Wednesday, January 11, 2012

1 AZAM !!!! Mengapa tidak galakkan wanita berniaga lembu untuk cepat kaya?


Meskipun pada kotak dalam gambar di atas tertera wajah Shahrizat Abd. Jalil isteri kepada Pengerusi Pusat Fidlot Negara (NFC), kotak tersebut bukanlah mengandungi produk atau keluaran dari NFC.


Apa yang terkandung di dalam kotak tersebut aku tak tahu.. tapi yang pasti ianya bukanlah produk dari NFC.

Jadi Makcik dan Pakcik yang menerima bantuan dari Shahrizat itu janganlah mengharap untuk merasa daging lembu yang diternak oleh keluarga Shahrizat..


Mana mungkin Shahrizat mahu memberikan kepada Makcik dan Pakcik daging lembu yang dijual di restoran milik keluarganya di MeatWorks at ION Orchard Singapore dengan harga dari SGD50 hingga ke SGD50 untuk 250gm.

Tujuan utama wajah Shahrizat diletakkan pada kotak tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Makcik dan Pakcik di pendalaman yang jauh dari capaian internet bahawa Shahrizat adalah seorang wanita yang baik dan prihatin..

Selain itu ianya juga bertujuan untuk memulihkan kembali imej Shahrizat yang terjejas berikutan penyalahgunaan dana NFC yang dilakukan oleh Keluarganya..

Jika dikatakan wajah Shahrizat wajar diletakkan pada kotak 1AZAM itu kerana beliau adalah Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang melaksanakan program tersebut..

Sewajarnya juga wajah atau gambar Menteri Pertanian Noh Omar (bawah) turut diletakkan pada kotak tersebut kerana dalam program Azam Tani Kementerian Pertanian juga terlibat..ASD




Info tentang 1AZAM

1Azam Galakkan Pertumbuhan Wanita Dalam Perniagaan

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dalam mengecapi status negara berpendapatan tinggi, wanita juga tidak terkecuali dilihat sebagai antara faktor penting ke arah merealisasikan impian itu.

Ia bukan satu omongan kosong. Malah, situasi ini dapat dibuktikan menerusi komitmen kerajaan yang sentiasa mengiktiraf peranan golongan hawa dalam prospek pembangunan ekonomi negara.

Apatah lagi, kebangkitan wanita juga mendapat perhatian serius daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dengan jelas menyuarakan suara hatinya menyeru masyarakat supaya mengiktiraf peranan besar wanita.

Atas faktor itu, tidak menghairankan apabila pengenalan Indeks Prestasi Utama (KPI) menerusi enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenal dalam memenuhi keperluan rakyat yang menekankan kepada proses pembangunan wanita sebagai peneraju penting pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah, iaitu satu daripada teras NKRA, menggalas peranan berat mengeluarkan wanita daripada kepompong minda konservatif dengan meningkatkan penyertaan dan peranan aktif golongan itu.

Justeru, perniagaan dilihat sebagai satu cabang meningkatkan peranan wanita sama ada menerusi peruncitan, penternakan, kesihatan serta penghasilan makanan.

Komitmen ini jelas apabila kementerian dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012.

Antara program yang diatur bagi membangunkan kapasiti golongan itu ialah memberi latihan teknikal, penyediaan Kursus Asas Keusahawanan serta tidak ketinggalan, 1Azam--Akhiri Zaman Miskin.

1AZAM GALAK WANITA LIBAT KEUSAHAWANAN

Program 1Azam yang diperkenal tahun lepas dengan tujuan meningkatkan pendapatan rakyat miskin dan miskin tegar menerusi empat cabang alirannya iaitu, Azam Kerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat adalah usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan golongan itu daripada kehidupan sedemikan menerusi kebajikan produktif.

Tidak mahu lagi membiarkan golongan ini terus-menerus bergantung harap kepada kerajaan, Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata sudah tiba masanya reformasi mentaliti dilakukan bagi menjadikan mereka lebih berdikari.

Justeru, program Azam Tani yang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian, Azam Niaga (perniagaan kecil-kecilan), Azam Khidmat (bidang perkhidmatan) dan Azam Kerja (penempatan pekerjaan), adalah cabang terbaik kepada wanita seperti ibu tunggal dan suri rumah.

