Sunday, February 19, 2012

ZAMBRY CAKAP BESAQ!!!! "Itu baru hantar Soi Lek, belum hantar Timbalan Perdana Menteri"

Zambry cakap besaq , konon pemimpin BN hebat berdebat.

"Itu baru hantar Soi Lek, belum hantar Timbalan Perdana Menteri"-Kata Zambry

Kenapa Zambry tak kata " belum hantar Perdana Menteri" , sebab kalau kata begitu, macam perli Najib. Najib mana berani berdebat, sampai sekarang kecut belakang Ro$mah bila Anwar cabar berdebat.

Wahai Zambry, Pakatan Rakyat bersedia bila-bila masa berdebat, panggil la Muhyiddin jika hebat sangat.....

Wahai Zambry , diulangi bila-bila masa jika Muhyiddin . Jangan cakap ja lebih...

KUALA KANGSAR 19 Feb. - UMNO Perak sudah bersedia untuk menyahut 'paluan perang' Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun dalam masa terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, semua pucuk pimpinan serta ahli UMNO negeri itu kini begitu bersemangat untuk menghadapi pembangkang yang mendakwa lebih kuat daripada Barisan Nasional (BN) di Perak.

"Jumlah kehadiran perwakilan hari ini satu mesej penting yang kita hendak sampaikan kepada pucuk pimpinan bahawa UMNO Perak sudah bersedia untuk bersama-sama dengan mereka di lapangan pada PRU-13 nanti.

"Panggillah bila-bila masa, umumlah bila-bila masa. Insya-Allah, jentera UMNO akan bertukar kepada pasukan tentera pilihan raya BN.

"Adakah anda bersedia untuk menyahut paluan perang pilihan raya atau tidak?," soal Zambry beberapa kali dan disahut dengan laungan ''kami bersedia'' oleh lebih 4,000 perwakilan dari 1,667 cawangan yang hadir pada Konvensyen UMNO Perak 2012 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Majlis penutup konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Zambry menyifatkan perdebatan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam, ibarat langit dan bumi.

"Ketika mana orang membandingkan BN ini tidak ada harga dan ketika sekelian rakyat di sebelah sana kata BN tidak mampu berdebat, nah! satu pukulan hebat daripada BN kepada DAP bahawa BN lebih hebat berdebat. Itu baru hantar Soi Lek, belum hantar Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Pada majlis tersebut, Zambry turut mengetuai semua perwakilan melafazkan baiah yang antara lain meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan sendiri, menyokong siapa sahaja calon yang dipilih dan berjanji taat setia serta memberikan sepenuh kepercayaan kepada parti.

TAKUT HILANG SOKONGAN!!! Cermin kereta Anwar dipecahkan Samseng UMNO di kawasan parlimen Menteri Dalam Negeri



Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.


Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.

Perangai samseng Umno menjadi-jadi


Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat.

Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.

Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta 'dipecahkan sendiri'.


"Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui Twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.


Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

JALAN PULANG

UMNO NAK BUKTI APA LAGI?!!! Tunjuk gambar tak percaya, ni video dua kapal Israel di Port Klang


PENDEDAHAN tempoh hari di MiLo SuaM, berhubung kehadiran dua buah kapal milik kerajaan Israel di Westport, Pelabuhan Klang mengundang keraguan pembaca rujuk sini [Kapal Israel].

Ramai yang menghantar email mengatakan mereka ragu dengan pendedahan tersebut yang begitu samar memandangkan hanya dua keping gambar yang didedahkan sebagai bukti kehadiran kapal-kapal Israel tersebut.

Ramai yang ragu bahawa benarkah gambar kapal-kapal tersebut diambil di Pelabuhan Klang?

Bagi mereka yang bekerja atau sekurang-kurangnya pernah ke Westport, Pelabuhan Klang, sudah tentu sedia maklum keadaan sekitar pelabuhan tersebut dan boleh mengesahkan di mana gambar itu diambil. Namun mungkin tidak bagi yang lain.

Kali ini ReJaM© tampilkan bukti video bagi menghilangkan segala keraguan anda. Pada 16 Feb 2012 yang lalu, Jingga 13 telah meninjau dan mengesahkan sendiri kehadiran 2 buah kapal Israel, ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang.

