Thursday, January 12, 2012
EXCO SELANGOR!!! Sultan perkenan gugur Hasan Ali, exco baru lantik Rabu minggu depan
Sultan Selangor hari ini bersetuju untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.
Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.
"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.
Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.
"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.
Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.
MAMPUS UMNO!!! Apa salahnya, dah memang UMNO nak mampus
Oleh
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS
Sekadar Perkongsian
Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
Ini jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..
Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....
Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....
Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.
Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.
Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..
Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....
Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…
Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...
Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....
Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...
Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....
Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….
Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.
Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….
Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.
Oleh
Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS
Tulisan ini dipetik dari Facebook Aiman Athirah Al Jundi, satu penjelasan terhadap Utusan Malaysia semalam yang mendakwa bahawa gelagat Muslimat PAS di himpunan 901 cukup "memalukan"
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sangat kalimah 'Mampus UMNO' berbanding kezalimannya seperti yang disebutkan.. dan memang jelas UMNO zalim. Nabi Musa AS diperintahkan Tuhan berhadapan dengan penzalim Maharaja Firaun, mengutuk terang-terangan, tidak perlu simbolik lagi. Weblog ini memilih pendekatan itu..
Syabas, srikandi muslimah PAS! (IH)
ISYTIHAR HARTA!!! Mari kita tengok harta Exco Kerajaan P.Pinang bandingkan dengan Exco dari UMNO
Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.
Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.
Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.
Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.
Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.
Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."
Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.
Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.
Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.
Selain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.
ANWAR BEBAS!!! Bukan bukti Najib tidak campur tangan
"Sekiranya pihak pendakwaan mengemukakan fakta palsu dan testimoni, hakim kemudiannya akan membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta dan testimoni palsu," katanya.
Beliau berkata bahawa Peguam Negara yang memegang kuasa untuk memulakan, meneruskan atau menghentikan apa-apa prosiding jenayah manakala duti hakim adalah semata-mata untuk menghukum berdasarkan maklumat yang dihasilkan di mahkamah.
Mat Zain menambah bahawa setiap kes mahkamah mempunyai meritnya sendiri dan berbeza di antara satu sama lain, walaupun mereka telah dipengerusikan oleh hakim yang sama.
"Oleh itu, eksekutif tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa keputusan hakim Mohd Zabidin 'tidak bersalah' ke atas Anwar adalah bukti bahawa badan kehakiman adalah tidak berat sebelah dan bebas daripada pengaruh atau campur tangan dari eksekutif," katanya.
Contoh-contoh kes berprofil tinggi
Mat Zain meneruskan dengan menyenaraikan contoh-contoh kes-kes berprofil tinggi sejak tahun 1998, di mana dia yang dikatakan "pihak-pihak tertentu" dipercayai telah dirujuk kepada badan eksekutif untuk mendapatkan keputusan.
Antara lain, Mat Zain menyebut contoh rasuah dan kes rogol statutori bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, dan kes-kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Pengerusi MAS Tan Sri Tajuddin Ramli dan bekas ADUN Pelabuhan Klang Datuk Zakariah Md Deros.
Beliau juga merujuk kepada skandal baru-baru ini sekitar Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom penyalahgunaan dikatakan dana zakat dan Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil kontroversi di Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Apa yang saya ingin menegaskan dan mengesahkan di sini bahawa setiap contoh kes di atas mempunyai sentuhan Tan Sri Abdul Gani Patail di atasnya," kata Mat Zain.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja
Beliau mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kesaksamaannya dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja keatas Tan Sri Abdul Gani Patail kerana dikatakan Peguam Negara itu melakukan penyelewengan proses perundangan dalam beberapa kes berprofil tinggi.
Menurut Mat Zain, Perdana Menteri perlu membuat representasi formal kepada Yang di-Pertuan Agong pada penubuhan sebuah tribunal untuk memeriksa tindakan Abdul Gani.
"Ia akan menjadi langkah pertama ke hadapan untuk PM Najib untuk memulihkan sistem keadilan jenayah di negara ini yang telah dicemari untuk jangka masa yang panjang.
Rakyat akan menerima tidak kurang daripada ini, " kata bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur hari ini dalam sepucuk surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Oleh itu, beliau berkata, ini akan menjadi masa yang baik untuk Najib untuk membuktikan keazaman dan keikhlasan dan janji "rakyat didahulukan" dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap peguam terkemuka di negara ini. sumber
KERJA FITNAH!!! Zul Katak dan Utusan kena saman lagi
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Disember 2011, Abdul Aziz mendakwa, kata-kata fitnah tersebut secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatan beliau disebut secara spesifik.
Artikel yang bertajuk, Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari, itu disiarkan pada 17 Oktober tahun lalu.
Menurut Abdul Aziz, kata-kata tersebut amat jahat sama ada atas kapasiti peribadinya atau atas jawatannya sebagai Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa.
Abdul Aziz selaku plaintif menamakan Zulkifli, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan syarikat akhbar tersebut masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Plaintif mendakwa, kata-kata fitnah itu dalam makna yang asal dan biasa antaranya menggambarkan beliau seorang yang kurang ajar, biadap, tidak layak menjadi pensyarah atau profesor undang-undang.
Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau yang tidak dinyatakan jumlahnya selain perintah supaya mahkamah mengarahkan pihak defendan meminta maaf serta menarik balik kata-kata tersebut.
Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes buat kali pertama hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Norhatini Abd. Hamid.
Peguam Rohanidah Shafee yang mewakili syarikat akhbar itu dan juga Ketua Pengarangnya berkata, mahkamah menetapkan 26 Januari ini untuk kedua-duanya memfailkan pembelaan masing-masing.
Zulkifli pula, menurut Rohanidah, baru diserahkan dengan writ saman tersebut dan masih belum melantik peguam untuk mewakili beliau.
Katanya, mahkamah menetapkan 10 Februari ini bagi pengurusan kes saman itu di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof.
Abdul Aziz diwakili peguam, Azhana Mohd. Khairudin.