Biarpun program ini, tidak memberi fokus khusus kepada wanita kerana turut membabitkan Ketua Isi Rumah (KIR) golongan lelaki, namun ia mampu meningkatkan pertumbuhan wanita dalam perniagaan.

"Kita dapat melihat sudah ramai wanita berjinak-jinak dengan perniagaan dan ini menampakkan pertumbuhan ketara wanita dalam bidang itu," kata Pegawai NKRA kementerian itu, Hazmi Samsudin kepada Bernama baru-baru ini.

Melihat potensi program ini, kerajaan memperuntuk sebanyak RM$363.6 juta untuk tahun 2010 manakala RM$358.76 juta bagi tahun 2011 untuk menjayakan 1Azam.

TAHUN 2011, 1AZAM AKAN LEBIH GIAT

Mengulas lebih lanjut, Hazmi berkata penerima bantuan 1Azam dipilih secara teliti menerusi hasil pendaftaran di bawah sistem e-kasih, iaitu di bawah tanggungjawab pejabat Perdana Menteri dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja berjaya.

Dengan hasil pendaftaran seramai 45,611 golongan miskin dan miskin tegar berpendapatan antara RM750 dan RM2,000 sebulan, didapati hanya 30,068 ketua isi rumah termasuk Sabah dan Sarawak telah menguarkan minat untuk menyertai program tersebut.

Difahamkan laporan berita sebelum ini, seramai 9,687 daripada 45,611 yang mendaftar adalah ketua isi rumah wanita dan menjadi hasrat kerajaan untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Setelah disaring, akhirnya hanya 7,401 layak menerima bantuan program 1Azam bagi tahun 2010. Yang berbaki masih lagi di bawah kajian," katanya.

Bagi menjayakan program 1Azam, Hazmi berkata adalah mustahil kementerian itu bergerak sendiri dan untuk itu beberapa kementerian dan agensi berkaitan telah terbabit seperti Kementerian Sumber Manusia menerusi Azam Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Azam Tani) manakala Azam Khidmat dan Azam Niaga menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

"1Azam akan lebih giat pada tahun ini dan untuk itu sebanyak RM58.76 juta telah diperuntukkan di mana KPWKM akan menerima RM50 juta bagi melaksanakan Azam Niaga dan Khidmat manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM20 juta dan Kementerian Sumber Manusia RM8.76 juta.

"Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM140 juta bagi tahun 2011," katanya.

TIADA LAGI ERTI KEMISKINAN

Mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan, seorang daripada peserta Azam Niaga, Sabariah Mohd Tahir akhirnya berpeluang mengecapi kehidupan selesa apabila perniagaan kecil-kecilannya itu kini membuahkan hasil lumayan dan pernah mencecah jualan kasar sehingga RM90,000 sebulan.

Berbekalkan pelbagai kemahiran membuat kek, kuih moden dan tradisional, yang diperoleh hasil daripada menyertai pelbagai jenis kursus, penyertaan menerusi 1Azam membantunya memasarkan Ain Z Collections Enterprise bukan sahaja sekitar Kuala Lumpur malahan negeri lain.

"Saya mengetahui mengenai 1Azam ini daripada kawan-kawan. Pada awalnya, skop perniagaan saya hanya sekitar kampung dan tidak boleh menerima tempahan luar kerana tidak mempunyai peralatan cukup.

"Tetapi setelah menyertai Azam Niaga proses pinjamannya pun tidak susah dan saya sudah meminjam sebanyak empat kali untuk membeli peralatan seperti mesin plastik. Berbekalkan pinjaman itu, membolehkan saya menerima tempahan dari Kedah, Terengganu dan Johor," kata ibu tunggal ini.

Beliau pernah menerima pelbagai anugerah dan terbaru Usahawan Terbaik Risda Selangor Tahun 2010 bagi kategori Roti dan Pastri.

BERNAMA

UST. ISMAIL KAMUS MAHU SAMAN!!!! "Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan"

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

“Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

“Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan,” kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.
Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam.

