Thursday, January 5, 2012

FITNAH JAHAT BLOGGER UMNO!!! Mari baca apa kata kawan Ustaz Azhar Idrus

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU9ruXOyPHmIEzYHSwNu_uKpVUeO9aJL4mbElszylhD6RxtxHHufOrISDjcCI7TeWglUeICSPxuD2vRl44axrx0nYSoFUrgAi3lLHjTa-XZoP8WK8nBK9fW89zShswYaKJRjv_yVkBFA1U/s400/PIC_3233.jpegAkibat fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno terhadap Ustaz Azhar Idrus begitu jijik dan melampau, seorang sahabat Ustaz Azhar telah menyanggah fitnah-fitnah tersebut melalui tulisan di facebooknya.

Dipaparkan disini tulisan sahabat Ustaz Azhar Idrus yang dipetik daripada facebook Wira Utama.

Heboh org duk cakap ttg blog yg duk kata ke ustaz Azhar Idrus, dan terlalu sangat melampau, gini lah biar saya jawab, kat blog tu dok leh jawab sbbnya kena subscribe.. sbb apa saya nok jawab, sbbnya saya org Ladang, rumah ustaz dekat je dgn rumah saya, saya dgn ustaz berkawan dari sejak kecil... jadi banyak yg dia kata saya boleh jawab

dia kata dlm blognya "Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya"

jadi kita dok perlu ambil pot sbbnya dia pun mengaku "Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya."

doh bila sendiri dok pernah dengor, mana dia tahu ustaz menggunakan pendekatan maki hamun?

dia kata jugak "..Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa."

jadi kita boleh tahu apa sikapnya pada ugama, buleh pula dia hendak ketawa dgn peserta maharaja lawak yg dia pun bukannye kenal tapi dlm masalah agama dia tak mahu dengar kerana dia tidak tahu siapa ustaz Azhar Idrus.. klu gitu, iman masjidi haram klu baca quran pun mungkin dia takmau dengar sbbnya bukan dia kenal pun...

dia kata lagi "Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu."

satu kenyataan yg sangatlah dusta, tidak pernah ustaz Azhar menghilangkan diri, ustaz Azhar (maaf saya kurang pasti tempat lahir) masa kecil duduk di satu kem tentera(klu dok silap) kedah (sbb tu klu ustaz azhar klu cakap kedoh power) bersama neneknya kerana suami neneknya bertugas sebagai anggota keselamatan, setelah habis bertugas ustaz mengikut kluarganya kembali ke terengganu, kg Ladang Sekolah(kita panggil Ladang Blues masa tu), kemudian bersekolah di SMsultan Sulaiman, kemudian institut Berakan.

Nampak sangat nok lebong penulis blog itu...

Sebabnya saya bersekolah di asrama, saya kurang pasti, tapi yg saya tahu ustaz berkerja dgn Utusan Malaysia diKL, sebelum ditukarkan ke utusan malaysia di terengganu (masa tu kilang utusan kat kg hiliran/bukit kecil (dok pasti masuk kg mana kawasan itu, dekat agen kereta nissan tu).. bila masa ustaz menghilan diri...

dia kata pulok "Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu"

sangat lah menipu.. masa mula2 mendekatkan diri dgn kuliah2 ugama ustaz pernah jadi kepala usrah PAS (PAS masa tu dok kuat mana di ladang, wak ada UMNO dgn Pala Lembu), sebagai ahli ke tidak kita dok pasti, tapi kebanyakan org yg menyokong PAS kat Ladang masa tu bukanlah ahli secara rasmi (jenis org Ladang, gitu, tapi leni doh doh)

kemudian dia kata "Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya."

bab cari makan dgn ceramah, wa tabik ustak... masa muda dan tengah mula2 mengaji dulu ustak meletak jawatan sebagai pekerja di Utusan, gaji ustaz masa tu kita malas cerita, sapa masa tu mampu beli jam Tag Heuer, model diver tu, kita kawan2 ustak mampu beli seiko diver je (try ah tanya ustaz ada dok lagi jam tu, dlm tahun lepas tengok lagi ustak pakai jam tu sekali sekala), sbb ustaz letak jawatan kerana nok tumpu pada menghadari kuliah2 kerana kerja utusan masa tu, dok tentu masa, kadang malam kadang siang, jadi banyok kuliah ustaz miss.. tahu apa kerja ustaz buat lepas letok jawatan? ustaz merak kain batik.. tanya diri kita sendiri, sanggup dok kita? dlm masa menerak kain batik tu ustaz sambil2 mengafal matan jurmiah (kitab nahu)

tah2 tukang tulis blog tu ngaji pun dok gi walaupun penuh masa terluang yg ada.. klu nok berhenti kerja sbb nok gi ngaji jauh sekali lah...

dia kata lagi "Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?"

sbb tu kita kata dia lebong, tipu dan dusta...

