Friday, February 17, 2012

(VIDEO) TERKINI!! Anwar Ibrahim "Gempur Pekan": Jalan sesak 5 kilometer!





Sekatan jalan raya yang dibuat polis trafik sehingga lima kilometer menghala ke markas PAS di Pekan malam tadi berikutan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengadakan ceramah membuktikan Umno-APCO semakin takut dengan bayang-bayang sendiri.

Anwar sendiri yang terpaksa menggunakan motosikal milik penduduk tempatan untuk sampai ke tapak ceramah, berjaya melepasi sekatan jalan raya sebelum sampai di tempat ceramah, terlewat kira-kira 20 minit seperti yang dijadualkan.

Jurucakap polis Pekan tidak dapat dihubungi bagi meminta komen alasan di sebalik sekatan jalan yang hanya menyusahkan rakyat untuk bergerak di sekitar kawasan tersebut.


Parlimen Pekan adalah kubu kuat Najib Altantuya dan semestinya ada tekanan dari pihak Umno-APCO meminta polis mengadakan sekatan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan luar biasa yang belum pernah terjadi, hatta ketika Najib Altantuya pulang ke kawasannya.

Anwar yang memberi komen balas pengikutnya di Twitter mengatakan bahawa:

@anwaribrahim Jauh naik motor..waduh umno pekan cemas juga! Ha ha @wfauzdin:
Ceramah ds di pekan. Ds tpaksa naik mtor td. Takut betul najib

@anwaribrahim
Pekan:Helah baru sekat ceramah @Nett676 @AhmadFaridAli @neorackle @1Gumbira: kenapa naik moto DS? Road Block?

Dalam ucapannya selepas berjaya mengelak sekatan polis, Anwar bersyukur berjaya juga sampai ke Pekan yang dikatakan kubu kuat Umno-APCO dan Najib Altantuya, malah mengingatkan hadirin yang mencecah 3,000 orang, Najib Altantuya pernah hampir tersungkur di kubu kuatnya sendiri pada pilihanraya umum 1999.


Najib Altantuya yang ketika itu Naib Presiden Umno-APCO hanya menang dengan majoriti 241 undi.

Terdahulu, pada sebelah petangnya, Anwar menggempur kubu kuat Umno-APCO di Lanchang, Temerloh memasuki beberapa tanah rancangan FELDA di Bukit Damar dengan kehadiran yang amat memberangsangkan.

Kejayaan Anwar menggempur kubu kuat Najib Altantuya berjaya mematikan hujah bloggers Umno-APCO yang mencabarnya supaya masuk ke Pekan berceramah!

JALAN PULANG


Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit".

Katanya, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar.

Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam.

Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana.

Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan".

Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976.

KELAB MURTAD!!! Apa tindakan Hasan Ali, jangan hanya berceramah nak pertahan akidah

Dah berapa siri ceramah pertahan akidah yang Hasan Ali turun, tapi orang yang dah tak ada akidah semakin berani.

Rupanya, ceramah Hasan Ali bukan sangat bab pertahan akidah tapi dok belasah dan salahkan PAS.

Masalah akidah tak selesai pun, sebab yang datang dengar ceramah Hasan Ali adalah yang dah ok akidahnya.

Jadi untuk buktikan Hasan Ali pejuang pertahan akidah, dia kena bertindak dengan cara lain yang berkesan bukan dengan berceramah macam sekarang.

Sekarang ada yang murtad dah berani buka facebook, tak kan nak salahkan PAS. Hasan Ali kena berbuat sesuatu bukan hanya berceramah. Admin

Awas!! Ada Kelab Murtad Di Facebook

Biadab.. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.


Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.


Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. ~
myMetro

MAI TENGOK!! Ghani Jiman menyamar jadi ahli PAS pula




Jika anda perhatikan betul-betul gambar yang pertama, manusia yang berbaju kuning cair mengangkat tangan menadah doa dan memakai cermin mata hitam itu nampaknya sama dengan manusia yang menghantar "kek berbentuk tahi" kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lama dulu.

TV3 suku dalam siaran malam ini kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel.


Berita penuh disertakan di bawah.


Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah
Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.

Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya).



Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan.

Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam.


JALAN PULANG


Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri

Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu

SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".


Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.


Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.


Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.



Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘tahi manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi".

“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri


Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula.



Berita dari KLPos.com


Ikhtiraf Israel - Sekumpulan Ahli PAS Pulau Pinang Berdemo Bantah Anwar.


Satu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam,Keramat. Perhimpunan anjuran Sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) itu telah dihadiri kira kira 25 orang.


Mereka berhimpun untuk menyuarakan dan membangkang secara berhemah tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang mengiktiraf dan menyokong Israel.Sebagai umat islam,ini sama sekali tidak boleh diterima.


