Saturday, February 4, 2012

PRU 13!!! Peluang 50-50 bagi PR dan BN di Perlis

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/perlis.jpg

Jika Johor menjadi kubu UMNO di selatan tanah air, Perlis pula menjadi negeri kubu kuat UMNO di utara. Bagaimanapun seperti juga Johor, BN juga berdepan masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman BN.

Faktor utama yang menjadi ketakutan BN mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad.

Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10% sahaja. Benar tiada masalah jika di negeri lain, tapi 5-10% itu akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil.

Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja. Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN bloeh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR akan menyebab calon BN akan tumbang.

Inilah sebabnya, Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.

Inilah juga sebabnya , MB Perlis mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh menentukan kemenangan.

Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 80% , namun tetap mengusarkan BN kerana PAS mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN.

PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah , Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.

Selain itu, PAS juga berpeluang menang di Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di tiga kerusi ini.

Berita tentang Timbalan Mursyidul Am Dato’ Harun Din akan menyemarakkan semangat petugas PAS di Perlis. Ramai yang berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi PAS pada PRU 13.

Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga memainkan peranan agak penting dalam menentukan kemenaangan. Semasa PRU 12 , PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun organisasinya untuk menghadapi PRU 13.

Semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat tapi terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain.

Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk merampas DUN Indera Kayangan yang menpunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.

Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu kepada PR lebih 65% , DUN Titi Tinggi dan Baseri yang pengundi Bukan Melayunya melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR antara 35 – 40 %.

Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja.

Justeru , BN berhadapan dengan bahaya tumbang di 8 kerusi daripada 15 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar. DUN dalam bahaya ialah :

1. Sanglang

2. Simpang Empat

3. Guar Sanji

4. Santan

5. Kayang

6. Indera Kayangan

7. Titi Tinggi

8. Baseri

Bagaimanapun , PRU 13 sebenarnya terbuka kepada BN dan PR berikutan jumlah pengundi yang kecil. Perubahan undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR. Peluang BN dan PR di Perlis , sekarang ini adalah 50 – 50.


http://tulahan.blogspot.com.au/

PANAS!!! Benarkah, Zul Kulim tidak bayar hutang Puan Ainon Mohd?

Alam TWITTER ni alam yang sangat berbahaya. Apa sahaja komen kita pasti dijawab dengan begitu pantas oleh dunia yang membaca.

Seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin di bawah:


Zaman sekarang bukan payah sangat nak tuntut hutang. Cara dah semakin canggih, senang dan cepat.

Cuma yang tak syoknya bagi si pemiutang, satu dunia tahu kita banyak berhutang.

Lainlah kalau jenis kulit muka tebal macam tapak kaki.Ajijoi

PRU 13!!! Jun atau Julai, BN sukar jika bulan Mac



Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional (BN) berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang.

Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.


The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi.


BN memenangi 140 kerusi Parlimen, hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.


“Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya.


Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013.


Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam.


“Skandal NFC menjejaskan BN.


Perlu mencari jalan penyelesaian segera,” katanya,


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan mempunyai kaitan dalam projek itu walaupun keluargnya menerima pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu.


Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang.


Shahrizat mengambil cuti daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu semasa pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu yang diberikan pada 2007.


Selain itu, sebab lain pilihan raya umum tidak diadakan kerana kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang memberikan keutamaan kepada bahagian pengurusan.


Kira-kira 2,000 kakitangan di bahagian pengurusan memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 peningkatan tetapi di bahagian lain mendapat kenaikan hanya RM1.70 tambahan bulanan.


Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam.


Beliau kemudian mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, yang mana sumber BN berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga kakitangan awam mendapat apa yang mereka mahukan.


“BN perlukan sokongan kakitangan awam.


Ia tidak boleh membangkitkan kemarahan mereka,” tambah sumber itu.


Najib juga berharap dapat mempertahankan “peti deposit” di Sabah dan Sarawak selain bekerja keras mendapatkan semula Selangor yang kini dipimpin Pakatan Rakyat.


Parti perikatan itu juga turut menawan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.


“Ada sedikit harapan untuk mengambil semula Selangor dan mempertahankan Perak.