ustaz secara rasminya mmg tidak pernah mengaji pondok atau mana2 pusat2 pengajian agama, tapi guru2 ustak adalah daripada org yg sangat2 hebat ilmunya, salah seorg daripadanya ialah ustaz hakim (losong) atau org panggil juga muzmi atau mat amin (sbb dia anak arwah cikgu mat amin, losong), seeorang yg cukup tinggi hemmahnya dlm mengaji agama, beliau pernah duduk berbelas tahuh di pattani mengaji ilmu, dan siapa2 org malaysia yg mengaji di pattani sekitar tahun pertengahan 80an-90an kenal sangat dgn 'hakim', malah beliau menjadi kepala matalaah pada pelajar2 pondok tempat dia mengaji.. org melaka tentu kenal ustaz Abdul Rahman, org kuala terengganu panggil Ustaz Mang Melaka, dan ustaz hakim ini ialah abg ipar ustaz mang (isteri ustaz mang itu adik ustaz hakim)

itu satu, yg lain kita dok yah sebut...

dia kata lagi "Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

kita org ladang dan berkawan rapat dgn ustaz kita lebih tahu.. klu dia kata ustaz pandai memetik bass gitar, silap ah, ustaz lead gitar bro, Umaro lead gitar iklim tu jam sama ah dgn ustaz, pernoh dok tengok umaro guna gitar gibson (berat 66 gitar tu) asalnya gitar ustaz.. set2 ladang masa tu, klu umaro dgn ustaz, kita pilih ustaz lagi bahagian main gitar... sori ustaz.. :)) dan ustaz mungkin boleh sikit2 main piano dan organ, tapi setahu kita dok lah sampai boleh kita masukkan dlm kisah hidup, kelas2 boleh tekan dan bunyi je..

dia kata juga ustaz merupakan seorg jurugambar dan penulis bebas sebelum ini (takdir ku, sebelum ini maksudnya sebelum jadi ustaz) satu lagi dusta, tapi tak pe ah tidaklah menjadi jatuh maruah seseorg klu kata gitu pun, tapi ini menunjukkan dia seorg yg tukang reka cerita.. sebabnya baru ceh ni je main kamera tapi ustaz ialah seorg yg sangat tinggi hemahnya dlm satu benda yg dia buat, tanya lah org2 lama2 main kamera di kuala terengganu, mereka semua tahu.. tapi dia kata ustaz pernah menjadi penulis bebas tipu juga, tapi klu tulis kitab rasa ada 2-3 kita jawi yg ustaz tulis... tapi dok publish lah, sbb kita rasa mungkin ustaz tulis untuk menajam ilmu yg ustaz beelajor doh...

biasa dia doh, mula2 dusta kecil2 kemudian dusta besor2 pulok... dia kata lagi "Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu"

klu kita doh tengok dusta2 dia yg atas tu, adakah persoalan yg dia timbulkan ini boleh kita ambil pot? walaupun kita tidak berada pada tarikh dan masa yg disebut itu, klu dah atas nun tipu berabuk, dok kan wak ni dia dok tipu.

tapi dia kata "Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?"

lastly aku jawab cisss!!

Ajijoi

HIMPUNAN 901!!! Polis beri kebenaran berhimpun, syarat tiada tulisan 'BEBAS ANWAR'

Setelah polis berbincang dengan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, Shamsul Iskandar Ketua Amk, Ketua Wanita Zuraidah, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Naib Presiden Surendran, akhirnya persetujuan dicapai, polis benarkan diadakan perhimpunan di kawasan tapak letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta dengan syarat tiada baner atau poster yang tertulis "BEBASKAN ANWAR"

Ayuh rakyat yang cintakan keadilan, pastikan anda berada di sana..

Biarkan dr hasang ali terjun dengan labu perkasamnya..persetankan katak ibrahim ali dan katak zul noordin serta senatak raja sesumpah ezam terjun dengan labu perkasamnya..

Syabas kepada 5 pimpinan Keadilan yang berjaya berunding dengan pihak polis..terimakasih polis yang sudi memberi kerjasama..

PENUH SESAK!!! Anwar terus dapat sambutan

Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat.

Kira-kira 40,000 orang ramai yang datang dari segenap penjuru di Kelantan untuk mendengar amanat dari tokoh yang didoakan bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia


Sejak dari Asar lagi orang ramai terutamanya dari Gua Musang, Jeli dan termasuk dari Terengganu sudah mulai memenuhi padang MDM. Cuaca yang cerah tanpa hujan tambah menarik minat orang ramai untuk mengikuti amanat Anwar.

Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati Anwar bagi menghadapi 9 Januri, tetapi beliau seperti biasa terus membakar semangat rakyat dan memberi harapan agar terus berjuang dan melawan untuk menjatuhkan UBN.


Katanya dirinya tidak penting yang penting rakyat dan UBN mesti dijatuhkan untuk memastikan rakyat selamat. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan dan pengkayaan kroni di dalam Umno hendaklah di tentang habis-habisan.

Bagi dirinya, katanya dia akan bersama rakyat walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Malam kelmarin katanya beliau bersama keluarga sudah berbincang untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

"Kami berbincang dan keluarga memutuskan agar saya menghadapinya tanpa melarikan diri... bagi mengelakkan diri di penjara," katanya penuh semangat.

"Iya saya mengambil keputusan untuk bersama rakyat walaupun apa akan terjadi," katanya disambug dengan laungan dan takbir.


Keputusan itu menjelaskan bahawa Anwar sudah membuat perhitungan rela mati kerana memperjuangkan keadaan kepada rakyat dan meruntuhkan sistem pemerintah UBN yang zalim dan tidak adil.