WAYANG UMNO!!! Mahkamah Rayuan akan putuskan Anwar bersalah?


Pihak pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.

Dalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.


Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.


Isnin lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.

Pada peringkat akhir pembelaan, katanya, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.


Menurut Mohamad Zabidin, meskipun mahkamah menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, namun mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.

Semalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.

Sebelum ini, beberapa peguam kes jenayah memberitahu Malaysiakini bahawa hak untuk membuat rayuan terletak di tangan Peguam Negara yang mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.

MALAYSIA BAKAL MUFLIS!!! Tumbangkan BN jika tidak mahu negara tumbang


Malaysia akan muflis menjelang 2019 dengan hutang negara dijangka melonjak sehingga mencapai RM1,300 bilion jika Umno-BN masih mengekalkan pengurusan perbelanjaan dan pinjaman yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONE
Sehubungan itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah jelas bagi menyelamatkan negara dari menjadi muflis, rakyat perlu menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan,” kata Lim dalam satu kenyataan media.


Beliau mengulas kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mendedahkan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.


Menurut Felo MIER, Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya kerajaan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100 peratus ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.


azlan
Hutang kerajaan persekutuan pula dilaporkan telah meningkat sebanyak 71 peratus dalam tempoh empat tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

Lebih menrunsingkan kata Lim, kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.


"Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas menjadikan Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.


"Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang," kata Lim.


azlan
Menurutnya, rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat.

Selain harga susu bayi yang dilaporkan naik sehingga 50 peratus, beliau memberi contoh antara kos barangan harian turut meningkat.

  • Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58 peratus dalam 18 bulan.
  • Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).
  • Tarif elektrik: Kenaikan purata 7.12 peratus pada bulan Jun 2011.
  • Teh tarik dan kopi susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1 peratus hingga 18.2 peratus).
  • Roti: Kenaikan 5-14 peratus (2011).
  • mamak restaurant 271206 open stovesCukai perkhidmatan: Kenaikan 1 peratus (cukai tambahan RM720 juta untuk kerajaan persekutuan).
  • Bawang: Kenaikan 17 peratus (Dis 2010).
Selain yang disenaraikan, katanya, makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.

Justeru, menurut beliau, rakyat yang inginkan kehidupan lebih baik untuk hari ini dan generasi depan perlu memilih sama ada sebuah kerajaan yang boros atau kerajaan yang berhemat dan telus mengutamakan kepentingan rakyat.

TERKINI!!! Dakwaan skandal terbaru babitkan pemimpin UMNO

Bekas Menteri Belia dan Sukan ini telah didakwa menerima wang RM300,000 dari seorang peniaga berasal dari Johor.

Berikut adalah dakwaan terbaru oleh blogger
TheWhistleblower711. Mengikut blogger TheWhisteblower711 ini, beliau mendakwa Azalina Othman menerima bayaran RM300,000 tersebut sekitar Mei 2011.

Sehingga ke saat ini menurut blogger tersebut, Azalina Othman masih tidak menjawab berkenaan dakwaan tersebut.

Sebelum ini blogger ini telah menimbulkan beberapa kontroversi dengan mendedahkan rasuah beberapa pemimpin tertinggi negara.

Di antaranya ialah dua pembantu pemimpin tertinggi negara dan seorang Timbalan Menteri, Awang Adek Hussin; dan dua pembantu yang bertugas dibawah Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Cek yang di dakwa telah diberikan kepada Azalina Ohman.

Individu yang di dakwa terbabit dengan skandal Azalina Othman

Sekiranya dakwaan oleh blogger TheWhisteblower711 mempunyai asas yang kukuh, pihak berkuasa seharusnya bertindak dengan segera. Bertindak untuk mendakwa bagi yang terlibat tetapi bukan menyelamatkan individu-individu yang terlibat dan meng'kambing hitamkan' individu lain pulak.ADDIN

Baca lanjut di
sini.