Tetapi BN perlu bekerja keras,” kata anggota strategi BN yang enggan dinamakan.


“Selain itu, BN juga tidak mempunyai sesiapa untuk meletakkan calon sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor,” tambahnya.


Najib merupakan Pengerusi Umno Selangor sementara timbalannya Datuk Seri Noh Omar.


Selain itu, BN juga berhati-hati tentang peluangnya di Sarawak memandangkan ia tewas tujuh kerusi Parlimen. DAP kini memperoleh dua daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.


Anggota strategik BN bagaimanapun berkata gabungan pemerintah yakin memenangi kesemua tetapi dua kerusi di Sabar, yang mempunyai 25 kerusi Parlimen.


“BN boleh menang besar jika semua isu besar diselesaikan.


Sekarang Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasii pilihan raya.


“Sebaik sahaja diselesaikan, mereka akan selesaikan skim gaji dan isu NFC,” katanya.

PRU 13!!! Salahuddin Ayob mungkin bertanding di Johor

G MANIMARANKUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah.

Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding.

"Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau."Mungkin dalam masa terdekat.

Paling lewat pun bulan depan (Februari), kalau Parlimen masih belum lagi belum dibubarkan."Bulan depan (Februari) adalah masa yang sesuai. Mungkin akhir bulan Februari. Mungkin itu masa terbaik," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan awal minggu lalu.

Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.

"Ya, saya telah membuat keputusan. Dan, saya akan memaklumkan tapi saya belum maklumkan kepada parti. Saya akan maklumkan kepada parti," katanya lagi.

Banyak pihak membuat andaian Parlimen akan dibubarkan bulan ini.Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Selain dicalonkan oleh Pas kawasan Kubang Kerian, beliau juga dirisik agar bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) dan juga di Johor sendiri pada PRU13.

Beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.

Menjawab spekulasi akan bertanding kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri di Johor, sebagai bakal calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai negeri selatan Semenanjung itu, sambil senyuman lebar Salahuddin berkata, "itu khabar angin daripada kawan-kawan yang meramalkan saya akan balik ke Johor."

"Itu terpulanglah kepada mereka untuk membuat analisa, andaian dalam hal yang sedemikian," katanya.

Pemimpin berusia 50 tahun ini menambah, sebagai ahli politik, beliau tidak mementingkan ataupun mengejar jawatan.

"Tapi, yang penting bagi saya bukan isu nak jadi MB, bukan isu nak balik (ke Johor) mengejar jawatan, tapi yang penting ialah kita mencipta kemenangan dan kita memberikan sumbangan kita ke arah langkah ke Putrajaya. Itu yang lebih penting," jelas beliau.

Sehubungan itu kata Salahuddin, beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana sahaja atas arahan parti.

"Saya tiada apa-apa masalah untuk memberi khidmat saya, untuk bertanding di mana saja. Jadi, itu saya serahkan kepada parti," katanya.

Sama ada keluar dari Kelantan atau tidak, katanya, beliau akan akur dengan parti sama ada mahu kekal di negeri itu atau bertanding di mana-mana kawasan.

"Itu merupakan satu perkara yang saya rasa sangat penting bagi mereka menentukan kedudukan saya yang ada pada hari ini," katanya lagi.

Bagaimanapun Salahuddin menegaskan, pada PRU13 beliau akan bertanding di tempat dan negeri yang beliau fikir boleh memberi impak kemenangan kepada PR.

"Saya bersedia untuk bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan yang lebih besar di kawasan-kawasan atau negeri-negeri yang diperlukan.

"Jadi saya rasa, itu hasrat saya yang saya rasa, mungkin ia akan direstui oleh parti," katanya lagi.

Sehubungan itu jelas beliau, "saya akan bertanding di kawasan yang saya rasakan saya boleh diterima oleh rakan-rakan dalam PR untuk saya bersama untuk memberi impak kemenangan.

"Ketika banyak Pas kawasan mencalonkan namanya, Salahuddin menambah, atas kapasitinya sebagai Naib Presiden, beliau akan memilih kawasan yang difikirkan sesuai.

