Friday, February 3, 2012

BELUM MAMPU TAWAN SELANGOR!!! Program Najib, Muhyiddin gagal rampas Selangor - Khir Toyo

Pengundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja

SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.
Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.

“Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.

“Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN.

“Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.

52 peratus pengundi bukan Melayu


Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.

Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.

“Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.

Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Pusingan akhir


Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.

“Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar.

“Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya,” tambahnya.

Mengenai kekalahan BN Selangor pada pilihan raya umum 2008, Dr Khir berkata, ia berpunca dari banyak faktor.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Selangor itu menolak dakwaan tindakan beliau memberi penyapu kepada kaki tangan kerajaan sebagai faktor utama kekalahan BN.

Penyapu bukan sial


“Saya tidak percaya penyapu membawa sial. Pegawai sudah setuju, saya hanya jalankan tugas,” kata beliau.

Dr Khir berkata, antara isu nasional yang membawa kekalahan BN di Selangor ialah kelemahan kepimpinan negara, kenaikan harga minyak, tidak membayar bonus pekerja awam, isu ekonomi dan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala isu tempatan ialah perobohan kuil Hindu di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam yang mendapat bantahan masyarakat India.
Tetapi Dr Khir menjelaskan mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan kampung itu dirobohkan.

“Pegawai MBSA yang merobohkan kampung itu hanya menjalankan arahan mahkamah,” katanya.

BONGKAR!!! Inilah surat yang menjadi sebab Hasan Ali tuduh PAS tak mahu laksana hukum Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGnc550xUqaeGN3oq9ssKl3Q17rvP6pYieHIMs7_qLycgmvyn7leeg5n0bsmUpsvIUubsJ5utPDiAVNyiZ16eZD0RMD5rTKR2t-X-KXf1NwZyPAczMySEJrqd21HOYVz5IDDPGd7oOkWk/s320/najib+kata.jpgSurat Mahathir tolak hudud yang dihantar kepada Tok Guru Nik Aziz


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Kenapa Surat PM/Mahathir Berkuasa Menghalang Perlaksanaan Hudud di Kelantan?

Kalau dilihat dari surat Perdana Menteri Mahathir Muhammad kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada 15 Julai 1994, tidak nampak apa-apa yang bahayanya. Tiada sebut pasal MAGERAN, rampasan kuasa, penangkapan pimpinan2 PAS di bawah ISA, penggantungan DUN Kelantan dsbnya.

Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:

.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994



AKTA DARURAT KELANTAN 1977

Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977.

Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:

1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.


Ramai yang menuduh Tok Guru Nik Aziz pengecut dan takut untuk melaksanakan hudud di Kelantan

Ini kerana ramai yang tidak tahu menahu akan Akta Darurat ini.

Apabila mantan Perdana Menteri telah memberi amaran keras untuk tidak melaksanakan hukum hudud, maka ia bermakna Perdana Menteri boleh menggunakan Akta Darurat 1977 untuk MENGAGALKAN perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.

Apabila DUN telah digantung dan pentadbiran kerajaan negeri diambil alih kerajaan Pusat, secara otomatik hudud yang hendak dilaksanakan tadi tidak dapat dilaksanakan sama sekali.

Maka, tindakan mantan Perdana Menteri/Mahathir tidak lebih dari tindakan Stalin dan Lenin yang telah menghapuskan sama sekali perlaksanaan undang2 Islam di negera2 Asis Barat satu masa dahulu.

Seharusnya Maahthir dibicara di Mahkamah Syariah atas tuduhan murtad.

Dan, Perdana Menteri sekarang lebih rela sujud pada pelakon porno dari menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT. TB

TERKINI!!! Hasan Ali bakal ganti Zaid Ibrahim terajui parti KITA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhguNa6H0u9dB_gEKyfOu7msHhFYypnppEGHLnQ13pzn0PHAAS2YaHw1_GG2Q-lsTxKTxBp3YtiVtR01dIykRroOvga-sWvgKpkHY1JJP6sdoP9teC_UhtBM36ZP-6G6wLcq8oZ9oGUGOU/s1600/Hasan+Ali+2.jpgPUTRAJAYA - Beberapa perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebulat suara mendesak Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan secara terhormat setelah gagal menerajui parti.

Pada masa sama, mereka berhajat ‘merisik’ bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengisi jawatan itu.

Ketua Kita Kedah, Zamil Ibrahim berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perlu keluar parti untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih berkaliber menerajui parti yang baru setahun ditubuhkan itu.

Beliau berkata, perwakilan dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak tidak teragak-agak menyingkirnya jika itu cara yang terbaik menyelamatkan parti.

“Zaid gagal terajui parti dan jangan cuba menconteng arang ke muka kami, kononnya pemimpin Kita tidak memberi kerjasama. Itu semua pendapat peribadinya dan tiada kena-mengena dengan parti.