Dengan gaya seorang pidato bebas tanpa duduk di restrom dan bergerak ke segenap penjuru pentas Anwar sekali lagi mengulangi komitmen Pakatan Rakyat terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara.

Katanya sekiranya Pakatan Rakyat diberi kemenangan, segala keperluan rakyat yang terdesak kini dan tidak dapat diatasi oleh kerajaan UBN seperti masalah kenaikan harga barang, pengangguran akan diatasi.

"InsyaAllah kalau hari ini kita menang, esok juga kita akan turunkan harga petrol", katanya di sambut laungan takbir Allahuakbar.

"Sekiranya kita menang kita akan tuntut royalti minyak supaya dikembalikan ke Kelantan," sambugnya, sekali lagi disambut dengan gemuruh oleh para hadirin. Di celah-celah sambutan itu terdengar jeritan dan pekikkan tumbang kan Umno pengkhinat.

Dalam pidato selama kira-kira 45 minit itu Anwar mengajak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan gula-gula atau sogokan kewangan oleh Umno. "Anak muda jangan mudah terpengaruh dengan wang RM50 sehingga menggadaikan maruah negara," pesannya.

Sebelum Anwar, turut menyampai ucapan Pengerusi Perhubungan PKR Kelentan Abdul Aziz Kadir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan Nasruddin Daud yang mengganti Tok Guru yang sepatutnya hadir tetapi terpaksa membatalkan kerana kurang sihat.

Semua pemimpin PKR peringkat cabang dan negeri hadir.

Turut sama kelihatan di pentas Angoota Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdulah, Adun Gaal, Dr Nik Maziah Nik Mohamad dan lain-lain


Sebelum tiba di MDM Anwar telah mengadakan pertemuan dan berdialog rengkas dengan para mahasiswa dan juga blogers bertempat di Darul Quran di Labak. Anwar sempat memberi penjelasan kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan termasuk mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau di penjara.

Kata Anwar tanggapan Pakatan Rakyat akan berpecah dan hancur sekiranya beliau di penjara adalah tidak benar kerana Pakatan Rakyat diwujud atas ikatan perjuangan bersama. "Kita ada ikatan dalam pakatan sebab itu ia tidak mudah untuk dipecahkan," katanya.


Dalam kesempatan itu juga Anwar telah mengujungi veteran Pas Kelantan yang juga bekas pemimpin Kelantan dan Exco kerajaan negeri Ustaz Yahaya Othman yang kini agak keuzuran.

Yahya juga merupakan kawan Anwar semasa sama-sama di dalam Abim dan mereka adalah di antara perwakilan dari Malaysia yang sering diundang oleh gerakan dakwah sedunia menghadiri seminar atau forum antarabangsa.ASD






Sumber laporan dan gambar : Jalan Pulang dan Naim Nikmat

WANG RM 720 000 DIRAMPAS!!! Pegawai Perhutanan Perak ditangkap SPRM

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM4jdalamakaunkeluarga/frontpage.jpg
IPOH: Seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menyembunyikan wang tunai RM720,000 dan beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta di rumahnya di kuarters kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik, awal pagi semalam.

Sebahagian wang tunai itu ditemui disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku pelaburan ditemui disembunyikan berasingan di beberapa lokasi, termasuk di dapur serta ruang tamu rumah pegawai kanan berusia lingkungan 50-an.

Serbuan dan tangkapan itu dibuat jam 2 pagi susulan penahanan seorang lagi pegawai kanan jabatan sama bersama seorang 'tauke balak' berkait kes mencuri balak bernilai lebih setengah juta ringgit di Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu, tengah hari kelmarin.

Sumber SPRM berkata, pegawai itu ditahan ketika berada di dalam rumah bersama isteri serta beberapa anaknya dan hasil pemeriksaan di dalam rumah menemukan sejumlah wang tunai berjumlah RM720,000.

“Semua wang tunai dan buku pelaburan amanah saham yang ditemui dirampas dan suspek dibawa ke pejabat SPRM Perak untuk disoal siasat,” katanya di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini mendedahkan seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak bersama seorang seorang tauke balak, masing-masing berusia 40 dan 50 tahun ditahan SPRM, Rabu lalu, berikutan penemuan lebih 300 balak siap dipotong bernilai RM600,000 di kawasan pembalakan Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu.

Dalam serbuan itu, SPRM turut menahan tiga lori sedang mengangkut balak dan merampas beberapa jentera berat di kawasan pembalakan berkenaan. Siasatan awal SPRM juga mendapati balak itu ditebang di luar kawasan tender.

Sumber berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu berikutan penemuan sejumlah wang tunai yang banyak, selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit.

“Pegawai kanan itu dan dua lagi suspek yang ditangkap Rabu lalu masih ditahan untuk siasatan. Kita juga akan memanggil beberapa individu lain termasuk ahli keluarga suspek bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009,” katanya
BH

PAS Parit Buntar teruskan sumbangan kerusi roda

PARIT BUNTAR, 5 Jan. : Warga emas, Cik Rahmah Ramli ,60, yang menghidap penyakit kencing manis menerima kerusi roda sumbangan daripada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar di rumah beliau di Batu 7, Bagan Tiang.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama-sama isteri
dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim telah membuat
kunjungan mesra ke rumah Cik Rahmah untuk menyerahkan bantuan kerusi roda tersebut.

