Monday, February 6, 2012

TU DIA UMNO!!! Punya nak bagi ramai sampai angkut orang Perlis, tapi tak ramai juga

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

MK ikuti perkembangan himpunan Maulidurrasul anjuran UMNO yang diadakan di pejabat Insuran Salihiah Kanchut. Tak dinafikan memang ramai yang hadir, kurang 10 orang nak cukup 100 ribu. Tak caya tengok gambar kat bawah ni..



Program berlarutan hingga ke malam, di mana pada sebelah malamnya diadakan upacara kutuk dan makihamun PAS. Antara yang berceramah waktu malam ialah seorang ustaz UMNO dari Kelantan iaitu Tok Guru..ghapo tah, ambo pon tok kenar.


Nak kemar wuano..mugo demo tu tok guru dari luwar. Tok guru dari Kedah tak dok yang sokong Meno..hudoh benar tok guru sokong Meno.

Rupa-rupanya patutlah ramai... nak tahu kenapa? Inilah rahsianya..



(Tengok bas dari Bintong, Perlis)


Rupanya bas2 tu didatangkan khas dari Perlis, angkut habis semua ahli-ahli UMNO Perlis. Maklumlah kat Kedah orang kampung semua dah tahu isu Salihiah @ pejabat insuran tu.

Orang Kedah dah tahu isunya bukan 'runtuh surau untuk bina shopping complex' tapi menyusun semula tempat tu dengan membina sebuah surau lebih besar, lebih luas, lebih mahal, lebih gagah, lebih cantik sambil bayar lagi pampasan RM1.47 juta sebagai ganti wakaf (istibdal) makalau buat kat tempat lain, boleh buat 6, 7 buah surau lagi.





(Maluu..tutup muka, kami mai sebab diupah nak tunjuk kata UMNO Kedah dapat sokongan ramai isu Madrasah Salihiah ni)


Antara yan hadir juga ialah Datuk Ibrahim Ali bekas ahli majlis kerja tertinggi UMNO yang berapa kali lompat dah. Kali ni melompat pi kat UMNO pulak.


(Brahim Ali dengan wajah sugul, menggambarkan kekecewaan kerana orang Kedah dah tak makan isu Salihiah. Tinggai budak2 yang tak tau apa sudi menghadiri majlis meraikan Pak Berahim tu)

Ahli UMNO Kedah pun tak sokong program tu, ulamak2 dari Kedah pun tak mau, Mukhriz dan Mat Bashah pun dah mula menjauhi..maka tinggallah beberapa orang BBSMS dari Taman Wira Mergong yang hadir.



(Ahli Rela ke nii? Dikerah atau diupah? Lantaklah..janji Pak Yem tu rasa syok sendiri dengan kehadiran orang ramai menyokong UMNO).

Kedah La

HASAN ALI!!! Menipu ahli dan penyokong UMNO dalam ceramahnya

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/hasan-ali.jpgPesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.

“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.


“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.

MASUK JATI LA PULAK!!! Zamil Ibrahim dan Tan Tee Beng dipecat dari KITA



Akibat dari melakukan kerja bodoh iaitu mendesak Presiden parti mereka iaitu Zaid Ibrahim dari KITA keluar dari KITA, dua orang pemimpin KITA Negeri iaitu KITA Kedah Zamil Ibrahim dan KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng telah disepak keluar dari KITA oleh Jawatankuasa Disiplin KITA semalam.

Aku kata kerja bodoh.. pasal memang kerja bodohpun pasal tak sedar yang diri itu mentimun yang cuba dilanggar itu durian.. dah nasib mentimun melanggar sakit dilanggarpun sakit..

Bagi Zamil pula ini bolehlah diibaratkan sebagai yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran.. nak jadi Presiden tak dapat disepak keluar pula.. nak demand kat Najib macam mana agaknya PRU13 ni??

Dah kena pecat tu eloklah.. Korang tunggulah tawaran dari Hassan Ali pulak untuk menyertai JATI..ASD


*******************************************


Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu.

Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, malam tadi.

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi.

Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Kedua-dua pemimpin itu meruakan antara yang melahirkan pandangan kritis terhadap Datuk Zaid Ibrahim sejak presiden itu melahirkan cadangan mahu membubarkan Kita.

Khamis lalu, Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Laporan media semalam menyebut lima pengerusi negeri Kita akan mengadakan usul tergempar bagi mendesak Zaid meletak jawatan sebagai presiden parti.

Tee Beng berkata, Zaid sepatutnya menarik diri dari memimpin Kita, bukannya membubarkan parti berusia setahun itu.

Zamil juga melahirkan pandangan yang serupa minggu lalu.

PANAS!!! Brahim Ali nak cium kaki Ust. Azizan, suruh dia jilat bo###t Mahathir dulu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQOg1U1uve6uyVaoVLJaxZa98NIeokEdteV8GVVUz6fImQ41kV1PO_WTJBJcngGKD5CzrfRFq-usHF9N7wztNA6vaXIWuUkcjqV7zbN6wykF-mF8TJ3FUXRj-zCxYMM6pJNy9-OnreKbVq/s400/ibrahim-ali.jpgDulu semasa keluar UMNO sertai Semangat 46, dalam satu ucapannya Brahim Ali sanggup jilat pungung Mahathir jika beliau masuk UMNO kembali.

Bila dia masuk UMNO ,tak pun dia jilat pungung Mahathir. Hari ini, Brahim Ali sanggup pula cium kaki Ust. Azizan jika Madrasah Salihiah tidak dirobohkan.

Kononnya dialah pembela agama sampai sanggup cium kaki. Sapa nak percaya ko lagi, Brahim.......Admin
Ibrahim Ali (depan, lima kiri) dan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Mansor Ahmad (baju kuning, tengah) bersama ahli Perkasa yang lain hadir di mahkamah bagi pengurusan kes injunksi menghalang perobohan Madrasah Salihiah di Mahkamah Alor Setar, semalam

ALOR SETAR 6 Feb. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sanggup mencium kaki Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika tindakan itu dapat menyelamatkan Madrasah Salihiah, di sini daripada dirobohkan.

Katanya, beliau tidak kisah dianggap bacul dengan perbuatan tersebut asalkan dapat membantu Jawatankuasa Madrasah Salihiah mempertahankan kewujudan madrasah berusia lebih 100 tahun itu demi perjuangan memartabatkan syiar Islam.

"Saya dengan rendah diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki merayu kepada Menteri Besar Kedah supaya sedar dan hayatilah kehendak Jawatankuasa Madrasah Salihiah ini.

"Walaupun saya jadi bacul, kalau Azizan kata Madrasah Salihiah tidak akan dirobohkan dengan syarat Ibrahim Ali datang cium kaki dia, saya pergi cium kaki dia esok. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu jawatankuasa madrasah ini," katanya.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada program Sambutan Maulidur Rasul dan Ceramah Perdana anjuran Perkasa dan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah, di pekarangan madrasah itu malam tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ibrahim berkata, beliau secara terbuka merayu kepada Azizan supaya tidak merobohkan madrasah tersebut dengan alasan 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.'

Kata beliau, tiada sebab Menteri Besar itu tidak boleh bertegas untuk menyelamatkan madrasah berkenaan kerana sebelum ini Azizan dapat bertegas dengan keputusannya berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sehingga dikecam sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"Kalau isu pengantungan pelajar Kuin beliau boleh bertegas, kenapa tidak boleh bertegas bagi menyelamatkan Madrasah Salihiah yang lebih besar isu dan tanggungjawabnya. Ini rumah ibadah di atas tanah wakaf yang mempunyai warisan sejarah," katanya.

Sebelum itu, Ibrahim mengepalai perarakan sejauh hampir empat kilometer yang disertai kira-kira 2,000 umat Islam tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

Mereka berarak dari Madrasah Salihiah ke Jalan Tambang Badak dan memasuki Jalan Putra di persimpangan lampu isyarat berdekatan Restoran Nasi Kandar Salam dan kemudian membelok ke Lebuhraya Darulaman sebelum kembali ke madrasah berkenaan.