Menurut mereka yang berhimpun,Anwar Ibrahim seolah olah telah membuka pekung di dadanya sendiri dengan mencemarkan nama baik agama islam di mata dunia.Sewaktu perhimpunan ini berlangsung,mereka juga turut mengulas sekiranya BN kalah pada PRU-13 ini,Pihak Israel akan turut menjajah Malaysia.


Nota:


Lihat, berita dimuatkan tanpa siapa yang menjadi ketua atau yang membuat kenyataan, bukti TV3 dan media pengecut tak mahu mendedahkan siapa dalang di sebalik himpunan ini!!

UMNO KHIANAT!!! Dapat tanah anugerah , jual kepada syarikat bukan bumiputera

TANJUNG KARANG, 17 FEB: Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual oleh Umno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan.

Tanah tersebut dikatakan telah 'dianugerahkan' oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan 'untung atas angin'.

Tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri terbabit.

Demikian menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Hj Misran Serman ( gambar) ketika ditemubual TVS hari ini.

"Asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik, dianugerahkan kepada Umno dan Umno pula jual pada syarikat bukan bumiputra.

"Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu," kata Misran.

Beliau turut menyerahkan dokumen yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada TVS bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Semakan TVS terhadap dokumen-dokumen terbabit menunjukkan tanah yang bernombor lot PT115 dan terletak di Bandar Tanjung Karang itu kini dimiliki dua buah syarikat seperti yang didakwa oleh Misran sebelumnya.

Hasil carian terhadap dokumen SSM pula mendapati pengarah-pengarah Syarikat Bumi Utama Building Sdn Bhd ialah Datin Chia Mee Sim, Lau Chuan Mei dan setiausahanya Gangngadeve a/p Narsaiah.

Manakala Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Kifli Abu Samah pula merupakan pemegang 60 peratus syer syarikat terbabit.

Individu bernama Hamyzar Toha yang tidak diketahui indentitinya pula memegang sebanyak 40 peratus kepentingan syarikat terbabit.

Sementara itu, hasil carian yang sama terhadap Bayacorp Sdn Bhd pula mendapati tiga individu yang dilantik sebagai pengarah syarikat itu juga merupakan individu yang sama dalam syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd.

Misran yang juga merupakan anggota Ahli Majlis Tanjong Karang juga memberitahu satu permohonan untuk membina sebuah hotel telah dibuat di atas tanah tersebut.

"Selepas itu pihak terbabit ada membuat permohonan untuk membina sebuah hotel di tapak tanah itu, tetapi saya sebagai ahli majlis telah membuat bantahan dan permohonan itu tidak mendapat kelulusan majlis.

"Tak tahulah kalau mereka cuba buat rayuan kepada Menteri Besar pula selepas itu," kata beliau lagi.

TANAH BAYAN MUTIARA!!! Pemimpin UMNO hanya tahu fitnah tidak bertangunggjawab

Pemimpin UMNO telah menjalankan kempen fitnah secara sistematik terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara pada tahun 2010 yang dijalankan secara tender terbuka dengan harga RM240 kaki persegi atau harga penjualan keseluruhan berjumlah RM1.07bilion.

Di antara penipuan yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang Zainal Abidin Osman dan ahli parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan ialah dengan mengatakan bahawa tiada tender terbuka; harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.


Apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebus guna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010, satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan.

Harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyakRM65 kaki persegi.

Apabila tender terbuka yang dijalankan ditutup pada 31 Disember 2010, keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion.

Saya kecewa apabila harga anggaran penilaian sebanyak RM65 kaki persegi yang disediakan oleh Jabatan Penilaian Harga yang dikeluarkan Kementerian Kewangan tidak dilaporkan oleh media Inggeris dan Melayu.

Sehingga sekarang, UMNO dan Abdul Rahman masih tidak menyahut cabaran saya untuk membeli 102.3 ekar tanah dengan harga RM420 jika itu adalah harga pasaran yang dituntut oleh UMNO.

UMNO perlu masukkan duit ke dalam mulut mereka dengan membayar RM420 kaki persegi. Sekiranya UMNO atau kroni-kroni mereka membeli pada harga RM420 kaki persegi, Kerajaan Negeri boleh mendapat tambahan RM800 juta atau RM1.87bilion berbanding RM1.07 bilion untuk RM240 kaki persegi.


Tuduhan UMNO bahawa penjualan tidak dilakukan secara tender terbuka, saya bersedia untuk berundur daripada area politik sekiranya UMNO dapat membuktikan sedemikian. Fakta adalah fakta di mana ia tidak boleh diubah dengan pembohongan.