Dr. Mujahid berkata, maklumat mengenai Cik Rahmah yang memerlukan
kerusi roda telah disampaikan ke Pejabat Parlimen Parit Buntar.

“ Selain penyakit kencing manis, Cik Rahmah juga mengidap penyakit
darah tinggi dan sakit jantung sehingga tidak mampu bekerja.

“ Sebagai tanda simpati, saya bersama isteri dan pimpinan PAS Parit
Buntar menziarahi beliau dan menyerah sendiri kerusi roda yang
diperlukan” katanya

Beliau berkata, Cik Rahmah memerlukan kerusi roda untuk memudahkan
pergerakan harian kerana sukar bergerak seperti biasa

“ Bantuan yang dihulurkan adalah antara keprihatinan PAS Parit Buntar
dan Pusat Khidmat Parlimen dalam membantu meringankan kesusahan Cik Rahmah.

“ Saya berharap bantuan kerusi roda ini memberi keselesaan kepada Cik
Rahmah untuk bergerak di dalam dan luar rumahnya.” katanya

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul
Bahrain Desa berkata, Lujnah Kebajikan bersedia membantu orang ramai yang benar-benar memerlukan bantuan kerusi roda tetapi tidak mampu membelinya kerana bebanan kewangan.

“ Sehingga akhir 2011, kami menyumbang sebanyak 12 buah kerusi roda
kepada pesakit yang memerlukan melalui permohonan dan makluman orang ramai.

“ Cik Rahmah adalah pesakit pertama yang menerima bantuan kerusi roda pada tahun 2012” katanya.



Dr. Mujahid dan YDP PAS Parit Buntar mengangkat kerusi roda ke rumah Cik Rahmah

JAWAPAN KEPADA FITNAH BLOGGER UMNO!!! (Video) Ustaz Azhar Idrus cerita sejarah beliau belajar agama



Blogger UMNO setiap hari tabur fitnah nak jatuhkan populariti Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar telah menceritakan sejarah beliau belajar agama (Video di atas). Secara tidak langsung menjawab fitnah jahat Blogger UMNO.

Di bawah ini adalah fitnah yang terdapat dalam blog TaipingMali. Blog seorang Cikgu Sekolah Rendah yang menjadi pencacai fitnah UMNO. Umur dah lebih separuh abad tapi tak ingat dosa, hari-hari reka fitnah.Admin

NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama? TAIPINGMALI

PANAS!!! Pengakuan Kadir Sheikh Fadzir , BN guna taktik kotor dalam pilihanraya

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.

Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.

Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.

Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.

"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.

"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.

Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.

"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.

"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.

"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.

"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.

KREDEBILITI!!! Laporan Audit atau Jamil Khir

PUTRAJAYA, 5 Jan: Ketua Audit Negara diminta menjelaskan kepada umum percanggahan fakta yang telah dibuat Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyangkal penggunaan wang zakat olehnya dan dua yang lain.

Sehubungan itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di sini, petang ini.

Menurut Fariz, surat itu berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap Jamil Khir, Pengarah MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

“Ketibaan kami untuk penyerahan surat itu disambut oleh Pegawai Khas Ketua Audit Negara, Jamilah Jais yang menerima surat bagi pihak Ambrin yang sedang bermesyuarat,” ujarnya.

Menurutnya, Ambrian perlu membuat penjelasan segera bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih besar kerana jelas wujud percanggahan laporan.

Beliau di dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Jamil Khir selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh Bernama bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat”.

Baginya, ia ternyata menyimpang dan cuba memutarbelitkannya malah ternyata memperlekehkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Audit Negara.

Katanya, pada 21 Jun 2011 , Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

Menruutnya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bertarikh 21 November 2011 , di mana pemeriksaan audit telah dijalankan di MAIWP terhadap pembelanjaan bagi kos guaman RM63,650 bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata telah mengesahkan bahawa wujud penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap wang zakat selama hampir sebelas (11) bulan ( Februari – Disember ) tetapi telah dinafikan oleh Jamil Khir.

Beliau mendakwa Jamil Khir juga secara nyata dan jelas telah memperlekeh integriti dan kredebiliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan memutarbelit fakta dqan berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sepertimana yang dimaklumkan, ujarnya bahawa isu pembayaran balik wang zakat oleh MAIWP adalah tidak timbul dengan menggunakan geran kerajaan, tetapi sewaktu pembayaran dibuat terhadap kos guaman sejumlah RM63,650 selama hampir sebelas (11) bulan adalah menggunakan wang zakat.

“Justeru, Jingga 13 hari ini menyampai surat kepadaTan Sri Ketua Audit Negara memohon agar satu penjelasan dan respons segera dibuat kerana kredebiliti dan integriti Jabatan Audit Negara telah diperlekeh dan dinafikan oleh Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom,” ujarnya.

BANGUNAN SALIHIAH!!! UMNO engkar arahan mufti, derhaka kat Agung


Cisss puak2 derhaka ni sudah melampau, sudah war2kan dalam blog depa untuk bermandi darah pada 8 Mac ni, kerana nak pertahankan pejabat Takaful Ikhlas dari dirobohkan. Kalau geng PR yang buat cadangan macam tu, penuh dah balai polis depa buat report. Sapa ada kelapangan pi tolong buat report polis terhadap tindakan dan kenyataan biadap puak-puak yang lawan dengan Mufti dan Majlis fatwa itu... sekaligus mereka tak hormat, atau bahasa mudahnya DERHAKA terhadap yang DiPertuan Agong.

