Thursday, February 9, 2012
PANAS!!! Ketua Cawangan UMNO benarkan rumahnya dijadikan tempat ceramah Pakatan
Mesti esok Pak Chik ni akan dapat surat tunjuk sebab kenapa dia tak boleh disingkir dari Umno kerana telah membenarkan rumah nya digunakan sebagai tempat ceramah PKR. ... dan pak chik ni juga akan terus menghantar borang penyertaan dalam PKR. hhahahahha
Zambry macamana ni? ... Depa dah tak suka kat hang dah ... hahahahaha
Wa tabik spring la chegu bard pada lu .... harap akan ada lagi kejadian yang macam ni ... hehehe
SUMBER : Twitter CheGu Bard (11.19pm)
Mimpi Senja
TAMPARAN BUAT SHAHRIZAT!!! Gerakan desak letak jawatan tapi Perkasa sedia pertahan Shahrizat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur.
Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.
Dalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau
amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.
Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.
"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.
Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.
Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.
Sementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (kanan) berkata,
beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".
"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbar The Star.

TU DIA!!! Lelaki dakwa dipukul 20 polis selepas hadiri Thaipusam
Mangsa, S Morale, 30, dari Perak, hadir di ibupejabat polis di Dickens Street hari ini, selepas perintah reman empat hari diperolehi terhadapnya, sehingga 12 Februari.
Dia disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang seorang anggota polis daripada melaksanakan tugasnya.
Anggota keluarga Morale - bapanya K Shammugam dan adik lelakinya S Rajee - telah membuat laporan polis di balai Jalan Pattani tengah hari tadi.
Morale, yang diiringi oleh keluarganya, dan ADUN PKR - Jason Ong dan S Raveentharan - telah bertemu dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob (kiri) di pejabatnya.
Suaram Pulau Pinang telah menyerahkan memorandum kepada Ayub supaya menjalankan siasatan segera dan serius terhadap dakwaan Morale itu.
Menurut keluarganya, Semangat dipercayai seorang yang "lembam".
Menurut Rajee, pergelutan antara abangnya dan anggota polis itu berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika seorang lelaki didakwa menghampirinya dan merampas tin bir yang sedang diminumnya.
Morale dikatakan bertindak balas dengan cuba menghalang lelaki itu daripada merampas minumannya, tanpa mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang anggota polis, tambah Rajee.
Anggota polis tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai ASP Bathumalai dari jabatan narkotik negeri.
Rajee berkata, Morale telah meminta pengenalan diri lelaki yang menghampirinya itu, untuk mengesahkan yang dia sebenarnya anggota polis.
Kemudian, dakwanya, sekumpulan kira-kira 20 anggota polis muncul dan mengheret Morale ke lorong belakang di Penang Road dan memukul dan menendangnya.
"Morale mengidap selesema, dan sukar bernafas dan mengalami sakit dada," katanya.
APA CERITA 'JALAN SULTAN'?!!! Sehinggakan artis popular, seniman, karyawan dan budayawan tampil membantah Najib
Tanpa diduga, isu pengambilan tanah sepanjang Jalan Sultan untuk memberi laluan kepada pembinaan projek MRT telah menarik keprihatinan orang ramai.
Artis popular, seniman, karyawan dan budayawan yang sebelum ini dianggap "bersikap dingin terhadap politik", kini tampil untuk menyatakan bantahan terhadap pencerobohan tanah warisan yang bersejarah itu.
Ribuan manusia membanjiri Jalan Sultan pada 5 Februari, untuk menyambut Chap Goh Meh buat kali terakhir di Jalan Sultan, seandainya ia terpaksa dirobohkan untuk projek pembinaan MRT.
Jalan Sultan yang bersilang dengan Jalan Petaling di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, antara pusat kegiatan ekonomi sejak ratusan tahun yang lalu - kini menjadi ingatan kolektif untuk ramai penduduk yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur.
Mereka hadir bukan dengan tujuan "menyambut hari perayaan" ini semata-mata, tetapi jelas membawa mesej bahawa Jalan Sultan harus dikekalkan.