Sepanjang perarakan itu, para peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama mengalunkan bacaan selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan kemudian diteruskan di Madrasah Salihiah dengan ceramah oleh Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim; Ibrahim dan Pengasas Pondok Geting, Kelantan, Abdullah Sa'amah.

Hadir sama, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor dan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail.Meloya

# Meloya nak menipu pun biaq logik sikit. Tak sampai pun 200 orang ditipunya 2000 orang.

UMNO MATI KUTU!!! (Video) DAP cadang PAS Ketua Menteri Melaka



UMNO Melaka sedaya upaya memainkan isu kononnya jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada PRU 13 nanti, Ketua Menteri akan berpindah tangan kepada DAP. Ternyata kenyataan tersebut pembohongan besar UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP telah membuktikan sebaliknya.

Kenyataan terbuka Adun DAP Kesidang memberi tamparan hebat buat UMNO Melaka. Sebenarnya isu ini kerap kali dimainkan oleh UMNO.

Ternyata slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh
Najib sekadar retorik sahaja, cakap tak serupa bikin.

Addin
sendiri sebenarnya agak lama jugak mencari video nih, sehinggalah di bantu oleh seorang sahabat.. terima kasih buat Kijang59.

Semoga video dapat disebar luaskan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan pembaca blog nih terutamanya rakyat negeri Melaka.


Nyatakan ini hanyalah pembohongan
UMNO untuk terus kekal berkuasa. Semata-mata propaganda UMNO untuk menakutkan orang Melayu sahaja.
Addin

TAKUT KALAH!!! Kumpulan penyokong UMNO bersenjata tidak bertamadun halang ceramah PR

SHAH ALAM 6 FEB: Usaha sebuah cabang PKR Negeri Sembilan untuk mengadakan ceramah di Rantau, Negeri Sembilan semalam dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenjata tajam yang mendakwa mereka penyokong Umno-BN.

Setiausaha PKR Rembau, Nor Azizi A Aziz berkata insiden itu berlaku apabila petugas PKR dari Cabang Rembau tengah membuat persiapan bagi ceramah itu di kawasan lapang di dalam Taman Jade Indah, Rantau.

"Ketika beberapa petugas sedang membuat persiapan bagi menjayakan ceramah itu pada kira-kira jam 6.30 petang, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang bersenjata tajam ke arah mereka lalu membuat ugutan supaya ceramah itu tidak diteruskan.

"Kumpulan mereka menjadi lebih besar selepas itu dengan kehadiran lebih ramai orang. Salah seorang daripada mereka mengakui sebagai Ketua Kampung Kuala Sawah manakala yang lainnya mengatakan mereka penyokong Umno-BN.

"Mereka juga menyatakan tidak akan membenarkan sebarang program atau ceramah PR diadakan di situ kerana kawasan itu kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata kesat kepada petugas PKR berbangsa India yang terlibat di dalam kerja-kerja persiapan ceramah tersebut.

Azizi berkata, kehadiran polis selepas itu menyebabkan kumpulan tersebut bersurai meninggalkan kawasan tapak ceramah itu.

Ekoran insiden itu, pihaknya sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kuala Sawah Rantau selepas itu.

Katanya, pihaknya berharap polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, disebabkan itu juga ceramah PR yang melibatkan beberapa pemimpin termasuk ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard terpaksa dipindahkan ke Taman Pnggiran, Senawang.TVS

MAKIN BENCI UMNO!!! 1 kes dari banyak kes, rakyat layak diketepikan terima BR1M



ADAKAH KERANA PERBEZAAN ANUTAN DAN PEGANGAN POLITIK MAKA SEORANG WARGA EMAS YANG MISKIN PAPA KEDANA BEKAS USTAZ DINAFIKAN HAKNYA MENERIMA WANG RAKYAT BR1M?????