Mufti ajak bersemuka depa tak mau, takut berhujah. Yang depa tau melalak sana sini, tak pasai2 SPRM pulak dibabitkan.. apa kena mengena? Kes rasuah bolehlah report kat situ, ni bukan kes rasuah.. isunya nak roboh sebuah bangunan yang ada surau dan pejabat Insuran untuk diganti dengan sebuah surau baru lebih besar. Kalau kata bingai marah, tapi tindakan hangpa tu nak habag bagi @#$%&*.

Hari ni depa berani lawan Mufti.. jangan terkejut kalau besok-besok ada kemungkinan depa akan lawan Yang DiPertuan Agong pulak...

Undang-undang di Malaysia siapa yang melancarkan perang terhadap yang DiPertuan Agong boleh dihukum gantung sampai mati... cuba terai mandi darah kalau berani!!!

SERIUS!!!Rakyat semakin ghairah bertembung dengan UMNO

Oleh Aspan Alias

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7R-jI9DsJQsFn2t6n_W62Pkmtrb7vAu9rXQbsGiNToJSc2P3qcxliqGPqi-vzxW6gnUG1BI4kBgsS0UttTGS3QgCDRlm1craZQYa7Jn10Hgc71D9TQ4kbBEXayatfdkQFkHX_eUL8Zt2t/s1600/1MSIA+TOLAK+BN.jpgSejak berita yang dilapurkan oleh Malaysian Insider dan Utusan dan beberapa blogger yang pro UMNO beberapa hari yang lepas, blog saya telah dibanjiri dengan pelawat yang ramai dan kebanyakkannya memberikan sokongan kepada saya jika saya menyertai DAP

Media perdana Utusan dan blogger UMNO telah menulis dengan panjang lebar dan membuat kritikan keras terhadap saya. Tetapi yang menggalakan ialah sokongan dari orang-orang biasa ini sangat menggalakan dan ianya benar-benar membuka minda ramai orang Melayu yang sebenarnya menyertai DAP itu bukannya satu jenayah dan juga tidak ‘unpatriotic’.

Tidak ada parti akan dibenarkan untuk ditubuhkan jika parti-parti itu tidak memperjuangkan kebaikan untuk negara dan rakyatnya. Apa yang asas kepada segala-galanya dalam penubuhan parti itu ialah Bab Asas dan Tujuan dalam Perlembagaan sesebuah parti itu. Kalau di selidik secara teliti semua parti yang terdaftar dengan halal di negara ini bertujuan yang tidak lari dari kandungan dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semuanya mempunyai matlamat menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita ini. Apa yang membezakan dari satu parti dengan parti yang lain ialah samada pimpinan sesebuah parti itu benar-benar mengikuti apa yang diperuntukan di dalam Bab Asas Dan Tujuan yang terkandung di dalam parti-parti itu. Baik atau tidak sesuatu parti itu bergantung samada pimpinan parti itu benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah di tulis dalam Perlembagaan parti itu.

BN pada asasnya bukannya tidak baik, tetapi semangat yang ada di dalam BN itu tidak di sempurnakan dengan betul sehinggakan rakyat tidak lagi berselera dengan komponen itu. Asasnya ialah rakyat atau kaum yang menganggotai parti-parti dalam BN itu bersatu dan seterusnya parti-parti yang berada di dalam BN itu bekerjasama dengan baik dan menjadikan komponen itu sebagai wadah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perpaduan kaum (national unity).

Apabila BN tidak lagi melaksanakan matlamat yang baik itu maka rakyat mula berasa tersentuh dan meninggalkan BN itu sekarang ini. Oleh kerana BN khususnya UMNO dipimpin oleh pemimpin Melayu yang lemah maka pimpinan dan ahli-ahli UMNO memainkan isu rasis yang menebal bertujuan untuk menyatukan orang Melayu di bawahnya untuk mengekalkan kuasa yang mereka sangat seronok mendapatnya. Bagi UMNO asalkan orang Melayu bersatu mereka mendapat kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat dan merelakan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Tetapi meniupkan isu bangsa dan bersifat rasis yang keterlaluan maka rakyat berbilang kaum telah berpecah dan ianya membunuh semangat rakyat di antara kaum untuk bersatu. UMNO menggunakan isu perkauman dengan mengingatkan insiden 13 Mei 1969 dahulu sebagai senjata untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan perkara itulah yang sepatutnya cuba di baiki oleh BN, bukannya menggunakan 13 Mei itu sebagai cara untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Apabila perkara ini terjadi ia bukan sahaja menjadikan MCA dan MIC bermasalah, ianya juga telah menjadikan semua rakyat merasa tidak selamat jika BN yang dipimpin oleh UMNO itu terus-menerus mentadbir negara dengan cara menakut-nakutkan rakyat. MCA pula terpaksa menjadi chauvinis cina untuk mendapatkan sokongan kaum cina terhadap mereka. Tetapi DAP pula yang di tuduh chauvinistic dan ini lah yang tidak dapat disabarkan oleh rakyat lagi.