"Saya akan memilih, saya akan memilih sendiri... bukan orang lain, dan saya akan menentukan sendiri tempat yang hendak (saya) bertanding.

"Bukan atas desakan atas arahan orang lain.Sudah pasti, apa pun keputusan yang buat atas nama Naib Presiden, saya berhak buat keputusan, dan sudah pasti saya akan menyatakan hasrat itu kepada kepimpinan parti, dan partilah yang akan memutuskan," katanya.

INILAH BUKTI!!! Kenyataan pemimpin Islam yang menjadi punca Hasan Ali menuduh 70 % pemimpin PAS adalah sekular

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhK7cGXt22JGfJxVTSvk_cza2ccSYjWXZCMdAF9DjP7M7KHTtMlExBHRQlk7lMUK9qV7P04N8WxNk5WWrQfhPl3DJmdZL_1NHG60lVMEXimWLDGS5HohK5Fy2nIZWSo8st4JK-xrOzgGoA/s1600/Ghani+Othman.jpgKOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim):
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan)
: Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan)
. Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor)
. Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah)
. Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno)
. Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan)
. Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan)
. Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994).
"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994).
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)
. "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992).
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991).
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)
. "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992):
"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992).
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994).
Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001)
Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94)
'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92
) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.


(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994)
'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93)
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata)
:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)


Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)


Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)


Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)


Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)


MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".


MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".


(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:


"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".


Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)


Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)


MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata membuat persediaan untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Tinta Mutiara

HIJRAH ARTIS!!! Berdepan cabaran kerana kembali kepada Islam

Terima pelbagai gelaran

AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.
AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.
KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).
Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air.

Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.


Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).

Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

PRU 2004!!! UMNO / BN menang kerana penipuan terancang di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Kekalahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 bukan kerana PAS ditolak oleh rakyat tetapi adalah kerana penipuan dan manipulasi terancang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kekalahan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 bukan ditolak oleh rakyat.


Hakikatnya, kata beliau kekalahan tersebut bukan kerana PAS dibenci oleh rakyat tetapi akibat penipuan terancang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN Terengganu.



Menurutnya, Umno-BN telah membawa masuk sejumlah pengundi yang ramai serta tidak dikenali oleh jentera parti.


“Kita (PAS) kalah PRU 2004, kalah bukan rakyat tolak tetapi kalah dengan penipuan. Mereka (Umno) masuk (daftar) pengundi yang ramai dan mereka (pengundi) yang tidak dikenali.


“Saya percaya rakyat Terengganu masih mengundi kita (PAS). Barisan Nasional menang dengan tipu. Sekarang sudah berlaku perubahan di seluruh negara,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 di Restoran Ocean, Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, 3 Februari lalu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan masyarakat Tionghua (Cina) dan masyarakat India lebih kedepan inginkan perubahan kepimpinan negara.


Ini kerana, katanya akhbar berbahasa Cina dan Tamil (India) lebih bersifat terbuka membuat laporan berita berbanding dengan akhbar Melayu.


Menurut Ustaz Abdul Hadi, akhbar berbahasa Melayu yang pro-kerajaan pula masih ‘lemah’ (hilang integriti) serta dikongkong pemikirannya.


“Masyarakat Cina, masyarakat India lebih ‘cepat’ (sedar) kerana surat khabar Cina, surat khabar India banyak melaporkan berita. Surat khabar Melayu masih ‘lemah’, tiada integriti dan dikongkong fikiran.


“Kami (PAS) mahu orang Cina bertahan dengan menyokong kita. Kita (PAS) kempen lagi supaya orang Melayu buat perubahan. Sekarang seluruh dunia sudah berubah,” ujarnya di hadapan hampir 300 hadirin.


Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, perubahan yang berlaku mutakhir ini sangat membanggakan PAS sebagai sebuah parti yang berasaskan agama (Islam).


Menurutnya, rakyat mahukan perubahan agar wakil rakyat yang dipilih mewakili mereka mempunyai kebolehan dan ketokohan dalam membela serta menegakkan keadilan.


“Perubahan (sikap) yang sangat membanggakan kita (PAS). Perubahan yang kita (PAS) tidak pernah terfikir sebelum ini.