Ustaz miskin terkilan tak layak terima BR1M
Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat Alor Setar, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.


Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 4 1/4 Jalan Sungai Korok, bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup hanya mendapat bantuan daripada saudara mara.


Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.


"Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.


Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas.


"Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya.


Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.

Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri..BERNAMA


PERLU INGAT... KISAH YANG MENYAYAT HATI INI BUKAN KISAH TERPECIL TETAPI SALAH SATU SAHAJA....ZALIM ATAU ADIL KERAJAAN PUSAT UMNO?????.....

DSINI PERANAN KETUA KAMPONG PERLU JUGA DIPERSALAHKAN TERMASUK PENGERUSI DAN SEMUA AHLI JAWATAN KUASA JKKK KAMPONG BERKENAAN....

HARAP KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI BUKA MATA SIKIT..OMAK KAU

KETAKUTAN UMNO!!! Rupa dan wajah UMNO bila hilang kuasa


Soal masa depan UMNO bukan saja diperkatakan dari segi hidup matinya dalam PRU 13 ini tetapi juga bagaimanakah nasib UMNO setelah ia kalah dan kehilangan kuasa.

Dengan pelbagai jangkaan yang antaranya bahawa UMNO dan BN hanya mampu meraih kemenangan antara 90 hingga 105 kerusi Parlimen saja dalam PRU 13 ini, hari demi hari soal rupa dan wajah UMNO tanpa kuasa semakin kerap diperkatakan.

Ada golongan yang berpendapat kekalahan dan kehilangan kuasa adalah baik untuk masa depan parti itu.

Dengan kehilangan kuasa, ramai pemimpinnya, terutama yang sudah berusia akan mengundur diri bagi menghabiskan sisa-sisa hari tua bersama anak cucu serta keluarga lantaran UMNO yang sudah kehilangan kuasa itu tidak mampu lagi menyajikan apa-apa gula untuk mereka hisap.

Dengan pengunduran mereka, dan sebahagiannya menjadi beban besar kepada parti selama ini, golongan muda yang penuh idealisme perjuangan akan mengambil alih tampuk perjuangan parti.

Dengan keyakinan bahawa jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, beliau hanya mampu bertahan paling lama dua penggal sahaja kerana faktor usia, persaingan antara Pakatan Rakyat dan BN selepas itu dilihat akan menjadi terbuka dan seimbang semula.

Golongan muda inilah yang dipercayai akan mampu menebus semua kuasa yang hilang melalui keyakinan dan idealisme perjuangan mereka.

Ini kerana tiada lagi pemimpin yang sehebat Anwar dalam Pakatan Rakyat yang mampu mengambil alih baton dan meneruskan larian dengan selesa.

Selepas ketiadaan Anwar, persaingan antara Pakatan Rakyat dan BN untuk saling menerajui pentadbiran negara akan menjadi seimbang dan ini juga memungkinkan wujudnya sistem dua parti.

Pakatan Rakyat dan BN akan saling bergilir-gilir mentadbir negara bergantung kepada keupayaan memberi tawaran serta khidmat yang lebih baik kepada rakyat.

Namun ramai pula yang berpendapat bahawa selepas kalah pilihanraya dan kehilangan kuasa, UMNO akan mati dan berkubur tidak lama selepas itu.

Pihak yang mengandaikan demikian berpendapat, oleh kerana UMNO selama ini hidup atas kuasa wang ringgit dan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara sudah lama dilupakan dan digantikan dengan perjuangan mengisi poket keluarga dan kroni, maka dengan ketiadaan kuasa beli itu, ia akan ditinggalkan oleh orang-orang Melayu sendiri.

Tanpa kuasa dan kekeringan wang, tiada lagi orang Melayu mahu mendekati UMNO.

Generasi muda yang kini sudah pun membenci dan menjauhi UMNO, semakin memandang sepi manakala generasi tua, oleh kerana tiada apa-apa lagi yang boleh diharapkan, waima lantikan sebagai ketua kampung atau JKKK sekalipun, pasti akan memilih untuk terus berundur dan menghabiskan hari-hari tua bersama keluarga.

