Saturday, December 31, 2011

SAMBUT 2012!!! Mari tengok cara PR sambut dengan cara UMNO sambut



http://2.bp.blogspot.com/-ZWiT4RzqUoQ/Tv8b426sY0I/AAAAAAAAB6k/fJxwBiUU6rY/s640/406900_316353245064623_146443882055561_991656_1772145400_n.jpg
Ini Program PR : Ustaz Azhar Bersama Zizan Raja Lawak..Dalam Program Tazkirah

Ini program 'Pembela Islam' UMNO : Program Maksiat Anjuran Umno "Bangsat"..

Golongan muda ditarbiyyah cara menyambut tahun baru
berkonsepkan Islam..Di mana Tempat Hidup Islam
di Situ Umno Tenggelam..

Tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana menganjurkan
sambutan Tahun Baru ke arah Islam..Jangan jadi seperti
Umno,Program Maksiat sebagai matlamat kerana mereka
ini Parti Bangsattt..Hancusss Umnooo...Karat ejau

Sk@siasahkini-Umnolah pemangkin keruntuhan akhlak anak melayu..


Benih yg akn disalurkn pada semalam dengan cara haram akan mmbuahkn hasil nnti.kita dh lupa musim buang ank sebelum ni? tak prcaya ingtlah tarikh semalam dan tarikh musim buang anak nanti.Hitunglah!ya Allah,.Penduga arus

MANGSA PERTAMA UMNO!!! Tahun 2012 : Tragedi berdarah UPSI, Mahasiswa dibelasah FRUmno

TAHUN baru 2012 dimulakan dengan tragedi berdarah yang bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai kekejaman pihak polis terhadap mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.

Malam tadi, satu demonstrasi aman diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI di Tanjung Malim oleh sekumpulan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.

Kumpulan mahasiswa ini difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan kebebasan akademik.

Malangnya pihak Polis Simpanan Persekutuan, FRU menyerbu masuk ke kawasan Universiti dan menghalang perhimpunan ini. Tambah malang kumpulan mahasiswa kerdil yang berhimpun tanpa senjata ini telah dipukul, dipijak dan dibelasah hanya kerana enggan bersurai.

Berikut antara gambar yang sempat diambil semasa kejadian berlaku menggunakan kamera handphone.



Akibatnya, ramai mahasiswa yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.

Di bawah ini antara gambar-gambar bukti kekejaman polis untuk tatapan anda semua. Sila klik untuk membesarkan image.






Perompak bersepah-sepah, penjenayah berlambak-lambak, tapi mereka pilih tangkap dan belasah mahasiswa kerdil yang lansung tidak merbahaya ini. Ini kerja orang gila! Bodoh!

ReJaM© "Celakalah ke atas kamu wahai penguasa yang zalim!"


TU DIA!!!! 1OOO orang sokong UMNO bantah roboh surau, tapi nampak macam 1oo orang je

Toksah dok pulun sangatlah UMNO woi, kerja hangpa tu sia-sia

surat habaq pencacai kata lebih 1000 orang



hakikatnya tak sampai 100 orang



Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

MK ingatka puak penganjur tu boleh himpunkan ribuan manusia sampai jem bandaraya Alor Setaq, rupanya yang hadir cuma sekitar 100 orang. Itupun setelah berlaku kerahan tenaga dan umpan jamuan nasi. Kesimpulannya depa pulun tara mana pun, rakyat Kedah khususnya orang Melayu buat tak peduli dengan seruan tak ketahawan hala tu.

Begitu jugak waktu buat solat hajat, ingatka habih semua ulamak, tok guru pondok, tok iman turun.. Tak dak pun!!! Yang hadir antaraya mat rempit, budak2 tak tahawan keluloi serta penagih ayaq ketum. Nama pun 'solat hajat politik' mana nak mai 'roh' keikhlasannya. MK tak nafi ada yang ikhlas, tapi mereka adalah mangsa manipulasi UMNO yang cuba menipu umat Islam.