“Calon PAS yang bertanding lawan calon MCA, orang Cina boleh undi PAS lawan MCA. Calon DAP lawan Barisan Nasional, orang Melayu boleh kerja menangkan calon DAP.


“Orang (pengundi) mahu bukan bangsa wakil rakyat tetapi mahu kebolehan dan ketokohan wakil rakyat yang boleh membela, menegakkan keadilan untuk mereka,” jelasnya.


Sehubungan itu, kata Ustaz Abdul Hadi kedatangan Islam ke negeri China lebih awal berbanding dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu ini.


Katanya, terdapat 100 juta umat Islam di negara China dan orang Islam terlibat secara langsung dengan kerajaan China.


“Islam masuk ke negeri China lebih awal masuk dari Tanah Melayu ini. Di China ada 100 juta orang Islam dan orang Islam terlibat dalam kerajaan China terutama di zaman Dinasti Ming orang Islam jadi Menteri Kewangan dan orang Islam jadi Panglima Tentera,” ujarnya.


Menurutnya, kehancuran sesebuah pemerintahan itu apabila umat Islam mula meninggalkan ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

BN PARAH!!! Hanya mampu menang 90 kerusi, paling tinggi 105 kerusi

Tarikh pilihanraya umum kini menjadi perhatian dan tumpuan semua orang. Mereka berdebar menantinya dengan pelbagai perasaan dan harapan. Najib sebagai Perdana Menteri tentulah mengharapkan kemenangan supaya boleh terus berada di tampuk kekuasaan sementara Anwar yang kini Ketua Pembangkang dan mengetuai gabungan Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk mengambil alih Putrajaya.

Melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini, terutama selepas Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan liwat kedua (kes kini dalam proses rayuan) yang menyebabkan semangat dan moral penyokong pembangkang amat tinggi semantara moral penyokong UMNO dilihat merudum serta UMNO terus diselubungi pelbagai isu, kedudukan antara BN dan Pakatan Rakyat nampaknya seimbang dan mempunyai peluang 50-50.


Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat dilihat cukup yakin untuk mengambil alih Putrajaya, hakikatnya mereka tetap berhati-hati dengan permainan dan "senjata sulit" yang mungkin digunakan oleh BN di saat-saat akhir. Kebimbangan nampaknya tetap ada kerana sedikit kecuaian sahaja akan membuatkan semuanya musnah begitu saja.


Bagi Najib dan UMNO pula, meskipun mereka mendakap kuasa melalui warisan yang dtinggalkan oleh Pak Lah dan terus berusaha dengan pelbagai program, pendekatan dan pemberian "gula-gula" untuk meyakinkan rakyat, yang jelas juga tidak sesiapa pun dari kalangan pimpinan UMNO dan BN yang benar-benar yakin akan memperolehi kemenangan dalam pilihanraya nanti.


Baik Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Afdal dan lain-lain pemimpin, tidak ada yang berani meluahkan keyakinan bahawa BN akan menang dengan selesa. Muhyiddin sendiri, selepas beberapa kali turun padang dan meninjau sokongan serta bertemu rakyat di seluruh negara, tetap menyatakan kedudukan BN dalam PRU 13 ini adalah kritikal. Beliau juga menyeru supaya jentera parti di semua peringkat terus dipertingkat sementara perpaduan dikekalkan.


Tun Mahathir juga mempunyai pendirian yang sama. Bekas Perdana Menteri itu malahan meminta Najib menangguhkan tarikh pilihanraya lebih lama lagi dan menggunakan masa yang ada untuk terus menarik sokongan rakyat, terutamanya kaum Cina serta mengenalpasti calon-calon yang terbaik untuk mewakili BN.


Najib sendiri kelihatannya sedang bergelut untuk meraih sokongan rakyat sebanyak mungkin sambil menawarkan pelbagai "umpan" dan "gula-gula" kepada rakyat meskipun dalam masa yang sama diri dan keluarganya menjadi sasaran pelbagai bentuk kecaman pihak pembangkang. Beliau dilihat cuba menampilkan wajah yakin di mata rakyat tetapi apa yang ditunjukkan oleh beliau melalui gerak kerja, siri bertemu rakyat dan pelbagai habuan yang diberikan kepada rakyat, jelas menggambarkan keadaan sebaliknya. Ada kebimbangan yang besar sedang bersarang di kepalanya.