Beberapa pemimpin dan bekas pemimpin UMNO turut mengakui hakikat itu. Dengan ketiadaan kuasa dan kemampuan menawarkan gula, UMNO yang kini dilihat hanya tinggal jasad dan tiada lagi roh perjuangan, mereka juga amat yakin bahawa UMNO akhirnya akan ditinggalkan, kemudian dilupakan dan mungkin berkubur akhirnya.

Mereka mengakui bahawa UMNO yang sejak tahun-tahun kebelakangan ini lebih menerapkan perjuangan berasaskan wang ringgit sama ada dalam pelaksanaan program mahu pun pemilihan pemimpin di pelbagai peringkat, malah mereka yang menyertai dan berjuang dalam UMNO pun atas keghairahan untuk mengaut kekayaan dan "mengambil mana yang sempat", penuh yakin bahawa UMNO tidak mungkin mampu hidup dan diminati jika kuasa sudah tiada lagi.

Keadaan paling mudah untuk membayangkan hakikat itu ialah dengan melihat perbezaan keadaan dan kehidupan bekas-bekas Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet, semasa mereka masih mempunyai kuasa dengan setelah kuasa tiada lagi dalam genggaman.

Ketika masih memegang jawatan, mereka inilah antara orang paling berkuasa dan dihormati tetapi lihatlah bagaimana kehidupan mereka setelah ketiadaan kuasa.

Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun merupakan orang paling berkuasa dan ditakuti. Ketika berkuasa beliau bertindak tegas, digeruni dan menyingkirkan semua musuh politiknya seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim serta disanjung tinggi oleh penyokong dan pengagumnya tetapi setelah meletakkan jawatan, beliau disanggah oleh sebahagian besar menteri-menteri yang pernah bekerja dengannya.

Mereka yang sebelum itu sekadar berani mengangguk walaupun Tun Mahathir belum habis berkata-kata, sudah berani menentangnya pula. Malah Tun Mahathir juga dimalukan apabila beliau ditentang dan digagalkan untuk menjadi salah seorang perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2006.

Walaupun kini Tun Mahathir terus bersuara dan kerap mendapat tempat berikutan sikap Najib yang banyak bergantung dan memberi muka kepadanya, hakikatnya Tun Mahathir tidak lagi dikerumuni dan dihormati seperti dulu.

Tun Abdullah juga begitu. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau disanjung, dikerumuni dan diburu sepanjang masa. Pujian terhadapnya juga bagaikan melangit. Tetapi setelah tiada kuasa, apa jadi kepada Pak Lah sekarang.

Beliau bagaikan bersendirian meneruskan kehidupan, malah kehadirannya di Parlimen pun tidak lagi dipedulikan. Menteri-menteri yang dulu sering mengelilingi dan menemaninya, tidak lagi kelihatan di sisi.

Kehidupan bekas-bekas menteri juga rata-ratanya begitu. Ketika berkuasa, berduyun-duyun mengelilingi dan cuba menghampiri. Mereka menjadi individu penting dalam negara dan kehebatan juga terserlah tetapi setelah tiada lagi kuasa, kebanyakannya menghabiskan masa sendirian.

Ada yang ke sana sini tanpa teman dan tidak dipedulikan oleh sesiapa seolah-oleh mereka tidak pernah berjasa apa-apa. Kadangkala mereka pergi ke masjid pun tiada yang mahu bersalam, malah ada bekas menteri yang sembahyang Jumaat di kaki lima masjid dan tidak ada sesiapa yang mempedulikannya.

Malahan ada pemimpin yang susut berkilo-kilo berat badannya apabila hilang jawatan menteri.

Yang meracau dan bercakap tanpa henti walau dengan orang yang baru dikenali pun ramai bilangannya. Hakikatnya semua mereka itu menjadi keseorangan dan tidak lagi dipedulikan setelah tiada lagi kuasa.