MK nasihatkan puak2 yang jadi alat tunggangan UMNO tu, cukuplah tuu.. behentilah keja takdak paedah hangpa tu. Berdosa hukumnya dok pemain solat hajat untuk tujuan politik sempit UMNO. Pi buat keja lain yang banyak manfaat untuk umat Islam.

UMNO/BN MAKIN GOYAH!!! Datuk Lajim Haji Okin pula naik pentas PR

Oleh : HUSSIN OMBI

MISTERI kedudukan Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin di dalam BN semakin menyerlah, terutama selepas Sabahkini.net melaporkan beliau akan memimpin sebuah parti baru melalui artikel ‘Lajim Ketua ‘Sabah People Front’?’

Terkini Blogger Pakatan Rakyat, Musli Oli dalam Facebooknya mendedahkan perkara berikut;

“Suara Pakatan Bergema di K Penyu!! Ribuan manusia di majlis Pakatan Rakyat Datuk John Ghani di Kg Batu Linting. Rakyat terpukau dgn ucapan DS Nizar Jamaluddin yg pekik "Ni Kali La!!.

Begitu juga VP PKR, Surindran yg sentuh otonomi Sabah dan 20 pts..DS Lajim turut hadir dan turut berucap. Esok Nizar dan saya berceramah di Kg Tamau, Kota Belud! Ni Kali La!!”


Jika kenyataan Musli benar, maka Lajim umpama telur di hujung tanduk kerana mengikut ‘Pantang Larang’ BN, ahlinya bukan sahaja tidak boleh hadir di Majlis Pembangkang, malah Lajim dikhabarkan turut berucap di majlis tersebut yang turut dihadiri pembesar Pakatan Rakyat. /sabahkini.net

INSIDEN DI UPSI!!! Mahasiswa lawan UMNO, tapi UMNO takut lari belakang polis


Mahasiswa Bangun Melawan... Kebangkitan mereka telah bikin umno beruk negara kecutt teloorrr.... Menjelang 2012... jeng... jeng... jeng...

tukar tiub:

pada jam 11.15 malam kampus UPSI
telah di kepong polis
semua jalan masuk telah ditutup
jalan besar ke tanjung malim ada road block
di setiap pintu UPSI ada polis berkawal
bukan suasana tahun baru tapi suasana perang

fb boikotutusan:

Anak-anak muda ini tidak mengendahkan sambutan tahun baru dan bersuka ria sebaliknya, membela hak sedang diasak kerana mempertahankan hak mereka. Ada yang dibelasah hingga nazak, ada juga yang di sumbatkan ke penjara.

Gambar Terkini Adam Adli Di Dalam Lokap IPD Tanjung Malim




Gambar Muhammad Safwan Anang Talib, Pengerusi BEBAS yang dilaporkan sedang nazak akibat pergelutan dengan FRU dipintu masuk UPSI tengah malam tadi.



Solidariti Mahasiswa:

Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa!

Mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012!. Salah Seorang Mahasiswa Yang Menjadi Mangsa Amukan FRU Di Pintu Masuk Utama UPSI Tengah Malam Tadi.. Mangsa, Saudara Amar Ismail dari Universiti Malaya.

Keranda AUKU & Najib Razak di UPSI!
Makin kuat mahasiswa ditekan, makin kuat mahasiswa melawan! Kita tidak akan berundur. Teruskan SOLIDARITI MAHASISWA!

ISU NFC!!!! Adakah Datuk Shamsulbahrin Ismail adik Suami Shahrizat ?

Ada beberapa orang kampung yang minat dengan projek lembu kerajaan bertanya…

1. Bolehkah taukeh lembu dari kalangan rakyat biasa dapat pinjaman seperti suami shahrizat itu ?

2. Siapakah gerangan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang kononya seperti laporan media sebelum ini ada kaitan atau pertalian dengan keluarga Menteri yang kalah pada PRU12 lalu tapi boleh jadi menteri jugak. lepas tu pulak dia kata dia punya suami yang punya projek lembu NFC yang senang saja dapat pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Kemusykilan ini timbul kerana BIN mereka berdua adalah SAMA iaitu ISMAIL? Datuk Shamsulbahrin Ismail dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Tambah kompius lagi MUKA mereka berdua pun hampir SAMA atau ada iras.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat yang tepat ,rasanya bolehlah menjelaskan persoalan ini.