Sementara banyak pihak melihat peluang antara BN dan Pakatan Rakyat adalah 50-50 dan faktor kemenangan banyak bergantung kepada strategi di saat-saat akhir, terdapat beberapa pihak yang meramalkan bahawa BN akan tewas dalam PRU 13 ini. Selain kelemahan Najib sebagai antara faktornya, skandal berterusan dalam kerajaan, kedudukan UMNO yang tdak mahu berubah sedangkan rakyat amat mengharapkan perubahan, adalah antara faktor-faktor penolakan itu. Pengundi Cina pula didapati masih tetap bersama Anwar dan Pakatan Rakyat. Isu lembu yag membabitkan Shahrizat Jalil meletakkan UMNO semakin parah di mata rakyat.


Kalangan veteran UMNO, bekas-bekas menteri dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat juga merasakan BN akan tumbang kali ini. Mereka ini yang sering bertemu rakyat dan meninjau ke seluruh negara untuk mengetahui hakikat sebenar dan mendapati ianya makin kritikal hari demi hari. Difahamkan badan-badan yang sering membuat tinjauan tentang arah aliran sokongan rakyat seperti perisikan polis, perisikan tentera, JASA, Kemas, Biro Tatanegara dan pelbagai lagi hampir senada bahawa keadaan amat kritikal dan dan harapan untuk BN kehilangan kuasa amat besar sekali. Malahan dikatakan ada pegawai tinggi kerajaan yang berkaitan dengan soal tinjauan kepada rakyat telah memberi pandangan kepada Najib bahawa pilihanraya masih tidak boleh diadakan dalam tempoh terdekat ini.


Diramalkan bahawa kali ini BN hanya mampu menang sejumlah 90 kerusi Parlimen saja daripada 222 kerusi keseluruhannya. Atau paling tinggi pun 105 kerusi sahaja. MCA dan MIC akan terus kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India dan tidak akan mampu menyumbang banyak kerusi untuk BN. BN juga dijangka akan kehilangan banyak kerusi di Sabah dan Sarawak berikutan pergolakan semasa di kedua-dua negeri itu, selain undi Cina yang masih tidak memihak kepada BN. Sebelum ini Sabah dan Sarawak menyumbang kemenangan hampir 100 peratus untuk BN.


Di Sabah kini beberapa parti baru sudah muncul disebalik penolakan yang semakin kuat kepada UMNO dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Di Sarawak pula, perpecahan parti dalam BN Negeri yang makin ketara dan isu Ketua Menteri Taib Mahmud, selain kehilangan sokongan undi Cina, akan menjadi punca utama Pakatan Rakyat akan menang lebih banyak kerusi.


Untuk sesebuah parti menubuhkan kerajaan, jumlah kerusi Parlimen yang paling minimum diperlukan ialah sebanyak 112 kerusi. Berdasarkan jangkaan bahawa BN hanya mampu menang antara 90 hingga 105 kerusi sahaja, logiknya kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib akan tumbang dan terpaksa menyerah kalah kepada Anwar Ibrahim.


Namun demikian Najib, UMNO dan BN masih boleh berharap kerajaan yang dipimpinnya tidak tumbang serta-merta jika kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR juga tidak melebihi 112 kerusi. Andai kata BN dan Pakatan Rakyat masing-masing gagal memperolehi lebih daripada 112 kerusi, ini akan menjadikan Parlimen tergantung. Keadaan ini pernah berlaku di Britain dua tahun lalu di mana Parti Buruh dan Konservatif masing-masing tidak cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan dan akhirnya Parti Liberal Demokratik menjadi "kuasa ketiga" memastikan gabungan Konservatif dan Liberal Demokratik menubuhkan kerajaan campuran.


Jika BN dan Pakatan Rakyat gagal mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi itu dan ada pula parti-parti lain, baik di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak serta calon Bebas turut memenangi pilihanraya, kedudukan Parlimen tergantung akan berlaku. Ketika itu akan berlaku tawar-menawar untuk masing-masing menubuhkan kerajaan dan sesiapa yang mampu memberi tawaran yang lebih baik akan berjaya menubuhkan kerajaan.