Sumber :
Dakwaan Skandal Terbaru Azalina Othman


HINA MAHKAMAH!!!! Laporan polis terhadap Papa Gomo, tetapi beranikah polis bertindak terhadap Papa Gomo?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3BZtzwHJuzXHUksX1uMkcHpTkp9FzyfYXvXC-0IxWZdR7ZgCqveOqYnD68LH2Exy-l-apC-tY0kqza7qe5Ql1DS7Ik_j_UDoDQEEA_Me-KtZ_YLy9I1Te1J6n7mLtLEbhzqY7qj4DVmhE/s400/Papa+Gomo.pngBeberapa orang wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Keadilan (SAMM) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap blogger pro-Umno, Papa Gomo yang mengeluarkan artikel menghina keputusan mahkamah.

Penyelaras SAMM Mohd Aidil Ibrahim berkata, selain artikel yang berbunyi 'hakim telah dibeli oleh DS Anuar Ibrahim', Papa Gomo juga menfitnahkan nama Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menggunakan perkataan "babi" serta ayat-ayat yang kurang ajar.

"Beliau (Papa Gomo) dengan jelas menerusi laman twitter-nya membuat kenyataan kurang ajar dengan menyatakan bahawa hakim telah dibeli oleh Anwar Ibrahim, menerusi perkataan dalam ruang komen tersebut jelas menunjukkan papa gomo memiliki hubungan istimewa dengan Perdana Menteri seperti bersembang dengan kawan-kawan, beliau 'twit' Perdana Menteri,"

"Kami juga mendesak agar kertas siasatan segera dibuka dan Papa Gomo diheret kemuka pengadilan kerana menghina mahkamah secara terang-terangan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Timur Laut, di sini hari ini.

Hadir sama membuat laporan polis, Timbalan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang Ahmad Azrizal Tahir dan beberapa wakil dari Gerakan Jingga 13.- TVS

POLITIK BODOH SOMBONG UMNO!!! Mufti dimaki, Agong disindir



Oleh: Pakdee Jantan

Setelah tidak mampu lagi berhadapan dengan 10 ulamak Majlis Fatwa maka UMNO mengubah strategi iaitu membelasah habis-habisan Dato' Mufti Kedah.

Pelawaan dengan hati yang ikhlas supaya kumpulan UMNO yang menentang Majlis Fatwa yang dinaungi Tuanku Sultan datang berbincang dengan mufti ditolak dengan penuh bodoh sombong oleh kumpulan Pak Sheikh Danork UMNO lulusan SRP.


Pak Dee tak mau tolong jawab bagi pihak Tok Mufti kerana beliau sudah bersedia untuk 'mengajar' akan puak2 bodoh sombong tu di mahkamah.

Semua hujah mereka adalah hujah recycle, yang diulang2 walaupun kita dah bagi hujah balas (depa bukan baca pun, kalau depa rajin membaca dan mentelaah takkan mengaji takat SRP tapi belagak macam lulusan STPM... Err sebut diploma tinggi sangat) campur pula dengan fitnah dan pembohongan terhadap pemaju dan kerajaan negeri.


Tak cukup dengan itu Agung pun disindir kononnya bertitah kepada Mufti..'selesaikan isu madrasah di mahkamah sebab perkara ini dah jadi kes mahkamah'.

Haramjadah punya puak2 ni dah tak reti hormat dekat Sultan, jenis penderhaka.. patut dibuang negeri, hantar pi duduk dengan penasihat depa Yahudi APCO kat Israel tu baru padan muka.


Siang tadi pelan surau baru sudah diedarkan ke seluruh dunia. Semua yang tengok gambaran surau tu.. takdak sapa pun yang bantah, kecuali yang bengong tak dak otak.

Maka akibat nak mampu hadapi sokongan rakyat terhadap surau baru tu depa kalih pulak isu tanah wakaf kononnya haram bagi Cina Kristian majukan, walhal masa zaman BN dulu tanah wakaf MAIK diserah pada Cina kapiak untuk berniaga dan menguasai bangunan Sentosa, Jalan Putra.. takpalaa pulak halai.

Kalau UMNO buat menatang apa pun halai, mokalu kata UMNO bukak kandang babi dalam masjid aku ingat puak2 tu akan sokong habih..

Cina kapiaq pun takpa dah kalau UMNO buat, tak taulah kot UMNO anggap Cina Sentosa tu Melayu sebab UMNO yang dok basuh pungkok Cina tu jadi depa taulah kata Cina Sentosa tu bukan Cina...

