Thursday, January 26, 2012

RM 10 JUTA!!! Zul Kulim dan Utusan kena saman lagi

KUALA LUMPUR 27 Jan: Mantan Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Syed Husin yang juga Senator di Dewan Negara itu juga menamakan pengarang akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.

Menurut peguam beliau, Fadiah Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk ‘Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin’.

Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku ‘Memoir Perjuangan Politik’ yang ditulis beliau.

Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju jika mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

“Defenden-defenden pertama dan kedua telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan atau telah menyebabkan percetakan dan penerbitan perkataan-perkataan fitnah.

“Manakala defenden ketiga (Zulkifli) dalam blog peribadinya bertajuk “Anjing-Anjing Pencen” turut menerbitkan perkataan-perkataan fitnah,” kata Fadiah di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Justeru itu katanya, plaintif mengambil kira ganti rugi sepadan dengan fitnah yang dilemparkan oleh defenden.

Syed Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan seolah-olah beliau ‘seorang hiprokit’ , ‘tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.

“Tindakan menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan berita fitnah.

“Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik bagi mempertahankan sesebuah kuasa,” katanya.

FOKUS PRU 13!!! Biarkan Hasan Ali terjun dengan labunya,


KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.

"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.

"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu.

Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu.

Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan.

"Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.

Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.
"Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya.

KUASA KETIGA!!! Semuanya kaki tak boleh pakai



Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.



Sambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.

Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.


Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.


"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.


Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.
"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.


Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.


"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.


"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.


Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.


Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.


"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.


"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.


"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.-Malaysiakini

Semua muka di atas adalah bekas yang menumpang senang atas parti yang mereka bertanding dalam pru 13.Braheng Ali Perkasa bertanding atas lambang Pas pru 12 yang lalu menang di parlimen Pasir Mas.Gerenti kalah kalau bertanding lambang kati.

Zul Noordin bertanding atas tiket PKR menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.Begitu juga dengan Hasan Ali.

Mereka tak merasa makan elaun ahli parlimen dan jadi exco jika rakyat yang bencikan Umno tak pangkah mereka.

Dah menang dapat nikmat jawatan yang depa pegang lepas tu buat taik!

Pengajaran buat semua parti ABU (Asalkan bukan Umno) jangan pilih sampah sarap, cakap kaki putar alam, kaki auta dan gelembong pusing 360 darjah , cakap berdegar-degar modal air liur untuk jadi calon parti ABU pru 13.Jangan sampai ular yang sama patuk tangan sampai dua kali!


Kami rakyat dah tak tahan dijajah Umno-BN sampai 54 tahun dah.Jangan buat taik sesama sendiri kalau mau rakyat pangkah PR.RM

RUPANYA!!! Semakin ramai Samseng Taik Minyak macam BaharOm, semakin cepat UMNO bungkus

Samseng Taik Minyak Jalan Kebun

Hari ni gua sempat melawat kawan-kawan berbangsa India di kawasan gua duduk ni. Gua lepak bagus dengan diorang. Tak kira bangsa. Gua mentaliti 1Malaysia original. Sebelum ada slogan 1Malaysia, gua dah hidup 1Malaysia dengan bangsa lain.

Lepak sambil pekena teh tarik, Mani atau nama penuhnya Maniam, sempat bercerita tentang insiden serangan Samseng bodoh kat Jalan Kebun baru baru ni. Perkembangan yang lebih baik dari sebelumnya. Rakyat dah muntah dengan perangai umporno@pekuda yang cam tu.

Kalau lah pada hari tu, tindak-balas dilakukan oleh Hindraf atau SAMM, nkorang bleh agak apa yang bakal berlaku. Ni semua taktik bodoh yang diulang. Kalu cerita ombak rindu di ulang berpuluh kali, aku rasa, dialog Aaron Aziz pun nkorang leh hafal satu persatu, jadi apa bezanya provokasi bodoh yang diulang-tayang leh puah umporno ni? Kacang la beb ...

Apa pun .. gua ucapkan terima kaseh pada Bob@Razali yang menjadi dalang provokasi malam tu. Kerna dengan gelagat dia yang sudah dirakam dan diedarkan ke seluruh internet, dah cukup wat semua orang rasa bosan. Terutama bangsa India dan Cina. Nak muntah dan Syabas umporno dan pekuda.