Antara artis pop yang tampil pada malam itu, ada yang memulakan kerjaya mereka sebagai penyanyi di kafe yang bertapak di Jalan Sultan. Di situ jugalah tempat budayawan dan seniman mencari ilham untuk ciptaan karya mereka.
Seandainya produk budaya mempunyai pengaruhnya terhadap sesebuah komuniti, maka tidak hairanlah Jalan Sultan menyimpan nostalgia orang ramai, khususnya komuniti Cina.
Pandangan diluahkan melalui Facebook
Justeru itu, pengambilan tanah di sepanjang Jalan Sultan telah mencungkil ketidakpuasan orang ramai sejak berita ini menyarat ruang dada media.
Lebih-lebih lagi apabila Jabatan Tanah dan Galian memberi kata dua kepada pemilik tanah di sepanjang Jalan Sultan - sama ada mencapai persetujuan dengan MRT Corps menjelang 30 Januari 2012 atau tanah mereka akan diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Kebetulan Perdana Menteri Najib Razak membuka laman sosial rasminya dalam bahasa Cina, mengambil nama Ah Jib Gor yang bermaksud Abang Jib pada bulan Januari 2012.
Maka warga internet telah mempergunakan saluran itu untuk meluahkan pandangan mereka terhadap Najib.
Antaranya, Echo Koh Wee Sun, seorang suri rumah tangga yang pernah memberikan sejambak bunga kepada Muhammad Safwan Anang ketika beliau dicederakan dalam insiden perhimpunan di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, dan ditampal pada laman sosial rasminya dalam bahasa Cina.
Surat tersebut kemudian diterjemahkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

Antara luahan Koh Wee Sun, "Selama ini saya menganggap tanah warisan tidak dimiliki sesiapa. Ia dimiliki setiap keturunan rakyat yang hidup di negara ini. Tanah warisan dimiliki anak-anak dan cucu-cicit kita, dan keturunan selepas mereka. Setiap keturunan harus melindungi tanah warisan ini dengan sedaya-upaya, memastikan tanah warisan ini diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan berikutnya. Setiap keturunan seharusnya nampak, memegang malah hidup di atas tanah warisan ini. Saya menganggap ini hak asasi kita sebagai seorang warga negara."
Justeru itu, apabila saya terdengar khabar bahawa Jalan Sultan, tanah warisan yang mempunyai sejarah ratusan tahun, mungkin dikorbankan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan MRT, ia amat memilukan hati saya. Tersangat sedih hati saya. Untuk saya ia tidak seharusnya berlaku sebegitu. Saya merasakan bahawa diri saya tidak terdaya untuk melakukan apa-apa. Seandainya generasi kita ini, sebagai ibu bapa kepada anak kita - gagal mempertahankan tanah warisan ini, ertinya kita tidak menjalankan tanggungjawab kita. Seandainya saya hanya berpeluk tubuh, terpaku dan menatap bagaimana tanah warisan dicerobohkan tanpa meluahkan suara dalam hati saya - saya berasa bersalah ketika berdepan dengan anak saya.
Ia mungkin di luar kawalan saya untuk menentukan sama ada sesuatu yang dimiliki anak-anak itu boleh diwarisi kepada mereka. Namun sekurang-kurangnya saya perlu mencari satu saluran, untuk saya suarakan kepada anda - betapa sedihnya seorang ibu, kerana dirinya gagal mempertahankan tanah warisan yang dimiliki oleh anak-anak kita.
Padahalnya saya tidak tahu sama ada anda dapat membaca tulisan ini ketika saya menulis. Namun saya perlu menulis, kerana saya terasa beratnya beban yang dipikul dalam hati saya. Saya perlu melakukan sesuatu, agar saya mampu berdepan dengan anak-anak saya. Saya tidak boleh berpeluk tubuh dan pasrah begitu sahaja - kerana ini negara saya, dan saya cintai negara saya."
Mendapat lebih 6,000 "like"
Tulisan ini ditampal pada laman sosial Ah Jib Gor pada 30 Januari 2012, dan meraih lebih 6,000 "like" sehingga kini. Ini mungkin petikan yang paling diminati warga internet pada laman Ah Jib Gor sejak ia ditubuhkan pada 13 Januari 2012, memandangkan status PM sendiri rata-ratanya hanya mendapat puluhan "like".
Malah, ramai yang menyalin dan menampal semula "surat terbuka" ini pada laman Ah Jib Gor, sehingga melambak dan ada yang dipadamkan oleh admin, menurut dakwaan sesetengah warga internet.
Bagaimanapun, Ah Jib Gor masih tidak respon kepada isu Jalan Sultan ini. I
a mencetus kemarahan dan pertikaian warga internet, berbunyi apa gunanya Ah Jib Gor ditubuhkan jikalau enggan menjawab soalan daripada rakyat?
Malah Echo Koh Wee Sun sendiri menyusul dengan persoalannya, mengapa satu persoalan yang mendapat lebih 6,000 "like" tidak diambil berat PM?
MerdekaReview pernah mendapatkan respon Setiausaha Politik Najib, Wong Nai Chee pada 3 Februari 2012, dan beliau mendakwa bahawa dirinya telah dimaklumkan mengenai isu ini.
Bagaimanapun, Wong mendakwa bahawa dirinya berada di Ipoh, sementara Najib berada di Terengganu pada 3 Februari, maka beliau masih gagal mendapatkan jawapan atau maklum balas daripada PM mengenai isu Jalan Sultan.
Lagipun, banyak isu yang dibangkitkan oleh warga internet di laman Ah Jib Gor, menurutnya.
Hampir seminggu berlalu, MerdekaReview mendapati Ah Jib Gor masih tidak respon kepada isu yang semakin hangat diperbincangkan dalam masyarakat Cina ini, sehingga jam 3 petang tadi.
Malah sehingga hari ini, masih ramai yang menyalin dan menampal semula surat terbuka di atas di laman Ah Jib Gor, menunggu jawapannya.