Walaupun begitu, jika ini berlaku, BN sebagai pihak yang berkuasa akan terpaksa menjadi pengemis kepada parti-parti kecil itu. Sama ada mereka menerima atau menolaknya sukar diramalkan tetapi mengikut logiknya parti-parti kecil itu sendiri bertanding adalah untuk menentang BN dan sokongan rakyat yang diperolehi mereka juga adalah berupa undi protes kepada BN. Dalam hal ini amatlah sukar bagi parti-parti kecil atau kuasa ketiga ini mengkhianati undi rakyat yang diberikan kepada mereka.


Sesuai dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan, kedudukan Pakatan Rakyat dilihat lebih selesa untuk menubuhkan kerajaan baru jika berlaku kedudukan tergantung itu. Kebarangkalian parti-parti kecil dan kuasa ketiga ini bergabung dengan mereka juga adalah lebih besar atas nama membawa perubahan. Namun mereka juga menyedari dari segi memberi tawaran, kedudukan BN adalah lebih baik kerana BN sebagai pihak yang sedang berkuasa, mempunyai segala-galanya untuk ditawar, malah digadai sekalipun. Dalam hal ini Pakatan Rakyat tidak ada pilihan, mereka seboleh-bolehnya mesti memenangi lebih daripada 112 kerusi Parlimen supaya peluang menawan Putrajaya tidak kecundang di saat-saat akhir.


Sebagaimana moral dan semangat ahli serta penyokong UMNO agak merudum apabila Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, kedudukan UMNO dan BN yang agak genting dengan jumlah kerusi selesa dimenangi hanya antara 90 hingga 105 kerusi sahaja, ia tidak pula mencetuskan semangat untuk berusaha lebih kuat dan mengelakkan kekalahan itu daripada berlaku. Sementara rakyat terbanyak mahukan perubahan dan yakin perubahan itu akan membawa kebaikan, sebahagian ahli dan penyokong UMNO juga berpendirian sama dan atas keyakinan bahawa "hanya rebah UMNO akan berubah". (SH 4/2/2012).

KINI!!! Orang melayu mula menyertai DAP secara berjemaah

Jika ada peluang, saya akan sertai DAP

Ahmad Tajuddin Abdullah

http://www.thenutgraph.com/wp-content/uploads/2010/08/SpotlightonDAP.jpg
Kenyataan ini seolah-olah saya mahu menyertai politik selepas tamat pengajian. Tidak, bukan itu maksud saya. Tetapi sedikit komentar dari saya setelah memerhatikan beberapa siri kejadian yang tidak disangka-sangka oleh ramai rakyat Malaysia yang aktif memerhatikan gelombang politik tanah air muttakhir ini.

Siri kemasukan ramai nama-nama besar melayu (terpulang kepada persepsi pembaca) ke dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) akhir-akhir ini menimbulkan persoalan, apakah tuduhan dan serangan Umno selama ini terhadap parti tersebut tidak berjaya mempengaruhi orang melayu?

Saya membaca beberapa keluhan dan rasa resah dalam kalangan rakan-rakan saya dan komen-komen pembaca mengenai berita ini, dengan menganggap mereka yang menyertai DAP sudah lupa asal usul, terpengaruh dengan ideologi komunis, dasar tidak mengenang budi dan sebagainya.

Bagi saya, ini lumrah dunia politik. Orang akan mengecam segala 1001 perkara yang mereka tidak suka. Tambahan pula, apabila perkara itu berlawanan dengan kebiasaan mereka.

Datuk Saifuddin Abdullah ada menulis sebuah artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian berkenaan politik fitnah dan hikmah di Malaysia. Artikel yang bagus, seolah-olah Saifuddin ingin menegur barisan partinya sendiri mungkin. Ini telahan saya.

Jika dalam artikel tersebut, Saifuddin mengutarakan idea berkenaan politik hikmah yang wajib didasari oleh setiap warga Malaysia bagi menentang politik fitnah yang cukup keji, maka kali ini saya mengutarakan pula idea politik matang bagi mengatasi sindrom politik takut dalam diri rakyat Malaysia terhadap beberapa perkara yang dipalsukan kebenarannya oleh pihak-pihak tertentu.