Secara kasarnya, dari percakapan berbahasa Melayu yang terakam dalam video di atas sudah cukup membuktikan bahawa video rakaman kapal Israel tersebut diambil di Malaysia.

Namun untuk mengukuhkan lagi bukti ini, sila lihat pada minit ke 1:08. Sebuah lori yang kebetulan lalu di hadapan kamera terpapar logo Westport, Malaysia. Jika anda rajin ada beberapa lagi logo Westport yang boleh ditemui dalam video di atas.




Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media propaganda United Malays No Otak, Umno menyerang Anwar Ibrahim kononnya beliau menyokong Israel, sepatah kenyataan beliau diputar belitkan siang dan malam.

Namun hakikatnya, ini semua sekadar sandiwara untuk menutup hubungan dagang mereka dengan Israel. Depan rakyat mereka berlagak jadi hero Palestin, berlagak anti Israel untuk meraih undi Melayu, tapi di belakang? Ptuih!

Mengata orang jahat supaya orang nampak dia baik. Mengata Anwar sokong Israel supaya rakyat melihat mereka pejuang Palestin, anti Israel. Walhal merekalah kawan baik Israel! Ptuih!

ReJaM© "Muncung berkokok ekor bergelumang taik! Ptuih! "


CARA KAK TUNDA!!! Tiada bezanya dengan cara blogger UMNO

kak tunda mca jessie ooi 2Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.


"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.


"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.



kak tunda satirical pix
Harian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.


Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).

KESIMPULAN DEBAT CSL VS LGE!!! CSL zahirkan MCA anti Islam, LGE buktikan DAP hormati Islam

Perdebatan diantara Lim Guan Eng (LGE) dan Chua Soi Lek (CSL)semalam menampakkan sikap serta pandangan MCA dan Presidennya yang ‘flip-flop’.

Pandangan Soi Lek jelas menunjukkan lidah bercabang-cabang diantara parti terbesar dalam BN, UMNO dan MCA.

Saya tidak tahu mengapa CSL memberanikan diri untuk berdebat dengan topik sistem dua parti atau sistem dua bangsa dengan Setiausaha Agong DAP itu.

Dari awal lagi saya telah menelah yang MCA akan gagal untuk meyakinkan orang ramai yang parti itu adalah sebuah parti yang hampir hilang seluruh kerdibilitinya dimata rakyat ramai.


Kita boleh mempelajari beberapa perkara dalam perbahasan ini. Pertamanya ia menunjukkan yang MCA lah yang anti Islam dengan menjadikan perhubungan baik di antara PAS dan DAP sebagai isu besar dalam perdebatan itu.

Bagi MCA, PAS itu adalah parti Islam dan kerjasama DAP dengan PAS itu hanya akan menjadikan DAP sebagai keldai politik PAS untuk kepentingan PAS dan Islamnya.


Dengan kenyataan CSL itu maka hilanglah isu DAP anti Melayu dan Islam itu kerana MCA menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bagi MCA ia mahukan DAP menolak PAS kerana PAS adalah parti Islam yang didominasi oleh orang Melayu Islam.

MCA tidak selesa melihat kerjasama DAP dengan parti Islam ini dan ia menunjukkan yang anti Melayu dan anti Islam itu adalah MCA. MCA masih tidak menyedari yang isu rasis dan agama ini adalah isu yang tidak lagi laku kepada generasi sekarang ini.


UMNO pula selalu menyatakan tentang isu ini bertentangan dengan pandangan MCA. Oleh kerana permainan politik yang dianggap tidak bijak UMNO sebaliknya menuduh PAS diperguna oleh DAP pula.

Ini menunjukkan yang parti-parti komponen dalam BN masih mahukan cara mengekalkan kuasa dengan memecah belahkan kerjasama yang terjalin diantara parti-parti dalam pakatan itu.


CSL menggunakan isu kerajaan Perak yang diketuai oleh seorang pemimpin PAS (Nizar) walaupun DAP telah memenangi 18 kerusi dalam pilihanraya yang lalu, sedangkan PAS dan PKR hanya memenangi 13 kerusi.

CSL telah cuba membuktikan tuduhan beliau yang DAP diperguna oleh PAS sehinggakan calon PAS telah menjadi Menteri Besar Perak sedangkan majoriti kemenagan itu adalah dari pihak DAP.