Jom kita perhatikan sekejap wajah yang diambil dari media .. The Star dan TMI

Gambar Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Gambar Datuk Shamsulbahrin Ismail.

Inti kes ini ialah

NFC mencetuskan kontroversi apabila Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan.

Syarikat tersebut menerima pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan untuk membangunkan industri penternakan lembu berskala besar dalam tempoh jangka masa panjang bagi memastikan bekalan daging di negara ini mencukupi.

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.PKB

Contohi tindakan saya, kata Phang kepada Shahrizat dan Awang Adek

NONE“Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah
membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

“Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

“Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan,” katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…mKini

KES KHALWAT DI PERLIS!!! Benarkah Ustaz Pemuda UMNO yang ditangkap itu juga pernah cabul murid sekolah?

Bila aku terbaca kisah pemimpin politik yang ditangkap berkhalwat dengan bini orang di Perlis dicerita kan ialah kawan baik Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, klik kawan-rapat-mat-sabu-ditangkap-khalwat.

Hati aku jadi panas membara, antara percaya atau tidak,, seebenarnya aku malas nak ambil tahu,, tetapi bila atas nama ahli jemaah parti aku yang dituduh buat kerja terkutuk ni, maka terpaksa aku korek balik.....

Lalu aku cuba menghubungi kawan lama aku sama-sama bujang dalam Navy dulu, aku bertanya kepada siapa dia.... dia menjawab orang UMNO... dan yang jadi tukang tangkap ialah Pemuda PAS cawangan Batu Pahat,,, namun untuk pengesahan sebenar siapa malaon yang buat terkutuk tu, ia minta tempoh untuk siasat...

Sekejap tadi dalam perjalanan pulang dari kuliah hadis,, aku di telefonnya,, lalu ia memberi tahu malaon yang ditangkap tu ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bhg Padang Besar...

Malaon ini juga merupakan guru agama di SK Seri Indera Kangar, sebelum ini menurut ceritanya malaon ini dikenakan tyukar ke sekolah Kebangsaan Melangit tetapi entah kenapa Guru Besar SK melangit tidak manu terima penukaran malaon ni...

Perkara pertemuan ni dah lama berlaku,,, disebabkan perempuan (bini orang) ni mencabar supaya ditangkap,,, maka berlakulah kes penangkapan tu....

Bapa kepada malaon ni dikenali dengan nama Mat Kelantan,,, memang kuat UMNO juga,,, maka fahaman UMNO ni turun kepada anaknya si malaon ni yang bernama....aaaahh malas aku nak tulis namanya... nak tau lebih lanjut hangpa klik blognya alhelmi75.

Ulama Muda UMNO kata tak boleh buka aib orang,,, tetapi UMNO juga yang mula dulu,,, tak kan aku nak biaq...... aku tetap lawan UMNO...MANJUNG MARI

Berita dari Pengomen bernama liyana
.....

Yang ditangkap khalwat itu ialah
ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Padang Besar, Aidi Helmi Mohamed.

Sila rujuk file JAIPs dan harap ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 18/01/2012.

Terimakasih.


Ni komen dari Blog UMNO Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/12/ahli-politik-35-tahun-ditahan-khalwat.html

11 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dari maklumat diperolehi, individu ini adakah ketua penerangan pemuda umno bahagian Padang besar. Beliau seorang guru Sek rendah yg dipanggil ustaz. Beliau juga terlibat byk kes cabul murid. Semua org perlis tahu hal ini. Family beliau kuat PAS Dan dalam FB beliau juga kerap hentam kerajaan BN

HAH berkata...

beliau juga orang kuat DS Shahidan kassim dan byk hentam kerajaan negeri macam Shahidan kassim

Anti Alim berkata...

gua setuju bro...confirm!! budak 35 tahun tu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Padang Besar Perlis. Banyak kes cabul murid di sekolah melibatkan dia. Tapi dia guna kabel politik utk selamat...kuasa Allah lebih besar dan dia tersungkur juga. De arid ya UMNO singkirkan manusia mcm ni...gila seks!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Minta jabatan pelajaran perlis ambil tindakan tegas kepada cikgu ini. Dah jatuhkan imej guru Sek Ren....Minta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar singkirkan cikgu ini...memalukan....