UMNO juga akan begitu akhirnya. Sebagaimana semua bekas Perdana Menteri dan bekas menteri ini menjalani kehidupan yang sepi, ditinggalkan dan tidak dipedulikan selepas ketiadaan kuasa, UMNO juga akan menerima nasib yang sama.

Sebaik sahaja hilang kuasa, orang-orang Melayu akan mula meninggalkannya. Golongan tua dan berusia mungkin memilih untuk bersara dan menjadikan kekerapan ke surau dan masjid pula sebagai keutamaan.

Bagi yang masih bertenaga dan mempunyai nafsu, mereka akan cuba mengintai-intai dahan serta wadah baru pula. Golongan muda memang sudah sedia menjauhkan diri dan dengan ketiadaan kuasa, golongan ini melihat UMNO tidak lebih umpama "kupang tembaga" saja.

Malah tidak memeranjatkan dengan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas PRU 13 ini, ramai pemimpin UMNO yang pernah mendapat nikmat dari perjuangan UMNO pun akan menyeberang dan menghimpit Anwar pula, terutama mereka yang memang dikenali sebagai "orang-orang Anwar" yang mana mereka ini menduduki pelbagai hieraki dalam UMNO sekarang ini, daripada pencacai di peringkat bawahan hinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi.

Dengan kemungkinan ini dan melihat bagaimana bekas-bekas pemimpin ini menjalani kehidupan penuh sepi selepas ketiadaan kuasa dan akhirnya ketika meninggal dunia pun hanya teman rapat dan kaum keluarga saja yang hadir, sukar untuk menolak hakikat bahawa UMNO pun akan menerima nasib yang sama.

Selepas hilang kuasa, perlahan-lahan UMNO akan ditinggalkan, tidak dipedulikan, mengecil serta kurus dan akhirnya mungkin mati begitu sahaja.

BUKAN BERUBAH!!! Shahrizat sebenarnya seperti cacing kepanasan

SHAH ALAM 6 Jan: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil disifatkan seperti cacing kepanasan apabila pelbagai pihak di dalam Umno kini menyerangnya berhubung skandal membabitkan National Feedlot Corporation (NFCorp).

Menurut Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail, Shahrizat kini menjadi liabiliti kepada Umno selepas keluarganya dikaitkan dengan penyelewengan sebahagian dana sebanyak RM250 juta itu.

“Shahrizat perlu profesional melihat isu ini kerana kes ini merupakan satu pendedahan terhadap suaminya dan beliau sepatutnya mempunyai kredibiliti untuk meletakkan jawatan kerana pembabitannya sebagai seorang menteri.

“Beliau tidak boleh menggunakan wanita Umno untuk mempertahankan suaminya dan mengemukakan pandangan beliau secara peribadi.

Shahrizat perlu menimbangkan dalam konteks yang lebih luas. Pada saya dia wajar meletakkan jawatan,” ujar Adun Batu Tiga itu.


Menurut Rodziah, Shahrizat juga bakal mengalami nasib yang sama seperti yang menimpa Khir Toyo apabila Umno merasakan bekas Menteri Besar Selangor itu membawa beban kepada parti itu.

“Desakan dari luar dan dalam termasuk dari pemimpin Umno menyebabkan Shahrizat kini seperti cacing kepanasan,” katanya.

Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan bekas menteri wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz supaya Shahrizat meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.

Kenyataan itu menyebabkan Shahrizat menyatakan beliau tidak mahu bersikap kurang ajar kepada Rafidah.

Pada masa yang sama, Shahrizat juga menerima kritikan hebat oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggesa beliau supaya berundur.

Hari ini, Syed Ali sekali lagi meneruskan serangan dengan memberi amaran kepada menteri itu supaya tidak menyalahkan orang lain berhubung skandal berkenaan.

GENAP 3 TAHUN!!! Najib ketua perampas di Perak

PERAK 6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN.

Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.

Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.

Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.

Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Rampasan kuasa berlaku ketika Najib menjadi Pengerusi Umno negeri Perak. Beliau telah mencuri wakil rakyat Pakatan dengan kaedah jijik dan kotor untuk menyeberang kepada wakil rakyat bebas.

