Wednesday, February 15, 2012

BEZA UMNO & PAS!!!!Kerajaan UMNO perintah GLC tenat, bila kerajaan PAS perintah GLC pulih dan untung berjuta

LANGKAWI – Anak syarikat kerajaan negeri Kedah (GLC), Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang dulunya (di zaman kerajaan lalu) berada dalam keadaan tenat, kini kembali pulih sehingga berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM10 juta setahun.


Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, adalah menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila PKB telah buktikan dalam masa empat tahun telah bangun begitu cergas dan aktif.

PKB juga berjaya melunaskan hutang-hutang mereka dahulu.


“Semasa saya ambil alih PKB, saya tak malu katakan bahawa PKB berada dalam keadaan tenat, hutangnya puluhan juta, Alhamdulillah hari ini hutang telah dapat dibayar dan kita juga hari ini terpaksa menyelesaikan beberapa perkara yang tak diselesaikan dari segi undang-undang oleh pengurusan dulu.


“Pada peringkat awal, adalah sukar kepada Pengarah Urusan untuk bergerak kerana kekangan kewangan, maka untuk pengurusan, Perbadanan Menteri Besar Kedah terpaksa bagi suntikan.


“Alhamdulillah, hari ini PKB adalah antara GLC Kedah yang berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri setahun sebanyak RM10 juta,” jelas beliau pada majlis pecah tanah hotel 14 tingkat, di sini.


Menyentuh mengenai hotel 14 tingkat ini, beliau berharap projek ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan ataupun mendahului jadual.

Ini kerana, jika berlakunya tempoh lanjutan projek, kerajaan negeri perlu memberi tambahan modal.

“Hotel ini akan siap dalam masa 18 bulan, jadi saya berharap ia akan siap mengikut jadual atau mendahului kerana kita tak mahu lagi program-program yang terbengkalai bertahun-tahun, dan kita juga perlu tambah modal jika terbengkalai,” ujar beliau.

RM 500 TAK CUKUP!!! Harga barang luar bandar terlalu mahal

Mengikut keluasan negeri-negeri di Malaysia, Sarawak mempunyai keluasan 124,449 (km² ) dan mengikut banci terakhir (2010), penduduk Sarawak adalah 2,420,009 juta orang ini tidak termasuk mereka yang tidak memiliki surat beranak dan MyKad. Sarawak juga kaya dengan sumber asli dan bahan mentah seperti petroleum, gas asli, kayu balak, arang batu dan sebagainya.


Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil di utara Sarawak, adalah antara jutaan penduduk luar bandar di Sarawak, yang terpaksa membayar harga lebih setong gas, seliter petrol dan diesel. Menurut penduduk yang tinggal di pedalaman Sarawak, kos kehidupan mereka lebih tinggi dibandingkan di bandar disebabkan harga minyak naik. Harga makanan dalam tin lebih tinggi lagi kalau dibanding dengan harga yang berada di pasaran, begitu juga dengan harga petrol untuk menghidupkan generator dan sebagainya.


Hampir semua harga barang keperluan yang diangkut dari bandar semuanya dijual mahal dan harganya berlipat kali ganda, kalau dibandingkan dengan harga pasaran di kawasan bandar. Bayangkan mereka terpaksa bayar lebih untuk membeli barang keperluan harian dan juga petrol yang harganya terlalu mahal kalau dibandingkan harga di kawasan bandar. Siapa yang untung hasil dari penjualan ini?



Antara punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh jalan perhubungan yang teruk dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan pengangkutan untuk menyalurkan barang keperluan ke luar bandar dan pedalaman. Pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini dengan membina lebih banyak jalan perhubungan terus, ke luar bandar dan sudah pasti masalah harga barang keperluan di luar bandar dapat dikurangkan.


Ke mana perginya peruntukan berbillion ringgit yang diterima oleh kerajaan negeri untuk pembinaan jalanraya di luar bandar di Sarawak? Sepatutnya, masalah jalanraya ke luar bandar di Sarawak sudah dapat di atasi lebih dari 10 ke 20 tahun yang lalu sekiranya peruntukan tersebut diguna dengan sebaiknya tanpa ada ketirisan, tetapi sampai sekarang masalah tersebut masih belum dapat diatasi. Apa punca masalah tersebut?


Struktur geografi Sarawak yang landai serta berbukit bukau diselangi dengan jaringan sungai-sungai yang berliku-liku menjadi faktor mengapa pengangkutan paling utama di negeri ini, adalah melalui sungai dan juga udara. Tambahan pula negeri Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia.


Penduduk luar bandar dan pedalaman di Sarawak bergantung kepada sungai sebagai asas pengangkutan harian, kebanyakannya mereka adalah petani dan juga penternak. Tetapi mengapakah beban kehidupan seharian mereka perlu ditanggung berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan penduduk bandar yang kebanyakannya bekerja dengan bergaji besar, berkemampuan dan ada yang hidup serba mewah?