Pemuda Arau berkata...

bos dia Shahidan Kassim.....mesti ikut perangai bos dia.....kaki pompuan hehehe....tapi bos dia pandai pakai jubah sepanjang masa....

Bukan Cikgu berkata...

aku ni org UMNO, tapi aku kenal sgt gelagat pemuda UMNO perlis khasnya di Padang Besar spt apa yg diperkatakan di atas. aku dgr cite ketua pemuda UMNO Padang Bsr Perlis nie cikgu jugak. Selalu ponteng mengajar. Kemudian jadi peg khas mb tapi selalu tak punch card hingga kena potong gaji....skg jadi peg khas tengku adnan su agong umno...dgr cite dok lobi calon sampai bawa kamera ambil gambar masuk kedai kopi. Si juru kamera si cikgu juga yg kena tangkap kalwat...dua dua cikgu ni memang bermasalah dan liabiliti UMNO perlis. harap khairy pandang serius dgn dua org cikgu nie....

Mas berkata...

Mohon UMNO Malaysia ambil tindakan teas kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar ni. Mohon siasat laporan cabul murid sekolah dan kenapa masih bebas.....kes khalwat nie serius Dan kes cabul lagi serius...SIASIAT untuk agama dan bangsa...

Tanpa Nama berkata...

Hehehehe nama individu yg ditangkap khalwat ini saya tahu....nama: Aixx Helxx Bin Mohxxxx IC 75xx04-xx-xx29...alamat: Berek xxxxx Padang Besar (U)....jawatan politik: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar Perlis. Tugas: Guru Sek Ren Keb Seri Inxxx Kangar....ditangkap oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Perlis...byk lagiiiiiii.....saya minta guru ini insaf dan mohon maaf kepada individu yg pernah beliau aibkan, fitnah dll sebelum ini...sekarang anda pula diaibkan....Allah Maha Membalas atas tindakan anda sebelum ini....

MELANGKAH JE TAHUN BARU!!! Rakyat kena bayar saman jika tak pakai tali pinggang belakang, duit untuk kerajaan UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFtbIqSet0IF_OPSfVMnFoUiM4Vk9_gV49PKWwVnzTJCq8b6IpXIgJ7Z3QEH6fsd5-hJWQayE6WRnYi6QVaY4k0OHfV4fkryjSunJAMKlg101nFcKGC-ywueTjx72WmzDf6PyiZTDEE-Q/s320/polis.jpg[HM] Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya.

MAI BACA!!! Kenapa Blogger UMNO sertai DAP bukan PAS?

Dah heboh bahawa 2 orang blogger otai UMNO yang akan berhijrah dari parti UMNO ke DAP.... sebelum ini kita sekadar dengar dari cerita-cerita tidak rasmi,, kali ini pengakuan rasmi dari tuan diri Saudara Aspan Alias...

Bagi aku selamat maju jaya,,, sama-sama kita membuat perubahan kepada negara Malaysia..yang penting asal bukan UMNO.

[New+Image.JPG]

Kepada semua pengomen-pengomen,

Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP.

Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapanpendek saya senang sahaja:

Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO.

ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah.

adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.

manjung mari

NAJIB TAK BERANI!!! Takut Shahrizat selak kain Ro$mah?

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

“Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

“Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu” kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat. “Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya,” tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita. “Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini,” katanya. “Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan,” jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab. Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.“‘Luah mati emak, telan mati bapak’ bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, ” kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam ‘kucar-kacir’ seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta. Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

UMNO RASIS!!! Apa kata Tee Keat?

Dalam keghairahan Umno/Bn untuk ‘menang besar’ pada PRU13, adakah kini Umno/Bn sudah betul betul bersiap sedia untuk mempertahankan Putrajaya ?.

Apakah persepsi dari veteran Umno/Bn untuk kekalkan kuasa majoriti 2/3 di Dewan Parlimen?