CSL lupa yang UMNO mempunyai majoriti kerusi di Pulau Pinang semasa BN mentadbir negeri itu sedangkan Ketua Menterinya di wakili oleh parti Gerakan.


Dalam kes di Perak CSL mesti faham yang jawatan Menteri Besar mesti seorang Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang tubuh negeri itu maka itulah sebabnya Nizar Jamaludin telah dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu sehinggalah BN melakukan rampasan kuasa mengikut pintu belakang dua tahun dahulu.


Dalam kes di Perak itu ia dapat membuktikan yang DAP menjunjung perlembagaan negara dan negeri dan sanggup merelakan seorang Melayu menjadi Menteri Besar walau pun parti itu memenangi kerusi yang lebih dari parti-parti lain dalam komponen PR itu.

Oleh kerana itu UMNO, BN dan orang Melayu keseluruhannya tidak ada sebab untuk merasa sangsi untuk memberikan sokongan kepada DAP dari sekarang ini.


Sesungguhnya tuduhan MCA dan UMNO terhadap DAP yang bersalah-salahan itu hanya menunjukkan ketakutan MCA terhadap sokongan rakyat berbilang kaum terhadap DAP sekarang ini.

Dengan kata-kata CSL semalam ia membuktikan yang MCA sudah terasa ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya kaum Cina kepada parti itu walaupun CSL memainkan isu rasis yang begitu menebal dalam perbahasan itu.

BN tidak dapat memberikan pendapat dan pandangan yang sama terhadap DAP; UMNO menuduh DAP rasis dengan mengatakan parti itu memperkudakan PAS dan sebaliknya MCA pula menuduh DAP diperkudakan oleh PAS.


Parti-parti dalam BN begitu gelisah dengan sikap parti-parti dalam PR mampu untuk bertoleransi diantara satu dengan lain didalam gabungannya.

Kesemua parti dalam PR adalah parti ‘multiracial’ yang menjadi cara yang terbaik untuk negara dalam zaman sekarang ini. MCA dan UMNO amat resah jika politik rasis ditolak rakyat kerana dengan penolakkan isu-isu rasis ini ia akan menghilangkan ‘confort zone’ BN yang selama ini kekal di atas isu perkauman yang menebal. Lagi berpecah rakyat dengan isu perkauman lagi mudah untuk BN mengekalkan kuasa.


Rakyat sudah mula merasakan nikmat hidup bertoleransi diantara rakyat yang berbilang kaum dan agama. Rakyat tidak mahu lagi diperkotak katikkan oleh politik yang berbau perkauman kerana mereka sedar yang akan menerima kebahgiaan atau celaka didalam hidup adalah mereka sendiri (rakyat) bukannya pemimpin-pemimpin yang sudah kaya raya seperti Qarun di zaman Firaun dahulu.


Jika kita dengar pandangan sempit dan chauvinis MCA ini kita akan kerugian terus terusan. Sikap bermuka-muka MCA sangat jelas kerana suatu masa yang tidak berapa lama dahulu MCA telah mengingatkan PAS yang DAP menentang hukum hudud dan PAS perlu berwaspada terhadap DAP.

Tetapi semalam MCA telah menakutkan orang Cina supaya tidak menyokong DAP kerana PAS akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Kedah.

Entah mana satu sikap sebenar MCA dan CSL. Sekejap begini sekejap begitu. Mungkin kita patut meminta CSL membuka mulutnya lebar-lebar bagi kita melihat apakah jenis lidah yang ada didalam mulutnya itu dan berapa cabang lidahnya.


Bagi DAP, parti ini sedang mendapat sokongan semua pihak setelah puluhan tahun bersusah payah berjuang dengan tohmahan dan momokan parti-parti yang berkuasa.

DAP sangat ditakuti oleh banyak pihak kerana parti itu sedang menjadi parti yang sedang meningkat kepopularitinya di kalangan semua pihak. Adalah amat tidak bermoral bagi mana-mana pihak yang menganggap DAP sebagai chauvinis kerana yang chauvinis sebenarnya ialah BN; UMNO dengan chauvinis Melayunya dan MCA dengan chauvinis cinanya.


Isu rasis tidak lagi mendapat tempat dihati rakyat yang ramai. MCA tidak akan berjaya untuk melabelkan DAP sebagai parti chauvinis kerana DAP sekarang sudah mula mendapat kepercayaan rakyat berbilang kaum. Dengan kemasukan ramai orang-orang Melayu didalamnya, ia amat menggerunkan MCA dan parti-parti dalam komponen BN.