Melayu sudah lama ditipu

Saya merujuk kepada beberapa penulisan oleh Aspan Alias dan Sakmongkol 47 selepas mereka berdua secara rasmi mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam DAP yang membongkar beberapa titik penting untuk dibincangkan dalam artikel ini.

Antaranya, orang melayu sudah sekian lama ditipu bulat-bulat oleh Umno/BN melalui media mereka bahawa DAP itu parti Cina. Bukan sekadar Cina, malah mereka menambah lagi garam dengan mengatakan bahawa DAP itu anti-Melayu, anti-Raja, chauvinist, mahu menjadikan Perdana Menteri dari orang Cina dan pelbagai lagi.

Melayu ditakut-takutkan sejak sekian lama dengan kenyataan yang tidak berasas. Seolah-olah negara ini tiada perlembagaan, dan orang-orang DAP tidak tahu menghormati perlembagaan!

Orang-orang kampung apabila mendengar perkataan DAP, seolah-olah kita menyebut segerombolan komunis memasuki kampung. Sampai begitu sekali ketakutan yang Umno/BN berjaya tanamkan dalam diri hampir keseluruhan masyarakat melayu terutamanya mereka yang lahir pada era 80-an dan ke bawah.

Malah, tidak terkecuali sebahagian besar mereka dalam kalangan generasi saya pun!

Menakutkan Melayu demi survival politik

Rasanya mungkin ini hujah paling tepat kenapa sindrom takut ini ditanam dalam diri setiap warga Malaysia. Mudahnya, mereka yang sedang berkuasa ingin terus mengekalkan survival kuasa itu dalam genggaman tangan mereka.

Cara paling mudah ialah dengan memberi gambaran seburuk mungkin kepada rakyat terhadap pihak lawan mereka. Sentimen perkauman adalah bahan bakar yang paling mudah disambar api.

Pantang disentuh, pasti marak apinya tanpa mampu disekat.

Perkara biasa yang kini hampir basi ialah kedudukan Raja, Islam dan ketuanan melayu. Inilah melodi yang dimainkan oleh parti pemerintah sekarang untuk menakut-nakutkan orang melayu.

Mereka berbuat demikian dalam keadaan mereka menyekat pelbagai sumber lain untuk rakyat menilai dan berfikir. Minda rakyat terutamanya melayu dikongkong dengan sentimen basi ini. Pantang dikritik, pasti melenting dengan isu basi ketiga-tiga di atas.

Setiap kali pilihan raya, inilah antara melodi yang paling hangat. Rakyat bukan bodoh, tetapi mereka tidak mendapat maklumat yang meluas. Mereka dipaksa untuk menerima penipuan tersebut hidup-hidup.

Mereka yang tidak pernah di ajar untuk berfikir, akan cuma pandai bertempik dengan semangat kemelayuannya yang akhirnya pak menteri bina rumah banglo bertingkat-tingkat, rakyat yang diperbodohkan miskin merempat.

Setiap tahun mereka perbaharui penipuan ini di PWTC dengan laungan penuh semangat, Hidup Melayu!

Seperti saya tulis di atas, hal ini semua dilakukan demi survival kuasa memerintah mereka.

Datuk Onn pencetus idea politik matang

Saya masih ingat tentang sebuah artikel yang pernah disiarkan dalam akhbar Harakah, mengulas panjang tentang fenomena di Malaysia semasa dan selepas PRU-12.

Kebanyakan orang tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti orang melayu Islam mengundi calon Cina sebagai wakil rakyat mereka, dan juga masyarakat Cina yang sanggup menerima calon PAS sebagai wakil mereka.

Ini luar dari jangkaan ramai. Ketika Datuk Onn menyuarakan cadangan agar keahlian Umno dibuka kepada bukan Melayu, beliau telah ditentang oleh ahli-ahli Umno sendiri sehingga Datuk Onn membuat keputusan keluar dari parti tersebut dan menubuhkan Parti Malaya Merdeka (Independence of Malaya Party).