Kedah La

PAS Parit Buntar guna pendekatan kesihatan dan kebajikan

PARIT BUNTAR, 12 Jan. : Melalui pendekatan kesihatan dan kebajikan untuk masyarakat, PAS Parit Buntar mengambil inisiatif untuk menganjurkan khidmat kesihatan percuma sempena program cakna rakyat di Taman Piandang Indah, di sini.

Menurut Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Hairul Nizam
Ishak, program itu merupakan aktiviti bersama rakyat yang dilaksanakanLujnah Kebajikan secara berterusan.

“ Program hari ini mendapat kerjasama Lujnah Perpaduan Nasional
memandangkan ianya dilaksanakan di komuniti masyarakat Tionghua diTanjung Piandang.

“ Semua akitivi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang
baik daripada masyarakat Tionghua di sini” katanya

Beliau berkata, khidmat kesihatan secara percuma diberikan oleh doktorsukarela dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa orang pembantu perubatan bertauliah.

“ Selain mendapat kaunseling kesihatan, penduduk juga menerima khidmat ujian glukosa, tekanan darah dan berat badan unggul.

“ Sambutan hangat diterima dari penduduk dan lebih 200 orang telah
menerima khidmat kesihatan yang ditawarkan “ katanya

Hairul Nizam berkata, seramai sepuluh orang warga emas yang dipilih
telah menerima sumbangan dari Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid
Yusuf Rawa semasa program ini.

“ Ahli Parlimen Parit Buntar turut memberi dana kepada urusetia
program bagi menyediakan roti canai dan teh tarik kepada penduduk yang hadir.

“ Kami akan meneruskan program kebajikan ini memandangkan sambutan yang sangat baik dari penduduk setempat” katanya

Turut hadir hadir ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Yang Dipertua
PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua Abdul Bahrain
Desa, Pegawai Khas Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad dan AJK DHPP Parit Buntar Teoh Bak Chua


Orang Melayu turut menerima khidmat kesihatan



Roti canai dan teh tarik disediakan Ahli Parlimen kepada penduduk



Ahli Parlimen Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan




Dr. Mujahid sedang ditemuramah wartawan

TU DIA!!! Dulu Mamak UMNO bawa 'Taik, sekarang Mamak PERKASA bawa 'Jentolak Taik'


Sebelum itu.. Aku ingatkan UMNO Penang saja yang orang Melayu Penang dah tak minat nak joint.. rupa-rupanya PERKASA yang dikatakan sebagai kumpulan pendesak Melayu pun orang Melayu Penang tak mau joint..buktinya tengok gambar kat atas tu..ASD

'Jentolak' PERKASA dihalang masuk pejabat KM

Anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menghantar replika sebuah jentolak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai simbol dakwaan kerajaan negeri merobohkan rumah-rumah dan kawasan perniagaan masyarakat Melayu.

Kumpulan itu diketuai Ketua Wira Pulau Pinang Mohd Risuan Asudin yang membawa replika jentolak itu ke pejabat bangunan kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.

Antaranya, mereka membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah bengkel motosikal di Jelutong pada tahun lalu, yang mana pemiliknya kebetulan adalah seorang ahli PERKASA.

Mereka, bagaimanapun, dihalang daripada memasuki pejabat Lim di tingkat 28. Pejabat Lim juga tidak melayan kumpulan itu yang sering-kali menimbulkan kekecohan di Pulau Pinang dengan tidak menghantar sebarang pegawai untuk menerima 'hadiah' berkenaan.

Kecewa dengan tindakan itu, anggota PERKASA melepak dan bersila di lantai, dengan harapan bahawa pintu pejabat ketua menteri akan dibuka tetapi sebaliknya pengawal mengunci mereka.

Kumpulan itu kemudian membidas Lim kerana didakwa tidak mahu berjumpa dengan rakyat dan menerima ‘hadiah’ mereka.

"Ia hanya replika, kenapa dia begitu takut?" soal Risuan, sebelum membuka sehelai kain merah yang digunakan untuk membalut replika itu.

Malaysiakini