MCA tidak boleh disertai oleh orang Melayu kerana parti itu hanya untuk orang Cina. Itulah sebabnya MCA sedang berusaha keras untuk mendapat sokongan orang Cina yang rata-rata memberikan sokongan bukan sahaja kepada DAP, tetapi juga kepada PAS.


Jika rakyat menolak isu rasis untuk hidup aman dan damai dinegara kita ini maka semua parti-parti rasis dalam BN akan mati tegak dan tidak menjadi relevan lagi dalam jangka masa yang singkat ini.


Apa yang perlu dilakukan oleh DAP ialah untuk meneruskan pentadbiran kerajaan bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat secara adil dan berjuang habis-habisan untuk mengecilkan atau menghapuskan ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran BN selama ini.


Walaupun ia memakan sedikit masa untuk memberikan bukti tentang ketelusan pantadbiran PR, ia akhirnya akan disedari oleh rakyat jelata, empunya negara yang kita semua cintai ini. Tiada siapa yang bertanggungjawab kepada negara kita selain dari kita rakyat yang ramai ini.

MB CINA DI SELANGOR!!! Najib perlu merayu , sultan mungkin menolak?

Berdasarkan Seksyen 51 perlembagaan negeri Selangor, seorang menteri besar atau ketua menteri mestilah seorang Melayu yang beragama Islam. Jadi, untuk membenarkan seorang bukan Melayu menjadi MB, Perdana Menteri Najib Razak mesti membuat pindaan pada rang undang-undang ini.

Untuk membuat pindaan, UMNO-BN mesti memenangi kerusi majoriti di dalam dewan undangan negeri Selangor. [Sila baca Kebenaran buat Tee Keat: Palsu! Tidak mungkin bukan Melayu menjadi MB]

Jadi, Najib harus meminta dan merayu Sultan untuk membuat pindaan pada rang undang-undang itu, dimana berkemungkinan besar akan ditolak oleh Sultan walaupun dia boleh mengubah keputusannya jika ada sesuatu habuan dibawa ke Istana.

Jika Sultan setuju, kemenangan mudah untuk Najib tapi mari kita lihat apa yang akan berlaku jika Sultan tidak bersetuju dengan rancangan itu.

Sultan mungkin menolak

Ramai yang akan berkata bahawa dibawah pemerintahan Mahathir Mohamad, UMNO mempunyai keupayaan memaksa Agong mahupun Sultan untuk menandatangani pindaan bagi Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Agong tidak perlu risau kerana Malaysia bukanlah miilik baginda. Bagi Sultan pula, baginda tidak akan terlalu mudah untuk dipujuk kerana takut akan kehilangan lebih banyak kedaulatan ke atas negerinya apabila sedar bahawa Agong telah diperdaya dan diugut oleh UMNO.

Oleh sebab ini juga kerabat diraja kehilangan imuniti untuk berada diluar bidang kuasa undang-undang, walaupun ini bukanlah sesuatu yang disukai oleh Dr M, namun tetap suatu perkembangan yang baik.

Selain dari itu, untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu, kerana komuniti ini masih lagi menghormati Sultan, pihak raja akan cuba memastikan tempoh mereka akan dipanjangkan lagi dengan memainkan peranan sebagai ‘penjaga’ orang Melayu. Ia bukannya susah untuk memikirkan kenapa Sultan tidak akan bersetuju untuk membuat pindaan pada perlembagaan.

Najib akan memerlukan bantuan dari panglima Umno untuk meyakinkan orang Melayu supaya memberi tekanan pada Sultan untuk memberi persetujuan, akibatnya dia akan dipisahkan dari sebahagian besar daripada khazanah nagara.

Najib mungkin fikir untuk Selangor, ia berbaloi kerana Selangor adalah kunci untuk kelangsungannya sebagai presiden UMNO. Namun, dengan berbuat demikian, Najib akan menerima akibatnya.

Panglima-panglima Umno tidak mungkin bersetuju dengan rancangan Najib tapi mungkin sekadar memberikan janji manis sahaja. Berjaya atau tidak dia dalam usahanya menawan Selangor kembali bergantung kepada nasib.