“Saya minta 10,000 ahli Kita bertenang. Presiden tidak boleh bubar parti ini sesuka hati kerana ia bukan syarikat persendirian, sebaliknya melalui mesyuarat luar biasa (EGM) dan perlu sokongan tiga perempat ahli,” katanya.

Ditanya mengapa Kita berminat dengan Hasan, Zamil berkata, buat permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Hasan kerana berpendapat beliau pemimpin yang mempunyai pendirian jelas dan perjuangannya hampir selari dengan parti berkenaan.

“Hasan mempunyai pengaruh kuat dan saya percaya, sekiranya beliau menerajui parti ini, tidak mustahil Kita akan kukuh. Lagipun Kita akan menjadi kuasa ketiga, sesuai dengan konsep dibawa Hasan untuk diterjemahkan dengan perjuangan parti ini.

“Sekarang Kita akan berhadapan dengan peperangan besar iaitu pilihan raya umum. Di Kedah, 18 calon digembar-gemburkan menawarkan diri, jadi di mana maruah kami apabila pemimpin yang akan dicalonkan, tiba-tiba partinya pula dibubarkan,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Exco Selangor dipecat daripada Pas kerana dianggap melanggar disiplin. Beliau akan melancarkan pertubuhan bukan kerajaan Jati dan IMR bulan ini.

Mengulas mengenai ada unsur-unsur campur tangan politik daripada pemimpin tertentu sehingga memaksa Kita berputih mata, menurut Zamil, ada kebenaran, terutama apabila Zaid memberi surat tunjuk sebab ke atasnya setelah mengkritik perhimpunan Bebas Anwar 901 bulan lalu.SH

SAMA-SAMA HINA BUDAYA CINA!!! Perkasa dan BN berbalah kerana ang pow putih

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN. “Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.


Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.


Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.


"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."


Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.


Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA. "Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.


"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.
~sinarharian

PAPA GOMO SUDAH JATUH!!!! Terbaru, Timbalan CID P.Pinang cadang KM P.Pinang buat laporan polis terhadap blogger Papa Gomo


Syabas!! diucapkan kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat terutamanya blogger Ameno World kerana berjaya memotong kedudukan blog lucah Umno, Papagomo.

Lepas nih Papagomo mungkin terlintas di fikiran Papagomo untuk pencen dari arena alam maya. Ini betul-betul signifikan.. sophtikated pulak bahasa aku malam-malam buta nih.

Signifikan sebab kita semua dah masuk fasa akhir.. iaitu fasa menjelang PRU 13. Kedudukan blog-blog ini agak penting sebagai penentu indeks prestasi blog-blog Pakatan Rakyat di alam maya.

Ternyata blog-blog Pakatan Rakyat masih berpengaruh di alam maya walaupun di himpit pelbagai kekangan seperti perlu sentiasa berhati-hati untuk menulis, silap menulis masuk ke dalam lah jawapnya. Ini terjadi kepada blogger Hanief, Sharpshooter dan yang terbaru Pulakdah.

ehsan Cenangau

Sedangkan, blogger pencacai Umno bebas menulis apa sahaja tanpa sekatan. Walaupun, beratus laporan polis di buat terhadap blogger pencacai tetapi tindakan seperti melepas batuk di tangga sahaja. Seolah-olah mereka nih ada lesen besar.. lesen menfitnah dan mencerca sesuka hati.


ehsan Cenangau

Dengan segala bantuan seperti peruntukan berjuta-juta diberikan tetapi blogger pencacai Umno masih gagal bersaing dengan blogger Pakatan Rakyat.. sungguh tak berbaloi.

Carta blog yang dikeluarkan oleh blogger Cenangau nih menjadi bukti.. Umno ternyata gagal di alam maya. Satu motivasi hebat buat semua blogger Pakatan Rakyat.. selamat berjuang.. Allahu Akhbar!!ADDIN

Timbalan Ketua CID negeri, Naser Salleh nasihat Guan Eng buat laporan terhadap Umno-online, Papagomo dan Pisau.net

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis terhadap tiga lamanweb pro-Umno kerana didakwa telah memfitnah anaknya dengan dakwaan dia mencabul rakan sekelasnya.

Dakwaan tersebut, termasuk dakwaan bahawa anak Lim dipaksa berpindah ke sekolah lain, dan dakwaan bahawa ketua menteri itu telah membayar RM200,000 kepada pihak tertentu bagi menutup kes tersebut, di mana Lim telah menafikan sekeras-kerasnya.



NONE
Dakwaan yang dibuat pada bulan Oktober tahun lepas, telah
terbukti tidak benar apabila "mangsa' dakwaan tersebut - bekas pemain catur kelahiran Hong Kong, Anya Corke (kanan) - tampil menafikan tuduhan itu.
Anya didakwa menjadi mangsa dakwaan itu apabila gambarnya telah digunakan dalam lamanweb-lamanweb berkenaan yang menuduh anak Lim dengan dakwaan salah laku seksual.