Tender terbuka tanah Bayan Mutiara telah diiklankan di dalam akhbar pada tahun 2010. Jika Zainal Abidin Osman dan Abdul Rahman gagal membuktikan bahawa tiada tender terbuka dijalankan, adakah mereka berani menerima cabaran saya untuk berundur dari arena politik?

Dua pemimpin UMNO harus menerima cabaran ini untuk membuktikan bahawa tiada kempen fitnah secara sistematik untuk melemahkan dan sabotaj dasar tender terbuka Kerajaan Negeri dan program perumahan mampu milik.


Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik: Surat sokongan dari arkitek terkemuka Raja Dato Kamarul Baharin Ahmad Shah


RM500 juta yang diperolehi daripada keuntungan penjualan tanah Bayan Mutiara digunakan untuk perumahan mampu milik di tanah besar dan pulau. Projek pertama di Batu Kawanyang terdiri daripada 12,000 unit di atas tanah 200 ekar yang akan dibina dalam tempoh 10 tahun.


Untuk memastikan bahawa perumahan mampu milik yang berkualiti dapat dibekalkan kepada golongan miskin, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melantik yang paling baik dan bukannya meniru yang paling baik. Atas sebab itulah, HDB Singapura yang diakui umum dapat membekalkan rumah mampu milik di Asia, kalau bukan di seluruh dunia telah dipilih.


HDB Singapura telah dipilih berikutan kepakaran dalam reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan pengurusan. HDB Singapura tidak terlibat dalam bangunan atau pembinaan. Tender untuk bangunan dan pembinaan akan dijalankan pada akhir tahun ini.

Atas sebab itu, Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan UMNO yang cuba memainkan isu perkauman dalam perkara ini dengan menyoal mengapa rakyat tempatan tidak boleh melakukan kerja tersebut sebaliknya kita memilih Singapura.


Memainkan sentimen anti-Singapura adalah bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double-standards kerana apabila Singapura datang ke Iskandar, Johor tiada masalah tetapi tidak di Pulau Pinang. Taktik ekstremis sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia.


Sudah sampai masanya golongan miskin tidak hidup di dalam kotak tetapi dengan bermaruah. Setiap rakyat Pulau Pinang seharusnya tinggal di dalam rumah dan bukannya di dalam kotak. Setiap rakyat Pulau Pinang termasuk golongan miskin berhak untuk mendapatkan rumah impian mereka. Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk berkongsi impian rumah kediaman dengan mereka.


Kami gembira mendapat sokongan daripada salah seorang arkitek terkemuka di Malaysia, Raja Dato Kamarul Bahrin Ahmad Shah. Raja Dato Kamarul dalam surat sokongankepada saya yang telah diterima semalam menyokong dan bersetuju dengankeputusan Pulau Pinang melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding kerana mereka mempunyai trek rekod yang terbaik dalam pembinaan rumah mampu milik Kualiti dan Penyampaian adalah penting untuk perumahan mampu milik.


*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

SAMA NAIK!!! Benarkah isteri Muhyiddin belanja sakan di KLCC?

http://fotowaejo.files.wordpress.com/2009/07/rosmah-balik-umrah.jpg?w=468Jika sebelum ini rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan berita-berita berkaitan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang dianggap suka bebelanja mewah dan membeli-belah secara berlebih-lebihan sebagaimana yang sudah banyak didedahkan sebelum ini, kini nampaknya isteri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Norainee Abdul Rahman pun turut terpalit sama dengan gejala itu.

Sudah mula kedengaran cakap-cakap dan perbualan di kalangan rakyat bahawa isteri Muhyiddin yang sering bergaya anggun dan bertudug itu pun kelihatan gagal mengawal dirinya sejak akhir-akhir ini.

Dikhabarkan baru-baru ini beliau telah mengunjungi dan membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC. Tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang isteri TPM yang sering muncul di khalayak ramai sama ada secara sendirian atau menemani suaminya untuk sesekali membeli belah di butik-butik mewah tetapi yang menjadi persoalan ialah bilamana beliau telah membeli sebanyak 18 pasang kasut di butik itu.

Kalau pun beliau begitu kerap muncul di khalayak ramai dan ingin kelihatan tampil berbeza serta bergaya, pembelian sebanyak 18 pasang kasut sekaligus tentulah agak tidak munasabah. Tidak bolehkah dibeli hanya tiga atau empat pasang saja? Atau tidak bolehkah ditunggu sehingga selepas pilihanraya dan selepas BN menang cemerlang dulu?

Diberitakan juga bahawa selain "memborong" sebanyak 18 pasang kasut, isteri TPM itu juga membeli beberapa beg tangan yang turut mencecah puluhan ribu ringgit jumlah keseluruhannya.