Aman yang kita rasakan sekarang, sebenarnya kerana mentaliti ketamaddunan kebanyakan dari kita yang hormat undang-undang untuk hidup masyarakat majmuk. Kalau kebanyakan rakyat kat Malaysia ni fikiran cam Bob@Razali tu, aku tak tau apa nak jadi. Perang tiap hari la.

Dari biarkan spesis seperti ini berkembang biak, kita tutup je buku umporno dan bina suasana hidup baru.Kalu tiada tangan kat belakang spesis samseng geduak tu, negara kita boleh jadi lebih aman dari sekarang. Lu wat salah, lu kena. Kalau dah semua takut, negara kita takkan ada insiden yang memalukan kepada bangsa terutama Melayu.

Bila ada puak puak yang dapat keistimewaan seperti pelesit Jalan Kebun ni, maka ni la jadinya.Tak yah cerita pasai 1Malaysia kalau cakap tak serupa bikin. Boss cakap lain, balaci cerita lain.

Lagi ramai orang cam Bob ni, lagi cepat diorang bungkus. Syabas !
Ikhlas 1Malaysia atau retorik? ... Ni lagi satu bentuk 'ikhlas' dalam membantu ..Kedahlanie

JAGUH BARU NFC!!!! Noh Omar pula cuba selamatkan Shahrizat selepas Brahim Ali


Tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar menjelaskan sebab musabab mengapa projek yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam rupanya semakin menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

Walaupun tidak menamakan syarikat mana yang dituduhnya gagal dari segi kerjasama strategik dengan NCF Corporation sebagai syarikat induk projek, ia tidak dapat menjawab persoalan bagaimana dana sebesar RM250 juta yang diberikan telah dengan niat disalahgunakan untuk tujuan bukan penternakan lembu.


Noh kini cuba menjadi jaguh mempertahankan tindakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang kini bercuti tiga minggu dari segi mengalihkan kesalahan yang telah dilakukan kepada menuduh pihak lain yang menjadi punca kegagalan projek yang diusahakan pada 2007.


Kununnya dengan penjelasan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang seolah-olah kes ini cuba dibersihkan namun Noh sebenarnya bertindak bodoh dengan membenarkan justifikasi perbelanjaan keluarga Shahrizat membeli kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur dan Orchard Scotts di Singapura sebagai langkah sementara menjana pendapatan sebelum projek tersebut disusun semula.


Hakikatnya, hampir kesemua wang RM250 juta tersebut sudah dibelanjakan yang mana Noh langsung tidak menjawab soalan wartawan yang meninta penjelasannya di Tanjung Karang, Selangor, semalam.


Tambah pelik, tindakannya menuduh peserta yang berpotensi menternak lembu di situ gagal melaksanakannya seolah-olah keluarga Shahrizat bersih suci murni dari dosa pembelian kondo, tanah di Putrajaya, dan sebuah kereta mewah Mercedes Benz, seperti yang dibongkar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin setelah Ambrin mendedahkannya dalam Laporan Ketua Audit Negara.


Persoalannya kini, bagaimanakah Noh boleh mengatakan Pusat Feedlot Nasional (NFC) satu kegagalan yang bukan berpunca daripada keluarga Shahrizat sendiri padahal kesemua bukti dan fakta yang dikemukakan jelas terang dan nyata??


Sebenarnya, semua tindakan yang dilakukan Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali, Muhyiddin Yassin malah Noh sendiri membuktikan bahawa skandal NFC sudah menjadi buah mulut orang Melayu di serata negara termasuk tanah rancangan FELDA yang juga berdepan dengan masalahnya sendiri.


Tidak dapat dinafikan skandal ini sudah berjaya membuka mata orang Melayu di luar bandar yang selama ini tidak ambil pusing berkenaan isu nasional yang melibatkan maruah dan martabat orang Melayu hingga ada penganalisis politik meramalkan Umno-APCO semakin sukar mendapat undi golongan ini sekiranya pilihanraya umum berlaku dalam waktu terdekat.


Najib jangan lagi cuba menjadi hakim menentukan mana yang benar dan mana yang salah kerana semua perkara ini tidak akan belaku sekiranya kerajaan mengamalkan dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang kini hilang bersama Mahathir ditelan rasuah dan penyelewengan yang tidak pernah berkesudahan!


JALAN PULANG



Isu PFN: Noh sangkal pembangkang



Kondo mewah milik keluarga Shahrizat Jalil
yang bernilai SGD4.4 juta (RM10.4 juta)
di Orchard Scotts, Singapura!