“Akibatnya kita (Pakatan) tidak mempunyai majoriti. Najib memainkan peranan sebagai ketua perampas dan ketua perompak dengan mencuri kuasa kerajaan Perak yang sah,” ujarnya.

Justeru itu katanya, sambutan ini diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang tindakan Umno-BN yang tidak mengiktiraf hak mereka.

“Rampasan kuasa di Perak dilakukan dengan cara yang cukup tidak bertamadun di mana pelbagai agensi kerajaan seperti polis dan SPR digunakan.

“Ia merupakan tarikh demokrasi dibunuh di Perak dan Malaysia. Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan Umno yang mengkhianati perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan dewan,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, beliau menyeru kepada rakyat Perak dan Malaysia khususnya supaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita memperingatkan hari ini kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia, dengan harapan mereka akan menjatuhkan BN yang melakukan kezaliman dengan merampas kuasa yang sah,” ujarnya.

DAH ADA YANG KENA!!! Penerima BR1M terima surat tuntutan dari income tax

Bantuan diminta isi borang dari jabatan INCOME TAX supaya income tax senang nak jejak alamat terkini rakyat Malaysia.


Bila duit dah lulus dan kita fikir akan tuntut duit tu kat mana mana pejabat
INCOME TAX rupa rupanya kena jumpa juak juak BN jugak.dah nampak dah belang umno nih nak wayang apa sebenarnya.Bila memberi wang,amik kat UMNO,dia pikir wang tu hasil dari Najib agaknya.



1 penghinaan bila rakyat diperlakukan begini

Tahukah anda,pemimpin BN memerhatikan korang beratur tu dari tingkap pejabat berhawa dingin , berpeluk tubuh sambil ketawakan kalian?



ada yang pengsan sebab beratur terlalu lama



Harus kita ingat.
Susah payah kita beratur semata mata nak dapatkan RM500 ni sebenarnya permulaan.Kerajaan hanya beri rakyat sekali aja RM500,namun INCOME TAX akan kejar kita SETIAP TAHUN.Mereka menggangap kita punya pendapatan seolah olah tetap sedangkan pekerja yang gaji pokok RM450 dan di campur elaun dan macam macam elaun tak sampai 1000 sebulan juga dikenakan INCOME TAX !!!







Kisah ni benar dan memang dah dijangkakan akan berlaku.Ini adalah temubual penulis dengan mangsa
BR1M..Kalau dia dapat surat dari INCOME TAX,tak mustahil beratus ribu lagi bakal mendapat surat tuntutan seperti ini.


Dengan kerja yg tak menentu.sebulan
basic RM450.tanggungan anak 4 orang.
total gaji + - elaun tinggal RM400..



Layakkah gaji sedemikian dikenakan TAX?



Minta bantuan Rakyat 1 Malaysia dengan harapan dapat meringankan beban.

seminggu selepas dapat bantuan surat income tax sampai.
DEPA TUNTUT BAYAR RM350




Bila surat tu sampai,mangsa pergi ke pejabat Income TAX Klang dan bertanya ..



"Kenapa sy dikenakan income tax sedangkan gaji saya tak sampai RM1000 pun sebulan??..tolak tolak tinggal 450 sebulan."
kata mangsa kpd pagawai bertugas.


"owhh ini semenjak dulu kamu kerja tak pernah submit form.jadi kamu kena bayar jugak.tak ada tolak ansur mesti bayar walaupon sebulan RM50.sampai habis!!"
kata pegawai income tax dgn bongkaknya.



Bukti Income Tax dapat maklumat dari
pengisian borang BR1M



Inilah tujuan bantuan tu diberikan..


MAKA UMPAN TELAH MENGENA,KERAJAAN BAGI CUMA SEKALI RM500 TAPI INCOME TAX AKAN KENAKAN KITA TIAP TIAP TAHUN..



Ikuti post terdahulu yg memberi amaran tentang ni di [sini]

King Of Goblok