Jika benarlah perkhabaran yang kini mula dibualkan secara meluas ini, ia adalah episod malang bagi UMNO, BN dan rakyat Malaysia kerana dalam suasana negara menghadapi piliharaya dan negara pula berhadapan dengan pelbagai macam masalah serta skandal, kita terus juga dihidangkan dengan cerita-cerita pembaziran dan pemborosan begini.

Rakyat pada umumnya sudah muak dengan berita-berita sebegini dan ia pastinya sedikit-sebanyak makin menghakis kepercayaan rakyat kepada UMNO, BN, kerajaan yang sedang memerinrah sekarang ini.

Dalam suasana kesedaran rakyat makin tinggi sekarang ini, apa saja perilaku pemimpin dan keluarga mereka sering menjadi perhatian dan jika keterlaluan, pastinya bahana besar sedang menunggu.


Sebelum ini beberapa siri kemewahan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang banyak didedahkan media dalam dan luar negara, pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan pemimpin termausk isu lembu NFC, sudah cukup meletakkan UMNO, BN dan kerajaan terperosok dan begitu hodoh di mata rakyat.

Dan perkhabaran mengenai isteri Muhyiddin ini hanya menambahkan lagi titik hitam pada wajah politik negara.

Sebelum ini, di pelbagai negara seperti Filipina, Mesir dan Tunisa, perbuatan isteri pemimpin yang bergaya mewah, membazir dan bernampilan berlebih-lebihan sudah banyak dicatatkan dan menjadi antara sebab kepada penolakan rakyat terhadap sesebuah kerajaan itu dan akhirnya ditolak jatuh oleh rakyat.

Apa-apa pun, sebelum lebih banyak berita-berita lain didedahkan, adalah penting untuk Muhyiddin membuat penjelasan mengenai perkara ini kerana sebelum ini penglibatan anak dan menantunya dalam pelbagai perniagaan yang berkaitan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri serta dakwaan seorang setiausaha di kementeriannya menerima sogokan, turut didedahkan kepada umum dan menjadi perbualan ramai. (SH 16/02/2012) - http://shahbudindotcom.blogspot.com

NASIB ZAMBRY!!! Najib mungkin pilih Zahid atau Hamzah Zainuddin

Oleh Shahbudin Husin

http://nose4news.files.wordpress.com/2009/02/zambry.jpg?w=281&h=300Dalam tempoh beberapa bulan lalu Najib sudah melakukan dua kali lawatan politik ke Perak. 18 Februari, Najib sekali lagi melakukan lawatan ke Perak.

Kekerapan beliau melawat Perak adalah menandakan pilihanraya umum sudah semakin hampir dan juga untuk memastikan BN dapat terus berkuasa di negeri "Kejor Yob Kejor" itu.

Dalam pilihanraya 2008, BN Perak yang ketika itu dipimpin oeh Tajol Rosli telah tumbang di Perak. Bagamaimanapun dengan tiga orang ADUN Pakatan Rakyat melompat parti kemudiannya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang ketika itu dipimpin oleh Nizar Jamaluddin akhirnya tumbang. Dr Zambry kemudian mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak.

Berdasarkan senario itu, politik Perak memang panas. BN yang memperolehi kuasa melalui "pintu belakang" dan "kuasa mahkamah", kali ini mahu membuktikan bahawa rakyat Perak akan terus menyokong mereka.

Bagi PR pula, yang merasakan kuasa pemerintahan mereka telah "dirompak" secara tidak sah, turut mahu membuktikan gabungan Pas, DAP dan PKR benar-benar diterima rakyat Perak dalam pilihanraya kali ini. Azam PR bukan setakat untuk menang, tetapi dengan jumlah majoriti kerusi DUN yang lebih besar lagi.

Sebagaimana sibuknya Najib dan diikuti Muhyiddin juga kerap melawat Perak untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN Perak, PR juga turut sibuk dengan pelbagai program untuk menawan kembali negeri itu. Malahan kali ini, Pas Perak mensasarkan untuk menang di 15 kerusi DUN di Perak.

Kekerapan Najib melawat Perak, tidak dapat tidak, adalah untuk melihat sendiri persiapan jentera pilihanraya negeri dan sejauh mana arus sokongan rakyat benar-benar mantap serta meyakinkan.

Sehingga ini, senario semasa dan keyakinan kedua-dua belah pihak adalah agak seimbang dengan kedua-dua pihak sama ada BN mahu pun PR, masing-masing mempunyai keyakinan untuk menawan negeri itu. Kekuatan BN Perak banyak terletak pada sokongan Melayu luar bandar manakala PR banyak ditentukan oleh kemantapan sokongan bukan Melayu serta undi Melayu yang berpecah.