Apabila sudah berkuasa, ketua-ketua kawasan akan mula menuju ke lubuk emas masing-masing iaitu jawatan dengan pulangan lumayan dan perjanjian penuh korupsi!

Ia bukan mustahil buat pemimpin Selangor seperti Noh Omar, Satim Diman, Khir Toyo, Muhammad Taib dan mereka yang perasan seperti Hasan Ali, Ezam Mohd Nor atau Anwar Shaari untuk tiba-tiba memainkan isu perkauman dan berpura-pura untuk melindungi hak dan kepentingan Melayu apabila mereka menang, walaupun ia hanyalah percubaan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu semata-mata. Penipuan sudah menjadi darah daging Umno.

Tapi, buat masa ini ketua cawangan Umno akan senyap buat seketika kerana mereka tahu bahawa mereka perlukan sokongan bukan Melayu untuk memenangi semula Selangor.

Namun, berita bekas presiden MCA, Ong Tee Keat yang akan dipertimbangkan untuk jawatan MB Cina yang pertama di Selangor telah membuat mereka gementar dan dengan pantas membuat perancangan seterusnya- bodek Najib dan pada masa yang sama akan mengkhianatinya apabila tiba masa yang sesuai.

Perasaan gementar bagi panglima UMNO

Panglima-panglima Umno sendiri tidak akan berbicara pun tentang percubaan untuk meminda akta dalam perlembagaan negeri kerana mereka akan dilabel sebagai pengkhianat.

Untuk calon MIC menang, ia mestilah di kawasan majoriti Melayu. MCA juga bergantung kepada undi Melayu UMNO kerana pengundi Cina sudah pasti mengundi Pakatan Rakyat.

Jadi, ia bukanlah sesuatu yang akan menguntungkan MIC dan MCA untuk meminta jawatan MB. Seluruh BN boleh dijangka mengikut sahaja seperti ketam sehinggalah pilihanraya tamat jadi bolehlah mereka membuat tuntutan itu.

Ini sudah memberi bayangan bahawa orang Melayu tidak akan menerima seorang menteri besar bukan Melayu. Sejauh manakah ini benar?

Sebenarnya, Najib mungkin mengharapkan Melayu Selangor untuk bersikap lebih terbuka. Sebenarnya, perubahan akan berlaku- sedikit demi sedikit di Malaysia, kerana telah melalui 55 tahun yang perit.

Ramai orang Melayu moden yang melihat pada pentadbiran yang diketuai oleh Lim Guan Eng dan mereka suka padanya. Ramai orang Melayu yang sudah menjadi penduduk tetap di Singapura kerana mereka suka akan sistem yang teratur dan gaji yang lumayan, seperti kaum Cina dan India dari Malaysia yang turut bekerja disana. Jadi, disebalik warna kulit, ada sesuatu yang asas dimahukan oleh semua.

Adakah ini perlumbaan siapa yang lebih pandai dalam percaturan kaum akan menang? Meletakkan seorang MB bukan Melayu akan mempopularkan Najib dan BN dikalangan bukan Melayu. Namun, ia akan membuatkan orang Melayu marah tapi Najib rasa bahawa mereka boleh dipujuk untuk merimanya.

Ia adalah sebahagian daripada pengorbanan yang perlu dibuat untuk mendapatkan semula Selangor. Sudah semestinya sama ada Melayu atau tidak, MB tetap akan melaporkan segalanya ke Putrajaya.

Ini akan diberitahu juga oleh Najib dan orang-orangnya. Sultan pun tidak akan mampu berhadapan dengan kuasa kerajaan persekutuan.

Percayakah anda pada panglima UMNO?

Jadi, rancangan itu nampak sedikit gila namun boleh percaya juga.Masalah akan timbul bila kejayaan sudah diraih.

Mampukah panglima Umno berpegang pada janji mereka atau adakah mereka akan mencetuskan masalah dan rusuhan setiap hari, seperti yang berlaku di Pulau Pinang, sehinggakan Najib tidak mempunyai pilihan lain selain berpaling daripada janjinya kepada MB bukan Melayu- umpamanya Tee Keat.

Agak menarik juga jika diamati walaupun BN atau perikatan sepertimana mereka telah dikenali sewaktu memenangi piliharaya berabad yang lalu, orang Melayu di Pulau Pinang dipaksa menerima seorang bukan Melayu menjadi Ketua Menteri mereka.