Lim berkata, Timbalan Ketua CID negeri, Naser Salleh telah menasihatkan beliau supaya membuat laporan terhadap Umno-online, blogger Papagomo dan Pisau.net supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap ketiga-tiganya.


Menurut Lim lagi, Naser telah memaklumkan kepadanya bahawa arahan meminta Lim membuat laporan tersebut "datang dari atas".


"Beliau membuat temujanji untuk berjumpa dengan saya pada 12 Januari di pejabat saya. Jadi mengikuti nasihat beliau saya telah membuat laporan itu pada hari yang sama," kata Lim kepada pemberita di Komtar.


Menurut Lim, dakwaan-dakwaan tersebut masih ada di lamanweb-lamanweb berkenaan walaupun terbukti tidak benar.

"Mereka enggan memohon maaf atau menarik balik tuduhan mereka itu," katanya.

Menurut Lim, sehingga semalam, polis masih menyiasat perkara itu dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini.


Beliau melahirkan harapannya supaya polis akan melakukan seperlunya dan menangkap mereka yang terbabit melakukan fitnah jenayah itu.

DEMO LAGI DI PENANG!!! Betul ka Ghani Jiman angkat bendera PAS, bila masa Ghani Jiman jadi ahli PAS?


Ini adalah gambar-gambar dari blog-blog penyokong UMNO di Pulau Pinang, menurut tuan punya blog demo ini telah berlangsung dihadapan Masjid Kapitan Keling selesai solat Jumaat tadi..


Tujuan demo yang dianjurkan kononnya oleh beberapa NGOk yang kebanyakkan ahlinya terdiri daripada ahli PAS kononnya .. itu adalah untuk membantah sokongan Anwar terhadap Negara haram Israel.

Lagi tulis tuan punya blog tu..

"Salah seorang daripada jurucakap demo tersebut yang juga merupakan ahli PAS mengecam tindakan bangsat Anwar Ibrahim yang menyokong yahudi san Israel. Tindakan Anwar juga telah menjatuhkan nama baik Malaysia iaitu sebagai sebuah Islam yang dihormati di seluruh dunia..

Mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Islam supaya membuka mata dan lihat betapa celakanya Anwar dengan permainan politiknya yang kotor dan hina. Anwar Ibrahim mesti ditolak demi menjaga kesejahteraan Islam di bumi Malaysia dan juga di mata dunia..."


Kalau setakat pakai jacket PAS dah mengaku Ahli PAS.. ha..ha..ha.. budak-budak bolehlah diperbodohkan.. itupun bukan semua..


Bagi aku .. ini adalah demo sekumpulan manusia yang telah berjaya diperbodohkan oleh Media Tunggangan UMNO, kerana mereka hanya percaya apa yang disiarkan oleh media tunggangan UMNO dan tidak tahu untuk mencari berita alternative..

Lagipun.. siapa tak kenal Mamak yang pakai baju warna chocolate tu..


Jika dikatakan Anwar perlu ditolak kerana menyokong yahudi Israel kononnya.. dan Anwar juga perlu ditolak kerana telah telah menjatuhkan nama baik Malaysia iaitu sebagai sebuah Islam yang dihormati di seluruh dunia kononnya..

Apa pula yang perlu kita lakukan terhadap sebuah Parti Melayu yang kebanyakkan pemimpinnya adalah terdiri dari Mamak yang telah membenarkan Pasukan Kriket dari Israel memasuki Malaysia?

Membayar sebuah firma Yahudi sebagai perunding untuk mereka?

Membenarkan kapal-kapal dagang dari Negara Yahudi itu berlabuh di Malaysia?

Manjadi rakan niaga yang ke lima terbesar buat Negara Yahudi itu?

Mengibarkan dengan megahnya bendera Negara Yahudi itu di bangunan mereka?

Dan baru-baru ini pula sekali lagi telah membenarkan Athlet dari Negara Yahudi itu memasuki Malaysia?

Jawapannya kuburkan terus Parti Melayu itu…

Buat pencacai UMNO tersebut.. aku nasihatkan.. cuba hang taip ‘UMNO dan Israel’ dalam Google.. lepas tu tekan enter.. hang bacalah semua yang ada tu.. kebanyakkannya disertakan bukti..

Tentang kenyataan Anwar tu pulak.. carilah dalam The Wall Street Journal.. jangan cari dalam Utusan pulak!!

Janganlah kerana benci terhadap Anwar hang perbodoh diri sendiri.. orang kata ‘BIAR BUTA IT.. JANGAN BUTA PERUT’..ASD