Tetapi dengan beberapa isu semasa yang berlaku dalam negara seperti isu lembu NFC, ia mungkin menjejaskan sedikit sokongan kelompok Melayu kepada BN terutama golongan muda dan mereka yang terdedah dengan maklumat internet.

Dengan lawatan Najib ke Perak esok, antaranya bertemu dengan masyarakat Felcra di Pasir Salak, mungkin disertai dengan pemberian beberapa "gula-gula" lagi ia tidak lain ialah untuk memantapkan sokongan orang-orang Melayu Perak kepada UMNO dan BN.

Apa yang menarik juga dalam politik Perak, di sebalik kekerapan Najib turun ke negeri itu dan detik PRU 13 yang makin hampir ialah isu pengganti Dr Zambry sebagai Menteri Besar semakin kuat kedengaran dan diperkatakan di mana-mana. Najib dikatakan mahu meletakkan orang lain sebagai Menteri Besar jika BN kekal berkuasa di Perak.

Meskipun Zambry dilihat tidak menimbulkan apa-apa masalah serta tiada isu kontroversi besar yang melibatkan diri, keluarga dan kepimpinannya tetapi masalah yang dihadapinya ialah beliau agak kurang disenangi oleh orang-orang lama dalam UMNO Perak.

Orang-orang lama ini sama ada masih menduduki kerusi ADUN, Ketua Bahagian atau ahli perniagaan saja, merasakan banyak pandangan dan idea mereka tidak diterima pakai oleh kepimpinan Zambry yang nampaknya suka kepada idea-idea baru lagi kontemporari serta berdasarkan kajian dan penyelidikan ilmiah.

Pendekatan politik yang berasaskan idea-idea baru itu dipraktikkan bersesuaian dengan latar belakangnya kerana sebelum menjadi Menteri Besar, Zambry pernah menjadi Ketua Eksekutif INMIND, sebuah badan pemikir untuk Dr Khir Toyo dan Pengarah CELDES, juga badan pemikir untuk Muhyiddin Yassin.

Maka tidak hairan, bila menjadi Menteri Besar, beliau cuba melaksanakan beberapa idea dan pendekatan baru yang dirasakan sesuai dalam kepimpinannya.

Ada kedengaran juga cakap-cakap bahawa stail kepimpinan Zambry yang terlalu menonjol mirip Dr Khir Toyo itu tidak akan mampu menjanjikan kejayaan yang berpanjangan kepada UMNO dan BN Perak. Maka, pilihan yang logik ialah mesti didatangkan seorang calon Menteri Besar baru yang agak sederhana dan boleh diterima oleh semua pihak.

Selain tekanan daripada orang-orang lama, Najib sendiri memerlukan orang yang benar-benar dipercayainya dalam politik Perak. Zambry bukanlah orang Najib serta tidak pernah mempunyai hubungan politik yang intim dengannya sebelum ini dan beliau dipilih menjadi Menteri Besar oleh Tun Abdullah Badawi.

Dalam sejarah politiknya, beliau lebih mempunyai hubungan yang rapat dengan Muhyiddin dan pernah mengetuai CELDES, sebuah badan pemikir untuk Muhyiddin ketika beliau menjadi Naib Presiden UMNO.

Orang yang menjadi kepercayaan Najib di Perak ialah Zahid Hamidi, Nazri Aziz dan Husni Hanazdlah dan ketiga-tiganya menjadi menteri di peringkat pusat sekarang ini. Dengan Nazri Aziz yang lebih sesuai berfungsi di Pusat, pilihan Najib untuk menggantikan Zambry ialah Zahid Hamidi dan Husni Hanazdlah.

Namun kebelakangan ini nama Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi turut muncul sebagai antara calon yang bakal menggantikan Zambry di Perak.

Kekerapan Najib turun ke Perak adalah bersifat serampang dua mata sebenarnya, untuk memastikan BN menang dan meninjau-ninjau calon yang sesuai menggantikan Zambry di Perak.

Berdasarkan pendapat semasa dan sumber yang rapat dengan kalangan UMNO Perak, kemungkinan besar calon yang menggantikan Zambry ialah antara Zahid Hamidi dan Hamzah Zainuddin. Bagi Husni pula, Najib dikatakan amat memerlukan dan selesa dengan peranannya di Kementerian Kewangan.

Berdasarkan realiti politik, Najib memang tidak ada pilihan selain menggantikan Zambry dengan orang yang benar-benar dipercayainya. Kebimbangan utama Najib ialah bilamana BN tidak memperolehi majoriti yang selesa selepas pilihanraya nanti yang memungkinkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO akan dicabar dalam pemilihan UMNO selepas itu.