UMNOlah yang mahukan ini walaupun telah menang dengan majoriti tipis kepada Gerakan
.Pada masa itu, ini hanyalah helah mereka untuk memastikan sokongan yang tidak putus dari orang Cina.

Dalam pada itu, mereka secara diam-diam memberitahu komuniti Melayu walaupun Gerakan berkuasa, merekalah yang sebenarnya membuat keputusan.

Jadi, disinilah tempatnya pihak Najib mendapat inspirasi mereka. Namun Selangor adalah berbeza dari Pulau Pinang; ia diketuai oleh Sultan dan bukan Gabenor.

Walaupun secara amnya ramai Melayu yang kurang menghormatinya atau hanya melakukannya secara automatik, Sultan tetap dianggap sebagai penaung kuasa politik di Malaysia.

Untuk kesekian kali, inilah teori yang selalunya dipakai akibat selalu menakutan rakyat. Akta hasutan digunakan dengan zalim oleh UMNO untuk memastikan Melayu tidak menumbangkan Sultan dari kuasanya yang hanya boneka semata-mata, Jika orang Melayu benar-benar mahu membuat keputusan sendiri tanpa perasaan takut pada hukuman, ia mungkin tidak tepat untuk menyatakan bahawa benar-benar menghormati Sultan.

Pecah dan habiskan tabung negeri

Mari kita kaji jika pihak Najib berjaya melalui halangan dan Tee Keat menjadi MB, adakah Selangor akan ditadbir dengan lebih baik dari sekarang?

Bolehkah Tee Keat yang dipaksa meletak jawatan sebagai menteri pengangkutan kerana mahu mendedahkan skandal PKFZ yang bernilai RM 12.5 bilion mengotakan janji anti korupsinya terhadap rakyat?

Bukankah ini sama saja seperti meminta UMNO-BN untuk meninggalkan tabiat korupsi mereka? Jawapannya lebih diketahui oleh Tee Keat.

Populasi Selangor dengan 5.3 juta terdiri daripada orang Melayu seramai 2.7 juta, Cina 1.4 juta, India 0.7 juta, lain-lain 0.2 juta dan bukan warganegara seramai 0.3 juta. Secara amnya, 50 peratus dari penduduk Selangor adalah orang Melayu dan berpecah dari segi sokongan yang diberikan kepada PKR, PAS dan UMNO.

Jadi, selagi Umno dengan penipuannya masih berkuasa, orang Melayu Selangor patut tahu bahawa anak mereka tidak akan merasa senang kerana kekayaan negeri akan hilang sekelip mata akibat korupsi yang tidak putus-putus.

Perbuatan Khir Toyo baru sedikit sahaja. Mat Tyson ditahan dengan wang berjuta ringgit di lapangan terbang Australia. Semestinya banyak lagi kisah yang belum diberitahu.

Seperti biasa, , tanpa mengira Melayu atau bukan Melayu, bukanlah warna kulit seorang Menteri Besar yang diambil kira. Tsu Koon tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya di Pulau Pinang yang didominasikan oleh Cina kerana UMNO-BN.

Guan Eng mampu kerana Pakatan Rakyat.

Prinsip yang sama boleh digunakan untuk Tee Keat, Noh Omar, Mat Tyson, Hasan, Ezam dan yang lain, kerana mereka berasal dari BN – barisan yang akan memecahkan peti besi Selangor dan menghabiskannya dalam sekelip mata. Malaysia Chronicle
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/mb-cina-bikin-panglima-umno-gentar.html

NAJIB MULA MERAYU!!! Beri saya mandat...kerana....




Sebahagian lagi yang tak sempat nak dicetak...

1. Yang paling Utama Isteri saya selaku Wanita No 1, masih belum puas lagi bercuti keluar negara, banyak lagi barang-barang kegemarannya yang belum lagi dibeli, terutama sekali tudung nak tutup kepala, masih belum bejumpa yang terbaik kualitinya,,,

2. Anak gadis saya baru bertunang, tak meriahlah kalau majlis pernikahannya dibuat kalau saya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia....nanti memalukan negara....