Kita banyak mendengar rungutan dari penduduk yang tinggal di luar bandar yang menyatakan harga barangan keperluan harian mereka, lebih mahal dari harga barangan yang terdapat di kawasan bandar. Contohnya di kawasan Bakong, di sebuah kedai di sungai Kelat, di mana orang Iban dari 3 buah rumah panjang dan pekerja estate yang berdekatan membeli barang runcit dengan harga yang lebih dari harga pasaran di bandar.


Kalau kita beli petrol RM10 dengan container 4 liters tidak penuh,tetapi kalau dibeli di Pekan Bekenu, penuh dan ada lebihan pulangan 30 sen. Estate ini adalah dikawasan belakang Rh Lani, Rh Suyong dan Rh Biri, Kuap di Sebuti.


Antara contoh lain:

Kampung Ladang 3, Sibuti: Petrol Ron95 RM 5 seliter !!
Beluru Bakong , Baram: Petrol Ron95 RM4 - seliter !!
Rumah Sg Medang / Sg Banjang: Petrol Ron95 RM 5.50 - 2 liter !!

Demikianlah beberapa contoh yang diberi oleh penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut. Sama ada benar atau tidak aduan pihak berkenaan, pihak berkuasa boleh pergi menyiasat sendiri dengan lebih terperinci di kawasan yang tersebut di atas.


Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertindak membantu penduduk luar bandar terbabit yang terpaksa membayar lebih keatas barang keperluan harian mereka?


Walaupun pihak kerajaan memperkenalkan projek pengedaran barangan perlu (BP), penyeragaman harga gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming (CD) membabitkan diesel dan petrol untuk meringankan bebanan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman,adakah mereka sentiasa memantau aktiviti pengedaran dan penjualan barangan perlu (BP) tersebut?


Kita berharap pihak yang berwajib sentiasa memantau serta mengawasi perkara ini agar tidak berlaku penyelewengan dalam pengedaran barangan perlu (BP), penyeragaman harga gas petroleum cecair (LPG) dan Community Drumming (CD) untuk kemudahan penduduk kampong yang tinggal di luar bandar dan di pedalaman.


Kita mencadangkan agar Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dibina dalam kawasan luar bandar, khas untuk penduduk luar bandar membeli barang keperluan harian mereka dengan harga yang berpatutan dan di beri kuota kepada peniaga bumiputera serta dikawal sepenuhnya oleh pihak yang berwajib agar tidak berlaku kenaikan harga barangan yang melampau, yang selama ini telah dikuasai oleh pihak pihak ketiga.


Kerajaan Sarawak sepatutnya membina lebih banyak lagi infrastruktur serta memberi kemudahan asas kepada penduduk di luar bandar dan juga yang tinggal di pedalaman, agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah sekian lama hidup dalam kesusahan dan dalam kegelapan akibat tiada jalan perhubungan yang baik di Sarawak dan masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Semananjung Malaysia.


Kalau kerajaan Sarawak benar-benar ingin membantu rakyat Sarawak hidup dalam keadaan yang menyenangkan, mereka perlu ada sifat amanah, jujur, telus serta prihatin dengan keperluan rakyat Sarawak.


Kita yakin kalau kerajaan Sarawak dapat mentadbir kerajaan dengan baik, sudah pasti Sarawak boleh maju dan kaya, lebih awal dari yang dijangkakan sebelum tahun 2030. Dengan sumber hasil bumi di Sarawak, tidak mustahil perkara ini dapat dilakukan, dengan syarat kerajaan mesti amanah, jujur serta tidak melakukan penyelewangan serta tidak menyalahgunakan kuasa mereka.


Sayangnya pemimpin di Sarawak kaya tetapi rakyatnya masih hidup dalam kemiskinan dan kesusahan akibat salah urus dan banyak berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Harapan rakyat Sarawak ingin perubahan akan tercapai sekiranya rakyat Sarawak sendiri ingin mengubah nasib diri mereka sendiri.


Inilah masanya untuk rakyat Sarawak kena fikir, kalau mahu perubahan yang lebih baik, perlu adanya usaha dari rakyat sendiri kerana, kuasa untuk mengubah ada di tangan mereka sendiri, seperti ayat yang terdapat dalam Al Quran yang kira-kira bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Apabila rakyat Sarawak dapat memilih pemerintah yang lebih baik dan Sarawak diperintah oleh pemimpin yang jujur, amanah serta adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik maka Sarawak akan jadi lebih makmur dan menjadi negeri terkaya sebelum tahun 2030. Insya-Allah.

KENA TAHU BEZA!!! Ponggal perayaan budaya, Thaipusam perayaan agama


Dok sibuk cerita sana sini - tau ke ape benda Ponggal tu?