Dengan Perak mempunyai 25 bahagian UMNO serta menyumbang jumlah undi yang banyak dalam menentukan hidup mati sebagai Prediden UMNO, maka kawalan terhadap UMNO Perak amat-amat diperlukan.

Mengekalkan Zambry terus kekal di Perak amat merbahaya bagi Najib, lebih-lebih lagi jika selepas pilihanraya nanti timbul desakan agar Muhyiddin mengambil alih kepimpinan UMNO berdasarkan prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU 13.

Jika pilihan yang ada hanya antara Zahid Hamidi dan Hamzah Zainuddin, besar kemungkinan Najib akan meletakkan Zahid sebagai penggantinya Zambry.

Selain bekas Setiausaha Politiknya itu agak lebih dipercayai oleh Najib berbanding Hamzah yang semasa Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO, beliau lebih rapat dengan Annuar Musa, Zahid juga akan lebih mudah diterima oleh semua kelompok dalam UMNO Perak. Golongan lama, generasi muda dan rakyat Perak keseluruhannya lebih mudah menerima Zahid kerana PR dan budi bahasanya yang baik dengan semua orang.

Dengan meletakkan Zahid Hamidi sebagai Menteri Besar Perak, Najib bukan sahaja dapat memastikan masa depan politiknya lebih terjamin jika beliau dicabar, tetapi juga berupaya menyediakan laluan yang lebih selesa untuk sepupunya, Hishammuddin Tun Hussein mendaki puncak kuasa.

Andainya Zahid menjadi Menteri Besar Perak, masa depan politik Hishammuddin tidak mempunyai saingan lagi di peringkat pusat.

Bagi Zambry pula, meskipun beliau akan dibawa di Pusat seleas pilihanraya ini tetapi tiada jaminan beliau akan diberikan jawatan menteri penuh dalam kabinet Najib Beliau mungkin mengulangi sejarah Ramli Ngah Talib yang hanya dijadikan timbalan menteri apabila dibawa ke Pusat

KUTUKAN BERTERUSAN!!!! Laman Facebook Curtin University gantung komen isu PhD Rosmah!




Selepas beberapa hari serangan berterusan rakyat Malaysia ke atas Curtin University melalui laman Facebooknya, universiti tersebut kini menggantung kesemua komen yang diberikan pembacanya!

Tekanan berterusan ini dipercayai disebabkan oleh penganugerahan ijazah Doktor Falsafah (Persuratan) kepada Rosmah Mansor yang diadakan di kampus universiti tersebut di Perth, Australia.


Komen pembaca yang hampir kesemuanya mengutuk tindakan universiti terbabit menganugerahkan ijazah tersebut mendapat kecaman meluas bukan saja pembaca laman tersebut tetapi juga melibatkan bekas pelajar universiti yang ada mengoyakkan ijazah mereka dan menghantar gambar mereka ke laman Facebook universiti itu.


Mereka memberikan justifikasi bahawa komen negatif yang disiarkan melanggar Akta Hasutan 2006 dan Kod Jenayah Komanwel sebagai alasan seperti berikut:.


Due to continuing infractions of our own terms of use and Facebook's terms and conditions, and the risk of breaching both the Defamation Act 2006 and the Commonwealth Criminal Code, we have unfortunately no choice but to temporarily suspend comments on this wall. If you have any grounds for complaints please direct them to
http://complaints.curtin.edu.au/management/index.cfm

JALAN PULANG



Curtin gantung komen tentang Rosmah di FB




Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya.

"Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook.


Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini.


Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dinding Facebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan.

TERLALU TERDESAK!!! BR1M jadi talian hayat UMNO

http://www.mindaaktif.net/wp-content/uploads/2012/01/semak-BR1M-500.jpgDi tengah tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno.

Umno sekarang dilihat memperjudikan nasib dengan bergantung sepenuhnya kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), wang ihsan dan insentif kepada pesawah. Ia menjadi talian hayat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu, Umno bergantung kepada Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan baucer buku RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

Namun malangnya di Kelantan hanya sekitar 260,000 daripada 600,000 borang permohonan BR1M yang diagih dikembalikan pemohon.

Dan 2 Febuari lalu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.

Malah program penyampaian baucer BR1M menghiasi setiap laman akhbar tempatan seminggu dua ini.

Biarpun program itu disenarai dalam Bajet 2012, namun Umno mengumpannya sebagai program politik untuk menarik simpati rakyat.

Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, ada penduduk yang memohon mendapatkan bantuan dipaksa bersumpah mengundi BN pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Ada rakyat menanyakan bolehkah bersum pah bagi mendapat ban tuan itu, saya beritahu kalau bersumpah pun tidak wajib undi Umno kerana perbuatan itu dianggap lagha (siasia).