Sifat chauvinis cina MCA itu menaikkan lagi suhu perpecahan kaum dalam BN sendiri sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi sentimen perkauman ini dimainkan kerana mereka mahu hidup dalam keadaan aman dan muhibbah di bawah ini. Rakyat sekarang sudah menolak isu-isu rasis ini dan inilah sebenarnya perjuangan kita selama ini. Rakyat telah bersabar menantikan pembaikpulihan sikap dan perangai pemimpin dalam BN itu untuk terus diberikan mandat, tetapi nasi sudah menjadi bubur. BN tidak mungkin mampu lagi untuk melaksanakan tugas menyatukan rakyat lagi.

Secara tidak sedar atau secara sedar rakyat mula tidak lagi mempercayai momokan UMNO terhadap PAS dan DAP yang selama ini mereka dengar melalui media masa perdana dan percakapan pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam keadaan ‘keferasatan’ rakyat terhadap BN mereka telah berusaha menolak BN dan di dalam pilihanraya yang lalu BN hanya memenangi 85 kerusi di Semenanjung dan PR pula memenangi 82 kerusi. Kalau tidak kerana sumbangan kerusi dari Sabah dan Sarawak BN sepatutnya telah tumbang dalam pilihanraya yang lalu.

Rakyat melalui PR telah berjaya mengambil alih pentadbiran lima buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai legislatif negerinya sendiri. Sejak itu negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat seperti di P Pinang telah menunjukkan bakat kepimpinan kerajaan yang baik dengan etika dan pentadbiran yang jauh lebih baik dari pentadbiran BN dahulu.

Keadaan ini tidak menyenangkan pihak BN yang telah dikalahkan oleh rakyat itu. Segala usaha dilakukan oleh pihak penyokong BN di negeri itu untuk ‘discredit’ kerajaan P Pinang sehinggakan kumpulan penyokong BN telah menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri negeri itu. Inilah contoh-contoh buruk yang sedang dilakukan oleh penyokong BN di P Pinang dan pemimpin-pemimpin UMNO di negeri itu tidak langsung mahu menegur sikap buruk penyokong-penyokong mereka itu.

Itu adalah tindakan desperado. Tindakan meloyakan ini membuatkan imej UMNO dan BN di P Pinang bertambah buruk dan tidak memungkinkan BN akan menjadi pilihan rakyat bukan sahaja di negeri itu tetapi menyeluruh di seluruh negara. Perkara buruk ini juga dilakukan oleh penyokong BN di Selangor, Kedah dan Kelantan dengan menggunakan TV3 dan Utusan sebagai ‘kuda pelejangnya’. Setiap malam media perdana ini meyiarkan perkara-perkara seperti ini untuk membantu BN mendapatkan kembali sokongan yang sudah ditarik balik oleh rakyat itu.

Jika ditanya saya samada usaha mereka, media perdana, itu akan berjaya, saya dengan jelas menjawabnya yang itu merupakan mimpi di siang hari sahaja. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap media perdana ini kerana tujuannya sangat mudah untuk difahami oleh rakyat yang ramai…iaitu untuk memecah belahkan rakyat. Selalunya UMNO hanya berjaya dalam keadaan perpecahan.

Sesudah bercakap tentang perkara yang telah di cakapkan ini, siapa yang sebenarnya yang patriotik? Orang yang patriotik ini sebenarnya orang yang macam mana? Adakah orang dan pemimpin yang telah memperkosa harta rakyat itu patriotik? Adakah pemimpin yang menggunakan kedudukannya untuk membelasah harta rakyat itu pemimpin patriotik?

Adakah pemimpin yang menambah harga perlengkapan persenjataan negara itu untuk mendapatkan ‘kick back’ itu patriotik? Adakah pentadbiran yang beretika dan bersih yang dilakukan oleh DAP di P Pinang dan kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan itu tidak patriotik? Adakah sayangkan UMNO itu sahaja yang patriotik walaupun pemimpin yang mencuri di sana sini itu adalah pemimpin UMNO?

Adakah tindakan membawa keluar wang negara secara haram sebanyak RM1 trillion keluar negara itu tindakan yang sangat patriotik? DAN yang mengkritik pemimpin negara kerana membiarkan wang yang bertrillion itu tidak patriotik. Siapa sebenarnya manusia dan rakyat yang patriotik kepada pemimpn UMNO dan penyokongnya?

Masing-masing boleh membuat penilaian dan menjawab samada segala tindakan semua pihak itu tindakan yang patriotik. Buatlah keputusan sendirian. Yang penting sebelum membuat keputusan kita mesti berfikir sedalam-dalamnya dan bertanggungjawab ke atas keputusan yang kita ambil itu.

Jangan kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kesalahan kita sendiri. Kita sepatutnya ada rasa malu sikit-sikit kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua. Silapnya UMNO ini, mereka memandang orang ramai ini semuanya tidak pernah ke sekolah dan tidak tahu membaca dan menulis dan seterusnya tidak berkemampuan untuk berfikir.

Pada UMNO rakyat khususnya orang Melayu senang dipersendakan dan mereka (orang Melayu) tetap akan sokong UMNO sampai hari kiamat. Mungkin itu jugalah cara setengah blogger pro UMNO berfikir….memaki hamun mereka yang tidak menyokong UMNO dan mengharapkan orang ramai akan mengikut mereka.

