid dikalangan depa. Tukang lobi projek dapat sikit, Ketua Bahagian dan AJK bahagian yang berkenaan dapat sikit, ketua cawangan, ketua pemuda, puteri semua dapat sorang sikit.

Pasai tu la pemimpin Umno ni memang nampak mewah. Depa bukan saja nampak mewah tapi memang mewah. Kerja tak payah buat, modai tak payah keluar dan langsung takdak risiko. Yang keluar pun mungkin modai air liur.

Dikalangan pemimpin PR pun aku rasa ada jugak spesis macam tu tapi tentu punya sorang dua saja tak seramai yang dalam United Malay National Organisation dan BN yang boleh kata semua jenis macam tu.

Depa-depa ni bukannya peduli pasai rasuah ni, walaupun depa tau memang ada pemimpin United Malay National Organisation dan BN yang kena tindakan pasa rasuah tapi depa jugak tau yang kena tindakan tu cuma sekadar kambing hitam. Kalau nasib tak baik sangat kut baru nak kena tindakan.

Kalau projek yang ada papan tanda macam gambar kat atas tu, memang kompom depa guna formula yang lebih kurang sama, tentu punya ada rasuah atau dalam istilah United Malay National Organisation dan BN untuk bagi tak nampak macam salah depa panggil 'ketirisan'.


BALING KEPALA BABI KAT MASJID!!! Kalau berbungkus tu , tahu dah sapa punya kerja ?

Dah berapa kali kes macam ni berlaku, kalau orang Cina yang lakukan tak perlu la nak berbungkus-bungkus. Kalau orang India pun sama sebab agama depa tak larang pun nak pegang babi.

Jadi , jawapannya dah dapat diteka. Tujuannya , tak lain tak bukan nak wujudkan kemarahan orang Islam kepada orang bukan Islam.

Percaya atau tidak, kalau orang PR yang buat, tak sampai sehari dah kena tangkap?. Tapi jika puak UMNO atau PERKASA yang buat, jangan harapla ada yang kena tangkap. Siasat tetap siasat........yang pasti dah keluar media pencacai untuk dihebohkan....


Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.


Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.


Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

ISU NFC!!! Kambing hitam sudah ditemui, Shahrizat bakal lega?

Datuk didakwa menipu Pengerusi NFC RM1.76 juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Seorang ahli perniagaan berumur 45 tahun, Datuk Shamsubahrin Ismail didakwa di mahkamah tinggi hari ini.

(Datuk Shamsubahrin tersenyum riang ketika dibawa ke mahkamah)


Beliau yang cuba menyogok pegawai polis dari bahagian jenayah perdagangan berkaitan dengan penyiasatan Pusat Fidlot National (NFC) didakwa kerana menipu.


Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran konsultan.


Dia didakwa dibawah Seksyen 420 Penal Kod.



Shamsubahrin didakwa melakukan jenayah itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November ke 6 Disember 2011 di Solaris Mount Kiara dekat sini.

Jika bersalah, Shamsubahrin boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, rotan dan denda.

Dia tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.

Isu NFC meletup apabila Ketua Audit Negara dalam laporannya berkata berlaku salah laku dalam urusan NFC yang mendapat pinjaman mudah kerajaan RM250 juta itu.

Ekoran itu, pelbagai maklumat meletup di media kerana ia melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Suaminya, Datuk Mohd Salleh yang didakwa ditipu oleh Datuk Shamsubahrin hari ini adalah pengerusi eksekutif NFC, manakala tiga anak-anak mereka adalah pengarah-pengarah syarikat ini.

NFC didakwa gagal mengeluarkan daging sebagaimana dikehendaki negara tetapi didakwa membeli kondo mewah di Malaysia dan Singapura serta membeli kereta mewah.

Dakwaan hari ini tidak diketahu apa kaitannya kerana yang menjadi sasaran adalah pihak menyeleweng wang tetapi yang didakwa pihak yang didakwa menipu pengerusi NFC.

MAHARAJA LAWAK MEGA!!! Adakah kerana tiru Bik Mama , BOBOI dikalahkan ? (Video sekali)

SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.

Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.

Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas memerli Bik Mama.

ReJaM© "Ingat bik mama yang buat persembahan! Sebijik! kah kah kah..."

PERANGAI UMNO!!! Reezal Merican ugut Adam Adli dan keluarganya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizKBK0AhynD4Wy6vqSuXyUysG1wqpv5X9KrKZi63uBJihU0SIOa8OBTGa644UZ03KzAOe8MjOH3SI3jKx8IK98KQJDw0qRrdjhHqIAAoriSUYfip3kVGNYHnXp9jZ43dZZrpKstiF7wVY/s320/reezal.jpg
Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.

Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.

Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah.

“Tanya pada polis kerana saya tidak dihalang sebab saya tidak melakukan jenayah ketika itu,” tegasnya,

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di ’Sudut Pidato’ dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.

“Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini,” tegas beliau.

Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.


Laporan oleh : Nota Merah