“Jadi sumpah tersebut tidak memberi kesan dari segi syarak kerana secara jelas Umno tidak memperjuangkan Islam, malah ia lebih cenderung kepada maksiat,” katanya pada pelancaran program Anak Muda Tolak Umno di Pasar Peringat malam 1 Febuari lalu.

Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama anggota Exco, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh.

Bagaimanapun kata Abdul Latif, kalau boleh elok dielak bersumpah kerana sumpah seperti itu tidak wajib dilaksanakan.

Pada awal 1990-an petani di kalangan penyokong PAS dipaksa mengisi borang keahlian Umno bagi membolehkan mereka mendapat bantuan baja subsidi cap dacing. Malah dalam isu lain, guru-guru yang memohon untuk bertukar dikehendaki mengemukakan nombor keahlian Umno.

Program Anak Muda Tolak Umno dimulakan pada 15 Januari lalu akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Program tersebut mendapat sambutan anakanak muda apabila mereka memenuhi perkarangan Pasar Peringat.

Pada majlis itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyerahkan panji-panji Anak Muda Tolak Umno kepada wakil-wakil Pemuda PAS kawasan. Selepas itu diadakan bacaan ikrar beramai- ramai.

Anak-anak muda datang tanpa menghirau kan hujan yang sekali sekala agak lebat. Sebelum itu ketibaan Menteri Besar diiringi de ngan perarakan motosikal.

Mengulas isu sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno bakal berdepan dengan masalah apabila Kementerian Kewangan bukan lagi diterajui Umno dan BN.

Katanya, mereka tidak mampu lagi berbuat apaapa bagi mengumpan rakyat kerana duit negara sudah di bawah

ELOKLAH TU!!! Akhirnya UMNO meminang Hasan Ali

Oleh Safar Jumaat

http://penyokongpas.files.wordpress.com/2012/02/hasan_ali.jpgTentu ramai di kalangan orang-orang Umno (jangan sebut ahli-ahli Umno kerana Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah hilang kepercayaan kepada ahli Umno) terkejut dengan seruan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan supaya Umno dan BN memberi tempat kepada bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali berceramah.

Apa tidaknya, Ahmad Maslan mungkin menyangkakan ceramah Dr Hasan akan mendapat sambutan luar biasa, setelah Umno dan BN gagal menarik khalayak di dalam setiap ceramah yang mereka anjurkan, kecuali diadakan cabutan bertuah setiap kali ada majlis ceramah anjuran Umno dan BN.

Apakah Umno kini sudah ketiadaan penceramah? Kenapa perlunya Dr Hasan membantu Umno? Atau Ahmad merasakan penceramah Umno tidak mempunyai "bisa" seperti penceramah PAS yang mampu menarik khalayak?

Ini maknanya, Umno dan BN hanya gah di luar dengan pakaian dan lambang 1Malaysia, tetapi ceramah mereka tiada siapa yang mahu mendengarnya. Bayangkan kalau penceramah Umno itu bernama Raof Yusoh yang merupakan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, mungkin yang mendengarnya lebih sedikit dari jumlah kenderaan yang dia miliki.

Kenapa Umno jadi begitu teruk sekarang? Di manakah silapnya hingga Umno teraba-raba mencari penceramah? Kenapa ceramah Umno tidak mampu menarik minat pendengar dan apakah ini membuktikan rakyat sudah tidak percaya kepada kata-kata pemimpin Umno di dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan?

Ramai yang percaya, cadangan Ahmad Maslan itu hanyalah cadangan dia seorang. Mungkin Presiden Umno sendiri tidak bercadang menjemput Dr Hasan memberi ceramah di kawasan Parlimen Pekan, kecuali ada permintaan dari Dr Hasan sendiri.

Maklumlah, Dr Hasan yang mempunyai banyak masa untuk berceramah sekarang, tentunya mahu mendekatkan dirinya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lagipun, setiap ceramahnya, tentulah bakal mendapat liputan yang baik dari akhbar-akhbar pro Umno.

Khabarnya, Ahmad mempelawa Dr Hasan ke kawasan Parlimen Hulu Langat. Kenapa Ahmad memilih Hulu Langat, hanya dia sahaja yang tahu. Sepatutnya dia menyediakan pentas Umno di Pontian, kawasan yang dia sendiri wakili – tetapi tidak begitu.

Ahmad juga kena tahu, salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di Pontian pernah dimenangi calon Bebas dalam tahun 70 an. Ini bererti, Pontian bukanlah kerusi selamat bagi Umno dan BN dalam PRU13, jika pengundi menggunakan kebijaksanaan masing-masing.

Kata Ahmad, seperti dilaporkan media arus perdana pro Umno, Dr Hasan mestilah datang ke majlis ceramah Umno atas tiket NGO. Maknanya, jika ada mana-mana NGO yang datang berceramah atas undangan Umno, NGO tersebut mestilah yang menguntungkan politik Umno.