Pengamal media perdana serta penulis-penulis dalam alam cyber nampaknya terus-terusan mewujudkan keadaan yang berlawanan di antara RAKYAT dan UMNO.

PUNYA LA TERUK!!! UMNO bakar mercun ganggu ceramah Anwar di Melaka

Addin hadir jugak ke ceramah Anwar malam tadi di Bukit Baru, Melaka. Seperti biasa, UMNO jugak membuat ceramah bersebelahan. Ceramah Anwar di hadiri ribuan orang.. ceramah Ali Rustam di hadiri puluhan orang.

Pelbagai gangguan di lakukan oleh UMNO dan kuncu-kuncunya... bakar mercun dan kuatkan pembesar suara. UMNO makin tak menentu di Melaka. Pentunjuk kejatuhan UMNO BN di Melaka pada PRU 13 nanti.ADDIN

Sambutan Hangat Buat Anwar Di Melaka Menggusarkan Ali Rustam

Agaknya memang benar jangkaan beberapa pemerhati politik yang menyebut Melaka bakal tumbang kepada PR di dalam PRU akan datang. Jika dilihat pada sambutan program Jelajah DS Anwar di Melaka malam tadi, harapan untuk melihat Umno ke pintu lahad amat cerah.



Tahniah rakyat Melaka yang kini sudah terbuka mata hati mereka. Umno tidak boleh selama-lamanya menipu rakyat Melaka. Rakyat Melaka mungkin telah menyedari bahawa KM mereka Ali Rustam dahulu pernah melakukan rasuah politik wang sewaktu pemilihan Umno dan ini disahkan sendiri oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka, rakyat kini insaf dan tidak mahu lagi bertuankan Ali Rustam.


Umno mesti dikuburkan, itulah yang digambarkan oleh rakyat Melaka kini. Malam tadi, negeri yang dahulunya `pekat' Umno kini semakin menipis. Kehadiran ribuan rakyat Melaka malam tadi di dalam program DS Anwar sudah tentu bikin Ali Rustam resah gelisah. ~wfauzdin

PERKASA TAK BUAT DEMO KA!!! Kalau berita ini libatkan pemimpin PR , pasti dah tersembul muka Brahim Ali di TV3

PUTRAJAYA: The Government will introduce several measures to address concerns raised by the Christian community.

These include the appointment of heads of mission schools, teaching of Bible Knowledge and tax exemption status for Christian organisations.

The decision made by the Cabinet yesterday was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at a luncheon hosted for senior leaders of the Christian Federation of Malaysia (CFM).

Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the Education Ministry would engage and consult the respective school boards so that school heads appointed would be suitable and acceptable.

Cordial meeting: Najib and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin with Christian leaders (from left) Bolly, Murphy, Ng, CFM vice-chairman Rev Dr Eu Hong Seng and Tsen before the luncheon at Seri Perdana, Putrajaya yesterday. Najib spent nearly two hours with the leaders who were also joined by 13 Cabinet ministers.

On Bible Knowledge for Sijil Pelajaran Malaysia, Dr Koh said the subject would be taught in schools after school hours upon parents' request.

A procedure would also be put in place to ensure donations to churches recognised and certified by CFM would be given tax exemption.

“The Prime Minister gave due recognition to the tremendous contributions of mission schools and their wish that the ethos and traditions of such schools be maintained.

“The Prime Minister also reiterated the support given by the Government to mission schools with a total of RM240mil allocated over the past four years, including RM100mil under the 2012 Budget,” Dr Koh said.

Among those who attended the luncheon was CFM luncheon chairman Bishop Datuk Ng Moon Hing, Catholic Archbishop of Kuala Lum-pur Tan Sri Murphy Pakiam, Catholic Archbishop of Kuching John Ha, Council of Churches of Malaysia president Datuk Thomas Tsen and president of the Association of Churches of Sarawak Datuk Bolly Lapok.

Ng thanked Najib for the opportunity to have an open and constructive dialogue.

“Christians have been experiencing a roller coaster year since 2010 that has been fraught with both blessings and painful encounters.

“We Christians would like to work with the Government for the sake of our beloved Malaysia,'' he said.

TIRU MACAM KES BERSIH!!! Polis tayang di media video yang diedit


Polis tidak menunjukkan bukti penuh insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru lalu, menurut peguam yang mewakili Muhammad Safwan Anang, pemimpin mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran polis dan mahasiswa tersebut.

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang mewakili Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu mendakwa rakaman yang disiarkan polis di kaca televisyen adalah rakaman sebelum insiden pertempuran, dan pihak berkuasa berkenaan tidak menyiarkan rakaman penuh insiden tersebut.


“Kami dapati pihak polis tidak menunjukkan video penuh dalam kejadian di UPSI tempoh hari. Apa yang ditayangkan adalah video sebelum insiden tersebut, mereka tidak mengeluarkan rakaman semasa kejadian itu berlaku.


“Sehubungan itu, kami akan mengemukakan video tersebut yang mempunyai bukti kekasaran pihak berkuasa terhadap mahasiswa,” tegasnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas Safwan selesai membuat laporan polis atas dakwaan pihak polis menggunakan kekasaran terhadapnya.