Ponggal - Budaya, Thaipusam - Agama macam Tahun Baru Cina - Budaya, Wesak - Agama

Saya rujuk berita ini :
Anwar Gadai Akidah Kerana Undi. Saya belajar sikit-sikt dengan rakan-rakan India beragama Hindu dalam Diskusi Bulanan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kota Raja. Dibawah ni adalah penerangan yg diberi. Kawan-kawan India tu kata Ponggal bukan perayaan agama - Wallahuaklam.

Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.

Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.


Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.


Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil.


Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.


Panjang lagi ceritanya - hangpa tanya sendirilah kawan-kawan India, jangan main belasah sahaja kalau tak faham. ~
parlimenkotaraja

UJIAN U-TURN!!! Mufti Perak lulus cemerlang

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Tok Mufti Perak berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya

Harussani menyatakan perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves - orang ni

PANAS!!!Pemimpin PKR Perak ditawar jadi glamour jika lompat parti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2R4jbfP-JKEQPh6DXCGDVhYl-89M_AzNW0jieihWMtv8AIbsqNaiMtaCZNdohWVvJWa2FvlN325uERjsTwrWhOUYgsjXq22EOAlluhs1k2GWNJINphg-YFwPf17Uhyphenhyphenn_76Wmy1hxaAJw/s400/No_To_Lompat_Party.jpgPERAK 15 Feb: Seorang pemimpin KEADILAN di Perak, mendakwa ditawarkan habuan bagi mengetuai kemasukan beramai-ramai anggota parti itu menyertai Barisan Nasional, dalam satu majlis yang turut dihadiri menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Setiausaha Kerja Pilihan Raya KEADILAN Parlimen Tanjung Malim, Abdul Rani Mahayuddin berkata, tawaran itu dibuat Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Behrang), Anuar Talib menerusi satu panggilan telefon.

"Malam tadi saya dihubungi oleh Ketua Penerangan Bebas DUN (Dewan Undangan Negeri) Behrang, kira-kira jam 8.30 malam dan meminta saya berjumpa beliau di Dusun Bay di kawasan Hulu Selangor.

"Di situ saya cuba dibeli dan ditawarkan mengetuai hampir 400 ahli KEADILAN dari Cabang Tanjung Malim untuk menyerahkan borang keanggotaan kepada Menteri Besar yang dijadual diadakan tengahari tadi di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim," katanya kepada Keadilan Daily.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim itu berkata, beliau juga dijanjikan bahawa popularitinya akan melonjak selepas majlis itu disempurnakan.

"Saya diberitahu populariti saya bakal melonjak jika saya mengetuai kumpulan berkenaan, malah selepas itu, saya akan turut serta dalam program jelajah BN seluruh Perak untuk majlis seumpama ini.

"Saya juga dihubungi oleh YB Jamaluddin pagi tadi dan beliau cuba memujuk saya mengikuti majlis berkenaan," jelas Abdul Rani.

Beliau bagaimanapun menolak tawaran tersebut dengan alasan akan meneruskan perjuangan bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Berlandaskan prinsip perjuangan, saya tidak mahu mengkhianati parti. Lebih dari itu, Cabang Tanjung Malim mensasarkan kemenangan untuk ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Tanjung Malim," tegasnya.

Kesemua DUN terbabit adalah Behrang, Slim dan Sungkai. Pada Pilihan Raya Umum 2008, DUN Behrang dimenangi Jamaluddin Radzi dari KEADILAN, Sungkai (DAP) dan Slim (BN).

Jamaluddin bagaimanapun bertindak lompat parti dengan menyertai BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.

Beliau kini merupakan Adun Bebas. Tindakan ini dipercayai didalangi Umno BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa di Perak.

SHAHRIZAT LETAK JAWATAN!!! Dulu Mahathir cakap berlapik, sekarang cakap direct


Jangan terlalu sayangkan jawatan, kata Dr M
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti.

mahathir in perdana university event 150212"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini....






KALI INI TUN M CAKAP DIRECT MINTA SHAHRIZAT JALIL MELETAKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA WANITA UMNO/MENTERI KABINET KERANA BELIAU MELIHAT KEHADIRAN KAK IJAT DALAM SAF KEPIMPINAN UMNO/KERAJAAN 1M'SIA PIMPINAN HJ AH JIB GOR SUDAH DIANGGAP SEBAGAI LIABILITI....

PENYUMBANG KEPADA KERUNTUHAN DAN KEJATUHAN UMNO PADA PRU 13 NANTI...

SEDANGKAN HAKIKATNYA ITU HANYA SALAH SATU PENYUMBANG...

PENYUMBANG UTAMANYA IALAH BINI KEDUA NAJIB "DR" HAJJAH ROSMAH, ANAK BERANAK NAJIB DAN JUGA ADIK BERADIKNYA.....