Menjadi persoalan di sini, kenapa Datuk Onn mampu melontarkan cadangan yang begitu luar dari kerangka masyarakat ketika itu berfikir sehinggakan ramai menganggap beliau sudah tidak relevan?

Hakikatnya, beliau sendiri telah nampak perubahan politik yang bakal berlaku pada tahun 2008 ketika itu.

Namun, pemimpin Umno ketika itu membutakan mata mereka daripada memandang hal yang sama. Mereka lebih senang menggunakan helah dan penipuan seperti yang saya nyatakan di atas demi mengekalkan kuasa yang ada di tangan mereka.

Saya merasa amat yakin, jikalau cadangan Datuk Onn diterima ketika itu sudah tentu permasalahan sindrom politik takut yang melanda masyarakat Malaysia dapat ditamatkan.

Saya menghormati Datuk Onn kerana keberaniannya melawan arus masyarakat ketika itu, demi tujuan melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dan benar-benar harmoni.

Beliau cuba mendidik masyarakat melayu ketika itu, menyedarkan mereka dari tidur bahawa Malaysia ini bukan milik orang melayu sahaja tetapi mereka berkongsi tanah yang sama dengan rakan cina dan india. Beliau telah mencetuskan satu arus pencerahan yang amat sukar diterima pada waktu tersebut.

Kini, idea cetusan beliau itu makin marak malah telah menyebabkan pihak pemerintah menggigil ketakutan. Bayangkan seorang apek cina tidak malu mengangkat sepanduk "Kami Sayang Tok Guru" dan PAS sudah siap dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh mereka yang bukan Islam.

Kini, orang melayu mula menyertai DAP secara berjemaah!

http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/83f394f9c265867bd0a34e1f443a8104.jpg

Kenapa sertai DAP?

Ya, saya mahu menyertai DAP. Saya mahu mendidik masyarakat di sekitar saya bahawa DAP bukan komunis. DAP bukan cina. DAP bukan anti-Melayu. DAP bukan chauvinist. DAP bukan anti-Islam. DAP bukan semua tanggapan kolot di atas.

DAP adalah parti politik yang sah di sisi Perlembagaan Malaysia. Tiada beza taraf DAP dan Umno dari sudut perundangan. Cuma bezanya antara dua parti itu ialah DAP cuba mencerdikkan rakyat dan Umno sudah sekian lama menipu rakyat.

Walaupun sudah ramai masyarakat Malaysia sedar tentang hakikat ini, namun hal ini hanya berlegar di kawasan yang mempunyai capaian maklumat yang tepat sahaja.

Bagaimana dengan nasib warga FELDA?

Bagaimana dengan nasib penduduk Sabah dan Sarawak?

Bagaimana dengan nasib masyarakat di kawasan pedalaman?

Hanya dengan kesediaan masyarakat yang sedar dan matang politik, untuk berani terjun melakukan sesuatu yang lain dari kelaziman maka cetusan pencerahan ke arah politik matang ini dapat dipercikkan.

Semakin ramai yang berani membuat keputusan begini, sudah tentu sindrom politik takut itu dapat dikurangkan hari demi hari. Pergiatkan program-program pencerahan kepada masyarakat.

Saya tidak tulis di sini bahawa hanya dengan menyertai DAP sahaja satu-satunya cara untuk membina sebuah masyarakat yang matang politiknya, tetapi ini salah satu usaha ke arah itu.

Masyarakat yang matang politiknya akan mampu berfikir secara rasional, tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, sedar akan hak mereka untuk berfikir dan memilih secara bebas tanpa dikongkong, tidak terperangkap dengan sindrom kerajaan pemerintah adalah kuasa segala-galanya tetapi insaf bahawa merekalah sebenarnya penentu siapakah yang akan menjadi pemimpin kepada mereka sendiri.

Saya terpegun dengan berita 2 graduan perundangan UiTM menyertai DAP. Timbul di benak saya, apakah ada "perancangan" yang gagal sehingga terjadinya kes sebegini terhadap graduan UiTM?

Mari kita baca ini, sambil berfikir secara orang dewasa yang matang.

Wallahualam.