Dalam laporan polis yang dibuatnya, Safwan mendakwa dia telah ditumbuk di bahagian kiri mukanya, dan disepak menggunakan lutut yang mengakibatkan kecederaan di bibir, dan patah beberapa batang gigi serta turut tidak sedarkan diri selama lebih kurang sejam dalam insiden tersebut.


“Ketika demonstrasi itu, anggota polis beberapa orang polis yang berpakaian preman yang memakai vest polis menyerbu kami dan menarik saya ke arah lain secara paksa dan kasar.


“Saya telah ditumbuk dengan kuat di bahagian muka kiri yang mana hasil daripada tumbukan tersebut, bibir sebelah kiri dan mulut saya pecah dan berdarah.


“Kemudiannya saya ditundukkan dan di dihentak menggunakan lutut di bahagian rusuk kanan, akibat daripada itu, saya mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri,” jelas Safwan yang berkerusi roda ketika hadir di balai polis.


Menurutnya lagi, dia turut cam anggota polis yang telah memukulnya melalui rakaman video yang berada di dalam simpanannya.


Kenyataan Safwan itu turut disokong melalui laporan kesihatan yang dikeluarkan doktor yang merawatnya.


Dalam kejadian di UPSI malam tahun baru itu, seramai 60 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) telah melakukan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).


Kumpulan terbabit telah bertempur dengan anggota keselamatan selepas dipercayai ingkar arahan bersurai dan hasil daripada kejadian tersebut, 17 daripada telah ditahan dan dua termasuk Safwan mengalami kecederaan.

FITNAH MAHASISWA!!! Kerajaan UMNO dan Blogger UMNO sepakat reka imej buruk mahasiswa



mStar melaporkan:
PUTRAJAYA: Kesemua 17 pelajar universiti yang ditahan selepas enggan bersurai selepas mengadakan demostrasi di hadapan pintu masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi tahun baru didapati mempunyai hubungan dan kaitan dengan parti politik.

Jemaah menteri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diberi taklimat berhubung kejadian itu dalam mesyuarat kabinet Rabu.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hampir kebanyakan pelajar yang ditahan itu bukanlah pelajar UPSI.


Malah adifahamkan sebahagian besar daripada mereka juga mempunyai rekod CGPA yang rendah. Khaled mengesahkan bahawa terdapat beberapa pelajar yang berdemo itu merupakan pelajar yang telah pun digugurkan daripada beberapa buah universiti awam setelah memperolehi markah yang terlalu rendah. -
mStar.
Dalam politik, memang tindakan 'character assination' cukup biasa digunakan. Cara paling mudah tapi paling tak bermoral.

Contohnya macam berita kat atas tu. Ayat yang digunakan "Malah adifahamkan sebahagian besar daripada mereka juga mempunyai rekod CGPA yang rendah". Betul atau tidak tak penting yang penting dakyah tu masuk dalam kepala otak pembaca sasaran.

Kalau pun betul apa yang difahamkan tu, sebenarnya tak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak kebebasan mahasiswa.


Kalau nak kira dapat CGPA rendah, aku yakin lagi ramai mahasiswa yang dapat CGPA rendah pasai bercinta, tak dengar pulak ada undang-undang yang larang mahasiswa bercinta.


Yang nyatanya, 'character assination' ni menunjukkan yang kerajaan semakin gusar dengan keberanian mahasiswa. Walaupun ditekan dengan AUKU, masih ada mahasiswa yang berani menentang dan sanggup ambil risiko dikenakan tindakan melalui AUKU.


Gambar kat atas tu aku cilok dari blog penchachai United Malay National Organisation. Sungguh-sungguh puak ni memperlekeh mahasiswa yang berani tu.


Kalau btul kerajaan nak tau pandangan sebenar mahasiswa berkenaan AUKU tu, kerajaan patut buat satu pungutan suara dari para mahasiswa. tu pun kalau berani la, SAHEH punya tak berani... Hahaha...


Apa pun terima kasih kepada Blogger TaipingMali yang buat komen macam imej kat bawah ni. Buat la kenyataan BANGANG macam tu kerap-kerap.





Di bawah ini adalah fitnah yang ditabur Si Kaki Fitnah Blogger Tua TaipingMali. Ikut sedap hati nak reka fitnah mahasiwa. Hasrat hanya satu supaya rakyat percaya Mahasiswa yang demo adalah mahasiswa yang tak baik.

Semua yang difitnah Cikgu sekolah rendah Blogger Tua UMNO ni dah dinafikan mahasiswa terbabit. Tapi Blogger Tua UMNO ini tidak akan berhenti fitnah.

Pi sekolah bukan nak mengajar tapi fikir macam mana nak reka fitnah.

Gambar salah seorang pelajar yang sertai demonstrasi jalanan di UPSI ...
(Gambar ini blogger tua UMNO kutip mana kemudian tampal)

Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin 25

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0) . (Rekaan bohong si blogger tua UMNO)

Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun


Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan.
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa. ( Nak reka fitnah tapi blogger tua tak cerdik-sapa yang bodo akan percaya)

Ahmad Syukri Che Ab RazabUmur : 27 tahun


Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. ( Satu lagi gebang si blogger tua UMNO)

TaipingMali