TANJUNG KARANG:
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, semalam menyangkal pelbagai tuduhan yang dilemparkan pembangkang berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) sambil menegaskan projek ternakan lembu daging itu bukan suatu kegagalan. Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan jika ada sebarang salah laku berhubung pengurusan dana National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan terserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat syarikat itu.

“Isu ini sebenarnya timbul akibat kelewatan pelaksanaan projek berkenaan berikutan rentetan masalah yang dialami menyebabkan banyak program pembangunan tertangguh, tetapi ia tidak gagal,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kampung Belimbing di sini.


Noh berkata, isu pertama dibangkitkan pembangkang adalah mengapa dana RM250 juta itu diberikan kepada NFCorp sebelum perjanjian dibuat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010.


“Hakikatnya, ada dua perjanjian antara NFCorp dengan kerajaan. Pertama antara syarikat dengan Kementerian kewangan dan kedua dengan kementerian ini. Perjanjian pertama dimeterai antara NFCorp dengan Kementerian Kewangan pada 6 Disember 2007 berhubung pemberian pinjaman.


“Perjanjian kedua, antara syarikat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010 berhubung proses pelaksanaan projek,” katanya.

SERTAI PAS !!! Bekas OCPD dedah kejahatan UMNO

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar

Saya petik:
[BPS] DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,


“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujarnya.


Haji Abdullah berkata PAS bukan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.


Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.


“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.


Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.


Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’.

Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.


Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

SAMAN UTUSAN !!!! Tindakan tepat untuk pertahan maruah


Tindakan menyaman akhbar Utusan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM50 juta disifatkan sebagai tindakan yang tepat bagi mempertahankan maruahnya yang sering diperkotak-katikkan di dada akhbar terbabit, menurut Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan).

Tuan Ibrahim turut menyatakan media milik Umno itu sering memainkan isu-isu yang bersifat fitnah dan jauh dari landasan fakta.


"Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman dilihat sebagai tindakan peribadi beliau mempertahankan maruah dirinya yang telah dirosakkan dan diaibkan sebegitu rupa.


"Dan kebanyakan laporan yang disiarkan di media seperti Utusan lebih berbentuk fitnah dan di luar batas-batas yang sepatutnya di patuhi oleh mereka," ujar Tuan Ibrahim yang ditemubual melalui panggilan telefon.


Lantas tindakan saman ini diharap dapat memberi pengajaran kepada seluruh media untuk bertindak lebih profesional dan matang menyampaikan maklumat.


Ujar beliau, tindakan berterusan media pro-BN yang berterusan menyerang Anwar dilihat sebagai strategi mencalar imej Ketua Pembangkang serta mengekang kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat.


"Di samping keupayaan menyatupadukan parti-parti pembangkang di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilihat sebagai seorang pemimpin yang dilihat rakyat sebagai pemimpin yang mampu menerajui kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Rakyat.


"Itulah yang dibimbangkan oleh kerajaan sekarang kerana walaupun dihina dan difitnah dengan hebat, rakyat terus menzahirkan sokongan kepada Anwar.


Inilah karisma yang terdapat pada beliau," jawab Tuan Ibrahim.


Katanya segala tohmahan dan fitnah aib yang dipalitkan kepada Anwar perlu dihentikan dan berharap agar semua pihak dapat berpolitik secara matang.


"Diharapkan semua pihak dapat menghentikan serangan peribadi terhadap beliau kerana bagi saya beliau juga manusia biasa yang memerlukan ruang kehidupan yang tenang bersama keluarganya.


"Dan sudah sampai masanya untuk kita berpolitik secara matang.


Marilah sama-sama kita fikirkan masa hadapan negara dari sudut ekonomi, sosial dan politiknya supaya tidak bersifat remeh-temeh yang tidak membawa sebarang manfaat kepada negara," ujar Tuan Ibrahim.

PANAS!! Ghani Othman jual ekuiti orang Melayu kepada Yahudi?


Entah apa yang telah merasuki pemikiran Menteri Besar Johor sehingga sanggup mengadai hak bumiputera kepada bangsa asing apatah lagi bangsa yang memang dicurigai oleh umat Islam yakni ‘Yahudi’.

Dalam kenyataan akhbar 4 Januari yang lalu, ternyata secara umunya Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman juga selaku pengerusi Johor Corporation (JCorp) seperti membuang tabiat ingin menjual sebahagian besar saham QSR Brands dan KFC Holdings (KFCH) yakni anak syarikat JCorp kepada sebuah syarikat yang mendapat sokongan kuat Yahudi.