Bolehkah Najib mengekalkan kedudukan seperti Pak Lah pada PRU12 yang lalu ?.

Salah seorang veteran komponen Bn Ong Tee Kiat memberikan perspektif terkini Umno/Bn dalam politik Malaysia.

Tee Kiat: saya contoh negatif bagi najib

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berusaha untuk meyakinkan partinya supaya mengambil pendekatan yang sederhana, tetapi bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berpendapat, pada realitinya, Umno lebih beranjak ke kanan.

Bercakap kepada Malaysiakini minggu lalu, beliau berkata, Umno menjadi demikian kerana tekanan dari dalam dan luar, yang memaksanya untuk memperkukuhkan asas sokongan komunitinya.

Walaupun Ong bersetuju bahawa Najib mungkin mempunyai niat untuk membawa pembaharuan dalam partinya serta BN, tetapi Umno, bagaimanapun, mungkin tidak sentiasa berpegang kepada pelan pembaharuannya, terutama apabila menjadi tumpuan pemantauan kumpulan pendesak seperti PERKASA.

Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan antara tiga perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

“Mahathir adalah seorang pemimpin yang sangat kuat dan dominan. Tetapi sekurang-kurangnya, beliau sentiasa dapat memberikan jawapan kepada anda walaupun apabila menghadapi isu yang meletup dan kontroversi. Tetapi, sudah tentu, beliau juga adalah seorang pemimpin yang kontroversi.

“Abdullah adalah seorang yang baik. Dia mungkin tidak boleh memberi jawapan yang jelas tetapi beliau boleh memahami batasan dan rasa tidak puas hati anda.

“Bagi perdana menteri sekarang, saya dapat melihat beliau mahu melakukan sesuatu dan membawa pembaharuan. Tetapi dalam perjalanan menuju pembaharuan, anda terpaksa berdepan dengan tekanan dari dalam dan luar parti.

“Dalam situasi tersebut, anda mungkin tidak sentiasa berpegang kepada cara anda sendiri,” kata Ong, yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di bawah tiga perdana menteri.

Beliau berkata di bawah sistem perwakilan semasa, perdana menteri dan presiden BN pun tidak boleh bertahan jika kehilangan sokongan parti.

“Anda bukan sahaja ketua eksekutif kerajaan , tetapi juga seorang ketua parti. Anda terpaksa berdepan dengan tekanan dalam parti anda sendiri, dan jika anda tidak boleh mengekalkan sokongan parti anda, maka anda boleh kehilangan kedudukan anda dalam kerajaan.”

Ong, yang mendesak dijalankan penyiasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sewaktu menjadi menteri pengangkutan, menyifatkan dirinya sebagai contoh negatif bagi Najib.

NONEOng terlbabit dalam pergelutan kuasa yang berlanjutan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan), yang ketika itu merupakan timbalannya, dan ia sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran Chua ekoran pendedahan video seksnya yang telah disebarkan secara meluas.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, penyokong Dr Chua berjaya mengembalikan semula kedudukannya sebagai timbalan, dan Ong jatuh pada tahun berikutnya, selepas anggota jawatankuasa pusat parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai, yang membawa kepada mesyuarat agung luar biasa.

Ong sejak itu memilih untuk memberi tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Satu setengah tahun selepas kehilangan jawatan presiden, Ong tidak mahu mengulas mengenai masa depan MCA dan BN.

Bagaimanapun beliau berpendapat MCA tidak akan meraih sokongan yang banyak jika ia terus menerus bergantung kepada isu negara Islam.

Katanya, rakyat lebih mementingkan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan bukan isu negara islam.

Menurutnya, kebanyakan persoalan hari ini telahpun dibangkitkan dalam tahun 1990-an, dan oleh itu, beliau tidak fikir ia boleh memberi sebarang impak, walaupun parti-parti orang Cina dalam kerajaan, terus menerus memainkan isu tersebut.

“Mungkin ada yang berfikir bahawa apa yang anda katakan itu adalah satu ilusi, kita tidak tahu sama ada ini akan dilaksanakan atau tidak. Tetapi rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang kita boleh rasai.”

mKini