Umno dan BN kini sudah ketandusan penceramah. Suatu ketika dahulu Umno ada penceramah seperti Allahyarham Ikhwan Nasir, Ahli Parlimen Pontian. Tetapi, kini Umno terpaksa menggunakan khidmat bekas-bekas pemimpin pembangkang kerana Umno tidak mampu melahirkan penceramah yang boleh diterima pengundi dan rakyat.

Itulah sebabnya, Umno kini terpaksa mendapatkan khidmat Zahid Mohamad Arip, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berceramah. Dalam masa yang sama, Umno juga mendapatkan khidmat Senator Mohd Ezam Md Nor, bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, kedua-dua bekas anak didik Anwar ini mampu menyerang Anwar di pentas ceramah dan tidak ada sesiapa dalam Umno yang boleh mengatasi kebolehan kedua-dua penceramah ini di dalam memalukan Anwar. Ceramah di pentas Umno kini adalah ceramah lucah dan penuh dengan cerita liwat dan video seks. Tidak sah ceramah Umno jika tidak menyentuh isu ini.

Malangnya, kehadiran mereka yang ingin mendengar ceramah dari mereka ini, cukup menyedihkan. Berbeza dengan PAS, DAP dan KeADIlan, setiap ceramah mereka, jika tiada sekatan polis, ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan sekitar. Ini yang menyebabkan Umno dan BN pening memikirkannya.

Seorang bekas wakil rakyat BN memberitahu, mereka yang memegang jawatan dalam Umno di peringkat bahagian bimbang jika ada mana-mana pihak, termasuk dari kalangan bekas wakil rakyat yang ingin memberi ceramah.

Mereka takut, bekas wakil rakyat itu mampu menarik sokongan kepada mereka dan mengecilkan peluang pemegang jawatan untuk bertanding semula dalam PRU13. Maka, lebih baik mereka tidak membenarkan sesiapa datang membantu mereka khususnya dari kalangan bekas wakil rakyat yang boleh berceramah.

Ahmad Maslan sendiri tidak dapat jemputan dari semua bahagian. Ini kerana ceramah Ahmad Maslan sendiri mengambil masa yang panjang untuk menceritakan siapa dirinya sebelum mahu menyampaikan ceramah dasar-dasar perjuangan parti dan kerajaan.

Khabarnya, Ahmad juga sering memastikan kehadiran wartawan untuk membuat liputan sebelum hadir ke satu-satu majlis kerana publisiti dirinya cukup penting ketika dia berceramah. Dalam era kepimpinan Najib menerajui Umno, Najib dikatakan tersilap memilih Setiausaha Kerja, Ketua Penerangan dan Bendahari. Mereka ini hanya menjaga kepentingan politik sendiri dan tidak pernah menghiraukan keuntungan Umno secara menyeluruh.

Itulah sebabnya, Ahmad Maslan terpaksa mengumumkan Umno bersedia dan perlu menyediakan pentas buat Dr Hasan. Bayangkan kalau Dr Hasan tidak dipecat dari Umno, siapakah yang mampu mengisi ruang kosong penceramah Umno tersebut?

Setakat ini, tidak pula kedengaran Umno mahu memberi laluan kepada bekas Naib Presiden PAS, Dato' Nakahie Ahmad berceramah, walaupun Nakahie pernah dilantik menjadi Penolong Ketua Penerangan Umno Malaysia, dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Umno juga belum kedengaran mahu menyediakan tempat buat Dr Chandra Muzafar. Kenapa Umno memilih Dr Hasan, hanya Ahmad Maslan sahaja yang tahu tetapi rata-rata membayangkan Umno memang mengharapkan Dr Hasan menyertai Umno selepas dipecat dari PAS.

Apakah ada usaha Umno menyokong Dr Hasan bertanding di Parlimen Hulu Langat atau salah satu kerusi Dun di kawasan Hulu Langat? Semua ini perlu diperhatikan dengan teliti tetapi orang Umno Hulu Langat tidak mungkin begitu mudah melepaskan kerusi Parlimen atau Dun hanya kerana memenuhi keinginan Ahmad Maslan, dan memenangkan Dr Hasan yang mereka anggap tidak pernah menyumbang kepada Umno selama ini.

PAS perlu berbangga dengan apa yang berlaku ini, kerana pemimpin-pemimpin PAS rupa-rupanya sentiasa menjadi rebutan Umno. Agaknya, Umno memang sentiasa mengharapkan PAS berkrisis kerana setiap kali PAS berkrisisi, Umno secara tidak langsung mendapat keuntungan politik.