SEBENARNYA SEMUA PARA PEMIMPIN UMNO DARI PERINGKAT CAWANGAN SAMPAILAH KEJAWATAN PRESIDEN SUDAH MENJADI LIABILITI KEPADA NEGARA DAN BUKAN SAJA KEPADA UMNO....


JIKA UMNO KEKAL MEMERINTAH NEGARA TAUBAT LAHOM NEGARA AKAN BANKRAP..OMAK KAU

BN PERAK GAGAL!!! Akan jadi pembangkang selepas PRU 13


MANTAN Menteri Besar yang dirampas kuasanya oleh Umno-BN, mempertegaskan keyakinan beliau bahawa kerajaan negeri Perak, akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat. PAS Perak juga meletakkan sasaran 15 kerusi Dun, berbanding enam yang dimenangi pada PRU 2008. Untuk butiran lanjut, ikuti wawancara ROY RASUL bersama Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Adun Pasir Panjang

WARTAWAN: Bagaimana persediaan yang dilakukan PAS Perak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13?

MOHAMMAD NIZAR: Dari segi kerja-kerja yang asas telah selesai begitu juga pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat.

Berkenaan gerak kerja pun selesai. Semua Majlis Tindakan Dun (MTD) diarahkan dan mereka sedang buat kerja itu sedang dalam pelaksanaan kerja.

Dan dalam masa terdekat ini kita akan tambahkan lagi bahanbahan kempen termasuk krisis negeri Perak hari itu.

Kita juga akan adakan perjumpaan dengan rakyat bersama. Pelbagai program perjumpaan dengan rakyat diadakan. Kita akan pastikan program kita banyak berjumpa dengan rakyat. 15 kerusi daripada 21 kerusi yang akan kita tumpukan dan memberi perhatian. Kita gerakkan 15 kerusi tersebut termasuk enam kerusi yang kita menang dalam pilihan raya lalu.

Apakah isu-isu besar yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat di Perak kembali menawan Perak dalam PRU13?

Sekarang ini isu yang paling besar yang boleh membantu kita ada dua iaitu mengenai pengundi bukan Melayu di mana isunya ialah rampasan kuasa dan tanah.

Isu untuk kumpulan orang kampung pula ialah isu Feedlot dan isu pembahagian wang one off. Itu antara isu yang akan dibawa kepada pengundi.

Isu Menteri Besar Perak, katanya Dato’ Seri Zambry Kadir gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar. Banyak janji Barisan Nasional (BN) tidak tertunai. Apa komen Dato’ Seri?

Yang itu pengundi tidak hairan sangat baik di Felda-Felda atau di kampung. Sebab bagi dia menteri besar yang sah. Jadi apa yang dia buat semua betul. Itu sahajalah.

Namun kami lebih kepada isu pertamanya isu orang kampung khususnya isu penyalahgunaan lembu. Isu Felda pun banyak yang akan kita bangkit.

Bagaimana pula isu dengan orang bandar?

Orang bandar tidak ada masalah mereka sendiri sudah membuka mata.

Bagaimana kerjasama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat di Perak?

Tentang kerjasama kita sudah lama terjalin maka jalinan kerjasama itu sudah termaktub.

Jadi ia berterusan dan diperkukuh dengan perjumpaan di atara semua calon dan pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak ada masalah setakat ini

Sebelum ini ada yang mengatakan orang bukan Melayu khususnya kaum Cina sudah berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat. Jadi apa pandangan Dato’ Seri?

Saya rasa itu tidak betul malah jika kita ambil sepuluh orang Cina bertanya berkenaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sembilan orang daripada mereka akan kata mereka pilih Pakatan Rakyat.

Sejauh mana Dato’ Seri menaruh pengharapan bahawa Pakatan Rakyat akan menerajui Perak?

Berdasar kepada dua kajian yang dibuat oleh Merdeka Center dan Ilham memberikan gambaran yang sama. Manamana kerusi yang ditandingi oleh komponen Barisan Nasional baik Umno mereka akan kalah.

Ini juga bertepatan dengan pilihan raya olok-olok yang dibuat oleh Umno selepas hari raya lalu memberi gambaran agak sama.

Jadi itu menakutkan Barisan Nasional, sehingga mereka menghantar Najib dan kerajaan Perak naik bas ke kampungkampung.

Mereka juga mengadakan perhimpunan kakitangan pegawai kerajaan termasuk guru-guru dan mereka membawa empat menteri Pusat untuk mempengaruhi kakitangan awam termasuk tentera dan sebagainya.

Selepas itu seminggu yang lepas memberi wang kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan sebagainya.

Ini menunjukkan keputusan yang dibuat oleh Merdeka Center dan sebagainya termasuk pilihan raya olok-olok menakutkan dan mengerikan BN. - Sumber TKO oleh BudakJalanan