3. Anak-anak saya belum lagi kaya raya, macam anak bekas PM Tun Mahathir Mokhzani antara 20 orang terkaya di Malaysia...

4. Perbicaraan kes rayuan dua anggota polis C/Insp Azilah dan Koperal Sirul Azhar baru nak bermula bulan 3, jadi faham-fahamlah ya...

5. Pembahagian harta negara belum lagi selesai, baru Shahrizat Jalil sahaja yang dah mendapat habuannya, ramai lagi menteri kabinet yang belum mendapatnya...

Ada sesiapa nak tolong tambah silakan...ManjungMari

RAKYAT MELAKA SEDIA BERUBAH!!!! Datuk Sahak Sudin, Dr. Khalid Kassim bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS


2 orang bekas Pegawai Kanan Kerajaan menyertai PAS di Melaka malam tadi. Mereka ialah bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengrah Hospital Besar Melaka, Dr Hj Khalid Kassim.

Kedua-dua mereka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka malam tadi.

Dr Khalid (gambar atas) telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara Dato' Sahak pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Kedua-dua mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.

Kemasukan kedua-dua mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN Melaka selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas Pegawai Kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.
\
"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka" ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.

PRU 13: Rakyat Melaka sedia berubah

DURIAN TUNGGAL, 19 Feb: PAS Melaka dengan pimpinan barunya membuktikan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan lebih bergaya.

Ia dapat dilihat apabila Melaka menjadi negeri yang paling berjaya dalam persiapan dan sambutan terhadap Konvoi Penerangan PAS yang ke Melaka semalam.

Pekan Durian Tunggal yang biasanya aman dan tenteram penuh sesak dengan konvoi penerangan PAS, petang semalam.

Bepuluh-puluh buah kereta dan motor mengiringi Presiden dan Ketua Penerangan PAS ke pekan itu bagi menyertai majlis hi tea dengan penduduk tempatan.

Mereka yang menyertai majlis itu pula penuh sesak dengan pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India duduk bersama-sama mendengar pucuk pimpinan PAS bercakap kepada mereka.

"Saya rasa Melaka paling hebat sambutan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat yang memimpin konvoi menjelajah seluruh negara ini.

Melaka adalah negeri ke tujuh dalam siri konvoi menjelajah negara menjelang pilihan raya umum ke 13 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Sebelum in mereka ke Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jumaat lepas konvoi ke Negeri Sembilan.

Sambutan yang diterima konvoi ini di Melaka amat mengujakan pimpinan PAS yang menyertai konvoi ini kerana jangkaan mereka tidak sampai ke peringkat itu kerana Melaka antara negeri yang belum mempunyai sebarang wakil rakyat dari PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi walaupun paling banyak bertanding berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.


Ketika membentuk kabinet selepas muktamar lalu, PAS telah melantik pesuruhjaya baru untuk Melaka.

Seorang tokoh muda PAS Melaka, Adly Zahari telah dilantik sebagai pesuruhjaya negeri itu.

Sejak itu, PAS Melaka menampakkan perubahan. Antara langkah awal yang dibuat beliau adalah mengupah satu badan profesional membuat kaji selidik tentang politik di Melaka.

Majlis Hi-Tea bersama pimpinan PAS di Durian Tunggal petang semalam nampaknya antara hasil perubahan yang dibuat beliau dan pasukannya.

Turut diadakan semalam majlis penyerahan borang keahlian kepada ahli-ahli baru PAS yang menyertai parti Islam itu.

Ia disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ditemani Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah itu.

Di majlis itu Abdul Hadi Awang memberikan penerangan yang jelas tentang negara berkebajikan yang menjadi hala tuju PAS kini.

Beliau juga menerangkan dengan jelas perjuangan PAS yang tidak membezakan antara bangsa-bangsa dan kaum di bawah pentadbirannya yang berasaskan Islam.

"Islam meletakkan bangsa-bangsa ini untuk berkenalan antara satu sama lain dan saling berhubungan antaranya bagi melengkapkan kehidupan manusia.


"Misalnya baju yang kita pakai dari kain, kain dari benang, benang dari kapas. Tidak semua orang boleh buat setiap benda itu melainkan ada pembahagian tugas dan tanggungjawab bagi setiap orang.

"Inilah yang melahirkan pelbagai bangsa itu kerana setiap kumpulan atau kaum mempunyai bidang dan kebolehan masing-masing. Jadi di sinilah lahirnya kerjasama," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang./harakahdaily