OTAK SEKULAR!!! Fuad Zakarshi lebih baik cari kebenaran dalam jamban
Oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat
Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.
Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.
Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.
Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.
Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.
Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.
Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.
Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.
Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.
Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.hrkh
MANA SATU BETUL!!! Shahrizat dakwa sukarela, SPRM kata Shahrizat dipanggil
Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan.
Shahrizat Jalil (gambar kanan), juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang , dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.
" Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!)
Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.
"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.
Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM.

UMNO DAH TERUK!!! Serba tak menjadi di Perak, Muhyiddin pula turun lepas Najib tak menjadi
Betul ke Perak akan jatuh ke tangan BN,atau Perak akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat..begitulah persoalan yang kini semakin hangat diperkatakan oleh warga Perak.
Kalau tanya puak Umno,mereka akan kata BN ada senjata untuk pertahankan perak,samada senjata halal atau haram itu lain cerita,sebab Umno perintah Perak memang secara Haram Jadah.
Namun apabila ditanya kepada kaum India dan Cina,80% mengatakan BN pasti terlungkup kali ini...Dan ketakutan ini telah pun digambarkan oleh pimpinan mereka apabila acapkali turun ke Perak.Baru lagi Pak Najib turun ke Taiping dan Manjung/Lumut kini beliau akan datang lagi pada 18 Feb 2012 di RTC Gopeng.
Dan yang lebih Terkini..Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Perak pada Sabtu ini dan dijadual bertemu warga pendidik, pemimpin masyarakat dan rakyat.
Menurut kenyataan E-Press Jabatan Penerangan negeri pada Khamis, beliau dijadual mengadakan pertemuan tertutup dengan semua anggota Badan Perhubungan Umno Perak dan Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri di Bangunan Umno pada sebelah pagi.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kemudian dijadual berdailog dengan Guru Mentor negeri Perak pada majlis di sebuah hotel di sini.
Pada sebelah petang pula, Timbalan Perdana Menteri akan bersama-sama dengan rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di Teluk Intan.
Sementara itu, isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang mempunyai jadual berasingan akan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal Cina Perak di kediaman rasmi Menteri Besar.
Beliau kemudiannya akan melawat wad wanita dan kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.Karat-Ejau
Kalau tanya puak Umno,mereka akan kata BN ada senjata untuk pertahankan perak,samada senjata halal atau haram itu lain cerita,sebab Umno perintah Perak memang secara Haram Jadah.
Namun apabila ditanya kepada kaum India dan Cina,80% mengatakan BN pasti terlungkup kali ini...Dan ketakutan ini telah pun digambarkan oleh pimpinan mereka apabila acapkali turun ke Perak.Baru lagi Pak Najib turun ke Taiping dan Manjung/Lumut kini beliau akan datang lagi pada 18 Feb 2012 di RTC Gopeng.
Menurut kenyataan E-Press Jabatan Penerangan negeri pada Khamis, beliau dijadual mengadakan pertemuan tertutup dengan semua anggota Badan Perhubungan Umno Perak dan Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri di Bangunan Umno pada sebelah pagi.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kemudian dijadual berdailog dengan Guru Mentor negeri Perak pada majlis di sebuah hotel di sini.
Pada sebelah petang pula, Timbalan Perdana Menteri akan bersama-sama dengan rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di Teluk Intan.
Sementara itu, isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang mempunyai jadual berasingan akan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal Cina Perak di kediaman rasmi Menteri Besar.
Beliau kemudiannya akan melawat wad wanita dan kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.Karat-Ejau
DAH PECAH!!!Kenyataan Noh Omar jadi titik penting isu NFC
Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.
Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.
Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.
"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.
Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.
"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.
"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.
Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.
"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.
Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.
"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."
Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.
"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.
http://malaysiakini.com/news/188601