Dengan beralasan untuk melunaskan hutang, Abdul Ghani seperti rasa tidak bersalah telah mengadaikan sebanyak empat puluh sembilan peratus saham bumiputera JCorp kepada bangsa asing.

Seperti perancangan yang terancang, saham tersebut dijual kepada sebuah syarikat bernama CVC Capital Partners yang ditubuhkan di London pada tahun 1981.

Syarikat tersebut dipercayai adalah sebuah syarikat milik Yahudi.

Apakah Abdul Ghani sengaja mencabar kredibiliti bumiputera dengan menjual saham JCorp kepada golongan Yahudi tidak kepada golongan sasaran bumiputera?

Memang ternyata Abdul Ghani sudah hilang arah haluan dalam menangani isu permasalahan hutang JCorp.

Penjualan ini secara langsung menghilangkan penguasaan bumiputera dalam saham anak syarikat tersebut.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, lebihan saham sebanyak lima puluh satu peratus milik JCorp (selepas penjualan empat puluh sembilan peratus saham kepada CVC) kebarangkalian juga akan terjual.

Ini kerana hutang yang dibebani oleh JCorp masih belum terlunas dengan penjualan harga saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu.

Perkara ini dikhuatiri akan meruntuhkan dan secara langsung melenyapkan terus suara bumiputera di dalam syarikat QSR dan KFCH.

Permasalahan yang pasti timbul adalah berkenaan status ‘halal’ ke atas restoran serta produk yang dikeluarkan oleh QSR dan KFCH.

Sebelum ini, status halal ke atas restoran KFC boleh dipertimbangkan dengan positif kerana selain dari pemiliknya adalah orang Islam (JCorp), pembekal-pembekal yang dilantik membekal ayam sembelihan adalah dari golongan pembekal yang beragama Islam.

Tetapi jika perkara penjualan saham JCorp pada bulan April ini berjaya dilakukan, maka status halal di restoran serta produk QSR dan KFCH pasti diragui.

Perkara inilah yang membimbangkan seluruh pengemar-pengemar makanan segera seperti produk KFC, Ayamas dan Rasamas.

Saham kedua-dua anak syarikat JCorp ini perlu diselamatkan bagi memastikan penggunaan status halal dalam produk QSR dan KFCH terjamin serta menyelamatkan secara langsung saham milik bumiputera di bawah seliaan JCorp.

Maklumat ini harus disedari oleh semua lapisan masyarakat khususnya orang melayu yang beragama Islam selaku pelanggan majoriti ke restoran KFC serta pembeli majoriti produk Ayamas dan Rasamas.

Ternyata Abdul Ghani sudah mula merasakan dirinya diancam.

Kegagalan menangani isu permasalahan hutang JCorp memang secara terang mencacat dan mengudiskan kredibilitinya sebagai seorang pengerusi sebuah syarikat dan juga Menteri Besar Johor.

Mengapa saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu tidak dijualkan kepada syarikat mega bumiputera yang lain seperti saranan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)?

Presiden DPPM Syed Ali Alattas berpendapat pihaknya bersedia menjemput FELDA dan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi membincangkan mengenai pembelian saham JCorp tersebut demi menyelamatkan hak bumiputera dari jatuh ke tangan ‘yahudi’.

Jelas dan nyata, semangat cintakan bangsa yang diwar-warkan serta digembar-gemburkan hanyalah mainan politik semata dan ia tidak dijadikan sebagai manifestasi bagi menyelamatkan hak orang melayu.

Usah mengaku sebagai ‘pejuang bangsa’ jika bangsa sendiri hendak dibunuh haknya.

Memang sudah lama pembohongan ini dilakukan namun kali ini ‘agenda tersembunyi’ mereka seperti jelas kelihatan.

Kurap jika disembunyikan masih tetap berbau busuk.

Begitulah pesan orang-orang tua dahulu.

Ternyata tanggungjawab mempertahankan bangsa ini bukan terletak kepada sebahagian golongan sahaja malah tanggungjawab ini harus disedari oleh seluruh masyarakat.

Ternyata Abdul Ghani serta partinya tidak lagi berjaya mengendalikan negeri Johor dan Malaysia ini dengan baik sehingga sanggup mengadaikan hak bumiputera kepada yahudi. Bangsa melayu harus sedar akan ketelanjuran ini.

Jangan sudah tergadai baru hendak mengasah parang.